Monday 2 December 2013

NOVEL SUAMI TAK KUHADAP


Namun takdir tetap membawa kamu dekat dalam hati ....


Novel ini terbitan kedua Karyaseni selepas Novel Terlerai kasih. Saya memang mengikuti perkembangan penulis ini. Rehan Makhtar bukan lagi nama asing dalam bidang penulisan. Novel ini ada sedikit kelainan , dendam , kebencian , kasih sayang dan konflik keluarga  adalah kunci utama dalam novel ni. Untuk pengetahuan pembaca blog ini , novel ini juga akan diadaptasi drama untuk tahun 2014. Kita nantikan sama-sama perkembangan cerita adaptasi itu nanti. semua membongkar Kisah Nur Syaima dan Syed Ahmad Budriz  mempunyai 743 muka surat. 

Kita bongkar sedikit cerita tentang novel ini. Nur Syaima seusia 17 tahun hidup sendiri tanpa kasih sayang keluarga. Berikutan ibunya meninggal dunia. Dendam dan kebencian yang menyelubungi diri kerana tindakan ayahnya meninggalkan dirinya dan ibu yang sedang sakit demi isteri yang baru dinikahi. Sejak itu tiada lagi kasih sayang dalam dirinya ia menjadi kering pada ayah , mak cik Jalina dan abang tirinya Syed Ahmad Budriz. 

Syed Ahmad Budriz seorang setia pada cinta , pertama kali melihat Nur Syaima hati nya terpaut pada wajah manja Syaima. Walau dia tahu mencintai adik tirinya bukan satu langkah yang bijak kerana hati Syaima menjadi mati sejak bonda Budriz mengahwini ayah Syaima. Sepuluh tahun berlalu dengan pantas. Pertemuan Budriz dan Syaima tanpa diduga membuatkan api kebencian Syaima bagai gunung berapi. Faez lelaki yang membaja erti kasih sayang pergi meninggalkan Syaima gara-gara ugutan dari Budriz . Budriz mengharapkan Syaima pulang untuk bertemu ayah yang merinduinya. 

Dunia terlalu kecil untuk Syaima lari dari Budriz. Syaima berkerja di satu bangunan yang sama dengan Budriz. Kerana hati Syima telah mati dengan kasih sayang yang tinggal hanya kebencian dan dendam . Tetapi lain pula pada Syed Budriz sayang dan cintanya semakin mendalam dia perlu lakukan sesuatu agar Syaima terus bersama dengannya dan tidak akan meninggalkan keluarganya ( ayah , makcik jalina dan dirinya ) . Tanpa pengetahuan Syaima , Hati ayah merintih kerana kesilapan lalu hingga jiwa Syaima diselubungi dendam dan benci. Ayah memujuk Syaima agar tinggal dirumah yang pernah didiami oleh Syaima dan arwah ibunya dulu. 

Terlalu keras hati Syaima untuk menerima Budris sebagai abang tirinya, Budriz nekad untuk menikahi Syaima setelah dia memerangkap Syaima dalam satu perkara yang memalukan. Budriz berjanji akan menyemai cinta dalam diri Syaima hingga tidak akan menyalahkan takdir dan ketentuan dariNya. Nenda Budriz , yang terlalu menjaga darah keturunan Al-Sagoff menolak pernikahan Budriz dan Syaima kerana nenda sudah ada calon untuk Budriz. Layan Budriz seikhlas hati membuat hari Syaima terharu. Budriz tak pernah putus asa melayani kerenah Syaima agar menerimanya sepenuh hati. Saat Syaima cuba belajar menerima Budriz , Hadir Sharifah Nurina anak kenalan nendanya yang baru pulang dari luar negara datang menyapa. Sharifah Nurina adalah calon terbaik dari nenda. 

Nenda Budriz bukan sahaja menolak perkahwinan mereka malah dia cuba memutuskan hubungan yang baru mekar antara Budriz dan Syaima. Nenda juga menggunakan pengaruhnya untuk merebut hati Budriz agar Budriz akur dengan pilihan nendanya untuk menerina Sharifah Nurina. Kehadiran Faez lelaki pengecut datang menagih cinta mengeruhkan keadaan hubungan Syaima dan nenda. Fitnah yang Faez ucapkan  diterima bulat - bulat oleh nendanya. Aunty Sarimah kakak pada bonda Budriz sentiasa memberi sokong kuat pada Budriz dan Syaima agar menerima dugaan nendanya. Keaadaan bertambah berat bila Budriz berhenti kerja kerana tidak mahu dihantar ke Abu Dhabi dan Aunty Shriamh dipecat menerajui Binajaya. 

Pada Syaima biar hatinya terluka dari ramai lagi yang akan terluka bila dia menegakkan cintanya pada Budriz. Bertemu dengan nenda dan bersetuju diceraikan oleh Budriz adalah yang terbaik dan membiarkan Budriz berkahwin dengan Sharifah Nurina. Nenda tidak menyangka Budriz terus bertahan keengganan tidak berkahwin dengan Sharifah Nurina demi cintanya. Dengan kemaafan yang dipohon oleh nendanya atas apa yang berlaku nenda terus menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kekesalan tidak mampu mengubah takdir kerana yang berlaku adalah ketentuan. Sharifah Nurina membawa diri ke Ireland dan bertemu jodoh disana. Syed Ahmad Budriz Suami yang tidak dihadap oleh Nur Syaima pada mulanya berjaya menyamai cinta yang subur walaupun pada mula hatinya kering dengan cinta. 


Sinopsis dari kulit novel

JIWANYA mati. Hatinya ranap. Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya. Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia tersisih daripada perhatian dan tanggungjawab seorang ayah. Pemergian ibu tercinta membuatkan air matanya kering dan tidak menitis lagi. Dalam hatinya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Cik Jalina dan juga Syed Ahmad Budriz apatah lagi setelah lelaki itu menghalau Faez daripada dirinya yang sepi. 

“Aku akan jadikan hidup kau lagi teruk dari neraka, Budriz! Aku akan pastikan kau kesal dilahirkan ke dunia ini. Aku akan buat bonda kau tersungkur melihat kecundangan kau di kaki aku!” - Nur Syaima

Syed Ahmad Budriz akur bila menerima kebencian daripada Nur Syaima, adik tirinya. Cinta yang terdetik di hatinya sejak pertama kali dulu ternyata tidak sirna begitu saja malah dia sudah terlalu mencintai adik tiri sendiri. Namun, kerasnya hati Nur Syaima tak mampu dibendung hinggakan dia nekad menikahi adik tirinya setelah dia memerangkap Syaima. Dan dia tahu, nendanya yang menjaga darah keturunan pasti membantah. Tapi, hati lelakinya berkata ya, lalu dia sanggup menjadi suami yang tak pernah dihadap bagi menghidupkan kembali jiwa isterinya yang mati. 

“Abang minta maaf. Tapi, yakinlah dengan abang. Takdir kita bukan kita yang tentukan. Kita hanya perlu menerima. Sayang bantu abang. Bantu abang raih kasih sayang isteri abang sendiri…” – Syed Ahmad Budriz

Ada darah yang perlu dijaga. Ada hati yang perlu bernafas dengan cinta. Ada jiwa yang perlu dihidupkan dan ada dendam yang perlu dipadamkan. Adakah selamanya Budriz menjadi suami yang tak dihadap? Mampukah sebuah kehilangan membawa satu kebahagiaan?


Sedikit petikan - petikan dalam novel 

No comments:

Post a Comment