Monday 9 January 2017

NOVEL PEMBANCUH KOPI MR. VAMPIRE

Umpama permainan catur , 
aku ibarat "Queen" yang melindungi rajanya (King).

Novel Pembancuh kopi Mr. Vampire ini bakal didramakan tidak lama lagi. Novel yang mempunyai 700 muka surat memang best.  Jalan cerita dan penggayaan bahasanya saya suka.Saya kategerikan cerita ini sebagai cerita cinta romantik.Suka watak Alif Irsyad dalam novel ini Walaupun ego tahan agung saya terbuai dengan sentuhan cinta yang mendalam pada Nuzul Filzah. Jom ikuti review dari saya. 

Alif Irsyad dan Nuzul Filzah dipertemukan dengan cara tidak sengaja dalam satu insiden. Nuzul yang berkerja sebagai waitress di cafe telah cuai menumpahkan air di baju Melati sepupu Alif Irsyad di cafe tempat Nuzul berkerja . Oleh kerana kecuaian itu Nuzul hampir dibuang kerja. Saiful majikan Nuzul merangkap sahabat dan rakan kongsi pada Alif Irsyad merayu agar Nuzul diberi peluang memandangkan ini merupakan kesalahan  Nuzul yang pertama. Nuzul juga merupakan kawan baik pada isterinya Laila. 

Alif Arsyad yang terlalu marah ketika itu tiba - tiba hatinya terpesona dengan kelembutan yang dimiliki oleh Nuzul yang ketika itu leka dengan menjawab  panggilan telefon memujuk seseorang. Hatinya kecewa bila Nuzul membahasakan diri mama dan baby. Menidakkan kemahuan diri menyiksa Alif Arsyad sendiri. Pada Alif Arsyad gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya. Saiful yang tahu tentang hati sahabatnya merancang sesuatu dengan Puan Sri Ayuni menemukan Alif Irsyad dan Nuzul dirumah agam Tan Sri Jeffri Lee. 

Sejak kematian kedua orang tuanya 6 tahun yang lalu. Nuzul memikul tangguangjawab sebagai ketua keluarga. Nuzul terpaksa berhenti dari kolej dan berkerja demi kebajikan adik - adiknya. Pelabagai kerja dilakukan oleh Nuzul . Nurul pernah menjadi guru tadika , berkerja kilang dan sebagai orang gaji sebelum Nuzul berkerja di cafe milik suami sahabatnya Laila. Nuzul mempunyai adik Nuha , Nurin dan Nazrul. Nazrul merupakan kanak - kanak istimewa. Nazrul juga disahkan mengidap autise di usia 3 tahun.  
  
Perhubungan mereka menjadi sempurna apabila keluarga Alif Irsyad merestui pilihan anak mereka. Namun Melati dan dan ibunya Datin Maizah cuba menghasut Pn Sri Ayuni dengan memburukkan Nuzul di matanya. Lagi-lagi adik Nuzul yang sindrom down menjadi alasan. Demi menjaga keturunan Nuzul harus tinggalkan Alif Irsyad kerana tidak mahu keturunannya ada yang cacat.  Selain itu Datin Maizah memberitahu yang Nuzul juga pernah menjadi orang gaji dan menggoda anak kembar sahabatnya hingga keluarga itu menjadi huru hara . Kononnya Nuzul menggunakan mereka untuk dijadikan batu loncatan untuk hidup senang. Puan Sri Ayuni terlalu terpengaruh dengan hasutan adiknya. Nuzul terpasa akur.

Namun keadaan berubah apabila Alif Irsyad kemalangan dan terlantar lumpuh setelah pemergiaan Nuzul. Gadis itu pergi membawa separuh nyawanya. Alif Irsyad seakan hilang kewarasan.Dia tenggelam punca. Pn Sri Ayuni sedar akan kesilapannya. Irina, yang baru pulang dari UK sedih melihat keadaan abangnya. Irina nekad untuk cuba membantu memulihkan abangnya. Irina juga nekad untuk mencari Nuzul kerana kebahagian Alif irsyad hanya ada pada Nuzul.

Empat tahun berlalu, Alif dan Nuzul bertemu semula dengan helah Irina. Kerana marah, Alif cuba menyusahkan Nuzul. Emosi cinta berlalu pergi sebaliknya kebencian sengaja dipupuk. Alif Irsyad dan Nuzul saling menyakit demi menafikan sisa-sisa cinta. Oleh kerana Nuzul susah untuk didekati , Alif Irsyad nekad untuk menyentuh Nuzul sebelum ikatan yang sah. Niat Alif Irsyad dapat dihidu oleh Tan Sri Jeffri Lee . 

Ekoran kejadian itu , mereka dinikahkan. Mereka bersetuju menyambung semula ikatan yang terputus. Perkahwinan mereka humbar bila Alif Irsyad memburu kebenaran tentang perkara sebenar empat tahun lepas. Nuzul tidak mahu mengeruhkan hubungan ibu dan anak, lalu mengambil langkah berdiamkan diri. Kemalangan kecil pada ibunya, membuatkan kepercayaan Alif Irsyad pada Nuzul kian pudar. Rahsia yang disimpan terbongkar jua mengapa Nuzul meninggalkan Alif Irsyad dibongkarkan sendiri oleh Puan Sri Ayuni kerana terlalu rasa bersalah pada Nazrul. Nazrul meninggal akibat kemalangan. Alif berasa bersalah apatah lagi setelah mendapat tahu kematian adik Nuzul. Setelah mengetahui kebenaran Alif Irsyad cuba memujuk dan memberi semangat yang kuat pada Nuzul atas kehilangan Nazrul. Nuzul yang sedar perubahan itu terus bangkit untuk menerima cinta suaminya yang telah lama hilang. 

Akhirnya mereka bersatu tanpa perasaan ragu - ragu. Kepercayaan yang dipupuk menghidupkan semula perhubungan mereka. Alif Irsyad tidak mahu kehilangan Nuzul lagi kerana Nuzul Filzah adalah belahan jiwa Alif Irsyad. 



SINOPSIS NOVEL 

Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Serasa putaran dunianya bertukar paksi. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya.



"Logically or practically memang tak mungkin terjadi bagi kau, Syad. Tapi kau kena ingat semua perkara ini cuma terbatas di fikiran sedangkan bukannya sesuatu yang impossible untuk berlaku. Jangan sampai teori logik akal kau memakan diri. Secara praktikalnya pulak kau datang mengadu dekat aku yang kau dah jatuh cinta dengan wanita macam Nuzul." ~ Syed Saiful.

Sumpahan atau doa seorang sahabat? Bermati-matian Irsyad menafikan rasa namun, pesona si gadis merantai naluri. Akhirnya bisikan asmara mendahului jiwa yang kelelahan cinta. Lantaran itu, Irsyad akur demi meneguk kasih seorang Nuzul Filzah.

"Aku sukakan kau, Nuzul. Lebih daripada nyawa ini aku boleh berikan pada kau."

"Encik…."

"Please be mine. Jadi milik aku supaya aku boleh menjaga kau dan adik-adik kau."

"Jangan suka saya boleh tak?"

"Dah terlambat, Nuzul. Aku jatuh cinta dengan kau lebih awal daripada ini. Sekarang hati aku hanya inginkan kau. Aku nak jadi sebahagian daripada keluarga kecil kau."








8 comments:

  1. Mencari novel ni skg sume takde hbs stock. Dh la xsabar nk baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Fatin
      masa saya beli di popular masa tu ... novel ni memang novel lama. memang best... akak tetap suka versi novel dari drama.
      apapun terima kasih singgah.

      Delete
  2. Cik boleh dicari di laman web kakinovel.com =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aidah ... memberi info dan singgah di blogs akak

      Delete
  3. kakak tolonglah tulis yang full sinopsis ni, saya suka sangat ceritanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Febrina
      akak dah buat full sinopsis ... selebihnya kena tengok drama lah .. terima kasih singgah

      Delete
  4. Salam. Saya telahpun memiliki novel ini 2 tahun lepas. Memang jalan ceritanya menarik dan santai. Tahniah kepada penulis. Salam :)

    ReplyDelete
  5. Baru tengok drama ni tahun 2019. Punyalah best. Baru tau pulak tu. Haha

    ReplyDelete