Thursday 22 November 2012

NOVEL KAMI DAH KAHWINLAH


Perkahwinan ini satu rahsia.... akan terbongkarkah nanti?


Sekali lagi Penulisan2u telah mencungkil mengetengahkan bakat penulis baru Lisa Muhamad dengan novel bertajuk Kami Dah Kahwinlah. Sebenarnya novel Kami Dah Kahwinlah adalah tajuk baru. Dulu lebih dikenali sebagai Ini Kisah Kita di laman blog penulis. Percubaan pertama penulis, novel setebal 413 muka surat satu cerita yag ringan dan santai.  Ia mengisahkan keluarga yang memegang kuat pada adat tak boleh berkahwin dengan saudara sendiri dan calon pasangan mesti dijodohkan oleh pilihan keluarga. Terjadi pada keluarga Sara Cempaka dan juga Muhammad Raqib Aryan. Sara dan Aryan sepupu telah bernikah diluar negara semasa mereka belajar di London terpaksa menyembunyikan perkahwinannya dari pengetahuan keluarga. Ini kerana Neneknya melarang keras tentang adat dan keturunan. Rahsia mereka terbongkar , kerana dapat dihidu oleh Mak su mimie. Dengan  akur mereka menceritakan pada Mak Su Mimie dan dengan bantuan dan helah Mak su Mimie mereka dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri kerana tinggal diluar. Kehidupan mereka berdua menjadi kalang kabut bila nenek Saripah mencadangkan calon jodoh untuk mereka . Sebelum Aryan nekad untuk berterus terang rahsia mereka telah bocor dari pengetahuan Puan Syuhadah ( mak Sara ). Puan Syuhadah dan Puan Serena ( mummy  Aryan ) nak tengok sejauh mana Sara dan Aryan nak sembunyikan perkahwinan mereka. Mereka pura - pura sibuk membuat sibuk persiapan perkahwinan Aryan dan farhana pada hal persiapan perkahwinan tersebut untuk Sara dan Aryan. Rajuk dan pujuk memang menjadi asam garam rumah tangga Sara dan Aryan.  


Sinopsis dari Kulit novel
“Jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. Tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. Pegang adat keluarga kita. Adat turun-temurun kita…” – Nenek Saripah

Siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? Raqib Aryan dan Sara Cempaka, dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. Padahal pada zaman kanak-kanak, mereka langsung tidak bertegur sapa dan hanya jeling-menjeling. Tapi apabila kedua-duanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi mesra.
Pada mulanya mesra sebagai saudara sepupu, lama-kelamaan bercambah menjadi cinta. Tapi, bagaimana dengan Nenek Saripah yang memegang kuat adat keluarganya?
Akhirnya, mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. Rahsia yang disimpan dari London terbongkar di Malaysia apabila Elman Amar dan Mak Su Mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua.
“Kak Sara suka abang?” – Muhamad Elman Amar
“Petang semalam, mak su nampak kau orang berdua kat tepi tasik. Betulkan itu kau orang?” – Mak Su Mimie
Walaupun tanpa restu keluarga, namun mereka tetap mempertahankan hubungan suci itu. Rasa cemburu dan dugaan diharungi bersama-sama dengan pujuk dan memujuk. Tapi,cadangan Nenek Saripah telah menggugat pendirian Raqib Aryan dari terus merahsiakan hubungan mereka. Walaupun ditegah oleh Sara Cempaka, namun kisah hubungan mereka harus dikhabarkan kepada nenek!
“Hari ni jangan tayang senyum sangat... Nanti Mak Cik Habibah dengan anak dia terpikat habis…” – Sara Cempaka
“Bimbang ke? Kalau macam tu, Sara janganlah tinggal suami tersayang ni sorang-sorang. Ada yang nak menempel karang.” – Muhamad Raqib Aryan
Adakah rahsia hubungan mereka mampu diterima oleh keluarga terutama Nenek Saripah? Rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar dalam… Kami Dah Kahwinlah!

Petikan-petikan yang menarik dalam novel ini.
Kepulangannya ke Malaysia
Jejak sahaja bumi Malaysia nanti. Kehidupan mereka tidak akan sama seperti di Kota London lagi. Tidak boleh tinggal serumah seperti sebelum ini. Tidak boleh mengemas rumah dan masak bersama-sama. Oh, tuhan! Bagaimanalah mereka dapat mengharungi kehidupan yang seperti itu nanti. Melalui hari masing-masing tanpa satu sama lain. Walaupun diri telah disiapkan untuk berhadapan dengan keadaan itu, tapi hati seakan-akan tidak mahu menerimanya.“Bimbang ke?” Ajunya kepada lelaki di sebelah.
Tersenyum tawar. “ Bimbang?” Kepala digelengkan. “ Lepas ni kena tinggal rumah asing-asing dah……walaupun sebelah-sebelah, tetap rumah berlainan…..I will miss you….” Jemari si perempuan diraih ke dalam genggaman."Bukannya jauh, sebelah je. Hari-hari boleh datang….” Cuba menceriakan suasana.“ Datang makan boleh?”
“Of course boleh…..mak mesti suka…”
“So, hari untuk kita dating macam mana?” Soal si lelaki. Perkara penting ni.
“Laa…..kalau pergi makan kat rumah tu kira sekali dengan datinglah….” Tersenyum mengusik. Tahu jawapannya menimbulkan rasa tidak puas hati lelaki itu.
“What!? Huh…..you tak sayang I kan….kan…” Lelaki di sebelah sudah nada merajuk.
Dia sudah tergelak. Orang bergurau saja nak sensitf-sensitif. “Datingnya hari minggulah…..tak kerja. Boleh pergi jauh sikit. Tak ada orang nampak…..”
Kembali tersenyum. Lega dengan jawapan yang didengar. “ Dua hari je cuti setiap minggu……tak boleh pergi jauh mana…..tak apa…..nanti kita fikir cara lain….”
“Fikirlah sorang….I tak kisah. Kita kan ada mak nanti……” Kata si perempuan.
Buntang matanya mendengar kata balas itu. “ Sayanggg…...!”
“Ya….ya….nanti kita fikirkan……” Tak boleh dibuat main. Orang di sebelah ni tengah jiwa kacau! 
Elman cuba mencukil Rahsia
“ Baik Kak Sara cakap…..betul ke Abang dah nikah kat London?” Bisik Elman perlahan. Takut didengari oleh ahli keluarga yang lain. Sara yang sedang mengunyah epal hampir terserdak. Sepantas kilat berpaling kepada Elman di sebelah. Alahai……..kenapa tak tanya abang dia? Aku pulak yang jadi sasaran. Abang dia, ada kat depan mata je, bukannya ke mana-mana.
“ Kak Sara tak tahu…..siapa yang cakap ni?” Soal Sara juga berbisik. Berbalas pandang dengan Raqib Aryan.
“ Abang sendiri yang terlepas cakap……masa dia telefon rumah hari tu…..”
“ Dia gurau je kot……pasal nikah-nikah ni, betul Kak Sara tak tahu apa-apa……” Masih lagi berbisik-bisik. Perasan Mak Long sudah memandang pelik kelakuan mereka berdua.
“ Mana boleh tak tahu apa-apa. Korang kan rapat. Duduk pulak dekat bangunan yang sama. Tak logiklah kalau Kak Sara tak tahu langsung……paling kurang pernah terserempak dia dengan awek ke?” Kata Elman lagi, tidak puas hati dengan jawapan Sara Cempaka.
“ Kak Sara…..cakap betul ni…..” Kaki belum panas jejak bumi Malaysia. Sudah kena serbu dengan soalan yang menganggu ketenangan jiwa. Sesiapa….tolonglah jauhkan Muhamad Elman Amar daripadaku…..
“ Tak nak cakap ya…..” Percakapan mereka terganggu apabila Mak Long Serena mencelah.
“ Apa yang kamu berdua bisik-bisikan tu?” Tanya Mak Long Serena musykil. Pelik dia tengok budak berdua ini. Sok sek, sok sek daripada tadi……
Elman garu kepala. “ Elman tanya Kak Sara ni…..best ke dah balik Malaysia….tu aje….” Sara Cempaka tarik nafas lega. Pandai Elman bagi alasan. Rupanya budak Elman ni tak cerita dekat Mak Long dan Pak Long lagi. Baguslah…..cukuplah dia syak sorang-sorang…..
Menjeling Raqib Aryan yang duduk di sofa yang bertentangan. Memberi isyarat mata. ‘Tolong selesaikan dengan Elman.’ Raqib Aryan angkat kening. Tidak dapat menangkap apa yang mahu disampaikan oleh Sara Cempaka.
Sara Cempaka memberi isyarat tangan sewaktu Elman ralit bercerita dengan nenek. Kali ini Raqib Aryan mengangguk faham. Mengangkat tangan kanannya ‘ jangan bimbang’, menyentuh dada kemudian menyapu angin ke kanan. ‘ Serahkan kepada saya, semuanya akan selesai…”


Rahsia selama ini disimpan kini terbongkar

" Maksu nak tanya......" Mimie tidak jadi meneruskan kata apabila seorang pelayan lelaki menghampiri mereka bersama menu di tangan.
" Order dululah....." Katanya. Setelah mengambil pesanan daripada mereka. Pelayan lelaki tersebut berlalu.
" Hmm......." Memandang Sara Cempaka. Berkalih pula kepada Aryan.
Sara Cempaka menumpu pandang kepada Mimie. Maksunya seperti mahu mengatakan sesuatu yang penting. Apatah lagi menatap pandangan mata Maksunya yang gelisah sahaja.
" Okeylah....Mak su cakap direct. Mak su nak korang jawab dengan jujur. Petang semalam, Mak su nampak korang berdua tepi tasik, betul kan itu korang?" Tanya Mimie memandang Sara dan Aryan silih berganti. Nyata kedua-duanya mempamerkan riak terkejut. Sara Cempaka diam tanpa kata.
Perlahan-lahan Aryan mengiyakan. Membuatkannya tergeleng-geleng sendiri. Hujung meja dipegang kejap. Apa dah jadi dengan kedua-dua orang anak buahnya ini? Aryan boleh diibaratkan seperti harapkan pagar, pagar makan padi! Aryan sudah melampau. Kalaupun ada hati dengan Sara, mengapa mengambil kesempatan sebegitu rupa? Lupakah dia Sara Cempaka masih lagi sepupunya? Sudah tidak ada gadis lain ke untuk dia berfoya-foya? Siapa yang terpaksa menanggung akibat kalau sesuatu terjadi nanti? Tentulah Sara, kerna Sara Cempaka perempuan. Aryan? Aryan boleh lepas tangan, dia tidak akan rugi apa-apa kerana dia lelaki.
" Aryannn..!" Serunya geram.
" Apa dah jadi? Mak su nampak semua! Bermesra-mesraan kat tepi tasik tu! Apa? hidup di luar negara sana dah buatkan korang lupa batasan? Terikut-ikut dengan gaya hidup diorang?" Mimie menghamburkan amarahnya.
" Mak su......."
" Tak payah nak terangkan apa-apa lagi Aryan." Tidak memberi peluang Aryan untuk mencelah.
" Tak cukup bermesra-mesraan kat tepi tasik, korang buat drama swasta depan restoran ni pulak?" Sekali lagi Aryan beriak terkejut menghalakan pandangan ke luar restoran. Aduh! Mereka sudah terkantoi secara terang-terangan. Dinding kaca restoran ini menampakkan terus bahagian luar. Langsung tidak perasaan. Leka sangat dengan Sara!
Sara Cempaka mengurut pelipis. Mak Su sudah tersalah sangka. Mereka dianggap melakukan perbuatan tidak senonoh! Lupa diri! Bagaimana mahu diterangkan letak duduk perkara sebenar. Hari ini tiba juga! Hari di mana mereka terpaksa berdepan dengan soal jawab daripada keluarga, biarpun hanya Mak su seorang.
Aryan terdiam seketika. Menimbang-nimbang dalam kepala. Tidak dapat tidak, kebenaran harus dibongkarkan di hadapan Mak su Mimie. Tidak guna lagi berdalih. Mereka hanya mampu berharap pengertian daripada Mak su. Juga hanya mampu berharap agar Mak su Mimie mengunci mulut setelah mengetahui kebenaran yang bakal terbentang.
Mengangguk kepala pelayan yang datang membawakan hidangan mereka. Jemari Sara di atas meja dicapai. Buntang mata Sara memandangnya.
" I will tell the truth...."
" But...."
" Tak apa....." Tangan Sara digenggam erat. Menyalurkan semangatnya.
" Tell the truth? Apa?" Memandang tangan Sara dan Aryan yang saling bertaut. Berani sahaja Aryan mengambil kesempatan ke atas Sara walaupun dia ada di hadapan mereka. Aryan ni memang...memang......
" Kami dah nikah!"
Mimie terdiam seketika. Terkedu. Lambat-lambat otaknya mencerna sebaris ayat yang keluar daripada bibir Aryan. Kami dah nikah.....What?! Aryan sudah mengahwini Sara? Apa dah jadi ni? Sejak bila? Kenapa tidak ada ahli keluarga mereka yang tahu mengenai hal ini?
" Dah......nikah?" Lambat-lambat terpancul soalan itu dari mulutnya. Memandang Sara.
Anggukkan daripada Sara Cempaka membuatkannya lemah lutut. Bersandar ke belakang.
" Kami nikah di London 6 bulan lepas...tak seorang pun dalam keluarga kita tahu tentang perkara ni." Terang Aryan lebih lanjut.
" Nikah....kat...London? Dah 6 bulan?.......Korang buat kerja gila!" Luah Mimie.
" How all this happened? Sejak kecil korang tak pernah rapat. Seorang ke hulu seorang di hilir. Sara.....please, cerita dekat Mak su. Aryan buat sesuatu ke sampai terpaksa nikah senyap-senyap?" Soal Mimie tak sudah. Mencari-cari anak mata Sara Cempaka.
Berlaga pandang dengan Mak Su Mimie. " No.....nothing happened. We.....both, just.......kami jatuh cinta." Jawab Sara Cempaka.
" How can it be? Korang sepupu......" Habis diredah budak berdua ini adat resam dan pegangan emak selama ini!
" Ya......kami sepupu. Tapi kami masih boleh bernikah kan?" Aryan menarik senyum dihujung bibir. Lambat Mimie membalas.
" Boleh.......tapi tak dianjurkan......tak berkembang zuriat....."
Sara angguk, mengerti. " Sara dah ishtikharah, jawapannya.....Aryan....."
" Dah jodoh kami Mak Su......" Kata Aryan pula.


Bila nenek Saripah membawa calon Isteri untuk Rayan, 

Nenek Saripah berkalih pandang pada Aryan yang bersandar di almari pakaian dengan tangan yng memeluk tubuh. "Nenek dah buat keputusan, nak pinangkan Farhana untuk kamu"
Aryan melopong. Dia benar-benar terjekut dengan keputusan melulu. Dia terus berdiri tegak! Tanpa sebarang perbincangan, nenek membuat keputusan besar bagi pihaknya. Apa ni? Ini soal masa depannya. Kenapa nenek suka sangat menikut kehendak sndiri? Nenek suka pada Farhana, tidak bermakna dia juga haru menyukai gadis itu. Hidup pada zaman apakah mereka ini? Bukan anak jantan jika dia tidak dapat mempertahankan haknya sendiri!
Sara Cempaka tidak terkata apa. Tenaga yang baru sahaja pulih kembali menyusut. Tangannya longlai di pembaringan. Matanya terasa panas! perkara yang ditakutinya akhirnya berlaku juga.
"Aryan tak akan ikut cakap nenek!" tegas Raqib Aryan. Tegang wajahnya. Tulang pipinya timbul dan tenggelam akibat amarah yang bertandang dalam diri.
"Kamu jangan nak membantah, Aryan!" marah Nenek Saripah yang juga berwajah tegang. Bibirnya diketap=ketap, geram dengan sikap Aryan.
"Nenek suka buat keputusan sendiri. Aryan tetap tak setuju!" Kali pertama nada suaranya meninggi dengan Nenek Saripah. Bunga- bunga pentengkaran sudah tercetus!
"Kamu.... kamu ni dah gila bayang sangat agaknya dengan kawan perempuan kamu tu, sampai cakap nenek pun kamu dah berani bantah! Tinggalkan perempuan tu! Bertunang dengan Farhana. Kamu setuju ke , tak suka ke, nenek akan masuk meminang Farhana dalam masa tersekat ni!"
"Aryan akan pastikan kami tak akan bertunang! Tak akan!"
"Aryannnn! Kamu, kamu dah melampau! Kamu nak derhaka dengan nenek? Melawan cakap nenek?"
"Nek, bukan macam tu...."Suaranya kembali mengendur. Kepalanya digeleng-gelengkan. Dia kesal dengan tuduhan nenek. Dia cuma menegakkan haknya untuk membuat keputusan bagi diri sendiri. Dia bukan budak belasan tahun yang tidak matang fikirannya.
"Nampaknya kamu memang nak menderhaka dengan nenek. Sebab perempuan yang entah apa - apa tu, sanggup kamu membelakangkan cakap nenek, cakap keluarga kamu?"
"Ckap keluarga? Rasayang nenek buat keputusan tu tanpa bertanya pendapat sesiapa. Tak ada seorang pun ahli keluarga kita yang nenek ambil peduli pendapatnya, kan? Semua orang kena ikut kata nenek!"
"Nenek buat semua ni untuk kebaikan kamu, masa depan kamu. Gadis baik seperti Farhana tu bukan senang kita nak jumpa...."
Raqib Aryan mengeleng lagi. Nampaknya kebenaran perlu dibongkarkan dihadapan nenek pada hari ini. Dia merenung wajah Sara empaka yang diam tidak berkutip. Merah matanya itu. Sara setuju atau tidak, dia ttap akan membentangkan rahsia pernikahan mereka kepada nenek! Dia tidak mahu bergelar pengecut kerana takut untuk menyatakan kebenaran. Lambat laun perkara ini perlu dikhabarkan juga.
"Aryan dah nikah," katanya. Terjengkil biji mata Nenek Saripah.
"Abang .... Jangan, please...." rayu Sara yang terkejut dengan pengakuan tiba-tiba dari Raqib Aryan. Lebih terkejut apabila melihat nenek yang tercungap-cungap semput. Turun dan naik nafasnya. Wajah tua itu menguasai diri. Hatinya melantun cemas! Bukan sekarang waktu untuk membongkarkan rahsia.

Bila rahsia Aryan dan sara terbongkar
"ada apa ni Su, panggil kami kumpul ramai-ramai? Kerja tak sudah lagi ni," kata pPuan Serena. Dia turut pelik apabila adiknya memberitahu ada perkara penting yang mahu diberitahu kepada seluruh keluarga. Puan Syuhadah melepaskan keluhan. Berat benar di pendengaran semua yang mendengar.
"Aryan dengan Sara .... dia orang dah..." Mimie terpaku. Elman tepna. Erk? Mesing-masing menelan liur. Walaupun Puan SSyuhadah tidak mengahabiskan ayatnya, namun hatinya dapat meneka perkara yang akan dibangkitkan. Peluh ula membasahi dahi! Niat untuk melumat 'kamu-kamu' yang membangkitkan kemarahan Puan Syuhadah boleh dilupakansekarang kerana mungkin mereka dulu yang akan dilumat dengan lesung batu! Inilah bahananya menjadi rakan subahat!
"Kenapa dengan dia orang, Su? Apa dia orang dah buat?" Puan Serena menyoal. Kata-kata adikny yang ergantung itu buat dia tidak senang duduk. Resah dan gelisah.
"Dah nikah!" tutur Puan Syuhadah.
Puan Serena terpana seketika, melopong tanpa kata. Dia erus terduduk ke sofa! Apakah ini fakta atau sekadar gurauan untuk menyentapkan hatinya pada malam hari?
Encik Arsyad di sedelah dipandangnya. Tersenyum lebar orang tua itu? Boleh pula bergembira dengan barita yang menggugat ketenangan hati ini?
"Abang dengan kak sara memang dah nikah. Errr... dia orang dah mengaku denag kami." Elman menyamouk tanpa disuruh. Terbeliak biji mata mimie. Habislah, masak mereka kali ini.
"Kami? siapa lagi yang dah tahu? Elman! sanggup Elman tolong dia orang berdua tipu kami?!" marah Puan Syuhadah. Mujur hatinya masih kuat. Jika tidak, suda lama sekujur tubunnya ini tumbang.
"Mak su..." Semua berkalih memandang pada mak su. Mime tercengang apabila namanya disebut oleh Elman. Geram sugguh dia dengan si Elman. Tak boleh diam-diam ke ? Nak juga menanggung susah bersama-sama! Tak gentlemen betul. Dan pada mala itu, mereka dikerjakan lumat-lumat! Dicuci dengan cukup bersih oleh ibu-ibu pasangan merpati dua sejoli. Emak si Sara Cempaka dan mummy si raqib Aryan.
Sebaik saja selesai sesi perjumpaan merka. Puan Syuhadah terus menerjah Sara Dan Aryan dimuka pintu. Mereka baru saja pulang dari menghantar seorang saudara mereka. Terpinga-pinga Sara Cempaka kerana diserbu tiba-tiba.
"Sara ada apa - apa nak bagi tau mak?" tanya Puan Syuhadah. dihujung sana, di sebalik dinding, mimie dan Elman memasang telinga, sekadar mencuri dengar. Hendak memberi bantuan, sungguh mereka tak berani lagi! Sara cempaka berfikir sejenak. Apa yang sudah berlaku sepanjang peninggalan ingkat mereka tadi? Rasanya tidak ada apa-apa yang mahu diberitahu kepada emaknya.
"Tak.. ada kut.."
"Betul tak ada?" Dia masih ingin memberikan peluang dan kesempaan untuk si anak membuat pengakuan. Lepas ini jangankan peluang, bayang peluang pun tak akan muncul! anak- anak bertuah ini masih diberi pengajaran!
Sara Cempaka menggeleng.
"Aryan, ada nak bagi tau sesuatu dengan mak ngah? Dia melontarkan pertanyaan yang sama kepaa RRaqib Aryan pula.
"Hmmmm... tak ada. Kenapa mak ngah?"
Puan Syuhadah melontarkan  pandangan tepat ke arah kedua-duanya. Bibir mengukir senyuman penuh makna yang tersiat.

1 comment:

  1. akak..interest sangat sangat cerita ni... saya dah baca tapi cuma bab 1-15 je,, sedihnya sisanya tak dapat baca sebab dah tak di post. Saya asal indonesia,, jadi tak dapat beli cetak.. boleh saya tahu cam mana akhirnye??

    ReplyDelete