ILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan ...kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. – Nur Wafiah.
“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah
“Ala… biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa! Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje.” – Ilham Fitri
NUR WAFIAH… Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. –Ilham Fitri
“Akaun dengan cinta, sama ke?” tanyaku dengan kening yang sedikit terjongket.
- Wafiah
“Eh, mestilah. Sebab cinta ni adalah hasil tambah Ilham dan Wafiah!” ucapnya ceria. - Ilham Fitri
Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?
Novel ini aku suka sesangat konflik rumahtangga, Bila tengok pada tajuk macam tak ada apa - apa yang menarik tapi bila dah baca cerita ini menggamit pelbagai perasaan suka , duka , dendam , cemburu , curiga dan pelbagai perasaan. Kalau baca bersama penghayatan boleh menitis air mata. Novel setebal 858 muka surat memang tak mengecewakan kepada sesiapa yang membacanya. Aku beli novel ni di pesta buku di PWTC baru - baru ni. Baby pertama Rehan Makhtar terbitan Karyaseni.

Petikan - Petikan yang menarik dalam novel ini :-
" Boleh saya jumpa Cik Nur Wafiah Sebentar?" Amri meminta keizinan.
Aku mengangguk. "SIlakan masuk!" pelawaku.
Dia melangkah dengan penuh yakin ke arah mejaku.
"Duduklah" pelawaku.
Tanpa banayak soal, dia melabuhkan duduk di kerusi hadapanku.Senyuman tipis kuhulurkan sebagai tanda aku mengalu-alukan kehadirannya kali ini. Tidak seperti pertemuan kami yang pertama.
"Kau perlukan teman, Wafi!" Terngiang-ngiang suara Fara tempoh hari. Yakinkah aku? Sudahnya, aku langsung terlupa pertemuan dengan Fazlee yang tidak kujangka.
" Ada apa yang boleh saya bantu?" Jari-jemari yang sedia berada di atas meja, aku sulam sesama sendiri.
" Saya mengganggu ke?"
Aku menggeleng. Menunggu kata-kata daripadanya tapi dia sekadar merenungku. Lama dia diam tanpa aku tahu apa tujuannya hadir dihadapanku.
"Nur Wafiah" panggilnya lagi.
Aku kembali memandangnya.
" Nur Wafiah. Cantik nama cik! " ulangnya lagi.
Matanya tepat terarah pada papan namaku yang ada di bucu kiri meja.
Kini, Jarak yang memisahkan kami hanya semeter sahaja. Aku hilang kata-kata bila Am berterusan merenungku.
Suasana sepi kembali! Terasa janggal bila ada orang asing didepankun. Ingin dihalau pergi, bimbang dikata kurang ajar, hendak dibiarkan, entah sampai bila dia akan berada didepanku. Aku angkat dagu membereranikan diri membalas renungannya demi merasakan pandangan matanya tajam menikam wajahku.
Am mengukir senyuman tanpa mengalihkan bola matanya yang tepat mengena anak mataku hingga kata-kata yang ingin kuluahkan, aku talah sendiri.
"Cantik, kan?" soalnya lagi.
Tergamam aku seketika. Entah apa yang dimaksudkan cantik? Pejabat inikah ?
" Terima kasih " balasku pendek.
"Tapi dingin," sambungnya.
Dingin, aku keliru. Sedangkan penghawa dingin bagaikan tidak berfungsi hinggakan aku memaksa memasang kipas. Apa yang dingin?
"Abang mohon pada sayang, beri abang peluang kedua untuk buktikan yang cinta pandang pertama abang pada sayang dulu benar-benar tulus. Hanya seketika itu abang tertipu oleh rasa cemburu yang telah membawa abang kesal seumur hidup abang. Sayang jangan ulang kesilapan yang pernah abang lakukan. Abang cintakan sayang seumur hidup ni.”
"Dan yang buruk itu selalunya daripada manusia itu sendiri, sayang. Yang indah dan baik itu segalanya anugerah Allah. Sayang adalah anugerah Allah yang indah buat abang. Ampuni abang sebab pernah ragui keindahan dan anugerah yang telah Allah titipkan ni". Ucapnya beremosi sambil memegang kedua belah pipiku.Air matanya tidak putus mengalir.
" Tapi Fiah bukanlah sebaik man. Bukankah Allah telah katakan.Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat. Am baik Fiah tak... Fiah hargai perubahan Am tapi hati Fuah ni...." Telapak tangan aku bawa ke dadaku. Menepuknya beberapa kali.
".... sukar nak terima semua ni lepas apa yang terjadi."
"Kita ubah sama- sama. Sayang baik, keluarga sayang juga baik. Abang yang buta hati, tak reti menilai. Tenggelam dalam rasa cemburu abang. Rasa nak memiliki sayang sedangkan abang lupa, sayang perlukan cinta dan kepercayaan abang selama ini. Untuk kali ini saja, abang mohon maaf dan abang berjanji... lepas ni, tak akan ada lagi ungkapan maaf tu daripada abang" Ilham terus merayu.
“Maafkan Fiah, ma. Sesungguhnya, hati Fiah ni dah lebur. Fiah tak tahu sama ada boleh cantumkan kembali ataupun tak. Fiah tak pernah salahkan Ilham dalam hal ini tapi Fiahlah yang banyak bersalah. Cuma, Fiah tak tahu kenapa ungkapan maaf dia tu dah tak bernilai lagi pada Fiah. Dah tak ada maknanya. Hari ini, terbukti depan semua orang, maruah Fiah tak pernah mampu dicapai oleh mana-mana lelaki. Fiah junjung setinggi-tingginya. Kasih ini hanya untuk suami tapi bila suami tak menghargai, Fiah mohon, izinkan Fiah undur diri. Berikan kesempatan pada Fiah memujuk hati untuk memaafkan diri sendiri.”Ucapku panjanglebar dan aku tujukan khas pada Ilham yang masih menggenggam tanganku.
" Ambilah masa berapa lama pun, sayang. Tapi abang tak nak Fiah keluar dari rumah ni. Abang tak izinkan" larangnya lembut tapi penuh dengan ketegasan.
“Ini anak abang….” Aku tarik tangannya lalu aku letak telapak tangan itu di perutku.
“Anak yang menjadi tanda kasih kita biarpun untuk seketika. Tanda yang akan kekal pada diri Fiah seumur hidup dan setelah Fiah mati.Terima kasih abang untuk segalanya. Buat kali terakhir Fuah merayu, biarkan Fiah hidup sendiri" Sambungku dalam mendamaikan hati yang memberontak.

Assalamualaikum.. blog walking bertemu di sini..huhu.. terima kasih atas review untuk TK..itulah..tajuk biasa tapi insyaAllah ade sedikit luar biasa di dalam isinya..
ReplyDeletesy hargainya kak..Moga tak kesal memiliki TK yg tebal ni. dan moga tak serik memiliki karya saya seterusnya.. terima kasih atas sokongan..
waalaikumsalam ... saya berbesar hati akak sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ni.... saya buat review TK untuk saya sendiri kerana saya bukan penulis seperti akak ... saya baru berjinak2 dalam dunia blog dan saya akan buat review untuk semua novel yg saya baca.... terima kasih kerana memberi sokongan ...
DeleteCalang-calang penulis boleh menulis seperti Rehan Makhtar. NOvel pertama, tetapi garapannya seperti novel kelima. Walaupun jalan ceritanya berdasarkan cinta dan pengorbanan yang agak biasa dibawakan oleh penulis-penulis novel tetapi dengan garapan dan penggunaan ayat yg menarik TK boleh digolongkan sebagai sebuah novel yang BAGUS...
ReplyDeleteDi samping kisah cinta, perlakuan oleh watak-watak antagonis, diselitkan juga peristiwa yang boleh dibuat pengajaran dan sememangnya wujud di dalam masyarakat tetapi tidak disedari... Bagi saya watak Fiah yang taat kepada ibunya, suami dan keluarga mertua amat bagus untuk dicontohi... Walaupun terfikir juga adakah masih wujud "Fiah " di dalam masyarakat hari ini? Apa yang penting nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh watak-watak baik di dlm TK ini perlu diambil.
Anda tidak akan menyesal sekiranya memiliki TK! Syabas buat Rehan Makhtar dan semoga berjaya di dalam karya-karya yang seterusnya.
terima kasih kerana memberi sokongan ..... saya tak sehebat Rehan Makhtar.... Insyaallah suatu ketika nanti ...
Delete