Friday 29 January 2016

NOVEL ISTERI VS TUNANG

Ketentuan yang tidak pasti ... itulah meresahkan hati.


Pertama kali tengok iklan drama ni memang rasa terpikat untuk mendapatkan novel ini. Mana taknya Dato Vida ada dalam iklan promo drama ni. hihihi memang kelakar bila tengok. Saya gigih dapatkan juga novel ini sebelum drama ini bermula . Kini saya baru faham. Novel mempunyai ketebalan 437 muka surat ini cerita santai dan mudah dihadam ( mudah difahami ).



Jom ikuti sedikit review tentang cerita ini. Alana Sofea gadis yang berumur 25 tahun masih belum terfikir untuk mengakhiri zaman bujangnya. Lebih bengang lagi bila Putri dan Mia ( adik Alana ) menyuruh Alana mencari teman lelaki. Alana menganggap jodoh itu adalah ketentuan . Suatu hari berlaku satu insiden Alana dan Zaim Azfar CEO muda menjadi kegilaan setiap gadis. Keangkuhan dan keegoan Zaim mendatangkan kemarahan pada Alana. Keceluparan mulut Zaim juga membuatkan Alana mencabar diri Zaim agar mengahwininya. 



Pertemuan mereka dipanjangkan bila bertemu di najlis pertunangan Putri dan Shamsul. Shamsul merupakan kawan baik Zaim. Apabila fikiran mula tenang , Alana tersedar bahawa tindakannya adalah bodoh dan Alana menghubungi Zaim agar membatalkan rancangan untuk masuk meminangnya. Demi ego seorang lelaki, Zaim terus menyahut cabaran itu. 



Tanpa pengetahuan Alana , keluarga Zaim datang meminang tanpa pengetahuan Alana. Ketika itu Alana pergi ke Penang atas urusan kerja. Puan Khairunissa gembira kerana rupa-rupanya Zaim adalah anak kepada sahabatnya dan impian untuk berbesan semakin cerah. Alana terkejut bila keluarganya telah menerima lamaran dari keluarga Zaim. Alana juga marah pada Zaim kerana meneruskan niatnya walaupun telah diberitahu agar membatalkan niat sebelum ini.


Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim. Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.

Kemenangan pada Zaim membelenggu Alana dalam perkahwinan tanpa perasaan cinta. Kehadiran Amira Irdina cuba merampas Zaim dari Alana. Pada awalnya Alana yang tidak kisah lama kelamaan timbul rasa cemburu bila Zaim dan Amira lebih berani untuk bermesra dikhalayak ramai. Amira Irdina bekas tunang Zaim dan putus tunang kerana kecurangan Amira. Amira terus merayu agar Zaim dapat menerima dirinya dengan alasan Amira sudah berubah dan menyesal.

Putri yang banyak memberi semangat pada Alana untuk berdepan dengan perkara ini. Tambah memilukan bila Zaim minta izin untuk bertunang dan berkahwin dengan Amira. Alana tidak dapat menafikan dia sudah mula sayang pada Zaim. Alana cuba bertanya pada Zain ( adik Zaim ) mengapa Zaim putus tunang.  Kemesraan Alana pada Zain mengundang kemarahan pada Zaim.

Alana tidak tahu bila hatinya mula sayang pada Zaim. Apa bila Amira sudah sah menjadi tunang Zaim , Amira pun memulakan misi untuk mendapatkan perhatian Zaim dan menyingkirkan Alana dalam hidup Zaim. Hari pernikahan semakin hampir, Zaim semakin resah . Dia sendiri tidak faham mengapa dia tidak boleh berpisah dengan Alana. Ini membuatkan Amira rasa cemburu bila Zaim melebihkan Alana. Dengan rancangan yang dibuat oleh Amira , Amira berjumpa Alana dan memberitahu Amira kini mengandung anak Zaim. Ini menambahkan kesakitan pada Alana.

Tanpa penjelasan dari Zaim Alana percaya kata-kata Amira .Alana yang nekad untuk lari tanpa sebarang kata , membuatkan Zaim tak senang duduk. Zain tempat Zaim meluahkan rasa. Zaim mengakui dia sudah jatuh cinta pada Alana tetapi Zaim ego untuk meluahkan. Zaim sudah tiada hati pada Amira tetapi terpaksa meneruskan majlis perkahwinan dengan Amira. Alana menyorok di rumah Putri , setelah keadaan reda Alana pulang kerumah Zaim. Zaim bersyukur bila Alana pulang kerumah.

Dihari pernikahan Zaim dan Amira , Alana meminta izin untuk pulang kerumah keluarganya. Zaim dikejutan dengan panggilan telefon disaat Zaim berjabat tangan untuk akad nikah. Alana kemalangan. Zaim yang terkejut lalu meninggalkan majlis dan pergi ke hospital untuk melihat keadaan Alana.

Keadaan Alana stabil tetapi anak dalam kandungan tidak dapat diselamatkan. Zaim terkejut bila doktor memberitahu Alana mengandung. Zaim kesal kerana egonya dia kehilangan anak yang dikandung oleh Alana.  


Selepas kejadian itu Zaim memberi perhatian penuh pada Alana. Hingga Alana sendiri terfikir mengapa Zaim tidak kerumah Amira , madunya. Alana tidak mahu Zaim berat sebelah hingga mangabaikan Amira. Walau bagaimana pun keadaan sebenar terbongkar bila mertuanya Puan Sri Linda. Zaim membatalkan majlis pernikahan walaupun Amira merayu agar Zaim meneruskan majlis pernikahan tetapi Zaim tetap nekad untuk membatalkan majlis itu.

HAti Alana gembira bila suaminya tidak perlu dikongi dengan perempuan lain. Perhatian Zaim hanya untuk Alana. Zaim membawa Alana berbulan madu agar mereka akan di kurniakan ahli baru sebagai penyeri rumahtangga mereka. Zaim menyesali apa yang berlaku hingga mengabaikan Alana. Peluan ini tidak akan dibiarkan berlaku lagi.






Sinopsis dari kulit novel 

Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.



Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.



Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.



Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.


Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan?





Episod 1
Zaim Azhar sibuk sebagai CEO , Demi kebahagiaan Zaim mummynya ingin menjodohkan Zaim dengan salah seorang anak kenalannya. Walaupun Zaim pernah putus tunang dia tidak pernah untuk mencari pengganti. Alana Sofea dikejutkan bila adiknya Mia bertanya tentang hal perkahwinan . Terlepas dari pertanyaan Mia , Putri sahabatnya cuba mencarikan teman pada sahabatnya. Alana yang tidak berapa minat melihat gambar yang diberi oleh Putri. Putri memperkenalkan lelaki itu adalah Zaim Azhar kawan baik Shamsul. Alana merasa bengang dengan seorang lelaki yang hampir melanggarnya di tempat letak kereta. Selain itu dengan lelaki yang sama Alana marah pada lelaki itu bila mengambil parking dan memotong barisan dikaunter bayaran. Pada Alana lelaki itu rude dan sombong. Zaim meminta maaf beberapa kali tetapi mulut Alana tidak berhenti memarahi Zaim. Dengan perasaan marah Alana mencabar Zaim agar meminangnya jika dia lelaki yang berani. Sahutan Alana diterima oleh Zaim dan dalam masa yang sama mummynya menghnatar gambar sama seperti wajah Alana untuk calon isteri pilihan Puan Sri Linda . Zaim terkejut bila berjumpa dengan Alana di majlis pertunangan Shamsul dan Putri. Zaim memperkenalkan Alana adalah kekasihnya. Alana begang kerana Zaim sengaja mencari punca pergaduhan. 

Episod 2
Setaip pertemuan ada saja yang tak kena tetapi pada Zaim , Alana sering buat dirinya tersenyum . Alana nekad untuk berjumpa Zaim dan mohon agar Zaim membatalkan niat untuk meminangnya. Alana lega kerana memberitahu Zaim tentang niatnya sekurang-kurangnya Zaim tidak akan datang kerumah. Pada Zaim dia akan meneruskan niatnya itu. Tetapi Zaim takut Alana akan menolak pinangannya. Kebetulan Zaim melihat instagram Alana yang bersiap untuk ke Penang. Zaim mencari peluang untuk datang meminang Alana ketika Alana di Penang. Puan Sri Linda terkejut bila nama Alana Sofea keluar dari mulut Zaim. Anak gadis yang diidamkan untuk dijadikan menantu. Tambahan pula Alana adalah anak sahabat baiknya. Pulang dari Penang Alana terkejut bila mama dan papa Alana telah menerima pinangan dari keluarga Zaim. Alana bengang pada Zaim kerana tidak menepati janji.  

Episod 3
Alana terus berjumpa Zaim. Zaim kata Alana yang memulakan dan mencabarnya untuk datang meminang. Jadi tidak perlu nak salahkan dirinya. Alana terus bengang bila Zaim menyalahkan diri Alana. Alana memberitahu Puteri yang dia telah bertunang dengan pilihan keluarga semasa Alana di Penang. Amira tidak puas hati bila mendapat tahu Zaim sudah bertunang. Puan Sri Linda dikejutkan bila Zaim mempercepatkan majlis pernikahan. Alana tak puas hari bila Zaim membuat keputusan sendiri tanpa berbincang. Tan Sri Hamzah ( papa Amira ) cuba memancing Zaim tentang projek kerjasama . Zaim terpaksa terima semua syarat yang Tan Sri Hamzah demi syarikatnya walaupun syarat itu tidak masuk akal. Semuanya kerana Amira . Alana berjumpa dengan Ifran Fakrul untuk menyemar sebagai kekasih Alana. Ifran Fakrul ada sepupu Puteri. Zaim ternampak Alana bersama Ifran Fakrul .

Episod 4
Zaim jumpa dan ingin memberitahu Amira tentang projek usaha sama. Tetapi Amira terkejut bila zaim menerima syarat- syarat yang dibuat oleh Tan Sri Hamzah. Alana meneliki membaca kontrak yang Zaim beri padanya. Alana terkejut dengan tawaran mewah yang diberi . Tan Sri Hamzah memujuk Amira agar tidak mengejar Zaim lagi. Dalam kepala Amira hanya 1 untuk memiliki Zaim kembali. Majlis perkahwinan zaim dan Alana semakin dekat. Alana terpaksa mengikut mamanya membuat persiapan perkahwinan termasuklah Zaim. Alana berjumpa Puteri dan minta maaf atas kejadian Fakrul dirumahnya. Alana juga berjumpa Fakrul dan minta maaf. Tiba-tiba Zaim datang semasa pertemuan Alana dan Fakrul. Zaim membawa Alana berjumpa keluarganya. Zaim mengingatkan Alana agar berpewatakan elok depan keluarganya. Tanpa disangka Mummy dan daddy Zaim suka dengan Alana. Amira semakin resah bila pernikahan Zaim semakin hampir. Atas nasihat Zaza ( kawan Amira ) dari ingin memiliki Zaim kenapa tidak cuba ambil hati zaim. Berbuat baik dan jangan cerita pasal kahwin. Tindakan pertama Amira menghantar makanan pada Zaim dan Zaim menghantar message terima kasih. Amira gembira bila tindakannya mengena. Zain memberi amaran pada Amira agar jangan mengganggu Zaim. Zaim memerhati Alana yang keluar dengan Fakrul.

Episod 5
Puteri terkejut bila Zaim diperkenalkan sebagai tunang Lana. Dalam masa yang sama Shamsul tunang Puteri turut ada sama ketika itu . Amira terus mengganggu Zaim . Amira semakin berani mengugut Zaim. Zaim ke kondo yang dibelinya dulu. Zaim ternampak barang-barang milik Amira. Perkahwinan Zaim dan Alana disambut meriah dengan restu kedua keluarga. Zaim membawa Alana ke kondo agar Alana hidup lebih selesa. Mereka memilih duduk bilik berasingan kerana mereka berkahwin bukan dasar suka sama suka. Majlis resepsi dia adakan di sebuah holeh terkemuka. Amira berjumpa dengan Alana dan memperkenalkan diri sebagai bekas tunang Zaim.

Episod 6
Mummy dan daddy Zaim menghadiahkan tiket honeymoon ke Amsterdom. Alana sangat gembira. Zaim memerhatikan Alana dari dekat. Zaim nekad untuk melupakan Amira. Tetapi Amira sebaliknya terlalu onses pada Zaim. Pulang dari honeymoon Alana sibuk dengan memberi cenderahati yang dibeli. Ke datang Mummy dan mama ke rumah lebih meriah. Walaupun Alana masih belajar menyesuaikan diri. Semasa berjumpa puteri Alana terserempak dengan Zaim dan Amira bermesra di shopping mall. Alan terkejut bila melihat adegan mesra di depan mata.

Episod 7
Setelah menyaksikan adegan mesra Zaim dan Amira , Alana terus kerumah mertuanya. Sementara menanti untuk makan , Alana sempat bertanya dengan Zain tentang kenapa Amira dan Zaim putus tunang. Zaim ternampak Alana dan Zain berbual mesra. Zaim sengaja bertanya Alana sama ada Alana ada hubungan Zain. Alana pun sengaja mencari mencari kesalahan Zaim yang bermesra dan Amira. Alana terasa hati bila Zaim tidak pernah menjaga hatinya. Alana banyak bercerita pasal Zaim pada Fakrul. Perang dingin tercetus antara mereka . Zaim mula menunjukkan skill untuk memujuk isteri yang sedang merajuk. Zaim mohon maaf pada Alana . Zaim buat satu kejutan untuk hari jadi Alana dirumah mummy dan daddy Zaim. Alana terharu dan gembira. Kegembiraan Alana berubah bila melihat  Amira turut serta dalam Majlis itu. Alana mohon minta diri dan keluar dari rumah tanpa pengetahuan Zaim.

Episod 8
Kehilangan Alana merisaukan Zaim. Alana mencari kekuatan untuk berdepan dengan semua ini. Amira rasa terhina bila Zaim membiarkan Amira sendiri dan sibuk mencari Alana. Amira paksa Zaim untuk bertunang dalam masa terdekat. Zaim seperti tiada pilihan untuk menolak. Zaim memberitahu Alana yang dia mahu bertunang 2 minggu lagi. Keputusan Zaim terpaksa diterima walaupun hati Alana sakit. Zaim juga mengumumkan pada keluarga Alana untuk dia bertunang dengan Amira. Mummy dan Zain membantah keras kerana dia kesian pada Alana. Mama dan Mummy memujuk Alana agar jangan bersetuju tetapi Alana redha jika itu yang boleh membahagiakan Zaim. Zaim tahu hati Alana sakit tapi Zaim lakukan semua ini terpaksa. Mama dan papa Alana minta maaf pada Alana kerana memaksa Alana terima Zaim dulu. Jika mereka tidak memaksa Alana perkara ini tidak akan berlaku. Zaim ternampak Alana keluar dengan Fakrul. Zaim marah kerana Alana sengaja menyakitkan hatinya. pertengkaran berlaku bila Alana menuntut cerai dari Zaim.


Episod 9



Episod 10


Episod 11
Zaim masih memikirkan ke mana Alana menghilang. Zain menawarkan diri untuk mencari Alana. Zain jumpa Alana dirumah Puteri. Zain cuba memujuk agar Alana kembali pada Zaim tetapi Alana mengenakan syarat. Buktikan bahawa Amira tidak mengandung. Zaim berjaya membuktikan apa yang dikatakan oelah Amira adalah palsu. Setelah Puteri memujuk Alana. Alana sedar dia telah mengabaikan Zaim. Alana pulang kerumah Zaim dan disambut dengan kesyukuran. Hubungan Alana dan Zaim semakin baik . Alana merasa ada perubahan pada dirinya. keadaan tak sihat Alana merisaukan Zaim. Mummy Zaim menyuruh Alana membuat pemeriksaan takut penyakitnya Alana akan melarat. Alana pergi buat pemeriksaan di klinik dan doktor mengesahkan Alana mengandung. Alana terkejut dengan berita itu. Persiapan perkahwinan zaim dan Amira semakin hampir. Ini membuatkan Zaim sibuk. Amira semakin bengang bila Zaim melebihkan Alana.

Episod 12
Orang pertama yang tahu Alana mengandung adalah Puteri dan Mia. Alana terpaksa merahsiakan kandungannya dari pengetahuan Zaim Alana tak mahu mengganggu Zaim untuk persiapan perkahwinan Zaim dan Amira. Tan sri Hamzah mengharap zaim tidak berkahwin dengan Amira kerana sikap Amira yang terlalu mementingkan diri sendiri. Tambahan pula Amira semakin berani mengganggu Alana. Sebelum Alana ke rumah orang tuanya , Alana minta maaf dan dia akan terima apa saja keputusan Zaim selepas menikah dengan Amira. Alana mohon pada Zaim dia tidak boleh hadir di pernikahan Zaim. Zaim berjanji dia akan jadi suami dan sayang pada Alana selamanya. Zaim masih tidak mampu menjawap bila Alana bertanya kenapa Zaim perlu berkahwin dengan Amira jika benar Zaim sayang pada Alana. Di hari pernikahan , Zaim seperti tidak gembira. Saat lafaz akad Shamsul menerima panggilan talifon. Tiba - tiba Zaim terkejut dan terus membatal pernikahan itu. Zaim terus meninggalkan majlis. Suara Amira terus memanggil Zaim tidak diendahkan.


Episod 13
Majlis pernikahan Zaim dan Amira dibatalkan. Sampai di hospital Zaim diberitahu keadaan Lana lemah dan kandungan Alana tidak dapat diselamatkan. Zaim terkejut bila doktor memberitahu Alana keguguran. Zaim kesal kerana tidak menjaga Lana dengan baik. Zaim menjaga Lana di hospital. Emosi Lana agak terganggu bila mengetahui anak dalam kandungan gugur. Alana sedih dan menyelahkan dirinya sebab kemalangan. Puteri memberitahu Fakrul , Alana kemalangan. Tan Sri Hamzah berjumpa Zaim untuk menyelesaikan masalah Amira. Zaim berjumpa dengan Amira dan berterus terang yang Zaim tidak boleh terima Amira kerana Alana . Amira berpura - pura sedih depan Zaim untuk meraih simpati Zaim. Alana sering menyoalkan pada Zaim , Zaim harus adil pada Amira kerana kini Zaim sudah ada 2 isteri. Zaim akan cuba mengelak bila Lana bercerita pasal Amira. Amira menghantar surat saman pada Zaim. Zaim terus berjumpa Amira dan menyuruh Amira menarik balik saman jika Zaim juga akan teruskan .

Episod 14
Alana terkejut bila mummy memberitahu yang Zaim tidak jadi bernikah dengan Amira.  Selama ini Zaim hanya mendiamkan diri dan cuba mengelak. Akhirnya Zaim meluahkan hati yang dia betul - betul cintakan Lana. Lana bahagia bila mendengar kata-kata azimat dari Zaim. Tan Sri Hamzah menyuruh Amira menarik balik saman tetapi Amira enggan. Amira datang ke pejabat Zaim dan mengamuk di bilik pejabat Zaim. Kedatangan Tan Sri Hamzah ke pejabat Zaim mengejutkan dirinya. kerana apa yang berlaku adalah perbuatan anaknya sendiri. Tan Sri Hamzah juga minta maaf dan dia menarik balik saman yang dikeluarkan oleh Amira. Puteri dan Shamsul akhirnya menikah. Fakrul jumpa Alana dan memberitahu yang dia sudah bertunang. Zain memperkenalkan kekasihnya Nisa ( setiausaha Zaim ) pada keluarga. Ziam membuat pengumuman  yang zaim dan Alana akan pergi honeymoon untuk kali kedua. Zaim mengharapkan honeymoon kali ini akan memberi sinar baru untuk dirinya dan juga Alana.

Episod 15


Episod 16



Tuesday 19 January 2016

NOVEL TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Hanya dari panahan MATA , kisah CINTA pun bermula

Tundukkan playboy itu adalah novel ketiga dari penulis tetapi ini novel kedua yang saya buat review untuk novel penulis Anjell. Novel pertama Novel Eksperimen Cinta telah di adaptasi pada pertengahan tahun lepas. Selepas kejayaan drama itu sekali lagi novel ketiga penulis dilamar untuk diadaptasi di slot Akasia 2016 . Novel yang mempunyai 734 muka surat kan dijadikan drama 30 episod. 

Sebelum kita tengok dramanya di kaca Tv jom ikuti review ringkas dari saya. Nurin Areesa dikejutkan dengan kehadiran Puan Sri Rosell agar dapat mengubah perangai anaknya Harras Naufal dari terus menjadi playboy. Cerita mereka bermula Nurin yang mempunyai segulung ijazah masih belum mendapat kerja tetap. Kehadiran Tan Sri Mukriz sahabat lama ayahnya merubah keadaan. Nurin diajak berkerja di syarikat anaknya Harraz Holding. Harras Holding satu syarikat yang hebat di terujui oleh CEO muda Harras Naufal. Harras Naufal juga terkenal dengan sikap playboynya. Di pejabat juga dia memastikan pekerja wanita memakai pakaian yang seksi.

Kehadiran Nurin di pejabat ditolak kerana cara penampilan Nurin.  Harras terpaksa menerima Nurin berkerja di Syarikat kerana Tan Sri Mukriz. Tan Sri mukriz mendesak agar Nurin diambil berkerja kerana Tan Sri Mukriz talah berhutang nyawa pada ayah Nurin sebagai alasan untuk membalas budi. Dalam terpaksa Nurin diambil berkerja tetapi ada saja rancangan Harras agar Nurin akan berhenti dengan sendiri. Tidak pada Farhan sepupu Harras yang suka dengan kehadiran Nurin. Farhan menyamar menjadi driver untuk mendekati Nurin. Dipejabat juga Nurin bertemu dengan Elfira sahabatnya di universiti kini berubah wajah menjadi perempuan yang seksi. Menurut rakan kerja yang lain Elfira dulu pun seperti Nurin tetapi kerana Harras membencinya dia berubah demi mendapat perharian Harras. 

Suatu hari Nurin menghadiri satu pertunjukan Fesyen menemani sahabatnya Lee , Nashrain Lee adalah pereka Fesyen terkenal. Salah seorang model Lee tidak hadir di pertunjukan itu dan Lee memaksa Nurin menggantikan tempat model itu. Dengan berat hari Nurin menjadi model terakhir mengiringi Lee dipentas. Ketika itu Harras dan Farhan turut hadir ke Majlis yang saya. Petunjukan Fesyen itu dianjurkan oleh mama Farhan sendiri. Nurin terkejut dengan kehadiran mereka. Ditambah mengejutkan siapakah Farhan sebenarnya di meja VVIP. Harras terpesona bila melihat model terakhir berjalan bersama pereka Fesyen Lee. Harras terus mengejar dan mencari , Walaupun Harras dapat berjumpa dengan Lee dan bertanya siapa model tersebut . Harras tidak berpuas hati bila  Lee seolah - olah melarikan diri dari pertanyaan Harras. 

Nurin rasa tertipu dan cuba melarikan diri dari Farhan. Farhan mengaku sebenarnya dia adalah sepupu Harras bukan driver. Harras kurang senang bila Farhan begitu rapat dengan Nurin. Harras sengaja mengajak Nurin pergi ke site untuk melihat projek yang sedang dalam penyelenggaraan. Nurin yang tidak biasa dengan keadaan site , berlaku sedikit kemalangan. Harras yang berada disitu tercedera dibahagian tangan bagi mengelak keadaan yang lebih teruk. Nurin rasa terhutang budi dengan Harras kerana menyelamatkan dirinya. 

Sejak itu mereka menjadi rapat. Hubungan Nurin dan Harras tidak disenangi oleh Elfira. Harras menyuruh Nurin mengemas rumahnya dan menjaga Ouro ( kucing ) kesayangan Harras dimana Harras akan pergi ke Paris. Sebenarnya Harras ke Paris untuk mencari model meteri tetapi gagal. Harras tahu perempuan yang dijumpai bukanlah orang yang sebenar. 

Mengikut makluamat yang diterima , Nurin adalah orangnya dicari selama ini. Harras rasa kesal , mengapa dia tidak sedar sebenarnya  orang yang dicari ada didepan mata. Nurin mempuyai mata yang cantik. Dan Nurin juga banyak tahu perihal pereka fesyen Nashrain Lee. Setelah mengetahui perkara sebenar Nashrain Lee dan Intan menjadi kawan baik Harras juga.



Harras terkejut dan tidak percaya bila melihat Farhan berubah untuk menambat hati Nurin. Farhan nekad untuk melamar Nurin. Harras bimbang Nurin akan menerima lamaran Farhan. Dengan pertolongan Harras satu perjumpaan Farhan dan Nurin berlaku. Nurin hanya menganggap Farhan sebagai seorang kawan tak lebih dari itu. Farhan akur dengan keputusan Nurin.

Harras dan Elfira ditangkap khalwat , ini semua rancangan dari Elfira kerana kini Harras memberi perhatian sepenuhnya pada Nurin. Pihak pejabat agama menggalakkan mereka bernikah dengan segera tetapi Harras enggan. Harras mohon agar dia dikahwinkan degan Nurin. Dalam keadaan tidak tenang , Harras ke terengganu berjumpa dengan seorang kawan yang dikenali ketika di London . Doktor Abdull Haqq. Abudull Haqq juga pernah memberi senaskah Alquran dan tafsir pada Harraz. Disana Harras mencari ketenangan dan diberi bimbingan agama pada Harras. Harraz terasa malu pada dirinya kerana terlalu banyak bergelumang dengan dosa . Sekian lama tinggal di terengganu. Harras bersedia untuk berdepan dengan semua dan membina hidup baru. Dalam perjalanan pulang , Harras kemalangan dan koma. Dalam keadaan Harras koma , Farhan dapat melihat Nurin  adalah orang yang paling sedih. Farhan dapat menjangkakan Harraslah orang yang Nurin cinta selama ini. Bila Harras tersedar , Harras melamar Nurin.

Semua orang di pejabat terkejut bila Harras membuat keputusan untuk berkahwin dengan Nurin. Perkahwinan mereka dirancang sepenuhnya dari keluarga. Puan Sri Rosell adalah orang yang paling gembira bila melihat Harras berkahwin. Selepas perkahwinan Harras di pejabat tiada lagi staff memakai pakaian yang seksi seperti dulu. Elfira terus menghilangkan diri selepas kejadian kes khalwat. Elfira muncul semula selepas Nurin mengandung 4 bulan. Elfira memohon maaf pada Nurin dan segala kesalahan lalu telah tuhan balas dengan perkahwinannya. Elfira juga terpaksa berkahwin dengan lelaki memerangkapnya dengan kes khalwat. Tiba - tiba suami Elfira mengamuk dan memukul Elfira. Dalam keadaan kalang kabut , Nurin yang cuba membantu Elfira terus di pukul oleh suaminya . Suami Elfira menolak Nurin dan perut Nurin terkena bucu meja kayu.

Kandungan Nurin tidak dapat diselamatkan. Nurin kemurungan selepas keguguran meratapi kehilangan. Harras hingga hilang punca kerana gagal memujuk Nurin. Harras bertemu dengan sahabatnya Dr. Abdul Haq bertanyakan pendapat. Atas usaha Harras Nurin sedar dia telah mengabaikan Harras sebagai suami. Elfira memohon maaf pada Harras dan begitu juga Harras yang telah menyesatkan Elfira kedunia yang tidak sepatutnya. Pada Elfira semua kejahatan yang dilakukan dia telah mendapat balasannya. Elfira redha dengan apa yang berlaku.

Nurin dan Harras berusaha untuk membangkitkan cinta mereka. Tak mungkin Harras akan pandang kebelakang lagi. Harras kini membina istana cinta bersama Nurin. Mengikut jalan yang diredhai. 





Sinopsis dari kulit novel

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.



“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL



Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!



“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA



Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.



Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.



“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL



Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?





HERO & HEROIN UNTUK DRAMA TUNDUKKAN PALYBOY ITU 


Episod 1
Drama ini dibuka dengan satu pertunjukkan fesyen busana Muslimah oleh Nashran Lee. Semasa di belakang pentas, kelihatan kelibat Nurin Erissa dan Intan sedang membantu Nashran untuk menyiapkan model. Menurut Nashran memang dia panik ketika ini dan hanya mengharapkan kepada Intan dan Nurin. Nurin cuba mententeramkan Nashran agar bertenang. Kemudian di jalanraya, dua buah kereta mewah sedang bersaing di jalanraya. Sampai di sebuah kelab kelihatan dua-dua kereta berhenti dan dua watak lelaki yang hensem diperkenalkan iaitu Harraz Naufal dan Farhan. Melalui penceritaan beberapa perempuan di situ, Harraz dan Farhan adalah sepupu dan dikategorikan sebagai ‘The Most Eligible Bachelor’ di kelab itu. Mereka hanya petik jari saja untuk mendapatkan gadis yang mereka ingini. Kemudian adalah dialog antara Harraz yang mengatakan dia akan sentiasa lebih daripada Farhan. Farhan pula kata, kalau di atas biasanya orang akan berada dibawah pulak. Harraz kata dia akan sentiasa menang.



Episod 2

Harraz Naufal memandang Nurin Erissa atas bawah. Nurin jadi tak senang dengan pandangan Harraz. Harraz bertanya macam-macam dan Nurin memang agak kelam kabut menjawab, kerana cara Harraz bertanya. Akhirnya, Harraz mengatakan dia bersetuju mengambil Nurin bekerja di syarikatnya tetapi bersyarat. Nurin sangat terkejut dengan syarat Harraz iaitu dia perlu membuka tudungnya. Alasan Harraz syarikatnya adalah sebuah syarikat antarabangsa dan ada kliennya dari luar negara. Syarat itu menyebabkan Nurin terus mengatakan tidak dan dia terus berlalu dengan marah. Harraz hanya tersenyum memang dia pun tak berapa berminat nak mengambil Nurin bekerja. Semasa nak balik, sekali lagi dia terserempak dengan Farhan. Farhan hanya menasihatkannya bersabar kerana dia sangat mengetahui akan citarasa Harraz. Harraz sukakan perempuan tidak bertudung yang baginya lebih seksi dan senang diajak berunding. Nurin hanya berlalu dengan marah.
Episod 3
Beberapa hari bekerja di Harraz Holding, masih tidak menyenangkan hati Nurin. Harraz masih lagi menyuruhnya membuat kerja-kerja bodoh, seperti mencabut stapler dan sebagainya. Masa ini Nurin ada telefon Intan sahabatnya, jika ada kerja kosong hendak saja dia berhenti. Tetapi sementara ini, dia bekerja dengan Harraz Holding. Memandangkan dia masih menghormati Tan Sri Mukhriz. Di rumah Ibu bapa Nurin sentiasa menasihatkan Nurin agar sentiasa merendah diri dan jangan diikutkan degilnya apabila bekerja dengan orang-orang kaya. Nurin hanya mengangguk bersetuju. Dia pun malas nak kecilkan hati ayahnya yang beriya-iya menyuruhnya bekerja di Harraz Holding. Sementara Puan Sri Rossel menghubungi Harraz dan memintanya balik ke rumah. Tetapi biasalah Harraz memberikannya macam-macam alasan. Puan Sri Rossel memang faham sangat dengan sikap Harraz. Dia kemudian memberitahu Tan Sri Mukhriz. Mereka sama-sama sependapat yang Harraz tak boleh dikongkong.



Episod 4
Kepenatan dengan kerja dan berfoya-foya di kelab malam, Harraz Naufal tertidur di bilik pejabatnya. Masa itu, Nurin masih berada di pejabat menyiapkan replika yang dipecahkannya hari itu. Nurin terlupa langsung yang Harraz berada di bilik pejabatnya. Kelewatan balik, menyebabkan Puan Norseha menghubungi Nurin beberapa kali untuk memastikan Nurin selamat. Nurin terpaksa juga memberitahu yang dia selamat dan sedang menyiapkan kerjanya. Waktu sudah pukul 11 lebih apabila Harraz terjaga. Termanggu dia seketika kerana tak pernah dia tertidur begitu lena di kerusi saja. Dia kemudian keluar dari bilik dan terkejut juga melihat Nurin masih lagi bekerja. Ketika itu, kebetulan pulak Nurin sudah menyiapkan replikanya. Ada rasa belas pulak Harraz kepada Nurin, dia terus menawarkan diri untuk menghantar Nurin balik. Pada mulanya Nurin mengelak tetapi setelah diajak beberapa kali, akhirnya Nurin akur.


Episod 5
Harraz lantas memberitahu Farhan yang dia cukup sukakan model yang berniqab yang mempunyai mata yang sangat mempersonakannya. Farhan kata dia akan bertanya dengan Nashran Lee selepas pertunjukkan nanti. Di bilik solek, Nurin baru hendak membuka niqabnya. Ketika itu, dia terdengar perbualan Nashran Lee dengan Farhan dan Harraz. Masa itu, Nurin keluar dan menutup mukanya dengan niqab semula tetapi masa itu dia terjatuh dan sempat disambut oleh Harraz. Nurin cuba mengelak dari dikenali dan terus berlalu. Harraz mengatakan kepada Nashran bahawa dia ingin tahu sapa model baru yang memakai niqab itu. Nashran cuba mengelak. Nurin tersenyum dengan kerja gila yang dibuatnya sepanjang malam di biliknya. Ini menyebabkan Puan Norseha pun hairan dengan perangai pelik Nurin pada malam itu. Nurin hanya mengatakan malam itu memang cukup gila pernah dilakukannya. Puan Norseha hanya mengharapkan janganlah Nurin buat perkara yang bukan-bukan.


Episod 6
Hari itu, tiba-tiba Harraz mengajak Nurin untuk mengikutnya. Pada waktu itu, sebenarnya Nurin memang sudah janji akan makan tengahari dengan Farhan. Semuanya telah diatur dengan baik oleh Eve. Nurin cukup serba salah apabila Harraz mengajak sedangkan dia sudah ada temujanji. Sudah tentu dia terpaksa ikut kata Harraz yang juga bosnya. Dalam keadaan itu, Nurin kemudian mengikut Harraz dan menaiki kereta bosnya itu. Tiba-tiba harraz mengajaknya untuk pergi ke tapak projek. Dan dalam perjalanan itu, Harraz juga memberikan amaran kepada Nurin agar tidak bercinta bagai masa waktu kerja. Ini menyebabkan Nurin tersentap juga kerana dia masih menganggap hubungannya dengan Farhan tak lebih daripada kawan saja. Harraz pulak sebenarnya ada merasakan kurang selesa hubungan Nurin dan Farhan sebenarnya. Ini pula kejadian masa di tapak projek. Harraz macam sengaja melambatkan waktu agar Nurin tak balik untuk makan tengahari.


Episod 7
Nurin terpaksa membuat kopi untuk Harraz Naufal. Bengang betul Nurin ketika itu kerana Harraz sengaja mengatakan minumannya tak sedap. Kemudian mudah saja jawapan Nurin kalau orang memang sudah tak suka buat macamana pun memang tak ada apa yang menarik. Harraz tersenyum dan Nurin terus keluar dari bilik Harraz. Malas betul dia melayan Harraz. Di rumah Puan Sri Rossel sekali lagi mengingatkan Harraz balik ke rumah kerana mereka akan mengadakan majlis ulangtahun perkahwinan. Beberapa kali puan Sri mengingatkan Harraz dan berharap sangat Harraz akan balik sebagai anak tunggal mereka. Harraz untuk mententeramkan keadaan hanya mengatakan ya. Farhan juga datang berjumpa dengan Harraz untuk persiapan malam itu dan mereka sebenarnya ada beberapa perempuan dari luar Negara yang akan menghiburkan di sebuah kelab peribadi. Nurin balik rumah kepenatan dan barulah diketahuinya, yang ibu bapanya pergi ke rumah Tan Sri Mukhriz untuk bersama meraikan majlis ulangtahun perkahwinan itu.


Episod 8
Puan Sri Rossel meminta tolong agar Nurin dapat membantu untuk membetulkan sikap Harraz yang baginya sudah melampau. Dia juga sudah tidak tahan mendengar macam-macam cerita fasal Harraz. Apabila Nurin bertanya kenapa dirinya dipilih, senang jawapan Puan Sri Rossel sebab Nurin sangat berbeza daripada perempuan lain dan yang pertama seumpamanya yang dikenali oleh Harraz. Kemudian keluar dari pejabat Puan Sri, semua mengatakan yang Nurin telah dimarahi oleh Puan Sri. Semua menganggap yang mungkin juga Nurin menerima amaran kerana kerja atau sesuatu. Elfira lagilah suka kerana mengatakan Nurin akan diberhentikan tidak lama lagi. Dia turut memberi amaran agar Nurin jangan cuba nak menggatal dengan Harraz. Nurin hanya tersenyum sendiri. Rentetan daripada kisah itu, sekali lagi kemudian Puan Sri terus mengajak Nurin untuk lunch. Dan kemudian dia menyuruh Harraz datang sekali. Harraz kali ini terpaksa menurut perintah Puan Sri kerana sudah lama jugak dia tak balik rumah.


Episod 9
Nurin tertanya-tanya kenapa pulak dia dibawak keluar oleh Harraz daripada Datuk Khalid. Alasan Harraz dia tau sangat Datuk Khalid memang gatal dan dia tak kisah kalau Nurin memang suka dengan Datuk Khalid. Hanginlah Nurin mendengar penjelasan Harraz. Mereka kemudian kembali ke pejabat. Datuk Khalid kelihatan sedang menelefon seseorang (Elfira) untuk mengetahui sapa Nurin sebenarnya. Katanya dia sudah berkenan sambil tersenyum. Beberapa hari kemudian, Harraz diberitahu yang dia terpaksa ke London selama seminggu. Dia terus memberitahu Nurin dan dengan angkuhnya dia juga meminta Nurin untuk mengemas rumah dan menjaga kucingnya, Ouro. Sayangkan kucing? Pelik juga Nurin dengan pengakuan Harraz. Mulanya, Nurin enggan menurut kata Harraz tetapi atas desakan Harraz akhirnya dia bersetuju. Harraz berjumpa dengan Puan Sri Rosell dan Tan Sri Mukhriz memberitahu tentang pemergiannya ke London.


Episod 10
Penafian Nurin yang dia adalah model yang dicari menyebabkan Harraz terus mengupah penyiasatnya untuk menyiasat. Penyiasat memberitahu yang model itu bernama Haslin. Untuk mengusaikan hatinya yang sering tertanya itu, Harraz sanggup berjumpa dengan Haslin. Haslin pula mengambil kesempatan mengatakan memang dialah yang menjadi model pada malam itu. Tetapi apabila berjumpa entah kenapa Harraz masih mengharapkan Haslin bukanlah model yang sebenarnya. Dia tengok mata Haslin memang lain. Dan ketika Haslin menyentuhnya, Harraz cukup yakin yang Haslin bukanlah model yang ditunggunya selama ini. Harraz pulang lega merasakan yang Nurin masih lagi orang yang ditunggunya. Harraz terus menerus mengharapkan Nashran Lee akan memberitahu sapakah model yang dicari tetapi Nashran sudah berjanji dengan Nurin dan dia tidak akan mengkhianati janjinya kepada Nurin. Jadi persoalan Harraz untuk sementara terus tergantung tanpa jawapan yang pasti.


Episod 11
Ketika ini , Nurin sudah memikirkan yang bukan-bukan. Harraz bukanlah seorang yang boleh dipercayai sangat. Tetapi pada waktu yang sama, Nurin memujuk hatinya kerana nampaknya Harraz benar-benar telah berusaha untuk keluar daripada kawasan perkampungan. Walaupun ada rungutan daripada Nurin kerana mengikut Harraz pada hari itu, tetapi Harraz tak menjawab kerana memang merasakan dirinya bersalah. Harraz cuba mencari jalan keluar tetapi semua jalan dikatakan tertutup untuk sementara. Harraz sebenarnya memang risaukan Nurin. Hari sudah semakin gelap, Harraz balik semula ke kawasan perkampungan dan berjumpa dengan Haji Irshad, ketua kampung. Berbesar hati sungguh Haji Irshad kerana Harraz datang ke rumahnya. Begitu juga dengan Hajah Ainon suka betul dia kerana kebaikan Nurin. Malam itu, siap mereka memasak dan makan bersama dan masakan Hajah Ainon dibantu oleh Nurin memang menyelerakan.


Episod 12
Harraz sempat bergurau dengan Nurin yang dia memang tak ada apa-apa perasaan dengan Nurin. Nurin pulak mengatakan apabila berdua akan ada syaitan di tengah-tengah. Kerana takut mendatangkan apa-apa hal, mereka hanya berbual di luar rumah. Berita tentang Nurin dan Harraz masih lagi menjadi misteri kepada Elfira. Malam itu, kerana kecewa dia terus ke kelab sekali lagi. Kali ini dia mabuk dengan teruk. Farhan pula mendapat tahu tentang Nurin dan Harraz kerana Puan Sri ada menghubungi Farhan. Sebelum itu, Farhan juga agak resah dengan Nurin dan Harraz. Farhan mengatakan kalau Nurin dengan Harraz dia tak kisah tetapi dia masih sayangkan Nurin. Namun dia terpaksa memujuk hatinya. Di rumah Haji Irshad, Nurin dan Harraz berbual tentang macam-macam hal walaupun masih tidak mengatakan soal hati. Kemudian Harraz mengatakan dia sakit perut. Pada mulanya Nurin ingatkan Harraz nak menggatal tetapi kemudiannya sedar yang memang Harraz sakit betul.

Episod 13
Hari cuti yang cukup membosankan bagi Harraz Naufal. Tidak seperti selalu, biasanya dia akan ke kelab atau berpeleseran dengan perempuan yang selalunya dibawa ke rumah. Dia termenung di rumah tak tahu apa nak buat. Kemudian dia keluar. Sekali lagi dia terasa nak ke rumah Nurin tapi tak jadi. Nurin waktu itu, sedang membantu ibunya memasak dan sebagainya. Menurut Puan Norseha dah lama tak dapat rasa masakan Nurin. Nurin hanya akur. Nurin kemudian dapat panggilan telefon daripada Puan Sri yang bertanyakan khabar tentang Nurin. Dia juga sibuk bertanyakan tentang kejadian malam di kampung hari itu. Puan Sri merasa lega apabila Nurin mengatakan Harraz berkeadaan baik dan dia pun tak sangka yang Harraz yang selama ini dianggap kaki perempuan itu tak buat apa-apa dengannya. Puan Sri Rossel terus tersenyum lega memberitahu suaminya, memang Nurin sudah mengubah anak mereka. Harraz tak tahu nak ke mana terus singgah di rumah bujang Farhan. Tujuannya untuk mengajak Farhan keluar.


Episod 14
Rentetan peristiwa Nurin di pejabat Datuk Khalid. Masa itu, Harraz sedang memandu laju keretanya. Dia sudah membayangkan macam-macam termasuk Datuk Khalid sedang hendak merogol Nurin. Itu hanya dalam khayalannya yang menyebabkan dia melajukan keretanya. Dia nekad dia harus menyelamatkan Nurin daripada apa juga perkara yang tidak diingini. Dalam perjalanan itu sempat Harraz menelefon Farhan kerana baru dia teringat pejabat Kayangan Properties terletak tidak jauh daripada pejabat Datuk Khalid. Farhan terkejut mendapat panggilan daripada Harraz yang sangat risau dengan keadaan Nurin. Farhan segera ke arah pejabat Datuk Khalid kerana dia juga risaukan keadaan Nurin. Walaupun hubungannya dengan Nurin sudah agak renggang tetapi Farhan masih mengharap agar Nurin mengubah keputusan. Yang sebenarnya, Nurin ketika itu baru sampai. Dia sampai agak lewat kerana jalan jem semasa ingin sampai di pejabat Datuk Khalid.

Episod 15

Harraz dan Farhan mulanya ingin membawa Nurin yang masih tidak sedarkan diri ke rumah ibu bapa Nurin. Tetapi pastinya akan menimbulkan kegelisahan dalam keluarga itu. Fikir punya fikir, akhirnya mereka sepakat untuk membawa membawa Nurin ke rumahnya. Takut juga mereka yang Pn Norseha dan Encik Suffian mengetahui yang anak mereka yang nyaris-nyaris dirogol dan hanya kerana hendak mengambil dokumen daripada Datuk Khalid. Elfira masih lagi bengang kerana gagal untuk memerangkap Nurin. Dia sudah mencuba pelbagai cara sebenarnya untuk memisahkan Harraz dengan Nurin tetapi sehingga itu, dia masih gagal. Dia juga semakin risau dengan hubungan Harraz dan Nurin yang semakin rapat sejak beberapa insiden kebelakangan ini. Dia harus berbuat sesuatu dan nampaknya Aidil sudah sedia membantu untuk menghapuskan Harraz Naufal. Elfira kembali bersemangat. Nurin tersedar dan mendapati Farhan berada di situ. Dia masih dalam keadaan yang khayal dan baru teringat kes dia dengan Datuk Khalid.

Episod 16
Harraz Naufal hanya tersenyum apabila Nurin meminta maaf, bagi Harraz itu lebih baik daripada jika kawannya terkorban. Nurin akur yang Harraz boleh menjadi rakan baiknya. Harraz hanya tersenyum dan kemudian mereka terus keluar untuk makan tengahari bersama sambil diperhatikan oleh Elfira. Sekali lagi Elfira mengamuk melihat Harraz sedang bersuka ria dengan Nurin. Beberapa hari kemudian, Harraz diberitahu yang dia perlu ke New Zealand untuk menguruskan satu projek di sana. Harraz kemudian meminta Nurin agar menjaga kucingnya, Ouro sekali lagi. Kali ini Harraz kata dia benarkan Ouro dibawa balik jika Nurin merasa selesa. Yang penting Nurin harus menghantarnya balik sebelum dia sampai ke rumah. Nurin akur kerana dia pun sudah suka dengan Ouro. Nurin pun sudah biasa dengan keadaaan menjaga rumah Harraz. Harraz Naufal bertolak pada hari itu dan Nurin datang ke rumahnya untuk tujuan membersihkan rumah. Harraz siap bertanya adakah Nurin mahu mengirim apa-apa. Nurin menggeleng.
Episod 17
Hubungan
 Nurin dengan Harraz nampak berjalan lancar. Walaupun mereka masih ber`aku` dan ber`encik` lagi. Minggu itu, Harraz sengaja meminta tolong Nurin untuk mengemas biliknya. Katanya sejak balik hari itu dia memang tak membenarkan sesiapa pun untuk mengemas biliknya. Bagaikan satu arahan kerja, Nurin kemudiannya bersetuju untuk datang mengemas. Katanya dapat juga tambah pendapatan. Elfira pulak semakin tertekan dengan keadaan dah macam-macam cara dicuba untuk menggoda Harraz tetapi semuanya Harraz buat tak tahu. Pernah dia sengaja buat terjatuh di hadapan Harraz tetapi Harraz buat selamba dan berlalu. Yang menyebabkan dia sendiri malu sendiri. Namun kata Elfira dia takkan berputus asa untuk mendapatkan Harraz. Hari minggu itu, Nurin setelah berpakat dengan adiknya, dia terus ke rumah Harraz Naufal. Sampai aje di rumah Harraz, Nurin memperkenalkan adiknya sengaja datang untuk membantu. Harraz cukup tahu, Nurin sebenarnya takut untuk datang bersendirian.
Episod 18
Desakan daripada Farhan menyebabkan Harraz serba salah. Berjumpa dengan Farhan pada hari itu, Farhan mencabarnya dengan mengatakan kalau betul Harraz tak sukakan Nurin pasti dia sudah memberitahu Nurin tentang pertemuan yang dirancang olehnya. Harraz memang serba salah ketika ini, dan dia bertanya dengan Farhan sekali lagi benarkah Farhan serius. Farhan mengatakan ibu bapanya pun dah tahu tentang isi hati Farhan. Harraz mengatakan memang Nurin sesuai untuk Farhan. Nurin pulak sudah perasan yang Harraz kurang bercakap dengannya. Harraz cuba melarikan diri daripadanya dan hanya berjumpa kalau ada mesyuarat dengan stafnya dan sebagainya. Dia sempat berjumpa dengan Harraz di lif Harraz mengatakan dia ada kerja penting yang harus diuruskan. Di bilik Harraz banyak termenung. Kali ini dia harus buat satu keputusan dan terpaksa mengorbankan perasaan yang tidak pernah dia ada sebelum ini terhadap mana-mana perempuan.

Episod 19

Di bilik bersendirian, Harraz hanya melihat jam. Farhan terpaksa menerima keputusan Nurin dengan hati yang terbuka. Masa itu, Nurin bengang dengan Harraz kerana sanggup menipunya. Nurin menganggap Harraz memang tidak pernah suka dengannya sehingga sanggup melelongkan perasaannya untuk diberikan kepada Farhan. Nurin keluar daripada restoran itu dengan hati yang sangat bengang. Farhan pula menyesali perbuatannya. Farhan menghubungi Harraz, tak dapat. Kemudian dengan hati yang bengkak juga Farhan terus ambil cuti dan untuk tenangkan fikirannya di satu tempat percutian. Semasa sedang menunggu di lapangan terbang, Farhan berjumpa dengan Jasmin yang sangat cantik sedang tergesa untuk mengejar penerbangannya. Jasmin sedang membawa troli masa itu, menyebabkan semua barangannya tercampak. Kerana hendak cepat Farhan terpaksa membantu dan semasa itu, Farhan dapat nombor telefon Jasmin.

Episod 20
Elfira sengaja membuatkan Nurin lebih sakit hati dengan mengatakan Nurin sedang bersaing dengan seorang yang sanggup berbuat apa sahaja. Kemudian, Harraz cuba menghalang Nurin, masa ini Nurin serba salah apabila Harraz bertanyakan perasaan Nurin terhadapnya. Dan pada watku yang sama dia bertanya apa keputusan Nurin terhadap Farhan. Tiba-tiba juga Harraz mengatakan dia nak kawin dengan Nurin. Nurin masih tidak percaya dengan kata-kata Harraz dia angkat kaki dan belah begitu saja. Untuk memujuk hati, Harraz juga mengatakan dia tak serius dengan kata-katanya sendiri. Walaupun dia tahu dia memang nak kawin dengan Nurin tetapi tidak dapat menerima hakikat kalau Nurin tolak. Malam itu, Harraz menghubungi Nurin dan dia mengajak Nurin keluar, memang hati Nurin agak terpujuk juga dengan kesungguhan Harraz. Nurin pula sengaja memainkan rasa Harraz kononnya dia sibuk bagai. Harraz kata dia sungguh-sungguh ajak Nurin kawin tetapi kata Nurin dia belum bersedia.

Episod 21

Berita tangkap basah antara Elfira dan Harraz sudah tersebar dengan cepatnya. Puan Sri Rossel mendapat panggilan daripada seorang yang tidak dikenali memberitahu hal tersebut. Tan Sri Mukhriz mengamuk kerana merasakan reputasinya akan tergugat. Dia menyalahkan Puan Sri Rossel kerana terlampau manjakan anak. Selepas settle membuat laporan di pejabat agama berhampiran, Puan Sri Rossel terus membawa Harraz balik ke rumah. Elfira terus mengugut yang dia akan menyebarkan berita itu lebih teruk lagi. Ini akan menyebabkan Harraz Properties goyang. Lebih teruk lagi Elfira telah membawa beberapa orang gadis yang diupahnya untuk mengatakan Harraz pernah melakukannya terhadap mereka. Harraz akur kini, ada lah kifarah atas segala yang dibuat selama ini. Elfira kemudian membayar wang kepada beberapa gadis itu dengan mengatakan tak lama lagi mereka akan senang kerana dia pasti akan menjadi isteri Harraz dan memiliki Harraz properties

Episod 22
Harraz dikejutkan oleh Imam Ali. Harraz masa itu masih lagi mamai dengan keadaan dirinya. Kemudian dia bersembahyang dengan beberapa orang Jemaah di masjid itu. Imam Ali sebelum balik bertanya dengan Harraz tujuan Harraz ke Terenganu. Ketika Harraz mengatakan yang dia sedang mencari Abdul Haqq. Sangat kebetulan, Imam Ali adalah ayah kepada Abdul Haqq. Abdul Haqq pula sedang berada di ipoh. Imam Ali mengajak Harraz ke rumahnya kerana Abdul Haqq dijangka balik pada malam itu. Harraz bersetuju. Di pejabat Harraz Properties, Elfira masuk ke pejabat dengan berlagak nya dan claim dirinya akan menjadi sebahagian daripada syarikat itu. Jadi sekarang jangan ada orang yang nak melawan cakapnya. Untuk sementara juga syarikat itu, akan dikendalikan oleh Tan Sri Mukhriz. Apabila nurin kepejabat dia terus melihat suasana yang sangat berbeza apabila semua orang kena tunduk dengan Elfira. Nurin berjumpa dengan Elfira dan dengan bongkak dia mengatakan itulah harga pengorbananya selama ini.
Episod 23
Nurin ke pejabat hari itu dengan malas sekali. Di pejabat sekali lagi dia berjumpa dengan Elfira yang sedang memarahi seorang pekerja di situ. Masa nurin cuba meleraikan kemarahan Elfira, elfira siap memberikan amaran kepada Nurin yang dia takkan teragak-agak untuk membuang Nurin pulak. Nurin malas melayan kerenah Elfira dan dia segera berlalu. Masa nak ke mejanya, Eva memberikan kunci rumah Harraz kepada Nurin. Dia mintak dirahsiakan kerana takut Elfira tahu. Elfira sudah beberapa kali meminta kunci rumah itu. Tapi Eva bertegas mengatakan tidak tahu. Harraz di Terengganu pada hari itu, sempat mengadakan satu majlis gotong royong dengan penghuni madrasah. Bersungguh-sungguh Harraz kerana merasakan persekitaran madrasah itu agak lama tidak dibaiki. Mereka membaiki beberapa kerosakan dan yang pasti Harraz cukup pandai pasal membina semula madrasah tersebut. Kerana terlalu kuat bekerja pada siang hari itu, malamnya Harraz telah demam. Dia telah dirawat oleh Abdul Haqq.
Episod 24
Nurin telah tertidur di rumah Harraz Nauffal kerana terlalu penat. Dia hanya terjaga apabila mendapat panggilan daripada ibunya Puan Norseha. Bergegas kemudainnya dia balik ke rumah dan dia tau memang sudah lewat malam. Di rumah puan Norseha bertanya ke mana Nurin pergi. Nurin hanya kata dia berada di pejabat. Kerana banyak kerja. Tetapi yang Nurin terlupa dia sedang memegang kucing Harraz. Puan Norseha menasihatkan Nurin jangan mengikutkan kata hatinya sangat. Sudah sebulan Harraz menghilangkan dirinya. Nurin hanya mengangguk bersetuju. Di terengganu, setelah mendapat wang daripada Farhan, maka bermulalah era baru di kawasan madrasah. Mereka mula membersihkan stor lama untuk dijadikan stor simpanan. Kedai mula dibuka di kawasan madrasah dan setakat ini memudahkan juga orang di sekitar itu untuk mendapatkan bahan berguna. Perniagaan kecil-kecilan itu memberikan peluang juga kepada murid di situ untuk belajar sikit-sikit selok belok perniagaan.


Episod 25
Nurin ke pejabat pada hari itu, dia segera nak mintak cuti seminggu. Elfira enggan meluluskannya kerana dia pasti hendak tunjukkan powernya sekarang kepada Nurin. Nurin pulak terpaksa memujuk Elfira mengatakan semua orang sudah tahu Elfira akan bakal menjadi isteri CEO di Harraz Properties. Biasalah Elfira pulak perempuan yang pantang dipuji kemudain dia approve cuti Nurin. Nurin sedang packing apabila Puan Sri Rossel call dan bertanyakan khabar tentang Nurin. menurut Puan Sri Roseel dia sangat rindukan harraz dan berharap sangat Harraz akan balik. Nurin meminta Puan Sri bersabar dulu kerana dia pun tak pasti Harraz akan balik atau tidak. Namun, Nurin kuat mengatakan kali ini dia akan pujuk harraz untuk balik dan tak kisahlah apa yang terjadi kepadanya. Nurin merasakan terlalu banyak yang mengharapkan Harraz kini. Puan Sri Rossel dan Tan Sri Mukhriz berbual pada hari itu. Mereka masih lagi belum mendapat jawapan dimanakah Harraz Naufal menghilang.

Episod 26
Di madrasah Abdul Haqq, suasana tenang di kawasan sekitar tetapi tidak bagi Nurin. Dia mencuba untuk memberitahu Harraz betapa dia diperlukan di Harraz Properties, tetapi Harraz terus melarikan diri daripadanya. Nurin menangis apabila Harraz mengatakan dia tidak layak untuk berjumpa dengan sesiapa ketika itu. Abdul haqq kemudian terpaksa memujuk Nurin untuk bersabar. Cuma yang menyedapkan hatinya apabila Abdul Haqq mengatakan Harraz pernah memberitahu tentang istimewanya seorang gadis bernama Nurin yang telah mengubah banyak persepsi kehidupannya. Nurin hanya bergenang air mata. Puan Sri Rossel berjumpa dengan Datin Maria yang datang ke rumahnya. Sekali lagi mereka berbual tentang Nurin. Bagi Puan Sri dia memang sudah tidak berharapan untuk mendapatkan Nurin dikawinkan dengan Harraz. Ini kerana Harraz macam menghilangkan diri dan tak tahu di mana. Dia mengesyorkan agar Datin Maria memujuk Farhan untuk mengahwini Nurin.

Episod 27

Episod 28

Episod 29
Nurin berada di sisi Harraz ketika itu dia sangat gembira dengan sedarnya Harraz. Semua cukup gembira kerana Harraz telah sedar. Tetapi entah kenapa Harraz tidak boleh bercakap. Elfira mendapat tahu Harraz tidak boleh bercakap terus mengatakan kepada Tan Sri dia nak meninggalkan Harraz dan hanya meminta sebahagian daripada duit tutup mulut. Farhan memberitahu Elfira tidak akan dapat apa-apa kerana dia ada beberapa rakaman tentang kegiatan Elfira. Elfira terkejut. Tapi menurut Elfira dia tak kisah kerana dia sudah ada Shafiq. Dia gembira dan terus keluar. Malam itu dia keluar dengan Shafiq dan sekali lagi ditangkap khalwat. Harraz mash belum boleh bercakap. Pada hari itu, Nurin berada di sisi Harraz dan dia terus memberikan semangat untuk Harraz berkata sesuatu. Ayat pertama keluar dari mulut Harraz dia ingin mengahwini Nurin. Nurin terharu dan mengatakan dia akan memikirkan dulu. Hati Nurin ketika ini sangat berbelah bagi kerana terasa Harraz pernah mengkhianati kasih sayangnya.

Episod 30
Berita mengejutkan masa itu Harraz sedang bermesyuarat projek yang akan dibina di Kota Bharu. Puan Norseha menghubunginya dan memberitahu yang Nurin Erissa berada di hospital kerana ditolak. Harraz nuafal tidak dapat meneruskan mesyuarat pada hari itu dan meminta ditangguhkan dulu. Hatinya sudah tidak tenteram dan dia terus mengambil tiket kapal terbang. Hatinya sudah tidak tenteram dan ketika di dalam pesawat Harraz hanya mampu menangis mendoakan agar isterinya selamat. Sampai di hospital, semua telah berada di situ. Semua dalam keadaan sugul. Tetapi apabila diberitahu yang Nurin selamat tetapi kandungannya tidak. Harraz naufal merasa cukup lega. Dia terus berjumpa dengan Nurin. Nurin menyatakan kekesalannya kerana tidak dapat menyelamatkan bayi yang dikandung. Harraz cuba mententeramkan Nurin tetapi Nurin masih lagi berada dalam keadaan trauma.

Tuesday 12 January 2016

NOVEL MY DEAR MR. DIMPLE

Tiap kali dunia seakan-akan cuba menghimpitku ,
dia datang bersama senyuman dan lesung pipit di pipi.


Ini novel kedua saya miliki dari karya penulis dan novel kedua dari pembelian expo buku di PWTC . Novel ini akan diadaptasi tak lama lagi. Sebelum tu baca dulu novel yang mempunyai 612 muka surat ini. Jom ikuti review dari saya . 

Novel ini mengesahkan Zarin Sofea merahsiakan cintanya bersama Naim . Sofea berkawan dengan Naim sejak di universiti lagi dan Naim meneruskan pengajiannya di luar negara. Sofea berkerja dengan syarikat Puan Zahlia sebagai pekerja kontrak.Sejak Puan Zahlia berjumpa dengan Sofea ada saja perkara yang kurang disenangi oleh Sofea. Kerana kerenah Puan Zahlia itu Sofea dan rakan-rakan sekerjanya memanggil Puan Zahlia dengan Angry bird. Kepulangan Naim menggembirakan menggembirakan Sofea. Hinggalah Naim melamar Sofea , tiba-tiba Sofea berat hati untuk menerimanya. Lamaran itu dibiar sepi walaupun Naim terus mendesak. Ini kerana Sofea baru mengetahui Naim adalah anak kepada majikannya , Puan Zahlia . 

Bila mengetahui Sofea mengenali Naim Puan Zahlia merancang untuk menjauhkan Naim dan Sofea. Naim ditunangkan dengan anak sahabatnya. Bagi menyakiti hati Sofea , Puan Zahlia menjemput Sofea sekeluarga dengan alasan untuk berbincang hal Sofea dan Naim. Sofea gembira dan memberitahu Mama dan Abang Long Zafril tentang undangan Puan Zahlia. Mama Dhuha turut gembira melihat Sofea. Zafril terpaksa akur walaupun hatinya meronta kerana tidak mahu melepaskan wanita kesayangannya menjadi milik orang lain. Mam Dhuha dan Zafril adalah keluarga angkat Sofea . Mak dan Ayah Sofea meninggal dunia kerana kemalangan. i Undangan Puan Zahlia bukanlah seperti yang dijangkakan malah menyakitkan hati Sofea. Naim yang di tidak dapat dihubungi rupa-rupanya bertunang dengan gadis bernama Umayrah. Datang seorang lelaki yang bernama Umar Faliq di perkenalkan sebagai tunangnya untuk mama dan abang long Zafril. Sebenarnya Sofea pernah berjumpa dengan Umar di restoran. Itupun kerana Umar menjadi pelayan dan cashier. Lebih tepat lagi Umar dipanggil sebagai ustaz lesong batu. 

Umar yang akur dengan pangkat barunya , meneruskan berjumpa dengan keluarga Sofea. Selepas kejadian itu Umar terus menghilangkan diri. Puas Sofea mencari tetapi tidak dapat dihubungi. Puan Zahlia masih tidak puas menyakiti Sofea , dia sengaja mengajak ke butik pengantin. Naim gembira dapat berjumpa Sofea tetapi Naim tiba- tiba marah bila Sofea juga menyatakan dia sudah bertunang dan akan berkahwin dengan lelaki lain. 

Umar datang kembali dan mengajak Sofea berkhawin dalam masa terdekat dengan alasan ingin melindungi Sofea. Sofea menutut tetapi dibantah oleh Zafril. Pada Zafril ,  Umar lelaki yang ada niat tak baik. Pernikahan mereka diteruskan dan majlis diadakan selepas 2 minggu pernikahan. Tak sampai 24 jam pernikahan Sofea ditinggalkan lagi oleh Umar. Oleh kerana Umar tidak menghubungi Sofea , Sofea mencari Umar di kafe alangkah terkejutnya menurut Zamri Kafe Al Faliq milik Umar.  Hari Majlis kian hampir , Sofea memohon cuti dari Puan Zahlia tetapi Puan Zahlia memberi Sofea cuti terus agar Sofea tidak mengganggu Naim. Sofea sedih bila Puan Zahlia memberhentikan kerja lalu mengadu pada suami. Umar hanya mendengar keluhan hati isterinya. Dalam masa yang sama Umar dan Sofea terkantoi dibilik dengan Datin Gina sewaktu datang mencari Umar. Datin Gina mak angkat Umar. Umar melarikan diri dari Datin Gina kerana tidak mahu Umayra terus menaruh hati dengan Umar. Umar menganggap Umayra seperti adiknya sendiri. Walaupun mereka berlainan ayah dan ibu kandung. Datin Gina menjaga Umar dari kecil lagi. Dimana Umar adalah anak kepada sahabat mereka. Umar juga dari kalangan keluarga yang berada. 

Datin Gina terkejut bila melihat keadaan itu. Umar memperkenalkan Sofea sebagai isterinya. Datin Gina gembira dan mengajak ke rumah. Sampai dirumah alangkah terkejut billa Naim turut dirumah itu. Kerana terlalu terkejut Sofea pengsan dihadapan keluarga Umar. Sofea kesal dengan apa yang berlaku. Umar dituduh menyembunyikan hubungan keluarganya. Naim sebenarnya berkahwin dengan anak Datin Gina. Adik angkat Umar . Keadaan semakin huru hara bila Naim terus mendekati Sofea. 

Naim terus hilang kawalan bila melihat Sofea bersama Umar. Pada Naim Sofea adalah miliknya. Naim terus mengganggu Sofea. Ditambah lagi bila Naim memburuk-burukkan Umar pada keluarga Mama Dhuha dan Zafril. Zafril yang terlalu percaya pada Naim termakan kata-kata Naim dan menimbulkan salah faham. Kerja Umar sebagai juruterbang membataskan Umar sentiasa menjaga Sofea. Zamri dan perkerja Kafe diamanahkan untuk menjaga keadaan Sofea. 

Gila Naim kian memuncak bila Naim sanggup mencederakan Sofea di kafe. Sofea hampir kehilangan anak dalam kandungan akibat kekasaran dari Naim. Naim yang mengalami Obsessive Relational Progression Fasa empat yang boleh menyebabkan Naim balas dendam pada orang yang menolak cintanya. Umar kesal kerana tidak mengambil berat dan sering meninggalkan Sofea sendiri. Seminggu berkampung di hospital Sofea dibenarkan pulang. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki dan memanggil nama Sarinah ( nama mak Sofea ). Sofea terkejut lelaki itu mengenali arwah maknya. 

Baru Sofea sedar mengapa Puan Zahlia terlalu membencinya. Kerana suami Puan Zahlia dulu pun pernah tergila-gilakan mak Sofea dan punca kemalangan itu juga berpunca dari dendam Puan Zahlia . Puan Zahlia mahu Sarinah mati dan suaminya akan kembali dengannya. Tetapi semuanya sia-sia bila suaminya menjadi gila kerana kehilangan Sarinah. Puan Zahlia sengaja menyembunyikan suaminnya di hospital kerana malu diketahui oleh orang luar. Kerana Sofea mewarisi kecantikan Sarinah , Puan Zahlia terus berdendam dan membenci Sofea. Naim turut menjadi mangsa dan mempunyai sakit seperti ayahnya sejak 6 tahun yang lalu. Umayra yang tidak tahan dengan sikap Naim turut menuntut cerai dan bercinta dengan Zamri perkerja Umar di kafe. 


Sinopsis dari kulit novel 
UMAR FALIQ. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejutan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.

“Awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi… apa kata, awak bagi saya teruskan?” – UMAR FALIQ.

“Awak… sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?” – ZARIN SOFEA.

Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh, Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea!

Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.

Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Ataupun Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara?







Friday 8 January 2016

AKU DAN BLOG 2016




Tahun 2015 jejari ini tidak laju untuk menaip review di blogs ini. Walaupun saya merancang untuk membuat 50 buah review untuk tahun 2015. Hanya ada 40 entry untuk 2015. Tahun ini saya akan buat 50 buah review juga ,  bila dah tercapai buat 50 buah review saya baru akan fikirkan sama ada akan bertambah atau pun dikekalkan review di blogs ini. 

Tahun 2016 ini drama yang diadaptasi dari novel bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dari saluran TV percuma hinggalah saluran berbayar bersaing untuk menambat hati penonton . Tetapi bagi saya baca novel lebih baik kerana ia adalah idea asal penulis. Ada baik dan kurangnya drama adaptasi ni. Terpulang hak individu yang menetukan. 

Insyaallah saya akan buat blogs review ini lebih meriah dengan review yang lebih mantap. Apa pun terima kasih kepada yang sudi masuk ke blogs saya ini tanpa jemu menanti kehadiran review yang baru. Saya sayang anda semua... tanpa anda semua blogs Eizzara Eizzaty tidak akan kuat seperti sekarang .


Sekian Terima kasih