Monday 26 November 2012

NOVEL HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI


"Saat pandangan kita bertemu, bermulalah hikayat cintaku"

Karya Hikayat Cinta Si Pematah Hati merupakan karya kedua selepas Suami Yang Aku Benci. Kali ini ada kelainan. Penulisannya kali ini lebih matang , Novel yang kedua ni lebih tebal berbanding yang pertama. 1050 muka surat terbitan karyaseni memang tak boleh disangkal kehebatannya. Bagi yang mengikuti dilaman Blogs dan facebook beiau kelahirannya memang ditunggu-tunggu. Konflik keluarga dendam , iri hati , cemburu dan kasih sayang terselit dalam novel ini. Cerita ni memang best. 

Secara rambangnya Ia mengisahkan Wafeen Wardah tinggal bersama neneknya dikampung . Hidup berdikari walaupun keluarganya mempunyai segalanya. Bertemu dengan Rayyan Raiqarl disaat hatinya telah dimiliki oleh Daniel Elhan. Danial hanya suka menabur janji - janji manis membuatkan Wafeen semakin bosan. Tanpa pengetahuan Wafeen , Daniel Elhan sebenarnya adik tiri Rayyan. Bagi Rayyan, Daniel dan mamanya perampas kebahagian yang dimikili keluarganya. Hubungan mereka tak pernah baik. 

Kegemaran Rayyan makan karipap pusing mengingatkan Wafeen pada zaman kanak-kanaknya pada sorang lelaki yang memintanya membawa karipap pusing setiap hari di buah taman. Dimata nenek Wafeen Rayyan seorang yang bertanggungjawab dan mampu menjaga cucunya dengan baik. Dengan bantuan Zarryn tunang kepada Daniel mempermudahkan misi untuk memiliki hati Wafeen yang kecewa dengan Danial yang menipu dirinya. Dihari perkahwinan mereka rahsia yang disimpan selama ini terbongkar. Rayyan macam tak percaya bahawa selama ini budak perempuan yang dicari adalah Waffen. 

Mereka melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kasih sayang. Rayyan tidak berkesempatan mendengar berita gembira dari isterinya kerana dia terlibat satu kemalangan yang meragut nyawa insan tersayang adik dan papanya. Disinilah Daniel mengambil kesempatan untuk memisahkan Waffen dan Rayyan. Dalam sama itu juga Daniel menggunakan duit syarikat untuk kepentingan dirinya sendiri tanpa pengetahuan Rayyan yang sakit. Dalam ke terpaksaan Wafeen akur tanpa rela untuk meninggalkan suami kerana menyelamatkan satu nyawa. Setelah beberapa tahun terpisah mereka bertemu kembali . Rayyan dikejutkan dengan kehadiran sikecil yang bernama Rayyan Firdaus. 


Sinopsis dari kulit novel 
WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…
RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!
“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”
“Sorry… saya dah ada kekasih.”
“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”
“Hah?”
Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.
Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?
“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”
“Apa makna…”
“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”
Petikan-petikan yang menarik dalam novel
Dia hadir bila hatinya telah dimiliki
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam.." Wafeen mendongak. Yasin ditangan segera ditutup. Dahinya berkerut bila  seorang lelaki berdiri tidak jauh darinya. Lelaki berambut panjang separas bahu itu dipandang lama. Macam pernah nampak?
"Maaf kalau saya ganggu tapi saya ada sesuatu nak tanya cik."
"Errr.. Nak tanya apa?" Wafeen bingkas bangun. Dia rsa lelaki itu pernah dilihatnya tempoh hari. Lelaki yang duduk dikubur berhampiran. Betullah! Memang dia .. Aku  kenal rambut dia yang panjang itu. Wafeen rasa pelik pula. Ada urusan apa lelaki ini dengan aku. Tapi riak muka lelaki itu jelas menunjukkan ada sesuatu yang mahu disampaikannya.
"Ini, barang kemas ni... Cik punya ke ?" Rayyan menunjukkan gelang kaki yang dijumpainya temoh hari. Mujurlah dia dapat bertemu semula dengan gadis itu. Dia tak tunggu lama lalu segera mendekati gadis yang sedang membaca Yasin didepan kuburan itu. Kalau dia tidak bertindak segera, takut nanti tidak ada lagi peluang untuk mereka bertemu.
"Ini memang saya punya, dah seminggu saya cari." Serta merta Wafeen mengambil gelang kaki yang dihulurkan oleh lelaki didepannya itu. Alhamdullilah... Jumpa juga akhirnya.
"Awak jumpa dimana?"
"Bawah pokok sana..." beritahu Rayyan. Dia dapat lihat kegembiraan diwajah gadis itu. Rasa terpegun pula apabila dia melihat senyuman yang terukir.
"Terima kasih."
"Sama-sama. Cantik gelang tu."
Wafeen mengangguk. Ryyan lihat gelang itu digenggamnya kuat, seakan-akan dia begitu sayang sekali kepada gelang itu.
"Tentu gelang tu istimewa pada awak,kan?" teka Rayyan.
"Hmmm..... Hadiah daripada teman lelaki saya. Saya fikir dah tak jumpa lagi dah."
Zap!!! Rayyan rasa seakan-akan hatinya ditusuk. Tiba-tiba rasa kecewa! Dah ada boy-friend ke? Hmmmm.. Aku baru berniat nak memikatnya. Awek oranglah pulak!!! Dia membatalkan niatnya untuk bertanyakan nama itu. Tak payahlah!
"Emmm.. Baguslah, sekarang gelang awak dah balik pada awak, kan. Saya pun nak pergi dululah." Rayyan mahu beredar. Buat apa hendak menunggu lagi. Nak mengayat pun tak ada makna! memikat hak orang tak mainlah. Banyak lagi perempuan lain yang belum berpunya. Terpaksalah dia memujuk hati. Prinsip hidupnya, janagn sekali-kali merampas hak orang!
"Encik.." Rayyan berhenti melangkah kemudia menoleh.
"Kenapa?"
"Emmm, boleh saya tahu mana?" tanya Wafeen. Dia tak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali saja dalam hidupnya, dia kehilangan seseorang tanpa sempat dia mengetahui namanya.
"Raiqarl," jawab Rayyan kemudian terus pergi. Raiqarl? kenapa ringan pula aku nak guna nama tu... Memang nama penuhnya Rayyan Raiqarl. Tapi dia jarang menggunakan nama akhirnya itu. Mungkin kerana rasa kecewanya tehadap gadis itu. maka biarlah itu saja nama yang gadis itu tahu. Dia tidak berharap lagi untuk bertemu pada lain hari!

Rayyan tahu hati Wafeen sudah dimiliki tetapi dia masih mencari perhatian Wafeen.
“Awak yakin ke awak boleh buat?” tanya Wafeen.Dia senyum sinis.Berlagak tu…Gasak kaulah mamat Itali oi…Jangan kau kena biang buluh tu sampai tak boleh tidur malam sudah!
Dia pandang Rayyan yang mencekak pinggang memandang ke arah rimbunan pokok buluh di depan mereka.
“Tak berapa yakin….”Rayyan berterus terang. Dia pandang Wafeen dan tersenyum.
“Tapi belum cuba belum tahu kan?” sambungnya penuh bersemangat.Wafeen rasa tak sedap hati pula.Buatnya jadi perkara yang tak diingini macamana?
“Awak ni ada pengalaman ke buat kerja tebang-menebang ni?..saya bukan apa,saya tak nak lah kalau terjadi apa-apa pada awak nanti…” Err..betul ke ayat aku tadi? nanti dia salah faham pulak!.
“Pernah jugak..tapi dah lama dulu,Err..parang ni nak guna macamana ya? kena tetak pada batang buluh tu la kan?” tanya Rayyan.Dia sudah mengeluarkan parang dari sarungnya.Di belek-belek seketika.
“Ish…awak ni,guna parang pun teragak-agak..takpelah.Biar saya aja yang tebang pokok buluh tu…awak punggah aja ke laman rumah..” Cadang Wafeen.Bersedia nak ambil parang dari tangan Rayyan.
“Mana boleh!!..ini bukan kerja orang perempuan..saya ni lelaki,biar saya yang buat..awak tengok aja.Tak pun,awak pergi ajalah balik..duduk kat dapur tolong Nek Jah buat kuih..”
“Tadi awak juga yang ajak kan? saya tak nak pun ikut..”
“Dah…dah..balik aja..”Rayyan mengisyaratkan dia supaya balik.Wafeen mengecilkan mata.Ewah…suka hati kau aja halau aku balik ya? ingat aku ni adik kau ke nak main arah itu ini…geramlah pulak aku dengan dia ni!
“Awak nak guna parang pun tanya saya..tak payah nak berlagak boleh tak? jadi sesuatu kat awak nanti macamana? saya jugak yang kena marah dengan nenek..”
“Saya tahulah…awak balik ajalah..nanti dah siap,saya sendiri tunjuk pada awak..”
Wafeen masih tak puas hati.Keras kepala betul! nak guna parang pun tanya orang,tapi tetap berlagak jugak lagi… takpe! aku nak tengok..
“Okey…saya balik ni,kalau ada apa-apa..awak jerit aja kuat-kuat tau” pesan Wafeen.Rayyan ketawa mengekek.
“Jerit? macamlah saya ni perempuan..”Rayyan sudah menghampiri rumpun buluh.
“Rayyan..err..Raiqarl..”Mana satu aku nak panggil ni?”
“Rayyan aja..apa lagi awak nak? saya tengah sibuk ni”
Wafeen mencebir.Bukan main lagi dia…sibuk sangatlah!
“Saya nak pesan..buluh tu miang..”
“Saya tahulah!”
“Buluh tu pun tajam..kalau tergores sikit aja pun awak boleh luka..” beritahu Wafeen.Aku nak ingatkan aja…jadi apa-apa jangan salahkan aku pulak!
“Saya tahu…eh! awak boleh jangan kacau kerja saya tak? saya tahulah awak sayangkan saya..janganlah nampak sangat yang saya ni macam lelaki kesayangan awak pulak..” Rayyan sengeh.Wafeen rasa sentap pulak bila Rayyan kata begitu.
“Ieee…tolonglah! jangan nak perasan ya…saya lagi rela pergi dari sini daripada dengar ayat “perasan” awak tu…”
Wafeen sudah mula mengatur langkah.
“Hati-hati melintas jalan ya sayang…” usik Rayyan.Wafeen sempat capai batu kecil dan dibalingnya pada Rayyan.Nasib baik berjaya dielak.Uiks!! garang tu…marah yang memikat!
“Wafeen!!! jangan lupa karipap pusing special tu!!” jerit Rayyan.Ketika itu Wafeen sudah berada di seberang jalan dan sudah masuk ke kawasan rumah.
Rayyan pandang rumpun pokok buluh.
So..now what? untuk apa aku susah payah tercangak kat sini sebenarnya? betul jugak cakap Wafeen tu..baik beli aja pelita buluh yang berlambak jual kat bandar tu.Kreatif konon… ini semua sebab kaulah Wafeen! nak tunjuk terror punya pasal..tapi ganjaran dia lumayan jugak ya? karipap pusing special tu… kalau dah nenek dia yang tahap warga emas tu buat sedapnya tak terkata…inikan pulak cucunya yang ada senyuman tahap membunuh tu! adoilah!! pagi lagi ni…apasal aku dah rasa macam lapar aja ni..

Dengan pertolongan Zarynn , Rayyan cuba merebut hati Wafeen.
"Abang ni, dari tadi asyik ke hulu, ke hilir ni kenapa? Pening adik tengok.
"Tak ada apalah," jawab Rayyan. Dia melihat jam di tangan. Terasa sudah terlalu lama masa berlalu tapi Zarynn tak juga muncul. Dia mendengar bunyi kereta masuk ke halaman rumah. Segera dia bergegas meluru keluar. Rayyan rasa lega bila melihat kereta Zarynn yang berada dihalaman.
"Kut ya pun, takkanlah sampai melut keluar? Takut pula I tengok reaksi terleih you ni." Zarynn menutup puntu kereta.
"Macam mana? Dia okey ke ?"
"You ni... tak menyempatlah! Okey... I dah beritahu semuanya, rahsia adik you tu dah terbongkar. So, are you happy now?"
"Yang tu I dah boleh agak.Tak ada apa yang you tak boleh buat. Tapi Wafeen tu, dia okey ke?"
"Wafeen? Emmmm, I tak nampak pula dia menangis.Tapi I rasa dia tengah marah sekarang ni. I tak tahulah apa yang dia akan buat pada bakal suami I yang sweet sangat tu. Zarynn ketawa kecil. Mereka berdua bersandar pada kereta Rayyan menghela nafas berat. Wajahnya nampak risau.
"I nak pergi jumpa Wafeen." Rayyan dah tak sanggup berdiam saja.
"Eh, jangan! you ni, nampak sangatlah pelik nanti. Kalau boleh, you tunggulah  lagi dua , tiga hari ke ... kalau you datang sekarang, dia mungkin tengah sedih dan tak nak jumpa sesiapa. Biarlah dia cool dulu, barulah you masuk jarum, Jangan nampak gelojoh sangat boleh tak?" Zarynn menarik telinga Rayyan.
"Sakitlah..."
"Tau pun. Geramlah I , degil sangat. Tak pasal - pasal planning kita kantoi nanti. Penat aje I berlakon kalau akhirnya sia - sia."
Rayyan menggeleng.
"Rynn... terima kasih. You dah banayak tolong I . I tak tahu nak beat apa kalau you tak ada.
"Small matter la. Tak payahlah nak buat babak terharu pula. Tak ada dalam skrip I ." Zarynn berseloroh.
"I serius ni... you memang terbaiklah. Sebagai kawan, sebagai adik, sebagai orang yang istimewa dalam hati I. Tak ada orang yang boleh tempat you dalam hati I cuma..."
"Cuma apa?"
"I risaukan masa depan you.."
"Kenapa pula?"
"I takut you tak bahagia dengan Daniel. Kalau di sia-siakan perempuan sebaik you.."
"Alah you ni, banyak fikir tau. Tahulah I nak hidup macam mana..." Zarynn mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangannya.
"Rynn, apa kata you lari ke luar negara? I akan uruskan semuanya, asalkan you tak jahanamkan masa depan you dengan lelaki miang tu."
Zarynn ketawa dengan cadangan Rayyan itu.
"You ni rindukan Wafeen sangat ke ? I rasa otak you dah masuk air. Nak I ketuk kepala you dengan high heel I ke? Ting Tong!"
"I serius ni.. you lari, okey ? Rayyan begitu bersungguh - sungguh.

Dengan bantuan Nek Jah impiannya dipermudahkan
"Ya .. Hmmm... Rayyan, nenek nak tanya ni."
"Apa dia, nek?"
"Kau sukakan Wafeen?" Soalan itu bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Rayyan tersenyum lebar.Rasa-rasanya nak aje dia melompat waktu tu juga.
"Suak nek! Bukan setakat suka aje, saya cintakan dia, nek..." akui Rayyan tanpa segan silu.
"Kau boleh jaga dia kalau kau jadi suami dia," tanya Nek Jah lagi.
"Boleh, nek! Saya janji saya jaga dia sebaik nenek jaga dia. Kalau boleh , lebih daripada nenek jaga dia," janji Rayyan. Dalam hatinya agak berdebar-debar.
"Kalau macam tu , tunggu apa lagi? cepatlahkau masuk meminang..."
"Betul ni, nek?" Rayyan mahukan kepastian.
"Ya... lagi cepat , lagi bagus."
"Kalau Wafeen tak setuju, macam mana nek?"Rayyan jadi bimbang. Dia tak berbincang apa-apa dengan Wafeen walaupun dia yakin Wafeen sendiri tahu perasaannya.
"Aku yang besarkan dia. Putih kata aku , putihlah kata dia..."
"Kalau macam tu, hari ni juga saya suruh Pak Majid buat persiapan. Emmmm... saya tak pasti kalau papa saya boleh datang ke tidak. Macam ni, saya suruh papa saya call nenek ya??" Rayyan mengetap bibir. Ada satu masalah lagi. Kalau papanya tak datang, apa bezanya  dia dengan Daniel? Dia tak nak menipu Wafeen. Tak nak!
"Yalah... Nenek fham, kau dengan ayah kau tu tak rapat sangat yang penting kau serius nk cucu nenek. Apa-apa hal nenek percaya yang kau boleh jaga dia."
"Terima kasih, nek..." Rayyan berasa lega . Dia memutuskan talian setelah tamat perbualan dengan nek jah.
"Abang! Ni, Kak Feen hantar." Tiba - tiba Valqis terjengul di uka pintu bersama mangkuk tingkat ditangan.
"Mana dia ?"
"Dah balik."
"Kenapa dia tak jumpa abang?"
"Dia ada hal. Nak cepat katanya."
Rayyan mengeluh. Valqis meletakkan mengkuk tingkat diatas meja.
"Hmmm... jom, kita makan?" ajak Rayyan. DIa berasa agak pelik dengan perangai Wafen. Tapi bila memikirkan perancangannya dengan Nek Jah tadi, wajahnya menjadi semakin ceria.

Impian memiliki Wafeen menjadi kenyataan.Kini rahsia Wafeen berbongkar yang selama ini disimpan.
"Tak kira! Abang nak tengok juga." Rayyan duduk di aas kerusi. Wafeen jatuh duribanya.
"Abang...." Wafeen mengtap bibir bila Rayyan mengabil juga kotak itu.
"Syhhhh... duduk diam-diam la sayang," arah Rayyan sambil meletakkan dagunya di bahu Wafeen. Dia membuka kota itu. Isinya dijatuhkan di atas meja solek dan... Wafeen berkerut dahi bila RRayyan kecewa kecil.
"Sumpa? Adoilah. Ingatkan berlian ke , Ni, sampah? Sayang buat apa kutip benda - benda ni?"
"Abang jangan ketawa!" Rayyan menahan tawanya tapi masih tersenyum-senyum.
"Ya Allah, batang aiskrim yang dah reput pun ad? Nak kata antik sangat, tak pun..."
"Kutuk sangat, kan? Abang thu siapa punya ni semua?"
"Manalah abang tahu! Tuan dia pun tak nak benda ub. Syang simpan buat ada?Tengoklah , hah... pembalut gula - gula pun getah pun ada," usik Rayyan lagi. Dia lihat Wafeen melalui cermin. Dia menarik muka, marah aku kutuk dia agaknya. Haha! semakin comel sayang abang....
"Ni semua abang punya!"
"Hah?" Rayyan terkejut.
"Memang abang puanya....Batang iskrim yang abang makan. pembalut kertas ni semua yang abang buang. Tapi Feen kutip dan simpan! Gelaklah lagi."
"Erk? Tapi ... ni kan macma dah lama? Bila pula abang pernah dating dengan sayang?"
"emmmm... Abang takkan tak ingat, budak perempuan yang selalu bawa karipap pusing tu ? Yang abang belikan aiskrim masa hujan.... yang abang selamatkan dari orang jahat tu, Ingat kan ?'
"Memanglah ingat... tapi, macam mana sayang kenal budak perempuan tu? Sayang tak pernah cakap pun sayang kenal dia?"
"Memang kenal permpuan ! Feen la budak perempuan tu , sayang..." Wafeen memegang kedua dua belah pipi Rayyen. Dia tersenyum.
Lama Rayyan terdiam . Dia??
"Abang... Kenapa diam aje ni?"
"Sayang bergurau,kan?"
"Taklah. Betul , feen budak perempuan tu."
Tapi kenapa sayang tak pernah cakap?"
"Sebab abang cakap tak penting untuk abang tahu."
"Mana boleh!' rayyan brsuara sedikit keras. Wafeen terkedu.

Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari... Saat Rayyan dan Wafeen melayari kebahagiaan Rayyan kemalangan.
"Setakat ni suami puan masih dalam keadaan stabil tapi dia masih belum sedar. Kami juga minta maaf, kami tak dapat benarkan sesiapa melawatnya kecualaipuan seorang sahaja. Itupun , dalam masa yang singkat aje. Kami masih perlu jalankan bebarapa ujian dan menunggu lapuran hasil pembedahan. Apapun, saya minta puan bertenang. Bila laporan keluar nnti, saya akan berjumpa dengan puan."
"Boleh saya tengok suami saya sekarang doktor?"
"Silakan puan tapi sepuluh minit saja."
wafeen mengangguk dan tanpa berlengah dia segera membuka pintu bilik dimana Rayyan ditempatkan. Dibiarkan Zarynn terus bersoal jawab dengan doktor tersebut. Dalam fikirannya hanya mahu melihat Rayyan, Bila doktor lelaki itu mengatakan suaminya masih dalam kedaan stabil hatinya sudah tidka boleh bersabar lagi. Menerima berita kematian Valqis dab bapa mertuanya sudah cukup menghncurkan jiwanya. Dia takkan sanggup untuk berdepan sebarangkemungkinan tentang situasi Rayyan. Dia perlukan Rayya! Anak dalam kandungannya perlukan ayahnya. Ya Allah... Biar seteruk manapun keadaannya, jangan kau ambil dia dariku. Ya Allah. Tolonglah! pinjamkan dia kepada hambaMu ini untuk tempoh yang lebih lama.
Dia mendekati katil. Hampir terjelepok Wafeen melihat keadaan Rayyan yang terlantar diatas katil.
"Puan okey ke ?" Jururawat bertugas sempat memegangnya. Wafeen mengangguk. Jururawat itu meleaskan pegangannya. Dia turut berasa simpati dengan keadaan Rayyan. Wafeen menutup mulutnya dan sedang berusaha menahan tangisnnya yang sukar dibendung.
"Puan janang bimbang. Insya-allah, suami puan akan selamat. Puan bersabar ya." Jururawat itu cuba memenangkannya. Kemudia dia ditinggalakn untuk bersendirian dengan Rayyan yang masih belum sedar.

Kerana dendam Daniel mengambil kesempatan dan Waffen terpaksa akur.
Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Wafeen menjawab juga bila tertera nama Daniel.
"Wafeen , how are you, sayang? Ada tawa kedengaran. Wafeen menahan sabar. Daniel mamang kurang ajar!
"Awak nak apa, hah?"
"Aku nak apa? Aku nak jawapan kau. Setuju atau tak? Kalau tak, hari ini juga aku suruh Juwita tempahkan tiket untuk aku ke Melbourne. Atas urusan kerja, Operasi terpaksa ditangguhkanlah Wafeen oi... kesian Rayyan, kena tunggu lagi." Suara Daniel kedengaran mengeluh. Wafeen tahu, ia sengaja dibuat-buat.
"Awak ni memang kejam!"
"Memang pun... so? Setuju ke tidak? Aku kira sampai tiga. Jangan menyesal kalau esok aku tak ada di Malaysia selama sebualan... dua bulan.." Danial masih terus mengugut.
"Awak tahu yang Zaryyn pun harapkan awak tolong Rayyan, kan?" Wafeen masih mengharapkan belas kasihan.
"Zaryyn tu senang aje aku nak uruskan. Tapi Wafeen, sekali aku ubah keputusan, kau jangan harap aku nak tarik balik, Dua! Ti.."
"Okey" Wafeen mula tertekan. Dia menahan tangisannya.
"That's good... Rayyan memang bertuah dapat isteri macam kau , Wafeen." Daniel ketawa mengejek.
"Tapi ingat, ini antara jita aje. Jangan sampai Zaryyn tahu. Kalau tak ... aku boleh buat macam-macam lagi. Aku mungkin tak tergamak, Wafeen tapi .... kau jangan main - main dengan Tengku Muiz. Aku boleh suruh dia buat apa saja pasa kau dan Rayyan! atau mungkin juga pada keluarga kau yang lain, Uwais contohnya." Kali ini ancaman Daniel lebih keras dan menakutkan.
"Jangan apa-apakan dia! Dia tak ada kena -mengena pun.."
"Kalau tak nak, kau pun jangan main-main dengan aku."
"Baik. Saya akan tinggalkan Rayyan tapi selepas pembedahan." Lama Wafeen menanti jawapan, seakan-akan Daniel sedang berfikir. Hanya desah nafas kasar lelaki itu yang kedengaran dihujung talian.
"Okey ... fine ! Tapi kalau kau nak macam tu. Aku pun kena pastikan yang kau tak tipu aku. Jangan ingat aku nak percayakan kau , Wafeen. Aku takkan ambil risiko. Kau kena buktikan yang janji kau memang boleh pakai."
"Nak saya buat apa lagi?" tengking Wafeen.
"Ikut aje apa yang aku suruh. Aku akan beritahu kau kemudian." Sebaik saja Daniel habis berbicara, talian diputuskan. Wafeen tak menyangka Daniel sanggup bertindak sekejam itu kepadanya.

Sekian lama terpisah , Rayyan dikejutkan kehadiran budak lelaki memanggilnya "Papa".
"Papa!"
Rayyan membiarkan anak itu memeluknya.
"Daus..." Tiba-tiba seorang gadis menghampiri mereka berdua.
"Adik awak ke?" tanya Rayyan.
"Bukan.... saya pengasuh aje. Maaflah encik. Dia ingatkan encik ni papa dia." Fatimah yang melihat keadaan itu segera menarik Firdaus.
"Oh..." Rayyan membiarkan anak iru ditarik dari teru memeluknya.
"Jom pergi dekat mama ya?"
"Tak mahu! Daus nak papa..." Firdaus meronta- ronta dalam dukungan Fatimah.
"Bukanlah. Papa Daus kan tak ada kat sini..."
"Inilah papa Daus," marah Firdaus.
"Jom pergi dekat mama.." Fatimah membawa Firdaus pergi. Dia juga memanggil Daqiq dan Nafisa supaya mengikutnya pergi dari kawasan padang permainan itu.
"Tak nak! Tak nak! Papa! Papa!" Firdaus meronta- ronta ketika dibawa pergi. Rayyan jadi serba salah dan kasihan. Macam manalah budak tu boleh fikir aku ini papanya? Muka aku ada iras-iras pap dia kut.
Rayyan menggeleng. Tak sangka dia perlu menghadapi situasi sebegitu. Dia mahu bangun dan pergi segera dari situ tetapi pandangannya terperasankan sesuatu. Buku lukisan dan pensel warna serta beg anak kecil tadi tertinggal disitu. Rayyan mengambil buku dan pensel warna itu, kemudian dia ambil beg galas kecil diatas meja yang sama. Dia mahu menyimpan barang - barang itu dan waktu itulah dia melihat sesuatu yang menarik perhatiannya. Sekeping gambar! Rayyan mengambil gambar itu lalu dilihatnya. Air muka Rayyan berubah. Ini kan....
Rayyan berpaling, mencari - cari arah perginya gadis tadi. dia tak nampak lagi kelibat mereka dalam kalangan orang ramai yang lalu lalang. Rayyan lihat semula gambar di tangannya. Gambar perkahwinan dia dan Wafeen!
"Papa!" Tergiang-ngiang suara anak kecil tadi ketika memanggilnya. Bukan kerana wajahnya seiras dengan wajah ayah budak itu melainkan...
"Mustahil!" Rayyan menggeleng. Setahunya, Wafeen tak mengandung sewaktu dia belum terlibat dalam kemalangan ngeri dahulu.Tapi kenapa budak itu menmanggilnya papa? Dan macam mana gambar ni ada pada budak tu? Rayyan semakin keliru.


Episod 1
Rayyan ke pusara ibunya dalam masa yang sama di terkejut melihat seorang gadis turut berada di puasa yang tidak jauh dari pusara ibunya. Tanpa sedar gelang kaki gadis itu tercicir. Saat Rayyan cuba memanggil gadis itu , gadis itu sudah pergi. Wafeen gadis yang tinggal bersama dengan neneknya tersedar yang gelang kakinya telah hilang. Ini merisaukan Wafeen kerana gelang kaki itu adalah pemberian dari kekasihnya Daniel. Puas mencari di tetapi masih tidak dijumpai. Wafeen terpaksa berterus terang pada Daniel yang gelang kakinya telah hilang. Daniel rasa kecewa bila dan menuduh Wafeen tidak menjaganya dengan baik. Balqis gembira melihat Rayyan tidak tidak lagi berkerja dikapal. Kegembiraan itu Balqis mengajak Rayyan makan malam bersama. Keadaan itu berubah bila Daniel turut serta. Rayyan marah bila Balqis mengajak Daniel makan malam bersama. Kerana terlalu marah Rayyan tidak sedar yang Balqis keluar dari rumah. Balqis sedih abangnya sanggup marah pada dirinya hanya kerana mengajak Daniel makan bersama. Niat Balqis adalah untuk menyatukan Daniel dan Rayyan. Nek Jah dan Wafeen terjumpa Balqis sedang menagis dibas stop. Wafeen mengajak Balqis kerumah dan memujuk Balqis yang masih sedih. Bila menyedari Balqis tiada dirumah , Rayyan menghubungi Balqis , Balqis menceritakan yang dia berada dirumah nek jah. Rayyan memohon maaf atas kesilapannya. Nek jah menasihatkan Rayyan agar tidak mengulangi kesilapannya. Nek jah yang selesa dengan kehadiran Rayyan mengajak Ranyan dan Balqis makan malam. 

Episod 2


18 comments:

  1. e-man sufi (sufi.iman@yahoo.com)
    review yg sgt detail dan menarik...siap ada petikan novel lagi...huhuhu..terima kasih banyak-banyak sudi review..;)

    ReplyDelete
  2. bila dapat komen dari penulis memang seronok .... walaupun saya tahu review yang saya buat ni ayat agak tonggang langgang ... terlalu teruja tak tahu nak tulis yg mana satu dulu , rasa mcm nak tulis semua . hehheehe apa pun enjoy dengan review yang saya buat ni ..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. terima kasih singgah Ija .... novel ni ada kekuatannya tersendiri. akak hanya boleh cakap tak rugi ija beli novel ni .

      Delete
  4. thanks kak sdi review kan nvel nie,sya mmang mnat sngat kat nvel nie.Suka dngan wtak rayyan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Syuhaira.... dan terima kasih juga sudi singgah ke blog akak....

      Delete
  5. Thanks. Bila sy baca petikan tu buatkan sy rasa nk beli novel tu dn tonton cerita nya

    ReplyDelete
  6. Npknye kena bc balik kisah uwais dan hanna. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uwais dan hanna dalam drama hansome dan comel ... akak suka tengok mereka .

      Delete
  7. Mana nak dapat novel nie erkk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana yang berdekatan dengan KL boleh pergi pesta buku , kalau jauh di kedai buku yg besar pun ada macam MPH & popular. kalau tak boleh pergi beli online ada diskaun RM 3.00 dan pos free. di karyaseni.com

      Delete
  8. rasanya nak cari buku ini segera..

    ReplyDelete
  9. jalan cerita dalam novel ada sedikit kelainan dengan drama

    ReplyDelete
  10. X sabar nak tengok ending malam ni. Geram betul kat daniel, muiz , nadia dan mak dia tu. Jahat. Harap rayyan tahu cerita sebenar dan tetima wafeen semula.

    ReplyDelete