Tuesday, 23 December 2014

NOVEL HANTU PUNYA BOSS

Walaupun perangai macam hantu , but I love you !

Dah lama tak upload review , sebenarnya banyak novel yang saya baca tapi tak sempat nak up lagi. Baru baru ni saya baca novel Hantu punya Bos!. Cerita ini memang kelakar gila . Novel ini saya beli rakan FB yang sudi menjualnya. Novel anak kelahiran Pahang ini mempunyai 592 muka surat. Saya mengkategerikan ini adalah novel santai dan bersahaja. Saya suka dengan kisah Abby yang suka melatah . Tak kering gusi ketawa.  Ini review edisi saya. 

Diela rakan serumah Abby selalu mengeluh dan merungut keadaan dipejabat.  Boss yang memang hantu. Kerana tak tahan dengan jerkah dan amukan majikannya Diela mengambil keputusan untuk berhenti. Diela yang masih mengganggur mengambil keputusan untuk mengambil keputusan untuk menggantikan tempat Diela. Semua ini berlaku kerana dia terdesak memerlukan wang . 


Sepanjang Abby bekerja dengan Arrayyan, dia sering dijerkah dan ini mengakibatkan Abby sering melatah kerana terkejut. Pelbagai kerenah boss terpaksa dihadapi sehingga tertampar boss sendiri. Lama kelamaan Arrayyan selesa berkerja dengan Abby. Sikap celoteh Abby memikat hatinya.

Arrayyan membawa Abby ke Melaka, kononnya outstation selama 3 hari. Sebenarnya kerja tersebut selesai dalam masa sehari je. Hari yang selebihnya ialah masa untuk Arrayan memikat hati Abby. Sangat melucukan, mencuit hati dan menghiburkan.

Hubungan mereka goyah apabila Wandi muncul menagih kasih. Lebih menyakitkan hati bila Arrayyan percaya kata-kata Wandi tanpa menerima penjelasan dari Abby. Abby dihina tanpa disiasat terlebih dahulu.

Segala persoalan terjawab bila Arrayyan bertemu Abby dihospital. Arrayyan tidak menduga Wandi sanggup menfitnah Abby. Penyesalan mengundang pada Arrayyan , edisi pujuk memujuk pun bermula hingga rakan sekerja Azham dan Suzzana merencana sesuatu demi menyatukan Abby dan Arrayyan.

Sinopsis dari kulit novel
BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 

“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula. 

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?




4 comments:

  1. tak sabar nak tgk cerita ni di slot iris...sekarang tengah shooting kat laman pengantin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah ... kita tunggu kemunculan drama ini ..

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih singgah Nanthini
      maaf akak bukan penulis dan bab 17 memang tak de di blogs ini

      Delete