Thursday, 22 May 2014

NOVEL JAUH DARI CINTA


Semakin jauh aku berlari , semakin cinta itu menjauh pergi .
Lantas tidak lagi ku mengejar , kerana kau hanya bahagia apabila ku berhenti ...

Adaptasi merupakan satu trend masa kini.. Novel terbitan karya seni sekali lagi terpilih dalam drama adaptasi. Novel yang mempunyai 636 muka surat ini menggamit pelbagai rasa. Saya membeli novel ini di PBAKL baru-baru ini. Terpanggil membeli kerana novel ini bakal di adaptasi drama. Ini kerana Drama dan diriku adalah satu .... heehheheh aku memang hantu drama. Jom selusuri kisah Nysa Sakinah dan Darish Aqil. Jalan cerita yang baik diterapkan isu-isu pengorbanan dan kasih sayang. 



Cinta Nysa Sakinah pernah ditolak oleh Farish Aqil semasa mereka di universiti. Pada Farish, walaupun saat itu dia merasakan tenang dan bahagia disamping Nysa tetapi dia cuba menidakkan kebenaran itu. Semuanya kerana Sara Lilyana lebih dahulu berada di dalam hatinya. Setelah mereka meninggalkan dunia pengajian, mereka dipertemukan kembali atas ikatan yang ditentukan oleh orang tua mereka.



Pada mulanya berat hati Nysa untuk menerima Farish. Sekali cintanya ditolak, dia tidak mahu lagi berdepan dengan rasa sakit itu. Namun kerana sikap Farish yang tidak berputus asa dan rasa cinta yang masih ada, Nysa akhirnya terikat sebagai tunangan Farish. Kesibukkan Farish dan keputusan menundakan tarikh perkahwinan mereka pada mulanya Nysa terima kerana merasakan Farish masih memerlukan masa untuk menjadi ketua keluarga. Bila keadaan menjadi semakin rumit dengan campur tangan dari ayahnya, Nysa membuat keputusan nekad meminta Farish memutuskan pertunangan mereka. Tidak sanggup lagi rasanya bila Nysa merasakan hanya dirinya sahaja yang berusaha untuk ikatan itu sedangkan Farish sering mengelak. Tiada apa yang mampu diubah bila Farish sendiri menyerahkan kad perkahwinan yang jelas tertera namanya dan Farish.



Masih tidak mahu mengalah, menjelang perkahwinan mereka, Nysa merayu pada Farish supaya tidak hadir pada majlis itu nanti. Apa yang dilakukan hanyalah untuk kebahagiaan Farish bila Nysa sedar yang cinta dan sayang Farish masih lagi pada Lily. Walaupun rayuannya tidak dilayan oleh Farish, tetapi dia masih mahu meneruskan misinya untuk mencari kembali Lily. Untuk mengembalikan Lily dalam hidup suaminya. Kebahagiaan Farish lagi bermakna dari rasa hatinya sendiri. Apalah guna ikatan perkahwinan itu jika Farish menganggapnya hanya sebagai adik dan bukan seorang isteri. 



Berpura-pura gembira bila berhadapan dengan Farish bukanlah senang. Tetapi itu yang perlu dilakukan untuk Farish selesa berada di sampingnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan di mana Lily dan usaha itu berhasil bila Lily sendiri muncul untuk kembali semula pada Farish. Tahu yang rancangannya telah selesai, Nysa pergi membawa diri bersama cinta pada Farish yang tidak pernah padam dalam hatinya. Tetapi Lily sedar walaupun dia mampu memiliki Farish , Lily tak mampu memiliki cinta Farish lagi. Kerana Cinta Nysa tidak sekuat cintanya. Nysa sanggup korbankan cintanya demi kebahagian insan tersayang. 





Pada peminat E-novel boleh baca di blogs penulis Adah Hamidah Jauh dari cinta



Sinopsis dari kulit novel

NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.



"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"



"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."



"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"



Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.



FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.



"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."



"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."



Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!



Petikan-petikan menarik dalam novel 

Luruh hati seorang anak , permintaan dari dari seorang ayah 
“Tak tidur lagi ?”
“Belum mengantuk bu.” Aku menutup rapat pintu bilik setelah ibu melangkah masuk.
“Nysa jangan banyak fikir. Kalau Nysa tak setuju, bagi tahu aje pada ayah. Ibu takkan paksa Nysa. Ingat! Nysa yang kena tentukan hidup Nysa sendiri.”
“Tak apalah bu, betul juga apa yang ayah buat tu. Ayah dah banyak kali runsing sebab Nysa. Nysa tak nak susahkan ayah lagi. Kali ni biarlah Nysa dengar cakap ayah pula.” Aku lemparkan senyuman kosong ke arah ibu. Apa yang aku perkatakan pada ibu itu tidak sedikit pun lahir dari hatiku yang ikhlas. Semuanya aku reka bagi menyedapkan hati orang tuaku. Aku juga berharap agar ibu menyampaikannya pada ayah, mudah-mudahan ayah akan berlembut hati dan merubah fikirannya untuk menerima lamaran itu apabila mendengarnya nanti.
“Terpulanglah pada Nysa. Ibu cuma nak yang terbaik dalam hidup Nysa, kalau itu dah keputusan Nysa, ibu takkan bantah,” Ibu sempat memegang tanganku sebelum melangkah keluar dari kamar.
Aku melihat jam di atas meja sisi katil, sudah pukul 10.33 minit malam. Biasanya waktu-waktu begini, mataku sudah mula mengantuk tetapi tidak hari ini. Malam ini dan malam-malam seterusya pasti tidurku tidak selena selalu. Aku pasti.
selesai sahaja menunaikan solat subuh pagi itu aku segera turun ke dapur membantu ibu menyediakan sarapan pagi. Kulihat ayah sudah pun berada di ruang tamu membaca akhbar Kosmo. Sedikit pun ayah tidak menoleh ke arahku sewaktu aku turun melalui tangga. Mungkin ibu sudah menceritakan perihalku semalam dan seterusnya membuatkan ayah marah padaku. Namun aku tidak kisah semua itu asalkan aku terselamat dari perkahwinan yang tidak aku harapkan. Aku sudah biasa melaluinya, ini bukan kali pertama aku menolak lamaran yang datang padaku, sudah kali ketiga. Aku tersenyum sendiri, nampaknya masalahku sudah selesai.
Hidangan nasi goreng kampung pada pagi itu benar-benar membuka seleraku. Hampir tiga minggu tidak merasa masakan ibu gara-gara sibuk dengan urusan kerjaku di universiti. Peperiksaan akhir semester yang bakal diduduki oleh pelajar-pelajarku membuatkan aku tiada masa untuk pulang ke rumah orang tua ku. Pelbagai urusan harus aku lakukan. Menyediakan kertas soalan sudah menjadi tanggungjawabku, itu belum lagi termasuk kerja-kerja menandaassignment yang menimbun-nimbun memenuhi kotak di mejaku. Tanggungjawab sebagai seorang pensyarah bukan satu tugasan yang mudah, namun itu sudah menjadi minatku sejak kecil lagi. Oleh yang demikian kewajipan sebagai pendidik itu harus aku penuhi dengan penuh dedikasi.
“Bila Nysa boleh cuti?” Ayah menuang air kopi panas itu ke dalam cawannya.
“Cuti?” Aku tersenyum lagi. Ayahku bersuara juga akhirnya.
“Ye lah… Cuti! Kamu tu kalau dah kerja mana ingat nak cuti lagi.”
“Lepas budak-budak habis Examlah ayah. Kenapa? Nak pergi bercuti ke?” Aku teruja bertanya pada ayah.
“Isyh… kamu ni Nysa, bercuti apa bendanya pula. Ayah nak tetapkan tarikh pertunangan kamulah. Ibu kamu cakap semalam, kamu dah setuju.”
Aku terkesima seketika. Tidak tertelan rasanya nasi yang baru sahaja mahu melepasi tekakku. Aku memandang ibu yang mula sibuk mengemaskan pinggan-pinggan yang sudah digunakan dan segera meninggalkan meja makan. Aku tahu, pasti ibu sengaja mahu aku berbicara berdua sahaja dengan ayah.
“Ha! Kenapa diam pula ni? Jangan cakap dengan ayah yang kamu dah ubah fikiran.” Tajam ayah memandang ke arahku. Aku menarik nafas panjang, mencari kekuatan. Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan saat itu. Menolak lamaran itu? Ternyata aku cari nahas.
“Terpulanglah pada ayah, Nysa ikut aje.” Aku merenung nasi goreng yang masih berbaki di dalam pingganku. Tertutup seleraku untuk meneruskan suapan.
“Kalau macam tu, ayah nak Nysa jumpa dulu dengan anak kawan ayah tu.” Ayah meneruskan rancangannya. Aku pula hanya mampu mengikuti agenda yang pastinya telah diatur untukku. Tiada lagi alasan untuk melepaskan diri.
“Bila?”
“Minggu depan, boleh?”
“Ikut suka ayahlah.” Aku bangun lantas membawa pingganku ke dapur. Ayah tersenyum, terpamer kegembiraan di wajahnya. Tapi tahukah dia hatiku kini sedang menangis?


Kenapa Dia kembali setelah cintanya ditolak
Katanya dia telah memiliki cinta dan cintanya tidak akan pernah berubah pada perempuan lain dengan sekelip mata. Betapa beruntungnya wanita yang menjadi pilihan Aqil, beruntung kerana memiliki lelaki yang penuh dengan ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita. Namun begitu aku sekali-kali tidak pernah berdendam pada Aqil walaupun kasihku tidak berbalas. Padaku semua itu telah menjadi takdirku dan aku sudah belajar untuk melupakan semua itu.
“Kalau abang jadi tunang Nysa, Nysa rasa ok tak?” Kata-kata Aqil membuatkan aku tidak senang duduk.
“Abang Aqil merepek apa ni?” aku enggan menjawab pertanyaan yang tidak masuk akal itu.
“Abang serius ni, abang akan jadi tunang Nysa.”
Aku bertambah keliru dengan kata-katanya, mungkinkah dia lelaki yang diperkatakan oleh ayah. “Abang Aqil…” ayat yang ingin aku katakan tidak dapat aku habiskan, semuanya kini mula bercelaru. Tidak tahu apa yang harus aku perbuat diketika ini.
“Ayah abang dah berbincang dengan ayah Nysa, rasanya tak ada masalahkan. Jadi Nysa rasa bila tarikh yang sesuai untuk majlis pertunangan kita.” Aqil kelihatan beria-ia benar.
Aku masih keliru, betulkah apa yang diperkatakannya. Aku segera bangun meninggalkan Aqil, semua ini masih memeningkan. Mungkin ini satu gurauan, atau kebenaran. Terdengar suara Aqil memanggilku dari belakang, langkah aku percepatkan agar Aqil tidak dapat mengejarku. Aku harus mendapatkan kebenaran dari ayah, semua persoalan harus terjawab hari ini juga.
Setiba di luar pintu rumah aku dapat lihat ayah dan ibu sedang bersembang dengan sepasang suami isteri yang kukira kawan kedua orang tuaku. Sebaik sahaja selesai memberi salam, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Kedua tangan ibubapa aku salam hormat diikuti tetamu wanita yang berada di ruang tamu itu.
“Nysa, kenalkan ini mak dan ayah Aqil. Nysa dah jumpa dengan Aqil kan?”
Belum sempat aku bertanya ayah telah menjawab kesemua persoalan yang bermain di mindaku sebentar tadi. Nampaknya apa yang diperkatakan Aqil adalah kenyataan. Tapi entah kenapa aku tidak rasa gembira dengan apa yang sedang aku lalui kini. Sepatutnya akulah insan yang paling gembira dengan berita itu memandangkan Aqil merupakan satu-satunya lelaki yang berjaya membuka hatiku. Perasaanku kini begitu aneh, rasa gembira jauh sekali, apa yang ada hanya rasa tidak tenteram di atas kenyataan itu. Aku sendiri tidak tahu kenapa, yang pastinya aku telah berniat untuk menolak perkahwinan ini.
Selesai sahaja menunaikan solat isyak, aku kembali pulang ke rumah sewaku. Niatku untuk menolak perkahwinan itu masih belum aku nyatakan pada kedua orang tuaku. Aku memerlukan waktu yang sesuai untuk itu. Hatiku sudah tidak tenang lagi, tidur malamku juga kian terganggu. Berkali-kali Aqil menghubungiku, namun sekalipun tidak aku hiraukan pangilannya itu. Aku benar-benar tidak faham dengan Aqil, apa yang menyebabkan dirinya berkeputusan untuk menjadikan aku suri hidupnya sedangkan satu ketika dulu cintaku padanya hanya dipandang sepi. Itu yang menghantuiku dan menjadikan aku tidak rela dengan ikatan yang ingin dibina olehnya.

SEJAMBAK bunga mawar merah kulihat berada di atas mejaku sebaik sahaja aku pulang dari makan tengahari. Entah ya atau tidak aku pemiliknya, aku sendiri tidak tahu.
“ Wah! Siap dapat bunga lagi, dari kekasih hati ke?” Kartina, pemilik meja bersebelahan denganku tersenyum penuh makna.
Aku pula hanya mampu membalas senyumannya. Aku memegang jambangan bunga itu, sekeping kad yang diselitkan pada celahan kuntuman bunga aku tarik keluar.
‘Nysa diciptakan untuk abang dan abang ditakdirkan untuk Nysa… Harap Nysa boleh pertimbangkannya.’ ~ Abang Aqil~



Permintaan Nysa dibantah oleh Ayah....
Ibu, kalau Nysa nak putuskan pertunangan Nysa dengan Aqil, ibu setuju tak? Nysa dah tak sanggup nak tunggu. Nysa dah penat.” Terus-terang aku bersuara. Biarlah, alang-alang perihal aku dan Aqil dibincangkan jadi lebih baik aku menyuarakan keputusanku. Sememangnya itu menjadi tujuan utama aku pulang ke rumah orang tuaku hari ini. Wajah ibu berkerut seribu aku perhatikan, mungkin terkejut dengan apa yang baru aku luahkan.

“Ayah tak setuju! Kalau Nysa putuskan hubungan dengan Aqil, samalah macam Nysa putuskan hubungan dengan ayah!”

Aku tersentak mendengar suara itu. Ayah yang berdiri di muka pintu memandangku tajam umpama singa kelaparan. Entah bila ayah tiba di muka pintu? Yang pastinya kini dia telah mendengar apa yang baru aku suarakan pada ibu sebentar tadi.

“Ayah tak faham keadaan Nysa!” Bentakku.

“Nysa yang tak faham Aqil! Dia ada alasan dia sendiri kenapa dia tangguhkan majlis perkahwinan dengan Nysa. Takkan itupun Nysa tak boleh tunggu!” Kini ayah bergerak menghampiriku dan aku tahu ayah benar-benar marah.

“Alasan apa ayah? Alasan yang tak masuk akal!” Aku cuba memprotes.

Sememangnya itu kenyataanya. Aqil menangguhkan majlis perkahwinan kami semata-mata menunggu kepulangan Lily supaya Lily merasa sakit hati bila melihat persandingan kami. Itulah kata-kata yang aku baca kiriman balas Aqil pada Lily gara-gara keenggan Lily pulang ke tanah air seperti yang dijanjikan. Melihat catatan Aqil pada email itu, ternyata Aqil benar-benar marah apabila Lily enggan pulang. Aqil juga mengugut akan menikahi wanita lain sekiranya Lily tetap tidak pulang seperti mana yang dijanjikan. Dan Aqil juga ada menyatakan bahawa dia akan menunggu saat dimana Lily pulang barulah dia akan melangsungkan perkahwinannya, itupun di hadapan Lily. Adakah itu alasan yang patut aku terima sehingga ayah rasakan wajar bagiku untuk terus-menerus menunggu Aqil? Menunggu perkahwinan yang entah bila akan berlangsung?

“Perkahwinan bukan perkara main-main Nysa. Kena betul-betul bersedia baru kita boleh hadapi. Bagilah masa pada Aqil untuk dia betul-betul bersedia. Ayah yakin masanya dah hampir.” Nada suara ayah kian rendah. Mungkin tidak mahu menimbulkan ketegangan antara kami. Aku tidak mahu berkata apa-apa lagi, kerana aku tahu apa pun yang aku cuba terangkan pasti ayah akan memenangkan Aqil juga akhirnya.

Aku terus mengorak langkah menuju ke bilik sekaligus berhenti berbahas tentang perkahwinanku, tentang Aqil dan tentang semuanya. Kepalaku masih sakit dan kini bertambah sakit. Bila agaknya aku mampu menghentikan semua perkara sia-sia ini? Hatiku benar-benar terluka dan kecewa dengan apa yag berlaku. Tapi aku tetap bertahan demi janjiku yang satu itu.



Nysa kecewa bila Aqil tetap ingin meneruskan apa yang dirancang  .

“Nysa kata ada hal penting nak cakap dengan abang. Apa dia?” Soalan pertama Aqil dengan senyuman yang masih lagi bergayut dibibirnya.

Mataku berat memandangnya, seberat mulutku meluahkan segalanya. Melihat senyumannya menjadikan aku lemah dan rasa seperti tidak ingin melepaskan cintaku padanya. Rasa ingin terus terperangkap dengan cintanya, rasa ingin terus mencintainya biarpun aku tahu balasannya tiada.

“Nysa okey tak ni?”

Aku tersentak. Hatiku mula beristigfar, tidak mahu terpesong niat. Aku kembali pada tujuan yang telah menyeret aku untuk menemuinya. “Boleh abang Aqil tolong Nysa satu perkara?” Kini aku memberanikan diri memandang lirikan matanya. Hilang senyumannya mendengar kataku.

“Nysa nak abang tolong apa?” Balas Aqil serius.

“Nysa nak abang jumpa ibu dan ayah Nysa, putuskan pertunangan kita.” Bila sahaja kata itu aku lafaskan, hatiku menjerit menahan kesakitan. Luka yang dulunya sembuh dengan kehadiran semula cinta Aqil dalam hidupku umpama kembali berdarah dan semakin parah pada tika ini.

“Apa yang Nysa merepek ni?” Tenang sahaja suara Aqil tika ini.

Melihat reaksinya yang tenang dengan permintaanku, aku mula yakin semuanya akan berakhir seperti mana yang aku harapkan.

“Nysa dah buat macam-macam tapi ayah tetap tak izinkan Nysa putuskan pertunangan dengan abang Aqil. Malah ayah ugut Nysa untuk putuskan hubungan kami anak beranak kalau Nysa bertindak batalkan pertunangan kita. Sebab itu Nysa hanya boleh harapkan bantuan daripada abang Aqil.” Aku menjelaskan semuanya, tidak satu pun perkara yang aku sembunyikan.

“Kenapa Nysa nak buat semua ni? Nysa buat ni semua sebab marahkan abangkan? Marah sebab abang selalu tangguhkan perkahwinan kita?” Riak wajah Aqil tetap tenang, tidak seperti hatiku yang kini bergolak hebat mengalahkan ombak tsunami.

“Tak! Bukan sebab tu. Kalau abang Aqil tak bersedia untuk perkahwinan kita, itu bukan salah abang Aqil. Mungkin kita memang tak ada jodoh. Nysa boleh terima hakikat tu.” Balasku menafikan semua bicara Aqil. Sememangnya bukan itu punca utama aku tekad membatalkan semua yang sudah dirancang. Malah aku sanggup menunggunya untuk sepanjang hayatku. Namun itu hanya akan aku lakukan bila di hatinya ada ruang untuk diriku. Sebaliknya hanya Lily tersemat di ruangan itu, bukan aku! Jadi untuk apa aku terus menantinya, terus berada di sisinya.

“Jadi, apa masalahnya?”

“Nysa cuma nak yang terbaik untuk abang Aqil.” Hanya itu jawapan yang boleh aku berikan padanya.

“Maaf! Abang tak boleh lakukan.” Kata Aqil tegas.

“Tapi kenapa?” Giliran aku pula yang bertanya. Namun Aqil enggan menjawabnya. Aqil sebaliknya mencampakkan sebuah sampul surat berwarna kuning dihadapanku, kemudian dia berlalu pergi meninggalkan aku sendirian.

Aku membiarkan Aqil berlalu pergi, tidak mahu aku mengejarnya. Mataku kini tertumpu pada sampul surat yang Aqil campakkan tadi. Perlahan sampul itu aku pegang dan dadaku mula bergetar. Sampul itu aku buka perlahan, aku terlonggo melihat isinya. Sebuah kad undangan perkahwinan! Terukir namaku dan nama Aqil di atasnya. Apa yang lebih memeranjatkanku, undangan itu adalah untuk majlis yang akan berlangsung kurang dari sebulan.

“Ya’ Allah.” Saat itu aku terasa ingin rebah. Dugaan apa pula ini? Dapatkah aku mengharunginya?



Harapannya satu membahagiakan suaminya. Kembalikan cinta suami bersama kekasihnya.

Kisah itu membawa aku hanyut untuk terus meletakkan diriku sebagai orang yang bertanggungjawab membawa Aqil pulang ke gerbang bahagia, sekaligus melenyapkan jalan derita yang selama ini ditanggung hebat dalam jiwanya. Apapun yang terjadi, Aqil akan tetap aku kembalikan pada Lily, kerana tiada insan lain yang layak bertakhta di sanubari Aqil melainkan Lily yang amat-amat dicintainya. Tentang perkahwinanku, sudah aku letakkannya pada tangga pasrah, semoga ia perlahan-lahan menuju terus ke pintu redha.
“Mak betul-betul terkejut bila Aqil kata pada mak, dia nak bawa Nysa pindah ke Decasa Bayu. Kalau Nysa nak tahu, penthouse tu sebenarnya Aqil nak hadiahkan pada Lily, sempena perkahwinan mereka. Berbulan-bulan lamanya Aqil ambil masa, deko sendiri setiap ruang dalam rumah tu semata-mata untuk Lily. Tapi tak sangka pula mak, dia orang berpisah. Sejak Aqil berpisah dengan Lily, Aqil dah tak pedulikan langsung rumah tu lagi. Bila mak tanya kenapa dia tak jual aje penthouse tu? Dia jawab, dia dah kehilangan Lily, jadi dia tak nak hilang pula kenangan yang dia cipta untuk Lily. Itu aje kenangan yang dia ada dengan Lily.”
Keterangan panjang lebar yang emak berikan menghentak kuat dadaku. Sungguh dalam kasih dan sayang Aqil buat Lily. Ini bermakna aku akan menumpang hidup di dalam kenangan Lily.
“Tapi Nysa tak payah risau. Itu semua kisah lama Aqil. Mak yakin Lily tak akan balik lagi ke Malaysia. Apa yang penting sekarang ni, Nysa isteri Aqil yang sah. Jangan susah hati lagi.” emak cuba menenangkanku, mungkin dia terlihat garis duka pada wajahku.
“Mak tahu kat mana Lily sekarang? Kan bagus kalau kita dapat cari Lily.” Aku nyatakan niat sebenar hatiku.
“Nysa!” emak terkejut.
“Nysa cuma nak abang Aqil bahagia.” balasku mengharap pengertian emak sepenuhnya.






Episod 1
Nysa berat hati menolak permintaan orang tuanya. Namun dalam terpaksa Nysa menerima juga permintaan orang tuanya. Dalam kerunsingan Nysa menerima panggilan talifon dari abang angkatnya dari universiti. Lagi mengejutkan Nysa pertemuan yang diaturkan oleh keluarganya bersama bakal tunangnya adalah Farish Aqil. Selepas pertemuan itu Aqil terus memburu dan memujuk Nysa agar meneruskan pertunangannya. 
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 1

Episod 2
Setelah dipujuk oleh Aqil, Nysa bersetuju untuk meneruskan bertunangannya. Setelah setahun berlalu, Aqil semakin sibuk dengan mementingkan kerjanya hingga Nysa terasa disisihkan. Hadif kawan sekerja Nysa sentiasa menemani Nysa. Aqil terserempak Nysa di sebuah majlis kahwin . Nysa terkejut bila Aqil ditemani oleh seorang perempuan cantik Syafiza. Nysa menerima housemate baru selepas hosemate dulu telah berpindah ke Perlis.
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 2

Episod 3
Semasa melawat ayah Aqil di hospital , Nysa ternampak Aqil dan Syafiza rapat. Tanpa membuang masa Nysa beredar dan mencari alasan ada temujanji. Nysa sedih kerana Aqil tidak memperdulikannya. Hadif yang selalu menemani Nysa memberitahu yang dia akan bertunang. Orang tua Aqil rasa malu kerana Aqil sering kali melengahkan dan menangguhkan majlis pernikahan disebabkan sibuk berkerja. Semasa Nysa kerumah keluarga Aqil untuk majlis doa selamat, Nysa terjumpa sesuatu dibilik Aqil kini Nysa tahu punca sikap Aqil tidak memperdulikannya kerana Aqil tidak dapat melupakan cinta hatinya.
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 3

Episod 4
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 4


Episod 5
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 5


Episod 6
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 6


Episod 7
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 7

Episod 8
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 8

Episod 9
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 9

Episod 10
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 10

Episod 11
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 11

Episod 12
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 12

Episod 13
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 13

Episod 14
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 14

Episod 15
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 15

Episod 16
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 16

Episod 17
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 17

Episod 18
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 18


Episod 19
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 19

Episod 20
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 20

Episod 21
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 21

Episod 22
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 22

Episod 23
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 23

Episod 24
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 24

Episod 25
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 25

Episod 26
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 26

Episod 27
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 27

Episod 28
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 28



2 comments:

  1. Best sangat2 jalan ceta ni...
    Mmng terbaikla...
    So sweet!!! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Julia ... terima kasih singgah ..
      cerita ni pun akak suka ... antara cerita santai terpilih untuk drama adaptasi ..

      Delete