Wednesday 14 November 2012

NOVEL SUAMIKU TAK ROMANTIK TAPI AUTISTIK

" Tiada yang lain selain dirimu, kerana hanya hadirmu yang mampu memberi sejuta rasa dalam hatiku.."

Review kali ni sebuah novel sedikit kelainan. Ia lebih mengetengahkan mengenai penyakit autisme. Siti Zubaidah binti Ibrahim atau nama pena lebih dikenali Farisha Imani  yang baru berusia 20 tahun telah membuktikan kehebatannya dengan terlahir novel Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik. Bakatnya diketengahkan dengan E-novelnya dipenulisan2u kini dia dilamar oleh Karyaseni menjadikan sebuah novel yang tebaln 888 muka surat. Novel yang dimiliki pada bulan puasa yang lepas baru kini dapat berpeluang untuk membuat sedikit review tentang novel ini. Bagi pendapat peribadi novel ini menarik percubaan yang bagus. 

Cerita mengisahkan Nura Alia menjadi Spy yang diupah oleh Syed Azmi untuk mengintip kekasihnya Bella. Syed Azmi memang terkenal kaki perempuan dalam masa yang sama Syed Azmi juga ingin mencuba nasib pada Nura Alia. Cintanya disambut baik tetapi bertukar menjadi benci dan dendam kerana satu tragedi Syed Azmi cuba merogolnya Nura Alia. Nura Alia nekad untuk membalas dendam pada keluarga Syed Azmi. Dengan lakonan yang mantap Nura Alia diterima untuk menjadi babysitter pada abang Syed Azmi yang autistik. Syed Azman a.k.a Boboy , budak tak cukup seringgit. Walaupun Nura Alia terpaksa melayan kerenah Boboy entah apa - apa. Dia kena bersabar untuk meneruskan misinya untuk membalas dendam. Kehadiran Nura Alia amat disenangi oleh kedua orang tua Boboy kerana banyak perubahan yang berlaku Boboy. Boboy autisme sejak tujuh tahun lalu. Selama tujuh tahun, Boboy didalam dunianya sendiri. Dunia kanak - kanak autistik yang sengaja dicipta untuk menyembunyikan sejarah silam yang membuatkan dirinya rasa bersalah sehingga kini. Pada suatu hari Nura Alia meminta kebenaran pada kedua orang tua Boboy untuk membawa Boboy pulang kekampung. Membawa boboy kekampung adalah satu kesilapan besar pada Nura Alia kerana mereka ditangkap basah oleh orang kampung. Demi menutup malu Nura Alia dan boboy dinikahkan.  Kehidupan Nura Alia berubah dia keliru, antara misinya yang sebenar dan perasaannya pada Boboy. Boboy lebih tertekan bila bapa mertuanya mengugut Boboy untuk berterus terang pada Nura Alia jika keadaan ini terus berterusan. Saat Nura Alia yakin tentang cintanya pada Boboy .Nura Alia dikejut kepulangan Syed Azmi dari luar negara. Rahsia Nura Alia terbongkar bila mamanya terbaca diari Nura Alia dan memaksa Boboy berterus terang pada keluarganya mengapa Syed Azwan sanggup menjadi Autistik selama 7 tahun pada hal dia seorang lelaki normal.


Sinopsis dari kulit novel 
NURA ALIA seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.
Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.
“Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!” -NURA ALIA
Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada  abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.
“Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -NURA ALIA
Selama tujuh tahun, BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.
Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.
 “Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!” BOBOY
Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.
Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?
“Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang…” -SYED AZWAN


Petikan - petikan menarik dari novel 
Berlaku kerana cinta
"Jom , sayang ikut Mie kejap." Syed Azmi menarik lembut tangan Nura Alia. Ada senyuman terukir dibibirnya. Nura Alia hanya mengikut. Dia melepaskan pegangan tangan lelaki itu. Dia tidak selesa berpegangan tangan seperti ini. Langkah mereka diatur menuju ke bahagian belaknag pub ini. Rupa- tupanya diruangan belakang ini terdapat banyak bilik. Tapi apakah kegunaan bilik- bilik itu? Mungkin bilik untuk para staf. Namun, jauh disudut hatinya dia mula berasa tidak sedap hati.
"Masuk , sayang. Mie nak mandi kejap. Lia tunggu tau. Jangan ke mana-mana. Kejap aje. melekit sangat tubuh Mie ni," ujar Syed Azmi seraya mahu menanggalkan baju dari tubuhnya. Berdebar hati Nura Alia melihat kelakuan lelaki itu. Adakah lelaki itu sedang berniat yang tak bauk kepadanya? Ah! Kenapa dia bodoh sangat iukt lelaki tu datang ke pub ini tadi? Tanpa wsepatah kata, dia cepat-cepat bergerak ke pintu. Dia ingin keluar dari tempat maksiat ni. Pasti lelaki itu menganggap dia sama seperti perempuan-permpuan yang lain. Sanang menggadaikan maruah demi membuktikan cinta. No! Dia buakan perempuan sebegitu.
"Nak pergi mana ni, sayang? Hmmm?" Lengan Nura ALia ditarik dari belakang. Gadis itu tersentak. Belum sempat dia menepis pengangan kemas Syed Azmi itu, lelaki itu tiba-tiba memeluknya ghairah. Nura Alia terpana. Sadaya upaya dia menolek tubuh Syaed Azmi yang sudah tidak berbaju itu.
"Apa yang Mie cuba buat ni?! Tolong jangan apa-apakan Lia!" Nura Alia Berganjak ke belakang. Seram dia melihat renungan mata Syed Azmi tika itu. Penuh dengan nafsu. Bagaikan sedang menunggu masa yang sesuai untuk menerkamnya.
"Mie nak Lia buktikan cinta Lia pada Mie. Tidur dengan Mie." Nura Alia tersentak. Adakah telinganya tersilap dengar? lelaki dihadapannya ini pasti sudah mabuk. Tak pun dah gila!
"Apa yang Mie merepek ni? Dah ! Lia nak balik sekarang juga!" Nura Alia berlari menuju ke pintu. Namun belum sempat menarik tombol pintu, tubuhnya seakan- akan melayang dan diangkat. Dia hanya mampu memejamkan mata. Syed Azmi menghempas tubuh genit Nura Alia ke atas katil. Dia tersenyum sinis. Air mata yang sedang bergenang pada tubir mata gadis itu langsung tidak diendahkannya. Hati Nura Alia pula sudah tidak keruan, Dia takut. Takut Syed Azmi betul-betul menidurinya. Lelaki dihadapannnya ini sekarang bukan lagi lelaki yang dia kenal pada tiga bulan yang lepas. kenapakah lelaki itu berubah secepat ini? Adakah memang begini layanan Syed Azmi kepada kekasih-kekasihnya?
"Apa yang Mie nak buat ni? Lepaskan Lia!" Nura Alia masih cuba melepaskan diri dari Syed Azmi cuba menindihnya. Air mata meluncur laju membasahi pipi. Adakah ini namanya nasib badan? Dia sedang dinodai oleh lelaki yang paling dia cinta.
"Aku just nak dapat permata yang paling berharga dari kau tu. Kau mamang perempuan kampung, Lia Bodoh! Senang sangat kau kena tipu. Kau ingat aku ni tergila-gila sangat ke kat kau ? Sedarlah diri tu sikit, Lia!" Syed Azmi mula menunjukkan belangnya.
Penyesalan mula menerjah ke runag hati Nura Alia. Adakah ini bermakna selama ini lelaki itu hanya berpura-pura menyayanginya? Ternyata lelaki yang paling dicintainya sekadar ingin bermain cinta dengannya. Syed Azmi tidak ikhlas mencintai dirinya. Argh!
"Lia tak sangka Mie sanggup buat Lia macam ni. Apa salah Lia?" Syed Azmi mendekatkan wajahnya ke muka Nura Alia. Terdengar ilai tawanya. Nura Alia pantas memejam mata. Sungguh dia ketakutan pada saat ini. Tiba- tiba saja bibir mereka bersatu. Dia tidak sanggup lagi menahan debar dalam hatinya. Ya Allah, tolong aku...
Dengan sekuat tenaga, Nura Alia cuba menolak tubuh lelaki itu. Akhirnya dia berjaya lepas dari amukan hawa nafsu lelaki yang dipercayainya itu.

Cintanya dipermainkan ,dia nekad untuk membalas dendam
Nura Alia berbaring diatas katil bujangnya.Dia tersengih seorang diri. Mulai esok, bermula misi jahatnya. Dia sudah tidak sabar untuk membalas dendam. Sikit pun dia tidak risau tentang kerjanya esok. Kerana yang paling penting sekarang dia sudah masuk ke dalam keluarga Syed Azmi. Misi seterusnya akan bakal menyusul. Dia mengambil sesuatu dari dalam laci meja disebelahnya. Sebuah diari. Diari hitam yang terisi dengan cerits suka dan duka hidupnya. Dia menulis sesuatu sambil tersenyum jahat.

MISI 1 : SUDAH SAKSUS!
MISI 2 : BERKAWAN DENGAN ABANG SYED AZMI.
# Apa entah name mamat tu. Lupa pula nak
tanya Datin tadi. Tapi tak apa , Lia. Yang
penting kau geng dengan keluarga lelaki 
tak guna tu. hehehhe!

Diari ditutup rapat lalu disimpan didalam laci. Dia menyimpan diari penting itu dibawah timbunan fail-fail. Barulah sukar untuk dikesan. Kalau diari ini dijumpai oleh orang tuanya, masaklah dia. Pasti akan disoal siasat sampai semua rahsia terbongkar. His... seram.
Nura Alia meletakkan kepalanya diatas bantal lalu matanya dipejam rapat. Dia perlu tidur awal. Dia harus bersiap sedia mental dan fizikal untuk menghadapi hari esok. Esok merupakan hari yang palaing bersejarah. Esok dia akan memulakan tugasnya sebagai babysitter sekali gus memulakan rancangan dan misi keduanya.


Nura Alia membawa Boboy pulang kekampung , kerana tindakan Syam luar kawalan membuatkan Nura Alia dan Boboy dinikahkan.
Nura Alia mengetap bibir. Dia resah gelisah. Sekejap dia berpaling ke kiri. Sekejap ke kanan. Kata - kata muktamad daripada abah tadi amat menyentakkan hatinya. Dia bingung apabila memikirkannya. Kanaoa abah berani buat keputusan seperti itu? Kanapa?
"Abah dah buat keputusan. Abah akan nikahkan kau orang berdua. Esok kita balik KL, kita pergi jumpa ayah dan ibu boboy. Kita bincngkan hal perkahwinan kamu." Terkejut babun Nura Alia mendengar ucapan abahnya itu. Dia memandang wajah abah mencari sebuah kepastian. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Dia akan dinikahkan dengan Boboy? Boboy, budak tak cukup seringgit? Tidak!
"No! Lia tak nak kahwin dengan Boboy. Dia tu tak betl. Dia... dia .. dia autistik, abah, ibu." Encik Razak hanya diam.
"Apa yang hang duk merapu ni, Razak? Hang nak juia anak ka? Budak ni tak betuilah Razak Hoi. Lelaki ni tiga suku. Tak, abahtakkan setuju hang nikahkan Lia dengan Boboy. Abah akan jodohkan Lia dengan Syam. Syam lebih sesuai untuk anak hang ni." Panas hati Nura ALia apabila mendengar nama lelaki munafik itu desebut-sebut.
"Keputusan cek dah bulat, abah. Lia akan tetap cek nikahkan dengan Boboy. Titk!" encik Razak berjalan meninggalkan ruang tamu itu. Tok abah mengikutnya dari belakang. Apa dengan semua ini? Masakan cucunya itu ingin dinikahkan denan lelaki tak berapa normal ini. Tak . Dia takkan biarkan perkara itu daripada terjadi.

Kehidupan sebagai suami isteri bermula, tiba-tiba perasaan itu hadir entah bila.
Nura Alia mengutuk-ngutuk dirinya. resah gelisah hatinya pada saat ini. Rasanya mahu saja dia menyelamkan mukanya ke dalam tab mandi itu. Seluruh tubuhnya terasa membahang. Hampir-hampir saja dia menghadiahkan sebuah ciuman ke bibir suaminya tai. Gila, memang gila! Renungan lelaki itu betul - betul menghanyutkan perasaannya.
"Tak boleh jadi ni. Kenapa pula aku jadi bernafsu dengan mamat tak cukup seringgit tu? Gila! malunya aku. Mesti dia ingat aku miang. Eee... apa nak jadi dengan kau ni, Lia? Takkan kau dah jatuh cinta dengan Boboy kut."
Dia terduduk dibirai tab mandi. Jantungnya berasa berdebar-bedar.
"Takmungkin aku jatuh cinta dengan dia. Tak mungkin! Tak mungkin!" Derebahkan dirinya ke dalam tab mandi. Dia menenggelamkan seluruh tubuhnya ke dalam air. Tidak sampai beberapa saat kemudian , dia terkapai- kapai muncul di permukaan air. Dia segara menghirup oksigen.
Matanya merenung ke arah pintu.
"Boboy !!!"
Nura Alia memercik-mercikkan air tanda melepaskan geram. Andai betul dia sudah jatuh cinta, mampukah dia meneruskan rancangannya untuk membalas dendam pada Syed Azmi itu? Tapi betulkah di sudah jatuh cinta dengan budak tak cukup seringgit tu? Tak mungkin!!! Boboy yang sedang memasang teliga di daun pintu hanya tersenyum nakal. Telinganya jelas menangkap suara permpuan itu menjetir memanggil namanya tadi. Pasti isterinya terasa amat segan dengan kejadian tadi. Hampir - hampir saja dia membalas ciuman dari Nura Alia. Ah! tidak. Lakonan harus diteruskan. Keluhan berat terluah dari bibirnya. Semakin lama semakin dia gagal mengawal perasaannya sendir. Arghhh!

Lakonan berterusan memastikan cintanya tidak bertepuk sebelah tangan.
"Kenapa akak cium kita?" soal Boboy. Nura Alia tertunduk malu. Pipinya terasa membahang. Jantungnya terasa mahu meletup. Aduh! Dia tahu dia dah terlebih sudahhh. Tapi dia juga sudah tidak sanggup lagi hendak perpura-pura dengan perasaan dan keinginannya sendiri. Dia ingin Boboy tahu bahawa dia terlalu mendambakan kasih sayang lelaki itu. Berterus terang sekarang juga Lia. Go!
"Akak kiss Boboy sebab akak cintakan Boboy," jawab Nura Alia pantas selepas berjeda lama. Dia masih menundukkan mukanya. Sungguh dia tidak sanggup menatap wajah lelaki itu lagi.
Boboy terpana. Betulkah apa yang dia dengar tadi? 
"Aaa.. apa kakak cakap tadi? Cinta?"
Dia masih belum percaya dengan apa yang dia dengar tadi. Mungkin sekarang dia sedang bermimpi. Boboy mencubit pipinya. Aduh! Maknanya ini semua bukan mimpi tapi realiti. Nura Alia cintakan aku? Betul ke ni? Perlahan-lahan Boboy memegang dagu Nura Alia untuk meminta gadis itu memandangnya. Nura Alia terpaksa juga bertentang mata dengan Bovoy. Dadanya berdegup kuat. sinar mata Boboy menikam anak matanya.
"Apa kakak cakap tadi? Kakak cintakan kita? Betul ke kakak? Betul ke?" Boboy ingin mendengar sekali lagi kalimah keramat itu diucapkan oleh Nura Alia. Dia takut lagi tersalah dengar. Please say it once again, sayang, pintanya dalam hati berharap. Mungkin dia tersilap dengar.
Angukan kepala Nura Alia membuatkan Boboy hanpir-hampir saja memeluk isterinya itu. Bahagianya terasa hatinya pada saat ini. Nura Alia mencintainya? Terima kasih, ya Allah. Tetima kasih jerana Engkau telah memberi jawapan kepada aku. Boboy semakin mengemaskan pegangan tangannya.
"Tapi cinta itu apa kakak?" tanya Boboy buat-buat dungu. Dia tahu dia tidak boleh terlalu menunjukkan perasaan terujanya. Dia harus memainkan wataknya sebagai Boboy yang autistik lagi. Boboy yang tidak mengetahui apa-apa tantang cinta. Kejamkah dia mlakukan ini semua? Nura Alia mengerutkan dahi, Beginikah reaksi suaminya apabila sudah mengetahui tentang perasaannya ini? Bertenang Lia. Mungkin Boboy memang tak tahu apa makna cinta. Kau jangan melatah. Yang penting kau dah ungkapkan perasaan kau pada dia. Kua dah berjaya meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati kau selama ni. Kau memang berani, Lia. Nura Alia cuba berfikiran positif. Dia tidak boleh berpatah balik lagi. Dia ingin memulakan hidup baru dengan lelaki yang dicintainya ini. Biarlah dia harus mengalah walau beribu kali pun. Mungkin ada hikmah disebalik perkahwinannya dengan lelaki autistik seperti Boboy. Dia menerbitkan segaris senyuman. Kedua-dua tangannya memegang pipi Boboy. Boboy terpempan lagi.
"CInta tu maknanya sayang. Akak sayangkan Boboy. Sayang sangat-sangat. Akak nak hidup dengan Boboy sampai bila-bila." Dah lama dia ingin mengucapkan kata-kata itu. Perasaan malu harus dibuang jauh-jauh pasa saat ini . Dia memang benar-benar yakin dengan perasaannya ini. Cintanya hanya untuk Boboy. Boboy benar-benar terharu dengan pengakuan isterinya. Abang pun cintakan sayang. Cinta sangat-sangat. Abang nak hidup dengan sayang sampai bila-bila. Hnaya sayang akan bertakhta dalam hati abang buat selamanya. Abang janji. Kalaulah dia mampu mengucapkan itu semua pada Nura Alia pada dirinya. Ternyata mereka berdua memang salaing mencintai.

Rahsianya terbongkar memaksa Boboy berterus terang.
"Tak mungkin Lia boleh mengadung. Tak mungkin! Azmi... " Bagaikan orang mahu mengamuk, Datin Maizura meluru mendapatkan Syed Azmi. Syed Azmi berdiri kaku dihadapan mamanya. 
"Cakap dengan mama apa yang dah mie buat pada Lia. Kau orang berdua terlanjurkan?  Anak yang Lia kandung sekaran anak Mie ke? Jawab ! Jawab mie!" Digoncang goncang tubuh Syed Azmi sekuat hatinya. Hatinya semakin hancur dengan kenyataan ini. Syed Azmi terpana. Mana mungkin anak itu anak dia. dia tak pernah melakukan apa-apa hubungan intim dengan Nura Alia. Mereka berdua tak pernah terlanjur. Pasti ada salah faham disini.
"Mie tak tahu apa-apa, ma. Sumpah mie tak pernah terlanjur dengan Lia. Tak pernah . Percayalah mama..." Syed Azmi cuba menyakinkan.
"Macam mana mam nak percayakan Mie? Mie pernah nak perkosa Lia dulu. Apa salah budak tu dengan Mie? Siapa yang ajar Mie suruh buat semua perkara terkutuk tu, hah? Mama tak pernah terfikir pun anak mama berperangai macam ni. Mama kecewa .... kecewa!" Datin Maizura terduduk diatas kerusi. Air mata ibu berlinangan jatuh. Semua yang berada disitu tersentak mendengar cerita Datin Maizura itu. Puan Aminah hanya mampu menangis. Dia benar-benar tidak menyangka Nura Alia sanggup menrahsiakan perkara penting ini. Boboy memandang wajah semua yang ads di situ. Tiba- tiba dia dilanda perasaan takut. Adakah ini masa yang sesuai untuk yang sudah lama dia pendamkan itu. Ya Allah, berilah aku kekuatan....
"Abah rasa sudah sampai masanya kamu berterus terang dengan keluarga kamu, Azwan. Inilah masa yang paling sesuai. Percayalah cakap abah ni." ujar Encik Razak, memahami. Rasanya dia faham dengan situasi ini. Nura Alia sedang mengandungkan anak Boboy. Anak itu terhasil dalam sebuah ikatan yang suci. Dan dia juga berasa bahawa inilah detik untuk Boboy mendedahkan rahsianya. Andai Boboy keberatan untuk berterus terang biar dia saja yang melakukannya.
Tiba-tiba Boboy tersusuk melutu dihadapan semua orang yang berada disitu. Dia menundukkan wajahnya penuh rasa bersalah. Mingkin benar inilah masanya. Andai dia tidak mengaku sekarang, pasti mama akan terus mengganggap anak yang ada didalam perut Nura Alia itu adalah anaj haram hasil keterlanjuran Syed Azmi dan isterinya. Dia takkan membiarkan perkara itu berlaku. Dia harus bertanggungjawab. Anak itu wujud atas hubungan suci yang disulami dengan rasa cinta diantara dia dan Nura Alia.

4 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih singgah ... Hana Rihana akak pun suka juga novel ini ..

      Delete
  2. novel ni memang best.. rasa terbayang2 muka syed azwan tu macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai salam perkenalan ... terima kasih singgah ...

      Delete