Selepas semua yang aku lalui tanpa dirimu,
akhirnya kini kau datang menyerah.
Novel ketiga dari Rehan Makhtar dalam pelukan. Kali ini dari terbitan Penulisn2u. Novel yang mempunyai 623 muka surat ini ada kelainan tersendiri. Kepada sesiapa yang meminati hasil karya Rehan Makhar pasti akan tahu cara penulisannya dan gaya bahasa dalam novelnya. Ringkas dan mudah atau senang difahami tak terlalu meleret. Olahan yang menarik dan diselitkan detik - detik cemas dan lucu dalam novel ini. Ia mengisahkan kehidupan Jelita berbapakan seorang guru besar dan beribukan jururawat pencen dan mempunyai seorang abang. Kehidupan yang penuh peraturan yang dibuat oleh abahnya. Diusia 25 tahun dia dibenarkan keluar dari rumah tanpa berteman ibu atau pun abangnya. bagi memberi peluang untuk dirinya mencari pasangan hidup. Walaupun begitu dia masih dipantau oleh abangnya dengan siapa dia berkawan atau pun keluar. Pada suatu hari Jelita berseorang lalu bertemu dengan lelaki yang nama Usop. Bagi mengisi masa terluang Jelita mendapat tawaran menjadi penolong jurulatih karate di rumah anak - anak yatim. Disitulah tempat Jelita bertemu lagi dengan Usop sebagai ketua jurulatih karate. Setiap pertemuan pasti berlakunya pergaduhan membuatkan hatinya sakit. Tanpa disedari oleh jelita semua pertemuannya dengan Yusoff adalah satu rancangan rapi keluarganya sendiri. Kehadiran Usop yang mengaku suami membuatkan hidupnya huru hara. Paling menyulitkan dirinya , Jelita cuba memulihkan keadaan tetapi tiada seorang pun ahli keluarganya mempercayai kata-katanya kecuali kakak iparnya a.k.a kawan baiknya. Sandiwara yang dicipta oleh keluarganya membuatkan Jelita kecewa. Jelita cuba membongkar rahsia siapa Usop sebenarnya. Jelita cuba pasrah menerima takdir dirinya yang sudah bergelar isteri kepada Yusoff. Tetapi perasaan terlalu cemburu yang menyelubungi diri selalu sangsi kesetiaan suaminya. Merajuk adalah kepakaran Jelita dan Yusoff insan yang tak pernah rasa jemu untuk memujuk .
Sinopsis dari kulit Novel
YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya.Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.
“Jatuh awak boleh diangkat. Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop
“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita
Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff
“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita
Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?
Jika dia sah menjadi suaminya, maka dia nekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suaminya sendiri.
“Lit cinta abang… Lit sayang abang… Terima kasih sudi layan kerenah Lit selama ni. Dari dulu sampai sekarang.” –Jelita
Adakah perkahwinan luar biasa di antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagiaan seperti pasangan yang lain? Setelah segala diserahkan dengan sepenuh hati, mereka sangat berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka.
Petikan - petikan menarik dalam novel
Pertemuannya telah dirancang
"Errr.. maaf. Saya langgar awak ke, awak langgar saya?" tanyaku pinta kepastian. Kalau aku langgar dia, aku nak minta maaf dan kalau dia langgar aku, aku nak dia minta maaf.
"Kita sama berlanggar," jawab dia.
Tak aku duga jawapan itu terbit dari mulut dia. Membuatkan aku berfikir, siapa yang salah dan siapa yang tak.
"Maknanya kita sama - sama salahlah ni, ya?" soal aku lagi.
Dia menggangguk dan tersenyum.
"Saya minta maaf," ucap di laju.
Aku angguk " Saya pun minta maaf juga."
Adil dan saksama. Sama-sama salah, sama-sama mohon maaf dan selesai. Aku atur langkah kemas hendak berlalu bila lelaki ini sekali lagi melelar pergelangan tangantu. Muur juga aku tak tertelentang ke belakang.
"Eh, apa ni?" marahku.
Memang geram, Tadi tak sengaja, tak mengapalah. Ni, dah sengaja aku memang nak tampar aje dia.
"Jangan suka -suka hati sentuh oranglah." Aku rentap tanganku dan dia ters menghulurkan Pashmina milikku tadi yang ternyata sudah kotor. Rasa seperti nak menangis tatkala melihat keadaan selendang yang baruku beli itu. mungkin harga murah tapi aku suka. Suka sangat.
"Siap yang buat ni?" tanya ku mula berkasar.
Tadikan awak jatuh."
Aku mendengus dan terus berlalu. Bila aku berkalih, ternyata lelaki ini sedang mengekori aku.
"Awak ni kenapa, hah?" tanya aku kasar.
Aku dah mengepal penumbuk. Kalau murah rezeki dia ni, memang balik rumah dengan mata lebam.
"Saya nak pulangkan selendang awak ni. Awak tak nak ke?"tanya dia polos.
Dia kujeling tajam. "selendang tu dah jatuh, dah kotor. Saya tak nak dah!" ucapku geram.
Hatinya sangsi dengan kehadiran Usop dalam hidupnya
"Usop," panggil aku sebelum dia menjauh.
Langkahnya pegun dan dia berpaling. "Apa?"
"Awak ni siapa sebenarnya? kenapa kat sana awak kat sini awak?"
Dia hanya ketawa nipis. Inilah saya. Di mana ada awak, disitu ada saya akan berada. Latihan tamat dah, esok datang lagi. Kelas Sabtu dan Ahad sebab hari lain saya ada dekat Parkson jaga timbang," Ujarnya jujur.
Pelik? Dimana ada aku , disitu ada dia? Dah macam bayang-bayang pula. Tapi aku rasa, dia memang pengintip, Adakah dia seorang penyiaat peribadi?
"Errr, awak ni penyiasat peribadi ke?" Aku tanya juga soalan yang bermain dalam minda sebentar tadi.
"Taklah...." Dia menidakkannya.
"Saya penyiasat hati!"
Aduhai, kenapalah aku dipertemukan degan makhluk seperti dia.
"Emmm, tak apalah, saya anggap ajelah ini kebetulan untuk kita," akuiku, mengalah.
Usop kembali melangkah kearahku kemudian dia berhenti dan menyilang tangannya rapat ke dada.
"Kenapa cakap kebetulan sedangkan ini semua takdir?" tanya dia.
"Dalam duani ini saya tak percayakan kebetulan, Jelita. Pertemuan perpisahan tu telah ditetapkan oleh takdir. Kenapa mesti nak cakap kebetulan?"
Errr, aku buntu.
"Saya pun tak tahu...."
"Kalau tak tahu, jangan cakap. Macam juga hati, selagi tak tahu apa yang hati sendiri rasa, lidah jangan ringan menutur kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata harus dikota tau!"
Aku termanggu sendiri melihat dia sekali lagi berpaling sebelum melangkah pergi. Melankolik betul ayat yang dituturnaknya.
"Eh, Usop. Awak ni siapa sebenarnya, hah? Jelmaan dari Sungai Pahang ke?" Aku bertanya sedikit kuat.
Usop mengangkat tangannya tanpa berpaling.
"Awak ada tiga bulan untuk tahu siapa saya. Ni baru tiga hati, jangan gelojoh!" balas dia degan suara yang kuat dan aku jadi kelu!
Lit terkelu bila Usop meluahkan
"Budak-budak tu rindukan awak. Tiap-tiap hari duk tanya saya." Dia menjuihkan bibirnya sedikit ke arah budak budak yang sedang berehat dihujung sana.
"Tahu dah. Awak dah bagi tahu dalam e-mel semalam," Selaku malas lalu aku suakan muncung botol airku ke mulut. Aku meneguk air putih itu perlahan lahan bagi mnghilangkan dahaga.
"Tapi saya lagi rindu awak. Lebih dari budak - budak tu rindukan awak," sambungnya separuh berbisik.
Burrr.. tersembur air yang berada di dalam mulutku. Aku terus berpaling kepada Usop.
"Apa awak cakap tadi?" tanyaku selepas berdeham beberapa kali.
"Saya rindukan awak lebih dari budak-budak tu rindu awak," ulang dia.
Aku menggenyeh mataku berkali-kali. Serius tak percaya.Betul ke dia Usop yang suka menengking dan memarahi aku selama ni? Betul ke dia encik timbang di Parkson yang suka menyindir-nyindir aku selama ni?
"Betul ke awak ni?" tanyaku diluar sedar.
"Ya , sayalah ni Usop Sontorian awak," akuinya telus.
Makinlah aku sukar hendak mempercayainya. Usop Sontorian awak? Awak? Maknanya aku? Eh dia ni, janganlah main cuit-cuit hati aku. Tapi bila dia berkata begitu, aku teringat pula pada pesanan mama. Agaknya inilah jawapan yang mama nak sampaikan kapada aku sehingga menyuruh aku agar menjemput Usop datang ke rumah. Tapi aku buat - buat lupa saja.
Haih... buntu. APa nak buat ni bila seseorang lelaki berkata seperti ini kepada aku? Nak telefon kak Shima la. Nak tanya , apa dia lakukan bila Abang Jeff meluahkan peraaan kepadanya dulu. Pantas saja tangan aku menyelongkar beg galas untuk mencari telefon bimbit.
"Eh, nak buat apa telefon tu? Nak telefon siapa?" tanya dia pelik.
Aku menggeleng. "Nak telefon kakak ipar saya. Nak tanya dia nak jawab apa kalau ada lelaki cakap macam ni."
Tu hah, terus terang lagu bersuluh aku memberitahu Usop tentang apa yang aku rasa. Dia bantai gelak.
"Lit..." Seru dia sambil menarik telefon bimbitku dari tangan. Tak sempat aku nak mengelak.
"Telefon sebab nak tanya tu je ke? kenapa tak tanya saya sendiri?" Dia masih lagi degan sisa tawanya.
"Errr..." Aku terkelu. Ya Allah , apa nak buat ni?
"Lit, jawapan dia senang aje. Sebab saya suka awak, senangkan?" Usop mengakui perasaannya kepadaku.
"Errr, maknanya awak marah saya selama ni sebab awak su..."
"Ya," pangkas dia tanpa sempat aku menghabiskan ayatku. Ketika ini, aku rasa wajah aku sudah berona merah, menahan rasa malu.
"Kalau saya kata saya cinta awak, awak percaya saya tak, Lit?"
Aduhai. Aku rasa nak terbang aje balik ke rumah ketika ini. ku nak menyorok dibawah gebar aku. Nak tutup muka aku agar dunia tak nampak aku yang memang sedang menahan malu dek soalan Usop ini.
Benarkah dia Isteri kepada Yusoff
Mama sudah mula menangis disisi abah. Abah pula dari tadi asyik mengusap kepalana yang botak itu. Abang Jeff diam disisi Kak Shima. Aku pula? Memang terasa hendak menangis pada saat ini.
"Sampai hati Lit bt mama macam ni! Mama tak marah Lit nak kahwin dengan siapa pun tapi lit tak boleh nak kahwin senyap-senyap macam ni," rintih mama.
Aku tergamam lagi. Dlam hati aku menidakkan segalanya.
"Lit memang tak kenal..." Belum sempat ku menghabiskan ayat, aku berpaling pada seorang lelaki yang duduk bersama kami.
"Awak ni siapa?" Aku bertanya kepada lelaki itu.
Berani dia masuk ke rumah dan memporak perandakan keluarga aku yang sentiasa bahagia ini. Sudahlah aku telah ditampar oleh seorang perempuan kerana dituduh merampas teman lelakinya.
"Lit tak kenal abang ke?" tanya dia lagi.
Aku menggeleng. Nak menggelarkan dirinya sebanagi abang pula. Aku hendak mengoyakkan sijil ikah palsu yang berada di tanganku ini, tapi tiba-tiba abah menghalangku.
"Kamu jangan nak koyakkan sijil nikah tu , Jelita. Kamu ingat senang nak buat baru?" tengking abanh kuat. Dia mengeluh lagi.
Aku sudah terasa nak menangis.
"Eh, janagan bergurau boleh tak?" Aku bertanya dengan suara yang meninngi. Tak tertahan rasanya bila melihat mama yan sedang menangis.
Ketika sampai dihalaman rumah, Abang Jeff terus mengheret aku masuk ke dalam rumah keranan ada seorang lelaki yang mengaku bahawa dirinya sebagai suamiku. Tak mungkin dia Usop kerana dia berwajah bersih, tampan , kemas dengan rambut terpacak, misai tipis dan juga janggut sejemput. Bezanya degan Usop bagaikan diantara langit dan bumi. Aku menatap mata lelaki itu lama-lama dah bila dia sengih, aku terasa hendak pitam! Dan akhirnya aku benar - benar pitam.
Keadaan menjadi tegang bila Jelita cuba menegakkan kebenaran
"Okey, kalau betul apa Lit cakap ni, biar abah tanya Usop pula. Betul Sop apa yang Jelita cakap ni? Kamu dengan dia tak ada apa-apa?" Suara abah sudah mula tegang.
Dia menapak selangkah ke depan, mendekati Usop. Wajah itu beriak keruh dan kelat. Gigi dan rahangnya dikerap hebat. Jika Usop mengaku bersalah, aku pasti abah akan menampar mukanya. Tapi aku tak sanggup melihat lelaki yang aku sayan disakiti.
Biarpun aku geram dengannya, tapi aku tetap sayangkan dia. Tapi tak bermaksud aku harus menipu bahawa dia suami aku.
"Lit betul nak ababng cakap yang Lit bukan isteri abang. Betul Lit tak nak mengaku abang suami Lit?" tanya dia.
Aku mengangguk kerana memang itu hakikatnya. Dari terus melarat masalah ini. lebih baik ia diselesaikan . Usop mengeluh berat. Dia menarik kopiah putih dikepalanya lalu dia meramas rambut pacaknya itu. Usop masih diam. Dia memandang aku lama sebelum beralih kepada abah pula. ""Bah, kalau Lit tak nak mengaku Usop suami dia , Usop tak boleh nak kata apa. Kalau dia rasa Usop bukan suami dia dan dia bukan isteri Usop, betullah kut yang U,,,"
Tak sempat Usop menghabiskan ayat, tangan abah terangkat. Aku cepat saja menerkam ke arah abah dan memegang tangan itu dari terus singgah di pipi Usop. Nafas abah sudah mengah. Usop pula diam menunduk.
"Tak, bah, Jangan pukul suami Lit. Dia suami Lit, Jangan pukul, bah. Lit sayang dia . Lit isteri dia. Dia menanntu abah dan mama,," Akhirnya aku terpaksa mengaku bahawa Usop memang suami aku sebab takut abah pukul dia habis-habisan. Aku tak mahu berlaku pertumpahan darah di dalam rumah aku ni terutama di dalam bilikaku.
Jelita mencari siapa dalang dalam merancang perkahwinannya.
Aku duduk dibirai katil. Pahanya aku tepuk kuat membuatkan kak Shima menyeringai.
"Sakitlah Lit. Nak seksa akulah tu..."
"Sebab kau seksa aku dulu,kan?" pangkasku sinis. Dia menelan liur.
"Apa kau cakap ni?" Matanya dilarikan ke arah lain, takut barangkali.
"Jangan buat tak tahu, boleh tak? Sejak bila kau pandai buat aku macam ni , hah? Sampailah hati kau, kan?" tanya ku sedih.
"Apa aku buat?" tanya polos.
"Mana Usop dapat gambar aku masa study dulu? Cuba kau cakap cakap. Sebab setahu aku , gambar tu kau aje simpan!" Kak Shima terbatuk, tersedak buah oren. Padan muka dia . Merah wajahnya menahan batuk.
"Tengok, orang bersalah memanglah macam ni gayanya," sindirku.
"Kau dah tahu ke?" tanya dia
Aku mengangguk.
"Semuanya?" Mata kak Shima bulat.
"Semuanya!" jawabku tegas.
"Masak Usop. Aku dah cakap, aku tak nak tipu kau tapi dia dengan Abang Jeff rancang semua ni.... Erk!!!" Kak Shima menekup mulutnya. Aku tahu dia terlanjur bicara tapi hatiku sudah mula berasa puas.
" Cerita semua kat aku , boleh?" Aku menggesa dia.
Kak Shima menggeleng. "Aku pegang amanah, Lit."
Dia masih menjaga amanahnya sedangkan aku kini sudah tidak sanggup menanggungnya.

Jika ini takdirnya, Jelita nekad untuk menjadi isteri tetapi kerana cemburu Jelita selalu curiga kesetiaan suaminya.
"Kenapa Shila telefon abang?" tanyaku setelah dia menjauhkan telefon bimbit itu dari telinganya.
Usop menjongket bahu. Dia meletakkan telefon bimbit tu diatas meja solek dan kembali merangkak naik ke atas katil. Baru saja dia hendak menarik aku ke dalam pelukannya, aku pantas melompat turun. Buku yang berad di atas dada, jatuh ke atas lantai. Aku sudah hampir menangis. Sungguh aku rasa tertipu.
"Kalau dia bukan istimewa pada abang, tak akan dia berani nak telefon abang malam-malam macam ni, kan?" tanya dengan suara yang masih cuba bertenang.
"Sayang... cakap apa ni? Abang tak ckap apa pun tadi,kan?"
"Dan Lit pun tak dengar apa yang abang sembangkan biarpun abang tak bersuara!" tekanku mencantas kata-katanya.
Usop menolak selimut. Dia menjatuhkan kaki ke lantai dan terus berdiri. Bil langkah itu cuba menghampiri aku, aku terus berlalu menjauhinya. Aku duduk bersandar pada almari pakaian dan dia kembali duduk dibirai katil sambil merampas rambutnya.
"Sayang... kenapa curiga sangat pada abang ni?" Lembut saja suara itu bertanya kepadaku.
"Kalau abang kat tempat Lit, abang tak rasa cemburu ke? Tak rasa marah kalau ada orang lelaki yang telefon Lit tengah-tengah malam macam ni?" soalku kembai.
Dia menggeleng. "Kalau betul ada lelaki telefon Lit masa Lit bersama abang macam ni, memang tak elok, jawab dia lemah. Aku merenung mata itu seketika sebelum melarikan pandanganku dari terus terpku memandangnya.
"Abang sendiri pun tak nak kalau perkara ini berlaku pada Lit. Macam mana abang boleh ingat Lit boleh terima perkara ini berlaku pada abang?"
Dia diam. Bila aku menjeling, dia masih terpaku menatap wajahku. Aku membawa tangan menyilang k dada. Penghawa dingin sudah terasa sejuk lain macam. Aku melangkah, ingin keluar dari bilik kami.
Rehan Makhtar
ReplyDeletehehe..terima kasih atas sokongan ya.. alhamdulillah dapat yang bersign..nnt jumpa kita tulis nama.. syukur novel ni diterima.. ini yang ketiga dah yg ada dgn hapisah kan.. insyaAllah akan terus ada buah tangan baru..bila tu tak tau lagi.. harap terus menyokong dan jgn serik baca karya sy lagi.. alhamdulllah alhamdulillah alhamdulillah... sayang kamu.. hehe <3
Say cukup berbesar hati bila penulis Rehan Makhtar sudi meninggalkan sedikit komen di blog ini.... kepada yang singgah ke blog ini juga terima kasih.... dan sudi kiranya meninggalkan sedikit komen tentang novel ini...
Delete