Tuesday 27 January 2015

NOVEL HATI PEREMPUAN

Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya.

Hati perempuan sebuah novel yang bakal diadaptasi didalam sloat Akasia di TV3 . Mungkinkah drama ini akan menjadi trending . Kita tunggu sama-sama . Sebenarnya memiliki novel ini kerana drama. Novel yang dibeli melalui seorang rakan di FB. Bila baca review orang lain ada yang kata menarik dan ada yang kata sebaliknya . Cuma pendapat saya cerita macam ada sikit tak sampai pada pembaca. Saya percaya untuk akan datang penulis akan lebih memperbaiki cerita dan penggunaan bahasa Inggeris. Tapi tahniah cerita ini terpilih untuk didramakan. Novel yang setebal 711 muka surat ini akan lebih menarik bila didramakan. 

Jom ikuti sedikit review dari saya untuk novel Hati Perempuan karya Nur Ain Al- Abbas. Yuhanis seorang akitek yang berjaya. Diusia lewat 25 tahun dia masih belum mempunyai kekasih hati. Nizam rakan sekerjanya sudah lama menaruh hati  pada Yuhanis tetapi Yushanis selalu menidakkan kenyataan itu. Namun kerana sikap Yuhanis, Yuhanis terlepas pandang pada lelaki yang mencintainya dalam diam.

Lelaki yang dikenali melalui majalah yang ditunjukkan oleh sahabatnya Maisara dan dipertemukan dalam satu tugas kerja. Tengku Zaril yang bersikap angkuh dan sinis cukup menjengkelkan. Dengan lamaran yang kurang beradab di anggap Tengku Zaril gila. Lamaran Tengku Zaril ditolak. Tengku Zaril tidak putus asa . Tengku Zaril cuba memenangi hati Yuhanis tetapi gagal. Alasan Tengku Zaril melamar Yuhanis adalah kerana mereka saling memerlukan. Tengku Zaril berubah sikap , pada pendapat Tengku Zaril tiada perempuan lain yang boleh dijadikan Isterinya selain Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril datang meminang mengejutkan Yuhanis tambahan pula maknya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. 

Tanpa alasan Yuhanis menerima lamaran Tengku Zaril.  Hati Yuhanis tidak semudah itu untuk melupakan kenangan silam. Hatinya hanya ada lelaki yang mernama Daniel Idrus. Lelaki yang berjanji sehidup semati tetapi pergi tanpa penjelasan. Merana dan terus sakit hingga hatinya sekeras seperti batu. Saban hari mencari jawapan mengapa ditinggalkan. Yuhanis lebih suka membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan perasaan Tengku Zaril. 

Selepas kematian papanya Tan Sri Idris , Daniel Idrus menuntut janji sedangkan ketika itu Yuhanis sangat membencinya. Danial Idrus terus mengganggu Yuhanis dan ingin memberi penjelasan. Hubungan Mereka dikehatui oleh Tengku Zaril. Ini mendatangkan rasa cemburu yang teramat. Tengku Zaril mencari apa hebatnya Danial Idrus berbanding dirinya. 

Bila mak membongkar rahsia barulah Yuhanis sedar Danial Idrus tidak meninggalkannya tetapi kerana harapan seorang ibu demi kebahagiaan anaknya Danial Idrus terpaksa. Bagi mengelakkan fitnah dan syak wasangka buruk , Danial Idrus berkahwin dengan seorang gadis lain demi kebahagiaan Yuhanis. Danial Idrus mahu melihat Yuhanis bahagia disamping Tengku Zaril. 

Saat bahagia dan percaya kembali datang , Tengku Amalin datang membawa Fitnah . Fitnah yang ditabur membuatkan rumahtangga Tengki Zaril dan Yuhanis hampir bergolak. Tengku Zaril tidak akan membiarkan rumahtangganya hancur kerana Tengku Amalin. Tengku Amalin yang menaruh hati dengan sepupunya dan tidak pernah sekali pun diberi peluang untuk bertahta dihati Tengku Zaril . Segala rancangan buruknya tidak pernah menjadi Tengku Amalin menjadi marah dan dendam . Dengan mengupah orang untuk rancangan buruk hingga mengakibatkan Yuhanis keguguran. Tengku Amalin disabitkan kesalahan. 

Segala derita dan duka yang dilalui Yuhanis dan Tengku Zaril akhirnya memberi sinar harapan baru. Dikurniakan 2 cahaya mata mengeratkan perhubungan mereka. Tiada lagi yang mengusutkan fikiran kerana ditamankan kepercayaan yang tinggi. Kerana cintanya berlandaskan rasional. 



Sinopsis dari kulit novel 

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. AkhirnyaYuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati danmementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, diaterlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalamdiam.



Namun,pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarnakeemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambahtidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincinyang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang priaterhangat di pasaran.



“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.

“This is yours?” - Yuhanis.

“Adakahsaya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must bejoking.” - Tengku Zaril.

“Saya tak bergurau tapi Tengku yang bergurau!” - Yuhanis. 

“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.



Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan,ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidakdiluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadarluahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna. 



“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril. 

“Takkan semudah itu.” - Yuhanis. 



Lalu…Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis danTengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta TengkuZaril terhadap dirinya? 



Sedikit petikan dari novel 
“Aril!” Ketukan di pintu bilik bertalu-talu menganggu tidur mereka. Yuhanis membuka matanya perlahan. Jam di meja sisi katil menunjukkan tepat pada pukul 8 pagi. Selepas solat subuh tadi mereka terlelap kembali. Kalau Tengku Zaril memang tidur mati. Mungkin penat bekerja sepanjang minggu.

“Aril, Anis!” Ketukan bergema lagi. Yuhanis pantas bangun menuruni katil mahu menuju ke pintu bilik. Tetapi langkahnya tergantung ketika tersedar sesuatu. Dia hanya memakai robe satin paras lutut berwarna krim. Jelas sekali suara yang memanggil di luar bilik itu adalah Tengku Hazimi.Yuhanis mendekati suaminya yang masih lena di bawah comforter.

“Zaril.” Tubuh itu digoncang perlahan. Tidak ada sebarang reaksi.

“Zaril, bangun!” Kali ini dia mengoncangkan tubuh itu lebih kuat. Hanya dengusan tidak puas hati yang diterimanya malah Tengku Zaril comforter ditarik menutupi kepalanya. Yuhanis mengetab bibir.

“Bangunlah!” marahnya sambil menarik comforter dan dicampakkan ke hujung tilam.Tengku Zaril membuka mata kerana terasa dingin. Matanya kuyu mencari wajah isterinya.

“What?” Dia memandang Yuhanis yang berdiri di sisi katil dengan keadaan separuh mamai.

“Aril!” Panggilan di pintu bilik kedengaran lagi. Yuhanis menjongketkan kening sambil mengisyaratkan ke pintu. Tengku Zaril mendengus.

“Ayahanda, masih awal ni. Aril penat. No golf, no riding, no anything. Ajak angah dan achik la.” Dia separuh menjerit. Kalau cuti ahad begini, apalagi aktiviti ayahandanya selain bermain golf atau menghabiskan masa dengan rakan seperniagaannya.

“Ayahanda tahu Aril penat tapi ayahanda nak Aril dan Anis bersiap sekarang. Why? Buka pintu ni dan ayahanda akan jelaskan.” Arah ayahandanya. Tengku Zaril tidak ada pilihan. Dia bangun.

“Pergi mandi dulu.” Dia memandang isterinya. Yuhanis pantas menapak menuju ke bilik mandi tanpa banyak soal. Setelah pasti wanita itu masuk ke bilik mandi barulah Tengku Zaril membuka pintu bilik.

“Apa hal, ayahanda? Sounds very important.” Wajah keruh dihadapan muka pintu bilik itu dipandang. Macam ada hal serius aje!

“Are you still remember Tan Sri Idris?”

“Tan Sri Idris? Owner Medival Corp or..”

“Ya, Med Corp. Dia dah tak ada. Accident malam tadi. Now, ayahanda dan bonda nak ke rumah keluarga arwah. Aril dengan Anis jangan tak pergi. Bawa adik-adik kamu sekali.”

“Inalillah Wainalillahi rajiuun.” Walaupun tidak ada sebarang urusan perniagaan dengan Medival Corp tetapi sebagai individu yang berada dalam dunia perniagaan, pemergiaan itu satu kehilangan.

“Jumpa kat sana nanti.” Tengku Hazimin berpaling.

“Tak cukupkah kalau ayahanda saja yang pergi?” soalnya membuat ayahandanya kembali menoleh.

“Kalau cukup tak ada ayahanda bangunkan Aril.”

“Oh..okay.” Dia senyum paksa.

“Dah. Jangan lupa ajak angah dan achik. Ayahanda dah suruh Mak Wan kejutkan mereka tadi.”Pesan ayahandanya sebelum berlalu.

Yuhanis memandang kearah banglo dua tingkat berbumbung warna kelabu itu. Dahinya berkerut. Tengku Zaril memakirkan keretanya agak jauh dari pintu pagar kerana halaman sudah dipenuhi kereta-kereta tetamu yang datang mahu menyampaikan ucapan takziah pada keluarga arwah.

Sewaktu Tengku Zaril menyebut nama Tan Sri Idris tadi, Yuhanis seperti terkena kejutan eletrik. Dia mula ragu-ragu mahu ke rumah itu. Tetapi dia tidak ada alasan yang boleh diberikan untuk mengelak. Malah Tengku Zaqif dan Tengku Zarul juga tidak ada pilihan apabila Tengku Zaril sendiri yang mengetuk pintu bilik mereka selepas ketukan Mak Wan tidak diendahkan.

“Kenapa nampak tak suka datang sini?”Tengku Zaril menoleh pada isterinya yang nampak gelisah sambil menarik brek tangan.

“Datang ke rumah orang meninggal siapa yang suka?” Soal Yuhanis kembali disambut dengan tawa lucu Tengku Zaqif.

“Iyalah, along. Tak ada orang yang suka.” Sahutnya. Tengku Zaril menoleh ke seat belakang memandang adiknya. Sengihan pemuda itu mati.

“Yang angah gelak apahal?” tempelaknya. Tengku Zarul menjelirkan lidah pada Tengku Zaqif sambil berbisik perlahan, ‘padan muka’. Tengku Zaqif menjegilkan mata.

Mereka menapak masuk ke perkarangan banglo yang dipenuhi orang ramai. Suasana suram dapat dirasai melalui air muka tetamu yang berada di situ. Lain pula dengan Yuhanis. Dia menapak masuk dengan perasaan gelisah dan resah. Bacaan Surah Yassin bergema di ruang tamu. Jenazah yang terlantar di ruang tamu sudah selesai dikafankan dan ditutupi dengan kain putih. Kedatangan mereka disambut ala kadar oleh saudara arwah Tan Sri Idris. Tengku Zaril sempat memberikan ucapan takziah bagi pihaknya dan adik-adiknya.

Yuhanis yang memakai baju kurung putih dan bertudung putih seolah kebingungan mahu duduk di mana. Tidak ada seorangpun yang dia kenali berada di situ. Pandangan orang yang menuju padanya hanya dibalas dengan senyuman hambar.

“Yuhanis.” Panggilan dari arah tangga mengejutkan Yuhanis. Wanita separuh umur memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan maksudnya. Yuhanis bertambah resah. Tidak mustahil dia akan dihalau keluar dari situ dalam beberapa saat lagi. Dia mahu menjauh tetapi tapak kakinya seolah melekat di atas jubin biru lembut ruang hadapan rumah itu.

“Anis datang?” Puan Sri Khadijah laju menuruni tangga dan menapak mendekati Yuhanis. Ya, memang sekejap lagi dia akan dihalau dari situ. Dia terundur setapak. Lemah kakinya mahu menampung berat tubuhnya sendiri.

“Mummy!” Suara dari luar menegah kuat. Lelaki yang masuk terburu-buru itu tambah meresahkan Yuhanis.

“Anis, Ya Allah!” Puan Sri Khadijah tidak mengendahkan tegahan anaknya. Dia memegang tangan Yuhanis yang sah tergamam.

“Mummy, don’t make a mess. Please.”Rayu Danial. Dia sudah penat menghadapi semua itu.

“Danny, ini Anis kan? Ya Allah akhirnya mummy berpeluang juga jumpa Anis. Anis ingat aunty kan?” mesra dan tiada sumpah seranah seperti yang dia fikirkan. Yuhanis was-was. Tengku Zaril memandang bingung. Tidak memahami situasi itu.

“Ingat aunty kan?”Tukas wanita itu. Yuhanis angguk. Mana mungkin lupa pada wanita yang pernah melemparkan sumpah seranah padanya dulu.

“Dah lama aunty nak jumpa Anis tapi Danny tak benarkan. Sumpah, aunty memang nak sangat jumpa Anis.”Mata wanita tua itu berkaca. Yuhanis tidak tahu reaksi bagaimana yang sesuai dia pamerkan saat ini. Wajah sugul Danial dipandang sebelum beralih pada suaminya yang jelas keliru dengan situasi itu. Tengku Zaril turut membalas pandangannya. Meminta penjelasan yang sememangnya hak baginya.

“Mummy.”Danial memaut bahu Mummynya. Menenangkan wanita yang baru sahaja bergelar balu Tan Sri Idris. Dia sendiri masih tidak dapat menyingkirkan kesedihan di hati atas musibah yang menimpa keluarganya.

“Maafkan segala dosa uncle pada Anis sebelum ni. Aunty rayu sangat kat Anis. Aunty pun minta maaf. Aunty tahu dosa aunty yang tidak rasional dan membabi buta pada Anis dulu.” Puan Sri Khadijah teresak. Kedua belah tangan Yuhanis diraih. Wajahnya yang sembab kini basah.

“Kalaulah masa boleh diputar kembali, aunty mahu Danny bahagia. Aunty mahu Anis jadi keluarga aunty. Aunty minta maaf. Semuanya salah aunty.”

“Mummy,Danny bahagia.” Pujuk Danial. Untuk apa dikesali perkara yang sudah berlalu. Itu hanya akan menambah deritanya.

“Kalau Anis tak sudi maafkan aunty..”

“Puan Sri, saya tak pernah berdendam pada Tan Sri dan Puan Sri. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Saya cukup faham.” Yuhanis memintas. Dia tidak selesa menghadap kesedihan Puan Sri Khadijah. Juga tidak senang dengan pandangan mereka yang berada di situ.

“Maafkan aunty.” Makin meruntun perasaan esakan wanita itu. Mungkin kerana pemergian suami tercinta secara tiba-tiba.

“Saya dah lama maafkan uncle dan aunty.”Yuhanis menguntumkan senyuman untuk meyakinkan mummy Danial. Berdendam pun apa gunanya pada Yuhanis. Hanya akan menambahkan penyakit hati.

“Betul?” wanita itu menagih kesungguhan. Yuhanis angguk. Serentak itu tubuhnya dipeluk Puan Sri Khadijah erat. Tangisan dilepaskan di bahu Yuhanis.

“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih, Yuhanis.” Terasa berkurangan bebanan dosa yang ditanggungnya selama ini. Yuhanis membalas pelukan wanita itu. Bahu Puan Sri Khadijah diusap lembut. Tidak sangka mereka boleh berpelukan sebegitu.




Credit pada : FB Hati Perempuan gambar- gambar yang ada diblogs dan info-info terkini. 

Minggu pertama ( Episod 1 - 4 )


Sedutan episod 1 - 4
Episod 1
Tengku Zaril dibesarkan didunia koperat. Kejayaannya tidak boleh disangkal dengan ketegasan dan mengambil serius dalam hal-hal kerja. Dirinya tidak lari dengan liputan media yang mencungkil rahsia kejayaannya. Yuhanis seorang akitek yang berkobolahan dan disayangi oleh majikannya.  Selain itu Yuhanis berkawan rapat dengan Nizam. Yuhanis selesa berkawan dengan Nizam hingga keluarga Nizam juga suka pada Yuhanis. Akitiviti bersukan adalah minatnya dimasa lapang. Yuhanis sering bermain skuasy bersama Maisara. permainan mereka diperhatikan oleh Tengku Hazimi. Tengku Hazimi berminat untuk bermain sama dengan Yuhanis dan mereka berkenalan. Yuhanis memperkenalkan diri dan berkerja di Izzu & co mana kala Tengku Hazimi diperkenalkan sebagai seorang pesara kerajaan. Maisara menceritakan kehebatan lelaki dalam majalah namun Yuhanis tak mengambil perhatian siapa lelaki dalam majalah itu. Pada Yuhanis cukuplah 4 tahun dulu lelaki yang pernah bertahta dihatinya pergi tanpa alasan. Nizam tiba-tiba marah pada Yuhanis kerana Yuhanis melibatkan diri menyelesaikan projek yang dikendalikan oleh Nizam. Yuhanis tidak menyangka Nizam beranggapan buruk pada dirinya. Yuhanis hanya berniat untuk menolong. Tuan Izzudin memperkenalkan Klien baru pada Yuhanis. Yuhanis akan mengendalikan satu projek dari Paradigma group. Tengku Zaril terkejut bila diperkenalkan dengan Yuhanis. 


Episod 2
Kerana terkejut , Tengku Zaril banyak mempertikaikan kebolehan berkerja dengan perempuan .   Yuhanis tak mahu kalah dengan Tengku Zaril. Tuan Izzudin sekadar menjadi pemerhati dan Tuan Izzudin yakin dengan kebolehan Yuhanis. Tengku Zaril bertegas dia tak mahu mendengar apa-apa alasan dalam projek yang akan berjalan. Tengku Zaril juga menyuruh Jefry untuk menyiasat latar belakang siapa Yuhanis. Mak Yuhanis risau tentang dirinya. Adik beradik Yuhanis risau kerana Yuhanis seperti jauh hati dengan emaknya. Kakak Yuhanis mencungkil rahsia tetapi mak Yuhanis hanya mendiamkan diri. Nizam memohon maaf pada Yuhanis kerana bersikap kasar dan mengungkit kisah lama Yuhanis. Balik dari Sabah Yuhanis bergegas untuk berbincang tentang kerja di Sabah. Tetapi sikap Tengku Zaril menipiskan kesabaran Yuhanis. Yuhanis terus mendesak agar Tengku Zaril dapat membincangkan projek di Sabah. Yuhanis semakin sibuk bila Tengku Zaril meminta beberapa rekaan baru untuk projek Sabah. Tengku Zaril lebih suka mengusik Yuhanis dan kadang kala mendatangkan rasa kemarahan pada Yuhanis. Ummar mencari adiknya di pejabat kerana Yuhanis terlalu sibuk dan sukar dihubungi. Tengku Zaril turut menceritakan kisah pada sahabatnya Syed Ammar. Perempuan yang mencuri hatinya. Yuhanis banyak mencuri tumpuan Tengku Zaril. Tanpa disedari Tengku Hazimi memerhati tingkah laku Tengku zaril. Melayan Tengku Zaril yang sangat cerewet memaksa Yuhanis banyak masa bersama Tengku Zaril. Semasa pembentangan rekaan untuk projek baru Yuhanis bertanya kenapa Tengku Zaril tidak berkahwin lagi. Ini kerana melihat kerja Tengku Zaril seorang teliti dalam kerjanya. Tetapi Yuhanis tidak menyangka bila Tengku Zaril mencadangkan agar Yuhanis sahaja yang menjadi isterinya. 



Episod 3
Yuhanis menolak lamaran dari Tengku Zaril dengan cara baik. Walaupun Tengku Zaril menganggap Yuhanis menolak tuah. Nizam termenung jauh bila melihat Yuhanis semakin sibuk dan jarang bersama seperti dulu. Nizam juga mula rasa cemburu bila Yuhanis bersama Tengku Zaril. Maisara memberitahu Yuhanis yang Nizam mula cemburu dengan Tengku Zaril. Yuhanis menafikan dia tak ada apa-apa dengan hubungan dengan Nizam dan tak seharusnya nizam ada perasaan cemburu terhadapnya. Umairah ( kakak Yuhanis ) menghubungi Yuhanis memberitahu maknya sakit. Umairah mendesak agar Yuhanis balik ke kampung melihat keadaan maknya. Tengku Hazimi tahu yang Tengku Zaril marah pada adik-adiknya yang selalu buat masalah. Tengku Hazimi bersetuju memujuk adik-adiknya pulang ke Malaysia tetapi dengan syarat Tengku Zaril berkahwin dalam masa yang terdekat. Dalam pertemuan Tengku Zaril dan Yuhanis , Yuhanis tidak menyangka akan berjumpa dengan Syed Ammar suami pada sahabatnya Diana . Selepas permintaan Tengku Hazimi , Tengku Zaril lebih banyak mendiamkan diri . Tengku Zaril tahu semua itu adalah kebaikan untuknya. Tengku Zaril menjemput Yuhanis dirumah dengan diperhatikan oleh Nizam. Nizam cuba menjauhkan diri dari Yuhanis. Yuhanis terkejut bila menerima satu kotak kecil dari Tengku Zaril.


Episod 4
Yuhanis ke pejabat Tengku Zaril . Yuhanis marah bila Tengku Zaril menghantar sebentuk cincin padanya. Yuhanis rasa terhina dengan perbuatan Tengku Zaril. Selepas kejadian di pejabat Tengku Zaril . Gosip Tengku Zaril dan Yuhanis menjadi bualan kakitangan dipejabat. Hal ini dikatahui oleh Tengku Hazimi. Tengku Zaril berjumpa dengan keluarganya agar dapat meminang Yuhanis. Tengku Zaril nekad untuk memperisterikan Yuhanis walau apapun berlaku. Kerana mengunggu Tengku Zaril terlalu lama Yuhanis tertidur di pejabat Tengku Zaril. Tengku Zaril marah kerana dia tak suka bakal isterinya tidur di merata tempat. Dalam bergaduh Tengku Duratul (bonda) memerhatikan gelagat Tengku Zaril dan Yuhanis. Yuhanis diarahkan pergi ke Ipoh untuk melihat tapak projek selepas itu Yuhanis singgah di rumah Maisara. Maisara yang akan melangsungkan perkahwinannya. Tengku Zaril menghantar Yuhanis. Yuhanis mencabar agar Tengku Zaril tinggal di kampung jika mahu Yuhanis menerima lamarannya. Cabaran Yuhanis disambut baik oleh Tengku Zaril walaupun Yuhanis cuba melakukan sesuatu yang tak baik. Syed Ammar mencari Tengku Zaril tetapi diberitahu oleh Jefry , Tengku Zaril ke Ipoh bersama Yuhanis. Selepas majlis perkahwinan Maisara Yuhanis menerima panggilan dari Yazid ( abang Yuhanis ) menyuruh Yuhanis pulanng kekampung dengan segera. Syed Ammar merasakan Yuhanis lah perempuan yang berjaya membuka hati Tengku Zaril menerima perempuan. 

Minggu ke 2 ( episod 5 - 8 )

sedutan episod 5 - 8
Episod 5
Fikiran Yuhanis kusut selepas menerima panggilan dari Yazid menyuruhnya untuk pulang ke Johor segera. Tengku Zaril bersetuju balik ke Kuala Lumpur pada malam itu juga. Pada keesokan hari Yuhanis kekampung. Yuhanis terkejut bila semua abang dan kakaknya berada dikampung menuggu kepulangannya. Yuhanis tidak menyangka keluarga Tengu Zaril datang melamarnya. Mak Yuhanis menerima lamaran dari keluarga Tengku Zaril. Keluarga Tengku Zaril memberi tempoh satu bulan  untuk melangsungkan majlis pernikahan. Yuhanis masih tidak boleh melupakan kisah cintanya bersama Danial Idrus. Keputusan bersetuju untuk menerima lamaran Tengku Zaril dibuat demi maknya yang ingin melihat Yuhanis berkahwin. Pertunangan Yuhanis tersebar di media sosial. Yuhanis memberi penjelasan pada Nizam. Yuhanis merayu pada Nizam agar percaya dan boleh menerima diri Yuhanis tetapi nizam tidak berkata apa-apa. Ini membuatkan Yuhanis nekad untuk menerima Tengku Zaril. Yuhanis menjadi tumpuan media. Ini membuat rasa dirinya menjadi rimas. Tengku Zaril menceritakan dia mempunyai 2 orang adik lelaki yang susah dikawal. Tengku Zaril harap Yuhanis dapat menyesuaikan diri dengan kerenah Tengku Zaqif dan Tengku Zarul.  Tengku Amalin  terkejut bila pertunangan Tengku zaril tersebar luas di media . Tengku Amalin benci dengan berita itu. 

Episod 6
Tengku Zaril berkumpul dengan sahabatnya , Syed Ammar dan Tengku Badli . Mereka menceritakan siapa perempuan yang bertuah yang akan berkahwin dengan temannya yang terlalu memilih. Nizam manyesal kerana tidak memberi peluang pada Yuhanis memberi penjelasan. Yuhanis merasakan tindakan Nizam sudah terlambat. Segala persiapan telah dibuat oleh keluarga Tengku Zaril.  Tengku Amalin pulang ke Malaysia . Tengku Amalin pulang ke Malaysia sebab merancang untuk merosakkan majlis perkahwinan Tengku Zarif.  Kepulangan dan rancangan Tengku Amalin dapat dihidu oleh Tengku Zaril. Tengku Zaril akan mengambil tindakan jika Tengku Amalin tetapi berdegil. Pernikahan Tengku Zaril dan Yuhanis berlangung dengan lancar. Kini Yuhanis sah menjadi isteri Tengku Zaril. Tengku Zaril menyuruh Yuhanis memberi kunci kereta. Dalam mencari kunci kereta Yuhanis terjumpa kotak biru yang mengisi seribu kenangan nya bersama Daniul Idrus. Yuhanis terjumpa thurm drive . Didalamnya ada nota terakhir dari Danial Idus untuknya. Yuhanis tidak menyangka dalam leka dia membaca nota itu , Tengku Zaril memerhatikan kesedihan Yuhanis. 

Episod 7
Tengku Zaril bertanyakan kenapa Yuhanis menangis dan Yuhanis menyembunyikan hal sebenar. Umairah nampak Yuhanis memegang kotak yang menyimpan kenangan bersama Danial Idrus. Umairah menyarankan membuang kotak itu dan lupakan segala kenangan lalu. Kini Yuhanis sudah berkahwin dengan Tengku Zaril yang jauh lebih baik. Yuhanis mengatakan perkahwinannya hanya untuk memenuhi impian mak untuk melihat Yuhanis berkahwin. Setelah bersiap untuk pulang ke kuala Lumpur Tengku Zaril terpijak thurm drive. Majlis sambut menantu di adakan dengan penuh meriah. Tengku Zaril menyuruh dua adiknya untuk berkerja di syarikat. Tengku Zaqif dan Tengku Zarul tak bersetuju kerana dipaksa berkerja dibawah tanggungjawab Tengku Zaril. Setelah seminggu bercuti Tengku Zaril telah memulakankan tugas di pejabat. Tengku Zaqif dan Tengku Zarul memulakan tugas di Paradigma group. Manakala Yuhanis masih dirumah. Yuhanis minta kebenaran untuk kerja juga kerana bosan dirumah. Maisarah terkejut bila berjumpa Yuhanis di pejabat. Maisara juga memberi tahu Nizam berhenti kerja di Izzudin & co. Tengku Zaqif seperti biasa pergi berhibur di club malam . Tengku Zaqif diserang tetapi diselamatkan oleh seorang perempuan . 

Episod 8
Tengku Zaril menunggu kepulangan Tengku Zaqif. Bondanya menasihatkan agar memberi peluang untuk Tengku Zaqif berubah. Tengku Zaril berpendapat Tengku Zaqif gagal dalam menjalankan tugas di pejabat. Pertengkaran antara Tengku Zaril dan Tengku Zaqif didamaikan oleh oleh Tengku Zarul. Yuhanis cuba menegur Tengku Zaril jangan terlalu berkeras dengan adik-adiknya. Tengku Zaril kepejabat Yuhanis dan mengajak Yuhanis makan tengahari. Tiba-tiba terserempak dengan Nizam , Tengku Zaril mula rasa cemburu. Tengku Zaqif berterima kasih dengan Erina yang menyelamatkan dirinya. Sejak dari malam itu Tengku Zqril cuba menghubungi Erina tetapi gagal. Tengku Zaqif menyiasat latar belakang Erina. Erina cuba mengelak dan Tengku Zaqif tidak berputus asa memujuk Erina untuk keluar bersama tanda berterima kasih. Tengku Zaqif memninta pendapat Yuhanis untuk memikat perempuan apa yang perempuan suka. Yuhanis keluar bersama Nizam yang tanpa pengetahuan Tengku Zaril. Tengku Zaril tak suka bila Yuhanis berjumpa sebarangan lelaki. Tengku Zaril tak suka bila Yuhanis membuat keputusan sendiri tanpa berbincang sebelum membuat keputusan. Tengku Zaril juga terasa hati bila Yuhanis melayan Nizam dengan baik sedangkan Tengku Zaril tak pernah mendapat layanan yang baik kecuali Yuhanis inginkan sesuatu darinya. Sejak hari itu Tengku Zaril terus menjauhkan diri dari Yuhanis. 


Minggu ke 3 ( Episod 9 - 12 )


sedutan 9 - 12


Episod 9
Tengku Zaril mengingatkan Yuhanis tidak mengambil alih tugas orang gaji kerana tugas itu Tengku Zaril telah mengupah orang untuk melaksakan tugas-tugas itu. Yuhanis tidak puas hati dan sentiasa mencari kesalahan yang berada pada Tengku Zaril. Tengku Zaril pula pantang dicabar prisip hidupnya. Yuhanis mula rapat dengan Tengku Zarul dan Tengku Zaqif. Tengku Zaril pula melarang Yuhanis rapat dengan adik-adiknya kerana takut terpengaruh dengan perangai buruk adik-adiknya. Pada pendapat Tengku Zaqif , Tengku Zaril tak pandai menjaga hati Yuhanis. Tengku Zaqif tidak berputus asa mengejar Erina . Kerana Tengku Zaqif tidak pernah putus asa Erina menarima pelawaan Tengku Zaqif untuk keluar bersama. Tengku Zarul hanya sebagai pemerhati kakak iparnya. Tengku Zarul bertanya adakah Yuhanis mencintai abangnya. Tiada jawapan yang terkeluar dari mulut Yuhanis. Tengku Zaril ada kerja luar di Johor hingga tidak sempat memberitahu Yuhanis. Ini membuatkan Yuhanis marah. Yuhanis tidak berpuas hati dengan sikap Tengku Zaril yang terlalu mementingkan diri sendiri. Tiba0tiba Yuhanis meneriam satu panggilan dari seorang perempuan dan menyatakan Tengku Zaril seorang kaki perempuan. Yuhanis berkahwin dengan Tengku Zaril kerana terpedaya dengan kata-kata masih Tengku Zaril. Yuhanis menyaksiakan sendiri yang Tengku Zaril mempunyai ramai peminat. Ini menguatkan lagi kepercayaan Yuhanis pada perempuan yang menghubunginya. Yuhanis nekad mengambil ubat perancang  keluarga. Yuhanis merasakan dia berada dalam keadaan yang tidak bersedia untuk mengandung. 

Episod 10
Yuhanis terkejut bila pill perancang yang disimpan dalam begnya telah hilang. Yuhanis takut Tengku Zaril mengetahui tindakannya mengambil perancang. Yuhanis menceritakan pada Maisara tentang pengambilan pill perancang tetapi Yuhanis tidak bersedia untuk berkongsi masaalah rumahtangga. Maisara terkejut bila mendengar luahan hati Yuhanis. Maisara menasihatkan Yuhanis agar membuka hati untuk menerima Tengku Zaril seadanya. Tengku Zaril tidak mendapat jawapan mengapa Yuhanis sanggup membelakangkan dirinya . Yuhanis pernah berjanji akan mendapatkan anak dalam masa terdekat. Tindakan Yuhanis mengambil pill perancang mengecewakan diri Tengku Zaril. Yuhanis rasa bersalah bila Tengku Zaril dapat tahu Yuhanis mengambil pill perancang. Yuhanis cuba berterus terang dengan kedua mertuanya tentang Yuhanis belum bersedia untuk memiliki anak. Yuhanis merasa lega bila kedua mertua faham keadaan Yuhanis. Tengku Zaqif tak senang duduk bila mengetahui Erina sudah berkahwin . Tengku Zaqif tidak percaya selagi dia tak melihat dengan matanya sendiri. Tengku Zarul menasihatkan agar Tengku Zaqif jangan terlalu memikirkan tentang perempuan yang bernama Erina. Tengku Zaril terkejut bila Tengku Zaqif meminta kebenaran untuk bercuti ke langkawi. Tengku Zaqif ingin mencari Erina yang sedang berkrusus di Langkawi dan ingin mencari kepastian betul kah Erina sudah berkahwin. Paradigma mengadakan satu Majlis. Ini kali pertama Yuhanis dipergi ke majlis besar . Tengku Zaril sibuk melayan rakan bisnes hingga Yuhanis terabai. Dalam perasaan bosan Yuhanis keluar mengambil angin. Tiba-tiba Yuhanis ternampak satu susuk tubuh yang amat dikenali. 

Episod 11
Yuhanis tak sangka dia akan berjumpa dengan Daniel Idrus. Daniel Idrus adalah salah seorang tetamu di majlis Tengku Zaril. Tengku Zaril mengumumkan secara rasmi Yuhanis sebagai isteri. Yuhanis tak berpuas hati bila Tengku Zaril tidak memberitahu tentang hari jadinya. Yuhanis rasa dimalukan oleh suami sendiri sedangkan orang lain tahu tentang hari jadinya. Daniel Idrus memerhati setiap gerak geri Yuhanis. Daniel Idrus rasa marah bila mendapat tahu Yuhanis telah berkahwin dengan CEO Paradigma . Musuh utama syarikat Tan Sri Idris. Daniel Idrus masih tidak dapat melupakan Yuhanis. Yuhanis memulangkan thumb drive pada Daniel Idrus. Daniel rasa sakit hati dan marah. Daniel menyalahkan Tan Sri Idris kerana menghalang hubungannya dengan Yuhanis dulu. Tan sri Idris mengharapkan Daniel Idrus melupakan Yuhanis perempuan yang hanya inginkan harta dan kemewahan. Tengku Zaril ditegur oleh kedua orang tuanya tentang Tengku Zaril yang selalu mengabaikan Yuhanis sebab isteri.  Tiba-tiba Yuhanis datang cuba menyelamatkan keadaan. Niat menyelamatkan keadaan tetapi disalah ertikan oleh mertuanya yang mengganggap Yuhanis mengandung. Daniel Idrus sengaja melanggar bahu Tengku Zaril. Kemarahan Tengku Zaril tiba-tiba di kemuncank bila Daniel Idus mengatakan Yuhanis adalah BEKAS nya. Yuhanis mengadu pada maknya tentang kehadiran Daniel Idrus. Mak Yuhanis teringat bila Daniel Idrus datang merayu agar mak Yuhanis menerima lamarannya. Ketika itu Daniel Idrus datang bersendirian. Mak Yuhanis mohon agar Daniel Idrus datang bersama restu keluarga. Tan Sri Idris marah bila mendapat tahu Daniel Idrus mengganggu Tengku Zaril semata-mata kerana Yuhanis. Tan Sri Idris menyatakan Tengku Zaril bukan lawannya. Daniel Idrus tidak dapat terima kenyataan. Mama Daniel Idrus menasihatkan agar Daniel Idrus jangan terlalu berkeras dengan papanya. Jangan dipersalahkan papanya kisah lama kerana mamanya juga turut bersalah memisahkan Yuhanis dan Daniel. Tiba - tiba Daniel Idrus mendapat penggilan talifon mengatakan Tan Sri Idris meninggal dunia. 

Episod 12
Tengku Halimi mengetuk bilik Tengku Zaril dan memberitahu yang Tan Sri Idris sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Tengku Halimi menyuruh Tengku Zaril bersiap pergi kerumah Tan Sri Idris. Yuhanis rasa serba salah bagaimana nak bersemuka dengan keluarga Daniel Idrus. Bila sampai dirumah Daniel Idrus mummy Daniel terus memeluk Yuhanis. Kelakuan mummy Daniel diperhatikan oleh Tengku Hazimi dan Tengku Zaril. Yuhanis hanya mendiamkan diri. Yuhanis juga teringat segala hinaan yang diterima oleh keluarga Daniel Idrus. Tengku Hazimi menyuruh Tengku Zaril menyiasat apa kaitan keluarga Tan Sri Idris dan Yuhanis. Daniel Idrus sengaja meminta Yuhanis mengetuai projoknya tetapi ditolak oleh Yuhanis kerana Yuhanis tak sanggup dengan beban kerja yang banyak. Yuhanis terpaksa pergi ke Sabah bagi memantau projek  Paradigma . Tengku Zaril tidak membenarkan Yuhanis pergi ke Sabah tetapi Yuhanis tetap berkeras untuk pergi ke sabah. Tengku Zaril rasa kecewa dengan Yuhanis. Tengku Zaril juga merasakan dirinya gagal memiliki hati Yuhanis. Tengku Zaril banyak mendiamkan diri , perubahan itu diperhatikan oleh achik ( Tengku Zarul ) . Tengku zarul juga mendengar Syed Ammar pernah bercerita Yuhanis adalah cinta pertama Daniel Idrus. Penyiasat upahan Tengku Zaril memberitahu yang Yuhanis dan Daniel Idrus pernah menjalinkan hubungan di Universiti dulu. Tetapi hubungan mereka telah terputus kerana keluarga daniel Idrus tak suka pada Yuhanis. Sejak itu Tengku Zaril lebih banyak berdiam diri. Tengku Zaril cuba mengorek cerita tetapi Yuhanis tidak bercerita apa - apa pun. Yuhanis tahu tahu Tengku zaril marah dan Yuhanis cuba minta maaf tetapi dipandang sepi. Yuhanis juga terkejut bila Tengku Zaril bertanya siapa Daniel Idrus pada Yuhanis. 


Minggu ke 4 ( episod 13 - 16 )


Sedutan Episod 13 - 16
Episod 13
Yuhanis masih berdolak dalih bila bertanyakan tentang siapa Daniel Idrus. Tengku Zaril kesal bila Yuhanis memberi seribu alasan. En. Izuddin ( Boss Yuhanis ) memberi pujuan pada Yuhanis bila Yuhanis berkerja mengikut apa yang dirancang. Yuhanis terkejut bila Tengku Zaril tidak menyatakan apa-apa padanya. Daniel Idrus berjumpa Yuhanis memberi kad jemputan perlantikan CEO pada Yuhanis. Daniel Idrus mengharapkan kehadiran Yuhanis di Majlis itu atas permintaan mummynya , Puan Sri Khadijah. Tengku Zaril datang ke pejabat Yuhanis tetapi Yuhanis tak sampai di pejabat . Tengku Zaril bengang bila cuba menghubungi Yuhanis tetapi tak dapat.  Layan Tengku Zaril terus dingin hingga Yuhanis sendiri buntu melihat keadaan itu. Yuhanis bertemu Maisara dan bercerita tentang masaalahnya. Maisara menasihati Yuhanis agar Yuhanis cuba memahami kehendak Tengku Zaril dan jangan pentingkan diri sendiri Maisara kenal Yuhanis dari zaman sekolah lagi. Semua yang berlaku adalah kesalahan dari Yuhanis sendiri termasuklah pengambilan Pill perancang. Tengku Zaril terjumpa kad jemputan dari Daniel Idrus yang dibuang oleh Yuhanis. Tengku Zaril hadir ke majlis itu dan dalam yang sama Tengku Zaril memberi amaran agar Daniel Idrus tidak mengganggu Yuhanis , isterinya. Tengku Zaril memberi duit nafkah tetapi Yuhanis merasakan dirinya umpama perempuan simpanan. Yuhanis sedih dengan keadaan begini . Pergaduhan antara mereka tak pernah berakhir. Pada keesokan harinya Yuhanis mencari-cari Tengku zaril tetapi sepi hingga PA Tengku Zaril memberitahu yang Tengku Zaril ke Jakarta atas urusan kerja. Sejak Tengku Zaril ke Jakarta , Tengku Zaril tidak menghubungi Yuhanis. Segala SMS , telefon yang dilakukan oleh Yuhanis tidak dibalas oleh Tengku Zaril. Yuhanis gembira bila mendapat tahu suaminya akan pulang kerumah. Tetapi Tengku zaril pulang lewat sikit. Tengku Zaril tidak menyangka dia akan bertemu dengan Tengku Amalin. Tengku Amalin datang menyatakan dia terlalu rindukan Tengku Zaril. 

Episod 14
Kehadiran Tengku Amalin kurang disenangi oleh Tengku Zaril . Tengku Zaril menyatakan yang dia lelaki yang sudah berkahwin dan dia juga tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan Tengku Amalin. Bagi menyakinkan Tengku zaril , Tengku Amalin ingin mendapat tunjuk ajar tentang perniagaan. Tengku amalin semakan berani datang ke pejabat. Kehadiran Tengku Amalin dapat dihidu oelh Teng Zaqif. Daniel Idrus terus datang memberi bunga dan juga hadiah. Yuhanis menghubungi Daniel Idrus memberi amaran agar jangan mengganggunya lagi. Daniel Idrus terus mengharap agar suatu hari nanti Yuhanis akan jadi miliknya. Yuhanis tak mahu mendengar pujuk rayu dari Daniel Idrus. Tengku Duratul menasihatkan agar Tengku Zaril jangan melibatkan diri dengan Tengku Amalin kerana Tengku Amalin tak pernah berubah. Segala perbincangan projek , Tengku Duratul menyuruhkan Tengku zaril menyerahkan pada Paradiska untuk diuruskan. Tengku Amalin marah bila Tengku Zaril telah menyerahkan projeknya di Paradiska. Kemarahan Tengku Amalin diketahui oleh Tengku Zaqif. Tengku Amalin sengaja mengoda Tengku Zaqif tetapi tidak berjaya malah Tengku Amalin menuduh Tengku zaqif membuat sesuatu yang buruk didepan Tengku Zaril. Tengku zaril marah ditambah dengan fitnah yang Tengku Amalin taburkan. Selepas kejadian itu Tengku Amalin tidak dibenarkan bercakap dengan Tengku zaril. Perubahan Tengku zaril yang kemaruk makan membuatkan Yuhanis merasa pelik. Yuhanis juga dipaksa memasak bubur jagung lewat malam. Yuhanis yang kerap pening membimbangkan Tengku zaril. Yuhanis disuruh pergi ke klinik untuk memeriksa kesihatannya tetapi Yuhanis enggan. Suatu hari Yuhanis bermimpi , Tengku Zaril dirampas oleh prempuan lain . Mimpi itu meninggalkan kesan hingga Yuhanis menangis teresak-esak. Tengku Zaril yang terkejut melihat keadaan Yuhanis. Dalam tak sedar Yuhanis pengsan. 

Episod 15
Tengku Zaril membawa Yuhanis ke hospital bila melihat keadaan Yuhanis semakin teruk. Tengku Duratul dan Tengku Hazimi terkejut melihat menantunya berkeadaan teruk. Naluri seorang ibu merasakan ada sesuatu yang tak kena pada Yuhanis. Mak Yuhanis cuba menghubungi Yuhanis tetapi gagal. Mak Yuhanis hanya diberitahu yang Yuhanis dan Tengku Zaril ke hospital. Berita gembira yang dibawa dari hospital menggembirakan Tengku Duratul. Yuhanis disahkan mengandung . Tengku Amalin membuat kecih di pejabat . Kini sudah melibatkan Tengku Duratul dan Tengku Hazimi. Mak Yuhanis datang ke Villa dan ingin membawa Yuhanis balik ke kampung . Tetapi Yuhanis enggan menerima pelawaan maknya. Daniel Idrus terserempak dengan Maisarah , Maisarah menasihatkan agar Daniel Idrus melupakan Yuhanis. Mummy Daniel Idrus , Puan Sri Khatijah juga menyuruh Daniel Idrus memulakan penghidupan baru dan jangan ganggu rumah tangga Yuhanis. Berita gembira kehamilan tersebar luar di internet . Tengku Zaqif antara orang yang gembira. Tengku Zaqif mula rapat dengan Yuhanis dan selalu memberi keceriaan pada kakak iparnya. Tengku Amalin sedaya upaya untuk terus rapat dengan Tengku Zaril tetapu di tolsk cara baik. Yuhanis sedang duduk menunggu suaminya tiba-tiba Daniel Idus datang dan duduk didepan Yuhanis. Yuhanis tak suda tetapi Daniel Idrus tetap berkeras. Yuhanis tak mahu nama suamainya tercemar akibat fitnah. Tengku zaqif mengadu dan cuba meluahkan perasaannya bila Tengku Zaril marah pada Tengku Zaqif membuat kerja leka dan sambil lewa. Tengku Hazimi menyuruh Tengku Zaril memberi peluang pada adiknya beluan yang ke dua untuk berjaya. Daniel memberi tahu yang mummynya sudah tahu Yuhanis sudah berkahwin dan kini sedang hamil. Yuhanis hanya menjelaskan agar mummy Daniel idrus tak perlu rasa menyesal kerana dia sudah berkahwin dengan Tengku Zaril. Dalam mereka bersembang ada mata yang sedang memerhatikan perbualan mereka. Tengku Zaril terkejut bila tiba-tiba Tengku Amalin datang kerumah tanpa diundang. Selama ini Yuhanis hanya mendengar satu nama yang selalu disebut oleh keluarga mertuanya kali ini Yuhanis berdepan dengan Tengku amalin. 

Episod 16

Kunjungan Tengku Amalin tidak disenangi oleh Yuhanis. Tengku Amalin semakin berani , dia memulakan kerjanya untuk menarik perhatian Tengku Zaril dengan memburukkan Yuhanis mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Didepan Tengku Amalin , Tengku Zaril marah pada Tengku Amalin yang cuba memburukkan isterinya. Tengku Zaril cuba mendapatkan kepastian tentang pertemuan Yuhanis dan Daniel Idrus. Yuhanis cuba meyakinkan Tengku Zaril dan mula menjadi punca pertengkaran. Tengku Zaril juga memberi amaran pada Daniel Idrus jangan ganggu Yuhanis lagi . Yuhanis terasa hati bila Tengku Zaril hanya mementingkan keadaan bayi dalam kandungan sahaja. Sedangkan hati Yuhanis sering terguris dengan sikap suaminya. Daniel Idrus datang kekampung Yuhanis dan berjumpa mak Yuhanis. Daniel Idrus memohon maaf atas kesilapannya yang lalu. Daniel Idrus cuba menerima kenyataan Yuhanis kini sudah di berkahwin dengan Tengku Zaril. Daniel Idrus juga memulangkan semua hadiah kenangan pada mak Yuhanis. Mak Yuhanis mendoakan Daniel Idrus akan berjumpa perempuan yang lebih baik. Tengku Zaril mula merungut bila Yuhanis sering merajuk dan ingin dimanjakan seperti sebelum mengandung. Syed Ammar menasihatkan Tengku Zaril agar bersabar dan jangan bercakap benda yang selalu menyakitkan hati Yuhanis. Tengku zaril merancang untuk membawa Yuhanis pergi honeymoon. Kekerapan Tengku Amalin datang ke Vila membuatkan Yuhanis rasa cemburu. Tengku Amalin datang memberi alasan untuk berjumpa Tengku Bonda sedangkan tujuan utama untuk berjumpa Tengku Zaril. Semakin hari Tengku Zaril semakin tidak faham apa yang difikirkan oleh isterinya Yuhanis. Setiap apa yang diceritakan pasti akan mendatangkan pergaduhan. Tengku Amalin mula mencari jalan untuk menarik perhatian Yuhanis. Tengku Amalin cuba menceritakan keburukan Tengku Zaril. Tengku Amalin menunjukkan gambar kecurangan Tengku Zaril pada Yuhanis. Yuhanis mula percaya. 

Minggu ke 5 ( episod 17 - 20 )

Episod 17
Didepan Tengku Amalin , Yuhanis tetap menegaskan yang dia percaya pada Tengku Zaril. Tengku Amalin mengejek kebodohan Yuhanis yang terlalu percayakan suaminya. Dalam diam Yuhanis percaya apa yang dikatakan oleh Tengku Amalin. Yuhanis menjadi dingin pada Tengku Zaril. Oleh kerana Yuhanis terlalu memikirkan kata - kata Tengku Amalin tentang kecurangan Tengku Zaril . Kesihatan Yuhanis turut terganggu. Tengu Zaril mengajak Yuhanis pergi bercuti yang telah dirancang tetapi Yuhanis dengan sikap degilnya enggan menerima pelawaan Tengku Zaril untuk bercuti. Tengku Amalin terjumpa Daniel Idrus , Tengku Amalin memperkenalkan diri sebagai Teman lama Yuhanis. Daniel Idrus hairan , selama mereka berkawan Yuhanis tak pernah ada kawan yang bernama Tengku Amalin. Yuhanis juga terserempak dengan Daniel Idrus lau bertanyakan kenapa Daniel Idrus kekampongnya tanpa penetahuan dirinya. Daniel Idrus juga bertanyakan pada Yuhanis , Yuhanis ada berkawan dengan perempuan bernama Tengku Amalin. Tengku zaril mencari punca kenapa Yuhanis dingin dan tidak mahu bercakap dengannya. Menurut penyiasat upahan Tengku Zaril Yuhanis tidak pernah berjumpa dengan Daniel Idrus dan Daniel Idrus tidak lagi mengganggu Yuhanis. Tengku Zaril terfikir kemungkinan Yuhanis cemburu dengan Tengku Amalin. Tengku Zaqir dilantik CEO baru Paradigma sementara Tengku Zaril bercuti. Hubungan Tengku Zaqir dan Erina semakin rapat . Tengku Zaqir juga sudah berani berterus terang tentang perasaannya. Cadangan untuk bercuti tetap diteruskan juga. Tengku Zaril siap berkemas - kemas untuk pergi bercuti. Yuhanis terkejut bila melihat suaminya bersiap - siap dengan beg . Tengku Zaril memujuk Yuhanis agar bersetuju untuk bercuti bersama. Yuhanis mengatakan dirinya keliru dengan apa yang terjadi. 

Episod 18
Selepas balik dari bercuti Yuhanis masih serupa. Mendiamkan diri dan menyendiri. Tengku Zaril tak pernah berputus asa memenangi hati Yuhanis. Tengku Zaril mengeluh pada sahabatnya Syed Ammar. Syed Ammar menasihatkan Tengku Zaril agar bersabar kerana Yuhanis sedang mengandung. Yuhanis balik ke Johor Bharu sendiri. Mak Yuhanis merasa hairan kenapa Yuhanis balik sendiri tanpa ditemani menantunya. Hati mak menyatakan Yuhanis ada masalah dengan suami. Mak Yuhanis cuba mencungkil tetapi Yuhanis menyembunyikannya. Tengku Duratul menghubungi Tengku Zaril agar pergi ke Johor Bharu , membawa Yuhanis pulang ke Vila. Sehubungan itu Doktor Sofi juga menghubungi Tengku Duratl mengenai kandungan Yuhanis . Yuhanis yang terlalu stress telah memudaratkan kandungannya. Sampai dikampung Yuhanis , Tengku Zaril merasa lega melihat keadaan isterinya dalam keadaan baik. Yuhanis melihat Tengku Zaril terlalu mesra dengan maknya. Semasa mereka bersembang kosong Yuhanis terdengar yang Tengku Zaril menjaga kebajikan keluarganya. Tetapi Tengku Zaril tidak pernah menceritakan apa-apa pada Yuhanis. Ini membuatkan Yuhanis marah. Mak yang cuba memujuk Yuhanis agar tidak biadab dengan suaminya. Yuhanis merajuk dan bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tetapi dihalang oleh Tengku Zaril. Dalam keadaan kalang kabut tiba-tiba Yuhanis pengsan. Ini membuatkan Tengku Zaril panik melihat keadaan isterinya

Episod 19
Akhirnya Yuhanis sedar , Yuhanis tidak sedarkan diri sejak semalaman. Keadaannya masih lemah. Dengan tindakan yang pantas Tengku Zaril , kandungan Yuhanis dapat diselamatkan. Yuhanis tidak dibenarkan terlalu banyak berfikir dan banyakkan berehat. Tengku Amalin buat kecoh di pejabat Paradigma tetapi telah dihalau oleh Tengku Zaqir. Tengku Zaqir yang semakin meluat melihat perangai Tengku Amalin yang berpura-pura. Tengku Amalin datang kerumah melawat Yuhanis . Tengku Duratul sudah nampak permainan Tengku Amalin dan Tengku Duratul dapat mengagak punca Yuhanis tertekan. Tengku Duratul marah pada Tengku Zaril . Tengku Zaril memberi amaran pada Tengku Amalin jangan ganggu dirinya terutama Yuhanis. Tengku Amalin cuba merancang sesuatu dengan bantuan Daniel Idrus. Daniel Idrus sikit pun tidak berminat dengan rancangan Tengku Amalin. Daniel Idrus menghubungi Tengku Zaril agar berhati - hati dengan  Tengku Amalin. Tengku Zaqir melamar Erina tetapi ditolak kerana taraf dan kedudukan. Tengku Zarul mencadangkan pada  Tengku Zaqir meminta pertolongan Yuhanis untuk memujuk Erina menerimanya. Yuhanis berjumpa Erina bagi pihak Tengku Zaqir . Tengku Amalin balik ke London. Semantara itu berita tentang hubungan Yuhanis dan daniel Idrus tersebar di laman sosial .

Episod 20
Bila artikal tersebar luar Tengku Hazimi marah pada Tengku Zaril. Tetapi adik adiknya , Tengku Zaqif dan Tengku Zarul membela Tengku Zaril. Semua yang berlaku adalah rancangan Tengku Amalin. Mummy Daniel Idrus gembira bila Daniel Idrus menerima takdir hidupnya. Daniel Idrus nekad untuk memulakan hidup baru bersama orang baru. Tengku Zaril kecewa kerana Yuhanis termakan kata-kata Tengku Amalin dari suaminya sendiri. Tengku Hazimi dan Tengku Duratul mencadangkan Yuhanis berkerja di Paradiska selepas bersalin nanti. Tetapi Tengku Zaril mengharapkan Yuhanis duduk dirumah menjaga anak - anak dirumah. Yuhanis membantah bila Tengku Zaril membuat keputusan untuk dirinya. Tengku Duratul mencadangkan pada anak-anaknya pergi shopping . Tengku Zaril juga bersetuju kerana ingin membeli membeli barang -  barang baby . Yuhanis mempertikaikan pemberian hadiah hari jadinya. Yuhanis mahukan Tengku Zaril memberinya sendiri bukan hadiah yang ditinggalkan dimeja. Tengku Zaril menasihatkan agar membawa Edrina berjumpa dengan kedua orang tuanya juka Tengku Zaqir benar-benar ikhlas. Tengku Zaril dan Yuhanis mendapat undangan dari Syed Ammar dan isterinya. Tengku Zaril dan Yuhanis mendapat kejutan di majlis itu. 

Sedutan minggu ke 6 ( Episod 21 - 24)

Episod 21
Kejutan Yuhanis dan Tengku zaril adalah kehadiran Daniel Idrus. Daniel Idrus memohon kemaafan ikhlas dari Yuhanis dan Daniel Idrus juga menjemput Yuhanis ke majlis perkahwinannya. Yuhanis memberitahu dia tidak akan hadir ke majlis Daniel Idrus. Syed Ammar berharap Tengku Zaril tidak membuat kecoh di majlisnya. Yuhanis ternampak Daniel Idrus dengan perempuan lain semasa makan di club. Tiba - tiba hadir perasaan cemburu. Tengku Zarul memberitahu Tengku Zaril membenarkan Yuhanis berkerja di Paradiska. Tengku Zaqif juga memberi berita gembira bila Edrina bersetuju untuk berjumpa keluarga Tengku Zaqif. Daniel Idrus berjumpa Tengku Zaril . Denial Idrus memohon maaf pada Tengku Zaril dengan apa yang terjadi. Daniel Idrus juga berjanji tidak akan mengganggu Yuhanis lagi. Mak Yuhanis tiba-tiba menceritakan hal yang sebenar tentang Daniel Idrus. Yuhanis terkejut dan Yuhanis terima kerana kini mereka sudah mempunyai kehidupan masing-masing. Selepas kenyataan Mak Yuhanis , hubungan Yuhanis dan Tengku Zaril menjadi lebih baik. Yuhanis juga mengakui cinta Yuhanis pada Daniel Idrus sudah berakhir. Dan kini Yuhanis hanya mencintai suaminya.  

Episod 22
Yuhanis berharap agar Tengku Zaril balik kerja awal kerana Yuhanis sedang mengandung. Tengku Zaril terpaksa menyiapkan kerja-kerjanya sebelum Yuhanis bersalin. Tengku Zaril akan mengambil cuti panjang sepanjang Yuhanis berpantang. Yuhanis membantah bila Tengku Zaril mengambil keputusan untuk menjaga Yuhanis sendiri kerana tidak mahu menyusahkan bonda dan mak. Tengku Zarif kecewa bila Edrina menangguhkan perkahwinan mereka kerana Edrina masih belajar. Edrina berjanji akan berkahwin sejurus habis belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pensyarah. Tengku Zaril menasihatkan agar Tengku Zaqif tidak mendesak Edrina dan menghornati keputusan Edrina. Tengku Zaril menyuruh Yuhanis berhenti kerja sebelum bersalin. Yuhanis marah bila terpaksa mendengar segala keputusan dari Tengku Zaril. Yuhanis terpaksa akur untuk berhenti kerja dan berkerja di Paradiska selepas .  Tuan Izzudin terkejut dengan perletakan jawatan Yuhanis. Tuan Izzudin menghormati keputusan Yuhanis. Yuhanis bersalin lebih awal dari jangkaan. Yuhanis melahirkan anak lelaki yang dinamakan Tengku Aryan Zikri. Tengku Zaqif dan Tengku Zarul turut teruja untuk menjaga Tengku Aryan. Kerana terlalu penat Tengku Zaqif tetidur di pejabat akibat keletihan. Yuhanis berdebar untuk memulakan tugas di Paradiska . Yuhanis menerima panggilan misteri . Tengku Zaril menyuruh Jefri menyiasat no. telefon yang selalu menghubungi Yuhanis. Tengku Zaril diberitahu ia ada kaitan dengan Tengku Amalin. Tengku Zaril dapat merasakan Tengku Amalin sudah pulang dari London. 

Episod 23
Yuhanis akan memulakan tugas di Paradiska tetapi sau tentang Tengku Aryan . Tengku Duratul berbesar hati untuk menjaga Tengku Aryan semasa Yuhanis berkerja.  Tengku Zaril ada rasa curiga dan merasakan akan ada sesuatu akan dilakukan oleh Tengku Amalin. Hari pertama Yuhanis menjadi penaung Paradiska Yuhanis menjadi tumpuan pihak media. Tengku Amalin bengang bila mendapat tahu Yuhanis mendapat jawatan penaung Paradiska. Tengku Zaril ingin mengupah bodyguard untuk memantau keselamatan Yuhanis. Pembantu rumah Tengku Zaril memaklumkan seperti ada orang sedang memerhatikan Villa mereka ditambah pulua kemalangan kecil Yuhanis dan Tengku Zarul. Keadaan ini membuatkan Tengku Zaril lebih berhati-hati. Penyiasat upahan Zul ,masih tidak dapat menjejaki Tengku Amalin. Angkara siapa Tengu Zaril masih menjadi tanda tanya. Syed Ammar menasihatkan Tengku Zaril agar menceritakan satu rahsia besar yang membuatkan semua orang membenci Tengku Zaril. Tengku Zaril juga mengupah bodyguard untuk keselamat Yuhanis. Yuhanis tak suka tetapi Tengku Zarul menasihatkan Yuhanis agar menerima keadaan ini. Yuhanis mengesyaki sesuatu tetapi Tengku zaril hanya mendiamkan sahaja perkara sebenar. Tengku Duratul marah mengapa Tengku Zaril risaukan Tengku Amalin seolah Tengku amalin terlalu special. Beranggapan secara positive pada Tengku amalin. Tetapi Tengku Zaril tetap berwaspada pada Tengku Amalin kerana Tengku Zaril tahu sikap Tengku Amalin. Kehadiran Tengku Amalin di pejabat mengejutkan Yuhanis.  

Episod 24
Tengku Amalin mengajak Yuhanis keluar jika Yuhanis ingin tahu perkara sebenar. Yuhanis terkejut bila Tengku Amalin menunjukkan satu sijil kelahiran dan nama anak itu ber bin kan Tengku Zaril. Yuhanis berlagak biasa bila Tengku Amalin pernah memiliki anak bersama Tengku Zaril dulu. Tengku Amalin nampak berjaya menakluki Yuhanis dengan ceritanya. Tengku Zarul cemas bila ternampak Yuhais keluar bersama Tengku Amalin. Tengku Zarul terus menghubungi Tengku Zaril dan mencari Yuhanis. Tengku Zaril marah , tetapi Tengku Amalin memberitahu Yuhanis patut tahu cerita sebenar cereta merka dulu. Ketika itu Yuhanis sudah terpangaruh dengan derita Tengku Amalin. Yuhanis banyak mendiamkan diri. Tengku Zaril bersama sahabatnya Syed Ammar. Dia buntu dengan keadaan ini. Syed Ammar juga simpati pada sahabatnya yang baru memiliki anak dan hidup bahagia bersama isteri kini diduga lagi dengan masalah fitnah yang disebarkan oleh Tengku Amalin. Tengku Zaril cuba kekuatan agar Yuhanis tidak terpengaruh. Kesangsian Yuhanis semakin hari semakin bertambah bila Tengku Amalin sering meracuni fikiran Yuhanis. Maisara menasihatkan Yuhanis agar tidak mempercayai Tengku Amalin kerana dia sengaja dan ingin melihat kehiduapan Yuhanis  musnah. Tengku Zarul dan Tengku Zaqif mencari jalan untuk membantu abangnya memulihkan keadaan yang semakin rumit. Yuhanis mencari sesuatu tiba-tiba Yuhanis terjumpa gambar Tengku Zaril dan Tengku Amalin didalam diari lama. 

Sedutan minggu ke 7 ( Episod 25 - 28 ) AKHIR 



Episod 25
Yuhanis balik kekampung awal untuk majlis perkahwinan abangnya Umar. Yuhanis dan Tengku Aryan balik tanpa ditemani Tengku Zaril. Kerana perang dingin mereka belum surut lagi. Bonda menasihatkan Tengku Zaril mengikut Yuhanis ke kampung. Tanpa pengetahuan Yuhanis Tnegku Zaril telah banyak menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan dalam majlis perkahwinan Umar. Yuhanis tidak suka bila keluarganya mengharap dan mengambil kesempatan terhadap Tengku Zaril. Pada Tengku Zaril pertolongannya ikhlas tidak mengharapkan apa-apa balasan. Tengku Zaril juga gembira bila dapat membantu kelaurga Yuhanis. Banyak perkara Yuhanis tidak suka . Bagi tidak mengeruhkan keadaan Tengku Zaril banyak mendiamkan diri. 

Episod 26
Tengku Zaril selamat dari lemas kerana panik Yuhanis terus marah pada Tengku Zaril. Abang Umar terkejut dan tidak menyangka Yuhanis boleh marahkan suaminya Tengku zaril begitu sekali. Menjelang kenduri perkahwinan Umar , banyak persiapan dilakukan . Semua adik beradik berkumpul. Selepas majlis nikah Umar , Tengku Zaril meletakkan Tengku Aryan didalam kereta. Tiba tiba Yuhanis menagis melihat Tengku Aryan hilang didalam kereta. Rupa-rupanya Niza ambil Tengku Aryan dari kereta. Perasaan lega bila melihat Tengku Aryan dalam keadaan baik. Selepas majlis Umar , Tengku Zaril dan Yuhanis sibuk dengan persiapan perkahwinan Tengku Zaqif. Tengku Amalin masih tidak berpuas hati , Tengku Amalin menghantar salinan sijil kelahiran yang kononnya anak Tengku Zaril dan Tengku Amalin pada Yuhanis . Yuhanis sakit hati bila melihat nama yang tertera dalam sijil kelahiran itu. Yuhanis tidak mahu dengar apa - apa penjelasan dari Tengku Zaril hingga pertengkaran berlaku. Tengku Zaril mendiamkan diri hingga Tengku Hazimi perasan akan perubahan anaknya. Semasa perjalanan  ke majlis resepsi Tengku Zaqif , Tengku Zaril membuat keputusan untuk berterus terang dengan Yuhanis. Segala cerita yang Yuhanis tertanya-tanya selama ini. Tengku zaril lakukan semua ini kerana maruah keluarga. Tengku Zaril tak mahu Yuhanis terus salah anggap pada suaminya lagi. Setelah tahu cerita sebenar Yuhanis memohon maaf dan Tengku Zaril berharap Yuhanis tidak lagi mengesyaki apa-apa terhadapnya. 

Episod 27
selepas Tengku Zaril menceritakan hal sebenar , hubungan Yuhanis dan Tengku Zaril menjadi lebih bahagia. Kebahagiaan mereka diperhatiakn oleh Tengku Amalin. Tengku Amalin menjadi sakit hati bila pelbagai rancangan untuk memisahkan Tengku Zaril dan Yuhanis tidak menjadi. Yuhanis berjanji tidak akan curiga lagi terhadap suaminya. Tengku Zaril juga merancang akan membawa Yuhanis bercuti selepas apa yang berlaku pada mereka. Tengku Amalin berpura-pura baik dan insaf dengan apa yang berlaku. Semuanya adalah ingin mengaburu perbuatan jahatnya. Yuhanis cuba bersikap terbuka bila berdepan dengan Tengku Amalin. Tetapi Tengku Zarul dan Tengku Zaqif tidak bersetuju , bila dengan Yuhanis melayan  Tengku Amalin dengan baik. Bila Tengku Amalin nampak Yuhanis boleh dipengaruhi Tengku Amalin mula bertindak. Tengku Amalin menuduh Yuhanis yang Yuhanis hanya hadir untuk mengikis harta Tengku Zaril. Tengku Zaril memberi amaran pada Tengku Amalin jangan ganggu isterinya . Tengku Zaril memberitahu Yuhanis jangan berjumpa Tengku Amalin. Tengku Zaril teringat kata - kata Tengku Amalin yang akan mengancam Yuhanis. Sejak kebelangan ini Yuhanis sering keletihan dan penat. Yuhanis lebih gemar tidur dan berehat dirumah. Suatu hari Yuhanis pulang kerumah awal. Dalam dia berehat tiba-tiba Yuhanis terkejut bila terdengar bunyi kaca pecah. Di waktu itu Tengku Zaril tiada dirumah .

Episod 28
Yuhanis tergerak hati pergi kedapur melihat apa yang terjadi. Yuhanis terkejut bila semua pembantu rumah sudah terbaring dan berlumuran darah. Tiba- tiba muncul dua lelaki , dalam pergelutan untuk cuba menyelamatkan diri , Yuhanis dipukul lalu pengsan. Tengku zaril dapat merasakan sesuatu yang buruk berlaku . Tengku zaril cuba menghubungi isterinya tetapi gagal. Sampai dirumah Tengku Zaril terkejut bila melihat Yuhanis sudah terbaring dilantai.Yuhanis dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan Yuhanis keguguran. Tengku zaril tidak menyangka kejadian itu adalah rancangan Tengku Amalin. Tengku Zaril menyalahkan dirinya kerana tidak menjaga Yuhanis dengan baik. Selepas kejadian itu , keselamatan Yuhanis dijaga sebaik mungkin. Dalam kawalan ketat Tengku Amalin mampu membolosi kawalan dirumah itu. Tengku Amalin masuk ke Villa dengan niat untuk membunuh Yuhanis. Nasib Yuhanis baik kerana Tengku Zaril ada dirumah. Tengku Zaril bersyukur Yuhanis selamat. Tengku Amalin disabit kesalahan . Kehidupan Tengku Zaril dan Yuhanis lebih bahagia . Kelahiran Tengku Airis Zahra menambahkan seri . Tengku Zaril mengharapkan cintanya pada Yuhanis hingga ke syurga . Yuhanis juga begitu kerana tiada insan lain yang bertahta di hatinya. 

Note :
Drama adaptasi ini melabuhkan tirainya. Tahniah pada semua yang terlibat.  Terima kasih pada yang singgah dan memberi komen tentang drama dan novel ini. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri. Saya memohon maaf mana yang terkurang.  

24 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Thanks sbb sudi buat review novel sy ni. Ini novel pertama sy yg sy sndiri thu bnyak kesilapannya. Dari segi olahan, bahasa..ehem! Haha
    Tak sngka juga novel sy terpilih utk diadaptasi. Mungkin ada yg faham apa yg sy cuba smpaikan & ada yg tidak. Sy masih dlm proses bljr memperbaiki mutu penulisan. In Shaa Allah, sy akan dpt memperbaikinya utk karya yg akan dtg. Semoga kita saling menyokong antara satu sama lain. Thanks a looottt! :) :)

    Nurain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam
      Terima kasih sudi singgah di blogs ini...
      Berbangga rasanya bila penulis sudi memberi komen di blogs ini. Tahniah novel ini terpilih di adaptasikan. Saya sentiasa menyokong penulis-penulis seperti Nurain.

      Delete
    2. salaM..tuan penulis,sy nk minx tuan poskn novel hasil penulisan tuan ini pd sy boleh x.??? Smpt bce smpi bab 32 shj..sggp spentkn waktu tdo slma 4jam nk bgi novel nie....novel HP dh mencuri hati sy...hrp tuan penulis dpt m'bls komen sy utk sy dptkn novel penulisan ini...

      Delete
    3. Walaikumsalam Zahariah
      Penulis novel tinggal jauh ... awak boleh beli novel ini dimana2 kedai buku atau pun beli secara online ada diskaun lagi.

      Delete
  2. Replies
    1. dah baca ke ??? kita tunggu sama-sama ... dramanya...

      Delete
  3. tahniah kpda penulis sebab novel ni bakal di dramakan.. mungkin drama ni akan meletop kan, sebab jalan cerita yang agak sweet dengan watak yang bermacam..

    ReplyDelete
  4. semoga drama HATI PEREMPUAN menjadi drama meletop..saya suka novel ni..TAHNIAH buat penulis..watak utama wanita dlm novel ni terbaik bagi sya

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang harap drama diadaptasi akan lebih meletop ...
      kita doakan agar semuanya terbaik ....Insyaallah ..

      Delete
  5. Replies
    1. Hai Faizatul ...
      Tak silap ada 84 bab .... kesemuanya....
      Terima kasih singgah ke blogs ini ..

      Delete
  6. Salam.
    Saya dh baca sedikit novel Hati Perempuan ni dalam penulisan2u.
    Memang daebak. Lain dr lain dari segi narration dan olahan watak.
    Cuma bila saya baca novel dlu then baru tgk drama..saya rasa novel lg best.
    Drama ni jln cerita lain sikit dr novel..
    Apapun, nk tnya.. kt mana boleh saya bli online novel ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ...
      terima kasih singgah ke blogs review ini
      kalau nak beli novel ni kat p2u.com ada diskaun RM3.00 lagi .

      Delete
    2. Kat kdai buku ada x novel ni

      Delete
    3. Novel ni ada jual dimana-mana kedai buku. tak pasti laaa sekarang sebab semua orang mencari novel ini ....kalau kadai buku yang besar pasti ada .

      Delete
  7. Salam...
    Tahniah buat penulis. Saya suka tgk drama ni.
    Insya allah saya akan beli novel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam...
      terima kasih singgah di blogs review ini ...

      Delete
  8. Salam..
    Tahniah akq Nurain..semoga lps ni bykkkan menulis novel2 yg membuat hati pembaca lebih tersentuh..terbaik..haha..sy slh satu peminat setia novel..tapi disebabkan bz dgn kerja tak sempat nak beli novel Hati Perempuan..excited rasanya..sy doakan all the best utk akan datang..insya allah..
    #eizzara eizzaty-sy follow blog awak sejak awak buat blog SETIA HUJUNG NYAWA..hee btl ke..kalo tersilap sory..byk kan lg menghasilkan blog utk novel2 yg akan dtg..gud luck for u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam ...
      Terima kasih singah dan follow blogs ini ... Yup betul SETIA HUJUNG NYAWA. kerana novel itu juga blog Eizzara-eizzaty ni lebih dikenali sebanagi blog review . Maaf apa yang terkurang ...

      Delete
  9. assalamualaikum sis nurain..sya suka review dlm blog ni..hope dpat smbung utk next episod yer..thank u..wish u luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Hanna
      Nurain tu penulis novel ... saya bukan penulis novel Hati Perempuan ni... Saya hanya penulis review novel yang saya baca ... terima kasih singgah di blogs review saya ni ....

      Delete
  10. Asalam macam mana nk dpt kan novel hati perempuan sbab dipasaran dh x dk jual

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum Wr... Wb...
    Buat penulis novel ini yaitu Nur Ain Al - Abbas, saya pribadi mengucapkan terima kasih.
    saya sangat suka sekali dengan novel ini, bahkan film nya berkali kali saya nonton bahkan suami saya pun saya ajak menonton
    kisah ini sangat bener2 mendidik sekaliapa lagi buat sang suami yang harus begitu sabar menghadapi sikap istri
    hayanis ini sifat nya sama seperti saya, sedangkan zaril lebih kurang sama seperti suami saya
    sekali lagi terima kasih untuk penlis, karena sudah menambah ilmu dalam berumah tangga walau hanya dalam bentuk tulisan dan audio visual

    ReplyDelete