Monday, 8 December 2014

NOVEL CURI-CURI CINTA

Kasihku ...
Ku amat mencintai kamu..
Kerna kau beri erti hidup...
Ku akan mencintai...
Sedetik lebih...
Selepas selamanya....


Novel air mata , Saya membeli novel ini dari rakan FB , kerana kecuian saya sendiri novel ini hilang tanpa dibaca walaupun sehelai muka surat. Sedih .. Tapi saya membeli untuk kali kedua baru lah dapat memeluknya. Novel yang setebal 1165 muka kurat bukan penghalang untuk mengabiskan kemuka surat ter akhir. Pada saya banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Air mata , dendam , kecewa dan gembira mewarnai keseluruhan novel ini. Walaupun pun dah lama baca baru kesempatan nak buat review . Harap ada yang suka maaf dengan kekurangannya. Jom review novel ini versi saya . 

Intan Raihana dilahirkan dari keluarga yang susuah. Malu menerima keluarga yang susah Intan lebih selesa berlagak menjadi orang kaya. Lebih menyedihkan bila Intan tidak mengaku mempunyai seorang ibu yang buta. Ini semua berpunca apabila Ibunya terlibat dalam kemalangan maut. Mata Ibunya terkena serpihan kaca dan ayahnya pula meninggal dunia. Sejak kejadian itu Intan membenci abangnya Iskandar kerann menjadi punca ayahnya kemalangan. Setahun di luar negara hidupnya lebih pada bergembira dari berlajar. Hidupnya lebih bergantung dengan lelaki kaya bagi mengekalkan keselesaan hidupnya. 

Pulang dari luar negara Intan bertembung dengan Danial Hakim sepupu Peggy Wong . Intan mula merancana agar mendapatkan lelaki yang bernama Danial Hakim. Danial Hakim  seorang lelaki yang kaya dan berkedudukan menjalinkan hubungan dengan Fariza sepupu Intan. Fariza seorang perempuan yang cantik dan tinggi budi perkertinya menambat hati Danial dan ingin mengambil Fariza sebagai calon isterinya. Kerana kesombongan dan keangkuhan Mak longnya Intan nekad untuk merampas Danial dari Fariza. Niat Intan dapat dihidu oleh Peggy. Intan berkerja di syarikat Danial untuk mendekatkan diri dengan Danial. Danial tidak suka dengan Intan yang bersikap lebih - lebih ditambah pula Intan tidak menghormati orang tuanya. 

Pelbagai cara telah dilakukan demi menambat hati Danial namun Hati Danial terlalu kebal untuk Intan. Intan terpaksa mengunakan tektik kotor demi merelisasikan impian berkahwin dengan orang kaya demi kesenangan hidupnya. Intan dan Danial dinikahkan dengan hati Danial yang terluka. Dalam diri Danial menyimpan satu dendam agar hidup Intan lebih derita dari Intan bergelar isteri . Danial membawa Intan kesyurga yang dicipta oleh Danial. Ini bagi menyedarkan Intan di atas pembohongan dan keangkuhan diri. Disebuah pondok buruk mereka berteduh , beralaskan simen dijadikan tilam , berubah sekali kehidupan Intan. Dengan kesempitan hidup Intan berkerja sebagai perkerja am dan pencuci tandas. 

Kehidupan susah Intan diperhatikan oleh jirannya Badrul. Badrul pernah mendesak agar Intan ke pejabat agama untuk memohon cerai. Bagi Badrul Danial bukan lah lelaki yang bertanggungjawab. Pada Intan ini adalah balasan yang perlu dia tanggung kerana derhakanya pada ibu dan abangnya . Peggy tidak menyangka Intan mampu bertahan dengan sikap Danial .

Kesusahan Intan dapat dihidu oleh abang Is. Intan memohon ampun dari keluarganya. Intan ingin menebus balik geran tanah yang telah digadaikan oleh abang Is kepada Daniel. Duit itu digunakan semasa Intan di luar negara dulu. Danial membuat perjanjian berkerja tanpa gaji sehingga dia bersalin sebagai pegawai keselamatan. Dengan cara itu saja cara Danial dapat membalas dendam pada Intan. Intan pernah menipu Danialyang dia mengandung kini dia benar-benar mengandung tetapi Danial tidak mempercayainya lagi. Danial cuba memujuk Fariza dan akan berjanji akan  berkahwin dengan Fariza selepas Intan bersalin. 

Bila Intan sah mengandung , Danial mempunyai alahan yang memaksa dirinya sentiasa ingin bersama Intan.  Perasaan sayang mula berputik diperasaan Danial. Danial terpaksa menyimpan perasaan sayang pada Intan kerana egonya. Hati Intan telah mati untuk Danial. Kematian Abang Is lebih memilukan kerana tak sempat melihatkelahiran bayi Intan. Danial berjanji dengan Iskandar akan menjaga Intan dan anaknya . Sebelum sempat janji itu ditunaikan Intan dan Ibunya sudah meninggalkan Danial. Danial memakan diri dengan sikapnya. Walaupun telah dinasihatkan agar tidak mendera jiwa Intan. 

Kemana pun pergi Intan pergi kalau sudah dinamakan jodoh mereka tetap berjumpa. Danial tidak melepaskan peluang kedua. Memujuk Intan dan mengambil hati Intan dalah lah diutamakan. Danial tidak mahu lagi curi - cuti cinta dengan isteri sendiri. Keegoannya harus dibuang demi isteri dan anaknya. 



Sinopsis dari kulit novel 
“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya. 

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti! 

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya. 

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti. 

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..




40 comments:

  1. terima kasih kak sinopsis nya...
    Nak tanya siket ni... intan mengandung anak danial tu sebab terlanjur atau mengandung sebab diorang berhubungan selepas kawen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubungan selepas kahwin..
      Terima kasih sudi singgah blogs akak. Ini novel lama yg akak suka.

      Delete
    2. Cita ni sepatut nya intan kena tegas dan jgn bg muka dg denel bru la bes bg denel sunguh2 pujuk intan

      Delete
    3. dalam novel kita emosi sendiri dan cerita itu lebih terkesan, Tapi Denial memang pujuk betul2 intan tu ...

      seingat akak intan terima terima daniel sebab mak dia pujuk sebelum mak intan meninggal. ( dah lupa novel akak hilang kawan pinjam tak pulang )

      Delete
  2. Ending diaorg macam mana sis? Intan dgn dani,, intan betul2 berubah selepas tau daniel sbrnnya bukan susah. Tak sabar ingin mengetahui cerita selanjutnyaa. Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni sediakan tisu byk2 ... sedih sangat kisah hidup intan..

      Delete
  3. kak boleh kasi full tak crita nya !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. part paling sedih bila mak dan abang meninggal .. Kesian intan

      Lagi dari suami sebab hatinya sudah mati terlalu bayank hinaan dari suaminya semasa mengandung dulu.

      Delete
    2. kena tikam nak selamatkan intan tak silap...

      Tak ingat dah ...

      Delete
  4. Mak intan mati sebab apa ? Saya tak boleh tidur pula dah. Nak tahu sangat apa jadi. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit tua .. mak intan tu pun tak berapa sihat .
      minggu depan episod air mata je lah. rasa mcm nak sepak2 je Danial tu. Danial sakitkan hati Intan tapi intan tetap senyum.

      Bila intan larikan diri , Hidup Danial huru hara. Sebenarnya dia dah cintakan Intan tapi sebab ego tak nak mengaku. Aleh2 makan diri.

      Delete
  5. Siapa sebenarnya dalang disebalik gambar2 tu? Kalau ikutkan, Daniel da pening-pening lalat sebelum Intan bagi minuman kan, lepas tu Intan sendiri minum air tu dan tertido. Sian Intan, kalau dia yang plan gambar tu, takkan dia sendiri pon was-was yang dia pregnant atau tak.

    Daniel ni pon satu, takkan tak nampak perubahan Intan sejak dia belajar hidup susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paggy yg buat sebab nak balas dendam ... kiranya Intan mangsa keadaan.

      Kak pun geram dgn Daniel tu ... tak boleh fikir benda2 cam tu

      Delete
    2. Bkn mak tiri danial ke yg buat smpai intan n danial jd camtu

      Delete
    3. Akak pun dah tak ingat ... cari balik novel dah tak jumpa sebab kawan pinjam tak pulang ... sorry kalau salah ...

      Delete
  6. Ending nya happy ending kah danil dengan intan?tak sabar nonton sampai episode terakhir 😅😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah happy ending .. drama melayukan ... hahah

      Delete
  7. Trima ksihhh ya utk snopsisnya.. Skurangnya dpt la pencerahan gak tntang ap yg akn trjdi.. Ok la, x sbr nk tgk epsd 24 pnya n mggu akhir tuk drma Curi-Curi Cinta nie~~ 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kena sedia tisu byk2 minggu akhir ni sedih dsn happy ending

      Delete
  8. Apa episod 24 hingga akhir episod😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daniel sedih intan lari. Mak long intan terus desak danial kahwin dengan danial tapi daniel tak mau. Nanti danial jumpa intan. Masa tu lah daniel pujuk intan dan berbaik semula dgn intan.

      Daniel menyesal apa yang dia dah buat kan intan

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. Apa endingnyaaaa,, awak bg lah citer fulll👻

    ReplyDelete
  10. Nak balik asrama dahhh,, x sempatt tengok episod minggu dpn😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok kat youtube... insyaallah boleh tengok nanti ...


      Terima kasih sudi singgah diblogs akak... dan share cerita ini.

      Delete
  11. Nak tanya iman mati ker? Sbb nmpk dlm teaser kepala berdarah. Dan mak intan dkt kubur.. Yg lain boleh tunggu bab iman berdarah kepala yg x leh tunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seingat akak iman tak mati ... treaser tu jatuh je kan ..
      malam ni tak sabar nak tengok minggu akhirkan

      Delete
  12. Nak tanya iman mati ker? Sbb nmpk dlm teaser kepala berdarah. Dan mak intan dkt kubur.. Yg lain boleh tunggu bab iman berdarah kepala yg x leh tunggu.

    ReplyDelete
  13. Nak tanya iman mati ker? Sbb nmpk dlm teaser kepala berdarah. Dan mak intan dkt kubur.. Yg lain boleh tunggu bab iman berdarah kepala yg x leh tunggu.

    ReplyDelete
  14. haah kite pun nak tanye pasal iman

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah happy ending ... berdebar lak nak tengok episod seterusnya ... hihih

      Delete
  15. huuu susah betul nk cerita ending dia ya, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan susuah nak cerita ending ceritanya ...
      akak buat review novel ni dah 5 tahun .. novel pulak kawan pinjam tak pulang2 takut salah ..

      Kita tunggu TV jelah ... yg pasti happy ending .

      Delete
  16. Jangan lupa esok, episod akhir (Episod 28) hanya di Astro Ria.

    ReplyDelete
  17. Suka sngt tngk drama ni...selepas nur ..

    ReplyDelete
  18. Knpe di YouTube tak bisa dilihat ya kk..puas saye cari² tpi TK full episod Nye😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya ada.... boleh tengok di web kepalabergetar ... tapi saya tak ada link

      Delete