Saturday, 4 August 2012

NOVEL SIAPA ORANG GAJIKU

Identitiku? Adakah begitu penting bagi mereka unuk mengetahui siapa diriku yang sebenarnya?


Kali ini Novel siapa Orang Gajiku novel baru keluaran bulan Julai. Mengikuti perkembangan novel ini dari hujung tahun lepas lagi dari penulisan2u hinggalah jelajah ke laman blogs penulisnya sendiri. Ini kerana membaca cerita yang agak menarik. Nur Razimah atau ingin dikenali sebagai Azimah Lily sebagai nama pena. Berjinak-jinak didunia penulisan sejak dibangku sekolah lagi kini terhasillah sebuah karyanya dibukukan setebal 545 muka surat bertajuk SIAPA ORANG GAJIKU. Ia mengisahkan Dr. Sharifah Aina Aishah ingin melarikan diri dari ibunya Datin Sharifah Mawar memaksa dirinya untuk berkahwin. Bukan sahaja dirinya malah abangnya sendiri juga turut menjadi mangsa desakan ibunya. Tak cukup dari itu Ibunya juga mencarikan calon pasangan untuk abangnya. Oleh demikian dia mengambil keputusan untuk menyembunyikan diri dari pengetahuan ibunya. Dia menerima tawaran Tengku Fauziah, nenek sahabatnya Rina untuk mengubati sepupu Rina, Tengku Haikal Iskandar yang kecewa ditinggalkan oleh tunangnya Sofea semasa majlis perkahwinan mereka. Tengku Fauziah tidak mahu Aina dikenali sebagai doktor Psikologi tetapi sebagai orang gaji yang boleh memantau keadaan cucunya Haikal di rumah. Dalam masa yang sama Aina juga menyembunyikan identitinya sebenar dari Tengku Fauziah.Dengan persetujuan itu Aina akan dibayar sejumlah wang dan wang tersebut akan diberikan kepada Rumah anak- anak yatim. Dalam masa yang sama Rumah anak-anak yatim sangat memerlukan wang. Kerenah Haikal Yang pelik menguji kesabaran Aina. Berkat kesabaran Aina merawat Haikal , Haikal pulih dan lebih bersemangat. Haikal menjadi keliru apabila Sofea kembali merayu . Keadaan menjadi rumit bila Tengku Fazira dan Sofea membuat merancang untuk mengusir Aina dari banglo kepunyaan Tengku Fauziah nenek Haikal.  Hati Haikal ada perasaan pelik terhadap Aina. Akhirnya rahsia yang disimpan sekian lama akhirnya terbongkar juga. Haikal terkejut bila mengetahui sebenarnya Aina adalah Mamee monster kawan masa kanak-kanak yang suka membulinya dan kini menjadi doktor piskologinya.

Note: ada sedikit tergantung dipengakhiran ceritanya ini kerana kita tak tahu apa yag terjadi pada Sofea. overall cerita ini menarik dan mencuit hati. cerita novel ini santai dan tak berat konfliknya.

Sinopsis dari kulit novel
Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.
Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.
“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah
"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar
"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” –Sharifah Aina Aishah
Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.
Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?

Petikan-petikan menarik dari dalam novel.
“Orang gaji!” kata Aina dan Rina serentak. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.
“Nenek mahu Kak Aina menjadi orang gaji di rumah nenek?” nada suara Rina bergetar. Betul ke dengan apa yang aku dengar ni?
“Ya.”
“tetapi nenek, kak Aina mempunyai master dan PHD dalam bidang psikologi. Kak Aina tak layak menjadi orang gaji. Jauh sama sekali.”
“Biar nenek terangkan dahulu! Nenek hanya mahu Aina menyamar sebagai orang gaji untuk merawat Haikal.”
“Kalau nenek mahu Kak Aina merawat Abang Haikal, kenapa mesti Kak Aina menjadi orang gaji? Lebih baik nenek upah Kak Aina menjadi doctor psikologi Abang Haikal.”
“Nenek tahu tetapi jika nenek mahu Aina menjadi doctor psikologi Haikal, masanya bersama Haikal adalah terhad berbanding masanya sebagai orang gaji. Jika Aina menjadi orang gaji, Aina mempunyai banyak masa bersama Haikal.” Terang Tengku Fauziah. Dia memandang tepat pada Aina.
Aina hanya mendiamkan diri. Dia mendengar penerangan Tengku Fauziah. Kata-kata nenek Rina ada benarnya.
"Aina!” Pandangannya dialihkan pada wajah bujur sirih yang hanya mendiamkan diri sejak dari tadi. “Nenek nak minta pertolongan Aina. Nenek yakin Aina dapat membantu nenek. Nenek tahu menjadi orang gaji bukannya mudah tetapi ini saja jalan yang nenek nampak. Beritahu saja apa yang Aina nak, nenek akan tunaikan.” Kata Tengku Fauziah bersungguh-sungguh. Rina memerhati Aina. Rancangan nenek di luar dugaannya. Dapatkan Kak Aina bertahan? Perangai Abang Haikal kebelakangan ni lain dari dulu. Aina berfikir seketika. Hmmm….Apa saja? Ya, aku boleh ambil peluang ni untuk tolong Puan Jamliah. Jika nak tunggu duit dari atuk, mesti aku kena tunggu lebih lama lagi sedangkan Puan Jamilah memerlukan duit itu secepat mungkin.Aku perlu lakukan demi kanak-kanak di Rumah Anak- Anak Yatim Sri Harapan. “Baiklah! Aina setuju tetapi Aina perlukan RM 100 ribu sebagai pertukaran.”
“RM 100 ribu!” Bulat mata Rina mendengarnya. Apa Kak Aina nak buat dengan duit sebanyak itu.
“Baiklah.” Tengku Fauziah bersetuju tanpa berfikir panjang. Untuk Haikal, berapa saja dia sanggup bayar.
“Sebagai deposit, nenek hanya perlu bayar RM 50 ribu untuk Rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan. Selebihnya selepas tugas Aina selesai. Nenek setuju ke?” Tengku Fauziah tersenyum. “Baiklah.” Aina hanya mampu tersenyum. Rina menggelengkan kepalanya. Dia tak tahu untuk berkata apa-apa lagi. Keputusan telah dibuat. Dia kagum dengan sikap Kak Aina yang sanggup berkorban hanya untuk anak-anak yatim. Dengan wang yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

Tengku Fazira mengeluh. Pandangannya tepat pada Haikal yang sedang duduk di sofa fabric dari Itali. Haikal begitu asyik menonton tv. Kehadirannya tidak dipedulikan. Apa nak jadi dengan  anak teruna aku ni? Kerja tak mahu. Asyik membuang masa saja.
“Kenapa Haikal tak hadir dalam mesyuarat lembaga pengarah petang tadi?”

“Malas.” Ringkas jawapan Haikal. Matanya masih tidak berganjak melihat drama yang ditayang oleh TV3.
“Haikal dah lupa ke ? Haikal salah seorang dari board director. Sepatutnya Haikal turut sama hadir. Satu hari nanti Haikal akan mengambil alih tempat nenek. Haikal tak kasihan pada nenek? Dah tua tetapi masih bekerja.” Pujuk Tengku Fazira. Dia kasihan melihat ibunya.
“Tengoklah macam mana nanti! Ibu, wanita yang bergaduh semalam adalah auntie Mawar ke?”  “Haikal masih ingat dengan Mawar ke?” Tengku Fazira terkejut.
“Tentulah ingat. Masa kecil dulu, auntie Mawar selalu bawa hadiah untuk Haikal setiap kali datang ke rumah kita. Atuk Bakar pun baik dengan Haikal.” Haikal masih ingat semuanya walaupun waktu itu dia hanya berumur 7 tahun.
“Syed Aril.”
“Of course. Abang Aril selalu tolong Haikal setiap kali dibuli.” Kata Haikal. Artikel mengenai Aril sering terpampang di dada akhbar dan majalah. Dia seorang usahawan yang berjaya.
“Mamee Monster?” Tengku Fauziah bersuara. Dia baru saja pulang dari pejabat. Dia menutup pintu rapat. Kebetulan dia mendengar perbualan mereka berdua.Haikal membuat mimic muka sebaik sahaja nama itu disebut. Gegendang telinganya sangat sensitive apabila mendengar perkataan itu. “Huh, jangan disebut. Menyakitkan hati saja.”
“Bukan ke semasa kecil dulu Haikal rapat dengan Aina! Ke mana saja Aina pergi, Haikal mesti ikut!” Tengku Fazira tersengih.
“Masa itu Haikal kecil lagi, tak tahu nak fikir. Main ikut saja. Eee….Ada ke patut dia suruh Haikal pakai baju gaun perempuan? Make up lagi! Siap ikat tocang dua lagi. Ibu! Nenek! Malu Haikal dibuatnya. Bila difikirkan balik, macam mana Haikal boleh ikut saja cakap Mamee  monster tu.” Haikal menjuih bibir. Kenangan itu masih terpahat segar di mindanya. Memalukan! Menjatuhkan maruh aku sebagai seorang lelaki sejati. Aku harap selepas ini jangan aku jumpa dia lagi. Pasti dia akan ejek aku.            Tengku Fazira dan Tengku Fauziah ketawa apabila mengingatkan peristiwa itu. Hampir pengsan mereka berdua melihat Haikal berpakaian seperti budak perempuan.
“It’s not funny, you know!” Haikal geram melihat nenek dan ibu ketawa dengan kuat. Aina tersengih mendengar kata-kata Haikal. Rupa-rupanya dia masih ingat aku. Dari tadi dia mencuri dengar perbualan mereka bertiga. Hmmm….bukan ke aku ada simpan gambar tu! Aina tiba-tiba teringat sesuatu. Senyuman di bibirnya semakin lebar.


Haikal masih menanti penjelasan dari Aina. Namun Aina hanya mendiamkan diri. Aina seperti sedang termenung memikirkan sesuatu. Pasti Aina masih terkejut lagi.
“Aina!” panggil Haikal.
Aina terkejut apabila namnya dipanggil.
“Are you okey?” Haikal mula risau melihat keadaan Aina. Wajahnya masih pucat lesi.
“I’m fine!” Aina cuba tersenyum. Namun ketakutan sebentar tadi masih menghantui dirinya. Mata Aina meliar melihat sekeliling kedai makan itu. Aina takut jika Iskandar turut sama berada di situ.
Haikal mengeluh. “Dia dah tiada. Aina jangan bimbang. Jika Aina takut dia datang lagi, jom kita buat report polis. Saya temakan awak.”
“Jangan!”
“Kenapa? Kenapa Aina tak mahu buat report polis? “
"Senarnya Abang Is bukan macam itu ……” Aina menarik nafas panjang. Aina tak mahu melibatkan polis dalam hal ini.
“Abang Is! Jadi Aina kenal lelaki itu!”
“Ya! Abang Is kawan baik abang. Abang Is baik orangnya. Dia ada penyakit …..”
“Mental” Haikal tiba-tiba mencelah.
 Aina hanya mampu menganggukkan kepalanya.
“Tetapi kenapa dia panggil Aina sebagai Marliana?” soal Haikal ingin tahu
“Sebenarnya Marliana adalah tunang Abang Is. Mereka hampir saja berkahwin sehinggalah mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Marliana terkorban dalam kemalangan itu. Hanya Abang Is yang terselamat. Abang Is tidak dapat menerima kenyataan yang arwah Marliana sudah tiada. …..Kebetulan wajah Aina seiras arwah Marliana. Itu yang membuat Abang Is bertindak agresif seperti tadi.”
“Bukan ke Aina pakar psikologi? Tak boleh ke Aina merawat dia?”
"Memang la tetapi setiap kali Aina berhadapan dengan Abang Is, tiba-tiba badan Aina kaku. Lidah Aina keluar. Otak Aina blank. Aina tak boleh fikir apa-apa.” Aina meluahkan perasaannya.
Haikal tiba-tiba ketawa.
Aina merenung Haikal. Aku buat lawak ke?
“Kalau berkaitan masalah orang lain, pandai pula Aina selesaikan. Sekarang ini dah terkena batang hidung sendiri,  terus gelabah.” Ketawa Haikal semakin kuat.
Aina mengetap bibir. Bibirnya sedikit bergetar. Amboi….Amboi, seronoknya ketawakan aku.            Ketawa Haikal terhenti apabila sedar jelingan yang dihadiahkan padanya. Haikal berdehem beberapa kali. 
“Sebenarnya saya ada hal nak jumpa Aina.”
Aina terkejut. Kenapa pula dia nak jumpa aku? Aina hairan. Aina masih menanti.
“Saya sebenarnya nak minta maaf pada Aina di atas apa yang berlaku selama ini termasuklah layanan saya pada Aina. Saya sedar saya dah banyak buat salah pada Aina. Saya minta maaf.” Ucap Haikal dengan ikhlas. Dia merenung wajah bujur sirih milik Aina.
“Alah …semua itu dah lepas. Setiap orang pasti akan buat kesalahan, nobody perfect. Maaf awak diterima.” Aina tersengih sehingga menampakan barisan giginya yang putih dan teratur.
“Satu lagi, saya nak berterima kasih pada Aina sebab membantu ibu berbaik semula dengan nenek.”
“You’re welcome! Aaaa….ada apa awak nak cakap lagi ke?”
“Tak ada apa-apa.!”
“Bagus! Saya dah lapar ini. Boleh saya order sekarang ini?” soal Aina secara tiba-tiba. Dia memegang perutnya. Lapar. “adik! Menu!” panggil  Aina.  Haikal hanya menggelengkan kepala. Perangai masih tidak berubah. Walau apa-apa pun, Haikal gembira kerana hubungan mereka telah pulih kembali.


"Aishah"
Pelukan mereka terlerai sebaik sahaja mendengar suara Mak Som. Aina bersalaman dengan Mak Som. Selama ini Aina begitu merindu Mk Som dan Murni. sepanjang ia berkerja disitu, Mak Som dan Murni melayan dirinya dengan baik, Jasa dan budi mereka tidak mungkin Aina lupakan. 
"Kemana Aishah perhi ni? Kenpa tak telefon Mak Som? Mak Som bimbang kja sesuatu terjadi pada Aishah." Mak Som meluahkan kebimbangan. Murni mengesat air mata yang mengalir di pipinya.
"Aishah minta maaf, Mak Som. Meman Aishah nak hubungi Mak Som tetapi Aishah tak tahu nak jelaskan." Aina serba salah. Sebenarnya Aina tak tahu bagaimana mahu menjelaskan apa yang berlaku dan juga siapa dirinya yang sebenarnya.    Aina bimbang Mak Som dan Murni akan memarahi didinya jika mengetahui dia telah berbobong tentang identitinya yang sebenar.
"Jelas kan apa?" soal Mak Som secara tiba-tiba.
"Jelaskan...." Aina menarik nafas. Dia cuba mengumpul kekutan untuk berterus terang. Tujuannya datang ke rumah Tengku Fauziah untuk berjumpa Mak Som dan Murni. Aina ingin terangkan semuanya.
" Sebenarnya..."
Mak Som dan Murni merenung tepat pada wajah Aina. Mereka sedang menanti apa yang cuba dijelaskan oleh Aina.
"Nama Aishah yang sebenarnya adalah Dr. Sharifah Aina Aishah Binti Doto Syed Ridzuan." Tiba-tiba ada suara menyampuk dari belakang Aina.
Aina terkejut dan berpaling.
Haikal Tersenyum.
"Apa? kata Mak Som dan Murni serentak. Mereka saling berpandangan. Aina hanya mampu tersenyum. Apa Si Haikal buat di sini? Bukankah di sepatutnya berada di hotel? Kacau betul. Biarlah aku sendiri yang berterus terang. Aku ada mulut sendiri. Aku boleh bercakap sendiri.
"Itu mesti sedang kutuk sya dalam hati,kan?" usik Haikal apabila sedar Aina tiba-tba mendiamkan diri.
"Ya, memang pun. Sakah ke? Awak tak pergi kerja ke? Hesy! Kacau daun," marah Aina.
" Memang saya kerja hari ini tetapi saya terlupa sesuatu so saya berpatah balik. Lepas tu saya ternampak kereta Aina diluar, saya dah agak pasti Aina berjumpa dengan Mak Som dan Murni." Aina hanya menjeling pada Haikal sebelum mengalihkan pandangannya kepada Mak Som dan Murni semula.
"Aina minta maaf kerana merahsiakan identiti Aina yang sebenarnya. Bukan niat Aina untuk menipu Mak Som dan Murni tetapi Aina terpaksa lakukannya," jelas Aina dengan berhati-hati.
"Ini semua kerana permintaan nenek. Nenek yang suruh Aina rahsiakan identitinya yang sebenarnya." Haikal mencelah. Aina mengetap bibir. Geram apabila Haikal mencelah percakapannya.
"Jadi .. kak Aishah.. bukan orang gaji seperti kami?" Murni beruara. Matanya terkebil-kebil melihat Aina. Murni melihat Aina dari atas hingga ke bawah. Penampilan Aina berbeza dari sebelumnya.
"Aina sebenarnya doktor psikologi yang diupah oleh nenek untuk merawat saya." Haikal mencelah sekali lagi.
"Doktor sakit jiwa?" kata Murni secara tiba-tiba. Mulutnya sedikit ternganga.
"Ya. Doktor sakit jiwa. Tujuannya adalah untuk merawat orang yang ada masalah sakit jiwa didalam rumah ini," perli Aina
Air muka Haikal berubah.

4 comments:

  1. saya rasa cerita nipenyudahnya mcm tergesa2 aje ...patutnya kisah dan hubungn haikal dgn aina harus diperkmbngkn lagi..itu komen saya yg dh memilikinya...

    ReplyDelete
  2. saya setuju tu... kisah sofea pun tergantung... jalan cerita bagus sebenarnya.... apa pun ini percubaan pertama penulis... kita doakan agar novel seterusnya akan lebih baik ..

    ReplyDelete
  3. saya share dekat review novel yer... nak minta izin ni.. saya upload dulu, kalau awak tak suka, saya delete..

    ReplyDelete
  4. saya ok aje ... kalau siti suka saya punya review saya lagi rasa berbesar hati... terima kasih ..

    ReplyDelete