Semua yang aku lakukan ini, eksklusif untuk dirimu. Aku ingin kau rasa bertuah hidup bersamaku.
Novel Lelaki Eksklusif keluaran bulan Mac 2013 terbitan Karyaseni. Novel yang santai dan bersahaja menarik minat untuk saya baca tika saya sibuk dan agak stress ketika ini. Terbayang bab jenaka dan tak kering gusi watak Nora yang ceria dalam novel ini. Tak kurang juga konflik keluarga yang terselindung yang sukar dirungkaikan. Karya pertama Wan Awliya Rayqal setebal 413 muka surat ini cukup menghiburkan. sedikit review versi saya untuk tatapan kawan- kawan yang belum mendapatkan novel ini.
Ia mengisahkan perpecahan keluarga bila dendam dan cemburu menguasai diri .Wan Mukriz disisih keluarga kerana dia dilahirkan diatas perkahwinan bukan pilihan. Sejak ibunya meninggal dia merantau keluar negara kini pulang dan kepulangannya tidak disenangi oleh nenek , mak tirinya dan abang sebapa berlaian ibu, Wan Ariff. Wan ariff yang sentiasa cemburukan Wan Mukriz sehingga apa sahaja yang dimiliki oleh Wan Mukriz pasti Wan Ariff akan rampas termasuklah kekasih Wan Mukriz, Sharina . Kehadiran Nora Danisya yang bersahaja mencuit hati Wan Mukriz. Nora gadis 19 tahun menjadi rebutan antara Wan Mukriz dan Wan Ariff. Wan Mukriz lebih memahami dan mendengar luahan hati Nora membuatkan Nora lebih selesa dengan Wan Mukriz berbanding Wan Ariff yang suka memaksa dan menggunakan kuasa vetonya pada Nora. Ugutan Ayah Nora membuatkan Nora terpaksa meminta bantuan Wan Mukriz . Mereka disatukan dan merahsiakan hal ini daripada pengetahuan keluarga Wan Mukriz. Pelbagai cara Wan Ariff cuba memisahkan mereka tetapi tidak berjaya. Perkahwinan yang dirahsiakan di ketahui juga oleh Wan Ariff. Dan Wan Ariff sedar kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit . Kerana dendam dan iri hati memakan diri sendiri.
Ia mengisahkan perpecahan keluarga bila dendam dan cemburu menguasai diri .Wan Mukriz disisih keluarga kerana dia dilahirkan diatas perkahwinan bukan pilihan. Sejak ibunya meninggal dia merantau keluar negara kini pulang dan kepulangannya tidak disenangi oleh nenek , mak tirinya dan abang sebapa berlaian ibu, Wan Ariff. Wan ariff yang sentiasa cemburukan Wan Mukriz sehingga apa sahaja yang dimiliki oleh Wan Mukriz pasti Wan Ariff akan rampas termasuklah kekasih Wan Mukriz, Sharina . Kehadiran Nora Danisya yang bersahaja mencuit hati Wan Mukriz. Nora gadis 19 tahun menjadi rebutan antara Wan Mukriz dan Wan Ariff. Wan Mukriz lebih memahami dan mendengar luahan hati Nora membuatkan Nora lebih selesa dengan Wan Mukriz berbanding Wan Ariff yang suka memaksa dan menggunakan kuasa vetonya pada Nora. Ugutan Ayah Nora membuatkan Nora terpaksa meminta bantuan Wan Mukriz . Mereka disatukan dan merahsiakan hal ini daripada pengetahuan keluarga Wan Mukriz. Pelbagai cara Wan Ariff cuba memisahkan mereka tetapi tidak berjaya. Perkahwinan yang dirahsiakan di ketahui juga oleh Wan Ariff. Dan Wan Ariff sedar kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit . Kerana dendam dan iri hati memakan diri sendiri.
Sinopsis dari kulit novel
NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.
“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”
“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”
“Serius?”
“Ngee, melampau bos ni.”
“Nora, saya serius ni.”
“Ya ke?”
Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.
Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.
Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.
Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?
Petikan - Petikan yang menarik dalam novel ini
Kepulangannya tidak disenangi
"Dah puas hidup merantau??" Haji Wan Mohsin mula mengajukan soalan sebaik sahaja mereka mula makan malam. Makan malam yang dianggap istimewa sempena menyambut kepulangan Wan Mukriz. Itu hanya tanggapan Wan Mukriz, tidak pada yang lain. Lelaki yang sudah nampak benar berusia dan bertubuh lebih kurus berbanding sebelum Wan Mukriz merantau itu menunjukkan rasa gembira menyambut kepulangannya. Hnya orang tua itu sahaja yang dilihat benar-benar menghargai kepulangannya selain ayah kesayangannya sendiri. Ah, jangan terlalu emosi, Mukriz.... pesannya pada hati sendiri.
"Hujan emas dinegeri orang tok, tak sama dengan hujan batu di negeri sendiri," jawab Wan Mukriz tenang dan bersahaja. Cuba disembunyikan segala rasa yang terpendam sejak sekian lama. Ah, dendam tidak perlu ditanam dalam diri. Nanti boleh jadi racun yang memakan diri sendiri.Dia mahu menikmati hidup dengan rasa kasih sayang dan bahagia, jadi dia perlu buang semua perasaan negatif. Dia akan jalani kehidupannya dengan biasa-biasa sahaja.
"Baguslah, Riz. Lagipun kerja-kerja di syarikat makin hari makin bertambah. Riz dah balik ni, bolehlah bantu apa yang patut," tokok si ayah, Encik Wan Amran. Senang hatinya menerima kepulangan Wan Mukriz.
""Apa yang banyaknya? selama ni syarikat tu ada masalah ke?" Hajah Zakiah menyampuk. Wanita bertubuh gempal dan berkulit putih kuning itu kurang senangbila mendapat tahu Wan Mukriz akan diterima semula berkerja. Bencinya terhadap Wan Mukriz kian meluap-luap. Sedikit pun tidak berkurang walau sudah lapan tahun dia tidak melihat wajah cucu yang tidak pernah diiktirafnya itu.
"Awak apa tahu," bidas Haji Wan Mohsin kasar. dari dulu dia memang tahu isterinya itu langsung tidak sukakan Wan Mokriz. Apa sahaja tentang Wan Mukri, pasti akan mendapat tentangan.
"Kalau tak tahu jangan nak menyibuk," marah Haji Wan Mohsin lagi. Wan Mukriz memandang datuknya. Makin tua makin tegas.
Pertemuan yang mencuit hati
"Kak nyonya mana?" jerit Nora sebaik sahaja sampai. Nurul cuba menyorokkan mukanya dengan kelenda meja. Takut campur nak gelak. Takut sebab sah kena marah,nak gelak sebab gaya Nora yang ala-ala tomboy itu.
"Dah, jangan nak menyorok bgai!" kata Nora bila nampak Nurul cuba sorok muka dengan kelendar meja. Wan Mukriz tahan gelak. Lawak rupanya. Ingatkan tadi garang sangat!
" Tak guna betul! Akak ni sekolah ke tidak?" serang Nora. Langkah rancak menghala ke meja Nurul. Farah cuit bahu Wan Mukriz dan berbisik perlahan.
"Bos, lebih baik kita beredar. Kalau tidak, dengan kita-kita sekali jadi magsa." Wan Mukriz tidak berganjak. Dia mahu lihat sendiri suasana itu. Agak meriah. Terhibur juga hatinya yang sejak tadi dikelilingi oleh suasana yang serius.
"Duduk dalam air con pun boleh salah tulis? Bukan duduk bawah pokok. Yang Nora ni berhujan berpanas naik motor. Nora duduk berhampiran meja Nurul dan menyilangkan kaki diatas meja. Gaya ala-ala samseng. Sampulsurat yang dikatakan tersalah tulis alamat itu dicampakkan ke atas meja Nurul.
"Akak salin balik alamat tu betul-betul. Lepas tu akak hantar surat tu sendiri. Surat tu top urgent. Bos kat atas tu nak surat jemputan tu sampai hari ni jugak." Nora memberi arahan pula. Kemudian dengan perlahan Nora membuka topi keledarnya. Hmmmm... seraut wajah itu Wan Mukriz tatap. Subhanallah, comelnya dia! Mata bulat. PPipinya gebu. Bibirnya seperti warna merah jambu dan kebasahan , cuma sayangnya rambut pendek serupa lelaki.
"Elah, salah satu huruf aje. Itu pun nak bising. Akak salah tulis jalan je. Bukan jauh jugak pun. Bunga Matahari. Akak tertulis Bunga Matahati. Itu aje. Yang Nora angin sangat ni kenapa?" Nurul berani-berani ayam menjawab.
"Akak tanya lagi Nora angin kenapa?? cuba akak bawak motor sekali. Tak payah jauh . Dari ini sampai Bangsar. Nora nak tengok akak boleh pergi ke tidak. Entah-entah tak sampai Bangsar akak dah ada bawah lori." Suara Nora hampir kedengaran diseluruh pejabat. Lantang dan kuat.
"Hmmm.. mulut perempuan ni memamng tak ada insurans langsung," bebel Farah perlahan. Wan Mukriz tergelak kecil. Merih sungguh suasana pejabat bahagaian penghantaran. Rasanya hanya merek bertiga sahaja perempuan dibahagian ini tetapi kecoh macam pasar pagi.
Bila cemburu mengawal diri
"aku tak suka kau bercakap dengan budak tak tahu diuntung tu. Sekali lagi aku nampak kau bercakap dengan dia, kau tahulah apa aku nak buat?" marah Wan Ariff. Rasa marahnya membuak bila melihat Sharina berbual dengan WWan Mukriz.
"Sha tanya khabar dia saja sebab Sha tak tahu pun dia dah balik Malaysia. Cemburu juga rupanya. Ingatkan tidak cemburu tadi. Cemburu tandanya sayang. Suka Sharina kalau betul Wan Ariff cemburu.
"Memang salah, dan aku tak suka. Kau faham ke tidak? Aku tak suka kau bercakap dengan dia. apatah lagi rapat. Kau faham ke tidak?" tengking Wan Ariff pula sambil memandang Sharina dengan pandangan yang tajam. Marah yang terbawa-bawa dari bilik mesyuarat lagi sudah dilampiaskan kepada Sharina.Sharina tidak terkata. Perasaannya tersentap bila dimarahi begitu. Sangkanya sekadar cemburu, rupanya benar-benar marah. Tahu benar akan sikap panas baran Wan Ariff. Pantang silap sikit, pasti ada sahaja yang tidak kena. Salah dia juga, sudah tahu Wan Ariff itu begitu, masih mahu menyapa Wan Mukriz. Menyesal sungguh Sharina kerana telah membangkitkan kemarahan Wan Ariff.
"Kau kena pilih, Sharina. Klaau kau pilih aku , kau dengar cakap aku dan jangan sesekali buat perkara yang aku tak suka. Tapi kalau kau pilih budak tak guna tu, kau boleh pergi. Aku tak kisah," ugut Wan Ariff.
Hatinya berbisik...
"Tak nak tanya saya apa-apa ke?" soal Wan Mukriz perlahan seperti berbisik. Sengaja mahu mencuri perhaian Nora ketika pekerja lain seakan tidak menghiraukan mereka berdua.
"Nak tanya apa?" soal Nora, juga seakan berbisik. Dia memandang wajah Wan Mukriz yang nampak ceria malam itu. Penampilannya sederhana, tidak nampak gaya sorang bos langsung.
"Tanyalah, sya dah kahwin ke belum." Nora tergalak perlahan. 'Lawak betul!' Boleh lagi suruh orang tanya dia dah kahwin ke belum. Suruhlah tanya soalan lain?'
"Kenapa gelak pulak?" soal Wan Mukriz. dia tumpang sama tersenyum melihat ketawa nora. 'Hmmm, boleh pun ketawa. Ingat nak diam sampai balik!'
"Bos dah kahwin ke belum?" Nora tanya soalan tak berapa cerdik itu.
"Belum, borang permohonan calon sedang diedarkan. Tak nak cuba-cuba isi?" seloroh Wan Mukriz. Suka hati dapat berbual begitu dengan Nora.
"Nora tak layak. Rasanya peringat saringan pun dah kena tendang."
"Tak cuba tak tahu," Makin galak Wan Mukriz berseloroh.
"Tak apalah, Nora tak sanggup nak ambil risiko."
"Sebenarnya tak ada siapa yang sudi isi borang."
"oh ya ? kesiannya." Nora pandang lagi wajah Wan Mukriz.
"Kan? Kesian sangat!" Wn Mukriz buat muka sedih pula. Nora sidah tidak tahu untuk berkata apa, sudahnya dia senyum sahaja.
Kerana peristiwa itu ..
"saya pengurus besar syarikat ni!" Nora pandang ke arah Wan Mukriz, Farah dan Nurul.Ketiga-tiganya menngangguk serentak kemudiannya.
"Saya peduli apa encik pengurus besar ke pengurus kecil." Jawapan daripada Wan Ariff sebentar tadi sedikit pun tidak menggusarkan Nora. Peduli apa dia!
"Awak jangan degil boleh tak ? Awak pekerja saya. Saya bertanggungjawab ke atas segala kebajikan perkerja saya," Kata Wan Ariff lagi.
"Eh! Sjak bila pula encik bertanggungjawab ke atas kebajikan pekrja? Saya rasa sejak saya berkerja dengan syarikat ini, dah sepuluh kali saya jatuh motor. Tak ada pun yang nak ambil tahu? kalau nak ambil tahu bukannya sekarang , tapi sejak dulu lagi." Nora masih tidak putus asa memijarkan hati Wan Ariff yang mendengar. Wan Ariff tepat wajah Nora sambil menahan perasaan.
"Suka hati awaklah!" Dia ters beredar dengan peresaan membara. Tidak kuasa untuk memujuk lagi. Nora duduk semula. Wan Mukriz pula melangkah untuk mengambil peti ubat.
Dendam tak pernah padam
"Aku nak cakap sikit dengan kau" kata wan Ariff wajah Wan Mukriz ditatap lama.
"Aku nak kau jauhkan diri daripada Nora. Aku tak nak kau terlalu rapat dengan dia," kata Wan Ariff lagi. Kali ini Wan Ariff sudah tidak peduli. Dia perlu memberi amaran agar Wan Mukriz tidak terus-terusan mendekati Nora. Dia tidak mahu Wan Mukriz rapat dengan Nora. Wan Mukriz angkat muka.
"Kenapa pulak aku tak boleh rapat dengan Nora? Apa masalahnya? Wan Mukriz menyoal bersama rasa kurang senang yang mula memagari hati.
"Aku suka Nora. AKu mahu Nora jadi isteri aku."
"Apa?" Bukan sedikit rasa terkejut Wan Mukriz. Dia benar-benar terkejut dengan pengakuan Wan Ariff.
"Ya. Aku sudah jatuh hati dengan Nora." Tanpa tergak agak, Wan Ariff meluahkan perasaannya. dia mahu Wan Mukriz jelas dengan segalanya.
"Habis janji kau dengan Sharina macam mana? Kau nak tinggalkan dia macam tu saja?"
"Kau ambillah dia semula. Aku tahu kau masih sayankan dia, bukan? Jadi apa salahnya kau ambil dia." Wan Mukriz senyum sinis.
"Aku tak sangka kau ni menag jenis manusia yang tak mempunyai perasaan, Ariff. Semudah itu kau campak Sharina?" Geram sungguh Wan Mukriz melihatkan sikap Wan Ariff. Kali ini lelaki itu memang sudah benar-benar melampau.
Sesungguhnya Jodoh memihak pada mereka tanpa diduga.
"Bos , jangan kesiankan Nora. apa yang bos lakukan pada Nora selama ini dah lebih daripada mencukupi. Janagn sampai bos lakukan perkara yang bakal membuat bos menyesal nanti."
"Tak Nora, Saya buat semua ni bukan disebabkan apa-apa. Saya betul-betul sayangkan Nor. Saya dah mula jatuh cinta sejak kita bertemu kali pertama dulu." Nora menangis. Dia amat terharu. Sesungguhnya dia tidak pernah impikan begitu. Baginya perhatian yang diberikan sudah cukup buatnya.
"Berikan saya peluang untuk menyayangi Nora dan menjaga Nora."
"Tapi Nora tak layak buat Bos."
"Jangan cakap macam tu. Tapi kita kenarahsiakan pernikahan kita daripada pengetahuan semua oang terutama daripada abang saya, sebab dia juga ada hati dengan Nora...." Wan Mukriz menjeling Nora. Kalaulah Wan Ariff tahu tentang hal ini , mahu hari ini juga diaajak Nora nikah. Bahkan bukan setakat sepuluhribu, seratus ribu pun dia sanggup. Jadi Wan Ariff tidak boelh tahu akan perkra ini kalau Wan Mukriz tidak mah berputih mata.
"Takkanlah sampai begitu sekali." Nora sapu air matanya.
"Betul, saya tak tipu. Kalau dia tahu, memang saya tak ada harapan nak jadi suami Nora. Terpaksalah Nora Kahwin dengan Wan Arif."
"Tak nak !"
"Hah, tahu pun. Kalau tak nak , kita ken simpan rahsia ni. Biar kita saya yang tahu sampailah kita selamat nikah nanti."
terima kasih untuk menulis ini.. tak sabar pulak rasanya untuk beli buku ni :D
ReplyDeletesama sama Luna dan terima kasih singah.... tak rugi luna dapatkan novel ni ... memang best kerana gelagat Nora yang bersahaja........
DeleteNi novel baru ke? Kat mana nak cari novel ni eh?
ReplyDeleteNovel baru keluaran Mac, rasanya dah ada kat kedai2 buku biasa . Kalau tak pun boleh beli kat Karyaseni ada potongan RM3.00 dan postage free.
DeleteBerapa harganya?
ReplyDeleteRM 18.00 tak silap akak.... beli online diskaun RM 3.00 so RM15.00 lah jadinya....
DeleteTlg le sy..dh cr kt bnyk kedai buku tp x jumpe...
ReplyDeletebeli online .... kat karyaseni kalau kat books store kekadang lambat sampai ....
DeleteOk...tq atas info....
Delete