Tuesday, 6 August 2019

NOVEL KERANA DIA MANUSIA BIASA

Sesungguhnya tiada yang sempurna di 
muka bumi ini melainkan Dia

Dah lama tak buat review novel , sibuk dengan aktiviti harian. dah lama tak baca novel saya pilih novel ni untuk sebab tertengok drama di TV3 minggu lepas. Gigih mencari di MPH NU central kebetulan anak bujang cari buku rujukan sekolah. Novel setebal 757 buka surat ni memang best. 

Berkisahkan gadis polos Nurin Aira  yang menuntut di universiti dia diminta untuk menjaga seorang bayi yang didakwa anak kepada Nora kerana Nora mengalami masalah yang memaksa dia meninggalkan bayi itu buat sementara waktu. Nurin akur membantu Nora kerana Nora pernah menyelamatkan Nurin dari kemalangan. 

Nurin Aira kecewa dengan Nora yang telah dianggap sebagai kakak angkat. Nurin Aira berusaha mencari jawapan dimanakan Nora menghilang dan kenapa Nora sanggup meninggalkan anaknya sekian lama tanpa sebarang berita namun gagal.

5 tahun berlalu tanpa khabar , Nurin Aira terus menjaga anak yang diberi nama Alia. Alia turut mempunyai 3 mama yang menjaganya dengan penuh kasih sayang ( Nurin Aira , Suraya , Najwa ). 

Tengku shamil Zaquan lelaki yang digilai ramai wanita tetapi memilih Aisyah sebagai suri hatinya. Ramai yang kecewa bila Tengku Shamil Zaquan mengambil keputusan untuk mengahwini Aisyah rakan kolejnya termasuklah Tengku Syakira dan Tengku Aura sepupunya sendiri . Hidup mereka sangat bahagia tetapi semuanya berubah bila Aisyah meninggal dunia akibat cedera parah dalam kemalangan ragut. 

Tengku Shamil tidak dapat menerima kenyataan kematian isterinya. Tengku Shamil mengupah penyiasat upahan untuk memastikan pesalah itu mendapat hukuman yang setimpal. Syakira sepupu Tengku shamil mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Tengku Shamil. Jika dulu dia kecewa kerena Tengku shamil memilih Aisyah kini Aisyah sudah meninggal peluang besar untuk memiliki Tengku Shamil adalah tinggi.

Tengku shamil terkejut bila mendapat tahu orang yang meragut dan penyebab kematian Aisyah sudah meninggal dunia. Lebih mengejutkan perempuan yang sering bersama Suraya ( kakitangan syarikat ) adalah kakak pada peragut tersebut. Tengku Shamil untuk memastikan hidup Nurin Aira merana seperti hidupnya. 

Syarikat Tengku shamil membuat satu majlis ulang tahun. Semua kakitangan hadir dan Nurin turut hadir selepas dipaksa oleh Suraya krana risaukan Nurin Aira dan Alia. Syakira memasang perangkap untuk mendapatkan Tengku Shamil tetapi rancangannya tersasar bila Nurin Aira dan Tengku Shamil ditangkap khalwat gara-gara rancangan Syakira. syakira kecewa sepatutnya dia bersama Tengku shamil bukan Nurin Aira. 

selepas tiga hari perkara yang memalukan berlaku. Keluarga Tengku shamil datang meminang dan majlis pernikahan dibuat khas untuk keluarga terdekat. Niat Tengku Shamil berkawin dengan Nurin Aira untuk membalas dendam. Pada Tengku shamil Nurin Aira adalah keluarga pembuhunh arwah isterinya. 

Malam pertama Nurin Aira telah menerima kata kata kesat dari suaminya. Tengku Shamil juga menuduh Nurin Aira perempuan tidak ada harga diri dan murah hingga melahirkan anak luar nikah. Tuduhan itu membuatkan Nurin Aira menangis , air mata menjadi peneman sepanjang malam. Nurin Aira  merasa pelik bila suaminya bersama Alia keadaan tidak sama. Tengku Shamil lebih manja melayani anak tirinya. Kehidupan Nurin Aira sama seperti zaman bujangnya. Dia tidak tinggal bersama suaminya. Nurin Aira membuat rutin biasa tinggal dirumah bujang. Tengku Shamil juga tidak mengindahkan dimana isterinya. 

Ilham merangkap boss Nurin Aira rasa kecewa bila mendapat tahu Nurin Aira berkahwin. Dia yang memendam perasaan kian lama tanpa disedari oleh Nurin Aira. Nurin lebih rasa terkejut bila Tengku Shamil merupakan rakan bisnes projek terbesar disyarikatnya. Nurin masih merahsiakan status siapa suami Nurin Aira dari pengetahuan boss dan rakan sekerja. 

Hari pertama Nurin Aira dirumah mak mertuanya ada saja yang tak kena. Semua salah dimata Tengku shamil. Nurin hanya menurut kerana dia tidak mahu menaikkan kemarahan suaminya. Barang-barang Arwah Aisyah tidak boleh disentuh. Keadaan berubah bila Datin Kalsom menyuruh mereka pergi Haneymoon dalam masa yang sama Tengku Shamil ingin melihat masalah syarikat di Beijing. Semasa di Beijing Nurin Aira sesat. Puas Tengku shamil mencari isterinya dimerata tempat , akhirnya Tengku Shamil jumpa Nurin Aira dalam keadaan kesejukan dan kaki isterinya terseliuh. 

Tengku Shamil rasa kesal kerana tidak menjaganya dengan baik. Kerana keegoaannya dan dendam Tengku Shamil menyakiti Nurin Aira. Tengku Shamil tak mahu membohongi hatinya yang dia sudah mula jatuh hati pada isterinya sendiri. Disitulah janji dilafazkan oleh Tengku Shamil untuk menjaga Nurin Aira dan mengiktiraf Nurin Aira sebagai isteri. 

Kebahagian Tengku Shamil dan Nurin Aira tak lama. Syakira terus - terus berusaha untuk merebut cinta abang sepupunya. kali ni Syakira berjaya memerangkap Nurin Aira berlaku curang dengan Dr. Haikal. Dr Haikal adalah pensyarah semasa Nurin Aira berlajar kawan arwah Aisyah masa belajar dulu. 

Kemarahan Tengku Shamil tidak dapat di bendung lalu menghalau Nurin Aira dari rumah. Nurin sedih kerana suaminya tidak mempercayai dirinya. Nurin Aira membawa diri untuk mencari ketenangan.Ketika Nurin membawa diri Nurin Aira mengandung. Dr. Haikal berterus terang dengan Tengku Shamil yang dia tidak ada apa-apa hubungan dengan Nurin Aira. Ini adalah salah faham dan semua dirancang oleh Syakira untuk memusnahkan rumahtangga Tengku Shamil dan Nurin Aira. 

Bila kebenaran terbongkar Tengku Shamil mencari isteri yang dirindui menghilang beberapa minggu. Tengku Shamil mengakui dia sepatutnya memeriksa apa yang berlaku bukan mengikut amarah dan dendam. Demi anak dalam kandungan Nurin Aira , Tengku Shamil mahu memulakan kehidupan baru. 

Kehadiran dan pengakuan Nora yang selama ini menghilangkan diri membongkarkan 1 lagi rahsia yang selama ini disimpan. Sebenarnya Alia adalah anak Tengku shamil yang diculik oleh Nora kerana cemburu melihat Kebahagiaan sahabat baiknya, Aisyah. Sebenarnya Aisyah hampir gila dengan kehilangan Alisya. Nora menyesal dengan tindakannya. Tengku shamil menyesal kerana dia berburuk sangka dengan Nurin Aira. Nurin Aira hanya membiarkan dirinya dicemuh dari memberitahu kebenaran. 

Tengku Shamil bersyukur kini keluarganya kembali semula. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Anak yang selama ini disangka hilang kembali. Nora bersyukur kerana Tengku shamil memaafkan perbuatannya. Walaupun pada mulanya dia tidak boleh memaafkan kesilapan besar yang nora lakukan. Kini Nora tinggal diluar negara bersama suami dan anaknya. Kerana kita manusia biasa pernah melakukan kesilapan. Belajar dari kesilapan untuk hidup lebih baik. 




Sinopsis Dari kulit Novel

Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.


“Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas

Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil

“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.

Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

“Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau. Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.” – Tengku Shamil.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.

Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

“Penipu. Kau tahu tak kau penipu? Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau. Ini yang kau balas kat aku. Aku punyalah sayang kau, tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?!” – Tengku Shamil

“Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang, macam tu?” – Nurin Aira

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

10 comments:

  1. Ooo thanks sebab berkongsi jalan cerita!! Simple je jalan cerita dia ek!! hahaha.. Cuma dalam novel, honeymoon gi Beijing. Dalam TV gi Korea :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... maaf kalau banyak kekurangan.
      apa pun terima kasih singgah blogs ini. ada beberapa part ditukar mungkin nak ikut trend terkini.

      Delete
  2. Tq share sipnosis sampai ending

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome.... terima kasih singgah diblogs saya..
      Sharing is carring.

      Delete
  3. happy ending rupenye.. hehe thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. sharing is carring .... terima kasih singah blogs ini juga ..

      Delete
  4. terima kasih tolong review. puas cari .hihi jumpa pon

    ReplyDelete