Moga jodoh kita hingga ke syurga
Novel ini saya beli secara on-line. Ini adalah novel kedua beliau selepas Kalau Sudah Sayang. Novel setebal 559 muka surat menjadi pilihan saya minggu ini. terbitan Fajar Paker.
Penantian 14 tahun mencari orang yang di cintai terlerai bila ia berada didepan mata. Itu lah kisah Syafiza dan Syazril. Dizaman sekolah dulu Syafiza meminati lelaki yang lebih dikenali Naim. Tetapi pertemuan mereka tak lama kerana papa dan mama Naim berpindah ke Kuala Lumpur. Kini Syafiza membuka sebuah butik kerana minatnya. Suatu hari Syafiza dikejutkan bila abahnya menyuarakan bahawa adiknya Syu dirisik orang. Abah mahukan Syafiza kahwin dahulu kerana tidak mahu tradisi langkah bendul berlaku. Abah beri tempoh dua bulan sebelum majlis pertunangan Syu.
Kehadiran Datin Sharida meminang Syafiza umpama orang mengantuk disorang bantal. Bagi melihat adiknya Syu bertunang dengan orang disayang dia menerima lamaran itu. Syazril Seorang anak yang baik dan akan mengikut kata mama walau hati memberontak dengan segala kuputusan mama. Keputusan untuk menikah dengan Syafiza disambut baik kerana sebaris nama yang diberikan oleh mamanya membuatkan Syazril tersenyum lebar. Syafiza Akhira Binti Abdul Rahim nama yang di cari selama 14 tahun. Syafiza cuba menyesuaikan diri menjadi isteri bidang terjun. Syafiza dikejutkan dengan kematian abah akibat serangan jantung. Disitulah Syazril mengambil peluang untuk merapatkan lagi hubungan mereka.
Penantian 14 tahun terjawab bila Syafiza datang ke re-union sekolah. Sebenarnya insan yang dikenali sebagai Naim adalah Syazril . Syazril adalah lelaki yang dirindui dan dicintai selama ni kini. Hubungan yang baru bermula dilanda badai bila Cellicia datang mengharapkan kasih dari Syazril. Perasaan cemburu Syafiza membuatkan Syafiza mengambil keputusan untuk meninggalkan Syazril. Kerana iri hari dan cemburu Cellicia nekad untuk membunuh Syafiza dan merampas Syazril kembali.
Sinopsis dari kulit novel
Syazril dan Syafiza, pertemuan pertama mereka sungguh haru-biru. Boleh pula mereka buat kecoh di tengah-tengah orang ramai di sebuah pasar raya.
“Oi! Buta ke?”
“Err… maaf, encik. Saya tak perasan encik ada kat depan tadi.”
“Tak perasan? Mata awak letak kat mana? Kat lutut?”
“Kalau kat lutut, senanglah aku nak nampak kau!”
“Apa?Apa kau cakap?”
“Eh, saya cakap apa? Saya tak ada cakap apa-apa pun.”
- Cellicia, si bakal pengantin tanpa rela Syazril melarikan diri di saat-saat akhir.
- Syafiza pula terpaksa menerima pinangan ekspres Datin Sharida, mama Syazril. jika mahu abahnya menerima pinangan daripada kekasih adiknya selepas tempoh sebulan yang diberi kepada Syafiza dalam mencari calon suami berakhir.
Maka bermulalah hidup mereka yang tak berapa nak elok. Sekejap OK, sekejap KO. Tak sampai sebulan diijabkabul, Syafiza dikejutkan dengan pemergian ayahanda tercinta. Dunia dirasakan gelap seketika. Nasib baik dia punya Syazril sebagai penyokong kuat di belakangnya. Lalu bermulalah yang OK-OK tanpa KO-KO.
Kebahagiaan yang dikecapi rupanya bukan untuk selamanya. Benar seperti yang selalu dikatakan, orang akan iri hati dengan kebahagiaan orang lain. Hubungan yang masih lagi baru dan dalam proses mengenali hati masing-masing, diganggu insan yang punya hati yang sangat busuk! Kemunculan Cellicia dengan azam mahu memporak-perandakan hidup Syazril dan Syafiza benar-benar mengacau-bilaukan keadaan. Sayang yang baru bermula, akan patahkah sebelum tumbuh suburnya ia?
Petikan - petikan yang menarik dalam novel
Berita yang diumumkan abah memuatkan Syafiza menjadi runsing.
"Fiza jangan terkejut bila dengar apa abah nak beritahu bi dan abah nak Fiza banyak-banyakkan bersabar. Fiza dah bersedia nak dengar?" Mukadimah ababh begitu lembut sekali. Aku jadi berdebar-debar mendengarsetiap bait kata yang sebagai jawapan pada soalan abah itu. Aku liat ababh memandang emak seketika sebelum membuka mulut.
"Lewat petang tadi, ketika Fiz dirumah, Fiza ada bertanyakan abah, siapa yang datang tadi. Sebenarnya tadi abah dan emak ada menerima kunjungan sebuah keluarga. Mereka datang dengan hajat besar, mahu mengeratkan hubungan sesama umat Islam." Kata-kata abah mati disitu.
"Meneratkkan hubungan sesama umat Islam? Boleh abah terangkan dengan lebih jelas? Fiza tak berapa faham dengan ayat tu." Aku ni memang. Bab-bab kiasan ni lembap sikit.
"Begini , mereka tu datang bertanyakan Syu. Mereka dah bawa sebentuk cincin sebagai cincin tanda."
"Bertanyakan Syu? Jadi, mereka tu datang mahu merisik Syu. Begitu, bah?" Saat abah menuturkan mereka datang bertanyakan Syu, aku sudah tidak sedap hati. Dan apabila abah mengatakanyang mereka ada bawa sebentuk cincin tanda, aku merasakan bagai ada petir yang sedang memanah! beraninya Syu ada hubungan dengan lelaki. Dia sedar tak emak tu jenis yang bagaimana? Dan lagi satu, jika emak dan abah bersetuju, maka Syu sudah langkah bendul! Dalam keluarga kami tiada yang langkah! Aku lihat abah menganggukkan kepala perlahan.
"Tapi emak dan abah tak beri jawapan lagi dan kalau jadi, pihak lelaki nak adakan majlis pertunangan dahulu. Lepas Syu habis belajar nanti baru dinikahkan." Abah menyambung lagi.
"Jadi, untuk apa abah beritahu Fiza semua ni?" Aku jadi tawar hati untuk mengetahui cerita selanjutnya.
"Abah bagi tahu Fiza sebab abah tak nak Syu langkah bendul. Abah bukan mahu memaksa Fiza berkahwin, tapi kalau boleh abah nak Fiza dulu yang kahwin, lepas tu baru giliran Syu. Kelaurga kita tak ada tradisi langkah bendul dan abah tak nak memecahkan tradisi dengan ada langkah bendul dalam kelaurga kiat." Akhirnya abah berterus terang dengan niatnya. Aku pandang abah tak berkelip. Ayat abah buat aku pening kepala. Dimana aku nak cari teman lelaki yang boleh dijadikan suami sedangjan aku langsung tiada kekasih! Sebab Syu yang gatal nak khawin, aku pulak yang jadi mangsa?
"Abah, dengan siapa Fiza nak kahwin? kekasih pun Fiza tak ada," ujarku tegas sambil memandang wajah abah.
Tiba-tiba kisahnya bermula .
"Aduh!"
Tolakan troli terhenti secara mendadak. Aku jadi penik. Mata tercari-cari sipalah gerangan yang telah aku langgar itu. Yalah, mana nak nampak kalau barang troli bertimbun.
"Oi! Buta ke ?" Sergah satu suara. Amboi bahasa! Beroi segala. tak ada adab betul!
"Err.. maaf, encik. Sya tak perasan encik ada kat depan tadi."
"Tak perasan? Mata awak letak kat mana? kat lutut?" keras tutur kata lelaki itu. Elah, macamlah handsome sangat! Arwah atuk aku lagi handsomelah!
"Kalau kat lutut, senanglah aku nak nampak kau!" Rungut perlahan.
"Apa? Apa kau cakap?"
"Eh, Saya cakap apa? saya tak ada cakap apa-apa pun," bidasku pantas. Alamak! Dia dengar ke? Matilah aku kalau dia dengar.
"Eh, kenapa bergaduh depan orang ramai ni?" Tiba-tiba ada satu suara perempuan mencelah antara kami. Serentak kami mencari arah datangnya suara itu.
"Ma."
"Aunty Ida." Serentak kami bersuara.
Apa lelaki itu sebut? Ma? Oh , no! Janag pula dia mengaku yang Aunty Ida ini nak dia!
"Kenapa ni ?" Soal Aunty Ida kepada kami.
"Akak, kenapa ni?" Tiba-tiba juga Syu muncul dan menyoalku.
"Dia ni, ma. Entah dari mana munculnya pun tak tahu. Tiba-tiba aje langgar Aril! Macamlah Aril ni tembok kat tepi jalan, sesuka hati aje nak langgar." Anak maklah wei! Mengadu dengan emak dia pulak!
"Ada cedera ke, Aril? Mama nampak tak ada apa cedera pun," bidas Aunty Ida. Jelas-jelas memperli. Yes! nasib memihak kepada aku nampaknya. heheheh.
Kehadiran Datin Sharida kerumah Syafiza mengejutkan.
"Sya, apa yang aunty nak cakapkan ni mungkin akan mengejutkan Sya. Sebenarnya aunty datang ni nak merisik dan meninang Sya untuk anak aunty, Aril" ujar Aunty Ida tenang sambil tangan kanan menghulurkan sebuah kotak kecil yang biasa orang letak cincin.
"Ha?" Reaksi spontanku terkeluar. Pantas tangan kananku menekup mulut apabila terpandangkan pandangan tajam emak.
"Err... aunty silap cakap ke? Atau saya salah dengar?" sambungku selepas dapat bertenang sedikit. Aku pura - pura mengorek lubang telingaku, tanda yang mungkin telingaku tersumbat sampaikan tersilap mendengar pa yang Aunty Ida cakap. Padhal aku tahu telingaku memang tidak ada apa-apa masalah pendengaran. Aku benar-benar terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Aunty Ida. Dengan bahasa mudahnya, aku kena kahwin dengan anak lelakinya yang sombong, angkuh dan ego itu untuk menyelamatkan maruah keluarga Aunty Ida? Ya Allah! kenapa aku? Kan ramai lagi anak-anak kenalan Aunty Ida yang berpangka tinggi? Aunty cuma perlu pilih saja. Aunty Ida menggeleng.
"Tak, Sya. Sya tak silap dengar dan aunty tak silap cakap. Apa yang Sya dengar, itulah yang keluar dari mulut aunty," ujar Aunty Ida tenang. Aku terlopong. Tergamam. Terkedu. Aku tak tahu nak cakap apa. Diam lebih baik.
"Okey, macam ni. Sya fikir dulu, tapi jangan lama sangat. Klaau boleh lusa aunty nak jawapannya dan aunty harap sangat jawapannya positif ya." Besar harapan Aunty Ida. ku masih diam. Langsung tak membalas apa yang Aunty Ida cakap. AKu hanya tahu kepalaku semakin memberat. Aku dah tak boleh fikir apa-apa sekarang ini. Macam orang bingung saja aku jadi tengah hari itu. Kenapa aku? Itu soalan yang berlegar-legar dibenakku. Tanpa memandang wajah emak atau Aunty Ida , aku bangun daripada duduk di atas sofa. Lemah aku mengatur langkah ke arah tangga.
Membolehkan Syu bertunang dengan pilihan hatinya, Syafiza akur menerima lamaran Datin Sharida. Kini Syazril menjadi suami yang asing pada Syafiza.
"Acik Na, perkahwinan ini bukan kehendak saya dan bukan juga kehendak Aril. Kami bukannya pasangan bercinta yang berjanji ingin sehidup semati ketika bercinta. Kami saling tak kenal sebelum berkahwin. Kalau Acik Na nak tahu, Aril sepatutnya berkahwin dengan pilihan mamanya dua hari lepas. Tapi disaat-saat akhir, perempuan tersebut melarikan diri . Sya pulak terpaksa menerima Aril kerana saya perlu mencari seorang suami supaya adik saya dapat bertunang dengan kekasih hatinya. Itulah syarat yang abah saya tetapkan jika ingin melihat adik saya bahagia dengan pilihannya. Jadi, Acik Na jangan terkejut kalau saya tak menjalankan tugas seorag isteri selayaknya." Panjang jawapanku kepada Acik Na berseta dengan penerangan sekali.
"Tapi , Sya, masih berdosa jika terus-terusan menidakkan tanggungjawab yang satu itu. Sampai bila Sya nak abaikan semua tu?" Acik Na menyoal lagi.
"Acik Na, saya tahu saya berdosa dan saya tak nafikan tu tapi saya nak ruang untuk diri saya dahulusebelum kami ni terlalu mendadak dan saya masih tak dapat terima ini semua. Dalam masa tak sampai seminggu semuanya berubah. Daripada seorang diri, saya terpaksa menerima seorang lelaki asing dalam hidup saya. Mesti Acik Na terkejut saya dan Aril tinggal bilik asing-asing walaupun kami dah sah jadi suami isteri. Saya tak ada pilihan. Acik Na, sebab dari semalam lagi Aril sendiri yang melakan ketika dia suruh saya pilih bilik sendiri. Jadi, saya tak boleh nak buat apa, Acik Na. Semua keputusan terletak di tangan dia." Acik Na terdiam dan aku juga ikut diam. Aku dan Acik Na baru saja kenal tapi kami boleh rapat seperti anak dengan emak.
Tiba-tiba pemergian abah tercinta merubah segalanya. Tetapi Sokongan dari Syazril memberi kekuatan pada Syafiza.
"Kenapa ni?" Lembut sekali dia bertanya. Aku diam, tidak menjawab soalannya itu. Hnaya esakan yang terdengar dari bibirku, berserta dengan hinggutan bahu, menhan tangis. Dia memaut bahuku dan memelukku sambil mengusap belakangku. Dia juga diam. Hnaya mendengar aku menangis terrasak-esak. Lama juga kami berkeadaan begitu.
"Shh..." Dia memujukku.
"Saya rindukan abah." Akhirnya keluar juga suaraku bersama sendu. yang masih berlagu.
"Fiza, setiap yang hidup pasti akan mati. Kalau awak rindukan abah, bukan begini caranya awak melepaskan rasa rindu itu. Menangis tak boleh mengurangkan rasa rindu awak pada arwah abah. Sepatutnya awak perlu perbanyakkan bacaan ayat-ayat suci al=Quran untuk disedekahkan kepada arwah abah. Menagis tu boleh, tapi jangan sampai meratap. Berdosa. Allah murka pada mereka yang merarap kerana itu menandakan yang kita tidak menerima fitrah yang telah Dia tetapkan. Panjang lebar dia menasihatiku. Dalam air mata masih lagi belum kering mengalir, aku mencernakan setiap apa yang aril ujar. Pelukannya yang tadi kemas melilit tubuhku terasa semkin longgar.
"Alah, dahlah menganis tu. buruk tau muka macam tu. Senyumlah sikit. Awak pergi ambil wuduk. Kita solat berjemaah, berterawih dan mengaji sama-sama lepas tu." Dia memberi cadangan seraya melepaskan pelukan dan mengusap belakangku selepas itu. Aku hanya mengangguk dan menurut cadangannya. Malam itu kami menunaikan solat magrib dan solat Isyak secara berjemaah. Masa senggang semasa menunggu masuk solat isyak terisi dengan bacaan surah Yasin untuk arwah abah. Pada malam itu juga aku seakan-akan sudah jatuh cinta kepada suami sendiri.

Segalanya terjawab 14 tahun penantiannya.
"Siapa awak sebenarnya?" Soalku perlahan secaratiba-tiba. Wajahnya pun aku tak pandang. Kenapa dengan dia ni? Dah biul ke? Dari tadi duk senyum saja. Tak lenguh ke muka tu?
"Siapa saya? Saya ni kan suami awak, takkan awak dah lupa kut." Sambil lewa dia menjawab. Mungkin masuh mahu main-main. Aku mengeluh. Oran tanya betul-betul, dia main-main pula.
"Selain daripada pangkat awak sebagai suami saya, siapa awak seenarnya?" keras aku menyoal. Dia diam. Lama juga dia begitu sebelum aku mendengar keluhan keluar dari celah bibirnya.
"Hai, nama saya Mohd Syazril Naim Biin Datuk Nawawi. Takkan awak tak tahu nama penuh saya?Sebelum kahwin dulu pasti tok kadi ada tanay masa nak tangdatangan borang nikah tu. Saya bekas pelajar pelajar SMK Panji Alam. Dulu saya duduk kelas 1A3 dan 2A3. Cuma dua tahun saya dapat bersekolah di situ sebelum saya terpaksa berpindah mengikut papa ke kuala Lumpur. H,,,... ada apa - apa lagi yang tertinggal?" Dia memandang wajahku sebaliknya aku masih setia memandang ke arah laut. Dia senyum lagi. Sumpah! Aku tak pernah ambil kisah tentan nama penuh dia. Semasa tok kadi bertanyakan persetujuanku untuk bernikah, aku hanya mengangguk kepala. Ya Allah! Apa lagi rahsia yang dia simpan? Tali pinggang kelendar aku tanggalkan dan pintu kereta aku tolak perlahan. Aku mahu lari jauh dari sini. Aku tak mahu terus berada disini. Semua ini bagai memenjarakanku. AAku baru saja nak angkat punggug, tiba- tiba aky terasa pinggangku dipeluk dari belakang. Aku terkaku. Pergerakan mati.
"Awak nak pergi man? 14 tahun kita terpisah. 14 tahun saya mencari awak. 14 tahun saya tuggu aak. Selama 14 tahun saya kenal ramai perempuan tapi mereka tak sama dengan awak. 14 tahun saya simpan rasa rindu saya hanya untuk awak. Dan 14 tahun saya simpan rasa cinta saya hanya kerana saya mahu menunggu bidadari saya. janganlah awak pergi tinggalkan saya. Kalau awak tak nak kesiankan saya, awak kesiankanlah perasaan awak. Sudah lama perasaan awak terdera dengan rasa cinta yang awak mahu buang itu. i love you. I miss you. Please don't go away from me." Pengakuan Aril buat mataku luruh kembali. Malam ini air mataku sangat murah. bagai sudah tiada harga. Hanya tahu mengalir, mengalir dan mengalir.Rayuannya buat aku membisu, terdiaam. Ya Allah! selama ini aku bukan bertepuk sebelah tangan. Selama ini aku bukan menanti sendirian. Selam 14 tahun kami terpisah. Selama 14 thun kami merindui dalam diam. Selama 14 tahun juga kami mencintai walaupun terpisah dengan jarak yang jauh. Tapi kenapa baru sekarang semua ini terbongkar?
Saat mereka bahagia Cellicia datang menagih kasih, Hancur hati Syafiza bila cemburu menyelubungi diri.
"Entah, Diya kenal ke perempuan tu?"
"kenal, apa tak knal pula. Dulu dia selali datang ke sini masa sebelum encik Aril kahwin. Hampir-hampir kahwin dia orang tu. Tapi dengar-dengar cerita, mereka tak jadi kahwin sebab Cellici menghilangakan diri. Kecoh jugaklah masa tu. Sebab tu Datin , isteri Dtuk sibuk mencari pengganti untuk menjadi pengganti pengantin perempuan yang dah lari." beritahu Diya satu persatu.
"Wah, boleh tahan kamu ni ya. Kamu kanal ke dengan isteri Encik Aril?" soalku lagi. Dia menggelengkan kepala.
"Tak kenal pun, kak. Sya dengar serita kan, kak, mereka tak bahagia. Yalah , mana nak bahagiannya kalau mereka berkahwin macam tu. Eh, eh. Main drama pulak. Apalah Encik Aril ni. Ingat-ingatlah isteri kat rumah tu walaupun tak sayang." Diya bercakap bagai orang yang punya pengalaman. Serba sedikit hatiku terusik mendengarkan ayat permulaan Diya. Aku memandang ke arah yang sama dengan Diya. Sekali lagi aku terpegun. Mereka sedang berpeluk di dalam bilik. Rasa marah yang tadinya sudah berkurangan sedikit kembali semula. Lantas, tanpa menunggu lama, aku mencapai tangan di dalam laci. Telefon bimbit aku keluarkan dari perut beg tangan dan terus dibawa ke telinga. Memandang Diya masih lagi berdiri di hadapanku, aku berpura-pura sedang menjawab penggilan penting. Selepas beberapa minit, aku buat- buat kelam -kabut mencari sesuatu.
"Diya, akak nak minta tolong sikit boleh ta?"
"Apa dia , kak? " Diya masih belum dapat kesan apa - apa perubahan ke atas diriku.
"Boleh tak diya cakap kat Encik Aril, akak terpaksa ambil EL hari ni. Ada kecemasan kat rumah. Akak nak cakap sendiri tak sedap pulak tengok mereka berdua tu. Boleh ya Diya?" Beg tangan dan beg komputer riba sudah aku sangkutkan pada bahu.
No comments:
Post a Comment