Sunday, 6 January 2013

NOVEL 7 HARI MENCINTAIKU

Silap aku juga , Kerana jatuh cinta insan sepertimu, Seanggun bidadari seharusnya aku , Cerminkandiriku sebelum tirai kamar aku buka Untuk mengintaimu....


Ini novel keempat yang berada dalam simpanan saya hasil karya Siti Rosmizah. Cerita yang menarik sukar digambarkan dengan kata-kata. Sejak kebelakangan ini bila membaca novel sedih yng melibatkan hubungan anak ada emak atau pun hubungan adik dengan kakak air mata begitu murah untuk mengalir. Sayu menyelubungi jiwa. Mungkin aku terlalu merindui mereka. Kisah sedih yang mampu mengalirkan air mata. Novel yang setebal 1048 muka surat. Pada yang biasa membaca karya beliau pasti tidak mengecewakan peminatnya tentang novel ini. Sedikit review dari saya.

Novel ini menceritakan Khuzairi yang mencintai  Mia Adriana dari zaman sekolah lagi. Mencintai tidak semestinya harus memiliki. Mia Ardiana seorang gadis yang sombong dan sifat angkuhnya membuatkan Khuzairi tidak berani meluahkan perasaannya. Namun Setelah sekian lama terpisah mereka dipertemukan kembali. Kini Mia seorang Lawyer dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama papanya Dato megat Idrus. Mia yang telah bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil.

Tan Sri Johari, papa Khalil telah berhutang dengan sejumlah wang yang besar dengan keluarga Mia. Khalil pula berjanji akan membayar sejumlah wang tersebut di hari pernikahannya. Wang tersebut penting, Jika Khalil tidak membayar sejumlah wang tersebut pada hari pernikahan, Lesen dan firma guaman Mia akan di tutup kerana pecah amanah. Namun Pada hari pernikahannya Khalil tidak menghadirkan diri  sebagai pengantin lelaki malah Khalil lari kerana rela menjadi pak sanggup kerana wang ringgit. Kerana terlalu terkejut Dato Megat diserang sakit jantung dan mengamanahkan Khuzairi menerima Mia sebagai isteri dengan rela hati. 

Demi menutup malu dan amanah yang diberi diterima dengan rela hati tetapi tidak pada Mia yang mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot. MIa terpaksa menerima hakikat hidupnya yang dia tidak ada apa-apa lagi setelah segala kesenangan yang dimiliki hilang dalam sekelip mata. Di kampung terlalu banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui. Kerana kesombongan Mia dia dibenci oleh mak mertua dan adik ipar ( Helmi ). Pelbagai cara mak mertuanya dan Helmi cuba mengusir dan memisahkan khuzairi dan Mia tetapi gagal. Khuzairi melayan kerenah isterinya dan kadang kala tersepit antara mak dan isteri .

Khuzairi menutup hatinya untuk Mia bila Mia tegar meninggalkan anak yang baru lahir. Diwaktu itu Khuzairi rasa dirinya terlalu hina hingga Mia sanggup melakukan perkara itu padanya. Mia mula tersedar dan insaf bila Buntat sepupu Khuzairi yang seorang budak yang lembab menolongnya dari kengkaman Khalil hingga nyawa dipertaruhkan. Buntat meninggal dunia. Selepas itu Puan Roziah meninggal dunia kerana sakit. 

Dari situ Mia cuba untuk berubah. Dalam mia ingin berubah , Mia dikhabarkan dengan satu berita Khuzairi bakal berkahwin dengan Syakila sepupu Khuzairi. Mia nekad dalam masa 7 hati dia ingin merebut cinta Khuzairi dan membetulkan keadaan sebelum dia pergi membawa diri ke UK. Dalam masa 7 hari dia terlalu banyak dugaan baginya 7 hari tak lama. Mia menggunakan waktu itu dengan sebaik mungkin. Dengan pertolongan bapa mertuanya dan Sofie sepupunya yang paling rapat segala rancangannya terlaksana.



Sinopsis dari kulit novel

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "



Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.



Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.



Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?



Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma

nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.




 Petikan-petikan yang menarik dalam novel
Setelah 12 tahun terpisah mereka bertemu kembali.
"Emm.. saya rasa kita macam pernah kenallah," ujarnya lembut. Makin tajam jelingan Mia Adriana.
'ya ke ? Kalau betul, itulah kesalahan yang paling besar yang pernah aku buat dalam hidup aku sebab kenal orang macam kau," balas Mia Adriana inis lalu terus melintas jalan dengan wajah yang masam mencuka. Lelaki berkaca mata itu menggeleng-gelengkan kepala melihat kesombongan gadis muda itu.
"Berlagak betul perempuan tu ya Ri. Kalau dia tu dah kahwin memang malang betul lelaki yang dapat bini macam tu.Kau ni pun satu, yang kau cakap macam tu tadi kat dia baut apa. Manusia berlagak macam tu kalau betul kau kenal pun buat-buat tak kenal aje," tegur Zaini bernad geram. Khuzairi sempat menarik nafasnya perlahan.
"Aku bukan saja cakap macam tu, tapi aku rasa , aku macam kenallah dia. Tak salah aku kan, dia tu macam tu macam ada iras-iras..."
"Mia Adriana?" Panta Zaidi mencelah. Khuzairi mengangguk perlahan sebelum masuk ke dalam kereta.
"Yalah Ri, aku pun rasa macam dialah. Aku ingat betul part mulut laser dia tu. Kalau betul itu Mia kira makin cunlah dia sekarang ni. Tapi yang menyakinkan aku itu dia..." Belum selesai zaidi menghabiskan ayatnya, Khuzairi menyampuk, "Mungkin sebab sekarang rambut dia dah panjang kot. Itu yang kita tak berapa cam muka dia." Terus Zaidi menggoyangkan jari telunjuknya.
""Tak.. tak . bukan sebab rambut dia, tapi aku yakin itu memang dia. etakat ini dalam usia aku yang nak mencecah 29 tahun ni, hanya itulah satu-satunya spesies manusia buruk laku yang aku pernah jumpa. Confirmlah dia Ri," jelas Zaidi sambil mengetip ibu jarinya.

Hadirnya ke Majlis pernikahan itu sebagai tetamu tetapi bertukar menjadi pengantin lelaki apabila pengantin lelaki tak hadir. Demi menutup malu dan amanah yang diterima dia menggalas tanggungjawab itu.
"Pak cik , dengan ikhlas hati saya rela untuk memperisterikan MIa Adriana dengan syarat Mia sendiri ikhlas untuk menerima saya sebagai suaminya." Setitis demi setitis air mata berderi dipipi Dato' Megt Idrus. Pipi Khuziri dipegang. Kemudian mata Dato' Megat Idrus beralih pada anaknya yang kelihatan memicit-icit kepalanya. Jantung Mia Adriana berdegup kencang. Serasa menggigil seluruh badannya mendengar jawapa Khuzairi tadi. Mia Adriana sedar semua mata sudah terarah padanya. Nafasnya ditarik dalam - dalam. Wajah Khuzairi dikerling sekilas sebelum bersuara.
"Pa, Mia rasa ini bukan jalan penyelesaiannya pa," ujar Mia Adriana perlahan. Dato' Megat Idrus tersenyum pht mendengar jawapan anaknya itu.
"Kalau dah macam tu Mia cakap, papa akan ikut. Papa dah biasa Mia, dah terlalu biasa dengan jawapan Mia yang begitu, memang dah tersurat sampai papa tutup mata pun Mia tak akan pernah nak dengar akap papa,kan? Ri... terima kasih sudi bahagiakan pak cik walaupun untuk sesaat, terima kasih ya nak, Zie papah abang...."
"Tak apa pak cik biar saya papah," celah Khuairi. Dato' Megt Idrus terus perpaut pada lengan anak muda itu. Zaidi turut membantu. Sebaik saja Mia Adiriana bersuara lantang.
"Papa, Mia dengan ikhlas hati menerima Khuzairi sebagai suami Mia." Bagaikan nak terputus nafas Mia Adriana menghabiskan ayatnya. Laju air mata membasahi pipi. Dato' Megat Idrus memejamkan matanya rapat seraya memanjatkan rasa kesyukuran pada yang Maha Esa. Kemudian perlahan-lahan dia berpaling. Tangannya didepangkan pada anak kesayangannya. Mia Adriana dalam deraian air mata terus mendpatkan papanya. Tubuh tua itu dipeluk kejap.
"Papa pergi hospital ya?? Mia sayang papa.... Papa jangan tinggalkan Mia ...." Tangis Mia Adriana.
"Ya sayang...papa ikut cakap Mia. Papa pun sayang Mia..." Khuzairi yang berdiri disebelah, nampak seperti menenangkan dirinya. Mana tidaknya dalam masa beberapa minit lagi dia akan menggalas satu tanggung jawab yang tidak pernah terlintas dalam akal fikirannya untuk berlaku masa sesingkat ini.

Setelah kematian Dato Megat Idrus , Mia Dibawa kekampung suaminya. Oleh kerana sikap angkuh Mia pertengkaran dan sindiran antara menantu dan mak mertuanya saban hari.
"Tak guna punya orang tua! Cukuplaj badan tu besar tempayan, tak payahlah mulut tu pun sama besarnya. Eeee... geramnya aku! Berani di sindir - sndir aku. Dasr orang tua tak sedar diri. Dia ingat aku heran sangat nak tinggal dalam rumah buruk dia ni. Hish, Khuzairi ni pun satu, kalau ya pun nak berambur k mana pun, siapkanlah dulu makan minum aku dalam bilik ni. Macam dia tak tau, mak dia tu tak suka aku," omel Mia Adianan dengan wajah yang baran. Dia mengambil telefon bimbitnya. lalu cuba mendail namun panggilan masih disekat. Buat apalah dia nak buang masa mendail lagi. Tak ada hamba Allah yang baik hati tiba-tiba nak bayar bil untuk dia. Mia Adriana berfikir seketika, kemudia dia terus keluar dari bilik. Dari atas rumah mia Adriana memanggil adik iparnya.
"Nadia.." Nadia yang sedang memesin kelapa terus terhenti.
"Ada apa kak? tanyanya lembut. Mak leha suah menjeling pada menantunya. Mia Adriana serba salah.
"Emm, boleh pinjam handphone sekejap, akak nak call abang," beritahu Mia Adriana. Mak leha Mencebik.
"Kejap ya kak, Nadia basuh tangan," jawab Nadia sopan.
"Hai, telefon orang kaya mahal-mahal tak ada kredit? eh Nadia, kamu tak segan ke nak pinjam telefon murah kamu tu. Allah , mak terlupa pulak, orang kaya dah jadi orang kayap. Itu yang terhegeh-hegeh ikut abang long kamu balik." Bisa sungguh kata-kata emak mertuanya itu. Mia Adriana mengetap giginya sekuat hati menahan rasa marah yang eramat disaat ini.

Hidup Mia Adriana menjadi huru - hara bila dia terpaksa berdepan dengan Mak andak dan Buntat. Mak andak meroyan sejak pemergian anak bernama Ayu dan Buntat budak lebab akal yang kurang kasih sayang ibu.
" Hei.. pergilah, aku bencilah tengok muka kau," arah Mia Adriana dengan suara yang dikeraskan.
"Tadi .... Buntat tunggu kakak nak makan sekali, tapi abang doktor kata kakak tak nak makan. Buntat nak panggil kakak, abang doktor tak bagi. Kakak lapar ya?" Buntat teru bercerita tanpa mempedulukan arahan Mia Adriana. Dia bolehberdiri disebelah pula. Mia Adriana sudah mengecilkan mata.
"Kau ni memang nak cari nahas betullah," getus Mia Adriana. Terus telinga Buntat dipulas sekuat hati. Terjerit Buntat.
"Sakitlah kakak, sakit!" Buntat sudah hendak menangis. Mia Adriana menunjal-nunjal pula kepalanya.
"Kau ni dahlah bodoh! lembab! lepas tu tak reti bahasa pulak! Aku cakap berambus, berambuslah...... Kau ingat aku suka sangat dengan kau? Aku jijiklah tengok kau!" Tengking Mia Adriana. Dalam waktu yang sama dia menunjal kepala Buntat dengan kuat hingga henak terbalik Buntat ke belakang. Nasib baik di kala itu Nadia sempat mencapainya. Buntat sudah memegang telinganya dengan mulut yang tercebik-cebik seperti hendak menangis.
"Kak Mia, kenapa Kak Mia buat Buntat macam tu?" soal Nadia separuh terkejut. Mia Adriana tidak pula merasa bersalah dengan perbuatannya. Dia boleh menjeling lagi pada adik iparnya.
"Kak Ya, kenapa kakak tarik telinga Buntat? Buntat tak jahat, Buntat sayang kakak.."
"Eeiii... menyirap betul darah akulah dengan budak ni.. Lebih baik kau bawak dia pergi dari sini sebelum aku tampar dia! Tak sedar diri punya budak! Masih berani lagi kau nak cakap sayang, siapa nak sayang dengan kau!" jerkah Mia Adriana. bukan saja Buntat terkejt, Nadia sekali turut terperanjat mendengar jerkahan kakak iparnya itu. Mia Adriana benar-benar mengamuk sakan nampaknya.
"Dah, Jom Buntat kita masuk. Nanti Kak Ya taruk minyak kat telinga tu." Buntat menangis. Nadia Sudah tidak terkata apa melihat perangai kakak iparnya. Baru Nadia bergerak separuh jalan, man andak pula muncul.
"Ayu... Ayu, mak dengar suara Ayu tadi. Mak tau Ayu ada kat sini. Mari kat mak nak, mak dah mandi. Ni.. ni.. tengok kuku mak , tak panjang dh. Bapak Ayu dah potong, Ni.. ni.. baju mak wangi.. " Mak andak sempat pula mencium lengan bajunya. Nadia mula resah, sebaik melihat wajak kakak iparnya yang sudah berubah merah itu.
"Mari mak andak, kita balik rumah. Itu bukan Kak Ayu. Mari mak andak." Nadia cuba memujuk permpuan tua itu.
"Kei.. kau buta ke? Itu kan anak aku Ayu. Dah, kau pergi... pergi.." Mak andak menolak tangan Nadia yang hendak memegangya.
"Ayu, mari dekat mak nak. Mak teringin sangat nak peluk Ayu, nak cium Ayu. Mak rindu sangat dengan Ayu.." Mak andak merapati Mia Adriana. Elok dia hendak memegang tangan kakak ipar Nadia itu, dengan kasar Mai Adriana terus menepis tangan mak andak. Terkejut perempau tua itu.
"Hei perempuan gila! Kau jangan berani nak pegang aku ya? Kau dengan anak kau yang terencat tu, sama aje gilanya! Hei... Hei... kau pandang aku, jangan kau tunduk muka kau! Angkat kapala kau tu!" herdik Mia Adiana sambil menampar-nampar kedua-dua belah muka mak andak denan kuat. Mak andak sudah mengeleng-geleng dalam keadaan ketakutan.

Dalam ke sensaraan hidup Puan Roziah Ibu tiri Mia , Dia didatangi oleh seorang lelaki  bernama Rahim.Hidupnya melarat setelah dihalau oleh Mia.
"Eh, maaf ya Encik Rahim. Tak ada tempat duduk.Nak ajak masuk pun tak ada siapa kat rumah.Ni ada kerusi plastik, tapi buruklah. Maaflah kalau Encik Rahim tak selesa nak duduk." Puan Roziah menyorong kerusi palstik ke arah pintu.
"Tak kak, saya tak ada masalah. Terima kasih, tapi akak pun janagnlah berencik-encik dengan saya, panggil Rahim sudah," ujar Rahim berbahasa lalu duduk di atas kerusi itu.
"Macam ni kak. Dalam envelope ni, ada geran tanah atas nama Kak Roziah..."
"Nama akak?" Puan Roziah terus menggeleng.
"Eh Rahum silap tak, akak tak ada harta. Suami akak pun dah tak ada apa-apa harta," nafi Puan Roziah brkali-kali. Rahum mengeluarkan geran tanah itu.
"Ni.. akak tengok sendiri, Riziah binti Hamdan, betul ini nama akak kan?" Puan Roziah mengangguk perlahan. "Tapi.." Rahim terus memotong, "Sebenarnya kak, saya baru tahu mengenai kematian rwah Abang Megat dalam dua minggu yang lepas. bila saya balik semula ke Malaysia. Sebelum ni saya berkerja di Cardiff, United Kingdom." Rahim mula bercerita.
"Tapi akak masih tak faham macam mana geran tanah tu boleh ada nama akak. Lepas tu , ada kat Rahim pulak. Hish, bingung akak dibuatnya," ujar Puan Roziah yang nampak tidak senang duduk itu. Rahim tersenyum melihat kekalutan di wajah isteri arwah abang angkatnya itu.
"Biar saya terangkan pada akak dengan lebih jelas. saya dulu pernahmenghadapi masalah kewangan yang cukup teruk kak, sampai tutup business saya. Atas dasar sebagai seorang sahabat sahaja kak, arwah Abang Megat sanggup bantu saya. Dia tolong jelaskan duit kereta saya yang nak ditarik, rumah saya yang hampir dilelong. Sampaikan modal berniaga pun dia bagi pada saya kak tanpa sebarang surat, atau apa-apa pun perjanjian, hanya beraksikan Allah ssahaja. dia tidak pernah anggap apa yang diberi ni sebangai hutang, dia ikhlas menolong saya." Rahim terhenti dia menjadi sebak tiba-tiba. Puan Roziah turut tersentuh mendengar perihal suaminya itu. Matanya sudah berkaca-kaca. Rahim meraup wajahnya sebelum menyambung bicara, "Tapi saya katakan pada arwah berkali-kali syang saya berjanji akan bayar balik apa yang arwah dah berikan pada saya. Arwah abang cuma kata waktu tu, Kalau saya nak bayar jugak carikan tanah dan letakkan nama isterinya Roziah, sebab dia kata, sepajang kakak hidup dengan dia , dia tak pernah memberi kakak apa-apa. Kesetiaan , keikhlasan kakak menyayangi diri dia dan anak tunggal dia , tak akan dapat dibalas walau ditukar dengan nyawa dia sekali pun." sendu suara Rahim.


Khalil menagih kasih setelah meninggalkan Mia Adriana dulu. kerana itu dia sanggup menabur fitnah dan pembohongan agar Khuzairi meninggalkan MIa dan mengharapkan Mia dapat menerimanya kembali.
"Ri, mak kamu kata, masa dia keluar tadi dengan Mi dan Ila, dia bertembung dengan bekas tunang Mia, siapa nama dia tu?"
"Khalil.." sampuk Mak Leha perlahan. Khuzairi mengerutkan dahi.
"Ha Khalil... Khalil ni bercarita kat mak kamu, yang dia dengan Mia dah pernah..... Hish, payah abah nak cakap..." Pak smad terhenti. Khuzairi menghela nafasnya.
"Mia tu bukan perempuan baik Ri. Dia dah rosak. Khalil sendiri mengaku depan mak , dia cakap dia sanggup bertanggunjawab. Dia tinggalkan Mia tu dulu pun sebab dia nampak Mia tu pernah buat jahat dengan jantan orang putih. Ya Allah, perangai dia sebijik macam mak dialah bang." Air mata Mak leha kembali berderai. Khuzairi sudah menggeleng.
"Ri tak percaya mak. Ri kenal siapa Mia. Ini semua fitnah yang dibuat oleh Khalil mak. Ri tau kenapa dia sampai sangup jumpa mak, sebab dia dah terlampau terdesak nakkan Mia semuala mak. Mak tolonglah dengar cakap RI. Apa yang Khalil kata tu semuanya tak etul mak. Percayalah cakap Ri." Khuzairi menyakinkan emaknya. Mak Leha mengeleng tanpa henti.
"Entahlah Ri. Hati mak ni berat mengatakan apa yag Khalil cakap tu betul. Ri saja nak selindung keburukan Mia tu. Sekarang mak nak tanya dengan Ri dari hati ke hati. Ri jawab soalan mak ni dengan jujur. Ri seorang lelaku, terpelajar pulak tu, mak tanya Ri, Mia tu dah rosak ke belum masa Ri sentuh dia? Ri fahamkan maksud mak?" Khuzairi bungkam mendengarnya.
"Hisym kamu ni Leha , sampai ke situ pulak nak ditanyakannya. Itu kan hal bilik tidur, peribadi orang. Kalau Ri dah kata apa yang Khalil ckap tu tak betul, kamu terima ajelah , dia suamunya. Takkan itu pun dia nak cerita kat kamu." Marah Pak samad. Mak Leha mengeat air matanya.

Berita gembira pada Khuzairi tapi tidak pada MIa Adriana.
"Mia mengandung kan?" soal Khuzairi perlahan. Sekali lagi darah Mia Adriana berderau. Gelisah sungguh dia.
"Mana ada. Kau boleh tak jangan nak cakap benda-benda mengarut macam ni," marah Mia Adriana dalam usaha untuk meredakan kegelisahan hatinya.
"Abang tau Mia mengandung . Abang tau Mia Mengandung sayang. Abang gembira sangat, syukur ya Allah, syukur pada-Mu," ujar Khuzairi. Tangan isterinya dicium berkali-kali. Mia Adriana terus jadi sakit hati. Sehabis tenaga dia merentap tangannya. 
"Apa yang kau nak gembira sangat ni? Aku tak bersedia lagi! AKu tak nak anak tu," bentak Mia Adriana lalu terus berlalu ke tingkap. Khuzairi menggeleng mendengarnya. Pantas dia mendapatkan iserinya.
"Mia , kenapa Mi perlu buat macam tu? Kenapa Mia nak buang dia dari hidup Mia? Dia tak bersalah Mia,itu anak kita." Berdesing telinga Mia Adriana mendengar ayat akhir suaminya itu. Terus dia berpaling.
"Anak kita?" Soalnya kasar.
"Anak abang..." Khuzairi terus membetulkan ayat. Mia Adrianan mendengus.
"Mana kau tahu itu anak kau. Kua sendiri pun meragui aku, sebab tu kau sanggup memperlakukan aku sampai macam tu sekali." Khuzairi mengeleng.


Dendam Khalil tak pernah Padam kini dia berkomplot dengan Helmi untuk menghancurkan Khuzairi.
"Aku tangkap Helmi ni Abang Mad dengan Kawan dia dalam kereta merah tu masa mereka taruk racun dalam dedak makanan kambing Ri. Kalau tak percaya , botol tu ada kat Halim," terang pak andak sambil tangannya menunjukkan ke arah lelaki bernama Halim. Terkejut Khuzairi mendengarnya. Namun belum sempat dia bertindak, Pak Samad sudah meluru pada anaknya.
"Jahanam punya anak! Sanggup kau khianat abang kau sendiri!" pekik Pak Samad. Sebuah penampar singgah di muka Helmi Jika Mak Leha tak cepat-cepat bangun memegang badan anaknya memang Helmi sudah tersungkur menyembah tanah. Helmi memandang abahnya dengan nafas yang turun naik.


Rayuan Khuzairi tidak diindahkan .
"Mia , perlu ke kita tinggalkan tempat ni dengan melukakan hati orang tua? Mia dah pun jadi eoran ibu kan? Mia mesti faham, macam mana hancurnya hati seorang ibu, bila anak dia sanggup buang dia daripa hidupnya. Abang akui , mak ada juga buat salah pada Mia dan abang minta maaf sangat-sangat bagi pihak mak, tapi memuang dia bukan penyelesaiannya Mia. Walaupun dia cuma emak tiri adang tapi selepas arwah mak abang meninggal. dia yang membesarkan abang. Tak pernah luak walau sikit pun kasih dia pada abang Mia. Tolonglah Mia, jangan mintak abang buat macam tu. Abang rayu pada Mia. Abang janji, lepas ni abang akan pastikan mak tak akan sakiti hati Mia lagi," pujuk Khuzairi. Lama Mia Adriana memandang suaminya sebelum dia bersuara.
"Selamat tinggal Khuzairi, kau mungkin anak yang terbaik pada mak kau, tapi kau bukan suami yang terbaik pada aku. Lepas aku pantang. kau lepaskan aku. Peguam aku akan hantar surat pada kau nanti. Kali ni jangan kau cuba lagi nak mempermainkan hidup aku. Aku dah muak dengan janji kau. Aku dah muak dengan pujuk rayu kau. Ingat, kalau kau tak nak lepaskan aku dengan cara yang baik, aku tetap akan tuntut fasakh dan aku juga akan tuntut hak penjagaan Alisa dimahkamah. Dan kau sendiri tahukan, untuk seorang bayi pasti ibunya yang akan mendapat hak penjagaannya. Aku akan bawa Alisa pergi jauh daripada hidup kau untuk selama-lamanya." Kasar suara Mia Adriana. Khuzair bungkam seketika. Mia Adriana yang ingin masuk ke dalam kereta berpaling semula.
"Oh ya, buku bank dengan kad aku dah letak atas meja dalam bilik kau. Nanti aku dapatkan nombor akaun mak kau daripada Nadia. AKu akan masukkan semua duit tu dalam akaun dia. Mesti mak kau gembira nanti, makin bertambah-tambahlah kasih sayang dia kat kau," kata Mia Adriana dengan wajah bersahaja. Namun Niat Mia Adriana untuk masuk ke dalam kereta terbantut bila suara Khuzairi menahannya.
"Mia , betul ke Mia dah nekad nak pergi dari hidup abang? Takkan tak ada sedikit pun kebahagiaan yang Mia rasai sepanjang hidup dengan abang, Mia?" suara Khuzairi sayu.
" Dahlah Khuzairi, aku tak nak cakap lagi perkara ni, sebab aku sendiri tak tau jawapannya, Aku sendiri tak pasti perasaan aku pada kau. Kalau boleh yang kau cakap kat aku yang kau cintakan aku selama ni, hari ni kau buktikan kata - kata kau tu, kau lepaskan aku pergi. Bagi aku cari kebahagiaan aku sendiri. Mulai hari ini berhentilah mencintai aku kerana aku takkan kembali lagi dalam hidup kau. Kau bukalah pintu hati kau untuk orang lain. Aku pasti saat itu kau akan merasai kebahagiaan yang sebenarnya."


Penyesalan menyelubungi diri . Mia Adriana hanya mempunyai 7 hari untuk meraih cinta suaminya dan memperbetulkan segala kesilapan yang lalu sebelum dia pergi jauh.
"Aku tak salahkan Khuzairi Fi, Tak pernah dan tak akan salahkan dia. Aku tau, dia dah cukup derita hidup dengan aku selama ni. Mungkin dah tiba masa untuk dia mengecapi kebahagiaan yang sebenar dalam hidup dia. Lagipun, Syakila memang dah lama cintakan dia. Aku yakin Syakila mampu memberi kebahagiaan pada Khuzairi. Cuma... aku terlalu ralat dan terkilan kerana tak pernah menghargai cinta Khuzairi selama ini dan saat cinta aku hidup untuk Khuzairi, cinta dia pula telah berkubur pada aku. Agaknya inilah yang dikatakan suratan takdir,kan Fi? Takdir yang harus aku lalui diatas kesilapan aku sendiri," Luah Mia Adriana dengan suara yang brgitu sayu sekali. Berderai - derai air mata membasahi pipinya. Sofi kehilangan kata-kata. Bahu sepupunya diusap lembut. Mia Adriana memejamkan matanya seketika, bagaikan mengumpul semangatnya. Nafasnya dihela perlahan sebelum dia bersuara semula.
"Betul kau cakap Fi, aku kena kuat. Demi Alisa. aku harus kuat. Sebab tu aku nekad nak balik kampung. Aku akan telan walau apa pun penerimaan Khuzairi dan keluarganya pada aku. Selama ni aku dah sia-sia kan cinta Khuzairi dan aku tahu selepas ni tak akan ada lagi lelaki yang sanggup mencintai aku setulus dia. Sebab tu aku balik kampung Fi. Aku ingin rasakan cinta dia semula. Aku ingin rasa kasih sayangnya. Walaupun aku hanya mendapat cintanya dalam masa tujuh hari, tapi pada aku, itu sudah lebih daripada cukup Fi. Aku berharap sangat-sangat dan amat bersyukur jika Khuzairi boleh mencintai aku dalam masa seminggu yang ada ini.Cukuplah tujuh hari mencintaiku, itu sudah lebih membahagiakan aku," ucap Mia Adriana dalam tangisan yang begitu memilukan. Sofi Mengangguk. Dia turut menitiskan air mata.
"Aku doakan kau akan dapat kebahagiaan tu Mia. Aku akan sentiasa mendoakan kau," kata Sofi.
"Terima kasih Fi. Dalam masa tujuh hati nanti banyak kerja yang aku perlu selesaikan disana. Selepas tu aku akan pergi jauh, jauh dari sisi Khuzairi," bisik Mia Adirana pula.



Bermula 7 Nov 2016 
Setiap hari Isnin hingga Khamis 7.00 - 8.00 malam


Episod 1
Khuzairi cuba menenangkan pak samad dari terus memarahi Helmi. Sikap Helmi yang suka berhutang dan kerja yang tidak tetap. Khuzairi dengan rela hati untuk membantu Helmi dari tindakan mahkamah. Pak samad menyuruh Khuzairi ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Dato Megat Idrus kawan lamanya. Pak Samad juga mengingatkan Khuzairi tentang satu nama yang Mia Adriana anak Dato Megat Idrus. Mia Adriana adalah perempuan yang diminati ketika sekolah menengah dahulu. Kerana keangkuhan Mia , Khuzairi hanya memendamnya didalam hati. Sampai di Kuala Lumpur Khuzairi terserempak dengan seorang perempuan yang sangat sombong di paking kereta . Ini mennguatkan dirinya pada Mia Adriana. Khuzairi tidak menyangka Perempuan itu adalah Mia Adriana bila diperkenalkan oleh Dato Megat Idrus. Dato Megat Idrus marah bila medapat tahu Mia menggunakan duit syarikat untuk membantu Khalil ( tunang ). Mia tertekan bila Dato Megat Idrus tindakan Mia adalah salah. Kehadiran Khuzairi membuatkan Mia semakin meluat dan sengaja menunjuk-nunjuk bahawa tunangnya seorang yang kaya dan mampu membeli cincin yang mahal. Mia juga memperlekehkan Khuzairi dan penternak kambing dikampung. 

Episod 2
Sejak balik dari dari Kuala Lumpur Khuzairi sering termenung sendiri memikirkan yang Mia akan berkahwin dengan pilihannya. Pertengkaran Dato Megat Idrus dan Mia berlaku lagi bia Khalil tidak memulangkan duit yang dipinjamkan. Khalil berjanji akan membawa chq di hari pernikahan mereka minggu depan. Hari pernikahan tiba , Mia semakin berdebar. Papa Khalil nekad untuk melarikan diri. Khalil terpaksa mengikut papanya ke Paris dan berjanji untuk berkahwin dengan anak perempuan sahabatnya. Khalil rasa bersalah pada Mia. Tan Sri Khalil memberitahu dimana Khalil nak dapatkan duit untuk menggantikan duit yang dijanjikan akan dibawa semasa pernikahan mereka. Mia memakin resah bila keluarag Khalil tidak datang lagi. Bila Sofie datang kerumah Mia seperti gembira tetapi alangkah terkejutnya Mia bila Sofie memberitahu keluarganya telah lari ke Paris. Dato Megat Idrus marah pada Mia hingga Dato megat Idrus terkena serangan jantung. Dato Megat Idrus bila pengantin lelaki yang ditunggu tidak datang. Dato Megat Idrus memikirkan apa akan terjadi bila majlis  pernikahan dibatalkkan. 

Episod 3

Dato Megat Idrus mohon agar Mia dikahwinkan dengan Khuzairi. Tetapi Mia menolak keras untuk menerima Khuzairi sebagai suami. Pada Khuzairi dia akan terima Mia , jika Mia rela hati  menerima Khuzairi sebagai suami. Melihat keadaan Dato Megat Idrus bertambah teruk Mia merelakan dirinya untuk menjadi isteri Khuzairi. Selepas majlis selesai Dato Megat Idrus dimasukkan ke hospital. Sampai dikampung Mak leha dan Helmi tidak puas hati dengan ada yang berlaku . Mak leha berkecil hati kerana tidak memberitahunya tentang pernikahan Khuzairi. Khuzairi mendapat panggilan dari makcik Roziah memberitahu Dato Megat Idrus meniggal dunia. Mia terlalu bersedih kerana kehilangan papanya. Khuzairi bergegas ke Kuala Lumpur setelah mendengar berita itu. Mia nekad untuk bercerai dengan Khuzairi kerana Dato Megat Idrus telah meninggal. Tetapi Khuzairi tetap dengan amanah papa mertuanya untuk menjaga Mia. Mia terus ego , kerana tidak mahu hidup susah Mia akan mengikut mamanya ke Australia. Makcik Roziah terus dihina oleh Mia kerana Makcik Roziah dari orang gaji berkahwin dengan Dato Megat Idrus. 

Episod 4
Khuzairi menerima panggilan dari makcik Roziah . Makcik Roziah memberitahu Mia akan mengikut mamanya ke Australia. Pada malam itu Pak samad membuka satu rahsia pada Khuzairi. Dengan memberi beberapa keping gambar dan surat kecurangan bekas isteri Dato Megat Idrus ( mama Mia ) . Rahsia ini tidak pernah diketahui oleh Mia sendiri. Kehadiran Khuzairi memeranjatkan Mia. Puan Hayati tidak berjaya membawa Mia ke Australia bila Khuzairi menggunakan kuasanya sebagai suami. Dalam terpaksa Mia mengikut Khuzairi ke kampung. Kehidupan Khalil semakin berserabut melihat isterinya ( Khalil terpaksa berkahwin dengan anak kenalan papanya demi wang ) Perjalan balik kampung Khuzairi singgah ke pusara mertuanya. Makcik Roziah balik kekampung setelah mereka terpaksa keluar dari rumah Dato Megat Idrus yang terpaksa dilelong kerana hutang. Kedatangan Mia disambut baik oleh pak samad dan Nadia tetapi tidak pada Mak leha. Mak leha tidak suka pada Mia kerana mengingati sikap puan Hayati yang sombong. Mia yang berada dalam keadaan tidak selesa sentiasa merungut. Khuzairi bersabar melayan kerenah isterinya. 

Episod 5
Mak leha sengaja mencari kesalahan Mia dan membuatkan Mia terus sakit hati. Nadia turut menjadi kemarahan Mak leha. Mia melepaskan kemarahan pada Khuzairi dan meminta Khuzairi menceraikan dirinya. Syakila rasa sedih bila Khuzairi tidak mengindahkannya lagi. Sekian lama dia memendam hati pada Khuzairi. Isteri Khalil keguguran kerana jatuh. Papa Khalil marah pada Khalil kerana tidak menjaga isterinya dengan baik. Kehadiran buntat mengejutkan Mia. Mia tidak selesa bila melihat buntat yang kotor dan terencat akal. Buntat suka pada Mia dan mengatakan Mia seorang yang cantik . Helmi sengaja menyakitkan hati Mia dengan kata-kat kesat. Khuzairi sengaja mengajak Mia ke kandang kambing supaya Mia tidak terus disakiti oleh Mak leha dan Helmi. Di kandang kambing Mia dikenalkan dengan pak andak yang menjaga ternakan kambing Khuzairi. Dalam Mia duduk di pangkin , Mia didatangi oleh seorang perempuan memanggil Mia dengan Ayu. Mak andak yang kehilangan anak yang bernama Ayu membuat dirinya menjadi gila. Mia terus memarahi Khuzairi kerana membiarkan Mak andak menyerang dirinya. Mia dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan atas kecederaan ringan ditangan.

Episod 6
Sophia geram tindakan papanya untuk jadikan dirinya untuk mangsa kedua setelah abangnya Khalil berkahwin dengan anak pada sahabatnya. Tan Sri Johari lakukan semuanya untuk kepentingan dirinya sahaja . Khalil nekad untuk menceraikan isterinya tetapi diberi amaran keras oleh Tan Sri Johari. Jika Khalil bercerai dengan Rita Tan Sri Johari akan muflis. Khalil mencari sophia untuk mendapatkan maklumat tentang Mia. Khalil masih mencintai Mia dan menyesal dengan apa yang telah berlaku. Dimajlis doa selamat sempena perkahwinan Khuzairi , Mak leha dan Syakila mengambil peluang untuk meyakitkan hati Mia. Mia cuba menghubungi mamanya tetapi puan Hayati cuba mengelak. Mia memujuk agar Khuzairi berpindah rumah kononnya mahu hidup berdikari. Mak leha cuba menghalang dari Khuzairi berpindah dari rumah. Mia marah bila Khuzairi yang mereka tidak jadi berpindah . Khalil terus mendesak Sophie memberitahu dimana Mia berada. Mak andak terus mencari Mia yang disangkakan Ayu. Melihat keadaan Buntat  yang kotor dan tidak terurus menambahkan kebencian Mia. 

Episod 7
Belum habis kebencian buntat datang pula mak andak yang menganggap Mia sebagai Ayu. Mak leha terus menyalahkan Mia yang terlalu kurang ajar kerana menyakiti mak andak dan buntat. Mia sedih kerana semua orang menyalahkan dirinya. Kehadiran Khalil mencari Mia menambahkan kemarahan pada Mia. Khalil cuba memujuk Mia dengan membawa chq bernilai 1 juta tidak membawa makna pada Mia. Khalil bengang dan marah bila Mia tidak menghargai . Khalil tidak percaya Mia sudah berubah. Rita mengamuk pada Khalil bila Khalil menipu dirinya. Khalil minta duit untuk meluaskan bisnes tetapi duit itu digunakan untuk memujuk bekas tunangnya Mia. Pak samad menyuruh Khuzairi membesarkan klinik agar Mia juga boleh membantu Khuzairi di klinik. Mia terkejut bila mendapat panggilan dari Sophia mengatakan Khalil kemalangan. 

Episod 8
Sophia menghantar sms agar Mia dapat datang melihat Khalil di hospital. Khuzairi memberi keizinan jika Mia mahu melawat Khalil tetapi Mia tetap dengan pendiriannya. ketika Khuzairi melawat Khalil , seorang jururawat menegur dengan panggilan Dr. Khuzairi membuatkan Sophia terkejut. Kahidupan Mak cik Roziah semakin susah . Nurul anak jiran sering membantu makcik Roziah menjualkan nasi lemaknya. Mia marah mengapa Khuzairi perlu memberi duit pada Mak leha untuk membeli barang hantaran untuk perkahwinan Helmi . Mak leha menganggap Mia queen control ini menambahkan kemarahan Mia. Mia mengambil keputusan untuk membantu Khuzairi di klinik. Kerana merajuk dengan Khuzairi , Mia pergi kerja dengan pak samad. Sampai di klinik Syakila mula mengarah - arahkan kerja untuk Mia. 

Episod 9
Syakila mula bengang bila Mia tidak mengindahkan kata-katanya. Apa yang dirisaukan oleh Khuzairi menjadi realiti. Mia mula marah bila Syakila menghina dirinya. Khuzairi cuba memujuk Mia agar jangan mencari punca pergaduhan. Syakila mula tidak berpuas hati bila Mia tidak melakukan kerja sepatutnya. Mia terus menolak Syakila hingga jatuh. Khuzairi mula menyalahkan Mia dan Mia merajuk. Dalam Mia merajuk dan lari dari klinik Mia berjumpa Sophie. Mia gembira kerana berjumpa sepupunya. Mia menceritakan keadaan hidupnya di kampung. Sophie tertarik dengan Buntat. Sophie mencadangkan agar Buntat bersekolah di sekolah khas di kuala lumpur. Sophie marah pada Mia kerana memandang hina pada Buntat dan mak andak. Kerana kedegilan Mia tidak menjamah makanan akhirnya Mia sakit perut. Mia berusaha untuk memasakkan bubur untuk Mia. Sophia gembira bila melihat layan Khuzairi pada Mia. Sophie menasihatkan agar Mia menerima Khizairi seadanya.
 
Episod 10
Mia seakan merasa bahagia bila bersama dengan Khuzairi. Dalam Mia berjalan-jalan sambil melihat majalah. Helmi yang tidak berpuas hati lalu menyerang Mia. Helmi juga memukul Mia , Keadaan dapat dileraikan bila pak samad dan Khuzairi balik . Khuzairi tidak menyangka Helmi sanggup memukul Mia. Mia dimasukkan ke hospital. Khuzairi memberi peringatan keras pada Helmi jika Helmi berani memukul isterinya. Sophie berbincang dengan uncle Man untuk mengambil buntat menjadi anak angkatnya. Memandangkan uncle Man pernah mempunyai anak seperti buntat. Tetapi perkara ini perlu dibincang dengan pak andak dan Khuzairi. Di Klinik Mia memperlekehkan mak limah yang uzur menerima ubat secara percuma dari suaminya. Ditambah pula mak limah menjaja di depan klinik suaminya. Keadaan itu dipertahankan oleh Syakila. Mak cik Roziah didatangi oleh seorang lelaki yang bernama Rahim. Lelaki ini membawa geran atas nama makcik Roziah. Rahim menerangkan Arwah Dato Megat Idrus pernah menolongnya dan tanah itu diwasiatkan atas nama Isterinya. Mak cik Roziah menyuruh tanah itu dijual bagi dapat membantu Mia. Pak samad geram melihat Helmi yang tidak berkerja. Mia memujuk khuzairi agar membeli sebuah lot banglo untuk mereka. Dr. Zaidi terkejut bila pilihan Mia luar jangkaan. Keluarga Syakila datang kerumah untuk mempercepatkan maklis perkahwinan Syakila dan Helmi. Mia sengaja mengajak Khuzairi keluar dari perbincangan itu untuk kerumah Pak andak. Mia tahu Khuzairi pasti akan menolong Helmi untuk majlis itu. 

Episod 11
Mia marah bila Khuzairi bersetuju untuk keluarkan belanja kahwin Helmi walaupun Mia memberi alasan untuk membayar deposit rumah . Mia menghubungi Sophie untuk meminjam sedikit duit, Mia tidak mahu tinggal dikampung lagi. Pak samad menasihatkan pada Khuzairi kerana terlalu menjaga hati orang lain hingga diri sendiri tersepit. Dalam lena Mia mendapat panggilan dari Khalil mengatakan Sophie di rompak depan bank. Mia menyesal kerana memaksa Sophie transfer duit pada Mia. Mia tergesa-gesa keluar rumah tetapi dihalang oleh Khuzairi. Khuzairi mengambil keputusan untuk pergi sama-sama dengan Mia ke hospital untuk melihat Sophie. Khalil sengaja menyakiti hati Khuzairi dengan menyatakan Khuzairi hanya menerima "bekasnya". Mia menyangkakan Khuzairi telah balik kekampung dan Mia bebas di kuala lumpur. Alangkah terkejutnya bila Sophie memberitahu Khuzairi ada diluar rumah Sophie. Mia mula rasa simpati pada Khuzairi , Mia keluar mendapatkan Khuzairi. Khuzairi cuba memujuk Mia. Jika menyerahkan semua duit simpanan Khuzairi pada Mia akan membahagiakan Mia , Khuzairi akan lakukan. Pak andak bersetuju untuk menghantar buntat ke sekolah khas dengan bantuan Sophie. Mak leha menyedari perubahan pada Khuzairi. Khuzairi yang semakin gembira dan bahagia bersama Mia.   

Episod 12
Mia memikirkan siapa kah yang membayar hutang arwah Dato Megat Idrus dan dirinya. Mia juga sudah bebas dari tuduhan muflis. Mak leha tidak suka bila mendapat tahu buntat akan dihantar kesekolah khas. Mia gunakan kuasanya tidak membiarkan mak leha mempergunakan duit suaminya. Pak andak juga gembira bila buntat bersetuju untuk ke sekolah khas. Ini juga kerana Mia berjanji akan sayang pada buntat bila buntat bersekolah. Ayah man dan Sophie menagmbil buntat dikampung. Mia terkejut bila Puan Hayati menghubunginya. Puan Hayati ingin mengajak Mia untuk bersamanya. Tetapi Mia tidak mahu dan menyatakan Mia lebih selesa tinggal dikampung. Perbualan Puan Hayati di perhatikan oleh Khalil. Khalil dan Puan Hayati merancang sesuatu untuk mendapatkan Mia dari suaminya. Khuzairi bertanya pada Mia adakah Mia berkerja dan tinggal di Kuala Lumpur kerana lesen peguam Mia sudah tidak digantung lagi. Mia lebih selesa tinggal dikampung kerana bila Mia di kuala lumpur Mia sudah tidak boleh hidup seperti dulu. Mia marah mengapa dia perlu mimpi yang dia berjumpa makcik Roziah. Kaeadaan makcik Roziah semakin uzur sejak kemalangan tempoh hari. 

Episod 13
Mood Mia tiba- tiba berubah bila Khuzairi menyebut nama mak cik Roziah . Khuzairi bimbang akan keadaan mak cik Roziah yang sudah lama tidak dapat dihubungi. Mak leha terkejut bila Helmi mengajaknya di sebuah restoran mewah dibandar. Disana Khalil menceritakan sesuatu yang buruk tentang Mia. Khalil juga memberitahu Mak leha yang dia pernah terlanjur dengan Mia. Mak leha geram bila Helmi kata Khuzairi akan melebihkan Mia dari mak leha. Mak leha berpura-pura sedih dan menceritakan hal yang diceritakan oleh Khalil pada Khuzairi. Khuzairi menafikan ayang yang diceritakan oleh Khalil. Mia yang mencuri dengar perbualan mak leha dan Khuzairi sedih dengan tuduhan Khalil. Khuzairi merasa dirinya tercabar , Khuzairi terus minta haknya sebagai suami. Pada Mia rasa terhina bila Khuzairi minta secara tiba-tiba. Kerana selama ini Khuzairi tidak pernah minta hak itu darinya. Khalil memberi sejumlah duit pada Helmi jika rancangannya berjaya. Helmi memerhatikan pergerakan Mia dan memasukkan sesuatu pada minuman Mia. Khalil cuba menodai Mia dalam tidak sedar. Belum sempat berbuat apa Khuzairi balik kerumah. Khalil dan Helmi terus hilang. Oleh kerana Mia terus menggoda Khuzairi , Khuzairi tidak menolaknya. Segala yang membelenggu Khuzairi terjawab. Helmi sengaja menaikan kemarahan Mia . menceritakan semalam dia memasukkan pil peransang dalam minuman Mia . ini semua angkara Khuzairi. Mia yang termakan kata-kata Helmi terus membenci Khuzairi yang mengatakan Khuzairi sengaja ambil kesempatan pada dirinya. 

Episod 14
Khuzairi terkejut bila melihat Mia di depan Klinik. Khuzairi cuba untuk mendapatkan mia tetapi api kemarahan yang diterima. Khuzairi cuba menenangkan Mia tetapi gagal. Mia terus meluahkan perasaan pada Khuzairi , sepatutnya Khuzairi tidak mengambil kesempatan. Tetapi naluri seorang suami mengatasi segalanya. Kemaafan Khuzairi tidak diterima malah api kebencian mia mula dikuncak. Mak leha terus memaksa Khuzairi menceraikan Mia kerana beranggapan mia perempuan kotor. Khuzairi mohon agar mak leha tidak terpengaruh dengan kata - kata Khalil yang memburukan isterinya. Khuzairi juga menekankan bahawa Mia perempuan yang baik dan masih suci sebelum dia berkahwin dengannya. Kata-kata Khuzairi membuatkan Mia rasa terharu. Helmi keluar dibandar tiba-tiba terjumpa seorang gadis bernama Atira. Helmi membawa Atira balik kerumah. Bila Atira enggan mengikut kehendaknya tiba- tiba Atira menjerit. Helmi tersalah langkah membuat Mia yang sedang tidur terjaga. Mia mengambil peluang untuk membalas dendam pada Helmi selama ini. Kebetulan Pak samad dan mak leha yang baru balik dari bandar terkejut melihat Helmi membawa balik perempuan ke biliknya. Syakila menangis bila meyaksikan kecurangan bakal suaminya. Tindakan Atira untuk melapurkan pada pihak polis membuatkan Helmi takut. Mia menawarkan diri untuk selesaikan kes Helmi tetapi tanpa campur tangan orang ketiga ( mak leha ). Helmi terpaksa bersetuju dengan syarat itu. Mak leha terpaksa akur karana tidak mahu anaknya masuk kedalam penjara. Puan hayati menghubungi Mia semgaja memancing Mia agar tinggalkan suaminya. Puan Hayati rasa gembira bila mia memberitahunya Mia tidak mahu tinggal dikampung bila tiba masanya. 

Episod 15
Mia mengadili kes Helmi dan Atira. Atira membawa abang angkat dan sepupunya menemaninya. Mia mengunakan pengalaman yang ada untuk mengadili dengan bijak. Atira mempergunakan Helmi untuk mendapat duit oleh kerana Helmi tidak memberi duit Atira cuba memerangkap Helmi. Pak samad bangga melihat kebijaksanaan menantunya. Syakila memutuskan untuk putuskan pertunangannya. Mia mengajak Sophie ke klinik untuk mendapat rawatan. Mia di sahkan mengandung. Mia tidak bersedia untuk mengandung dan dia cuba untuk menggugurkan anak yang ada dalam kandungannya. Dalam Mia bersarapan Mak andak datang untuk makan bersama Mia. Mak andak yang masih menganggap Mia adalah Ayu membuatkan Mia rasa rimas dan marah. Mia terlalu membenci mak andak hingga sanggup meletakkan makanan diatas meja tanpa pinggan yang paling menyedihkan Mia juga sanggup menonyoh makanan kemulut mak andak. Perbuatan itu di lihat oleh mak leha hingga tercetusnya pertelingkahan. Khuzairi yang marah melihat perbuatan Mia hingga mengajak Mia ke pejabat agama. Mia puas akhirnya Khuzairi mahu melepaskannya. Dalam Mia bersiap , Khuzairi ternampak ubat mia untuk menggugurkan kandungan. Khuzairi gembira bila mendapat tahu Mia mengandung. Khuzairi bersyukur dan berjanji akan mengikut kehendak Mia selepas Mia melahirkan anaknya. Mia pegang pada janji Khuzairi. Rahim berjumpa Mak cik Roziah untuk memberi duit yang berbaki selepas ditolak hutang arwah suaminya Dato Megat Idrus. Mak cik Roziah ingin mengambil sedikit wang untuk perbelanjaan Nurul untuk sambung belajar dan selebihnya dimasukkan kedalam akaun Mia. Rahim terkejut bila mak cik Roziah tidak mahu menggunakan duit itu untuk rawatan kakinya. Khalil mengugut Helmi agar memulangkan semua duit yang diberi kerana semua rancangannya gagal untuk mendapatkan Mia. Helmi bingung dimana dia hendak mengganti duit Khalil yang telah habis digunakan. Mia semakin tidak selesa kerana alahan yang teruk tetapi mak leha sengaja ingin meyakiti hati Mia lagi. 

Episod 16
Sejak Mia mengandung , perasaan cemburu bila menjalar melihat Khuzairi bersiap dan bergaya sebelum ke klinik. Mia sengaja menyuruh Khuzairi pulang lebih awal dan setiap jam Mia  akan menghubungi Khuzairi untuk memastikan Khuzairi menjaga dirinya. Semua yang dilakukan oleh Mia untuk mencari perhatian Khuzairi. Zaidi menasihatkan agar Khuzairi tidak mengikut sangat kerenah Mia. Apa sahaja yang Mia mahukan pasti Khuzairi turutkan. Mia juga cepat melenting bila segala yang Mia mahukan tidak dituruti. Kehadiran Zaidi di lewat malam mengejutkan Khuzairi dan Pak samad . Zaidi mengucapkan terima kasih pada Mia kerana kliniknya mendapat panel dari syarikat Dato Zainuddin. Khuzairi terkejut bila Zaidi mengucapkan terima kasih ini kerana usaha Mia. Pak samad cukup pandai mengambil hati Mia . Pak samad tahu Mia kesunyian. Sebagai mengambil hati dan menggembirakan Mia pak samad mengajak Mia pergi ke bandar. Khuzairi terkejut bila melihat Mia dan pak samad shopping sakan. Pak samad menegur Khuzairi , Beri perhatian lebih pada Mia. Mia dibesarkan seperti menatang minyak yang penuh. Bila kehilangan arwah papanya , Mia sudah tidak ada tempat bergantung dalam sekelip mata. Pak samad menasihatkan agar Khuzairi lebih bersabar dengan perangai dan kerenah Mia. Mia gembira bila mendapat coklat yang diidamkan. Mia cuba mencari coklat yang diidamkan tetapi kedai yang Mia pergi tidak menjualnya. Khuzairi bahagia melihat Mia tersenyum dan dapat menikmati coklat kegemarannya. 

Episod 17

Mia mencuri dengar perbualan Nadia dan mak leha. Nadia merungut handphone terpaksa berkongsi dengan mak leha gara-gara bill telefon melambung dan dipotong oleh pak samad. Selepas itu Mia sengaja memneritahu mak leha yang pak samad sanggup berbelanja besar untuk membeli baju untuk Mia. Mak leha geram dengan kata -kata Mia yang menyakitkan hati. Khuzairi membawa Mia ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sementara menungguk Khuzairi Mia tersermpak denga Syakila. Syakila yang sengaja mencari masalah dengan Mia yang menyatakan anak yang mia kandung adalah anak haram lalu Mia menampar Syakila. Syakila sengaja menolak Mia dan terjatuh. Mia mohon pada Khuzairi agar memulakan hidup baru di Kuala Lumpur. Khuzairi berjanji akan mengikut kehendak Mia selepas Mia bersalin. Khuzairi yang marah lalu memberhentikan Syakila. Cerita Syakila tidak berhenti disitu.  dan pak ngah turut datang untuk membela nasib Syakila. Khuzairi marah dan mempertahankan Mia maruah isterinya. Mia bahagia dengan Khuzairi . Shopie melihat perubahan sepupunya dan tumpang gembira. Shopie datang membawa Buntat balik kekampung kerana cuti sekolah. Khuzairi terkejut dengan perubahan Mia dengan memakai telekung yang diberi oleh Khuzairi beberapa bulan yang lalu. 

Episod 18
Mia keluar untuk mencari barang. Sampai di klinik Mia berehat seketika di sofa. Mia mendengar cerita pesakit yang baru keluar dari bilik Khuzairi. Pesakit yang bernama Wati menyimpan perasaan pada Khuzairi. Wati juga bercerita dengan sahabatnya yang Khuzairi dulu mencintai Ayu yang telah meninggal. Perkahwinan Khuzairi dengan Mia kerana pilihan kedua. Mia sakit hati bila mendengar perbualan Wati dan sahabatnya di klinik. Mia mencari cerita sebenar, Khuzairi merasa pelik mengapa Mia terus bertanya tentang ayu kerana selama ini Mia tidak pernah ambil tahu pasal Ayu pada Zaidi. Nadia menceritakan apa yang berlaku di luar klinik. Zaidi datang kerumah untuk membantu Khuzairi kerana mia sudah merajuk. zaidi menceritak satu persatu dan Mia faham walaupun Mia melayan Khuzairi dengan teruk Khuzairi tetap berbuat baik dengan Mia. Itu semua adalah ketulusan hati Khuzairi mencintai Mia. Sophie mendengar berbualan Puan hayati dan Khalil untuk memisahkan Mia dan Khuzairi. Sophie kesal sikap puan hayati yang tidak pernah puan untuk memisahkan kebahagiaan anaknya demi kepentingan sendiri. Sophie juga mendapat tahu yang Puan hayati membela anak ikan dan Khalil memberi sejumlah wang pada puan Hayati. Zaidi dan pak samad rasa bahagia bila mendengar gelak ketawa Khuzairi dan dan Mia. Kerana Khuzairi seorang yang susah untuk ketawa. 

Episod 19
Mia dan Khuzairi terkejut bila berjumpa dengan Borhan dan adiknya wati. Wati ke klinik kerana kakinya terkena kaca. Oleh kerana Mia tahu sikap Borhan , Mia sengaja menunjukkan rasa riaknya dihadapan Borhan. Kandungan mia yang kian membesar. Mia semakin susah untuk membuat kerja-kerja rumah. Mia akan menyuruh Mak leha membuat kerja rumah memandangkan Nadia sibuk berkerja di klinik. Syakila keluar bersama Jali dan sambil-sambil mencari kerja. Sophie menghubungi Mia memberitahu niat buruk Khalil  dan Helmi akan meracun kambing. Mia berpura-pura baik dengan Helmi untuk mendapatkan cerita sebenar. Mia juga menghubungi Khalil agar rancanganya berjaya. Mia kerumah pak andak memberitahu yang niat Helmi. Pak andak juga perlu merahsiakan perkara ini dari Khuzairi. Setelah rancangan rapi Khalil dan Helmi terperangkap . Mak Leha marah bila pak samad mahu membawa Helmi ke balai polis. Mia puas apa yang dirancang berjaya. Walaupun pada mulanya Helmi menuduh Mia bersubahat dalam kerja meracun kambing Khuzairi. 

Episod 20
Khuzairi terasa hati bila Mia tidak memberitahunya awal tentang rancangan buruk Helmi. Mia minta maaf dan bukan sengaja Mia untuk membelakangkan Khuzairi. Mak leha masih tidak puas hati melihat Mia seperti tiada ada apa yang berlaku. Mak leha terus marah dan Mia pula terus mengugut Mak leha tentang perbuatan Helmi. Pertengkaran mereka dilihat oleh Khuzairi. Khuzairi menyalahkan Mia kerana bersikap kurang ajar pada mak leha. Mia memberi kata dua sama ada Khuzairi memilih Mia atau Mak leha. Ini keputusan yang paling berat pada Khuzairi. Kata- kata Mia masih terngiang - ngiang. Sophie datang untuk mengambil Mia . Dalam perjalanan ke kuala lumpur . Mia sakit nak bersalin. Puan Sophie menghubungi Khuzairi tetapi gagal. Nadia memarahi Khizairi kerana tidak dapat dihubungi disaat Mia ingin melahirkan anak. Sampai dihospital Sophie membertahu yang Mia selamat melahirkan dan Sophie tidak membenarkan Khuzairi berjumpa dengan Mia takut fikiran Mia terganggu. Ayah man meninggalkan Buntat dalam jagaan anaknya kerana ayah man akan ke mekah menunaikan umrah. Mia masih rasa kecewa dan menguruh Sophie menguruskan untuk keluar hospital awal. Mia cuba melihat anak yang baru dilahirkan tetapi anak itu dalam pelukan mak leha. Mia terkilan bila Khuzairi dan melihatnya yang sedang sakit. Mia berpendapat mereka hanya mahukan anak sahaja dan membiarkan mia sendiri. Khuzairi terkejut bila mendapat tahu Mia sudah meninggalkan Hospital. Khuzairi cuba menahan Mia dari pergi . Khuzairi mohon agar anaknya dapat disusukan walaupun sekali. Rayuan Khuzairi tidak diindahkan. Khuzairi kesal mia sanggup lakukan semua itu pada anak yang tidak mengerti apa-apa. Khuzairi tertekan dan tidak menerima bila Mia terus meninggalkannya. 




22 comments:

  1. terkejut saya bila baca tajuk dia.." 7 Hati mencintaiku" hehe, sebenarnya 7 Hari, kan?? hehe...mmg menangis baca karya Siti Rosmizah....novel dia mmg best2...Cinta kau dan Aku & Andai itu takdirnya...terbaik~ buku Andai itu takdirnya dan Novel 7 hari mencintaiku aje yg blum bace~ hehe, nti nak beli on9... Thanks sbb bgi preview ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oppt.. salah tulis lak .... hehhe thanks Farra sebab bagi tahu. boleh dikatakan karya Siti Rosmizah ni penuh dgn air mata.... kalau menangis tu kita buat terapi mata laaa heheheh. novel ni memang best . akak dah ada 5 buah novel dari karyanya. Tinggal Lafazkanlah kalimahmu tu belum baca lagi ... beli dah lama...

      Delete
    2. saya da baca ketiga2 tu mmg best gila... sanggup habeskan 1hari 1 malam setiap novel.. xtido sebab x boleh nk stop... hahaha berhenti mkn solat je pastu sambung balik...

      Delete
    3. memang best .. tapi kekadang takut bila diadaptasi cerita tak sama dgn novel. lebih kecewa bila pelakon lak mcm kayu. terima kasih sudi singgah di blogs ini.

      Delete
  2. wah~ bestnya...saya baru baca satu aje novel dia :cinta kau dan aku...itu aje...tpi itu pon tak cukup 10 kotak tisu...heheeh...rasa mcm nk beli smua novel karya SR ni...tgh tunggu gaji dri Mak...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. farra novel cinta kau dan aku akan diadaptasi 15/2 ni ada kat tv 1 ganti cerita triologi cinta kul10.05 malam tau.....

      Delete
  3. saya setuju ngn semua .. novel tulisan siti rosmizah, memang semua best2 dan yg pasti air mata saya pasti mengalir bila baca novel dia .. memang x rugi kalau saper nk jadikan novel SR sebagai koleksi mereka .. setakat ni saya da ada 4 novel SR, cuma 'Lafazkan Kalimah Cintamu' jer baca kawan punyer .. hihi .. apapun SR memang terbaek la ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. teima kasih Ezura sudi singgah ke blog akak.... kalau nak buat terapi mata bacalah novel siti rosmizah ... semua novelnya memang best

      Delete
  4. best2 ceritanya...boleh senaraikan x novel2 tulisan siti rosmizah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAi Etty terima kasih singgah di blogs ini
      untuk senarai novel tulisan siti rosmizah ada di tepi saya buat short listed " NOVEL SITI ROSMIZAH " harap terhibur dengan review yang diberikan .

      Delete
  5. Hi

    Macam mana nak baca novel ni? ada online tak? saya kat uk sekarang seronok tgk drama ni dan teringin nak baca novel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nur
      Saya tak pernah lagi nampak E-novel online punya. Kalau beli di MPH online boleh kot hantar kat UK . hihihihi apapun terima kasih singgah di blogs ini.

      Delete
  6. boleh tahan jugk kan novel dia ni? saya org lelaki pun boleh menitiskan air Mata bila membacanya... saya minat sangt2 dngn novel walaupun saya orng laki2 hehehehe.... *terbaiklah+++

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah di blogs ini... memang novel ini penuh dengan air mata ...

      Delete
  7. novel yang telah saya baca setahun yang lalu...bila diadaptasi mengisi slot akasia ...rasa seronok sangat..sayang buku yang saya miliki ini telah hilang dalam simpanan..namun setiap wataknya saya ingat..benar-benar meruntun perasaan saya..Bangga sangat dengan tuan punya novel...garapan cerita yg membuatkan saya tersedu sedan...saya letakkan diri dalam setiap watak...Tahniah sekali lagi...teruskan berkarya...salam sayang dari saya di bumi kenyalang

    ReplyDelete
    Replies
    1. teima kasih singgah di blogs ni dan berkonngsi mengenai drama ini. secara jujurnga akak memang suka dengan ceritanya . Pada mula akak agak risau bola didramakan ceria akan diubah tetapi setakat episod 20 ini cerita memang tip top. Cerita macam ni yang kita nak pengajaran dan teladan perlu diambil.

      Delete
  8. Boleh tak nak tau, apa endingnya nanti??? Nak cari novelnya selalu habis, drama pula tak dpt nak tengok bila dah sambung belajar balik. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. minggu depan ada pesta buku di pwtc...
      boleh beli kat sana murah ... kalau tak pun beli second hand jeeee... ending ceritanya mestilah happy tapi nak happy tu pasti ada liku-liku perlu dilalui ... pasti nangis punya...

      Delete