.... dan Dialah yang mengetahui jiwa setiap hamba-Nya....
Karya kedua Evelyn Rose selepas novel pertamanya disambut baik Novel The Wedding Breaker . Kali ini dengan nama yang unik 13 jam A380 terasa kita terbang ke London. Nak cerita sikit perjalanan novel ni , sebelum novel ni keluar penulis Evelyn Rose telah mengadakan pertandingan menyambung bab 28. Pada mulanya nak mencuba tapi saya ni memang tak ada ciri-ciri jadi penulis. Dengan pengetahuan yang sebesar kuman manakan nak menduga hati gajah. Cerita tu saya post dalam blog ini Arrggghhh 13 jam A380 Bab 28 gagal disiapkan . Yang paling mengejutkan, Evelyn Rose memberi komen menyuruh saya siapkan bab itu..... memang tak mampu saya.
Kalau Evelyn bercerita tentang perjalanan kehidupan Hana Sofea dengan dugaannya . Saya juga ada cerita perjalanan saya untuk mendapatkan novel ini. Saya membeli novel ini melalui online di karyaseni . Saya juga mengharapkan saya antara orang yang ke seratus pertama atau pun lima ratus pertama untuk mendapatkan tandatangan penulis. Tapi saya terlambat . Saya tak dapat satu pun . Paling sedih , sebelum raya ramai yang dah dapat membaca novel ini sedangkan saya hanya dapat membacanya selepas Hari Raya. Ini kerana Karyaseni tutup seminggu untuk sambutan Hari Raya. Mungkin Allah nak menguji saya sejauh mana tahap kesabaran saya melihat rakan-rakan lain memiliki novel ini dulu. Dengan rasa tak sabar saya pergi sendiri ke karyaseni kononnya untuk mendapatkan novel ini disana. Tapi malangnya masa tu Karyaseni dah tutup untuk cuti Hari raya. Saya pergi tanpa usul periksa dengan harapan kemenangan itu milik saya . Memang sudah suratan saya membaca novel ini selepas hari raya tapi saya yang tak sabar. Apa yang saya dapat sia-sia dan buang masa. Lepas raya memang saya dapat seperti yang dijanjikan. Masa order buat alamat pejabat, pejabat pulak tutup . Nasib saya memang baik ketika itu kerana abang postmen sudi menghantarnya kerumah. Perjalanan novel ini memang mudah nampaknya. Itulah TAKDIR....
Seperti novel pertama , novel ini lebih banyak ilmu yang kita dapat dari segi Ilmu dunia hinggalah Ilmu akhiratnya juga. Novel kali ini juga lebih matang dari segi bahasa dan corak jalan ceritanya. Bukan nak memuji melambung tinggi tapi penulis penuh dengan Ilmu pengetahuan. Novel setebal 752 muka surat ini membawa kita menerokai pengembaraan menaiki kapal tebang bersama Hana Sofea dan Syed Hydar. Jom sedikit review dari saya.
Selama tiga tahun , Hana Sofea Stalker di laman Twitter Syed Hydar, CEO Nazim Construction dan mengharapkan suatu hari nanti dia akan bertemu. Dengan tidak disangka kerana insiden yang tidak diduga di kapal terbang yang membawanya ke kota London menemukan dirinya dengan jejaka idaman selama ini. Bermulalah pengembaraan 13 jam dan mencipta kenangan indah dilangit biru . Kenangan bersama dilalui begitu pantas . Perpisahan mereka dan membuat haluan masing-masing . Mimpi dan angan Hana Sofea pergi bagai angin lalu bila menyaksikan hubungan mesra Syed Hydar bersama supermodel.
Di London Hana Sofea bertemu dengan sebuah keluarga Jutawan. Disitu juga dia telah menemui kanak - kanak perempuan bernama Emmel. Anak angkat Jutawan Fawwaz Hussaini kacukan melayu-inggeris-arab yang menganggap Hana sebagai ibunya. Hana Sofea bersetuju menjadi Mommy pada Emmel kerana simpati dan tidak sanggup melihat kesedihan kanak - kanak itu.
Sejak itu kehadiran Hana sofea merubah kehidupan keluarga Jutawan itu. Segala keperluan Hana selama menamatkan tempoh belajar ditanggung oleh Fawwaz. Fawwaz yang kuat dengan pengangan agamanya mendekatkan diri dan kasih sayangnya pada Ilahi. Fawwaz yang pernah melamar Hana Sofea sebanyak dua kali menjadi suri dihatinya tetapi ditolak oleh ayahnya. Setelah habis belajar Sekali lagi Hana memohon restu untuk berkahwin dengan pilihan hati. Kali ini ayah tidak lagi menghalang. Ayah Hana mengharapkan Hana dapat menerajui H's cafenya.
Syed Haydar telah merancang sesuatu untuk H's cafe dengan menaik taraf tanpa pengetahuan Hana Sofea. Syed Hydar juga disangka calon suami oleh ayah Hana Sofea membuatkan Hana Sofea tak senang duduk. Kerana itu juga Hana Sofea menyuruh Fawwaz datang ke Malaysia lebih awal untuk berjumpa keluarganya. Hana Sofea tidak menyangka Syed Hydar membuka aibnya ketika bersama Syed Hydar tiga tahun dulu di A380 dimajlis perasmian hotel dan cafe yang diusahakan bersama Fawwaz Hussaini dan Syed Hydar. Fawwaz Hussaini tidak boleh menerima kenyataan aib Hana Sofea dan Syed Hydar walaupun itu cerita lama sebelum pertemuan mereka dahulu. Meninggalkan Fawwaz Hussaini dan menerima Syed Hydar demi maruah keluarga. Hana Sofea belajar menerima jawapan daripada Allah kerana kebahagiaan itu adalah pemberian dariNya.

Sinopsis dari kulit novel
13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.
"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkanHANA SOFEA daripada mimpi indah.
Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.
"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA
"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA
Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...
"Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR
Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?
Petikan-petikan menarik dalam novel
Angannya....
"Aih ! dah-dah la tu , oiii! Realiti , Hana. Realiti!" Tangan Hani dilambai-lambaikan ke muka aku. Bagaikan cuba mengejutkan aku dari alam fantasi. Alam mimpi.
"Realiti nombor satu - kau, Hana Sofea binti Ibrahim dan dia, Syed Haydar Tan Sri Nazim. A very obvious status gap. Anak Tan Sri dan anak tauke kafe!" Aku buat muka . Ayah ada empat rangkaian kafe dan saham dalam syarikat pembinaan, okey apa?
"Realiti nombor dua - Minah yang kou tengok tu .. Anak orang kaya Indonesia , Okey! Dan kau, Hana Sofea , ia just an ordinary girl!" Amboil , bersemangat Si Hani mahu aku kalah dalam perang juwa sendiri. Tangannya dilayang-layang bagaikan sedang berdeklamasi sajak. Siap mata pandang ke atas, bagaikan berlakon teater di Istana Negara.
"Realiti nombor tiga ..." Hani menjatuhkan pandangannya ke arah aku. "Mana kau nak jumpa mamat ni, ha? Orang kaya kahwin orang kaya, orang macam kita kahwin sesama kita. Pokok pangkalnya, macam mana nak bercinta kalau berjumpa pun tak mungkin minah, oit?!" Bahu aku ditepuk beberapa kali.
"Wake up!"
"Who knows we minght bump into earch other one day?" kata aku, cuba mempertahankan pendirian. Masih mahu menegakkan angan sendiri.
Angannya menjadi kenyataan dan titik pertemuan bermula....
"Let' start again," Aku senyum kepadanya seraya menghulurkan tangan. Dia menyambut. "Hai, Saya Hana Sofea. Used to be manager and also a share partner at H's Cafe, and will become a phD student at University of Surrey."
""Hai, Saya Syed Haydar. Used to be a flight attendant at Ryan Air and MAS. An artist in London and now working at Nazim Construction as a CEO." Sama - sama ketawa. Serentak itu juga seorang kru cuba membuka pintu sutenya. Terus Hydar capai tangan aku lalu kami sama-sama berlari ke aras atas. Tercungap-cungap aku dibuatnya.
Sampai sahaja dikaki tangga ke atas paling atas, meledak lagi tawa kami. Seorang anak kapal menjengah dari galley area. Aku terhenti. Hydar pula melayangkan wajah toyanya. Wajah super berkuasanya itu berjaya mematikan niat si peramugara untuk menegur kami berdua.
""Hi, when will dinner be served? Is there a chef on site the first cabin?" Soal Haydar kepada lelaki tadi. Terkebil-kebil lelaki muda itu. Mungkin tidak menyangka yang kami berdua dari kabin kelas pertama.
"Errr... Yes , Sir. Chef Mahmud is on duty. Dinner will be served ini thirty minutes." Jawabnya cekap. Gaya biasa seorang pramugara. Hydar mengangguk tegas dengan wajah tegangnya. Tangan aku dipgangnya sekali lagi. Kami berjalan memasuki kabin ekonomi. Apabila agak jauh sedikit dari peramgara tadi, Hydar tuduk berbisik.
"Weshould not miss our dinner," ujarnya. "Teringin nak memasak kat kitchen tak?" Aku tergelak sedikit seraya mengeleng. "Hydar, dah.Jangan susahkan dia orang."
Dia senyum nakal. "Okey , I won't." Janjinya perlahan. "Kalau macam tu , we can stroll slowly?" Matanya dikenyitkan. Aku pula yang naik hairan dengan maksud sebenarnya.
Empat jam , menjadi kekasih . Perpisahan bagaikan titisan embun pagi.
"Hana , thank you for last nigh.. but I can't have cocaine all the time." Anak mata Hydar masih menikam hingga ke lubuk hati. Aku mula gigit bibir. Cuba menahan perasaan, tapi bukan tangisan. Aku takkan menangis.
"I can't have mertini all th time time too, Haydar. Farewell," ucapku lembut seraya melayangkan senyuman. Dia hampir memelukku, tapi aku elak. Bukan kerana terasa dengan kata-katanya, tapi kerana janji aku dengan Tuhan pada saat akhir didalam A380 tadi. Dia menunjukkan wajah keliru. Terkilan.
"Awak bukan boy-friend saya lagi." Aku senyum lebar. Mengusik. Suasana ceria kembali menerjah. Kalau dia teman lelaki sekalipun, pelukan dan sentuhan hanya untuk si suami!
"Good luck with your meeting. Jia you!" Kataku dengan gayanya sekali. Dia tersenyum pahit.
Awak yang putuskan supaya kita tak bersama, Hydar. You'll live with you decision. Kata hati bermonolog seraya kaki sudah berpaling ke Casto Cafe. Selangkah demi selangkah. Orang kata kalau salaing menykai pasti akan sama-sama berpaling nanti, hati kata mahu tapi ego kata tidak. I'm a lady after all.
"Hana!" Suara di. Aku senyum seraya berpaling. Terasa seperti ingin naik ke bintnag.
"Good luck with your phD!" laungan dari jauh. Aku mengangguk. Tangan melambai ke arahnya. Kaki melangkar ke belakang hingga Hydar semakin hilang daripada pandangan.
kerana panggilan "Mommy" hidup Hana Sofea berubah
"Emmel is my daughter but she lost her mother when she was two." Nampaknya gaya Ffawwaz tidak tahu yang aku sudah pun maklum yang Emmel bukan anak kandungnya. Jidi aku diam sahaja, menunggu butir bicara Fawwaz seterusnya.
"She likes you... I told you earlier," katanya bagaikan tersekat kali ini. Bagai cuma mencari patah kata yang sesuai. "So.. Do you agree to the offer I made earlier?" tanyanya tersekat-sekat. Ada juga perasaan takut dalam diri lelaki ni rupa-rupanya....
Aku telan liursekali lagi. Menelan semua gundah dan ragu dalam hati. Kalau hati merasa tenang, ia satu kebaikan. Kalau hati gundah, itu satu keburukan.
"I do agree to take care of her, but..." Dapat aku rasa pandangan Fawwaz yang semakin serius meletak pada wajah aku yang masih cuba mengeluarkan patah kata yang terbaik agar perbincangan ini tidak rugi dan sia-sia.
Harapan bagai wap air berterbangan.

Lagu dari I-Pod Syed Hydar

“False hope,” Bicara aku satu persatu dalam nada suara yang
semakin tenang. Dia diam. Aku angkat muka. Bersandar dikereta dengan kaki yang
dilunjurkan. Mata menghadap langit membiru. Untuk beberapa ketika, kami berdua
sepi. Aku pandang dia.
“ Tiga tahun saya suka dia. Tiga tahun saya ,menyulam angan.
Tiga belas jam angan jadi kenyataan dan saya mula berharap. Empat jam momen
kami bahagia dan setelah kaki memijak tanah, segalanya lesap. Hilang.” Aku
senyum pasrah. Ketawa perlahan. Bukan tawa gembira, tapi tawa sinis untuk
seorang aku yang naïf.
“Macam air… Jernih, cantik ,,, Tapi apabila terlalu panas,
ia hilang.. menjadi wap di udara. Berterbangan… Bayang pun tidak dapat saya
kesan.”
“Lelaki yang ada dengan awak di Costa?” tembaknya sambil
memandang aku. Aku senyum segaris.
“Awak ingat dia?” Berkerut dahinya sebelum membalas. “Tak
sangat… Tall, fair , handsome, kan?” Fido ketawa. “Kalau perempuan mungkin saya
akan ingat dengan lebih jelas.” Aku ketawa pperlahan dengan jenaka Fido.
Pertemuan mereka oun sangat singkat. Hydar pula tergesa-gesa, lojiklah kalau
Fido tidak mengingatinya. Hanya aku yang memahat wajahnya kemas dalam minda
ini…. Hydar… Nafas aku hela berat.
“We were good together. Saya ingat dia rasakan benda yang
sama….” Tangan mencapai ranting kecil seraya menguis-nguis rumput kering ditepi
kasut.
“Dia yang awak jumpa di airport tadi?”
“Mmmmm…”
“Kenapa awak menangis? What exctly happened?” Soalnya dengan
wajah musykil. Mungkin masih samar dengan jawapan aku. Aku gelengkan kepala
sebelum tertawa kecil kemudian akhirnya menangis lagi.
“Shhh.. Hana .. It hurt to see you cry but do it if it will
ease your burden..”
“It hurts, Fido! It hurts to have a false hope!” Aku
terjerit nyaring. Bergeme padang kosong. Air mata masih tumpah laju. Aku
birkan. “I regret what had happened!” I regret it!”
“Hana.” Nada suara Fido yang tadi sangat tenang kini
kedengaran tegas. “Never ever despair with God’s blessing. Never” Wajah Fido
yang jelas serius membuatkan aku terdiam. Berfikir. Aku berputus harapan dengan
nikmat Tuhankah?
Setelah tiga bulan berlalu… mereka dipertemukan kembali …
“Dahlah, Hydar. Apa yang awak buat sekarang tak ubah macam
orang yang ketagih dadah. Taka da. Dicari. Apabila ternampak, dikenang.
Sedangkan kalau tiada , dunia awak akan lebih aman. Baliklah. Lupakan saya.
Teruskan dengan hidup awak. Realiti awak.” Dia tertunduk lalu mengngguk beberapa kali.
“Itu bagi awak, Hana. Hakikatnya tak. Tak apa , saya takkan
paksa awak. Tuhan yang bawa awak kepada saya. Saya thu itu jawapan yang Dia
berikan untuk saya, Mungkin sekarang masih belum sesuai yntuk awak terima saya
tapi saya pasti dengan apa yang saya rasa. “ Dia menegakkan badan daripada
tertunduk memandang ke bawah. Memasukkan tangan ke dalam kocek seluar kemudian
memandang aku tepat.
“Go,” arahnya tegas. “Ini kali terakhir saya benarkan awak
pergi tapi ke mana-mana pun awak pergi, saya pasti awak akan tetap kembali
kepada saya. Dan apabila itu berlaku, awak takkan ke mana-mana kecuali disisi
saya , Hana. Remember.” Anak mata Haydar yang Nampak hampir membuatkan hati aku
merintih. Betulkah tindakan aku sekarang? Tapi bersama Haydar bukanlah sesuatu
yang aku impikan dan mahukan kini. Persepsi aku tentang dunia sudah berubah.
Tentang hidup dan reality. Haydar bukan lagi lelaki yang aku dambakan. Kacak , kaya
dan menghiburkan bukan lagi ciri-ciri lelaki yang aku inginkan daripada seorang
lelaki.
“Itu hak awak untuk merasai apa sahaja yang awak nak. Hak
awak untuk fikir apa sahaja yang awak fikirkan. Dan hak awak untuk berpegang
kepada apa sahaja pegangan. Saya akan pastikan seumur hidup saya bukan disisi
awak, Saya pohon maaf kalau saya kejam kepada awak tapi semuanya sudah
terlambat. Mata saya tak melihat seperti dulu lagi. Hati saya tak merasa
seperti dulu lagi.”
Dia seyum.
“We will talk about the future when we reach the point. See
you again, Hana. Fly . Just like the hawk. No matter where it goes, it will
return to its nest. I’m your nest.” Dia ketawa apabila aku mula menjeling
tajam. “I don’t want to annoy you anymore with my stand. Just leave. Go. Sebelum saya
ikat awak kepada saya dan awak takkan mampu ke mana-mana lagi.” Tajam dan yakin
pandangannya hingga dada berdebar bagai menggila. Bagaikan apa yang dia katakan pasti akan
menjadi nyata.
Hidup Hana bahagia selama tiga tahun bersama Fawwaz . Hana pulang membawa seribu harapan agar keluarganya menerima Fawwaz. Tetapi Haydar datang tanpa diduga. Berlagak sebagai kekasih didepan keluarga Hana.
"Assalamualaikum... Umi, Ayah." Tangan umi dan ayah disalaminya, Senyumannya semakin melebar apabila ayah menyambut bauk huluran salamnya."Saya Haydar."
Terlopong aku seketika.
"Dah lama kenal Hana? Balik sekali ke tadi?"
Haydar senyuma lagi."Dah tiga tahun... Haaah, kami balik sekali tadi." Aku terlopong lama. Hati mahu bertempik kuat tapi tidak tahu apa yang patut aku katakan. Habisnya aku kaku memerhati sambil berjalan menghampiri meeka. AKu tahuHani memandang aku dengan pandangan pelik. Aku berdiri ditepi Haydar. Memandangnya dengan pandangan tak percaya. Dia langsung tidak terkesan dengan reaksi aku yang sudah berkerut sakan.
"Ayah." Terkeluar juga suara dari mulut aku. Haydar laju berpaling memandang aku dengan pandangan seriusnya sebelum berkalih pandang kepada umi dan ayah.
"Ayah, saya cintakan Hana."
Terlopong mulut ayah. Aku pandang umi. Umi kaku dengan maya membuntang besar. Bagaikan terkena kejutan elektrik, aku ambil masa untuk stabil. Haydar benar-benar tahu bagaimana untuk buatkan aku pening dan otak aku kakau!
"Kalau ayah izinkan, saya nak jadikan Hana sebagai suri hidup saya. Dah tiga tahun saya tunggu peluang ni, ayah.."
Ayah senyum.Ketawa sebelum menepuk bahu Haydar beberapa kali.
"Hana, ayah suka boy-friend Hana! Lelaki kena la macam ni." Menyeringai tawa ayah. Aku jeling tajam kepada Haydar. "Ayah minta maaf Haydar kalau buat kamu tertunggu-tunggu tapi ayah nak Hana siapkan PhD dua dulu. Kalau nak kahwin sekarang pun ayah benarkan." Ayah ketawa lagi. Mula berjalan dengan Haydar lalu meninggalkan kami semua dibelakang. Baik sahaja Si Haydar menurut. Umi pandang aku dengan senyuman lembut dan anak mata bersinar bahagia, bagaikan mahu memberitahu aku yang aku bertuah kerana Haydar.
"Patutlah setiap tahun Hana minta nak kahwin..." Umi senyum dua makna. Hani terus datang memluk bahu aku. Dia ketawa perlahan.
"Haydar?"
Aku jeling Hani. Memberikan pandangan garang kepadanya supaya dia diam. Dia angkat kening lalu ketawa lagi. Kepala aku dah pening memikirkan cara terbaik untuk memberitahu yang ayah salah faham. Nak dikejar mereka berdua, laju pula jalannya. Asyik sangat berborak. Setelah ,elepasi pintu keluar, ayah dan Haydar masih lagi berjalan bersama. Entah apa yang disoal oleh ayah. Aku sendiri tak pasti. Ijoe terlebih dahulu mendapatkan Porsche Cayanne yang diletakkan di seberang jalan. Peliknya Haydar pun mengikut sama. Siap mengangkat bagasi kami ke dalam boot belakang. Aku berlari-lari anak ke arah Haydar dan ayah serta Ijoe.
"Ayah, Hana pinjam Haydar kejap." Di depan ayah aku maniskan muka . Aku buat isyarat supaya Haydar ikut aku. Menjauhi mereka. Haydar sempat senyum kepada ayah sebelum berlalu mengikut aku yang berjalan resah. Aku berdiri membelakangi mereka. Muka aku dah garang semacam. Mata menikam anak mata Haydar yang tampak nakal dan puas dengan apa yang dah berlaku. Secebis senyuman nakal terletak elok dibibirnya.
"Haydar, saya bukan nak kahwin dengan awak." Tegas aku bersuara. Dia senyum lagi. Bagaikan langsung tak terkesan.
"Ayah cakap, saya dah boleh masuk meminang." Aku ternganga lagi sekali. Rasa mahubersuara tapi satu perkataan pun tak mampu aku keluarkan. Senyuman nakal muncul lagi dibibirnya. membuatkan hati ini geram.

sy tgh bace bab 47...hihihiih..ntah bile nk abis nie..mau lagi 2,3 hari nie :)
ReplyDeletecepat habiskan .... sebenarnya cerita ni byk pengajaran... masa dapat novel ni sukanya memang tak terhingga..... maraton tapi lebih 13 jam gak laaa nak khatam ... baca untuk kali kedua dan buat review cara sendiri... sorry kalau review saya ni tak menepati citarasa....
Deletelagi sikit nie..hihihihih..btol2 mmg sgt2 byk pengajaran...nnt kite sharing2 eaaa :)
ReplyDeleteehhehe .... tapikan bila dah nak habis tu terasa sayang . Bila mood novel datang kitalah yg jadi kerektor heroin tu .. baru ada feel..jadi Hana.. hahaha menangis , ketawa , geram , dendam semua ada. Kehidupan Hana yang penuh cabaran dan dugaan untuk mengecapi kebahagiaan.
Deletetau xpe...dr kcik sy mmg da disogok ngan fairy tales..sy kuat berangan!!!! hahaha jgn anak perempuan ikut perangai sy sudah..tp bdk sekarang dah lebih ke gajet...anak perempuan sy berangan suke buat video...adoiiiii...
ReplyDeletehahahhaah..... walaupun jauh kita berangan .. jgn sampai lupa didunia yg nyata ni .... hehhehe anak tu mencerminkan emaknya yang suka berangan ... hahahhaha
Deletesalam.. saya dah khatam novel nie 2 kali, first time baca rasa mcm x puas hati sebab saya harap ending ceta nie lebih Hana dengan Fawwaz sebab jalan cetanya lebih banyak kepada Fawwas terasa kecewa pun ade. Tapi bila baca utk kali ke 2 baru bole terima ending ceta nie. Terlebih feeling pulak.. anyway suka you punya review.. best..
ReplyDeleteWaalaikumsalam Zarinah.... kita gengs laaa . Fawwaz juga pilihan saya , Saya begitu mengharapkan Hana dengan Fawwaz. kerana Fawwaz byk mewarnai hidup Hana menjadi lebih baik dalam tempuh bersama. Tapi kita lupa jodoh pertemuan itu ditangan Allah. Tentang feel tu memang rasa jadi Hana..... hahahah.
DeleteTerima kasih sudi singgah....blog review ..
Betul saya lebih suka kalau Hana dengan Fawwaz berbanding Haidar sebab mereka lebih serasi bersama
DeleteAkhirnya sempat juga baca review istimewa akk ni. Pilu baca dugaan akk nak dptkan novel ni.
ReplyDeletehheheheh ein , Allah dah tentukan sesuatu terbaik untuk kita tapi kita yang menidakkannya. apa pun terima kasih singgah blog akak yang tak seberapa ni ....
DeleteEizzara, saya dh baca novel ni memang best walaupun saya lebih sukakan novel wedding breaker, memang saya pun pilih Fawwaz, tapi nak buat mcm mana sikit kesilapan masa lampau bukan semua boleh terima dgn hati terbuka.....sian Hana..apapun Syed Haidar walaupun agak nakal tapi yg pasti keyakinan plus keberanian dia utk memiliki gadis yg dicintai sangat mengagumkan saya....best man win kan...!!
ReplyDeleteJue-deva.... terima kasih memberi komen dan singgah di bloq akak... kita pilih Fawwaz mungkin kita terlalu memilih kesempurnaan. membaca novel membuatkan kita fikir... Sebenarnya Allah dah buat terbaik untuk hambanya....
Deletewahh sweet sgt novel ni..
ReplyDeletethanks akak sbb buat review and kongsikan part yg menarik tu..
nampak nya msuk dlm list utk dibeli jgk la novel ni..hihi
^_^
Hai Nasuha ..
DeleteBagi akak novel ni ada keistimewaannya tersendiri....tak rugi beli dan dijadikan koleksi .... dan terima kasih sudi singgah blogs akak ni ...
One of my fav novels. Saya rasa cerita ni lebih baik daripada The Wedding Breaker. Saya suka Haydar sebab dia macam more witty, bold & fun dari Fawwaz. To tell you the truth...part yang ada Fawwaz tu byk yg saya skip...hihi. Lebih berminat nak baca kisah Hana & Haydar.
ReplyDeleteHai Adrina ... akak suka Fawwaz sebab mungkin akak terlalu mementingkan kesempurnaan.... Argghhh diri sendiri pun tak ingat.. hahahha tetapi percaturan dari Allah tu cantik bila Fawwaz tak boleh menerima Hanna yang sebelumnya... betul kata Fido hidup perlu diteruskan jgn meratapi sesuatu yg pergi kerana Allah dah tentukan yang berbaik untuk hambanya. Memang terbaik cerita ni .... Adrina tahu tak akak pernah nak menyambung bab 28 cerita ni .... Haydar lelaki yang tak pernah putus asa .. akak memang suka ..
Deletewalaupun sy bukanlah kaki novel untuk sesetengah yg semmgnya kaki...izinkn sy ucap sepatah dua nukilan..keseluruhan cerita ini masih belum ditahap..wow! utk diri sy lah..ada plot2 yg tampak xreal di alam real...sebab sy adlh lelaki yg suka novel tampak dgn realiti dari brfantasi..apepun syabas utk penulis..karya anda mmbuka ruang dihati sy kembali ke alam novel...huhu..tqvm..good luck!
DeleteTerima kasih atas perkongsian ini ..
DeleteSalam. Saya baru aje membaca novel ni tapi tak boleh nak habiskan. Tak boleh terima why must Haydar showed their photo together. Hana's past. Hana has come back brand new. Couldn't he show some respect to Hana? Hana can choose Haydar if she wants, ok. I do understand. Well, the spark of love is always there. Ah...entah lah. It's just a novel, after all. But I do love the part when Hana met Fawwaz's family, how she learnt about God. The characters teach me to do the same. Thumbs up for that part.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ...
Delete