Kedinginanmu umpama salju yang memadam hangatnya api cintaku,
keegoanmu umpama angin yang meniup pergi segala rasa cintamu,
andai aku tercipta untukmu, izinkan lah cinta ini bertamu,
andai aku bukan untukmu, biarlah kubawa rasa cinta ini pergi darimu.
Karya pertama Nordaliyana Abdullah lebih dikenali nama pena Tulip Ungu. Tulip bunga kegemaran dan ungu warna kegemaran. Minat menulis dari sekolah menengah lagi dan kini lahirlah sebuah Novel bertajuk 'Aku untukmu' . Percubaan pertama mampu menyiapkan novel setebal 488 muka surat terbitan kakinovel .
Ceritanya cukup menarik saya kira , Perjalanan hidup Ardini penuh dengan dugaan dunia. Hidup Ardini tidak selancar orang lain kerana dirinya pernah dinodai oleh Arif lelaki yang diupah oleh ibu tirinya. Diatas kelelembutannya dia telah dilamar oleh Datuk Hassan untuk anak lelaki tunggal Izhar. Datuk Hassan juga banyak menolong dirinya membiayai dirinya di universiti. Sebelum Ardini menerima lamaran itu Ardini membuat keputusan untuk menceritakan peristiwa hitam yang berlaku sepuluh tahun yang lalu kepada Keluarga Datuk Hassan. Dia tidak menyangka dengan menceritakan hal berkenaan Datuk Hassan akan membatalkan niat untuk melamar dirinya tapi sangkaannya meleset. Datuk Hassan memuji keikhlasan Ardini dan Datuk Hassan yakin Ardini mampu mengubah keadaan anak lelakinya. Izhar seorang bergaya dan hidupnya bergelumang dengan noda-noda dosa. Untuk menamatkan dunianya , Datuk Hassan memaksa Izhar berkahwin dengan pilihan Datuk Hassan. Perkahwinan tanpa kenal dan cinta amat menyakitkan. Keegoan Izhar membuatkan hidup Ardini memerima kehendak takdir. Perasaan Izhar merubah sedikit demi sedikit tetapi perasaan itu ditolak jauh-jauh. Kehadiran Maya kawan universiti Izhar merubah keharmonian rumah tangganya. Maya yang dari dulu meminati Izhar tidak pernah putus asa. sekali pun Izhar menolak cintanya.Kehilangan Ardini membuatkan hidup Izhar menjadi kosong. Segala yang dilakukan serba tak menjadi. Kini Izhar akui Ardini adalah cintanya.
### Syabas buat penulis novel AKU UNTUKMU
Sinopsis:
Kerana terikat dengan budi yang ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima ikatan perkahwinan itu dalam terpaksa. Namun semua yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar seringkali bersikap dingin dan terlalu ego. Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, dia kuat menanggapi pasang surutnya sikap Izhar namun apabila seringkali diasak dengan keegoan Izhar yang tidak bertepi, Ardini akhirnya pasrah. Andai dirinya bukan tercipta untuk Izhar, maka biarlah dia menarik diri.
Perkahwinan yang diatur oleh Datuk Hassan bersama Ardini menyebabkan dia tidak betah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tambahan lagi, Ardini bukanlah calon yang sempurna untuknya. Rasa benci menyebabkan Izhar melakukan pelbagai cara supaya Ardini terseksa dalam ikatan perkahwinan yang dibina. Namun semakin dia cuba membenci Ardini, rasa sayang semakin bertaut di hatinya. Apakah ada cinta untuk Ardini dalam hatinya. Kelembutan Ardini menyebabkan kedinginannya semakin menghilang dan egonya runtuh.
Mampukah kelembutan Ardini mencairkan keegoan Izhar yang selama ini menyelimuti perkahwinan mereka? Mampukah Izhar mencintai Ardini sedangkan gadis itu bukanlah pilihan hatinya? Bagaimana pula Ardini betah bertahan dengan sikap dingin dan ego Izhar yang tinggi melangit? Andai aku tercipta untukmu, pasti bahagia itu milik kita.
Petikan - petikan menarik dalam novel.
Kehadiran Ardini disambut mesra oleh pembantu rumah Datuk Hassan, Mak tom. Mak Tom menghulurkan tangan, salam tanda pekenalan. Ardini menyambut seraya mencium tangan Mak Tom. Walaupun Mak Tom hanya merupakan orang gaji kepada keluarga Datuk Hassan, Ardini tetap menghormati Mak Tom yang lebih tua. Itu merupakan didikan ayah dan ibunya sejak dia kecil lagi.
“ Sila masuk Cik Ardini,” pelawa Mak Tom mesra. Dia sedia maklum dengan kehadiran Ardini. Ardini hanya mengangguk tanpa suara, dia mengukir senyuman manis kepada Mak Tom . Ruang tamu dilihat kosong, masih tiada kelibat penghuni banglo.
“Sila duduk CIk Ardini, sekejap lagi family Datuk turun,” terang Mak Tom yang menyedari riak muka Ardini.
“Terima kasih.” Ardini menjawab ringkas. Selang sepuluh minit, kelihatan Datuk Hassan menuruni anak tangga bersama-sama Datin Rohana.
“Dini, dah lama sampai?” sapa Datuk Hassan.
“Baru Lagi,” jawab Ardini ringkas seraya bangun menghulurkan tangan menyalami tangan Datin Rohana. Tangan Datin Rohana dikucup lembut. Datin Rohana mengambil tempat di sisi suaminya. Sejurus itu, Mak Tom datang dengan menatang dulang berisi air dan cempedak goring. Air dihidangkan di atas meja kaca ditengah-tengah barisan sofa.
“Mak Tom, tolong panggilkan Izhar. Tetamu dah sampai.” Arah Datuk Hassan usai Mak Tom meletakkan minuman.
“Baik Datuk.” Mak Tom mengangguk dan segera naik ke tingkat atas untuk mendapatkan Izhar. Tak lama kemudian Mak Tom turun diikiti oleh Izhar selang beberapa tapak dibelakang.vWajah Izhar keruh. Dia mengambil tempat di bahagian tepi sofa Datuk Hassan dan Datin Rohana Berhadapan dengan Ardini, namun wajahnya ditunduk ke lantai. Tidak mahu bertentang mata dengan Datuk Hassan, Datin Rohana mahupun Ardini. Mak Tom meneruskan tugasnya menuang air yang tertangguh oleh arahan Datuk Hassan tadi.
“So, Dini dah pertimbangkan permintaan uncle?” Datuk Hassan memulakan bicara sambil matanya memerhatikankan Mak Tom menuang air teh ke dalam cawan.
Usai menuang teh, Mak Tom kembali ke dapur semula. Dia tidak mahu menampuri urusan keluarga Datuk Hassan, lebih-lebih lagi urusan yang bersifat peribadi. Datin Rohana hanya menjadi pendengar, menunggu suaminya membuka perbualan. Dia pun baru berjumpa Ardini untuk kali pertama, namun nalurinya kuat mengatakan Ardini adalah calon yang terbaik untuk Izhar. Datin Rohana mengalihkan pandangan kepada Izhar yang hanya membatukan diri memandang lantai, tidak bersuara walaupun sepatah perkataan. Ardini yang sedari berdiam diri , membuka bicara bagi menjawab pertanyaan Datuk Hassan.
“Sebenarnya ada hal penting Dini datang berjumpa uncle sekeluarga,” luah Ardini. Dia nekad memberitahu keluarga Datuk Hassan.
“Dini tak dapat nak pehuni permintaan uncle, bukan Dini tak sudi tapi ada perkara tentang Dini yang uncle tak tahu…. Dan Dini rasa penting untuk uncle sekeluarga tahu sebelum mengambil sebarang keputusan tentang perkahwinan ni. Dini tak nak uncle buat keputusan tergesa-gesa. Kahwin adalah perkara yang serius,” luah Ardini.
Datuk Hassan dan datin Rohana hanya mendengar, tidak menyampuk, bimbang menggangu bicara Ardini sementara Izhar masih membatukan diri.
“Sebebarnya Dini bukanlah seperti yang uncle dan keluarga sangkakan. Dini tak dapat terima perkahwinan ni sebab Dini dah tak suci. Dini pernah jadi mangsa kekejaman lelaki. Perkara yang berlaku lama dulu. Yang dipaksa ke atas Dini.”Ardini bersuara sebak. Wajahnya tunduk ke lantai, terasa ada air mata bergenang. Walaupun pahit, kebenaran itu harus diberitahu kepada Datuk Hassan. Dian tidak mahu menipu keluarga Datuk Hassan biarpun tepaksa membuka aib sendiri. Izhar dan Datin Rohana terperanjat bukan kepalang dengan pengakuan Ardini, sedangkan Datuk Hassan masih beriak tenang. Izhar yang sedari tadi menunduk, membutangkan mata, tidak mempercayai kata-kata yang diluahkan oleh Ardini.
Dalam tagis yang ditahan Ardini menyambung dicara. “Dini bukan calon sesuai untuk Izhar. Dini tahu harapan uncle supaya Dini terima permintaan uncle tapi Dini ak berdaya. Dini tak mahu menangguk di air yang keruh dan mengambil kesempatan di atas kebaikan uncle.”
“Kalau macam tu, kita percepatkan majlis kahwin, tak payah bertunang, terus nikah.” Datuk Hassan memberikan kata putus.
“Anggaplah Dini membalas jasa – jasa uncle dengan perkahwinan ini,” sambung Datuk Hassan lagi.
“Terlanjur you dah jadi wife I, ada beberapa benda yang I nak you tahu dan I nak you buat.” Izhar memberitahu. Dia duduk menyilang kaki dengan tubuhnya disandarkan pada sofa. Izhar memandang kearah Ardini walaupun jelas dimatanya Ardini melarikan wajah dan masih takut-takut. Dia tidak peduli, yang penting mesejnya sampai. Dia mula menyatakan syaratnya.
"Pertama, kalau dulu baju I hantar dobi, since you dah ada…. You akan ambik alih tugas membasuh dan mengosok baju-bajuI. Baju-baju kotor I akan letak bakul tepi bilik. Setiap pagi you ambik dan basuh. Kalau dah siap lipat dan iron gantung aje kat depan bilik I. kedua, dulu I breakfast dan dinner kat luar. Starting from tomorrow you’ll cook for me. Make sure you wake up before seven o’clock sebab I akan sarapan tepat jam tijuh pagi. For this week, masaklah apa pun tapi pastikan bukan makanan berlemak dan berminyak, I tak suka. Weekend next week kita akan balik ke rumah perent I. I nak you belajar memasak dengan mama I. Belajar apa yang I suka dan tak suak makan. Ketiga, setiap bulan atas arahan papa, I akan bagi you gaji sebanyak RM2,ooo. Suka hati you macam mana you nak belanja duit tu. Keempat, my room is a restricted area. So jangan pandai-pandai masuk unless I give you pemision to do so atau ada emergency case sahaja. Lastly, semua tugas maid I yang dulu, you buat. Do I make myself clear?” Izhar menerang panjang lebar.
Ardini yang sedari tadi hanya mendengar mengangguk tanda faham. Sepatah perkataan pun tidak keluar daripada bibirnya. Dia faham dengan arahan Izhar dan dia akan sedaya upaya memenuhi kemahuan Izhar. But masa ini, itu sahaja yang boleh dilakukannya. Bersetuju dengan setiap kata-kata Izhar.
“One more thing.. for your information, papa bayar ibu tiri you RM20,000 untuk you jadi isteri I. So , jangan sia-siakan duit yang papa I keluar tu.”Izhar bersuara sinis. Dia ingin Ardini tahu tentang itu. Biar Ardini sedar akan statuna disitu.
Mendengar kata-kata Izhar, Ardini bangkit dari sofa. Sebak hatinya mendengar pengakuan Izhar. Benarkah datuk Hassan ‘membeli’nya untuk dijadikn isteri Izhar?Dia tidak mahu terlalu memikirkan perkar itu, maka dia akan menyambung semula tugas-tugasnya yang tertangguh tadi. Kebetulan da masih belum menunaikan solat isyak. Dia bergegas menuju ke anak tangga. Belum pun melangkah jauh, terdengar Izahar bersuara.
"Kalau nak tidur, jangan lupa kunci pintu… I ni jenis yang berjalan dalam tidur.” Izhar meleret senyum puas. Gembira dapat mengenakan Adini. Ardini mempercepatkan langkah menuju ke anak angga. Langkahnya diatur laju ke bilik. Sejurus masuk, tombol pint uterus ditekan. Dia cuak dengan ugutan Izhar. Sebelum apa-apa terjadi, dia mengambil langkah brjaga-jaga. Ardini menyambung tugasan mengemas pakaian. Usai mengosongkan beg, dia ke bilik air untuk mengambil wuduk kemudiannya bersembahyang.
Maya memandang ke arah banglo besar dihadapannya. Pantas tangannya mengeluarkan handphone dalam tas tangan. Mesej daripada Ardini dibuka semula. Dia memerhatikan alamat dihadapan pintu pagar banglo tersebut dan membandingkan dengan alamat yang dikirim oleh Ardini. Setelah pasti itu rumah yang dicarinya, Maya turun dari kereta. Dia mengatur langkah ke hadapan pintu pagar lalu menekan loceng. Selang beberapa minit, muncul seorang perempuan menyambut kedatangannya.
“I datang nak jumpa Ardini.” Maya memberitahu.
“Saya Aridni.” Ardini memperkenalkan diri seraya membuka pintu pagar.
“Masuklah.” Ardini mempelawa sejurus pintu pagar dibuka. Maya memandang Ardini dari atas ke bawah, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Penampilan Ardini begitu jauh daripada jangkaannya. Ardini hanya berbaju kurung dengan tudung dikepala. Dia membanyangkan Ardini sebagai seorang yang seksi sepertinya, pandai bergaya dan lebih modn dalam berfesyen. Ternyata sangkaannya meleset. Maya hairan bagaimana Izhar boleh terpikat dengan Ardini kerana dia tahu Izhar seorang lelaki yang suka mendampingi gadis-gadis seksi sepertinya. Malahan, semasa di university di luar Negara, ramai diantara kenalan perempuan Izhar terdiri daripada gadis-gadis bergaya moden yang cenderung dengn fesyen yang ala kebaratan. Dia tau kerana dia punyai rakan yang sama-ama belajar di satu university dengan Izhar.
“Duduklah.” Ardini mempelawa Maya duduk di kerusi kayu dihalaman.Minuman dan kuih juga telah sedia terhudang di atas meja. Maya melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi. Skirt pendek separas pahaditarik-tarik sambil membetulakn duduk. Ardini turut mengambil tempat dikerusi yang bertentangan dengan tempat Maya duduk.
“ So , ada apa nak jumpa saya?” Ardini memulakan bicara dengan nada yang lembut.
“I just want you to knowthe relationship between Izhar and I.” Maya mula mengadakan cerita.
“What do you mean?” Ardini bersoal pelik, cuba memahami bait-bait kata yang keluar aripada mulut Maya. Hatinya berdebar. Bimbang kerisauannya mnjadi kenyataan.
“I tak tahu apa yang Izhar bagitau you, but we are seeing each other right now.” Maya cuba mencanang api cemburu Ardini. Walaupun apa yang diceritakan kepada Ardini merupakan rekaan semata-mata tapi dia puas. Sekiranya Izhar tidak dapat ditawan dengan cara biasa maka gelang gantinya ialah keharmonian rumah angga Izhar. Hanya dengan cara halus begitu sahaja yang membolehkan Izhar beralih arah kepadanya. Daripada keruntuhan rumah tangga itu dia akan cuba masuk jarum. Semenjak dia ditinggalkan oleh Izhar, harinya panas. Jelas di pandangannya sinar mata Izhar yang berlainan selepas menerima pesanan ringkas Ardini. Dari situ dia menyedari Izhar menyayangi Ardini dan pasti sukar menakluki cinta lelaki itu sekiranya rumah tangga mereka kekal bahagia.Dengan itu, dia nekad akan meruntuhkan rumah tangga Izhar tak kira dengan caa apa sekali pun. Ardini meneluh berat, terasa pedih hati seiring dengan rasa kecewa mendengarkan pengakuan Maya. Sungguh dia tidak mengenali Izhar dengan rapat, hatta dengan siapa Izhar berkawan dengan siapa pun dia tak pernah tahu. Lelaki itu telah menjarakkan dirinya sejak awal perkahwinan mereka lagi. Namun, kenyataan Maya terasa sanagt mengguris hati. Kalau Izhar tak pernah rela mengahwininya mengapa Izhar tidak membantah permintaan Datuk Hassan dulu? Mengapa Izhar sengaja menerimanya? Sekadar ingin menyiksa hatinya? Izhar juga tidak pernah mengotakan janji mengakhiri hubungan mereka. Sehingga kini Ardini masih lagi tertanya-tanya dengan status dirinya. Dicintai pun dia tidak, dibuang jauh pun dia tidak. Izhar hanya menggantungnya tidak bertali.
“Mungkin dia tak bagitau sebab nak jaga hati you,” sambung Mayatak dalam nada lembut, sengaja mengapi-apikan kemarahan Ardini. Darpada riak wajah Ardini dia tahu Ardini kecewa dengan berita palsu yang dia sampaikan.
“Dia berhak untuk memiliki daripada seorang isteri, dia bukan hak mutlak saya. Kalau betul cinta dia tertumpah buat awak, siapa saya untuk menghalang? Agama membenarkan dia berkahwin sampai empat,terpulanglah pada dia.” Ardini bersuara mengendur. Dalam kecewa dia masih berfikiran waras. Ternyta dia bukan saingan Maya yang putih gebu dan bergaya seksi itu. Dia tidak akan melatah dengan berita yang baru didengar. Sekiranya benar apa yang dikatakan oleh maya itu, maka dia tiada hak untuk cemburu dan marah. Dia buakan sesiapa kepada Izhar. Lelaki itu berhak menentukan hidupnya sendiri. Memilih sesiapa sahaja yang menjadi pilihan hatinya sendiri. Cuma Ardini kecewa kerana Izhar masih mengikatnya dengan ikatan perkahwinan.Bila masa dia akan dilepaskan, dia sendiri masih tertanya-tanya.
“Well, I Cuma tak nak you terus ditipu. I pun tak nak terus berkeadaan macam ni. I pun tak nak terus berkeadaan macam ni. Kalau boleh I nak kami disatukan.” Maya bangun sejurus berkata-kata. Satu lagi pembohongan yang direka untuk memusnahkan rumah tangga Izhar. Namun, melihat reaki Ardini yang tenang membuatkan hatinya bertambah panas. Harapannya Ardini akan melenting dan marah denganberita disampaikan tapi Ardini hanya beriak tenang. Menerima kata-katanya sebagai satu takdir.
Rayyan menutup rapat pintu sejurus masuk. Dia mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Izhar. Berbanding sebulan yang lalu Izhar nampak lebih terurus kini. Sejurus melabuhkan punggung. Rayyan memualkan bicara. “Ada hal apa you nak jumpa I?”
Wajah Izhar ditenung sekilas.
“I rasa you tahu Ardini dimana sekarang.” Izhr cuba menelah. Daripada riak wajah Rayyan, dia tahu lelaki itu ada menyimpan rahsia daripada pengetahuannya.
“I tak faham maksud you.” Rayyan berpura-pura tidak faham dengan apa yang Izhar perkatakan.
“Please Rayyan, don’t pretend like you know nothing about Ardini’s missing.” Izhar separuh merayu. Dia pasti Rayyan tahu sesuatu dan merahsiakan daripadanya.
“Why don’t you ask your girlfriend, Maya? Aku rasa dia mesti tau.” Rayyan bersuara sinis apabila teringatkan cerita yang disampaikan oleh Ardini.
“Maya ? Apa kaitan Maya dengan semua ni? Macam mana you tahu pasal Maya?” Izhar menyoal pelik. Apa kaitan Maya dengan kehilangan Ardini? Dan yang paling pelik macam man Rayyan boelh kenaldengan Maya?
“Ardini tak nak jadi penghalang cinta you all. Maya jumpa Ardini dan beritahu pasal hubungan you dengan dia.” Rayyan mula membuka cerita.
“Apa maksud you?” Izhar masih belum dapat mencerana kata-kata Rayyan.
“Dia datang jumpa Ardini . Maya mengaku dia ada hubungan dengan you.” Rayyan menerang lagi. Izhar melurut – lurut rambutnya. Terasa kesal kerana melayan Maya sedari awal. Sedikit sebanayak Maya menyumbang kepada peristiwa yang berlaku diantara dia dan Ardini.
“So, sekarang you tahulah Ardini kat mana?” Izhar menyoal lagi. Bagaimana Rayyan boleh memperoleh cerita itu kalau Ardini sendiri tidak menceritakan kepada rayyan. Sudah tentu Rayyan tahu dimana Ardini berada.
“Dia tak mahu jumap you.” Rayyan bersuara mengendur. Menyampaikan amanat Ardini yang selama ini dirahsiakan.
“You kena bagitau I kat mana Adini sekarang.” Izhar bersuara mendesak.
“I can’t.” Rayyan bersuara lemah, teringatakan manat Ardini. Dia bangun daripada duduk, berkira-kira untuk meninggalkan Izhar. Berlama disitu bermakna dia akan membocorkan rahsia lagi.
“You tak nak bagitau sebab you nak rebut dia daripada I,kan? memang dari dulu lagi you ada hati pada Ardini, kan?” Izhar melemparkan tuduhan. Tindakan Rayyan merahsiakan di mana Ardini membuatkan dia hilang pertimbangan.
“You jangan tuduh I yang bukan-bukan!” Rayyan besuara meninggi saraya melangkah ke pintu. Tidak mahu terus berlawan terus berlawan kata dengan Izhar.
“Entah-entah sekarang ni you ada affair dengan dia. Sebab tu you tak bagi I cari dia.” Izhar membuat tuduhan melulu. Fikirannya sudah dibius dengan rasa marah sehingga membuatkan dia menuduh Rayyan yang bukan-bukan walhal dia sendiri tidak berniat untuk mengeluarkan kata-kata itu. Rayyan hampir menuju ke pintu menghentikan langkah. Dia tidak hairan jika Izhar mahu menuduhnya melulu tapi apa bila nama Ardini yang suci itu dipalit sekali, Rayyan turut hilang sabar.
“I tak kisah kalau you nak tuduh I macam-macam tapi I tak boleh biarkan you tuduh Ardini yang bukan bukan. Memang dulu I suka pada Ardini tapi masa tu I tak tahu dia cintakan you dan I tak tahu you pun cintakan dia. I sedar you ada perasaan pada Ardini tapi you nafikan perasaan you.You buat macam macam untuk benci dia tapi you tak mampu benci dia because she is irresistible. Tapi you selalu buat keputusan yang salah hingga dia lari tinggalkan you. Dan sekarang you masih nak ulang kesalahan yang sama dengan menuduh dia macam-macam. I Cuma nak you tahu Ardini perempuan yang paling suci yang pernah I jumapa. Think twice before you say bad things about her. And one more thing before I leave, Ardini mengandung sekarang dan I pasti anak itu anak you.” Rayyan bersuara seraya berlalu meninggalkan Izhar yang terpingar-pingar. Mendengar kata-katanya. Dalam marah, dia masih boleh berhemah dalam berkata-kata.
terima kasih kerana berkongsi,sharing is caring..terharu rasanya :)
ReplyDeletesama-sama tak salah kalau kita berkongsi sesuatu yang indah .... tahniah percubaan yg baik ....
ReplyDelete