Friday 17 August 2012

NOVEL PENJARA RINDU




Biarlah aku babas mencintaimu
kerana rinduku tidak sanggup terpenjara lagi..

Novel setebal 644 memang menghiburkan. Nia Arissa atau nama sebenar Umi Sara terbitan Kaki novel keluaran akhir 2010. Rentetan hidup Farisya Hani seorang pelajar Universiti tahun akhir terpaksa menerima lamaran dari pak long yang banyak menolong keluarganya demi menutup malu Dato Razlan. Disinilah bermulanya cerita... Haziq Denial seorang yang ego dan selalu memaksa mengikut kehendaknya terpaksa akur kehendak keluarga menerima Farisya sebagai ganti kerana bakal isteri yang telah lari mengikut lelaki lain .  Walaupun hubungan mereka tidak berapa baik pada mulanya. Dengan berlakunya beberapa insiden perasaan cinta hadir tanpa sedar. Di universiti Farisya ramai peminat lelaki terutama Aswad rakan sekuliah ini membuatkan Haziq rasa cemburu. Tanpa disangka dahulunya Aswad rakan sekuliah kini Aswad juga menjadi rakan sepejabat. Suatu hari Haziq pergi ke pejabat Farisya untuk membuat kejutan tetapi Haziq pula dikejutkan melihat Aswad dan Farisya adalah rakan sekerja. Haziq rasa dirinya tertipu dan menganggap Farisya sengaja menyembunyikan hubungannya dengan Aswad. Bagi Farisya, Aswad adalah rakan sekerja tak lebih dari tu. Selepas kejadian itu hubungannya Farisya dan Haziq menjadi renggang. Dalam kekeruhan rumah tangga mereka hadir Tiara yang sentiasa menagih kasih dari Haziq yang tidak pernah dibalas. Tiara mengambil kesempatan diatas kekeruhan rumahtangga Haziq. Dengan kuasa sihir yang digunakan oleh Tiara Haziq terus dibuai hingga melupakan Isterinya. Paling sedih bila Haziq sanggup menceraikan Farisya dengan talak 3 disaat farisya ingin memberi tahu bahawa mreka akan menimang cahaya mata. Farisya keguguran semasa jatuh mengejar Haziq. Farisya menjadi gila kerana tekanan kehilangan anak dalam kandungan dan suaminya. Aswad yang tidak putus-putus membantu Frisya memberi semangat . Aswad tahu Cintanya tidak pernah berbalas kerana cinta Farisya hanya untuk Haziq .
sinopsis novel ini
Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini lelaki lain di saat-saat akhir majlis akan berlangsung. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.

Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.

Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya. Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara. Masih adakah peluang kedua untuk mereka? Atau… adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?


Petikan-petikan yang menarik dlam Novel ini.
Farisya ingin menyiapkan tugasannya secepat mungkin. Dia tidak mahu tertanguh lagi. Hampir tiga jam dia duduk dibangku perpustakaan seorang diri. Tiba-tiba datang seorang junior menegurnya 
"Kak Farisya ,kan? Tadi ada orang cari akak. Kak Nisa yang suruh saya pass note ni pada akak." Farisya menyambut huluran nota daripada pelajar junior tersebut.




Balik cepat. Haziq dah dua jam tunggu kau dekat bawah.
Aku keluar dengan Sharul.
Kami nak beli barang untuk tesis aku.
~ Nisa

Farisya melipat kembali nota yang dikirim oleh Anisa. Di fikirannya terbayang wajah Haziq yang dingin. Lambat-lambat dikemas buku-bukunya. Apa lagi yang diinginkan lelaki itu darinya.
"Apa lagi laaa yang dia nak ni? Tak habis-habis nak ganggu hidup aku," rungut Farisya perlahan.
Dari jauh lagi Haziq dapat melihat Farisya berjalan kearahnya. terubat seikit rindu dihatinya. Namun senyumannya tidak lama apabila terlihat kelibat Aswad berjalan dibelakang Frisya. Tiba-tiba perasaan cemburu manguasai mindanya. Tiada lagi sara rindu yang menggamit jiwa.
"Ada apa nak jumpa?" Farisya berdiri dihadapan Haziq. Tiada terdetik dihati untuk menatap wajah lelaki itu.
"Kau kemana tadi? Kau tahu tak berapa lama aku tunggu kau dekat sini.Kua ingat aku tunggul ke?" marah Haziq membuat Farisya tersentak. Bukan pujuk rayu yang diucapkan, hanya amarah yang tak berkesudahan.
"Yang awak marah saya ni kenapa? Kenapa tak cll dulu sebelum datang? Sengaja nak susahkan diri tu buat apa? Takade siapa suruh pun," balas Farisya. Garem dengan sikap Haziq yang masih tidak berubah.
"Kamu jumpa budak tu lagi,kan?" 
Farisya menjeling tajam.'Budak' yang dimksudkan oleh Haziq pastilah Aswad. Tak semena-mena pula bertanyakan soal itu. Atau dasar apa pula Haziq bertanyakan tentang Aswad?
"Budak mana pulak ni? Awak jangan nk tuduh saya yang bukan-bukan," bidas Farisya selamba.
"Janagn nak buat-buat tak tau pulak. Ingat! Aku tak mahu kau ada apa-apa hubungan pun dengan lelaki lain. Tolong jaga nama baik aku sama," tegas Haziq. Mungkinkah dirinya terlupa bahawa bahawa Farisya dan Aswad belajar di fakulti yang sama.
"Hubungan apa pulak ni?? Jangan nak main-main la. Saya tak ada masa nak dengar awak merapu. Ada apa sebenarnya ni?"
Haziq merenung Farisya. Kemarahannya masih belum reda. "Kenapa kau call mama selalu? kau nak mngadu pasal aku ke?" Farisya mengrutkan dahinya. Sudahlah fikirannya berserabut dengan assignment yang tak pernah habis, kini ditambah pula dengan soalan  yang bukan-bukan dari suaminya. Makin saratlah kotak fikirannya. Entah yang mana patut diberi lebih perhatian. Dirinya buntu.
"Tak ada makna saya nak mengadu pasal awak kat mama. Mama yang suruh call selalu. Yang awak nak sibuk ni kenapa?"    
"Aku bukan nak sibuk. Tanya aje. Dah, masuk,"" arah Haziq. Suaranya tidak setinggi tadi.
"Nak ke mana?" soal Farisya pendek.
"Balik rumah la. Nak ke mana pulak? Mama asyuk tanya pasal kau. Lemas aku dibuatnya." Farisya tersenyum. Baru dirinya ahu akan tujuan lelaki itu berada dihadapannya.
"Okey, kalau macam tu saya balik lilik sekajap nak ambil barang sikit." Farisya meminta izin.
"Tak payah. Baju dekat rumah kan ada. Nak ambil apa lagi?" Bantah Hazi membuatkan Farisya geram. Ada saja yang tak kena dengan lelaki ini.
"Saya nak ambil penuci muka la. Sya ada satu aje,"" jelasnya.
"Jangan nak mengada-ngada. Beli je yang lain." arah Haziq yang sudah berada didalam perut kereta.
What?! Mengada-ada? Dia akpa aku mengada-ada? Dalam wajah mencuka Farisya masuk kedalam kereta Haziq. Benci kerana dirinya sering didesak. Walhal, perkara itu boleh dibincangkan. "Kenapa tak call aje? saya boleh balik sendiri. Tak payah nak datang sini jemput saya." Haziq menghidupkan engin keretanya.
"Kalau tak dijemput, maunya kau nak balik? mama pun dah bising sebab selalu sangat kau berdalih." Farisya terkedu kera terperangkap. Kanoi... memang dirinya selalu memberi helah. Helahnya untuk tidak bertemu mata dangan suaminya. Hatinya lebih aman ketika barada di Hostel. Hatinya taj gera, mata pun tak sakit. "Mana ada? Awak sengaja buat cerita,kan?" Suara manja Farisya bagaikan salji serentak membuat hatinya mnjadi sejuk. Haziq mengulum senyumnya. "Aku cakap benda yang betul.Lagi satu, bila last exam?"
Haziq menumpukan perhtian ketika mmandu. Jalan raya ketika itu sedikit sesakdengankenderaan yang berpusu-pusu keluar dari pusat bandar.
"Lagi dua bulan. Lepas tu kena baut praktikal dekat sayrikat papa?"
"Lepas habis aje exam, aku nak kau baut praktikal dekat syarikat papa." Farisya mengerling suaminya. Nampaknya masih ada lagi perkara yang harus dituruti, Tak habis-habis lagi ke laki sorang ni nak una kuasa veto dia? Meluat betul la!
"Kenapa dekat syarikat papa? tak nak la. Saya tak nak orang cakap saya ambil kesempatan pulak."
"Aku tak suka kau bantah cakap aku." Haziq menekankan suaranya. Dia ingin mengawal pergerakan Farisya. Tidak mahu Farisyamenjauhinya. Itulah misi utamanya.
"Saya tak nak , Saya pun tak suka orang paksa-paksa saya."
'angan degil boleh tak? kenapa kau suka sangat bantah cakap aku? Kau tahu apa hukumnya seorang isteri yang membantah cakap suaminya?"
Farisya mencebik. Watak Haziq sering berubahpubah. Sekejap penyayang. Sekejap pemarah. Sekejap erlalu ambil berat. Pening Farisya dibuatnya. Tu aje laaa modal kau... asyik nak ugut aku aje. Bengan betul, marah hati Frisya. "Benci awak.."
Akhirnya Farisya mmengunci bibirnya dari berkata-kata. Haziq tahu yang Farisya tidak akan membantah arahannya. Kemenangan berpihak kepadanya. Dirinya tersenyum puas.

Tuala di dada diikat ketat. Perlahan daun pintu dibuka. Farisya mengitai, mencari kelibat suaminya. Sunyi. Sepi. Mungik Haziq sudah turun kebawah untuk meninton televisyen. Apabila berasa yakin, Farisya melangkah keluar dari bilk air. Namun percaturannya tersilap. Dia tidk nampak bersembunyi di balk almari.
Haziq masih lagi mendiamkan diri. Sengaja ingin melihat reaki Farisya. Dan ketika Farisya membuka pintu almari pakaian, terasa dirinya seperti diperhatikan. Haziq tidak berganjak. Walhal jarak mereka terlalu hampir. Farisya menoleh ke kanan. Melihat seperti ada sesuatu yang menarik perhatiannya. ruang yang sedikit kelam diamati. Hatinya berdebar-debar. Sedangkan Haziq sudah tidak dapat menahan ketawanya. Akhirnya...
"Aghhhh!!!!"
Gilran Farisya pula menjerit. Dia terduduk. Tuala yang tersingkap mnampakkan pehanya segera ditarik. Hazi dengan pantas menerkam Farisya yang kebingungan.
"Abang!" jerit Frisya sambil memukul ada Haziq yang tidak berbaju.
"Ye sayang." Lembut saja Haziq membalas. Cukup menggoda. Seangkan wajah Farisya sudah kemerahan menahan marah.
"Tak baik tau buat orang macam tu. Abang ni jahat laa." Farisya cuba bangkit. Namun tubuh Haziq yang sasa menghalangnya.
"Ye ke ? kalau sayang gigit hidung abang tadi tu, macam mana pulak? so, kira adil la akan?" acah Haziq.
"Ek! ye ke ? He he he... sorry." Farisay tidak jadi marah. Haziq masih lagi tidak berganjak. Merenung wajah Farisay sedalam-dalamnya.
"Abang! Bagun la." Farisya cuak. Dia mula diserang gelisah.
Haziq tidak peduli. Permintaan isterinya tidak diendahkan. Nafasunya telah menguasai segala-galanya. Akhirnya Farisya lemas didalam belaian Haziq. Tiada lagi usik mengusik. Hanya kedengaran nafas mereka yang berbaur menjadi satu. 


Haziq sengaja membelokkan keretanya ke bangunan yang menempatkan pejabat Farisya. Kebetulan masih terlalu awal untuk dirinya menghadiri mesyuarat. Haziq tersenyum membayangkan wajah Arisya yang terkejut dengan kehadirannya nanti. Senganja dia tidak memaklumkan kepada Farisya. HHaziq melangkah perlahan memasuki perkarangan lobi.Langkah kakinya terus saja menuju ke kaunter penyambut tetamu.
Kelihatan dua gadis melayu sedang tekun melakukan tugas. Sempat juga menghadiahkan senyuman kepada Haziq.
"Iye encik, boleh saya bantu?" soal salah seorang dari mereka. Masih terlekat akan senyuman dibibirnya.
"Boleh saya jumpa dengan Farisya?" ujar Haziq sambil menanggalkan kaca mata hitamnya.
 " Maksud encik, Puan Farisya ke?" soalnya kembali. Haziq mengulum senyum sambil mengangguk. Terlupa bahawa isterinya juga berjawatan tinggi di syarikat berkenaan.
"Encik naik di tingkat dua. Bilik dia yang di sebelah kanan." 
"Okey. Terima kasih," ucap Haziq sambil berlalu. Haziq memerhati keadaan ruang pejabat tersusun cantik. Ringkas tetapi sedap mata memandang. Sebelum sampai ke bilik Farisya, Haziq terpaksa melalui ruang pejabat yang agak luas di mana beberapa kakitangan dari jabatan lain ditempatkan. Pejabat Farisya memang betul-betul berada dibahagian paling kanna. iaitu yang paling hujung. Haziq pantas melangkah ke arah pembantu Farisya yang kelihatan asyik sungguh menaip sesuatu di komputer.
"Cik, Puan Farisya ada?" tegur Haziq membuatkanHamuza mendongak pantas.
"Dia ada. Tapi dia ada meeting sekarang ni," balas Hamiza dengan lebut. Haziq tersenyum lagi.
"Encik ni siapa? Ada buat appointment?"
Belum pun sempa Haziq menjawab, wajah Aswadterpancul sebaik saja pintu bilik terbuka. Mereka sama-sama berpandangan. Aswad yang masih mengecam wajah Haziq memohon diri untuk berlalu. Sedangkan Haziq hanya membatu. Hatinya diserang perasaan cemburu dengan tiba-tiba. Mana mungkin dirinya dapat melupakan wajah bekas kekasih isterinya. Wajah yang pernah menjadi ancaman kepada hubungan mereka. Haziq tidak mnunggu lama. Jeritan Hamiza tidak dihiraukan. Frisya yang terdengar akan kekecohan di luar pintu biliknya terus mendongak. Pintu biliknya ditolak kasar. Wajah Haziq yang kelihatan tegang merenungnya tajam. Pintu biliknya dihempas kasar lalu dikunci. Farisya tergaman. entah apa mimpi Haziq datang kepejabatnya. perkara yang selama ini dikhuatiri terjadi ju. Mata Haziq terarah kepada jambangan bunga yang terletak elok diats meja isterinya. Hatinya semakin panas. Farisya bangun lalu merapati suaminya . Tahu akan wajah yang sedang membahang menahan marah. Farisya berdoa agar Haziq sudi menerima penjelasannya.
"Apa semua ni?" Haziq bersuara. Agak keras. Tiada lagi senyuman yang terukir dibibirnya.
"Is.. Isya boleh jelaskan." Teragak agak Farisya menjawab. Suara Haziq membuat dirinya kehilangan kata -kata.
"Apa yang kau nak jelaskan? Ini rupanya kerja kau selama ini!" Herdikan Haziq menyentap tangkai jantung Farisya. Seakan ingin gugur rasanya. Farisya cuba bersikap tenang. walaupun debaran di dada semakin kuat. "Tak.."
Tangan Haziq cuba disentuh namn Haziq pantas menepis.
"Dah tu apa dia?!" Suara Haziq semakin kuat. Pasti saja Hamiza juga dapat mendengar.
"Kami cuma berbincang soal kerja. Tak lebih dari itu, percayalah," rayu Farisya sambil meraih tangan Haziq.
 "Ahh!!! kau ingat aku nak percaya apa yang kau cakap? kau ingat aku buta? hei, perempuan! Kau dengar sini. Kau jangan ingat kau boleh memperbodohkan aku!" Farisya menahan sakit apabila Haziq mencekak kuat tocang rambutnya. Sikap Haziq telah berubah ama sekali. Api kemarahan yang menyala jelas terpancar dimatanya.
"Ampunkan Isya, bang. Isya tak buat pun. Percayalah cakap Isya, bang. Isya tak buat bang," rayu Farisya bersama air mata yang semakin deras mengalir.
Api kemarahan telah mematikan kewarasan fikiran Haziq untuk berfikir seraca rasional. Jeritan Farisya sedikit pun tidak mampu membuat hatinya menjadi lembut.
"Tk buat kau kata? Ini apa?!" Haziq menarik Farisya menuju ke meja. Jambangan bunga ditunjukkan tepat ke wajah Farisya.
"Ini apa?!" jeritnya lagi.
"Sakit ,bang. TOlong Isya,bang. Ini bukan apa yang abang fikirkan. Isya mohon pada abang."
Haziq tidak menghiraukan rintihan Farisya. Tubuh Farisya dihempas ke sofa. Frisya tidak peduli akan keakitan yang menjalar. Hanya mampu menagkap kaki Haziq dari terus melangkah.
"Abang.. tolong dengar dulu."
"Kau nak terangkan apa lagi? Memang selama ni kau ada buat hubungan sulit dengan dia,kan? Kau ingat aku bodoh?! Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni. Tergamak kau." Suara Haziq kedengaran seakan merintih. Farisya terkedu. Air matanya mengalir lesu.
"Abang ..."
Farisya tidak mampu untuk berdiri. Tubuhnya lemah selemah rintihan Haziq. Kakinya kaku. Hanya mampu membiarkan lelaki itu pergi bersama hati yang lara.


"Dah puas hati kamu?!" marah Dato' Razlan tidak dapat ditahan lagi. Wajah Haziq direnung tajam. Sejak dari tadi Haziq hanya mendiamkan diri. Wajahnya tunduk merenung lantai. Memang wajar dirinya dimarahi. Keletihan akibat perjalanan yang jauh dibiarkan saja. Ini bukanlah masa yang sesuai untuk dirinya membantah. Malah bersuara pun pada yang perlu saja. Dirinya kelihatan separti seorang tahanan yang sedang disoal siasa. Sudahlah pulangnya tidak disabut. Kini dirinya dihambir dengan bermacam-macam soalan. Intonasinya saja sudh tentu yang tinggi belaka. Naik bingit teliganya. Jika tidak kerana perasaan bersalah, sudah lama kaki itu mendaki anak tangga untuk ke bilik. Tak sanggup hendak mendengar leteran papa dan mamanya.
"Apa nak jadi dengan kamu ni,Ziq? Tak habis-habis kamu nak malukan mama dengan papa." Datin RRosma masih boleh bersuara lembut walaupun tidak pernah setuju dengan tindakan anaknya.
"Ziq tahu ma, tapi semua ni untuk kebaikan dia juga." Haziq cuba mengendurkan ketegangan. Memang agak sukar melembutkan hati papanya.
"Kebaikan apa yang kamu cakap ni hah?! kebaikan apa?!" Lantang suara Dato' Razlan bergema.
"Sekurang-kurangnya, Ziq bagi dia peluang untuk pilih jalan hidup dia sendiri, pa. ZIq tahu yang dia tak cintakan Ziq." Datin Rosma agak terkejut dengan kenyataan Haziq.
"Hah, baguslah. Kamu bagi dia pilih jalan hidup dia sendiri. Kamu tahu ke jalan apa yang dia pilih?!"
"Apa maksud papa? Ziq tak faham..."
Untuk pertama kali, hatinya kembali berdebar-debar apabila bercakap mengenai bekas isterinya. Setelah menjalani rawatan dikampung Zakuan, dirinya sedikit demi sedikit berasa tenang. Perasaaan pada Tiara beransur-ansur hilang.
"Apa yang kamu nak faham asyik berkepit dengan perempuan ? Ada kamu fikir apa akan jadi? Ada kamu fikir?!" Sekali lagi serangan dari papanya sukar ditepis.Nafas ditarik agak berat. Seberat beban dihatinya yag sarat dengan perasaan bersalah.
"Zik tahu pa, Ziq bersalah dalam hal ni," ucapanya perlahan. Tak guna jika cuba mematahkan serangan papanya. Malah makin teruk dirinya dihentam.
"Tahu, tahu, Apa yang kamu tahu?"
"Papa, cukuplah tu. Ziq dah penat dengan semua ni. Ziq tahu sekarang ni pun dia tengah bahagia dengan pilihannya sendiri." Haziq bangkit. Cukuplah untuk hari ini. Dirinya sudah tidak mampu lagi bertahan.
"Bahagia kamu kata? Hei! kamu ingat dia boleh bahagia kalau kamu ceraikan dia? Boleh dia bahagia lepas apa yang kamu buat?! Ada kamu fikir pasal anak kamu? Ada?!!!"
"An..aa....anak??"apa maksud papa Wajah Datin Rosma ditoleh.
"Apa ni ma? Anak siapa pulak ni ? soal Haziq inginkan kepastian.
"Heee... susah kalau bercakap dengan orang degil macam kamu ni.""
Sudah tiada apa lagi yang harus diperkatakan. Segalanya sudah berakhir. Dato' Razlan berlalu meninggalkan Haziq bersama isterinya. Jika dibiarkan dirinya disitu, mahu saja tubuh Haziq dikerjakan. Kesabarannya hilang dek perangai Haziq yang keterluan. Haziq masih menanti bicara mamanya. Jantungnya    laju bergendang.
"Farisya keguguran masa...."
Datin Rosma tidak dapat menerukan ayatnya. Hatinya sebak mengenangkan perstiwa itu .Peristiwa hitam yang meragut satu nyawa yang tidak berdosa. Satu nyawa yang belum sempat mengenal erti dunia. Haziq terkesima seketika. 

No comments:

Post a Comment