Tuesday, 12 April 2016

BASIKAL TUA



Lebih kurang 4.30 petang 18 Mac 2016 yang lalu , aku menerima panggilan dari kak Nor menyatakan Abang Din telah pergi buat selamanya. Aku seperti kuat bila menerima berita itu walahal hati aku merintih. Perjalanan pengurusannya amat mudah dan dipermudahkan. Jam 7.00 petang segalanya telah selesai.

Kini tiada lagi abang yang menanti kepulanganku. 
Kini tiada lagi abang yang mencium dan memelukku setiap pulangku kekampung.
Kini tiada lagi bebelan abang bila aku tidak pulang kekampung. 
Kini tiada lagi dengar abang yang memanggil aku ADIK.
Kini tiada lagi abang yang mendengar keletah.
Kini tiada lagi senda gurau dari abang .
Dan kini yang tinggal basikal tua tanpa tuan.

Dulu abang din lah yang akan membawa aku dengan basikal tuanya bersiar-siar sekeliling kampung. Siapa yang tidak kenal dengan Din dan basikal. Mungkin kini basikal tua dianggap lama. Tapi pada abang din basikal tuanya penuh kenangan. Dia juga membawa arwah mak kemana saja. Abang din menghabis masa dan usianya berbakti dengan arwah mak. Dialah anak dan dia juga umpama ketua keluarga bila arwah ayah meninggal ketika kami adik beradik masih kecil. Abang din sanggup berkorban kasih demi arwah mak dan adik-adik. 

Setiap kali abang din masuk ke hospital , Abang din pasti akan bagi tahu keadaan dirinya. Mungkin dia tidak mahu adik risau. Tapi kali ini tiada panggilan dari abang din lagi. Abang Din bersemadilah dengan tenang . Abang din sentiasa dihati adik. Adik akan simpan semua kenangan - kenangan bersama Abang din dan tak akan pernah lupa. Al-fatihah untuk Mohd Nordin Bin Asmuni. Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya. 


No comments:

Post a Comment