Thursday, 11 February 2016

NOVEL DUDA TERLAJAK LARIS

laris memenglah laris tapi sayang , 
mulutnya bak longkang tak bertapis...

Ini novel ke 3 saya beli dari karya Aifa Batrisya. Novel ini bakal di adaptasi tak lama lagi . Novel ini mempunyai 558 muka surat. Taklah tebal sangat ... Kalau yang biasa membaca karya Aifa Batrisya mesti tahu gaya bahasa digunakan. cerita tidak terlalu meleret. Pada saya cerita yang mudah dihadam dan mudah difahami. Sesungguhnya saya lebih suka baca novel My dear Mr. Dimple lagi dari novel ini. 

Sebelum tengok adaptasi jom ikuti review dari saya . Novel ini mengisahkan Zafran Aldrin  (Zack ) disuruh nikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol , perangkap yang dibuat oleh Pehah , adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung . Zack menikahi Pehah di usia yang muda. 

Selepas kejadian itu Zack melarikan diri mengikut kakaknya Zainura ke Aussie. Zack meninggalkan Pehah tanpa pesan tetapi Pehah tetap menunggu kepulangan Zack. Pejam celik pejam celik dua tahun meninggalkan Malaysia Zack menerima panggilan pemergian tok ayah. Mahu atau tidak Zack terpaksa balik ke Malaysia. zack menyesal kerana tidak menghantar khabar dengan tok ayah sejak kejadian paksa nikah. Sedangkan di usia kecilnya Zack terlalu rapat dengan tok ayah. 

Zack balik ke Malaysia bersama Idayu Junior kak zainura yang terlalu obses dengan Zack. Setelah selesai jenazah tok ayah dikebumikan . Zack baru perasan Pehah isterinya turut ada disitu. Kerana obses Idayu pada Zack , Idayu mengaku dirinya adalah kekasih Zack di Aussie. Pehah sedih dan tanpa sebarang alasan Zack menceraikan Pehah dengan talak 1 . Zack terkejut bila Pehah sempat mengingatkan Zack suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata - kata itu bagai satu sumpahan bila Zack tidak berkahwin walaupun peristiwa itu sudah menjangkau 8 tahun. 

Kerunsingan si ibu bila melihat anak lelakinya tidak berkahwin dan mementingkan kerja. Bila ibu sudah bersuara , zack menetapkan beberapa syarat untuk calon isterinya. Kegigihan ibu dan kakaknya mencari calon ada saja yang tak kena pada pandangan Zack. setelah bertunang dan kahwin tak jadi beberapa kali. Zainura mencalonkan Idayu sebagai tunang Zack. 

Perasaan sayang sukar dipupuk zack terasa rimas kehadiran Idayu. Sikap obses Idayu membuat Zack rasa meluat pada Idayu. Hinggalah satu hari Zack berkenalan dengan Anis rakan baru di makmal. Kehadiran Anis mengingatkan zack pada Pehah ( bekas isterinya ). Zack cuba mengenali Anis adakah Anis itu Pehah. Ternyata Anis bukan Pehah kerana jarak umur Anis lebih tua 2 tahun. Tanpa sedar Idayu nampak pertemuan mesra antara Anis dan Zack. Idayu merasa cemburu kerana Idayu tidak pernah dilayan begitu oleh Zack. 

Dalam keadaan sedih Idayu cuba lari , tiba-tiba sebuah kereta meluru kearah Idayu. Kesal apa lagi yang boleh dikatakan. beberapa hari sebelum pernikahan Idayu pergi buat selamanya. Sejak itu Zainura dan Ibu tidak pernah menyuruh Zack mencari calon isteri. 

Anis yang lebut dan senang didampingi banyak memberi kata-kat semangat pada Zack. Zack pula manganggap Anis sebagai seorang kawan tidak lebih dari itu. Suatu hari Zack sakit gigi dan Rajib memperkenalkan satu klinik gigi pada Zack. Semasa berjumpa doktor gigi  di klinik Zack merasakan ada sesuatu yang pelik dapat dirasainya. 


selepas pertemuan di klinik gigi , hati Zack tidak tenang bila mengetahui doktor di klinik gigi itu  adalah adik Anis. Untuk mengenali Inas , Zack mengajak Anis dan Inas bercuti ke bukit tinggi . Di sana Zack berjumpa dengan Atai . Atai menceritakan apa yang terjadi sebelum kejadian. Bob memang sengaja menghantar Zack kerumah Pehah menggantikan dirinya. Selepas itu Bob terlibat dalam kemalangan. Keluarga Pehah dicemoh oleh orang kampung hinggalah keluarga Pehah terpaksa berpindah kerana tidak mampu mendengar cemuhan orang kampung. 

Atas nasihat keluarga Zack, Zack berjumpa dengan keluarga Anis di Banjamin . Disitulah Zack berterus terang sebenarnya dia sukakan Inas dari Anis. Zack menganggap Anis sebagi kawan . Bila mendengar pengakuan Zack , Ayah Anis membongkar satu rahsia besar. Sebenarnya Inas yang Zack suka adalah bekas isterinya yang diceraikan 8 tahun dulu. Cinta Inas tidak pernah berubah dan masih menunggu Zack. Inas memakai purdah kerana Zack. Inas tidak mahu lelaki lain melihat wajahnya. Nama Pehah tidak lagi disebut selepas Zack menceraikan Pehah. Zack terasa malu dengan kebodohannya yang lebih bersifat berterus terang. Ayah Anis juga berpesan agar menjauhkan diri dari Inas dan terima Anis sebagai jodohnya. Inas cuba mendidik dirinya untuk melupakan bekas suaminya demi kebahagiaan kakaknya , Anis. 

Zack sebulat hati meneruskan niat untuk berkahwin dengan Anis. Tetapi Zack tidak faham mengapa Anis sengaja membawa Inas untuk membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Saat perkahwinan Zack dan Anis semakin hampir , Inas bakal ditunangkan dengan Bob ( Firdaus ). Hati Zack tidak senang bila Bob yang akan menjadi suami Inas. 

Dihari pernikahan ,  Zack terkejut bila nama yang disebut bukanlah Anis tetapi Inas. Semua terbongkar bila Anis memberitahu semuanya telah dirancang oleh Anis dan dibantu oleh Bob untuk menyatukan Zack dan Inas. Majlis pertunangan Inas ditukar sebagai majlis doa selamat dan Inas tidak bertunang dengan Bob seperti yang di war - warkan. 

Zack bersyukur dia diberi peluang kedua dan tidak akan mempersia-siakan peluang yang diberi. 



Sinopsis dari kulit novel

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.

“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.

Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?

“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.

Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?

Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!






Promo minggu pertama episod 1 - 4 
Episod 1
Seperti kebiasaannya, setiap kali pulang ke kampung tok ayah semasa musim cuti sekolah, Zack akan berjumpa dan melepak bersama kumpulannya yg digelar Kulaan Watun (Saudara Tembok) yang terdiri daripada Abg Bob, Atai dan Peod. Malam itu seperti selalu, mereka melepak di tembok tepi tali air di kampung mereka. Sedang mereka rancak berbual, Zack memberitahu bahawa dia akan menyambung pelajarannya ke Matriks Ipoh selepas ini. Abg Bob tidak begitu faham dengan perkara tersebut dan bertanya kepada Zack tentang Matrikulasi tetapi dengan pantas Peod menerangkan yang Matrikulasi itu adalah sekolah berlakon yang ingin Zack daftar. Zack mentertawakan Peod dan menerangkan kepada mereka bahawa Matrikulasi adalah tempat persediaan sebelum masuk ke universiti. Suasana menjadi tegang dan suram kerana Abg Bob risau dan bimbang Zack tidak mahu berkawan dengan mereka selepas bergelar mahasiswa dan mendapat pekerjaaan yang bagus kerana mereka hanya bekerja bendang di kampong mereka.


Episod 2
Zack masih lagi marah dengan Pehah di atas kejadian semalam. Dia memaksa Pehah untuk menceritakan perkara sebenar di hadapan walid dan umi tetapi Pehah tidak mengaku akan perbuatannya itu. Dia berjaya melarikan diri pulang ke rumahnya selepas memaksa Pehah untuk memulangkan kunci motornya. Dia nekad untuk tidak kembali ke rumah itu sampai bila-bila. Setiba di rumah, dia disambut dengan berang sambil memegang pedang samurai oleh ayahnya, Kamarulzaman. Selepas dipujuk oleh ibunya, barulah Zack berani untuk masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah, ayahnya menyatakan perasaan betapa terkilan dengan perbuatan Zack. Zack sedaya upaya mempertahankan dn menceritakan perkara sebenarnya. Apabila Zack bercakap sahaja, dia dikatakan menjawab oleh ayahnya. Kak Nura yang merupakan satu-satunya kakak Zack memberi cadangan supaya perkahwinan mereka di putuskan. Zack gembira apabila kakak kesayangannya graduan jurusan undang-undang itu bercakap dan menyebelahinya.


Episod 3

Fatah terkejut yang kedatangannya di KLIA adalah untuk menerima perkhabaran bahawa Zack telah berkahwin dan menghantar Zack untuk pergi menyambung belajar di Aussie. Pada mulanya, dia menyangka Zack menipu dan cuba mengenakan dia tetapi apabila diterangkan oleh Zack, Fatah terkejut dengan kejadian tersebut. Tiba-tiba, Pehah muncul dan mendesak Zack untuk tidak meninggalkan dia. Setelah dipujuk oleh Kak Nura, Pehah akhirnya melepaskan Zack untuk pergi ke Aussie. Pehah berjanji yang dia akan setia menunggu Zack sehingga Zack bersedia untuk menerimanya. Sepanjang 2 tahun Zack di sana, dia seringkali cuba mengelakkan diri dari ber’video call’ bersama dengan ibunya. Rindunya pada ibu, ayah dan semestinya tok ayah hanya Allah saja yang tahu. Tetapi Zack berkeras hati berbuat demikian demi membuktikan kepada ayahnya yang dia mampu untuk membawa segulung ijazah.



Episod 4
Kak Nura kecewa dengan sikap Zack yang terlalu pentingkan diri kerana enggan bercakap dengan ibu yang terlalu merindukan Zack. Kesihatan Tok ayah semakin morosot. Tok ayah rindukan Zack dan Tok ayah juga rasa bersalah kerana memaksa Zack berkahwin dengan Pehah . Tiba-tiba Zack menerima panggilan dari Kak Nura mengatakan Tok Ayah sudah meninggal dunia. Kak Nura menyuruh Idayu untuk menemani Zack pulang kekampung. Selesai pengurusan jenazah Zack cuba menenangkan diri dari kesedihan. Idayu cuba bermesra dengan Zack tetapi Pehah salah anggap dengan Zack hingga mereka bertengkar dengan perkara kecil. Pehah sedih tetapi dia dipujuk oleh mak agar bersabar dan berjumpa Zack memohon maaf. Zack yang rimas dengan sikap Pehah lalu menceraikan Pehah dengan talak 1 tanpa alasan. Pehah terkejut dengan tindakan Zack .


Promo minggu ke 2 Episod 5 - 8

Episod 5
Penceraian Zack dan Pehah tersebar , Penduduk kampung mula mencemoh keluarga Pehah. Keluarga Pehah tak senang dengan keadaan itu. Ayah dan Ibu Zack menyuruh Zack rujuk semula. Tetapi dibantah keras oleh Zack. Zack terus larikan diri ke Serawak . Idayu cuba mendekati Zack tetapi gagal. Abang Pehah menasihatkan agar Pehah sambung belajar. Selepas 2 tahun Zak balik ke Kuala Lumpur . Kak Nura mengajak Pehah kerumah. Bekas ibu mertua Pehah gembira menerima kehadiran Pehah. Kesedihan Pehah bermula bila Zack tidak mengenalinya lagi. Ibu dan kak Nura berharap Zack dapat berkahwin semula.

Episod 6
Zack diarahkan untuk menghantar Pehah pulang kerumah . Oleh kerana Zack tidak mengingati Pehah. Pehah meninggalkan satu pesan pada Zack . "Walau sejauh mana Zack pergi ,Suatu hari nanti Zack pasti akan kembali padanya". Mak menyuarakan pada Zack agar berkahwin lagi. Tetapi Zack mengenakan syarat . Perempuan itu mestilah memakai tudung , ketinggian mengikut yang cita rasanya. Umie pehah dapat merasakan Pehah perjumpa dengan bekas mertuanya. Tetapi Pehah enggan mengulas lanjut. Ibu Zack mencari beberapa orang tetapi semuanya ditolak. Hingga Kak Nura berjumap kembali Idayu. Pada kak nura Idaya perempuan yang paling sesuai untuk Zack. Perbincangan keluarga di persetujui. Tetapi tidak pada Zack.

Episod 7
Kak Nura rasa kesal bila Zack meninggikan suara tentang Idayu. Hati Zack tidak tenang dan mengakui kesilapan nya pada Kak Nura. Zack mohon maaf pada Nura dan menerima Idayu sebagai tunangnya. Zack banyak mendiamkan diri perubahan Zack dapat dirasakan oleh rakan sepejabat. Selepas bergelar tunang Idayu cuba mengenali Zack tetapi Zack tidak suka. Tidak cukup membuat panggilan talifon Idayu juga pandai datang ke pejabat. Zack selalu mengelak untuk berjumpa. Idayu sedih bila Zack tidak pernah mendapat layanan yang baik dari Zack. Zack terkejut bila dia diperkenalkan dengan pekerja baru yang bernama anis.

Episod 8
Oleh kerana Zack sering menjauhkan diri dari Idayu. Idayu tidak pernah jemu mendekati Zack. Idayu terkejut bila mendapat tahu Zack pernah berkahwin. Kak Nura rasa bersalah kerana merasiakan yang Zack pernah berkahwin sebelum ini.  Majlis perkahwinan tinggal beberapa minggu Zack tidak membuat apa-apa persediaan. Semua persediaan perkahwinan Zack diserah pada mak dan Kak nura. Semakin dekat majlis perkahwinan Zack menyuarakan ingin membatalkan majlis perkahwinan tetapi dibantah. Idayu datang kerumah untuk mengajak Zack membuat persiapan perkahwinan. Zack terpaksa keluar juga Idayu demi menjaga hati orang tuanya.





Promo minggu ke 3 episod 9 - 12
Episod 9
Zack marah bila Idayu cuba ambil tahu hal dirinya. selepas ke bukit pengantin Zack mengajak kawan-kawannya keluar. Zack teringat pada Pehah bila kawan-kawannya mengusik Zack peristiwa di lapangan terbang dulu. Kad jemputan mula diedarkan. Kawan-kawan mula mengusik Zack yang membujang sekian lama. Dalam kesibukan membuat persiapan Kak Nura dan ibu jatuh sakit. Zack bengang bila Idayu yang berlebih menyiapkan persiapan perkahwinan mereka . Walaubagaimana pun Idayu tetap tersenyum mennati hati bahagianya bakal menjelang. 

Episod 10

Idayu mohon agar Zack membenarkan Idayu menjaga ibu tetapi dilarang keras. Walaupun Idayu merayu tetap dilarang. Idayu sedih dan mengadu pada Kak Nura dengan sikap Zack yang kasar.Tanpa sedar Zack terpandang budak baru yang bernama Anis. Zack cuba mendekati Anis . Kehadiran Idayu ke pejabat memang dibenci oleh Zack. Bila Idayu perasan Zack merenung Anis pergaduhan berlaku. Idayu mula rasa cemburu. Zack menyampaikan hasrat untuk membatalkan majlis perkahwinan dengan Idayu. Anis terkejut bila mengetahui Zack balak berkahwin tak lama lagi. Anis menyangka Zack belum milik sesiapa. Kunjungan Idayu untuk berjumpa Anis adalah kejutan besar pada Anis. Idayu meluahkan perasaan pada Anis. Dan memohon maaf pada Zack kerana salah sangka pada Anis. Zack terus marah kerana libatkan Anis dalam perhubungan mereka. 

Episod 11
Kelakuan Zack pada Idayu menjadi bahan cerita di pejabat. Idayu terus bersedih . Mama Idayu risau melihat kesedihan anaknya. Mama Idayu juga mengharapkan Idayu membatalkan perkahwinan mereka. Tetapi Idayu melarangnya. zack berjumpa Anis untuk memohon maaf apa yang berlaku. Zack cuba mengenali Anis tetapi Anis susah untuk didekati. Kehadiran Anis dipejabat menjadi perhatian sebagai budak baru. Idayu cuba menghubungi Zack tetapi perangai Zack tetapi sama. Marah dan menengking bila ditanya sesuatu. Zack senang lebih senag bila bersama Anis. Zack cuba berterus terang dengan kawan- kawan menyatakan dia kini mula suka pada seseorang.  

Episod 12
Perkahwinan Zack dan Idayu lagi 2 hari lagi. Persiapan semua sudah siap termasuklah baju pengantin. Ibu dan kak Nura merasa lega bila akhirnya Zack bersetuju untuk melangsungkan perkahwinannya. Zack berterus terang dengan Idayu walaupun perkahwinan mereka berlangsung , Zack tidak akan mencintai Idayu. Sekali lagi Idayu sedih dengan sikap Zack yang pentingkan diri sendiri. Idayu berjanji akan terus memenangi tahu Zack satu hari nanti. Zack ke pejabat untuk berjumpa Anis. Walaupun ketika itu Zack sudah mengammbil cuti kahwin. Zack mengajak Anis untuk sarapan bersama tetapi ditolak oleh Anis. Akhirnya Anis setuju untuk keluar dengan Zack atas permintaan Zack. Zack cuba mencungkil identiti Anis tetapi tak banyak yang Zack dapat pada Anis. Tiba - tiba Idayu datang dan mengamuk pada Zack dan Anis. Selepas mereka bertengkar Idayu pergi dan ada sebauh kenderaan laju meluru kearah Idayu. Idayu dilanggar kendaraan kerana melintas tanpa menoleh kiri dan kanan akibat terlalu sedih dengan sikap Zack agar memutuskan perhubungan mereka. Zack panik bila melihat Idayu berlumuran darah. 


Promo minggu ke 4 episod 13 - 16

Episod 13
Zack terlalu rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Sejak Idayu meninggal Zack seperti susah untuk menerima kenyataan. Zack banyak menghabiskan masa dengan mengurung diri di bilik. Anis datang untuk memujuk dan memberi semangat pada Zack tetapi Anis dimarahi kerana mencampuri urusan dirinya. Anis tidak pernah putus asa. Kehadiran Anis menggembirakan hati Ibu yang terluka kerana terlalu memaksa Zack berkahwin dengan Idayu dulu. Ibu juga berjanji tidak akan memaksa Zack berkahwin. Anis mengajak Zack keluar untuk mencari ketenangan dam melupakan kisah sedih. Akhirnya Zack dapat menerima kenyataan dan terus berkerja seperti biasa. Sejak itu Anis dan Zack semakin rapat.

Episod 14
Gigi Zack sakit , Ibu menyuruh Zack pergi ke klinik tetapi Zack memberi pelbagai alasan. Apabila Rajib memperkenalkan sebuah klinik gigi yang bagus, Zack bersetuju ke klinik gigi. Inas terkejut dengan kehadiran Zack ke klinik itu. Inas cuba mengawal dirinya agar Zack tidak perasan. Umie dan Walid Inas datang bertanyakkan mengapa Inas menolak pinangan dari seorang lelaki. Setiap pinangan yang meminangnya pasti ditolak tanpa berfikir. Umie risau jika Inas masih menungu Zack. Ibu menyuruh Zack menjemput Anis kerumah , pada mulanya Zack enggan tetapi tetap dituruti. Sampai dirumah Anis , Zack terkejut bila melihat seorang perempuan lain dirumah Anis. Sejak berjumpa Inas dirumah , Zack cuba untuk mengenali siapa adik Anis.


Episod 15
Zack cuba mendapat info dari Rajib tentang doktor klinik gigi. Rajib rasa pelik bila Zack tiba - tiba bertanya tentang doktor gigi. Zack cuba mendekat diri dengan Inas tetapi tidak disenangi oleh Inas. Inas tidak mahu merosakkan perhubungan Anis dan Zack. Zack berjumpa doktor cinta untuk mendapatkan pendapat tentang Inas. Doktor cinta memberi cadangan agar menggunakan Anis untuk mengenali Inas. Perhubungan Zack semakin jauh dengan Anis. Zack banyak menghabiskan masa mengejar Inas . Zack mengajak Anis dan Inas bercuti. Pada mulanya Inas tidak bersetuju dengan cadangan Anis dan akhirnya Inas bersetuju untuk pergi bercuti bersama Zack dan Anis hujung minggu. 

Episod 16
Sampai ditempat percutian Anis demam panas. Inas pulak rasa rimas bila Zack sering cuba mendekatinya. Anis pula menyuruh Inas menemani Zack kerana dia tak mampu menemani Zack dalam keadaan demam. Zack berjumpa Atai kawan lama semasa dikampung tok ayah. Pertemuan Atai mengungkap cerita lama. Atai menceritakan hal sebenar 9 tahun dulu. Zack merasakan Inas seperti gadis yang dikenali . Inas semakin takut identitinya diketahui oleh Zack. 


Promo minggu ke 5 episod 17 - 20

Episod 17
Selepas balik dari bercuti , Anis demam teruk sampai pengsan. Keadaan Anis semakin lemah. Inas pula rasa rimas bila Zack terus mengikurinya. Kak nura marah bila mendapat tahu Zack membawa anak dara orang pergi bercuti. Kak Nura menyuruh Zack bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan. Zack cuba lari dari masalah. Anis nekad untuk memperbetulkan apa yang berlaku. Anis meminta Inas untuk berjumpa Kak Nura. Tetapi pada saat akhir Inas ada temu janji dengan Klien. Terpaksalah Anis pergi sendiri dengan Kak Nura. Kak nura lega bila Anis menjelaskan semuanya . Kak nura cuba memancing Anis tentang perhubungan Anis dan Zack. Kak nura menasihatkan agar Zack bertemu keluarga Anis untuk berkenalan. Inas risau bila Zack bertemu keluarganya Anis akan tahu perkara sebenar tentang Zack. 

Episod 18
Zack semakin pening bila kak nura semakin mendesak untuk berkahwin dengan Anis. Kak Nura marah bila Zack memberitahu dia tak cintakan Anis tetapi dia lebih suka pada Inas, adik Anis. Kak nura tidak mahu dengar itu sebagai alasan untuk Zack melarikan diri dari masalah. Umie dan Walid Anis risau bila Anis memberitahu yang Anis akan membawa kawan lelaki untuk berjumpa dengan mereka. Mereka takut pisang berbuah 2 kali. Mereka tak mahu peristiwa Pehah/ Inas terjadi pada Anis. Anis mengajak Inas mengikutnya untuk makan malam bersama keluarga Zack. Tetapi ditolak dengan cara baik. Inas tidak mahu keluarga Zack mengenalinya. Akhirnya Zack sampai di sarawak bersama Anis. Wajah Zack berubah bila Zack sangat mengenali umie dan walid yang diperkenalkan oleh Anis. Zack yang mengambil keputusan untuk pura - pura tidak mengenalinya. Umie mendapatkan kepastian betulkan Anis suka Zack. 

Episod 19
Zack dibawa keladang milik walid Anis. Zack begitu teruja melihat keindahan kampung Anis. Walid bertanya sejauh mana perhubungan Zack pada Anis. Tetapi persoalan itu tidak dijab dengan cepat. Setelah didesak Zack berterus terang yang dia dengan Anis hanya berkawan. Zack masih mengenal hati budi. Zack dengan jujurnya memberitahu yang dia suka pada Inas . Perbualan mereka dicuri dengar oleh Anis. Anis sedih kerana selama ini Zack hanya menganggap dirinya hanya seorang kawan dan lebih mengejutkan Zack juga bekas adik iparnya. Walid membuka album lama memberitahu Inas adalah isteri yang pernah dicerainya. Zack terkejut bila perkara selama ini terbongkar. Walid juga juga memberitahu , Inas masih menunggu Zack kerana Inas yakin Zack pasti akan kembali padanya. Zack tak faham kenapa Anis tidak tahu yang dia pernah berkahwin dengan Inas. Walid menceritakan semuanya , Penggunaan nama Inas setelah Zack menceraikannya. Inas tidak mahu dikenali  sebagai Pehah lagi. Ketika Pehah kahwin Inas berada diluar negara. Selepas balik dari sarawak ,Zack seperti menjauhkan diri. 


Episod 20
Anis dengan teruja untuk memberitahu Inas , Zaf mengajak Anis berkahwin. Inas tidak menyangka berita itu menyejutkan dirinya. Zack terus menuduh Inas menipunya dan berpura-pura tidak kenal. Demi kakaknya Inas terpaksa menafikan. Walaupun Zack tidak puas hati bila Inas menafikan mereka betul-betul kenal. Zack cuma ingin tahu mengapa Inas tidak mahu berterus terang. Kak nura gembira bila Zaf bersedia untuk berkahwin .  Walid bertanya pada Inas adakah Inas boleh terima yang Anis berkahwin dangan Zaf. Inas berharap Walid dapat terus merahsiakan siapa Zaf sebenarnya dari Anis. Zaf memberitahu Anis pernikahan mereka dipercepatkan. Anis sengaja membawa Inas untuk membeli cincin kahwin. Inas mengelak untuk tetapi demi kakaknya Inas terpaksa ikut apa saja kehendak Anis. Zaf marah bila menyangka Inas sengaja mengikut Anis untuk membeli keperluan perkahwinannya. Sedangkan Inas tidak selesa dengan keadaan itu. Zaf terus mendesak mengapa Inas masih tidak berkahwin dan jawapan Inas dia masih menunggu seseorang. Ini membuatkan Zaf terasa sakit hati. 



Promo minggu ke 6 episod 21- 24

Episod 21

Anis sibuk mencari fesyen baju untuk majlis perkahwinan. Setelah memilih beberapa rekaan Anis memberi pada Inas untuk memilih yang mana satu pilihan Inas. Inas hairan mengapa Anis beria menyuruh Inas memilih untuk dirinya. Inas tertanya-tanya siapa yang nak kahwin sebenarnya. Semasa dibutik pengantin Anis meninggalkan Inas bersama Zack. Anis memberi alasan ada perkara penting perlu dilakukan. Dan Inas diamanahkan untuk memilih baju untuk perkahwinannya. Umie terkejut bila Anis memberitahu dia tidak sihat dan meninggalkan Inas dan Zaf dibutik pengantin untuk mencari baju perkahwinan mereka. Anis mencari sesuatu dibilik Inas. Umie tidak senang hati melihat keadaan Anis menyelongkar dibilik Inas. Umie takut Anis tahu siapa Zaf sebenarnya dan apa yang dirahsiakan oleh Inas. Zaf marah pada Inas sengaja bermain talifon dan tidak fokus untuk memilih baju pengantin. Selesai dari memilih baju Inas menyuruh Zack balik sendiri kerana dia mahu berjumpa kawannya. Zack tak mahu balik malah dia terus mengikut Inas bertemu kawan. Zack terkejut bila kawan yang Inas jumpa adalah lelaki. 

Episod 22
Zack tak puas hati dengan Inas lalu Zack bertemu dengan Muaz ( lelaki yang yang menemui Inas ). Zack bertambah marah bila Muaz menyatakan dirinya adalah teman lelaki Inas. Muaz masih menunggu kata putus dari Inas tetapi jawapannya tetapi tidak. Muaz kecewa bila Inas tidak dapat menerima dirinya dan masih memikirkan bekas suaminya. Inas dan Zack pergi kebutik pengantin. Pekerja butik mengatakan mereka pasangan yang sedondon. Zack cuba menafikan dan tidak suka dengan pilihan Inas. Zack mengajak Anis pergi ke butik untuk mencari baju yang lain. Zack pengsan bila terbayang Inas yang memakai baju yang Anis pakai. Kak nura mula menyoal siasat apay yang telah terjadi. Zack menceritakan sebenarnya Inas adalah Pehah jandanya dulu. Kak nura menasihatkan Zack agar lupakan Inas dan fokus pada perkahwinannya dengan Anis.

Episod 23

Inas terkejut bila terjumapa Bob ( abang angkat ) dikampung dulu. Bob teringin berjumpa dengan Zack dan ingin menjelaskan perkara sebenar tetapi penumbuk yang Bob dapat dari Zack. Seuatu hari Zack diajak datang kerumah untuk makan malam dirumah Anis tetapi Zack tidak sangka Bob juga ada disitu. Zack tidak boleh duduk lama di rumah Anis bila umie cuba menyatukan Inas dan Bob. Zack mengambil keputusan keluar dan memberitahu Anis yang dia mempunyai hal. Inas berjumap Bob semoga rancangannya berjalan dengan lancar. Inas berjumpa dengan Zack , Inas meluahkan rasa cintanya yang selama ini dipendam . Zack terkejut mendengar luahan Inas. Atas desakan Inas terpaksa setuju untuk bertunang dengan Bob. Zack tak senang duduk bila mendengar Inas akan bertunang dengan Bob. Zack memujuk Inas agar jangan bertunang dengan Bob. Bagi Zack Bob bukan calon yang sesuai untuk Inas.

Episod 24
Zack terus mendesak agar Inas tidak meneruskan pertunangannya dengan Bob. Tetapi Inas hanya mendiamkan diri. Zack merasakan Inas sengaja menyakiti hatinya setelah Inas meluahkan rasa cinta pada dirinya. Inas sibuk dengan membeli barang untuk pertunangannya. Anis pula sengaja mengajak Zack menemaninya. Ini membuat Zack lagi tertekan. Anis hanya memberi alasan kerana Bob outstation. Anis semakin seronok melihat Zack seperti cacing kepanasan. Zack masih menganggap Anis tidak tahu rahsia Zack dan Inas. Anis lakukan semua ini demi adik kesayangannya. 

Episod 25

Zack terus merayu agar Inas tidak meneruskan pertunangannya. Tetapi tidak diendahkan oleh Inas. Zack baru sedar dia terluka bila Inas tidak memperdulikan dirinya sedangkan Zack yang terlalu memaksa Inas. Keadaan Zack yang tidak terurus dan tidak fokus pada kerja menjadi bualan rakan sekerja. Zack juga mengelak dari Anis setiap kali ditanya bagaimana keadaannya. Jika dedesak Zack akan terus melenting. Anis membiarkan keadaan Zack dengan dunianya sendiri. Anis berharap rancangannya dengan Bob akan berjaya. 

Episod 26
Segala persiapan perkahwinan Anis dan Zack telah siap. Anis memerhatikan Inas yang berada didunianya. Hari perkahwinan Anis seperti yang dirancang. Saat kadi melafazkan akad mulut Zack seperti terkunci. perkara ini berulang beberapa kali. Kehadiran Bob menyebabkan majlis lebih tegang. Tetapi Bob terpaksa berterus terang sebab kehadirannya di majlis itu. Semua perkara telah dirancang oleh Anis , bob dan umie untuk menggagalkan pernikahan Anis dan Zack. Anis buat semua ini untuk Inas. Inas terkejut kerana Anis sudah tahu perkara sebenar. Anis menyuruh Inas menerima Zack kembali. Anis berterus terang Zack sebenarnya tidak mencintai dirinya kerana Zack tidak pernah sekali pun melafazkan kata cinta sepanjang perhubungan mereka. Inas bergitu berat hati menerima Zack kerana Inas lebihkan kebahagiaan Anis. Demi menjaga nama baik keluarga majlis diteruskan dengan perkahwinan Inas dan Zack untuk kali kedua. 


32 comments:

  1. Replies
    1. saya rasa drama ini best sebab zara zia berlakon. Dia tak pernah mengecewakan tak kisahlah berlakon drama apa pun dia boleh masuk ...

      Delete
    2. betul tu, saya suka lakonan zara zya.

      Delete
    3. betul tu, saya suka lakonan zara zya.

      Delete
    4. Terima kasih pada this blog coz share the summary ..novel ni sgt bgs diadpatasikan menjadi drama..zara zya the best..

      Delete
    5. Best..tengok la tv3..Duda Terlajak Laris..

      Delete
  2. So kira Pehah memang saja la perangkap Zack? Ke macam mana? Kalau betul, kenapa? Sebab suka?
    Bila baca sinopsis, macam ada something missing, macam tak berapa logik. (Berdasarkan pembacaan secara scan through la tapi) Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihih ...
      Perangkap tu memang Pehah yg buat tapi dia nak perangkap org lain bukan Zack. last2 cerita nanti akan diceritakan balik. Sinopsis tu memang byk kekurangan
      Terima kasih sudi singgah dan berkongsi pendapat .

      Delete
    2. Oh macam tu..hihi..kira pehah nak perangkap bob la ek..
      Terima kasih juga reply and buat entry ni sebab lepas tengok episode 1 (tengok separuh sebab balik kerja lambat) jadi macam tertanya2. Dan tercari2 sinopsis / jalan cerita.

      Delete
  3. Eh eh, tapi bukan bermaksud review awak yang kurang ya..saya sangat nak tahu cerita sebenar sebab masa tengok episode 1 rasa cerita tu yang tak logik. Kiki. Sebab tak baca novel kan. Tu yang pergi cari sinopsis sebab nak jawapan cepat. Ehee. Eh, panjang lebar pula saya komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak terasa pun malah saya berterima kasih lagi ....
      saya suka kalau Izz memberi pandangan apa2 yg kurang . sekurang-kurangnya saya tahu nak perbaiki mana yg terkurang.

      Delete
  4. Cerita dia nampak menarik walaupun saya hanya baca sinopsis jer...cuti nanti saya nak tgk cerita nie puas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tengok on time , Terima kasih sudi singgah di blogs ini .

      Delete
  5. pehah umur berapa? sama dengan zack?

    ReplyDelete
  6. wow..best gak...mula-mula ingt cerita ni bosan

    ReplyDelete
    Replies
    1. gandingan Zara zya menghidupkan lagi cerita ini ... walaupun mula2 mcm tak berapa nak faham ... cerita ni makin best

      Delete
  7. Sy pon ada jgk tgk cerita ni. Tgk sebab nak tgk zara zya. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihiihih akak pun peminta Zara zya..

      Delete
  8. Replies
    1. betul tu ... wawa zainal pun berlakon ok...

      Delete
  9. tq for sharing this sinopsis siap ade cerita setiap episod by day to day.. tq sis:) sy sgt sukekan cerita ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Mis Atin ...
      simopsis setiap episod tu kekadang je akak buat kalau ada kelapangan ... Teima kasih juga sukan review di blog ini.

      Delete
  10. Thnks for sharing ths sinpsis sys .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome .. Fatin Amila dan Thanks juga sudi singgah di blogs ini.

      Delete
  11. Nk tnya , tau tak lagu dlm cite ni selain cinta yang sempurna tu . Sya xdpat cri pulak

    ReplyDelete
  12. Trima kasih byk2. Sya nak tau sngt kesudah DTL ni. Tertarik sebab kata2 pehah jd satu sumpahan. Byk pengajaran dlm ceta ni. Hinaan z pd pehah jd pembakar semangat pehah. 1 more thing 'jilat ludah sndri'.jarang saya tertarik dgn novel rekaan semata2 ni. Tp DTL drag me here....hahaha

    ReplyDelete
  13. Saya tak faham la mcm mana zack boleh tak ingat bekas mak mentua dan bapak mentua dia. Bekas mak mentua dan bapak mentua pun tak kan ingat muka zack. Ermmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..takkan x ingat lgsung..kawasan rumah ke pling kurang..zack penah ilang ingatan ea?x tgk awal2..nk crik episod awal..kot la ade gtau zack ilang ingatan,tp xde.

      Delete
    2. Siapa tengok episod 18 mesti tau. Zack terkejut bila tengok Umie dan walid. Dan Walid perli2 Zack lagi. Umie lak ada tanya pada Anis betul ke nak kahwin dengan Zaf dan umie tanya apa pendapat Inas tentang Zaf.

      Episod 19
      walid dah tahu sebenarnya tapi nak menjaga hati Anis. Mereka tidak mahu mengaibkan bekas menantunya. Cuba tengok balik pasti akan faham .

      Delete
  14. episod 20 saya tak tok..boleh update tak cerita ni..
    sy nk tgok online xde pulak episod 20 tu

    ReplyDelete
  15. Hi.. apa pengajaran dlm cite ni ek?

    ReplyDelete