Monday, 2 May 2016

ROSYAM NOR IMPIAN JUTAWAN ANAK SETINGGAN

" Kebetulan belum cukup untuk menjadi kenderaan menuju kejayaan". aku ada rahsianya


 Siapa yang tidak kenal dengan pelakon terkenal dan pengarah drama dan Filem tanah air. Saya terpanggil untuk memiliki senaskah buku kisah hidup beliau sebelum kejayaan yang dimiliki sekarang ini. Semuanya bermula selepas menonton Inspirasi Hlive disaluran Astro minggu lalu.  Mungkin ramai orang tidak sedar Rosyam nor yang tidak membabitkan diri didunia lakonan beliau menceburi bidang pertanian dan ternakkan. 

Saya cukup kagum melihat beliau gigih untuk berjaya walaupun beberapa kali gagal. Kegagalan semalam membuat dia bangkit hingga ke hari ini. Saya menjadikan Rosyam nor sebagai idola saya untuk berjaya. Saya tidak menyangka saya akan berjumpa dengan Rosyam Nor sangat mudah. Itulah orang kata kalau nawaitu itu baik segala urusan dipermudahkan. 

Buku mengisahkan kehidupan Rosyam nor dijual senaskah RM 24.90 sahaja . Tetapi saya antara pembeli yang mendapat harga durian runtuh RM 15.00 dan mendapat tandatangan dari beliau sendiri. Buku yang mempunyai ketebalan 200 muka surat penuh dengan kisah kehidupan dan kejayaannya. Setiap kejayaan tidak datang bergolek . Jom ikuti kisah benar Rosyam nor didalam buku Impian Jutawan anak setinggan. 

Sedikit sinopsis 
Berapa ramaikah antara kita yang terpaksa berkongsi berus gigi satu keluarga? Atau pernahkah ibu kita terpaksa mengambil upah membasuh pakaian jiran demi mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya yang disayangi? 

Ikhlasnya, cerita sedih ini bukan rekaan tetapi satu realiti dalam kehidupan aktor Rosyam Nor satu ketika dahulu. Bermula sebagai budak setinggan, dia kini menjadi seorang jutawan apabila berjaya dalam bidang lakonan serta menerbitkan pelbagai drama bermutu. 

Malah Rosyam juga tidak percaya bangunan RTM yang satu ketika dahulu pernah dimasuki secara curi-curi untuk menonton Hiburan Minggu Ini, telah berjaya dimasukinya secara sah sebagai artis dan pengacara. 

Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohammad Noor Shamsudin merupakan seorang role model untuk pelakon muda dan pembaca lain dalam bidang kerjaya, gaya hidup berdisiplin dan cara menghadapi cabaran untuk berjaya.

Mengakui telah melalui pelbagai rintangan sepanjang hidupnya, pelakon berusia 49 tahun ini telah berkongsi segalanya dalam autobiografi yang bertajuk, Impian Jutawan Budak Setinggan.

Menerusi buku ini, Rosyam Nor mencerita segala yang dihadapi olehnya sehingga berjaya dan dia berharap agar perkongsiannya ini akan menjadi pengajaran kepada pembaca.

“Pembaca akan mengetahui kisah hidup saya, yang pada dasarnya adalah perjalanan yang membawa saya ke sini. Saya bangga untuk berkongsi perjalanan ini dengan peminat kerana siapa tahu, mungkin terdapat beberapa pengajaran yang berguna bagi mereka.



 Sedikit kenangan bersama Rosyam Nor semasa di MAEPS Serdang 1/5/2016 yang lalu. 

No comments:

Post a Comment