Monday 3 August 2015

NOVEL SESEORANG UNTUK AKU

Dia amanah dan Aku penjaganya....

Seseorang untuk aku ,  karya Rehan Makhtar merupakan satu naskhah yang meruntun jiwa, mengugat emosi, menerjah kesabaran sehingga mampu mengalirkan air mata pembaca. Tegar benar seseorang pembaca jika tidak mengalirkan air mata tatkala membaca naskhah air mata ini. sebuah novel setebal 619 muka surat ini. Ternyata kehebatan penulis menjalin bait-bait kata dalam bahasa kita mampu menerujakan pembaca sehingga menitiskan air mata.

Cerita ini sebuah cerita kehidupan biasa seorang gadis kampung di Kuala Lipis. Lailatul , indah nama si gadis. Kematian ibu sejak kecil dan kematian bapa semasa tingkatan 2 telah menyebabkan Laitlatur berhenti sekolah dan bekerja sebagai penoreh getah di kebun getah Haji Saad , bapa kepada Zarul. Laila terpaksa memegang amanahnya menjaga adiknya Liza. Kesengsaraan hidup yang dialami gadis yatim piatu ini dapat dirasai oleh pembaca. Penulis berjaya menukilkan kehidupan yang seolah – olah benar benar terjadi di hadapan mata pembaca. Boleh divisualkan oleh pembaca. Kerana terlalu kasih dan sayang akan adiknya, Laila telah menolak lamaran daripada Zarul, kerana ingin melihat adiknya berjaya. Ekoran itu Zarul telah mengambil keputusan untuk mengahwini adik Laila kerana berasa tercabar dengan penolakan Lailatul sedangkan Zarul masih mencintai Laila.

Laila tegar untuk melepaskan Zarul kerana tahu adiknya suka akan Zarul. Bagi Laila jika adiknya bahagia dia akan turut bahagia sama, jika adiknya derita dia akan derita sama. Cukup kuat sayangnya Laila dengan satu-satunya darah daging yang dia ada. Laila menggunakan semua simpanan yang dia ada sebagai belanja majlis perkahwinan adiknya. Namun, adiknya tidak setulus kakaknya. Liza telah menghalau Laila keluar daripada rumah pusaka milik keluarga mereka kerana cemburukan Laila dengan Zarul – sampai hati. Nasib baik ada Nek Leha yang sanggup susah dan senang bersama Lailatul. Nek Lehalah tempat Lai mencurahkan segala-galanya sehingga munculnya Muhammad al Qadr . Sesuatu telah berlaku kepada Lailatul – Dia telah ditangkap khalwat dengan Muhammad Qadr, kawan baik Zarul ketika Qadr datang ke kampong mereka sempena perkahwinan Zarul – peristiwa itu telah merubah hidup Lailatul 360 ` . 

Qadr telah bertanggungjawab dengan mengahwini Lailatul , walaupun tidak mendapat persetujuan ibu Qadr iaitu Puan Najihah. Bermula episod sedih dan pilu dalam diri Lai apabila Qadr terpaksa bertugas di Gaza untuk menghantar misi bantuan selepas 2 hari berkahwin. Pelbagai onar dibuat oleh ibu mertua yang bencikan diri Lai. Namun rasa cinta terhadap suami yang mula terbit dalam diri Lai telah menyebabkan Lai tabah menghadapi segalanya. Rindu yang membuak-buak mencengkam kedua-dua pasangan pengantin baru ini. Keadaan bertambah teruk apabila Iyani, bakal menantu yang diidam-idamkan oleh Puan Najihah untuk anak tunggalnya Qadr balik ke tanah air. Seorang Lailatul yang lurus, polos, hidup penuh derita dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kebahagian orang lain.

Kepulangan Qadr ke tanah air telah membawa kebahagiaan yang tidak bertepi kepada Lai. Sesungguhnya apa yang Allah rancang untuk mereka adalah yang terbaik. Namun, panas tidak sampai ke petang kerana hujan di tengahari. Ada sesuatu PERISTIWA yang melanda rumah tangga mereka. Ada peristiwa yang menyebabkan Lailatul DIUJI lagi.

Apakah sesuatu PERISTIWA itu yang menyebabkan seola-olah Lai membuang adiknya sendiri? Bagaimanakah nasib Lai seterusnya? Adakah kebahagian menanti Lai pada akhirnya? Adakah Puan Najihah akan menyayangi Lai atau meneruskan permintaannya untuk mendapat seorang lagi menantu iaitu Izyani? Adakah pengorbanan seorang kakak akhirnya akan dihargai oleh seorang adik? Semuan ini akan TERJAWAB dengan memiliki naskhah Seseorang untuk Aku 


Perkenalan mereka .
“Kau kerja dekat mana?” – Lai
“Ikut di mana aku diarahkan. Begitulah kalau dah namanya Kuli.”
“Kau mesti tak nak laki kerja driver, kan?” – Qadr
“Kau tak malu ke aku jadi bini kau? Aku ni tak sekolah, kerja kutip getah buku yang buruk dan busuk tu. Dahlah tak ada rupa, jauh sekali harta.”
“Kau askar?” – Lai
“Air force…Aku bawa jet,” – Qadr
Mulut Lai terlopong. Antara faham dengan tidak. Tetapi wajah Nampak kagum
“Dahlah…tutup mulut kau tu, Lai. Karang aku yang tutupkan, lain pula jadinya.” – Qadr

Kasihnya Muhammad al- Qadr terhadap isteri tersayang.
“Jantung kau ni…” – Lai
“Jantung aku jadi macam ni apabila dengan kau aje, Lailatul….” – Qadr
“Nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang.” – Lailatul
“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh? - Qadr
"Cincin itu jauh dengan dada kau, Lai. Bukan sebab di dada tu ada sesuatu yang wanita ada tapi lelaki tak ada. Tapi, di dalam dada kau tu ada jantung, hati, limpa, paru-paru segala. Di mana di dalam dada bermula niat kau, bermula kasih sayang dan penerimaan kau terhadap segalanya. Sebab tu aku bagi rantai emas ni. Design aku buat sendiri sama dengan rantai besi yang ada dengan kau tu. Aku letak nama kita berdua dekat plak tu LAILATULQADR, biar ku dengan kau ada di dada." - Qadr
Ringan tangan Qadr menyentuh rantai yang tergantung di leher Lai. Terukir indah nama "LAILATULQADR" satu nama yang terlalu hebat untuk mereka berdua. Malam seribu bulan. Malam diampunkan segala dosa.

Tabahnya, sakitnya hati Lailatul
“saya tahu mama tak selesa, Tapi saya dah janji dengan Qadr - demi Allah, demi janji saya kepada anak mama, izinkan saya jaga mama dan abah…” – Lailatul
“Aku tak nak! Aku ibu dia, Laila. AKu yang lahirkan dia. Asuh dia. Aku nak dia macam anak-anak orang lain. Aku nak dia menikah dalam kenduri dan dirai. Kau ialah menantu yang aku tak RAI! “ – Pn Najihah
“Tunggu ajelah Qadr balik, mama. Kalau dia na Luka yang ada dalam diri Lailatul ekoran sikap adiknyak Ilyani atau sesiapa saja, saya izinkan. “ - Lailatul

Credit dari Goodread : review novel Seseorang Untuk Aku

Sinopsis dari kulit novel 
Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.

“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul

“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr

Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.

“Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.” - Lailatul

“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh?” - Qadr

Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.

“Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?” - Qadr

“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” - Lailatul

“Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang…” - Qadr

Kerana Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?

No comments:

Post a Comment