Wednesday 13 June 2012

NOVEL CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG

Untuk hidup berdua, Harus setia...

Novel dalam koleksi aku yang aku suka. sebelum memiliki aku baca di penulisan2u sebab tajuknya lain sikit. Novel CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG karya Airisz terbitan karyaseni. Novel yang tak tebal sangat cuma 590 muka surat. Kita layan sikit cerita ni . Pasangan pengantin bidang terjun biasa kita dengar dan lumrah masa kini. Biasa akan diganti dengan saudara mara yang dikenali kedua - dua belah pihak.

Tapi cerita ni lain sikit Harris Isqandar terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan dengan Intan Asnidar perkerja kedai bunga. Menggantikan Erny Humairah hilang entah kemana. Dalam cerita ini aku suka pada heronya Harris Isqandar kerana ketegasan mempertahankan rumahtangga yang dibina walaupun bidang terjun. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta. Disini ada babak - babak suka dan mencuit hati dalam proses perkenalan diantara harris dan Intan. Memang lucu.... babak-babak cemas pun tak kurang hebatnya. Erny Humairah datang dan merayu untuk kembali pada Harriz. Kerenah Datin Nora memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut intan dengan pelbagai cara agar Harris berkhawin dengan Erny. Bila Harriz berazam untuk tinggal dikampung membina kehidupan baru dikampung dan bermain lumpur dibendang kampung halaman Intan . Harris sanggup melepaskan Jawatan sebagai CEO demi keluarganya . Setiap kejahatan yang kita lakukan pasti ada balasan. begitu juga yang terjadi pada Datin Nora dan Erny. Kita layan novel Cik bunga dan encik sombong. 

Sinopsis dari kulit novel





Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.



Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.



Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,



“Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?




Petikan - petikan yang menarik dalam Novel ini.
" Kalau pertunangan ini dibatalkan, dimana saya nak letak muka saya ni, mama? Apa tanggapan orang lain nanti? CEO Kumpulan HD tak jadi bertunang kerana bakal tunangnya lari bersama lelaki lain! Nampak benar saya ni lelaki yang tak berguna sampaikan bakal tunang sanggup melarikan diri dan tak mahu bertunang dengan saya. Nampakbenar kelemahan saya sehingga gagal untuk mengawal seorang perempuan! Bagaimana saya nak berdepan dengan semua orang nanti?" soal si baju merah jambu dengan tegas. Wajahnya yang putih bertukar kemerahan. Sudah marah mungkin. Tetapi ada aku kisah kalau betul dia marah?
"Erny tak lari dengan lelaki lain. Dia cuma merajuk dengan Harris saja!" balas Datin Nora.
"OH, merajuk saja? Merajuk sebab saya tak boleh temankan dia pergi shopping, pergi tengok wayang dan dia balas dengan cara bangsat ni?"
Terkejut aku mendengar tatkala dia menyebut perkataan bangsat dengan kuat. Rasa macam darahku sudah naik ke kepala. Mana aku pernah tengok orang lelaki marah-marah? Memang aku biasa tengok ayah aku marah-marah, tetapi ayah marah tidak pernah sebut perkataan bangsat. Paling dasyat pun ayah cuma cakap tengkorak ayam sahaja.
"Saya sudah cukup bersabar dengan semua ni. Keputusan saya muktamad.Apa pun alasan Erny, saya takkan maafkan dia sama sekali. Sampai mati saya takkan maafkandia! mama kena ingat tu!" Aku rasa Harris sedang memberi amaran kepada Datin Nora. Sebab itu Datin Nora tidak bersuara langsung.
"Berapa awak nak?" Dia menyoal aku semula tetapi suaranya kali ini agak perlahan.Agak bertimbang rasa. Mungkin disebabkan mahu meminta pertolongan daripadaku.
"Tak apalah encik!" balasku dengan perlahan juga. Tidak mahu aku jadi tunang terkejut dia.Tidak mahu cari penyakit.
" Saya cakap berapa?" dia menjerit dengan kuat. Serentak dengan itu, aku, Datuk Zahari dan Datin Nora terperanjat dan aku nampak seperti Datuk Zahari buat muka. Maknanya suruh aku letak harga.
"Seratus!" Terus aku cakap sebab aku pun takut sangat. Lepas itu baru aku sedar , kenapa cakap setarus sahaja? kanapa tak cakap sepuluh  atau dua puluh ribu? tidak pun setengah juta,Aiseyman, salah sebut hargalah pulak!
"Mama, tulis lima puluh ribu!" Dia mengarahkan dan aku rasa mulutku sudah terbuka. Lima puluh ribu? Biar betul ni! Macam tidak percaya sahaja dia sebut lima puluh ribu.
" Saya nak awak jadi tunang saya dan bulan depan majlis khawin kita!" kata Harris lagi.


"Encik , kampung saya jauh." Aku masih berusaha mencari alasan. Mana tahu akan berjaya mengubah keputusan Harris. Tentu orang macam Hariss itu takut kampung sebab mesti dia fikir kampung banyak nyamuk. Orang kaya macam Harris itu mesti takut nyamuk. Aku harap juga dia fikir kampung aku ada harimau sama.
"Jauh?" Harris bertanya. Bunyi macam takut sahaja. Bagus!
" Ya jauh!" Aku cakap dengan bersungguh.
" Kat Uganda ke ?"
Ceh! Terkena lagi! Aku ingatkan sudah takut tadi, tetapi rupanya sengaja hendak main-mainkan aku. Bertuah sungguhlah. Senang- senang dia kenakan aku.
"Taklah sampai Uganda!" balasku. Perasaan sudah rasa satu macam. Angin sahaja bercakap dengan dia ni. Boleh lagi cakap kampung aku di Uganda. Tidak bolehkah dia sedapkan hati aku sikit? Paling-paling pun cakaplah di Hollywood ke, Hawaii ke . Ini Uganda. Tahulah warna kulit aku sama dengan ornag belah-belah sana.
" Masih dalam Malaysia lagi, bukan? Jadi jangan beri saya alasan yang bodoh!" mana ada aku beri alasan bodah. Aku cuma cakap kampung aku jauh. itu saja.
"Adik-beradik awak berapa orang?" soalnya lagi.
Lah, banyaknya nak tahu. Ni sesi edisi siasat ke ?
"Sembilan!" jawapku sepatah.
"Berapa?" Dia tanya dengan kuat. Aku sudahterkejut. Aku tersilap cakapkeh tadi? Aku sudah tersebut sembilan puluh kah?
" Sembilan orang. Adik- beradik saya ramai, encik. Payah  encik nanti. Kakak saya ada tiga, Abang ada sorang. Adik lelaki ada tiga. Adik perempuan sorang.Tak payahlah encik pilih saya. Lagipun saya ni orang susah. Rumah saya buruk. Memang tak sesuailah dengan encik!" Aku cuba jadi tukang hasut. Masih berharap semuanya bakal tidak menjadi.Tidak sangguplah aku hendak buat suami lelaki bajet bagus ni. Silap hari bulan mak ayah aku demam nanti.

"Encik takkan tinggalkan saya sorang - sorang,kan?" Air mata mula menitis satu persatu.Sudah mula membayangkan perkara buruk.
Harris memberhentikan keretanya dibahu jalan. "Intan, kenapa ni? Kenapa tiba-tiba cakap macam ni?" soal harris selepas itu.
"Kenapa ni?" soal Harris lagi bersama suara yang lebih perlahan. Kali ini bahuku dipegangnya.
"Encik jangan tinggalkan saya, ya!" ujarku lagi.Aku tutup mulut dengan tangna dan air mata langsung berjuraian. Harris tarik aku dan disembabkan mukaku didadanya dan terus menangis. "Kenapa ni?" Harris gosok bahuku perlahan. "Saya nak awak berterus terang kepada saya. Apa masalah awak sekarang ni? Sya tak mahu awak tanggung sorang-sorang.Masalah awal adalah masalah saya sama. Jadi awak tak boleh nak berahsia lagi dengan saya"
Tadi Cik Erny ada jumpa saya!" Aku kesat air mata. Serentak dengan itu Harris hentak stereng kereta. Kemudian dia keluarkan telefon bimbitnya
"Kau kat mana sekarang" Soal Harris dengan kuat.
" Okey, kau tunggu aku kat situ" Harris simpan semula telefon bimbitnya. Dia mula memandu. Aku tergamam . Tiba -tiba sahaja Harris naik angin......
"Inilah tempat lepak anak - anak orang kaya yang kerjanya menghabiskan duit mak bapaknya saja!" kata harris sambil menolak pintu utama.
"Harris" Aku terdengar ada suara memanggil Harris. Aku toleh, rupa-rupanya erny Humairah yang memanggilnya.
" Berapa kali aku nak ingatkan kau, jangan sesekali ganggu bakal isteri aku. kenapa kau  masih degil, hah?" Harris tolak pula kepala erny dengan kasar.
"Banyak perkara aku boleh sabar, tapi kalau ada yang menyebabkan Intan Asnidar menangis, aku tak boleh berdiam diri! Bukan aku jenisnya yang sanggup melihat bakal isteri aku di buli sewenang-wenangnya!" kata harris lagi.

" Buat pelan-pelan. Janji semua sempurna dan tak berlaku sebarang kesilapan," Kata Harris. Aku terus pegang tangannya. Dan tatap wajahnya. "Terima kasih kerana sudi menemani Intan," ucapku dengan perasaan kasih.
"sama - sama. Abang sentiasa akan menemani Intan, ke mana saja Intan pergi" Harris juga pegang kemas tanganku.
"Abang tak bawak handphone abang?" soalku. Rasanya pelik juga kerana sejak tadi tiada sesiapa yang menghubungi dia. Rasanya tentu sekali Datin Nora akan mencari Harris.
"Abang tutup. Malas nak layan penggilan! Abang baru nak rasa aman, dah ada gangguan."
"Habis kalau mama cari nanti macam mana?"
"Ah! biarlah. Tak ada siapa yang suruh mama datang sini. Yang ikut sangat cakap perempuan tak betul tu siapa suruh!" balas Harris
"Cik Erny tu nak sangat jumpa dengan abang. Mungkin dia rindu gila kat abang!" Aku mengusik Harris.
Harris terus bangun dan mendekati aku. Kemudian tangkap kepala seperti gaya hendak belasah aku.
"Cakap lagi!" kata Harris. Aku sudah tergelak.
"Cik Erny rindukan abang!" aku mengusik lagi. Suka.
"Uwekk! nak muntah abang dengar!" balas Harris. Kemudian Harris mencucuk pinggangku. Aku teranjak sedikit.


Pelakon Hero & Heroin
( Bermula 15/06/2015 Isnin - Khamis 9.00 - 9.30 malam )  

Episod 1
Intan Asnidar dan sahabatnya diarahkan untuk menghantar gubahan bunga di satu majlis pertunangan. Selepas mengahantar bunga Intan disuruh untuk mengambil bayaran Dari Datin Nora. Semasa Intan mengambil cek pembayaran dari Datin Nora , Intan terpandang seorang lelaki yang kacak . Riak muka yang sukar dijangkakan tiba tiba lelaki itu memanggil Intan dan mengajak Intan menjadi tunangnya. Intan dibayar 50 ribu untuk menjadi tunang Harris Isqandar CEO Kumpulan HD. Erny Humairah yang sepatutnya menjadi tunang Harris hilang entah kemana. Bagi menjaga maruah diri Harris terpaksa mengambil Intan sebagai pengganti. Keputusan Ini tidak di persetujui oleh Datin Nora tetapi Haris tetap dengan keputusannya. Erny Humaira yang yakin Harris tidak akan bertunang dengan orang lain dan mata yang terkejut bila melihat majlis pertunangan berjalan seperti yang dirancang.  

Episod 2
Intan sah menjadi tunang Harris Isqandar Bin Datuk Zahari CEO HD Group. Selesai majlis Intan balik ke kedai bunga Yanz Florist untuk memberi cek yang diterima dari datin Nora. Kak Yan terkejut dengan pakaian yang Intan pakai. Intan menceritakan kejadian sebenar.  Pertunangan Harris tersebar meluas di akbar. Erny terkejut dengan berita yang disampaikan. Erny tidak menyangka Harris bertunang dengan perempuan lain. alam itu Harris menghubungi Intan dan memberitahu pertunangan rasmi akan diadakan 2 minggu dikampung Intan. Harris menyuruh Intan menghubungi keluarga tentang pertunangan itu. Intan menghubungi emak di kampung dan emak menyuruh Intan membawa bakal calon suami balik ke kampung untuk berkenalan. Intan agak gementar untuk memberitahu Harris yang keluarganya ingin berkanalan. Harris yang tidak ada masalah untuk berkunjung kerumah keluarga Intan di utara. Sebelum balik kekampung Intan dan Harris singgah ke pejabat Harris untuk menyelesaikan beberapa tugasan. Ini kerana Harris akan bercuti beberapa hari kerana pulang ke kampung.

Episod 3
Erny ke rumah Harris untuk mendapatkan penjelasan dengan Datin Nora. 
Sampai di kampung diingatkan ingatkan agar menghormati orang tua. Harris diperkenalkan oleh Intan emak dan ayah. Tak ketinggalan Abang Daud dan Isteri turut serta. Harris kagum melihat kawasan kampung Intan. Harris diajak mencari ikan dibendang , bermain di tali air dan merasai suasana kampung. Harris berbincang dengan keluarga Intan , Ayah , Pak long dan Pak ngah tenang majlis pertunangan dalam tempuh 2 minggu akan datang. Dan majlis nikah dalam masa 1 bulan lagi. Pak Long balik ke rumah memberitahu mak long yang Intan akan bertunang. Mak long terkejut dengan berita yang disampaikan dari rumah adiknya kerana dulu Intan ingin ditunangkan denagn Fahmi tetapi tidak jadi. Ini kerana sikap kasar Intan seperti lelaki. Fahmi terpaksa akur dengan keputusan Maknya ( Mak long ). Setelah semua selesai urusan dikampung Intan dan Harris balik ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang Intan bertembung dengan kereta Fahmi. 

Episod 4
Sepanjang perjalanan Balik ke Kuala Lumpur Intan banyak mendiamkan diri. Harris mempersoalkan siapa Fahmi. Intan menerangkan Fahmi adalah sepupunya. Erny tak puas hati dengan Harris. Puas dia mencari Harris etapi Harris sibuk dengan kerjanya. Erny menyalahkan Taufik kerana membuat rancangan untuk tidak hadir ke majlis pertunangannya. Erny menyesal mengikut rancangan Taufik. Taufik memujuk Erny agar jangan marah kerana Taufik telah merancana satu rancangan untuk Erny.  Harris mengajak Intn makan malam di sebuah Hotel. Intan terpegun melihat kemewahan restoran . Harris memberitahu majlis resepsi mereka akan diadakan di Hotel itu. Tiba - tiba Erny datang menyerang tetapi Harris memperkenalkan Intan sebangai tunangnya. Hari Erny sakit melihat kemesraan Harris dan Intan. Intan yang dipaksa melakonkan adegan mesra didepan Erny. 

Episod 5
Erny berjumpa Datin Nora bertanya betulkah Harris akan berkahwin dengan permpuan kampung tu. Datin Nora memujuk Erny semua itu Harris hanya untuk menyakitkan hati Erny semata dan Datin Nora berjanji akan menggagalkan perkahwinan Harris dan budak kampung. Harris tetap nekad untuk bertunang dengan Intan. Hari yang ditunggu tiba , Intan terkejut bila Datin Nora turut serta. Intan tahu Datin Nora tidak pernah setuju dengan pilihan Harris. Harris dan ayah Intan berbincang nilai harga tanah. Harris merancang untuk membeli tanah dikampung. Selepas bertunang Harris lebih kerap berjumpa Intan. Makngah berbincang dengan Husna agar menyuruh Fahmi nikah cuti sekolah akan datang tetapi Husna menyuruh maknya berbincang dengan Mak long ( mak Fahmi ). Harris mula suka pada Intan yang bersikap tidak berpura-pura. Harris mengajak Intan ke Sunway lagoon tiba-tiba tersermpak dengan Erny. Intan hampir kena langgar oleh Erny. 

Episod 6
Erny dan kawannya mengintip Harris dan Intan di sunway lagoon . Erny cuba memujuk Harris agar menemani untuk bermain roller coster tetapi tidak diendahkan oleh Harris. Intan bertanya siapa Erny sebenarnya. Harris menerangkan Erny adalah 2 pupu dengannya . Ini kerana Datin Nora dan papa Erny sepupu. Mereka membesar bersama. erny memang rapat dengan Datin Nora sejak kedua orang tua Erny meninggal dunia di London. Datin Nora memang merancang untuk menjodohkan Erny dan Harris tetapi kini Erny adalah musuh numbor 1 Harris sejak Erny hilang di majlis pertunangannya dulu. Erny mengadu pada Datin Nora yang Harris membawa Intan ke Sunway lagoon. Ini lagi memanaskan hati Datin Nora. Intan memberitahu Harris dia akan ke Cemoran Highland untuk melihat bunga yang telah ditempah oleh Yanz Florist. Oleh kerana kak Yan mengandung Intan terkapsa menggantikan tempatnya. Harris tidak membenarkan Intan pergi seorang . Harris membuat keputusan untuk mengikut Intan ke Cameron Highland. Erny membuat party harijadinya, dengan harapan Harris akan pergi tetapi Harris sudah bertolak dengan Intan ke Cemoran Highland. Erny kecewa dengan tindakan Harris.
Episod 7


Episod 8


Episod 9
Dengan perasaan marah Harris menampar Erny kena mengganggu Intan. Harris memberi amaran agar tidak mengganggu Indan dan dirinya lagi. Erny mengadu pada Datin Nora tentang Harris sanggup menamparnya kerana budak kampung itu. Datin Nora menyerang Intan di kedai bunga kerana Harris sudah berani menampar Erny kena budak kampung. Intan sengaja menghubungi Harris agar Harris dengar perbualan Datin Nora dengannya. Setelah mendengar Harris datang untuk melihat sendiri. Harris mengugut Datin Nora , Kalau Datin Nora mengganggu Intan Harris akan meletakkan jawatan dari CEO HD group. Datin Nora berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Hari bahagia semakin hampir . Hati Intan semakin resah bila memikirkan Datin Nora dan Erny yang mendesak agar Intan meninggalkan Harris. Intan tak mahu maruah keluarga tercemar kerana tak jadi kahwin. Semasa di station bas Intan berpesan pada Harris agar Harris akan hadir di majlis pernikahannya nanti. Intan risau Harris tak hadir di majlisnya. 

Episod 10
Intan dijemput oleh ayah dan abang Daud di station bas. Intan gembira bila melihat kesungguhan persiapan perkahwinannya dilakukan oleh maknya. Datuk Zahari berkahwin dengan Maisara. Kehidupan Datuk Zahari rasa gembira dipertemukan semula dengan Maisara. Maisara risau pernikahan mereka dapat dikesan oleh Datin Nora. Datuk Zahari memberi jaminan yang Din Nora tidak akan tahu pernikahan mereka. Ayu ( anak buah Intan ) mengusik Intan dengan mengunakan vedio call. Tanpa sedar Intan , Harris nampak segala persiapan diri ( berandam ) Intan. Harris gembira melihat , Intan malu kerana Harris sudah nampak sebelum dia bergelar isteri. Intan masih risau adakah Harris akan datang dihari pernikahannya hingga Intan merajuk tak mahu bersiap. Bila diberitahu pengantin lelaki sudah sampai barulah Intan sibuk bersiap. Intan dan Harris sah menjadi suami isteri. Mak long dan mak ngah cemburu melihat perkahwinan Intan diadakan secara besar-besaran. Sedangkan Fahmi dan Husna belum tentu lagi. Erny terlalu kecewa kerana Harris tetap berkahwin dengannya. Erny pergi ke club untuk menghilangkan rasa sedihnya.

Episod 11


Episod 12



Episod 13



Episod 14


Episod 15


Episod 16
Harris membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai CEO HD Group. Itu yang terbaik untuk melindungi isterinya. Harris balik ke kampung dengan membuat kejutan pada Intan. Intan tidak menyangka dia akan tinggal dikampung dan suaminya mengusahakan kilang padi yang dibina selepas perletakan jawatannya sebagai CEO HD group. Semua ini usaha sama Abang Daud dan ayah membantu Harris. Fahmi dan Husna akhirnya ke jinjang palamin. Harris yang bertongkat kini Harris mampu berjalan sendiri tanpa menggunakan tongkat. Kerana keegoan Erny menolak cinta Taufik. Taufik menggunakan tektik kotor  , memerangkap Erny hingga Erny terpaksa berkahwin dengan Taufik. Datin Nora diceraikan oleh Datuk Zahari . Selepas bercerai Datin Nora menyesal dan pergi ke rumah Harris. Walaupun Datin Nora sudah insaf Harris sering berjaga-jaga jika Datin Nora bertindak luar kawalan. Datin Nora Memohon maaf kerana melukakan hati Intan dan tidak menganggap intan sebanagi menantu. Harris juga lega terhadap Datin Nora betul betul insaf. Intan dan Harris dikurniakan anak lelaki. Dikesempatan itu Datin Nora juga memohon maaf pada Maisara atas kekasarannya dulu. 

Nota :
Drama yang disiarkan di saluran Astro ini telah melabuhkan tirai. Gabungan pelakon Amar Bahrin dan Amyra Rosli memang kena. Tambahan pula dengan lorat utara membangkitkan cerita ini. Tahniah buat penulis dan produksi drama yang menjayakan cerita ini. Pada yang mengunjungi blogs ini terima kasih dan mohon maaf mana yang terkurang. 

8 comments:

  1. terima kasih sudi buat review CBDES. saya sangat2 menghargainya dan harap terus menyokong kami penulis-penulis di KS

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama kasih .... kerana memenuhi impian saya ....

      Delete
  2. Novel ni best... dah 2-3 kali ulang baca. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu siti .... novel memang best kelakar ..... siti dah dapatkan novel terbarunya ke !!!!....

      Delete
  3. 30 minit jer.. tak puas nonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Siti
      Haah 30 minit je ... saya ingat 1 jam pada mulanya . Mungkin tayangan Isnin sampai Khamis dah 2 Jam. Dalam Episod pertama saya dah suka dengan drama ni yang santai ....

      Delete
  4. saya suka blog awk..boleh x awk ajr untuk buat editan blog mcm nie???saya minat...saya nk jadi mcm awk boleh??pandai buat blog.......boleh tolong ajrkan x???harap awk sudi...hahahahahahahaxxxxxx

    ReplyDelete