Sunday, 26 May 2013

NOVEL M.A.I.D


" Ya Allah Noorul... takkan goreng ikan pun kau tak tahu?
Masak nasi tahu tak ?
Haih... habislah kau kalau macam ni.
Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat. Noorul."

Novel pertama Suri Ryana cukup santai , Novel ini telah terpilih sebagai Pemenang ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR BERITA HARIAN 2012 . Novel setebal 753 muka surat menjadi pilihan review kali ini. 

Novel M.A.I.D ini mengisahkan seorang gadis bernama Noorul yang menganggur setelah kilang tempat dia kerja ditutup. Noorul tidak berputus asa dan mencari kerja dan interview dimerata tempat tapi masih juga tak dapat kerja. Akhirnya , Noorul minta kerja sebagai orang gaji melalui agensi pekerjaan. Bermulalah episod Noorul sebagai orang gaji kepada anak Tan Sri yang sangat cerewet sehingga Noorul mengelarnya Mr. F ( Mr. Fussy ). Mr. F ni suka tinggalkan nota yang dilekatkan dimerata - rata rumahnya ( peti sejuk , perabut , sinki dan sebagainya). Ini cara dia bagi arahan pada Noorul. Noorul akan menalifon majikannya setiap jam 8 pagi untuk memastikan dia tidak lambat masuk kerja. Mr. F ni tidak mesra alam , suka tengking- tengking dan suka potong gaji Noorul. Mr. F tidak seperti adiknya Haikal yang lebih mesra .

Noorul memang terkenal dengan tak pandai memasak. Dia cuma tahu masak 3 benda ( masak nasi, masak air dan masak maggi ).  Memang huru hara jadinya bila Mr. F menyuruh Noorul masak nasi beriyani untuknya. Dengan bantuan sahabatnya Iman Noorul dapat mengatasi masalah itu untuk sementara. Noorul nekad untuk belajar memasak dengan menghadiri kelas memasak Chef Aidil. Sebenarnya Mr. F ni sengaja berbuat begitu kerana takut jatuh cinta dengan Noorul. Mr F pernah kecewa sebelum ini. Dalam masa yang sama juga Noorul sudah jatuh cinta dengan majikannya yang handsome walaupun perangai cerewet yang sukar di ertikan. Ada orang yang berdendam dengan Noorul, lalu menfitnah Noorul sebagai perempuan simpanan Harris (Mr. F). Untuk menutup malu dan mahu menjaga reputasi perniagaan keluarga Tan Sri, Puan Sri cakap pada orang yang Noorul ni isteri Harris , cuma majlis perkahwinan belum diadakan lagi. Noorul malu untuk berterus terang dengan Harris tentang perasaannya namun Harris mendesak agar Noorul memberitahunya . Di waktu itu Harris terkejut dan berasa lega bila mendapat tahu Harris adalah lelaki yang Noorul cinta. 

Puan Sri ( mak mertua ) Noorul tak suka Noorul. Dia sibuk menginginkan Elisa menjadi menantunya. Harris tak suka dengan tidakan mamanya dengan mendesak untuk  menceraikan Noorul. Pelbagai fitnah yang dilemparkan namun cinta Harris hanya pada Noorul. 

Sinopsis dari kulit novel



Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.



Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.



Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Petikan - petikan menarik dari Novel 

Kerana sukar untuk mencari kerja Noorul mencuba nasib 
"Susah betul nak cari kerja. Susah-susah aku mintak kerja sebagai orang gaji je lah.” Tak tahu dari mana datangnya idea untuk menjadi orang gaji. Ya ampun Noorul, kau sedar tak yang engkau tu tak layak. Kemas rumah pun malas. Masak? Lupakan sajalah. Aku mengejek diriku sendiri
"Orang gaji? Itu pun silap-silap susah nak dapat. Mana taknya, semuanya telah diisi dengan cewek-cewek dari Indon. Lainlah kalau engkau mencuba nasib di agensi pekerjaan.” Kadang-kadang idea si Iman memang boleh dipakai. Aku terus bergerak dan duduk di pinggir katilnya. Berminat betul aku dengan idea si Iman ini.
"Iya dong! Kenapa aku ngak pikir sebegitu ya? Kalau dari awal aku ke agensi pekerjaan, kan senang! Makasih ya, Mbak Iman.” Iman hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala mendengar aku berbicara dalam bahasa Indonesia.
"Esok aku cuti. Bolehlah aku temankan kau ke agensi pekerjaan kat Permata Mall tu.”

Kata Iman sambil memandangku.

Iman kemudiannya bingkas bangun menuju ke hadapan cermin sambil menempek-nempek mukanya dengan krim berwarna putih yang tidak aku tahu namanya itu. Kemudian dioles pula bahagian mata dengan krim yang lain. 

Hari pertama berkerja sebagai pembantu rumah
Nota pertama yang dilekatkan disingki itu, aku baca sebaik sahaja aku melangkah ke dapur. Aku tak faham apakah maknanya smelly tetapi daripada ayat itu, aku dapat mengagak yang maknanya mesti berkaitan dengan kebersihan kut. Singki yang pernah dengan pingan mangkuk itu pasti akan bersih dengan hasil sentuhanku sebentar lagi.
"Ada lagi?"
Suaraku bergema di dalam rumah itu apabila aku terpandang nota berwarna bitu tertampal kemas dipintu peti ais pula kali ini. Hari ini aku banyak bercakap sendirian. Kalau orang lain lihat, mesti mereka ingat aku ni gila agaknya.


Jangan tunggu sehingga keperluan dapur
habis, baru nak maklumkan kepada saya.
Beritahu awal-awal.

Inilah bunyinya  nota kedua yang kubaca pagi ini. Aku membuka peti sejuk dan dapat aku lihat bermacam-macam benda di dalam peti sejuk besar ini. Aku kemudiannya berjalan ke kebinet yang berwarna putih sambil menanggalkan nota yang tertampal diatasnya.

Setelah pingggan mangkuk yang dibasuh
kering , haruslah disimpan di dalam kebinet ini.

Tiada masalah. Kalau kerja membasuh dan mengemas aju sememangnya tiada masalah, tetapi janganlah masak - mmasak. Aku tak pandai. Itu sahaja nota yang aku jumpa didapur. Aku melangkah ke bahagian ruang tamu pula di mana nota pertama di ruamng tamu tertampal kemas pada sebuah pasu yang penuh dengan bunga- bunga kristal.
"Ada ke lelaki yang sukakan bunga? Macam mak aku pulak mamat ni." Sekali lagi aku bercakap sendirian.
Berhati-hati semasa membersihkan pasu dan 
bunga-bunga ini ibarat awak sayangkan nyawa awak.

""Dia ingat nyawa aku sama nilai dengan bunga kristal ni apa? Tak logik langsung. Hish!" Kali ini suaraku sudah berbunyi seperti halilintar. Boleh gila aku kalau terpaksa membaca nota-notanya setiap hari. Aku lebih rela balik ke sekolah menghafal nota-nota subjek Geografi atau sejarah yang membosankan itu. Sumpah! Diatas meja kaca berbentuk empat segi yang terletak betul-betul dihadapan sofa juga ada kelibat sekeping lagi nota biru. Aku menarik dengan ganas nota itu. Kali ini akan kubaca dengan kuatnya apa yang Mr. F tulis sebab aku sudah betul-betul tertekan.

Jangan tumpahkan apa-apa diatas karpet dan 

sofa. Handle them with care, seperti awak 
sayangkan nyawa awak.

Arghhhhh! kenapa dia asyik membandingkan barang-barangnya dengan nyawa aku? Dia ingat nayawa aku boleh dijual beli dengan duit? Melampau betul Mr. F ni.

Kehadiran Haikal mengejutkan Noorul dan Iman.
“You siapa? Ini bukan rumah you kan?” Tanya Mr. Lee kepada lelaki yang hanya tersenyum memandangku dari tadi. Ada krim kek ke kat muka aku? Entahlah, aku pun tak pasti.
“Bukan..ni rumah Harris, abang saya.” Tenang lelaki yang masih berdiri di muka pintu itu menjawab pertanyaan Mr. Lee. Senyuman manis masih terukir di bibir.
“Oh..adik dia ka. Okay, Iman, Noorul, saya turun dulu ya. Thank you tau bagi saya ini kek dan pizza.” Kata Mr. Lee dan terus keluar. Aku dan Iman hanya mengangguk lemah.
“Jemputlah masuk encik.” Kataku kepada lelaki yang berdiri di hadapanku.
“Tak perlu berencik-encik. Panggil je Haikal atau kalau nak lagi mesra, Carl.” Ujar Haikal sambil ketawa kecil. Dia kemudiannya melangkah masuk dan terus duduk di atas sofa. Sekuntum senyuman diberikan kepadaku lagi. Pelik betul, yang si abang, sentiasa masam mukanya, yang si adik pula asyik tersenyum setiap masa.
“Kek hari jadi siapa ni?” Tanya Haikal dengan penuh minat. Iman yang dari tadi hanya diam terus bersuara.
“Sebenarnya, hari ni hari lahir Noorul. Jadi, saya datang bawak kek ni untuk sambut hari lahirnya yang ke-24.” Jawab Iman dengan jujur.
“Oh, 24 tahun..muda dua tahun dari sayalah ni. Awak pun 24 tahun ya?” Iman menganggukkan kepalanya.
“Encik, dia tak bersalah, saya yang salah. Noorul tidak tahu apa-apa pun..tolonglah jangan beritahu Mr. F. Mesti dia akan pecat kawan saya ni.” Tiba-tiba Iman merayu kepada Haikal. Aku yang sedikit cuak hanya memandang ke lantai.
“Mr F?” Haikal mengerutkan sedikit dahinya. Aku menjeling geram ke arah Iman.
“Eh, salah..salah..Mr. H..H untuk Harris” Iman berkata dengan agak gugup.
“Ye saya tahu, H untuk Harris..tetapi F pula untuk apa?” Tanya Haikal dengan penuh minat.
“Tak ade apa-apa encik..Iman tersalah sebut huruf je tadi.” Aku terus bersuara. Harap-haraplah lelaki ini percaya dengan alasanku.
“Okay, saya akan telefon abang Harris dan beritahu tentang party ni sekarang kalau korang tak nak cakap apa yang dimaksudkan dengan huruf F.” Ugut Haikal. Hish! Kejam betul!
“F untuk fussy” Jawabku perlahan. Tidak kuduga dengan tiba-tiba, ruang bawah penthouse ini menjadi riuh dengan gelak ketawa Haikal. Aku dan Iman tersenyum lega.
“Abang Harris memang cerewet sikit tapi dia baik tau.” Ujar Haikal sambil tersenyum. Tidak ada riak kurang senang di wajahnya. Aku terus meletakkan sepotong kek ke dalam piring dan kuberikan kepadanya.

Kerana bertemu Ashaf Identiti Noorul terbongkar bila terserempak dengan Haikal.
“Awak buat apa kat sini?” Tanya Haikal kepadaku. Mataku melilau mencari kelibat Mr. F. Takut juga kalau terserempak dengannya nanti. 

“Saya makan malam dengan kawan tadi. Dah nak balik pun. Ermm..saya minta diri dulu lah ye?” Kataku yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melangkah. 

“Nak balik dah ke? Jom lah sembang-sembang dulu. Come.” Ajak Haikal. Dia kemudiannya berjalan ke arah sofa yang memang tersedia di lobi ini. 
Dengan rasa berat hati aku menuruti langkah Haikal. Lagipun, setelah memerhati keadaan sekeliling, kelibat Mr. F sudah tidak lagi kelihatan di sini. Jumlah orang ramai yang berpakaian cantik-cantik tadi juga sudah semakin berkurangan. Mungkin mereka sudah naik ke atas agaknya. 

“Awak buat apa kat sini, Haikal?” Tanyaku sebaik sahaja melabuhkan punggung. 

“Di sinilah tempat saya bekerja, tetapi saya datang malam ni untuk menghadiri majlis pertunjukan fesyen busana muslimah yang dianjurkan butik mama saya, Puan Sri Kirana.” Jawabnya. 

“Oh, begitu..” Baru aku teringat yang Iman pernah memberitahu tentang butik Puan Sri Kirana. Khabarnya, ramai juga artis-artis yang menempah baju di situ, terutamanya menjelang hari raya. 

“Carl..what are you doing here?” Suara seseorang yang selalu sangat kudengari berkumandang di telinga. Bau minyak wangi yang sama kuhidu ketika di pondok pengawal tempoh hari menerpa masuk ke dalam rongga hidung. Alamak, takkan Mr. F kot?!

“Along!” Haikal mendongak ke arah orang yang memanggil namanya itu. Ah, kan betul tekaanku. Apa yang harus aku lakukan? Pilihan A, buat tak tahu je. B, buat-buat pengsan atau C, lari!

“Ingatkan Carl kat Queen Ballroom tadi. Tak naik atas ke?” Tanya Mr. F kepada adiknya.

“Kejap lagi kot. Along kenapa tak naik atas? Elisa mana?” Balas Haikal. Aku hanya mendiamkan diri seperti patung dan menundukkan wajah. 

“Along tinggalkan kat atas. Rimas betul! By the way, may I know who is this?” Pertanyaan dari Mr. F itu membuatkan aku sesak nafas. Oksigen! Oksigen! Aku benar-benar perlukan lebih oksigen sekarang!

“Tak kan along tak kenal? Along ni..” Haikal ketawa kecil dan memandang ke arahku yang semakin gementar. Alamak, nampaknya memang aku tidak bernasib baik malam ini.

“Tak kot..” Jawab Mr. F yang melabuhkan punggung di sebelah Haikal. Aku hanya tunduk kerana tidak mahu Mr. F perasan siapa diriku ini. 

“Along ni, pembantu rumah sendiri pun tak kenal!” Kata-kata yang terbit dari mulut Haikal benar-benar membuatkan jantungku seperti hendak melompat keluar dari badan.

“What?!” Mr. F menjerit kecil sebaik sahaja mendengar ayat yang keluar dari mulut Haikal. 

Debaran di dada semakin bertambah terutama sekali apabila Mr. F sedang mengamati wajahku yang pastinya kelihatan pucat lesi sekarang. Aku tahu tiada gunanya untuk terus merahsiakan identitiku lagi. Pandangan kuhalakan tepat ke wajah Mr. F.

“Wait..rasanya kita pernah berjumpa sebelum ni, kan? Am I right?” Tanya Mr. F yang kelihatan cuba untuk mengingat semula di mana kami pernah bertemu sebelum ini. Aku hanya mendiamkan diri, seakan-akan mulutku telah dikunci.

“Mestilah pernah jumpa. Along ni, cepat sangatlah lupa. Ni pembantu rumah along. Tak kan tak kenal kot?” Haikal bersuara lagi tetapi tidak dihiraukan oleh Mr. F. Matanya tajam menikam wajahku. 

“You?! Minah keropok lekor?!” Jeritnya sedikit terkejut. 

Wajahnya yang kacak itu sudah pun berubah dan sedikit merah, barangkali sedang menahan marah. Ah, pastinya dia sudah ingat kembali insiden di mana aku menumpahkan sos keropok lekor ke atas bajunya di pasar malam bayan baru kira-kira dua bulan yang lepas. Mati aku! Aku hanya menundukkan wajah memandang ke arah lantai. Terasa sudah tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan Mr. F. Tanpa membuang masa, aku terus bangun dan mempercepatkan langkah menuju ke pintu utama. Adakalanya aku berlari kecil dengan kasut tumit tinggi di kaki. Aku nekad untuk keluar dari sini. 

“Noorul!” Haikal memanggil namaku. Aku yang tidak menghiraukan jeritan Haikal terus melangkah keluar dari ruang lobi. Semua ini tidak akan terjadi sekiranya aku tidak mengikut Asyraf ke sini.

Aku meluru masuk ke dalam sebuah teksi yang sudah pun tersedia di hadapan bangunan hotel. Ah, beratnya terasa kepalaku apabila memikirkan tentang kemungkinan aku akan dipecat. Aku hanya mahu pulang ke rumah sahaja sekarang untuk berjumpa dengan Doktor Iman, doktor yang akan mengubat hatiku yang lara. 


Bila Identiti kini terbongkar Mr. F seperti mencari kesalahan Noorul. Seorang Pak cik sanggup mendengar luahan hatinya.
“Assalamualaikum.” Aku yang terkejut cepat-cepat menoleh ke arah kananku. Seorang lelaki yang segak berbaju batik merah bersama kunci kereta di tangan sedang tersenyum ke arahku.
“Astaghfirullhalazim..” Aku mengurut dada. Hish! Pakcik ni benar-benar membuatkanku terkejut. Ingatkan si harimau tu yang datang tadi. 

“Waalaikumussalam.” Kataku setelah rasa terkejut hilang dalam diri.

“Kenapa mata merah-merah ni?” Tanya pakcik yang mengambil tempat di hadapanku.

“Masuk habuk, pakcik.” Bohongku.

“Masuk habuk ke menangis?” Tanya lelaki dalam lingkungan umur 50-an itu.

“Pakcik tinggal kat sini ye?’ Aku cuba mengubah topik. Kurang selesa dengan kehadiran lelaki yang tidak kukenali ini. 

“Tak. Tengah tunggu tuan besar turun. Lambat betul. Kalau kita sampai lambat mulalah nak bising.” Bebel pakcik yang berkulit putih ini. Mungkin sedang menunggu majikannya kot. 

“Macam tu lah nasib pekerja bawahan macam kita ni pakcik. Selalu kita je yang salah. Cakap pula tak fikir langsung tentang perasaan kita. Sedih betul..” Aku dengan tidak sengaja meluahkan perasaan kepada pakcik di hadapanku ini.

“Cik bekerja di sini?” Tanya pakcik itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu rumah kepada seorang insan paling cerewet dan pelik kat atas muka bumi ni. Sebab tu lah banyak betul cabarannya. Muka je kacak tetapi menyakitkan hati betul.” Kataku dengan geram. Pakcik di hadapanku tersenyum mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulutku.

“Okay lah, pakcik. Saya naik dulu. Nanti diketahui si cerewet tu saya ke sini, mengamuk pula dia. Terima kasih kerana sudi mendengar..reda sikit perasaan geram ni.” Aku meminta diri. Nak layan perasaan pun, pakcik ini pula ada di sini. Lagipun kalau Mr. F tahu aku keluar, pasti aku akan dimarahinya nanti.

“Sabar banyak-banyak dan berdoa kepada Allah supaya lelaki tu berubah, kurang sedikit cerewetnya. Itulah yang paling afdhal.” Sempat lagi pakcik tersebut memberikan pandangan dan nasihat. Betul juga kata lelaki yang beraut wajah tenang ini. 

“Terima kasih pakcik. Noorul naik dulu ye. Assalamualaikum” Kataku.

“Waalaikumussalam.” Aku terus naik ke atas dan tergamam sebaik sahaja pintu dibuka. Mr. F berada di hadapan mata dan sedang bercekak pinggang. Macam guru besar yang hendak marahkan pelajarnya pula. 

“Saya tengok cat kat dinding luar tadi. Mana tahu kalau dah luntur, bolehlah beritahu encik nanti.” Ujarku sambil tersengih ke arahnya.



Bila Haikal rapat dengan Noorul , Hariss mula menunjukkan rasa cemburunya.

“Sejak bila awak berpasangan dengan Haikal?”
“Oh..sejak pukul 8 malam tadi. Haikal yang minta saya temankan dia datang ke sini.” Ujarku.
“Berpasangan untuk malam ni saja?” Tanya majikanku ini lagi. Hai, sejak bila pula dia suka benar mengambil tahu tentangku? Takut agaknya kalau aku ni jadi adik iparnya. Maklumlah, aku kan cuma seorang pembantu rumah.
“Ye, encik.” Jawabku pendek.
“Bukan apa, saya tak suka pembantu rumah yang terjejas kualiti kerjanya disebabkan aktiviti peribadi.” Tegas kata-kata yang keluar dari mulutnya itu. Aku memandang ke arahnya. Hish, saja nak cari fasal denganku lah ni.
“Maksud encik?” Tanyaku.
“Ye lah, yang suka merayau sehingga lewat malam, lepas tu esok lambat datang kerja.” Aduh, dia ingat aku ni kutu rayau agaknya. Melampau betul insan yang diberi nama Mohd Harris di hadapanku ini. Baru saja aku nak layan jiwang tadi, dia naikkan pula api kemarahanku. Geram betul.
“Saya jarang keluar sehingga ke lewat malam. Ni pun, sebab Haikal yang minta tolong sangat saya temankannya ke sini..” Ujarku kepadanya. Aku melihat jam di pergelangan tangan. Baru pukul 9 malam. Apakah agaknya definisi lewat malam bagi si cerewet ni?
“Ala Along ni, sekarang kan baru pukul 9 malam. Lagipun lepas makan Carl akan terus hantarkan Noorul balik, promise.” Suara Haikal membuatkan aku dan Mr. F mendongak ke arahnya. Haikal tersenyum bersama dua pinggan yang penuh dengan makanan di tangan. Tidak selesa pula berada dengan adik dan abang ini membuatkanku terus bangun.
“Haikal, awak dah ambilkan makanan kan. Saya ambilkan minuman untuk kita okay? Encik, saya minta diri dulu.” Ujarku.
“Untuk Haikal je? Ambilkan saya jus oren. Remember, you are working with me, not Haikal!” Selamba sahaja ayat yang meluncur keluar dari mulutnya itu. Sejak bila pula aku dibayar untuk bekerja lebih masa sebagai pembantu rumahnya? Hish, hish, hish…kalau tidak mengenangkan kami berada di majlis orang, ingin sahaja aku berkata “tak nak!”. Tapi, beranikah aku? Aku hanya mengangguk mendengar arahannya itu.
“Thanks Noorul.” Jawab Haikal yang duduk di tempatku. Tengok tu, yang si abang, tidak ucap terima kasih pun. Geram betul.
“But Along, kan waktu kerja dah habis?” Haikal seperti tahu apa yang kurasakan saat ini bersuara.
“I don’t care.” Jawabnya dengan selamba sambil membelek telefon bimbit. Ke mana agaknya si Elisa sehinggakan majikanku ini asyik menempek di sini? Geram melihat lagaknya itu, aku terus berlalu. Langkah kuatur kemas menuju ke kawasan yang menempatkan makanan dan minuman. Memang luas sekali persekitaran rumah ini. Pasti harganya pun mahal, maklumlah letaknya pula di kawasan elit. Setelah mengambil dua gelas jus oren untuk Mr. F dan Haikal, aku kembali ke meja. Nantilah, sekejap lagi aku akan kembali untuk mengambil air untukku. Aku kemudiannya melangkah dan apabila mendekati meja, kelibat si cerewet itu sudah tidak kelihatan di sini. Alhamdulillah, nampaknya majikanku sudah tidak ada lagi di sini. Lesap bersama Elisa agaknya. Tidak perlulah aku mengambil segelas jus oren lagi.. Mataku tertumpu kepada makanan di dalam pinggan Haikal yang masih tidak terusik.
“Haikal, kenapa awak tak makan?” Tanyaku kepadanya yang sedang mencapai sudu.
“Saya tunggu awak.” Jawabnya sambil tersenyum manis.
“Oh, terima kasih ye..jom makan.” Ujarku sedikit terharu.





Haikal meluahkan perasaannya tapi ditolak cara baik oleh Noorul kerana hatinya menyayangi seseorang.

“Er..Haikal, saya ada perkara nak beritahu awak..” Aku memberanikan diri untuk berterus-terang. Roti di tangan kuletakkan di dalam piring.
“Awak dah ada jawapannya?” Soal Haikal dengan penuh minat. Tekaan lelaki ini memang tepat.
“Ye..Haikal, saya harap sangat awak boleh terima jawapan yang bakal saya berikan ni.” Ujarku.
“Saya sebenarnya tidak boleh terima awak..” Lega rasanya apabila ayat tersebut berjaya kututurkan di hadapan Haikal.
“But why?” Soal Haikal yang nampaknya sedikit terkejut dengan jawapanku itu.Dia kulihat memandang ke atas seketika. Sebelah tangannya pula meraup wajah dan sebelah lagi diletakkan di dalam poket seluar.
“Saya akui awak adalah seorang lelaki yang sangat baik, Haikal. Saya selesa apabila berada di sisi awak tetapi, perasaan tak boleh dipaksa. Saya sayangkan awak sebagai sahabat tetapi saya tak cintakan awak.”Ujarku dengan perlahan.
“Noorul, perasaan cinta tu boleh dipupuk. Saya janji saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya.” Balas Haikal dengan bersungguh-sungguh. Aku pula sudah menjadi sedikit terharu dengan kata-katanya itu tetapi masih tidak cukup untuk mewujudkan rasa cinta di hatiku terhadapnya.
“No Haikal. Saya tak nak berikan awak harapan palsu dan buang masa awak. Saya doakan awak bertemu dengan perempuan yang lebih baik daripada saya.” Kataku kepadanya. Haikal memandangku sambil menggelengkan kepala.
“Noorul, I love you so much..just so much..” Dapat kurasakan kekecewaan dalam nada suaranya ketika ini.
“Haikal, kita tetap boleh jadi kawan kan?”
“Hm..awak tolak saya sebab lelaki yang ada dalam hati awak tu kan? Ingat tak awak
pernah cakap dengan saya dulu yang awak single but not available sebab ada seseorang di dalam hati awak?” Soalannya membuatkanku menjadi kelu kerana lelaki di dalam hatiku adalah abangnya sendiri, Mr. F.
“Er..saya..”
“It’s okay, Noorul. Saya boleh terima kenyataan yang awak tolak cinta saya tapi awak juga harus terima kenyataan yang saya akan tetap tunggu awak sampai bila-bila.” Ujarnya. Aku pula mulalah terasa hendak menggaru kepala yang tak gatal.
“S..saya rasa awak tak patut buat macam tu.” Ujarku dengan ikhlas.
“Kenapa pula? Selagi awak belum berkahwin, tak salah kan kalau saya terus mencuba?” Sambungnya lagi. Alamak, kalau aku tak kahwin, maksudnya sampai bila-bila lah dia akan mencuba?
“Tapi, saya rasa..”
“Saya akan berikan awak peluang untuk mengenali saya dengan lebih rapat lagi. Mungkin, awak akan nampak nanti yang saya betul-betul ikhlas cintakan awak.” Ujarnya dengan penuh semangat.
Peluang? Ingin sahaja aku katakan padanya yang aku tidak memerlukan peluang itu tetapi aku tidak mahu menjadi terlalu kejam. Hanya senyuman tawar sahaja yang mampu terbit di bibir.
“Dah la, jom saya tolong awak bawa dulang ni ke meja makan. Along mesti dah nak turun tu.” Ujar Haikal apabila melihat tiada perkataaan yang keluar dari bibirku. Dia terus mencapai dulang dan membawa ke meja makan.




Tiba - tiba Papa dan mama Hariss datang membawa berita yang mengejutkan. 
“Sekarang papa nak tanya, hubungan kamu berdua ni hanya seorang majikan dan pekerja sahajakah?” Soal Tan Sri Hamdan kepada Mr. F dengan perlahan tetapi tegas.
“Ala abang! Nak tanya apa lagi! Dah terang lagikan bersuluh! Tunjukkan sahaja gambar tu kepada mereka!” Bentak Puan Sri Kirana yang menjeling tajam ke arahku. Sekarang baru aku tahu, dari mana Mr. F mewarisi suaranya yang seperti guruh ketika marahkan aku itu.
“S..s..saya..” Ujarku tergagap-gagap tetapi dipotong oleh wanita yang bergaun labuh warna merah itu.
“Saya apa? Oh, berani ya kau bersuara??!” Tempik Puan Sri. Ah, tak boleh jadi, aku harus juga terangkan keadaan sebenar.
“S..saya hanya pembantu rumah Encik Harris sahaja, Puan Sri.” Ujarku dengan gementar.
“Bila aku tengok muka kau ni betul-betul, baru aku perasan, kau ada semasa majlis di rumah Maizara tempohari?” Aku menelan liur mendengar soalan itu. Mr. F pula terus memandang ke arahku.
“Tengok abang! Betullah dia ni perempuan simpanan Harris. Ke mana Harris pergi, dia juga ada bersama!” Terketar-ketar lututku mendengar ayat yang keluar dari mulut wanita ini. Mata mulalah berair tetapi masih kutahan supaya tidak berlinangan di hadapan mereka tiga beranak. Mulut yang hendak menafikan segala-galanya pula terus kelu.
“Mama! Noorul bukan macam tu!” Tempik Mr. F pula. Wajahnya diraup lagi.
“Oh, tengok tu, belum apa-apa, dah pandai pertahankan perempuan ni..” Sindir Puan Sri Kirana lagi sambil menjegilkan matanya. Mr. F pula memicit-micit dahi.
“Nanti dulu Kirana. Sekarang, kita dengar dulu penjelasan daripada pihak mereka. Tidak adil kalau kita terus percaya bulat-bulat sebelah pihak sahaja.” Ujar Tan Sri Hamdan dengan nada tegas.
“Harris, duduk!” Arahnya lagi. Mr. F mengambil tempat di sebelahku dan hanya memandang ke bawah.
“Sekarang dah kecoh satu Pulau Pinang yang anak Tan Sri Hamdan dan Puan Sri Kirana simpan perempuan kat penthouse ni. Dalam internet pun ada berita tentang kamu berdua. Mana kami nak letak muka. Apa penjelasan kamu?” Soal Puan Sri Kirana kepada Mr. F. Aku yang terkejut terus memandang ke arah wanita itu. Biar betul! Astaghfirullahazim.
“Ala, mama! Mungkin musuh papa dalam bidang perniagaan yang buat cerita. Kita saman sahaja, habis cerita. Memang bukan benda betul pun!” Jawab Mr. F dengan tegas.
“Masalahnya, mereka ada bukti. Tengok ni! Saman tak akan menutup mulut orang.” Mataku dan Mr. F sama-sama melekat pada gambar yang bersaiz 5R di atas meja. Di dalam gambar itu, tanganku terletak kemas di dada Mr. F. Bila pula aku berani pegang-pegang majikanku ini? Astaghfirullahalazim. Baru aku teringat, gambar ini dirakam ketika aku hendak menepis air yang tertumpah pada baju Mr. F. Wajah kuraupkan berulang kali. Siapa agaknya yang mengambil gambar ini?!
“T..tapi Tan Sri, saya memang hanya seorang pembantu rumah sahaja. Tidak lebih daripada itu. Walaupun saya ni miskin, tetapi saya bukan perempuan murah yang menjual diri untuk mendapatkan duit.” Ujarku dengan bersungguh-sungguh sambil merenung ke dalam anak mata Tan Sri Hamdan.
“Mama, Noorul cuba mengesat air yang tertumpah di baju along je. Apa yang ada dalam gambar ni, bukan seperti yang mama fikirkan.” Ujar Mr. F pula kepada bondanya.
“Yang pastinya, kamu pernah berdua-duaan dalam penthouse ini. Walaupun Noorul hanyalah seorang pembantu rumah dan kamu tidak pernah melakukan apa-apa tetapi, kamu menimbulkan syak. Kamu berdua juga ada salahnya dalam hal ini.” Ujar Puan Sri Kirana.
“Kalau macam tu, kami akan pastikan kami tidak berdua-duaan lagi di dalam penthouse ni pada masa akan datang!” Ujar Mr. F dengan bersungguh-sungguh. Aku pula terus menganggukkan kepala. Aku sanggup berdiri di luar ketika majikanku pulang untuk makan tengahari nanti.
“Sudah terlambat!” Bentak wanita itu lagi.
“Perkara ini telah tersebar luas. Rakan perniagaan papa asyik bertanyakan hal ini sahaja semasa meeting semalam.” Celah Tan Sri Hamdan pula.
“Jadi, mama dah beritahu dengan semua orang yang kamu berdua sudah bernikah. Akad nikah dah buat dan majlis perkahwinan akan diadakan nanti.” Lancar sahaja ayat itu keluar daripada mulut Puan Sri Kirana.
“APA?! Mama, do you know what you are saying? No way, I am going to resign from my job and go back to London tomorrow.” Jerit Mr. F. Aku pula yang sudah membuat keputusan pantas bersuara.
“Saya pula rela letak jawatan sekarang, Puan Sri.” Ujarku. Sudah tidak kufikirkan lagi soal wang ketika ini.
“Kamu berdua jangan nak lari pula daripada masalah yang berpunca dari kamu ni! Jangan nak malukan muka kami. Sekarang semua orang tahu kamu adalah suami isteri. So, they are waiting for the invitation card untuk majlis resepsi dan persandingan nanti.” Bentak Puan Sri Kirana. Majlis resepsi? Aku bersanding dengan Mr F demi untuk menjaga reputasi keluarga mereka? Itu mungkin terjadi dalam cerita fantasi tetapi di dalam kehidupan realiti, mana mungkin! Tidak, aku tidak akan berkahwin dengan seseorang yang tidak langsung mencintaiku.
Duniaku kini tiba-tiba terasa gelap gelita. Mana mungkin aku berkahwin dengan Mr. F? Betul, aku cintakannya tetapi aku sangat pasti lelaki itu tidak ada perasaan untukku. Bagaimana dengan Elisa dan Nurina yang akan datang menuntut cinta mereka nanti? Pasti aku yang akan jadi mangsa di dalam kisah mereka.
“Tidak, Puan Sri, Tan Sri. Saya minta maaf tetapi saya tidak mahu memperjudikan nasib saya untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak langsung mencintai saya!” Ujarku dengan tegas dan terus berlari naik ke atas untuk mengambil beg sandang belakangku. Aku nekad untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung.
“Noorul, nanti dulu. Kita binc..” Kata-kata yang keluar dari mulut Tan Sri Hamdan yang berdiri di tepi tangga kupotong dengan pantas.
“Maafkan saya, Tan Sri tetapi saya benar-benar tidak boleh! Anak Tan Sri juga tidak boleh terima saya. Kami sama-sama tidak setuju dengan rancangan ini. Assalamualaikum.” Ujarku dan terus berlari keluar.
 



Pelakon Hero & Heroin  
( 15/6/2015 setiap hari Isnin - Khamis 10.00 - 10.30 malam )


Episod 1
Noorul yang baru diberhentikan kerja dan masih mencari kerja . Lebih 10 kali interview tetapi belum dapat kerja. Noorul masih mendapat ehsan dari kawannya Iman membantunya untuk membayar sewa rumah. Jalan terakhir Noorul mencuba nasib untuk menjadi orang gaji. Noorul pergi ke agensi pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan. Nasib Noorul baik kerana mendapat kerja sebagai pembantu rumah di sebuah penthouse. Pegawai agensi juga memaklumkan pada Noorul , Noorul kena masak untuk tuan rumah mengikut citarasanya. Memasak ini adalah masalah pada Noorul. Noorul memulakan kerja diPenthouse dimaksudkan. Sementara menunggu Lift , Noorul terlanggar dengan seorang lelaki ini semua kerana Noorul mengejar masa. Sampai saja di rumah tuan baru Noorul terlalu teruja dengan rumah majikannya. Noorul perlu patuh dengan beberapa peraturan yang telah ditetapkan. Pelbagai sticker ditampal untuk Noorul memulakan kerja. Noorul mengelar majikannya sebagai MR. F ( Fussy ) kerana majikannya terlalu cerewet dalam segala hal. Noorul terkejut bila ternampak gambar lelaki dipenthouse adalah lelaki yang terlanggar pagi tadi di depan lift. Noorul tidak menyangka akan bertemu dengan MR. F dipasar malam. Sekali lagi Noorul terlanggar Mr. F. dan Noorul cepat - cepat minta maaf. Mr. F menyuruh Noorul untuk masak nasi beriani kerana dia ada tetamu nak datang. Noorul menggunakan Khidmat Iman untuk masak. Selepas siap Noorul mengambil peluang untuk menunggu Mr. F balik kerumah dan  melihat siapa tetamu Mr. F.

Episod 2
Ibu Noorul menghubungi Noorul kerana ingin mengucapkan selamat ulang tahun. Iman dan Mr. Lee membuat kejutan pada Noorul membawa kek dan Pizza meraikan hari jadi Noorul. Sayu hati Noorul dengan kejutan itu. Tiba-tiba panthouse itu di datangi seorang lelaki. Lelaki itu memperkenalkan sebagai Haiqal , adik Harris. Harris memberi amaran agar tidak membawa masuk orang luar kerumah itu. Oleh kerana takut Noorul terpaksa memberi no. telefon pada Haiqal sebagai upah tutup mulut,  jangan memberitahu yang Iman ada di penthouse. Haiqal menghubungi Noorul dan mengajak Noorul keluar. Noorul terpaksa mengajak Iman untuk keluar barsama. Dikesempatan itu Noorul mengambil peluang untuk mengenali Mr. F . Noorul dimarahi oleh Mr. F kerana memberi no. telefon tanpa kebenaran pada Nurina. Mr. F memberi amaran jika berulang lagi Noorul akan diberhentikan kerja. Nota-nota yang ditinggalkan oleh Mr. F membuatkan Noorul suka. Ditambah lagi Mr. F memujinya masakan Noorul sedap dan menyuruh Noorul masaknya lagi. 

Episod 3
Noorul gambira bila di suruh masak nasi goreng ayang lagi. sibuk mengemas Noorul membuka rak yang tak pernah dibuka. Alangkah terkejutnya ada stiker terlekat di rak . Balik dari kerja Noorul terkejut bila melihat Ashraf datang kerumahnya. Ashraf mengajak Noorul pergi makan malam dan menjemput Noorul pukul 8 malam kerana ada perkara yang perlu dibincangkan. Sampai disebuah hotel seperti Ashraf janjikan , Ashraf ingin meminta tolong agar Noorul memberi alasan untuk membatalkan niat orang tuanya meyatukan mereka. Ashraf memberi alasan dia sudah mempunyai kekasih yang setaraf dengannya cantik , seksi dan berkerjaya . Ashraf suruh Noorul yang memberi alasan yang Noorul sudah ada kekasih bukan Ashraf. Ashraf tidak mahu ibunya sedih dengan tindakan memilih pasangan sendiri bukan calon dari Ibunya. Noorul tidak mahu berkerjasama membuatkan Ashraf panas hati. Ashraf tidak sangka Noorul boleh menyerangnya kembali selepas Ashraf memberitahu Noorul sengaja mengambil kesempatan ingin menumpang kesenangannya. Noorul tinggalkan Ashraf dan keluar dari hotel itu. Dalam Noorul bergegas keluar Noorul terlanggar Haiqal. Haiqal pelik mengapa Noorul berada disitu.  Haiqal mengajak Noorul pergi minum atau makan-makan. Noorul menolaknya dengan cara baik. Tiba-tiba terserempak dengan Harris. Haiqal memperkenalkan Noorul adalah pembantu rumahnya . Alangkah terkejut bila ternampak Noorul "perempuan keropok lekor". Noorul terus melarikan diri kerana takut. Di kawasan tempat letak kereta Harris melanggar Nurina. Noorul menarik Nurina yang hampir kena langgar. Harris memberi amaran selepas dia selesaikan masalah Nurina dia akan selesai masalah dengan Noorul. Haiqal menghubungi Noorul jika ada Alongnya marah pada Noorul. Semasa Noorul sibuk membuat kerja rumah Harris balik untuk mengambil barang tertinggal. Noorul yang terkejut dan mencari tudungnya tangan Harris terkepit pintu. Ini membuatkan Harris marah kerana kecuaian. Harris mengambil keputusan untuk memberhentikan Noorul kerja. Sampai di syarikat agency perkerjaan , Harris dimaklumkan tiada pengganti pekerja tempatan. Haiqal yang berkejar ke syarikat agency perkerjaan selepas mendapat pangilan dari Iman tentang Noorul dipecat. 

Episod 4

Dengan bantual Haiqal , Harris menerima Noorul berkerja kembali. Noorul berterima kasih dengan Haiqal kerana membantunya. keesokan harinya Harris tidak berkerja. Noorul mula takut kerana setiap pergerakanya diperhatikan. Sibuk Noorul dengan memasak Harris minta Noorul masak rendang ayam. Noorul tak tahu masak rendang ayam tetapi dia tidak mahu mengaku. Dalam keadaan sedih Noorul keluar dari penthouse untuk mencari ketenangan. Noorul didatangi seorang lelaki tua yang menegurnya. Pakcik itu perasan Noorul menangis dan menasihatkan Noorul agar bersabar. Pulang dari taman Noorul menyambung tugasnya seperti biasa. Elisa datang kerumahdan Harris mengajaknya makan sekali. Noorul rasa geram bila Harris dan Elisa mempersendakan kerja sebagai pembantu rumah. Noorul terfikir adakah kerja sebagai pembantu rumah ini hina. Iman mengajak Noorul pergi ke kelas masakan ini memudahkan Noorul jika Mr. F menyuruhnya masak. Haiqal selalu mencari peluang untuk bersama dengan Noorul. Walaupun Noorul selalu mengelak. Suatu hari Harris menyuruh Noorul masak lebih kerana adiknya mahu makan dirumahnya tetapi barang dirumah sudah habis. Noorul berjalan kaki untuk membeli barang keperluan. Tiba - tiba terserempak dengan Haiqal lalu Haiqal dengan rela hati menemami Noorul pergi membeli barang keperluan bersama. Harris ternampak Noorul dan Haiqal bersama di pasaraya. Harris menasihati Noorul jangan membazir duit untuk membeli makanan diluar. Harris juga tidak percaya yang Noorul masak semua lauk dirumah walaupun Noorul memberitahunya semmua makanan adalah dimasak sendiri. Noorul menerangkan bahawa dia kini sudah pandai masak kerana dia telah menghadiri kelas memasak. 
Episod 5


Episod 6



Episod 7


Episod 8


Episod 9
Mr. Lee memerhatikan Noorul tidak ceria seperti selalu. Mr. Lee cuba mencungkil masalah Noorul. Noorul mengatakan ada satu masalah kawannya. Ada lelaki A suka padanya tetapi dia suka lelaki B. Bila mendengar cerita Noorul Mr.Lee menyuruh memilih lelaki B. Tetapi Lelaki A dan B adalah adik beradik. Tiba-tiba Mr. Lee pening kepala memikirkan masalah Noorul. Sampai Di penthouse Mr. F Haikal , Noorul terkejut bila Haiqal sudah berada dipenthouse Mr. F. Noorul terpaksa berterus terang yang dia tidak mencintai Haiqal. Haiqal menyuruh Noorul berfikir dan jalan memberi jawapan bila sudah bersedia. Noorul memberitahu dia sudah ada "someone special" .Harris balik ke rumah untuk menukar baju kerana bajunya terkena air kopi yang Noorul beri. Tanpa sedar mereka diperhatikan. Haiqal termenung jauh hingga ditegur oleh mamanya. Haiqal dan Iman mengajak Noorul bermain badminton. Oleh kerana Mr. F balik awal , Haiqal mengajak Mr. F sekali. Semasa main badminton Noorul dan Mr. F menjadi pasangan tetapi main tak seberapa bergaduh berebut bola. kesudahannya berhenti main kerana Noorul mahu balik. Haiqal mengajak Noorul keluar makan tetapi Noorul tak mahu. Harris bertanya apa hubungan Haiqal , Haial berterus terang yang dia memang suka pada Noorul tetapi cintanya telah ditolak. Puan Sri Kirana mendapat panggilan talifon. mengatakan Harris mempunyai hubungan sulit dan menyimpan perempuan di penthouse. Iman mengadu bagaimana Noorul boleh tahan dengan bossnya yang cerewet. Noorul menghubungi Noorul, Noorul terkejut bila mengatakan dia berpindah sebelah penthouse Harris. Harris melihat diluar kenapa keadaan bising. Harris terkejut bila Haiqal memberitahu dia berpindah disebelah. Harris seperti tidak senang bila Haiqal tinggal disebalah paenthousenya. Kehadiran Puan sri dan Tan sri Hamdan mengejutkan Harris an Noorul.

Episod 10
Kehadiran Tan Sri Hamdan dan Puan Sri Kirana menjadi tanda tanya. Puan Sri Kirana tiba-tiba marah bila nampak Noorul berada dirumah itu. Mr. F dan Noorul difinah mempunyai hubungan sulit. Cerita mereka tersebar di internet. Demi menutup malu Puan Kirana mereka cerita yang Harris dan Noorul telah bernikah. Harris tidak boleh terima dengan rekaan cerita mamanya. Noorul keliru lalu keluar dari penthouse dan berjumpa Mr. lee. Noorul minta kebenaran untk melihat CCTV siapakah yang membuat fitnah. Noorul ternampak seorang perempuan mengekorinya hingga ke rumah Mr. F . Puan Sri Kirana terus berjumpa dengan emak Noorul dikampung. Puan Sri Kirana mendesak Noorul berkahwin dengan Harris kerana Puan Kirana telah menghebahkan harris telah bernikah dan hanya tinggal majlis respsi. Iman dan Haiqal datang berbincang dengan Noorul agar menerima Mr. F. Anggaplah ini adalah jodah dan takdir. Noorul memohon maaf pada mak kerana telah memalukan keluarga tentang perkara ini. Noorul bersetuju untuk berkahwin dengan Mr. F. Majlis pernikahan Noorul dan Harris diadakan secara kecil kecilan sahaja. Mr. F mengajak Noorul ke penthouse. Mr. F menyuruh Noorul memilih mana-mana bilik di penthouse tetapi bukan sebilik dengannya. Noorul memilih bilik yang selalu yang dia tidur dan solat sebelum ini.Harris dan Noorul berbincang tentang perhubungan mereka. Oleh kerana perkahwinan mereka tanpa cinta Harris harap mereka boleh menjalani perhubungan seperti sebelum ini. Iman sentiasa mendengar keluhan Noorul. Iman juga menasihatkan agar Noorul bersabar. Kehadiran Maya mengejutkan Noorul. Maya mengajak Noorul ke satu tempat.

Episod 11
Noorul dibawa ke butik mewah . Sampai di butik Puan sri Kirana dan Harris sedia menunggu. Noorul disuruh mencuba beberapa helai baju untuk majlis perasmian Hotel baru . Harris juga turut mengayakan baju yang disediakan oleh Puan Sri Kirana. Semasa di butik Puan Sri Kirana memberi amaran pada Noorul , Noorul bukan menantu pilihan dan Puan Sri Kirana akan memastikan Harris akan menceraikan Noorul dalam masa terdekat. Harris terpegun melihat busana yang dipakai oleh Noorul. Sampai di Hotel Haiqal memuji kecantikan Noorul tiba - tiba Harris memegang tangan Noorul dengan erat. Alasan Harris memegang tangan Noorul kerana ramai yang memerhatikan mereka. Noorul gembira kerana Haiqal dapat menerima dirinya sebagai kakak iparnya. Puan Sri Kirana berpakat dengan elisa agar mengoda Harris. Puan Sri Kirana tak mahu Noorul terus menjadi menantunya. Waktu cuti Harris memberitahu Noorul dia akan keluar sampai malam . Noorul tak perlu masak . Noorul juga memberitahu Harris dia akan keluar dengan kawan-kawannya. Haiqal yang berpakat dengan Iman untuk keluar bersama. Semasa keluar berjalan-jalan Noorul terserempak dengan Harris dan Elisa. Haiqal menasihatkan Noorul jangan biarkan rumahtangga Noorul dihancurkan oleh Elisa. Elisa perempuan yang terlalu suka pada Harris. Jika Noorul tidak menyelamatkan rumahtangga nya bila - bila masa Elisa akan merampasnya dari Noorul. Sampai dirumah Harris tidak membenarkan Noorul keluar lagi dengn Haiqal tetapi Noorul juga memberitahu yang Harris juga keluar dengan Elisa. Harris mengistiharkan Noorul tidak boleh keluar dengan mana-mana lelaki dan Harris juga tidak akan keluar dengan mana-mana perempuan. Dalam diam Noorul mengukur senyuman , Noorul nampak Harris mula cemburu.

Episod 12
Penthouse Noorul dan Harris dikunjungi oleh Puan Sri Kirana dan Zaura. Semasa Zaura dan Harris tiada , sempat Puan Sri memberi peringatan pada Noorul. Sebelum pergi butik pengantin  Puan sri Kirana memberi sebuah beg kertas pada Noorul agar memakai baju yang diberi. Didalam beg ada nota yang tertulis jangan memalukannya dengan memakai pakaian murah. Sampai di butik Noorul diperkenalkan dengan pemilik butik . Puan Sri Kirana memaksa Noorul dan Harris mencuba baju pengantin dalam satu bilik yang sama. Ini mendatangkan masalah pada Noorul. Selama mereka bernikah Noorul tidak pernah membuka auratnya di depan Harris. Setelah selesai Mereka pulang dan Puan Sri Kirana berjumpa Elisa . Puan Sri bertanya bila Elisa akan bertindak untuk mengoda Harris. Puan Sri sudah tidak sabar untuk Harris menceraikan Noorul dan berkahwin dengan Elisa. Elisa berjanji dia tetap akan menjadi menantu Puan Sri Kirana. Noorul mencuba baju yang Zaura beli tempoh hari. Dress hitam tanpa lengan. Noorul tak tahu bila dia akan memakainya. Dalam mencuba dress itu , Noorul keluar ke balkoni untuk mengambil angin. Noorul tidak sedar Harris juga ada di balkoni melihat Noorul. Bila sedar Noorul termalu sendiri. Harris membawa Noorul ke rumah Tan Sri Hamdan. Tan Sri Hamdan mendesak agar Haaris menerajui syarikatnya setelah berkerja. Dulu Harris pernah berjanji jika dia berkahwin Harris akan berkerja di Syarikat papanya. tetapi kini Harris lebih mahu menumpukan kerja di Syarikat papa Elisa.  Tan Sri hamdan menegur Noorul agar menjaga rumahtangganya. Dia tahu Noorul sudah mula jatuh hati dengan Harris. Jangan biarkan orang luar mengganggu rumahtangganya. Harris memberitahu Noorul jangan keluar ke balkoni dengan dress yang dipakai malam itu kerana semua penghuni sekeliling mampu melihat Noorul dan dengan perlahan Harris memuji Noorul cantik tetapi Noorul sengaja bertanya adalah pengdengarannya silap bila Harris memujinya.

Episod 13
Harris pulang awal dari kerja . Tanpa berkata Harris terus naik ke biliknya. Noorul hairan mengapa Harris tidak menjamah nasi yang dihidangkan. Noorul masuk ke bilik Harris mendapati Badan Harris panas. Noorul memasakkan bubur dan memberi ubat pada Harris. Sepanjang Harris demam Noorul menjaganya dengan seikhlas hati . Harris juga suka dimanjakan , Harris minta Noorul menyuapnya. Oleh kerana Noorul menjaga Harris hingga sembuh , Harris mengajak Noorul menonton cerita hantu dibiliknya. Noorul sebenarnya takut tetapi Noorul memberanikan diri untuk menonton bersama Harris. Harris seronok mempermainkan Noorul yang ketakutan menonton cerita hantu. Kerana ketakutan itu Noorul meminta kebenaran untuk tidur di bilik Harris. Harris mengajak Noorul membuat pasport. Noorul merasa musykil kerana tiba-tiba Harris mengajaknya membuat pasport. bila ditanya Harris hanya memberitahu sebagai persediaan jika ada apa-apa urgent. Sampai dirumah Noorul gembira bila mak dan adiknya ada dirumah mertua. Kehadiran mereka bagi memeriahkan majlis resepsi Noorul dan Harris. Elisa cuba memulakan agendanya dirumah Puan Sri Kirana tetapi tidak diendahkan oleh Harris. Tan Sri Hamdan berasa lega akhirnya Harris menerima tawaran untuk berkerja di Hotel Impiana.

Episod 14
Harris ingin menuntut hutang Noorul menjadi tak tentu arah. Harris meletakkan nota dia tidak menuntut hutang itu malam itu dan dia akan tidur diluar . Noorul berasa lega. Majlis resepsi berjalan dengan lancar cuma Noorul agak gemntar kerana dia menjadi perhatian ramai. Puan Sri Kirana mencari peluang untuk mengingatkan Noorul tentang penceraian . Ini membuatkan Noorul rasa takut-takut . Harris dan Noorul terpaksa berkongi bilik kerana tak mahu keluarganya mencurigai hubungan mereka. Harris bertanyakan hubungan Haiqal dan Noorul. Noorul hanya memberitahu yang Haiqal sudah boleh menerima dia kini menjadi kakak iparnya. Harris merasa lega selepas mendengarnya. Zaura dan Iman sudah buat bising bila Elisa datang diawal pagi. Puan Sri memberi alasan untuk Harris menghantar Elisa tetapi Harris memberi alasan mahu keluar bersama Noorul. Bila dipetik nama Haiqal dan Zaura ada saja alasan untuk menjauhkan diri dari Elisa. Puan Sri terpaksa menghantar Elisa kerana kereta Elisa rosak. Ini semua rancangan Puan Sri Kirana untuk merapatkan Harris dan Elisa. Noorul dan Harris keluar tiada haluan tiba-tiba Noorul mendapat pangilan dari adiknya mengatakan emaknya jatuh. Noorul meminta kebenaran untuk balik kekampung. Bila sampai dikampung Noorul menyuruh Harris balik kerana dia akan tinggal dikampung 2-3 hari. Noorul takut suaminya tidak selesa dengan keadaan kampung. Harris tidak peduli lalu teus masuk kerumah. Kunjungan Noorul dan Harris menggembirakan emak yang terseliuh. Tetapi keadaannya tidak teruk. Mak tahu semua ini adalah helah Nurin ( adiknya ) meyuruh Noorul balik kekampung. Oleh kerana tidak membawa baju persalinan Noorul cuba mencari baju lama yang ditinggalkan di kampung. Noorul cuba mengambil beg yang berada di atas almari tetapi dia hilang keseimbangan badan. Noorul jatuh tetapi ada tangan yang menyambutnya. sedar-sedar dia berada dalam pelukan Harris.

Episod 15
Noorul cuba melepaskan pelukan dari Harris tetapi tidak berjaya. Noorul terpaksa pura -  pura tidur tetapi dapat ditangkap oleh Harris . Harris semakin berani mengusik Noorul . Harris terkejut bila Haiqal , Iman dan Zaura turut berada di kampung . Harris bertanya pada Noorul adakah Noorul mengajak memerak datang kekampung. Harris juga bertanya perasaan Haiqal pada Noorul .  Noorul hanya memberitahu Haiqal hanya menganggapnya sebagai kakak iparnya sahaja. Harris ingin tahu siapa lelaki yang bertahta dalam hati Noorul tetapi dibiarkan sepi tanpa jawapan. Ketika Noorul menikmati angin malam , Haiqal berterima kasih kerana Noorul kini sudah menjadi sebahagian keluarganya. Haiqal gembira dan menerima Noorul menjadi sebahagian dari keluarganya. Harris mencari Noorul dan memanggilnya dengan alasan menyuruh Noorul memicit badannya yang letih. Noorul sibuk mencari no. tel tukang urut tetapi dihalang oleh Harris. Harris masih tidak berputus asa dan ingin tahu siap lelaki yang Noorul cinta. Dalam soalan - soalan Harris , Noorul berterus terang dengan Harris , Harris lelaki yang dicinta dan terpaksa menolak cinta Haiqal. Harris tergamam dan jangkaannya tepat yang Noorul memang cintakan dirinya. Harris tahu yang Noorul suka pada dirinya tetapi mencari kepastian dari mulut Noorul sendiri. Balik dari kampung Noorul pula menyoalkan adakah Harris akan menceraikan dirinya. Harris menafikan sekerasnya. Harris berharap Noorul tidak akan mempercayai kata-kata orang luar dan janagn sesekali tinggalkan dirinya. Noorul mendapat kejutan dari Harris , Harris mnegajak Noorul pergi honeymoon. Bertapa gembiranya Noorul bila Harris menyanyikan lagu untuk meluahkan isi hatinya pada isteri tercinta. Harris dan Noorul memaklumkan pada Tan seri dan Puan Seri mereka akan pergi Honeymoon . Tetapi dibantah oleh puan Seri. Noorul juga mendengar perbualan talifon Puan sri yang dia akan menghancurkan rumahtangga Harris.

Episod 16
Noorul membuat persiapannya untuk berhoneymoon . Puan Sri berjumpa Elisa , Puan Sri Kirana tidak berpuas hati dengan kerja yang Elisa lakukan memikat Harris. Harris dan Noorul menikmati percutian mereka . Harris membuat kejutan pada Noorul . Satu kejutan yang tidak disangka oleh Noorul. Harris juga buat pengakuan berani bila Noorul mengetahui Harris suka mengambil gambar curi semasa Noorul berkerja dengannya dulu. Puan Sri Kirana mengajak Zaura pergi ke Ke Kuala Lumpur tetapi ditolak oleh Zaura bila Puan Sri menyebut semua ini dirancang oleh Elisa. Puan Sri kecewa bila Zaura menolak ajakannya semata-mata kerana Elisa. Selepas perkahwinan Noorul dan Harris , Iman dan Noorul semakin rapat. Mereka sering keluar barsama .


16 comments:

  1. Ni la novel pertama yg sy beli. mmg best novel nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel ini pun salah satu novel yang akak suka .

      Delete
  2. dah banyak kali ulang novel ni kak :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ana akak tak jual novel ... ana pergi ke kakinovel.com boleh beli novel secara online dan ada diskaun lagi ... akak pun tak ingat berapa akak beli dulu ....

      Delete
  4. Dah lama novel ni ada, baru nak di drama kan..ayda & zul ariffin..terbaik lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Jasmin
      Ini novel pertama Suri Ryana. Mula2 dulu akak baca e-novel kat Penulisan2u je .. akak pun suka baca novel ni...

      Delete
  5. Sweet sgt tgk zul n ayda...suka tgk cerita nie, tahniah pada penulis MAID dan pelakon2 nya. X boring best best best.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erlina trima kasih singgah ...
      Memang best .. gandingan yang serasi Zul dan ayda ...

      Delete
  6. Tapi syg dalam drama M.A.I.D nk raya kalau xsilap..noorul meninggal semasa melahirkan anak kedua..mmm :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya untuk drama saja ... tidak pada novel ...

      Delete
  7. Noorul meninggal akhirnya...sewaktu bersalin anal kedua...betul ker...dalam drama maid nk raya..kalau xsilap

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul ... tapi dalam drama raya tidak pada novelnya ..

      Delete