Sunday 22 September 2013

NOVEL SEINDAH HUJAN CINTA



Takdir telah memilih aku sebagai temanmu.... 
Tapi mampukah kau setia memayungi aku setiap kali aku memerlukan?

Saya membeli novel ini dari rakan FB yang menjualnya pada saya. Seindah hujan cinta novel setebal 539 muka surat ini menceritakan hidup bermadu dan poligami. Saya tahu madu itu manis tetapi bermadu siapa nak jawab..... Ada part-part yang menyentuh hati membolehkan kita menitiskan air mata. Saya suka novel ini ada kelainan bukan cerita cinta yang biasa kita dengar bukan kahwin paksa yang banyak dipasaran. 

Novel ini menceritakan Aneesa yang bercita-cita melanjutkan pelajarannya ke universiti tidak kesampaian ini berikutan Aneesa terjerat dalam rancangan kakak angkatnya Zarita. Zarita anak Tuan Malim dan Puan Zarina ia juga merupakan keluarga angkat Aneesa dan majikan maknya berkerja. Tuan Malim sekeluarga tidak pernah menganggap maknya adalah pekerjanya malah menganggap sebahagian dari keluarga mereka. Zarita yang sudah berkahwin 5 tahun yang lalu dengan pasangannya Wasim masih belum dikurniakan cahaya mata. Kerja sebagai Model Zarita tidak mahu melahirkan anak kerana takut akan mengganggu impiannya sebagai Super Model yang terkenal. Demi memenuhi permintaan suaminya Wasim, Zarita membenarkan Wasim berkahwin lain untuk mendapatkan zuriatnya tetapi perempuan itu mestilah perempuan pilihan Zanita. Cadangan Zarita memilih Aneesa sebagai pilihannya ditentang oleh keluarganya. Paling mengejutkan Aneesa sendiri membuat keputusan untuk menerima cadangan Zarita. 

Pernikahan berlangsung dikalangan keluaga sahaja. Aneesa dibawa ke rumah kediaman Wasim dan Zarita. Disitu kehidupan Wasim dan Aneesa bermula. Hubungan tanpa secalit cinta pada lelaki yang dianggap suami pada kakaknya itu membuatkan Aneesa rasa kekok untuk hidup bersama. Zarita yang sibuk aktiviti modelingnya membuatkan Aneesa mula sudah jatuh cinta pada suaminya. Segala kelengkapan diri , makan minum suami disediakan oleh Aneesa. Perkara ini dikongsikan bersama abang susuannya Zamirul. Sikap Wasim yang terlalu cemburu dan cepat marah membuatkan Aneesa selalu dimarahi jika ada yang tersilap. Ini juga membuatkan Aneesa takut untuk berterus terang. Wasim tidak menganggap Aneesa wujud jika Zarita ada dirumah. Wasim juga merahsiakan hubungannya dengan Aneesa membuatkan jiran tetangga mula membuat fitnah lalu mereka ditangkap khalwat kerana salah sangka . Aneesa sekali sekala berkecil hati dengan keadaan itu.

Aneesa diajak pulang ke kampung Wasim. Kehadiran Aneesa tidak disenangi oleh mak mertuanya. Mak Yon menganggap isteri kedua adalah perampas. Tanpa usul periksa Aneesa terdera dengan kata-kata kesat mertuanya yang tak boleh menerima dirinya sebagai isteri kedua anaknya itu. Zarita tak pernah mengambil tahu bagaimana perhubungan Wasim dan Aneesa hingga Zarita terlihat kemesraan didepan matanya sendiri. Kerana rasa cemburu Zarita nekad untuk mengandung. Keputusan kehamilan Aneesa amat menggembirakan tetapi disimpan rapi kerana Zarita juga turut mengandung. Kelancangan Wasim mengatakan tidak perlukan anak dari Aneesa membatal hasrat Aneesa untuk memberitahu Wasim tentang kandungannya.

Wasim terus melupakan Aneesa demi menjaga Zarita yang mengandung. Rahsia yang tersimpan terbongkar bila Aneesa pulang kerumah orang tuanya. Wasim marah dan mengatakan Aneesa sengaja memberitahu keluarganya yang dia suami yang tidak bertanggungjawab. Pertengkaran Aneesa dan Wasim di hidu oleh keluarganya. Tuan Malim marah dengan sikap menantunya. Wasim hanya mampu berkata  manis dan tak mampu untuk berlaku adil membuatkan Aneesa terus terasa terpinggir. Keadaan itu lebih teruk bila Zarita dan Aneesa dibawa ke kampung keluarga Wasim. Aneesa terus bersabar dengan kerenah Mak mertuanya yang melebihkan Zarita dari dirinya. Entah bagaimana Aneesa ditikam oleh penagih dadah semasa mencari barang dikereta. Aneesa terus diduga , Bayi yang dilahirkan tidak bertahan lama. Abdul Wafie meninggal pada hari kesembilan . Selepas kejadian itu Aneesa menumpang kasih bila Zarita melahirkan Aina Sofea. Zarita kembali aktif dunia modelnya selepas habis pantang dan meninggalkan Sofea membesar bersama Aneesa. Zarita mengambil ubat kurus hingga memudaratkan kesihatannya. Ini berpunca Zarita kelihatan gemuk selepas bersalin. Zarita meninggal dunia akibat kesan ubat yang diambilnya secara berlebihan. 



Sinopsis dari kulit novel

"Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dapat aduan yang kamu berdua tinggal bersama di sini bila isteri awak tak ada. Betul?” 


Walaupun Wasim sedaya upaya merahsiakan hubungannya dengan Aneesa, namun pada malam itu mereka tertangkap juga akhirnya. Mereka memang tidak bersalah dan telah difitnah! Kalau Wasim tidak merahsiakan hubungan mereka, pasti perkara memalukan seperti ini tidak akan berlaku. 


“Rajin juga abang menolong kerja dapur ya! Kalau kat rumah jangankan nak tolong, kalau boleh makan pun nak bersuap.”

“Pernah ke abang suruh Nisa suapkan?”

“Memanglah tak pernah suruh Nisa. Tapi kalau dengan Kak Rita tu bukan main manja lagi.”

“Alah kalau abang suruh, Nisa bukannya nak suap pun. Garang sangat! Silap-silap, Nisa tenyeh-tenyeh mulut abang nanti.”



Aneesa memang sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku sebaik saja dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Wasim. Demi kasih sayangnya terhadap Zarita, Aneesa merelakan dirinya. Walaupun ramai pihak yang menentang, namun Aneesa menyerahkan segala masa depannya bersama Wasim kepada Yang Maha Esa. Apa pun yang berlaku, dia harus menghadapinya. 

“Kalau dia berkenan… abang nak bagi Nisa dekat dia?”

“Minta tolong sikit aaa... Isteri abang lawa-lawa macam ni, dia jangan nak buat pasal! Kalau dia tenung pun abang korek biji mata dia, biar buta macam Kasim Selamat.”

“Kalau macam tu Nisa tak nak pergilah, nanti tak pasal-pasal abang masuk penjara sebab korek biji mata orang.”

“Huh! Nisa ingat dia nak biar saja ke abang korek biji mata dia tu. Silap-silap abang dulu yang jadi Kassim Selamat.”

Semakin lama, cinta yang cuba dipupuk akhirnya mekar bak bunga di dalam taman. Aneesa boleh menarik nafas lega meskipun Wasim selalu lupa akan janji-janji yang telah dipatrinya.
Adakah akhirnya janji Wasim dulu untuk menjaga Aneesa dengan baik dan adil akan ditunaikannya? Atau… adakah janji itu akan dilupakannya

Petikan - petikan yang menarik dalam novel 
Impiannya
"Hah! Nisa dah daftar?" soal Tuan Malim , menarik minat wajah-wajah orang disekelilingnya.
""Daftar apa, papa?" soal Aneesa yang kurang faham.
"Daftar jadi penganggur sementara!" serentak itu. mereka ketawa berderai.
"Papa ni! Ingatkan daftar kursus nikah tadi," ujar Aneesa slamba.
"Amboi! Gatal juga anak dara papa ni. Belajar tak habis lagi, dah ingat nak kahwin. Dah ada calon ke ?" usik Taun Malim lagi.
"Mana ada . Semuanya belum cukup umur,pa! Tapi kalau nisa betul-betul nak kahwin, parahlah poket papa nanti. Sebab nak buat wedding of the year, nak ada flower girl ramai-ramai ederet ikut kat belakang Nisa, bunga banyak- banyak.."
"Amboi suka hati dia nak memerintah papa. Ingat papa tu mesin cap duit? Kalau nak wedding of the year, belajar tinggi - tinggi , cari duit banyak-banyak, belanjalah berapa banyak pun tak ada yang nak larang! Nak buat pelamin kat kayangan ke kat dalam laut ke nak ikan duyung jadi flower girl ke .... semua boleh!" Ketawa Aneesa berderai lagi, geli hati pula dengan kata-kata Mak Mah.
"Wah! Mak punya imaginasi ni boleh tahan juga ya. Good idea. Nanti nisa pertimbangkan untuk jadikan ikan duyang sebagai flower girl." Mak Mah dan yang lain juga turut ketawa. Memang takkan menjadi kenyataan pun!

Impian Wasim untuk mendapat anak bersama isteri tercinta hampa tapi Zarita membuat cadangan Wasim berkahwin lain demi memenuhi impiannya dengan syarat perempuan itu pilihannya.
"You gila ke , Hah?" Kedua-dua belah pipi Zarita dipegangnya. Dia tidak percaya langsung dengan apa yang didengarnya tadi.
"I atau you yang gila? Yang you macam nampak hantu ni , kenapa? Patutnya you suka bila I suruh you kahwin, Kenapa terkejut pula?" soal Zarita yang sudah mula ketawa kecil.
"Atau you cuma buat-buat terkejut saja..."
"Rita! Jangan nak menguji I. I/m serious. Itu bukan cara nak selesaikan perkara ni. I nak you yang lahirkan anak untuk I, bukan I nak anak dari orang lain."
"Kenapa tak boleh selesaikan masalah pula? You kahwin lain, dapat anak, selesai masalah, kan?"
"Lepas dapat anak , I nak buat apa dengan isteri baru I tu? You tak takut kalau kasih sayang I berubah untuk dia? You tak takut kalau I tak sayangkan you lagi? Mudahnya you nak selesaikan masalah sampai sanggup nak berikan I pada orang lain!" Wasim menyandarkan tubuhnya ke sofa. Hati kecilnya mula terasa. Begitu pentingkah perkerjaan Zarita hingga dia sanggup mengorbankan kasih sayangnya kepada orang lain.
"I tahu kasih sayang you tak akan berubah. I tahu you terlalu sayangkan I, sebab tu I sanggup berkorban untuk you. Tapi ada syaratnya..."
"No, Rita. Tak mungkin. Tou memang dah gila. Apau syaratnya itu tak mungkin.." Wasim merenung wajah Zarita yang tersenyum manis dihadapannya. Tidakkah ada rasa cemburu dalam diri wanita itu? Ah! Ini memang gila. 
"Dengar dulu syarat I! Perempuan tu mesti kena post - mortem dengan I dulu. You kena dapatkan persetujuan I sebelum kahwin. Lebih baik kalau I yang pilih.."
"You nak pilihkan?" Terbeliak mata Wasim pada kali ini. Dia merasa Zarita sudah semakin mengarut.
"No, no, no! nanti you pilihkan yang ... eee... seram I. Enrah-entah pilihakan mak Indin untuk I nanti. Silap-silap siap dengan pekak, bisu, jalan pun senget."
"Oooo! JAdi you nak pilih yang lawalah, yang bergetah? Hmm! Gatal!" Tubuh Wasim mula menjadi bahuan cubitannya. Bukannya sakit pun , cuma cubit- cubit sayang!
"Ehh! Bukan I yang nak kahwin, you yang bagi cadangan. Nak marahkan I pula. " Pantas tangan Wasim menahan jari-jemari Zarita yang ligat mencubit tubuhnya itu.


Atas dasar percaya Zarita memilih Aneesa sebagai calon isteri untuk suaminya
"Sebab boleh percayakan Nisa lah kak RIta pilih Nisa untuk jadi isteri Abang Ash Nisa tu.."
"Kak Ri ..ta!" Membulat mata Aneesa. Sama bulat dengan mulutnya yang melopong luas. Tuan Malim, Puan Zarina dan Mak Mah juga turut terpempan. Jawapan Zarita tidak pernah terlintas dalam benak fikiran mereka. Mustahil Aneesa yang dimaksudkannya!
"Kak Rita jangan main-main, boleh tak? Nisa dan Abang Ash dah bincang yang dia tak mahu kahwin dan Nisa pun tak akan tolong carikan isteri untuk dia."
"Siapa yang main-main? Abang Ash pun dah setuju." Serius wajah Zarita membuatkan semua yakin yang dia tidak main-main.
"Dia setuju?" Berlipat seribu dahi Aneesa. Bari semalam Wasim menjelakan yang dia tidak mahu berkahwin dengan sesiapa, tapi pada hari ini sudah lain pula ceritanya.
"Kak Rita dan suami Kak Rita tu memang gila. Kenapa nak libatkan Nisa? Kak Rita... argh! Mak , papa... kenapa dengan kak Rita ni? Nisa tak naklah jadi isteri nombor dua, macam Nisa ni tak laku sangat, desperate sangat nak bersuami. Eeee, gilalah!" Aneesa mula hilang punca. Hilang kata-kata. Serabut otaknya memikirkan merenah Zarita dan suaminya. Boleh pula Wasim bersetuju dengan idea gila Zarita itu!
"Mak mah , papa , mama... Rita dah fikir masak-masak. Rita tahu ini bukan perkara main-main. Tapi Rita yakin pada Nisa. Hanya ini harapan Rita."
"Tapi papa rasa apa yang Rita dan Wasim buat ni tak kena. Papa tak setuju. Kami semua tak setuju!" Tegas bicara Tuan Malim menentang hasrat Zarita.

Kerana simpati dan ingin membals jasa, Aneesa bersetuju untuk berkahwin.
"Mak , papa, mama , Abang Rul..." pangil Aneesa sambil memerhati wajah seorang demi seorang di hadapannya itu. "Nisa dah buat keputusan, Nisa akan kahwin dengan Abang Ash."
"Jangan Nisa!" tentang Mak Mah keras. Dia sudah mula teresak-esak. Dia tidak dapat menerima keputusan Aneesa walau apa sekalipun alasannya. Dia tahu keputusan yang dibuat oleh Aneesa akan membakar dirinya sendiri.
"Mak tolong jangan halang Nisa. Tolong faham Nisa dan Nisa nak semua orang tolong doakan kebahagiaan kami."
"Mama tak setuju!" bantah Puan Zarina pula. "Maslah ni dia orang yang timbulkan, pandai-pandailah dia orang selesaikan sendiri." 
"Tak usahlah Nisa . Nisa dan Rita , dua-dua anak papa. Papa tak nak siapa-siapa pun kecewa." Walaupun Aneesa bukan anak kandungnya, Tuan Malim tidak mahu Aneesa menanggung beban dan berkorban demi Zarita. Dia tidak akan berpihak kepada Zarita dan menyokong rancangan gilanya itu.

10 comments:

  1. baca novel ni bersulam dengan airmata.. sedih n kecian kat aneesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini novel lama..... ingat tak best, akak tak pernah baca tak blog atau pun di penulisan2u. baru dapat minggu lepas bila baca wow!!! memang best . Bila watak Aneesa tu adalah kita kolam airmata tak mampu dibendung lagi. memang kesian tpi kerana ke ikhlasan dan kesabaran itu Aneesa akhirnya mendapat pancar pelangi indah dalam hidupnya.

      Delete
  2. baca review akk pun best. ni novel terbitan taun bila ni kak. kalau ada ulang cetak, mungkin senang dpt lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel tahun lepas... Ein boleh beli kat karyaseni online. tak terlintas nak beli sebenarnya , takut cerita tak best ... kalau baca sinopsis tu tak menggambarkan cerita. bila dah baca baru tahu. akak cadangkan untuk Ein dapatkan novel ini sebagai koleksi peribadi. Ambil iktibar dan pengajaran dari jalan cerita novel ini.

      Delete
    2. orait. nanti boleh order sekali dgn novel lain. baru je beberapa hari lepas order kat ks.

      Delete
    3. oooo ye ke ... tak pe... buat list lain .. hehehehheh

      Delete
  3. mo tanya apakah msh ade novel ini lg?dan berapa pula harganya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ratnajulia terima kasih singgah di blog akak ni ... sebenarnya akak tak jual novel .. Boleh beli online atau pun kedai2 buku berdekaan ....

      Delete
  4. Menarik!! Bolh cari di chapter96 bookstore ni (fb)

    ReplyDelete