Thursday 14 June 2012

NOVEL USAI AKU TERIMA NIKAHNYA

Novel Usai... Aku terima nikahnya novel kedua Umie Nadzimah selepas Pilihan Mama. Seperti biasa sebelum aku memilki sesebuah novel itu aku membacanya di penulisan2u. Ada yang cakap kenapa tak beli terus kenapa nak baca dulu..... soalan selalu diajukan oleh kawan - kawan di office ni. Adakah aku ni bersifat memilih?. Biarlah orang nak cakap apa agar aku puas hati dengan apa yang aku dapat nanti. Dan akhirnya Usai... Aku terima nikahnya dalam pelukan. Dari bacaan di penulisan2u nampak jalan ceritanya menarik. Walaupun di penulisan2u hanya ada 25 bab sahaja tetapi cukup membuat saya terpanggil untuk memiliki. Novel tak terlalu tebal 493 muka surat cukup menambat hati.

Mengisahkan Puteri Nur Aina bersetuju berkahwin dengan Iskandar Haris sepupu angkatnya untuk keluar dari dunia yang penuh mengerikan. Iskandar ibarat Hero penyelamat bagi dirinya. Puteri berdepan dengan kerenah mak mertua dan adik ipar mengenai tanah pusaka. Sepupu Iskandar yang cuba merogolnya.  Hidup Iskandar lebih tertekan dengan kehadiran Wan Marini. Dalam kekalutan itu Iskandar meninggalkan puteri. Kehadiran Megat Khalif sahabat Iskandar sentiasa memberi semangat pada Puteri untuk menerus kehidupannya. Suka duka Puteri, Sentiasa ada Khalif . Kelahiran Iskandar A'dif a.k.a JI ( Junior Iskandar ) membuatkan Puteri lebih nekad.

Aku suka pada sifat Khalif yang tak pernah putus asa memberi kekuatan pada Puteri dan JI. Sehinggalah Puteri berjaya merelisasikan impiannya. Bagi Puteri, Khalif lah Hero barunya selepas ditinggalkan oleh Iskandar . 


Sinopsis dari kulit buku.
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.
Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."
Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."
Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya

Petikan petikan yang menarik dalam novel.

“Is, apa yang kau kedekut sangat tentang Puteri tu? Bagilah aku nombor telefon dia”.“Engkau nak buat apa Khal ? Dia tu sepupu aku. Masih budak lagi. Tak sesuai untuk kau. Banyak lagi gadis educated kat luar sana untuk kau Khal”.
“Alaah...Kau ni. Tak sangka pula perangai macam ni. Macam tak suka aje aku nak approach dia . Heh....Is, kau pun tahu aku bukan gay , tapi bukan semua perempuan aku minat. Sepupu kau tu ada aura. Lain. Ada tarikan pada aku. Eh... Aku ni tak cukup hebat ke jika nak jadi sepupu ipar kau ?”.
“Sebab engkau cukup hebatlah aku takut Khal. Puteri tu naif budaknya. Kau pun nampak hari itu, dia tu lurus saja. Aku takut orang main-mainkan dia”



“Abang Khal, kak. Puteri ada satu permintaan”
“ Apa dia ? Semua abang akan tunaikan untuk Puteri”.
“ Jangan bagi tahu Abang Is , yang Puteri mengandung ya ?”
“Kenapa pula ? Bukankah dia berhak tahu ?”
“Betul tu Puteri, patutnya kena bagi tahu Iskandar, biar dia bertanggungjawab sikit”.
“Puteri tak nak dia balik pada Puteri di sebabkan anak. Puteri tak nak dia terpaksa. Jika dia sayang Puteri, dia akan balik dengan ikhlas untuk Puteri, bukan sebab anak. Tapi jika dia sudah ada orang lain, Puteri tak mahu anak ni menyekat kebahagiaan dia.


" Puteri nak mulakan hidup baru, abang. Puteri dah tak nak seksa perasaan Puteri lagi.Biarlah semuanya berlalu.Puteri dah tak nak ingat lagi. Puteri nak mencapai impian Puteri.Puteri tak kurang apa - apa. Ada Mazni, Mila, Kak Lila dan lebih - lebih lagi ada abang dan JI, yang selalu memberikan kegembiraan pada Puteri. Puteri harus bersyukur. Sekurang - kurangnya hidup Puteri lebih baik dari dua tahun yang lalu."

Khalif agak terkejut dengan ucapan Puteri itu. Tidak sangka juga kehadirannya selama ini memberi kesan dihati Puteri. Dia di antara mereka yang terpenting dihati wanita itu. Dia setaraf dengan JI. Ya ke? Petanda baik tu. Hatinya mula berbunga-bunga. Ke.. dia yang terperasan boleh sorong - sorang? Puteri dalam kesedihan sebenarnya. Dia tidak boleh mengambil kesempatan. Cinta dan kasih sayang yang sejati tidak boleh wujud dalam cara yang begini.

Khalif perlu waras. Dia mesti sentiasa bertindak sebagai lelaki dewasa dan matang. Jangan cepat terpedaya dengan perasaan sendiri. Ah.... Khalif kena sentiasa ikhlas terhadap Puteri.
" Abang akan selalu sokong Puteri,walau apa pun yang Puteri buat. Asalkan perkara itu betul dan baik. Puteri kena ingat selalu, abang sentiasa bersama Puteri."
"Ya ke abang? sampai bila?" Ceria suara Peteri, tetapi bagi Khalif pertanyaan itu seolah - olah mengusik jiwanya.
"Sampai bila - bila. Sampai akhir hayat abang ...."
" Laaa... sedih la pulak Puteri dengar. Kalau boleh Puteri nak mati dulu sebelum abang.Takut nanti kalau Puteri sedih - sedih, tak ada orang nak sokong dan pujuk Puteri."
"Puteri nak sedih lagi ke? Tadi kata nak bina hidup baru. Kalau macam tu, mulai saat ini, tak ada lagi momen-momen sedih untuk Puteri Nur Aina Megat Azami tau."
"Ya, saya janji tuan lawyer!" Puteri mengangkat tapak tanagn tegak disisi telinga, seperti berikrar untuk janjinya.

Petikan yg menyentuh hati. ( mungkin bagi orang lain biasa tapi aku terharu perbincangan seorang ayah dan anak lelaki mencari kebahagiaan untuk mamanya)
Daddy : Kalau daddy ditakdirkan pergi dulu siapa yang layak menjaga mama?

JI : Siapa ya? Of couse Papa Is.
Daddy : Reason?
JI: Sama handsome macam daddy ( ha 30x ), Sesuai dengan mama yang cute tu. kaya, boleh JI dengan Khalifa "pau" selalu. (NAk harap duit mama-KEDEKUT!). Papa Is tentu understanding macam daddy juga!
Daddy : Itu saja? So selfish!
JI : Not really dad! I just want somebody who loves mama like you! Protects mama, takes care of us, no matter what happens he will support us, sacrifice everything just for his lover. Who can do that, dad? I don't see any other man, accept Papa Is. Se... He is still a bachelor until now! Means he loves mama forever.....
Daddy : That's my son! Briliant!
Daddy : Are you angry with me? stealing you and mama away from Papa Is?
JI : You did? I have never thought so! You are a STAR, Give light to us! Why did you ask like that?
Daddy : Sebab daddy selalu rasa bersalah terhadap Papa Is He really my best friend. Sometimes daddy rasa daddy jahat....
JI : No (100x). You are the most kind man to us! Don't say that again promise?
Daddy : Promise! but can you do me a favour?
JI : Anything dad! Love you so much!
Daddy : Satukan mama dan Papa Is bila daddy tiada nanti?
JI : Sure. JI will do that! But daddy will not go anywhere, kan?
Daddy : It's takdir Allah son. Kita tak berupaya.... Promise me?
JI : Promise! But you still cannot leave us!
Daddy : I never leave all of you! But somebody needs to take care and love you all.physically and mentally. Daddy maybe can't do that anymore!
JI : Why do you love mama dad?
Daddy : I don't know. Anugerah Tuhan. No reason! She's everything to me.
JI : So, why do you want Papa Is to replace you?
Daddy : Becouse I love her! I know only Papa Is can take care of like me.
JI : How do you know?
Daddy : I know Papa Is also loves her so much! like me! crazy in love with her!
JI : Ha ( 30x ). Matured men ... sometimes funny
Daddy : Yeah ... That's true love!

4 comments:

  1. Eizzara...TERIMAKASIH banyak-banyak atas review yang sungguh baik dan positif (nampaknya sinopsis Eizzara lagi baik dari yang Umie buat) . Umie amat-amat menghargainya.

    Untuk pembaca UATN, moga kita dapat berkongsi rasa dan kebaikan jika ada, maafi kekurangan /kelemahan, InsyaAllah Umie akan cuba perbaiki dari semsa ke semasa, jadikanlah ianya sempadan.

    TERIMAKASIH...

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kasih umie kerana singgah kat ini dan saya berbesar hati penulis sendiri membuat sentuhan peribadinya ....

    ReplyDelete
  3. Salam.Saya dahcari novel ini berkali-kali di MPH KL Central. tapi malangnya tak jumpa-jumpa hingga hari ini. Masih ada stokkah novel ini. jika ada teringin nak milikinya. Terima kasih dan Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ...novel ni memang dah tak ada tak silap saya ...
      cuba tanya karyaseni ... mungkin ada... ini novel lama ..

      Delete