Showing posts with label NOVEL TULIP UNGU. Show all posts
Showing posts with label NOVEL TULIP UNGU. Show all posts

Monday, 28 October 2013

NOVEL BUKAN ISTERI SEMPURNA

Tingkahmu sering membuatku kaku , Bicaramu mampu membuatku kelu 
Namun.... Bisakah aku berikan kau bahagia? Andai aku BUKAN ISTERI SEMPURNA...

Kejayaan novel pertamanya Novel Aku Untukmu . Tulip Ungu melangkah dengan hadirnya karya kedua Bukan Isteri Sempurna. Konsep yang sama seperti dulu tetapi olahan yang lebih matang membuatkan saya suka dengan cerita ini. Kini membeli novel dengan penulis dah menjadi kebiasaan pada saya. Novel ini juga tak terkecuali. Novel setebal 584 muka surat membongkar rahsia hidup Nina. Sedikit review dari saya.

Pertemuan selepas lima tahun mengimbau kembali kenangan lama. Kenangan yang merobek jiwanya. Nina seorang gadis yang diperkosa oleh Danish Arham, abang kembar Daniel Arman. Kerana berita itu juga Ibu kesayangannya pergi untuk selamanya. Kisah dukanya tidak berakhir disitu kerana orang yang sepatutnya bertanggungjawab lari entah kemana, malah diganti oleh adik kembarnya Daniel Arman. Daniel Arman yang tak pernah redha dengan perkahwinan namun Nina pasrah kerana dia tiada pilihan. Walaupun begitu Daniel Arman tidak pernah melupakan kebajikan Nina. Nina keguguran, dia nekad untuk keluar dari rumah besar kerana kononnya memberi peluang Daniel Arman memilih jalan hidupnya sendiri setelah mereka berpisah . Tetapi bagi Datuk Zainudin , Nina sengaja ingin mempergunakan keluarganya untuk kepentingan dirinya sahaja. Tanpa rasa belas Nina dihalau oleh datuk Zainudin dan Nina juga tidak diceraikan oleh suaminya danial Arman, itu permintaan Datuk Zainuddin. 

Lima tahun terus berlalu, Nina tidak menyangka akan bertemu suaminya di satu mesyuarat penggabungan syarikat majikannya dengan syarikat Daniel Arman. Pertemuan itu membuat Nina terus berdepan dengan lelaki yang bergelar suami diatas kertas. Malah Nina  tidak dapat  mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman. Zachary yang dari dulu meraruh hati pada Nina tidak pernah berputus harapan menagih cinta Nina. Namun kerana statusnya masih sebagai isteri orang Nina tak mampu untuk membalas cinta Zachary. Kehadiran Azzura yang sering bersama dengan Daniel Arman membuat Nina sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain.

Ketenangan hidup Nina diganggu apabila Danish Arham kembali setelah sekian lama menghilang. Dia datang menginginkan Nina sebagai haknya. Hubungan Daniel Arman dan Nina diketahui oleh Datuk Zainudin. Ini membuatkan Datuk Zainudin marah dan sekali lagi Nina dicemuh dan dihina. Kerana tak tahan dihina Nina sengaja mengaku yang dia sengaja memerangkap dan inginkan harta. Daniel Arman terkejut dengan pengakuan Nina disaat hatinya berputik rasa cinta. Ketelanjuran Daniel Arman mengasari Nina, ini menambahkan rasa benci Nina pada Daniel Arman. Nina tidak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Selepas dipujuk oleh Datin Rogayah akan kesilapannya Daniel Arman menyesali  akan kesilapannya.  Sekali lagi Nina meninggalkan Daniel Arman . Dengan bantuan Danish Arham , Daniel Arman dapat menjejaki Nina. Nina yang sedar dirinya Bukan Isteri Sempurna tetapi Nila juga pelengkap hidup Daniel Arman. 

Sinopsis Dari Novel 

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.


Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman. Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.



Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.



Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”


Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”



Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”


Petikan-petikan dari novel
Pertemuan
"Nak ke mana?" Tiba-tiba Daniel Arman Bersuara dari belakang. Zachary dan Nina serentak berpaling ke arah pemilk suara. Untuk sementara waktu, mata Daniel Arman dan Nina bertembung. Nina lekas-lekas melarikan anak matanya. Pertemuan semula itu membuatkan dia kaku untuk berkata-kata.
"Lunch. COme and join us," pelawa Zachary dengan mesra.
"I'm Daniel Arman, selamat berkenalan. Tadi tak sempat nak berkenalan." Daniel Arman menghulurkan tangan tanda perkenalan kali pertama dengan Zachary tanpa menjawab pelawaan Zachary terlebih dahulu. 
"I'm Zachary. Just cll me , Zach. And this is my secretary Miss Nayli Imanina, just call her Nina." seloroh Zachary sambil menyambut huluran tangan Daniel Arman.
"Nak lunch? I know a good place which offers good food," kata Daniel Arman.
"Really? Let's go then, tapi kali ni it's going to be your treat." Kata Zachary. Dia memang seorang mudah mesra.
"No problem." Daniel Arman tersenyum mesra. Mereka berjalan beriringan ke arah tempat kereta diparkir. Nina hanya mengikut dari belakang. Cuba bersikap setenang yang mungkin.

Kerana pertemuan itu , Nina teringat peristiwa 5 tahun dulu. Danish Arham yang telah meragut kesuciannya. 
"Kalau Nina sayangkan mak, bagitau mak siapa pelakunya. Biar mak jumpa mak bapak dia, biar dia bertanggungjawab." Lembut kata Salamah memujuk anak gadisnya. Nina duduk bersimpuh, wajahnya ditunduk ke arah lantai rumah. Mengalir laju air matanya membasahi pipi. bimbang kebenaran akan memburukkan lagi kesihatan ibunya.
"Orang tu... anak.. Datuk Zainudin." Nina bersuara lambat-lambat. Bimbang dengan reaksi ibunya.
"Anak Datuk Zainudin? Siapa? Dan ke El? Betul kamu tak bohong?" Bertalu-talu soalan dilmpar kepada anak gadisnya itu. Salamah terperanjat. Tidak manyangka lelaki yang bertanggungjawab merupakan anak kepada majikannya sendiri.
"Nina tak bohong mak, Mamang anak Datuk Zainudin." Lambat-lambat Nina membalas, kecut perut mendengar ibunya bersuara lantang.
"Siapa? Dan ke El?" Salamah bertanya lagi. Menyedari Nina ketakutan, kali ni suaranya semakin mengendur.
"Bukan El .. Dan, mak." Nina menunduk, takut melihat wajah ibunya yang merah padam akibat terperanjat dan marah.
"Kamu pasti?" Salamah bertanya lagi untuk kepastian.
"Dan mak. Nina pasti." Jawab Nina.
"Kalau macam tu, biar dia bertanggungjawab. Aku akan jumpa sendiri dengan Datuk Zainudin, bagitau dia hal ni." Slamah mengurut-ngurut dadanya. Terasa dadanya kembali sakit degan berita yang baru sampai ke telinganya.
"Tapi mak, diaorang orang kaya. Takkan nak dengar cakap orang macam kita." Nina bersuara lagi, takut ibunya bertindak diluar batasan. Dia sedar hakikat diri mereka sekeluarga. cuma orang gaji yang mencari rezeki dirumah besar Datuk Zainudin.

Kerana peristiwa itu juga Nina kehilangan ibu yang disayanginya. Dan Daniel Arman menjadi pengganti kerana Danish Arham menghilangkan diri.
""Terima kasih, El. Mummy betul-betul hargai pengorbanan El." Datin Rogayah berwajah ceria. Sekurang-kurangnya masalah mereka telah selesai.
"El terima sebab daddy, bukan sebab benda lain. Kalau ini caranya daddy tunjukkan kasih sayang dia, El akan ikut cakap daddy tapi mummy kena tahu, El hanya pak sanggup dalam kes ni. Jadi, tak mungkin El akan jalankan tanggungjawab El seperti suami yang sebenarnya. Diaorang pun cuma nak anak Dan ada ayah sahaja. Tak lebih dari itu. Jadi, El akan tanggung semua kesilapan Dan kalau itu yang daddy mahukan." Daniel Arman bersuara lagi. Walaupun Datuk Zainudin hanya beriak kosong namun, Daniel Arman puas hati. Dia sudah meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

Nina keguguran , dia nekad untuk keluar dari rumah besar itu kerana kehadirannya sering disalah ertikan. tetapi perginya gantung tak bertali.
"Lepas anak haram tu dah tak ada, kau nak larikan diri. Selama ni kau hanya gunakan keluarga aku untuk tutup malu kau. Orang kebanyakan macam kau memang suka ambil kesempatan atas orang kaya macam kami." Datuk Zainudin bersuaraseraya mengambil tempat disebelah Datin Rogayah. Akbar ditangan dibelek-belek.
"Astaghfirullahalazim... kenapa abang cakap macam tu? Anak tu tetap cucu abang." Datin Rogayah kecewa dengan kata-kata Datuk Zainudin.
"Datuk, saya tak pernah berniat nak ambil kesempatan ke atas keluarga Datuk. Selama i, saya cuma harap Dan bertanggungjawab atas perbuatan dia. Saya cuma kesihankan El sebab terpaksa terikat dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela. Tak lebih dari itu." Nina membela diri. Tuduhan Datuk Zainudin kepadanya sangat keterlaluan.
"Bukan ke dulu, kau yang nak sangat jadi menantu keluarga ni? kenapa sekarang nak minta cerai pulak? kau ingat lepas anak tu mati, kau senang-senang aje boleh lari? Disebabkan kau yang beria-ria sangat nak kahwin dengan anak aku dulu, jadi sekarang ni, El takkan ceraikan kau. Tapi dia akan gantung kau tak bertali. Kau peganglah gelaran isteri tu sampai bila-bila. Aku takkan benarkan El ceraikan kau. Dan kalau dia nak ceraikan juga, dia kena langkah mayat aku dulu. Aku cuma nak bagi apa yang kau beria-ria minta dulu. Lepas ni kau boleh keluar dari rumah ni , tapi untuk El ceraikan kau , perkara tu takkan terjadi!" Datuk Zaunudin bersuara lantang. Memang sejak dulu dia bencikan orang seperti Nina. Datin Rogayah sudah berlinangan air mata mendengarkan kata-kata suaminya. Dia kecewa kerana Datuk Zainudin membuat keputusan terburu-buru.
"Bang, kenapa cakap macam tu? Kita tunggu la El balik. Bagi dia buat keputusan sendiri," rayu Datin Rogayah.
"Keputusan aku, keputusan dia!" tegas Datuk Zainudin dalam memberi kepurusan.
"Saya boleh pergi dari sini, tapi Datuk kena ingat. Datuk bukan sahaja merantai saya tapi Datuk turut merantai anak Datuk dalam ikatan ni." Nina sudah hilang sabar. Dia bangun untuk berlalu dari situ. Ketegasan Datuk Zainudin tidak bertempat.

Lima tahun terus berlalu. Kini Nina didepan mata. Pasti Daniel Arman takkan melepaskan peluang ini.
"Apa berita terkini?" soal Danial Arman lagi.
"Masih macam dulu," jawab Nina, pendek.
"Kecuali sekarang lebih cantik, lebih moden dan pandai berfesyen," sambung Daniel Arman dalam senyuman. Nina hanya diam tidak beraksi. 
"Dulu, kenap lari?" Danial Arman meyoal sekali lagi. Dan kali ini , soalannya dipesongkan pila pada peristiwa lalu.
"Datuk yang halau saya." jawab Nina. Terasa sebak hatinya mengenangkan kenangan lalu.
"Kalau daddy yang halau kenapa lari teus? Kenapa tak tunggu keputusan saya?" balas Daniel Arman.
"Datuk memang tak pernah sukakan saya," jawab Nina dengan sayu.
"Awak kahwin dengan dia ke dengan saya?" soal Daniel Arman lagi.
"Apa bezanya? keputusan tetap sama," jawab Nina lagi.
"Mana awak tahu keputusannya sama? Awak pernah tanya saya sendiri?"
"Semua yang berlaku atas keterpaksaan. Saya dah tahu keputusan En Arman," kata Nina penuh emosi.
"Kenapa buat kesimpulan sendiri? Awak tahu ke apa yang ada dalam hati saya?"
"Saya tak tahu dan saya tak perlu tahu pun. Apa yag sepatutnya berlaku dah pun berlaku. Encik Arman pun dah ada kehidupan sendiri." Kata-kata yang pernah diluah oleh Daniel Arman suatu waktu dulu masih tergiang-giang ditelinga. Lelaki itu tidak pernah meminta untk berkahwin dengannya.


Nina keliru , perasaannya pada Daniel Arman, suaminya sendiri . Kehadiran Zachary ditolak cara baik. 
"I want to marry you.. Nina," kata Zachary sambil meraih jari-jemari Nina. Nna yang terperanjat dengan kata-kata yang baru terluah daripad mulut Zachary itu, bertindak menarik tangannya daripada genggaman Zachary.
"Apa yang Encik Zach cakap ni?" Soal Nina, berpura-pura tidak faham dengan luahan perasaan Zachary.
"Nina please, jangan pura-pura tak faham. Saya rasa sebelum ni pun dah banyak kali saya luahkan perasaan saya kepada nina. Saya tak kisah dengan status Nina. Sudah tiba masanya Nina bagi saya peluang. Dah lama suami Nina meninggal dunia. Takkan Nina masih tak boleh boleh let go semua tu? Tolong la Nina, bagi saya peluang untuk mendekati Nina, " luah Zachary dalam nada yang lembut. Sekali lagi jemari Nina ditarik ke dalam genggamannya. Kali ini genggaman jemari Nina dieratkan sehingga menyukarkan Nina merungkainya.
"Maafkan saya. Saya tak boleh." Nina cubamenarik tangannya daripada genggaman Zachry.
"Tolong la pertimbangkan. Saya tak pernah berniat tak elok. Saya ikhlas nak lamar Nina." rayu Zachary.
"Saya tak boleh. Tolong lepaskan tangan saya." pinta Nina. Memang mustahil bagi dia menerima cinta Zachary sedangkan dirinya masih memegang status sebangai seorang isteri. Isteri kepada Daniel Arman.

Ketenangan Nina ternganggu bila Danish Arham kembali menagih cinta.
"Saya takut .." kata Nina dalam suara yang bergetar. Masih terbanyang lagi saat danish Arham menodainya dahulu.  Air matanya mengalir laju. Hanya satu harapannya ketika itu iaitu supaya Daniel Arman melindunginya daripada kerakusan Danish Arham. Danial Arman terkesima seketika. Dia kemudiannya membalas pelukan Nina.
"I'll protect you" janji Daniel Arman. Sayu hatinya melihat Nina yang ketakutan begitu.






Episod 1
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman,anak Datuk Zainuddin.Demi menjaga maruah keluarganya,Datuk Zainuddin sanggup melindungi Danish Arham dengan menghantarnya ke London dan anak sulungnya,Daniel Arman pula terpaksa bekorban mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang angkuh dan sentiasa bersangka buruk terhadap Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sehingga Nina melarikan diri. Lima tahun kemudian dengan tidak sangka-sangka Nina bertemu semula dengan suaminya,Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Nina semakin tertekan bila dia telah dipinjamkan oleh bosnya,Zachary kepada Danish Arman sebagai pembantu peribadinya buat sementara waktu.


Episod 2
Walaupun Nina telah menjadi isterinya yang sah namun Danial Arman bersikap dingin dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami kerana itu adalah perjanjiannya dengan ibunya yang memaksa dia mengahwini Nina demi menjaga maruah keluarga mereka. Ini kerana Arman menyalahkan ibunya, Datin Rogayah yang memaksanya menggantikan adiknya Danis yang melarikan diri ke London setelah menghamilkan Nina. Dalam pada itu Datuk Zainuddin yang tidak dapat menerima Nina sebagai menantunya sering menghina dan berkasar dengan Nina. Malang terus menimpa Nina bila dia keguguran akibat terjatuh dari katil. Kesempatan ini diambil oleh Datuk Zainuddin untuk menghalau Nina keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan Arman dengan membiarkan Nina digantung tidak bertali.

Episod 3
Arman mempersoalkan Nina, kenapa dia keluar rumah tanpa pengetahuannya. Nina hanya mahukan Arman mendapatkan jawapan daripada ayahnya, Datuk Zainuddin dan dalam masa yang sama Arman mengingatkan Nina yang dia masih isterinya. Dalam pada itu, di pejabat Arman digilai oleh semua staf perempuan terutamanya, anak Datuk Mahzan, Zura, rakan kongsi ayahnya, Datuk Zainuddin. Zura cemburu apabila mendapati Nina bertugas sebagai pembantu peribadi Daniel Arman di pejabat Gemilang Holding.

Episod 4
Abang kembar Arman, Danis yang baru balik dari London terus melakukan gangguan seksual terhadap Nina di pejabat. Danis sempat dihalang oleh Arman, namun dia bertekad akan merampas Nina daripada Arman. Sejak daripada peristiwa ngeri itu, Nina fobia, ketika bertugas lewat malam bersama-sama Arman dan tidak mahu keseorangan. Sementara itu, Azura terlalu cemburu dengan Nina, sehinggakan dia mengarahkan Arman supaya menggantikan pembantu peribadinya itu dengan yang baru.


Episod 5
Arman dan Nina mengimbas kembali detik kecemasan yang membawa kenangan manis ketika berlaku satu insiden di pejabat bersama-sama dengan Nina, walaupun Nina sudah menjadi isterinya, tetapi hanya pada nama sahaja. Danis memujuk ayahnya, supaya berusaha kembalikan Nina kepadanya. Lataran itu Datuk Zainuddin mahukan hal itu dibincang dengan Arman. Dalam pada itu, Nina menolak hasrat rakan sepejabatnya, Zakrie untuk mengambil Nina sebagai isterinya dengan memulangkan kembali cincin ikatan antara mereka.


Episod 6
Arman mempersoalkan pertemuan Nina dengan Zakrie. Nina memberi alasannya bahawa pertemuannya itu sekadar sebagai rakan sepejabat bagi membincangkan mengenai sambutan hari jadi Arman semata-mata, tidak lebih daripada itu. Dalam pada itu Arman rasa menyesal memiliki wajah seiras dengan Danis, justeru dia beranggapan Nina sebagai isteri masih bersikap dingin terhadapnya, kerana berkemungkinan Nina masih fobia terhadap perilaku Danis kerana merogolnya.

Episod 7
Datuk Zainuddin memaksa isterinya, Datin Rogayah supaya menggesa Arman menerima Azura dalam hidupnya. Datin Rogayah menentang kehendak suaminya itu, namun dia syorkan Danis sahaja yang berkahwin dengan Azura. Dalam pada itu Azura mengugut Arman supaya mengahwininya walaupun Arman mengatakan yang dia tidak mencintai Azura. Azura cuba mencederakan Nina, lalu dia mendakwa membawa pesan Datuk Zainuddin supaya Nina berhenti kerja sebelum dipecat oleh bakal mentuanya. Kemudian Arman berkongsi kegembiraan dengan ibunya yang dia bakal akan tinggal serumah dengan isterinya, Nina.


Episod 8
Arman memberitahu Zakrie bahawa Nina adalah isterinya dan dia memulangkan balik cincin yang diberikan Zakrie kepada Nina. Azura mendesak Datuk Zainuddin supaya mempercepatkan perkahwinannya dengan Arman. Dalam pada itu Danis dibelasah oleh Arman apabila dia ternampak abang kembarnya itu cuba menggoda Nina, ketika melaporkan diri di pajabat. Arman memberi amaran kepada Danis supaya tidak lagi mengganggui isterinya, Nina. Datuk Zainuddin tertekan apabila isterinya dan Arman menolak hasratnya untuk mempercepatkan perkahwinan Arman dengan Azura.


Episod 9
Nina mengakui walau apa pun terjadi antara Arman dengannya, tidak tetap dengan pendiriannya tidak akan menerima Danis dalam hidupnya, walaupun Danis merayu untuk menebuskan dosanya terhadap Nina yang lalu. Danis memujuk ayahnya, Datuk Zainuddin supaya meminta Arman menceraikan Nina. Kemudian Datuk Zainuddin memaksa Arman menceraikan Nina dan mahukannya berkahwin dengan Azura. Arman tetap dengan pendiriannya tidak akan berkahwin dengan Azura walau apa pun terjadi.


Episod 10
Azura mengubah pakaiannya demi memikat hati Arman. Arman gembira melihat perubahan Azura. Danish terus mendesak agar Nina menerima dirinya. Ini membuat hidup Nina terus tertekan. Nina sedih bila mendapat tahu Arman berfoya-foya dengan Azura. 


Episod 11
Nina melarikan diri dari rumah, sekaligus meletakkan jawatan, kerana dia tidak tahan dengan sikap suaminya Arman yang terlalu cemburu dan suka berfoya-foya dengan wanita lain. Arman cuba menjejaki Nina ke rumah ibu saudaranya, namun Danish mendahului Arman lalu dia memujuk Nina supaya kembali kepadanya. Nina tetap dengan pendiriannya, menolak hasrat Danish. Dia juga enggan menemui Arman, walaupun Arman meluahkan rasa sesal terhadap sikapnya dan masih sayangkan isterinya itu.



Episod 12
Arman menolak dengan keras pujukan Azura untuk mengahwininya. Dia tetap mencintai dan merindui isterinya Nina, walaupun Arman tidak tahu menahu maklumat tentang di manakah Nina berada. Tidak lama kemudian Arman berjaya menemui Nina, setelah Danish memberi maklumat di mana keberadaan Nina. Arman berjaya memujuk Nina pulang ke pangkuannya.



Episod 13
Arman dan Nina menjalani hidup berumahtangga. Dalam pada itu Datuk Zainuddin memohon maaf kepada seluruh keluarganya kerana kesilapan yang telah dilakukannya selama ini, pada ketika dia terlantar akibat cedera dipukul oleh orang upahan wanita simpanannya, Zara, kerana dia gagal mendapat wang daripada Datuk Zainuddin. Azura pula memperangkap rman untuk membunuh diri, jika enggan mengahwininya, sehingga dia ditangkap kerana didakwa berkhalwat dan dipaksa berkahwin bagi menutup keaiban keluarga. Dengan pertolongan Danish akhirnya Azura mengakui niat jahatnya.


Note: 
Drama ini sudah pun melabuhkan tirainya. Rasa macam tak puas tengok drama ini. Pada mulanya sanya ingat ceritanya ada 26 episod rupa - rupanya 13 episod saja. Tahniah buat penulis asal novel ini Tulip Ungu dan team produksi drama yang menjayakan drama ini.

Monday, 23 July 2012

NOVEL AKU UNTUKMU


Kedinginanmu umpama salju yang memadam hangatnya api cintaku,
keegoanmu umpama angin yang meniup pergi segala rasa cintamu,
andai aku tercipta untukmu, izinkan lah cinta ini bertamu,
andai aku bukan untukmu, biarlah kubawa rasa cinta ini pergi darimu.

 Karya pertama Nordaliyana Abdullah lebih dikenali nama pena Tulip Ungu. Tulip bunga kegemaran dan ungu warna kegemaran. Minat menulis dari sekolah menengah lagi dan kini lahirlah sebuah Novel bertajuk 'Aku untukmu' . Percubaan pertama mampu menyiapkan novel setebal 488 muka surat terbitan kakinovel .
Ceritanya cukup menarik saya kira , Perjalanan hidup Ardini penuh dengan dugaan dunia. Hidup Ardini tidak selancar orang lain kerana dirinya pernah dinodai oleh Arif lelaki yang diupah oleh ibu tirinya. Diatas kelelembutannya dia telah dilamar oleh Datuk Hassan untuk anak lelaki tunggal Izhar. Datuk Hassan juga banyak menolong dirinya membiayai dirinya di universiti. Sebelum Ardini menerima lamaran itu Ardini membuat keputusan untuk menceritakan peristiwa hitam yang berlaku sepuluh tahun yang lalu kepada Keluarga Datuk Hassan. Dia tidak menyangka dengan menceritakan hal berkenaan Datuk Hassan akan membatalkan niat untuk melamar dirinya tapi sangkaannya meleset. Datuk Hassan memuji keikhlasan Ardini dan Datuk Hassan yakin Ardini mampu mengubah keadaan anak lelakinya.  Izhar seorang bergaya dan hidupnya bergelumang dengan noda-noda dosa. Untuk menamatkan dunianya , Datuk Hassan memaksa Izhar berkahwin dengan pilihan Datuk Hassan. Perkahwinan tanpa kenal dan cinta amat menyakitkan. Keegoan Izhar membuatkan hidup Ardini memerima kehendak takdir. Perasaan Izhar merubah sedikit demi sedikit tetapi perasaan itu ditolak jauh-jauh. Kehadiran Maya kawan universiti Izhar merubah keharmonian rumah tangganya. Maya yang dari dulu meminati Izhar tidak pernah putus asa. sekali pun Izhar menolak cintanya.Kehilangan Ardini membuatkan hidup Izhar menjadi kosong. Segala yang dilakukan serba tak menjadi. Kini Izhar akui Ardini adalah cintanya.

### Syabas buat penulis novel AKU UNTUKMU 
Sinopsis:
Kerana terikat dengan budi yang ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima ikatan perkahwinan itu dalam terpaksa. Namun semua yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar seringkali bersikap dingin dan terlalu ego. Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, dia kuat menanggapi pasang surutnya sikap Izhar namun apabila seringkali diasak dengan keegoan Izhar yang tidak bertepi, Ardini akhirnya pasrah. Andai dirinya bukan tercipta untuk Izhar, maka biarlah dia menarik diri.
Perkahwinan yang diatur oleh Datuk Hassan bersama Ardini menyebabkan dia tidak betah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tambahan lagi, Ardini bukanlah calon yang sempurna untuknya. Rasa benci menyebabkan Izhar melakukan pelbagai cara supaya Ardini terseksa dalam ikatan perkahwinan yang dibina. Namun semakin dia cuba membenci Ardini, rasa sayang semakin bertaut di hatinya. Apakah ada cinta untuk Ardini dalam hatinya. Kelembutan Ardini menyebabkan kedinginannya semakin menghilang dan egonya runtuh.
Mampukah kelembutan Ardini mencairkan keegoan Izhar yang selama ini menyelimuti perkahwinan mereka? Mampukah Izhar mencintai Ardini sedangkan gadis itu bukanlah pilihan hatinya? Bagaimana pula Ardini betah bertahan dengan sikap dingin dan ego Izhar yang tinggi melangit? Andai aku tercipta untukmu, pasti bahagia itu milik kita.

Petikan - petikan menarik dalam novel.
Kehadiran Ardini disambut mesra oleh pembantu rumah Datuk Hassan, Mak tom. Mak Tom menghulurkan tangan, salam tanda pekenalan. Ardini menyambut seraya mencium tangan Mak Tom. Walaupun Mak Tom hanya merupakan orang gaji kepada keluarga Datuk Hassan, Ardini tetap menghormati Mak Tom yang lebih tua. Itu merupakan didikan ayah dan ibunya sejak dia kecil lagi.
“ Sila masuk Cik Ardini,” pelawa Mak Tom mesra. Dia sedia maklum dengan kehadiran Ardini. Ardini hanya mengangguk tanpa suara, dia mengukir senyuman manis kepada Mak Tom . Ruang tamu dilihat kosong, masih tiada kelibat penghuni banglo.
“Sila duduk CIk Ardini, sekejap lagi family Datuk turun,” terang Mak Tom yang menyedari riak muka Ardini.
“Terima kasih.” Ardini menjawab ringkas. Selang sepuluh minit, kelihatan Datuk Hassan menuruni anak tangga bersama-sama Datin Rohana.
“Dini, dah lama sampai?” sapa Datuk Hassan.
“Baru Lagi,” jawab Ardini ringkas seraya bangun menghulurkan tangan menyalami tangan Datin Rohana. Tangan Datin Rohana dikucup lembut. Datin Rohana mengambil tempat di sisi suaminya. Sejurus itu, Mak Tom datang dengan menatang dulang berisi air dan cempedak goring. Air dihidangkan di atas meja kaca ditengah-tengah barisan sofa.
“Mak Tom, tolong panggilkan Izhar. Tetamu dah sampai.” Arah Datuk Hassan usai Mak Tom meletakkan minuman.
“Baik Datuk.” Mak Tom mengangguk dan segera naik ke tingkat atas untuk mendapatkan Izhar. Tak lama kemudian Mak Tom turun diikiti oleh Izhar selang beberapa tapak dibelakang.vWajah Izhar keruh. Dia mengambil tempat di bahagian tepi sofa Datuk Hassan dan Datin Rohana Berhadapan dengan Ardini, namun wajahnya ditunduk ke lantai. Tidak mahu bertentang mata dengan Datuk Hassan, Datin Rohana mahupun Ardini. Mak Tom meneruskan tugasnya menuang air yang tertangguh oleh arahan Datuk Hassan tadi.
“So, Dini dah pertimbangkan permintaan uncle?” Datuk Hassan memulakan bicara sambil matanya memerhatikankan Mak Tom menuang air teh ke dalam cawan.
Usai menuang teh, Mak Tom kembali ke dapur semula. Dia tidak mahu menampuri urusan keluarga Datuk Hassan, lebih-lebih lagi urusan yang bersifat peribadi. Datin Rohana hanya menjadi pendengar, menunggu suaminya membuka perbualan. Dia pun baru berjumpa Ardini untuk kali pertama, namun nalurinya kuat mengatakan Ardini adalah calon yang terbaik untuk Izhar. Datin Rohana mengalihkan pandangan kepada Izhar yang hanya membatukan diri memandang lantai, tidak bersuara walaupun sepatah perkataan. Ardini yang sedari berdiam diri , membuka bicara bagi menjawab pertanyaan Datuk Hassan.
“Sebenarnya ada hal penting Dini datang berjumpa uncle sekeluarga,” luah Ardini. Dia nekad memberitahu keluarga Datuk Hassan.
“Dini tak dapat nak pehuni permintaan uncle, bukan Dini tak sudi tapi ada perkara tentang Dini yang uncle tak tahu…. Dan Dini rasa penting untuk uncle sekeluarga tahu sebelum mengambil sebarang keputusan tentang perkahwinan ni.  Dini tak nak uncle buat keputusan tergesa-gesa. Kahwin adalah perkara yang serius,” luah Ardini.
Datuk Hassan dan datin Rohana hanya mendengar, tidak menyampuk, bimbang menggangu bicara Ardini sementara Izhar masih membatukan diri.
“Sebebarnya Dini bukanlah seperti yang uncle dan keluarga sangkakan. Dini tak dapat terima perkahwinan ni sebab Dini dah tak suci. Dini pernah jadi mangsa kekejaman lelaki. Perkara yang berlaku lama dulu. Yang dipaksa ke atas Dini.”Ardini bersuara sebak. Wajahnya tunduk ke lantai, terasa ada air mata bergenang. Walaupun pahit, kebenaran itu harus diberitahu kepada Datuk Hassan. Dian tidak mahu menipu keluarga Datuk Hassan biarpun tepaksa membuka aib sendiri. Izhar dan Datin Rohana terperanjat bukan kepalang dengan pengakuan Ardini, sedangkan Datuk Hassan masih beriak tenang. Izhar yang sedari tadi menunduk, membutangkan mata, tidak mempercayai kata-kata yang diluahkan oleh Ardini.
Dalam tagis yang ditahan Ardini menyambung dicara. “Dini bukan calon sesuai untuk Izhar. Dini tahu harapan uncle supaya Dini terima permintaan uncle tapi Dini ak berdaya. Dini tak mahu menangguk di air yang keruh dan mengambil kesempatan di atas kebaikan uncle.”
“Kalau macam tu, kita percepatkan majlis kahwin, tak payah bertunang, terus nikah.” Datuk Hassan memberikan kata putus.
“Anggaplah Dini membalas jasa – jasa uncle dengan perkahwinan ini,” sambung Datuk Hassan lagi.



“Terlanjur you dah jadi wife I, ada beberapa benda yang I nak you tahu dan I nak you buat.” Izhar memberitahu. Dia duduk menyilang kaki dengan tubuhnya disandarkan pada sofa. Izhar memandang kearah Ardini walaupun jelas dimatanya Ardini melarikan wajah dan masih  takut-takut. Dia tidak peduli, yang penting mesejnya sampai. Dia mula menyatakan syaratnya.
"Pertama, kalau dulu baju I hantar dobi, since you dah ada…. You akan ambik alih tugas membasuh dan mengosok baju-bajuI. Baju-baju kotor I akan letak bakul tepi bilik. Setiap pagi you ambik dan basuh. Kalau dah siap lipat dan iron gantung aje kat depan bilik I. kedua, dulu I breakfast dan dinner kat luar. Starting from tomorrow you’ll cook for me. Make sure you wake up before seven o’clock sebab I akan sarapan tepat jam tijuh pagi. For this week, masaklah apa pun tapi pastikan bukan makanan berlemak dan berminyak, I tak suka. Weekend next week kita akan balik ke rumah perent I. I nak you belajar memasak dengan mama I. Belajar apa yang I suka dan tak suak makan. Ketiga, setiap bulan atas arahan papa, I akan bagi you gaji sebanyak RM2,ooo. Suka hati you macam mana you nak belanja duit tu. Keempat, my room is a restricted area. So jangan pandai-pandai masuk unless I give you pemision to do so atau ada emergency case sahaja. Lastly, semua tugas maid I yang dulu, you buat. Do I make myself clear?” Izhar menerang panjang lebar.
Ardini yang sedari tadi hanya mendengar mengangguk tanda faham. Sepatah perkataan pun tidak keluar daripada bibirnya. Dia faham dengan arahan Izhar dan dia akan sedaya upaya memenuhi kemahuan Izhar. But masa ini, itu sahaja yang boleh dilakukannya. Bersetuju dengan setiap kata-kata Izhar.
“One more thing.. for your information, papa bayar ibu tiri you RM20,000 untuk you jadi isteri I. So , jangan sia-siakan duit yang papa I keluar tu.”Izhar bersuara sinis. Dia ingin Ardini tahu tentang itu. Biar Ardini sedar akan statuna disitu.
Mendengar kata-kata Izhar, Ardini bangkit dari sofa. Sebak hatinya mendengar pengakuan Izhar. Benarkah datuk Hassan ‘membeli’nya untuk dijadikn isteri Izhar?Dia tidak mahu terlalu memikirkan perkar itu, maka dia akan menyambung semula tugas-tugasnya yang tertangguh tadi. Kebetulan da masih belum menunaikan solat isyak. Dia bergegas menuju ke anak tangga. Belum pun melangkah jauh, terdengar Izahar bersuara.
"Kalau nak tidur, jangan lupa kunci pintu… I ni jenis yang berjalan dalam tidur.” Izhar meleret senyum puas. Gembira dapat mengenakan Adini. Ardini mempercepatkan langkah menuju ke anak angga. Langkahnya diatur laju ke bilik. Sejurus masuk, tombol pint uterus ditekan. Dia cuak dengan ugutan Izhar. Sebelum apa-apa terjadi, dia mengambil langkah brjaga-jaga. Ardini menyambung tugasan mengemas pakaian. Usai mengosongkan beg, dia ke bilik air untuk mengambil wuduk kemudiannya bersembahyang.


Maya memandang ke arah banglo besar dihadapannya. Pantas tangannya mengeluarkan handphone dalam tas tangan. Mesej daripada Ardini dibuka semula. Dia memerhatikan alamat dihadapan pintu pagar banglo tersebut dan membandingkan dengan alamat yang dikirim oleh Ardini. Setelah pasti itu rumah yang dicarinya, Maya turun dari kereta. Dia mengatur langkah ke hadapan pintu pagar lalu menekan loceng. Selang beberapa minit, muncul seorang perempuan menyambut kedatangannya.
“I datang nak jumpa Ardini.” Maya memberitahu.
“Saya Aridni.” Ardini memperkenalkan diri seraya membuka pintu pagar.
“Masuklah.” Ardini mempelawa sejurus pintu pagar dibuka. Maya memandang Ardini dari atas ke bawah, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Penampilan Ardini begitu jauh daripada jangkaannya. Ardini hanya berbaju kurung dengan tudung dikepala. Dia membanyangkan Ardini sebagai seorang yang seksi sepertinya, pandai bergaya dan lebih modn dalam berfesyen.  Ternyata sangkaannya meleset.  Maya hairan bagaimana Izhar boleh terpikat dengan Ardini kerana dia tahu Izhar seorang lelaki yang suka mendampingi gadis-gadis seksi sepertinya. Malahan, semasa di university di luar Negara, ramai diantara kenalan perempuan Izhar terdiri daripada gadis-gadis bergaya moden yang cenderung dengn fesyen yang ala kebaratan. Dia tau kerana dia punyai rakan yang sama-ama belajar di satu university dengan Izhar.
“Duduklah.” Ardini mempelawa Maya duduk di kerusi kayu dihalaman.Minuman dan kuih juga telah sedia terhudang di atas meja. Maya melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi. Skirt pendek separas pahaditarik-tarik sambil membetulakn duduk. Ardini turut mengambil tempat dikerusi yang bertentangan dengan tempat Maya duduk.
“ So , ada apa nak jumpa saya?” Ardini memulakan bicara dengan nada yang lembut.
“I just want you to knowthe relationship between Izhar and I.” Maya mula mengadakan cerita.
“What do you mean?” Ardini bersoal pelik, cuba memahami bait-bait kata yang keluar aripada mulut Maya. Hatinya berdebar. Bimbang kerisauannya mnjadi kenyataan.
“I tak tahu apa yang Izhar bagitau you, but we are seeing each other right now.” Maya cuba mencanang api cemburu Ardini. Walaupun apa yang diceritakan kepada Ardini merupakan rekaan semata-mata tapi dia puas. Sekiranya Izhar tidak dapat ditawan dengan cara biasa maka gelang gantinya ialah keharmonian rumah angga Izhar. Hanya dengan cara halus begitu sahaja yang membolehkan Izhar beralih arah kepadanya. Daripada keruntuhan rumah tangga itu dia akan cuba masuk jarum. Semenjak dia ditinggalkan oleh Izhar, harinya panas. Jelas di pandangannya sinar mata Izhar yang berlainan selepas menerima pesanan ringkas Ardini. Dari situ dia menyedari Izhar menyayangi Ardini dan pasti sukar menakluki cinta lelaki itu sekiranya rumah tangga mereka kekal bahagia.Dengan itu, dia nekad akan meruntuhkan rumah tangga Izhar tak kira dengan caa apa sekali pun. Ardini meneluh berat, terasa pedih hati seiring dengan rasa kecewa mendengarkan pengakuan Maya. Sungguh dia tidak mengenali Izhar dengan rapat, hatta dengan siapa Izhar berkawan dengan siapa pun dia tak pernah tahu. Lelaki itu telah menjarakkan dirinya sejak awal perkahwinan mereka lagi. Namun, kenyataan Maya terasa sanagt mengguris hati. Kalau Izhar tak pernah rela mengahwininya mengapa Izhar tidak membantah permintaan Datuk Hassan dulu? Mengapa Izhar sengaja menerimanya?  Sekadar ingin menyiksa hatinya? Izhar juga tidak pernah mengotakan janji mengakhiri hubungan mereka. Sehingga kini Ardini masih lagi tertanya-tanya dengan status dirinya. Dicintai pun dia tidak, dibuang jauh pun dia tidak. Izhar hanya menggantungnya tidak bertali.
“Mungkin dia tak bagitau sebab nak jaga hati you,” sambung Mayatak dalam nada lembut, sengaja mengapi-apikan kemarahan Ardini. Darpada riak wajah Ardini dia tahu Ardini kecewa dengan berita palsu yang dia sampaikan.
“Dia berhak untuk memiliki daripada seorang isteri, dia bukan hak mutlak saya. Kalau betul cinta dia tertumpah buat awak, siapa saya untuk menghalang? Agama membenarkan dia berkahwin sampai empat,terpulanglah pada dia.” Ardini bersuara mengendur. Dalam kecewa dia masih berfikiran waras. Ternyta dia bukan saingan Maya yang putih gebu dan bergaya seksi itu. Dia tidak akan melatah dengan berita yang baru didengar. Sekiranya benar apa yang dikatakan oleh maya itu, maka dia tiada hak untuk cemburu dan marah. Dia buakan sesiapa kepada Izhar. Lelaki itu berhak menentukan hidupnya sendiri. Memilih sesiapa sahaja yang menjadi pilihan hatinya sendiri. Cuma Ardini kecewa kerana Izhar masih mengikatnya dengan ikatan perkahwinan.Bila masa dia akan dilepaskan, dia sendiri masih tertanya-tanya.
“Well, I Cuma tak nak you terus ditipu. I pun tak nak terus berkeadaan macam ni. I pun tak nak terus berkeadaan macam ni. Kalau boleh I nak kami disatukan.” Maya bangun sejurus berkata-kata. Satu lagi pembohongan yang direka untuk memusnahkan rumah tangga Izhar. Namun, melihat reaki Ardini yang tenang membuatkan hatinya bertambah panas. Harapannya Ardini akan melenting dan marah denganberita disampaikan tapi Ardini hanya beriak tenang. Menerima kata-katanya sebagai satu takdir.

Rayyan menutup rapat pintu sejurus masuk. Dia mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Izhar. Berbanding sebulan yang lalu Izhar nampak lebih terurus kini. Sejurus melabuhkan punggung. Rayyan memualkan bicara. “Ada hal apa you nak jumpa I?”
Wajah Izhar ditenung sekilas.
“I rasa you tahu Ardini dimana sekarang.” Izhr cuba menelah. Daripada riak wajah Rayyan, dia tahu lelaki itu ada menyimpan rahsia daripada pengetahuannya.
“I tak faham maksud you.” Rayyan berpura-pura tidak faham dengan apa yang Izhar perkatakan.
Please Rayyan, don’t pretend like you know nothing about Ardini’s missing.” Izhar separuh merayu. Dia pasti Rayyan tahu sesuatu dan merahsiakan daripadanya.
“Why don’t you ask your girlfriend, Maya? Aku rasa dia mesti tau.” Rayyan bersuara sinis apabila teringatkan cerita yang disampaikan oleh Ardini.
“Maya ? Apa kaitan Maya dengan semua ni? Macam mana you tahu pasal Maya?” Izhar menyoal pelik. Apa kaitan Maya dengan kehilangan Ardini? Dan yang paling pelik macam man Rayyan boelh kenaldengan Maya?
“Ardini tak nak jadi penghalang cinta you all. Maya jumpa Ardini dan beritahu pasal hubungan you dengan dia.” Rayyan mula membuka cerita.
“Apa maksud you?” Izhar masih belum dapat mencerana kata-kata Rayyan.
“Dia datang jumpa Ardini . Maya mengaku dia ada hubungan dengan you.” Rayyan menerang lagi. Izhar melurut – lurut rambutnya. Terasa kesal kerana melayan Maya sedari awal. Sedikit sebanayak Maya menyumbang kepada peristiwa yang berlaku diantara dia dan Ardini.
“So, sekarang you tahulah Ardini kat mana?” Izhar menyoal lagi. Bagaimana Rayyan boleh memperoleh cerita itu kalau Ardini sendiri tidak menceritakan kepada rayyan. Sudah tentu Rayyan tahu dimana Ardini berada.
“Dia tak mahu jumap you.” Rayyan bersuara mengendur. Menyampaikan amanat Ardini yang selama ini dirahsiakan.
“You kena bagitau I kat mana Adini sekarang.” Izhar bersuara mendesak.
“I can’t.” Rayyan bersuara lemah, teringatakan manat Ardini.  Dia bangun daripada duduk, berkira-kira untuk meninggalkan Izhar. Berlama disitu bermakna dia akan membocorkan rahsia lagi.
“You tak nak bagitau sebab you nak rebut dia daripada I,kan? memang dari dulu lagi you ada hati pada Ardini, kan?” Izhar melemparkan tuduhan. Tindakan Rayyan merahsiakan di mana Ardini membuatkan dia hilang pertimbangan.
“You jangan tuduh I yang bukan-bukan!” Rayyan besuara meninggi saraya melangkah ke pintu. Tidak mahu terus berlawan terus berlawan kata dengan Izhar.
“Entah-entah sekarang ni you ada affair dengan dia. Sebab tu you tak bagi I cari dia.” Izhar membuat tuduhan melulu. Fikirannya sudah dibius dengan rasa marah sehingga membuatkan dia menuduh Rayyan yang bukan-bukan walhal dia sendiri tidak berniat untuk mengeluarkan kata-kata itu. Rayyan hampir menuju ke pintu menghentikan langkah. Dia tidak hairan jika Izhar mahu menuduhnya melulu tapi apa bila nama Ardini yang suci itu dipalit sekali, Rayyan turut hilang sabar.
“I tak kisah kalau you nak tuduh I macam-macam tapi I tak boleh biarkan you tuduh Ardini yang bukan bukan. Memang dulu I suka pada Ardini tapi masa tu I tak tahu dia cintakan you dan I tak tahu you pun cintakan dia. I sedar you ada perasaan pada Ardini tapi you nafikan perasaan you.You buat macam macam untuk benci dia tapi you tak mampu benci dia because she is irresistible. Tapi you selalu buat keputusan yang salah hingga dia lari tinggalkan you. Dan sekarang you masih nak ulang kesalahan yang sama dengan menuduh dia macam-macam. I Cuma nak you tahu Ardini perempuan yang paling suci yang pernah I jumapa. Think twice before you say bad things about her. And one more thing before I leave, Ardini mengandung sekarang dan I pasti anak itu anak you.” Rayyan bersuara seraya berlalu meninggalkan Izhar yang terpingar-pingar. Mendengar kata-katanya. Dalam marah, dia masih boleh berhemah dalam berkata-kata.