Sunday 12 May 2013

NOVEL YANG MANIS



Satu lagi novel santai yang patut dibaca pada yang pengemar tegar novel masa kini. Novel yang manis semanis ceritanya. Ini adalah novel ketiga untuk terbitan Karyaseni. Novel pertama Bila hati berkata sayang menarik tapi banyak bermonolog sendiri. Novel kedua telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran Papa Ehan dalam Teduhan kasih . Dalam cerita kali ini Marrisa menerapkan sentuhan kasih sayang kekeluargaan, hasad dengki dan dendam menjadi peneman dalam kehidupan manusia. novel yang setebal 453 muka surat merungkai cerita cinta Raees Hamzah dan Imaniah Sofea. sedikit ringkasan cerita dari saya .

Ia menceritakan Raees Hamzah datang ke Kuala Lumpur mencari kerja yang sesuai dengan kelulusannya.  Dalam kesibukan Raees mencari rumah teman sekampungnya Jidin , Raees terlanggar dengan seorang gadis manja yang bernama Imaniah Sofea. Imaniah Sofea atau lebih mesra dengan panggilan Iman dikalangan keluarga dan rakan, anak kesayangan Dato Asri dan Datin Yatie. Bagi mengubah cara hidupnya, Dato Asri memaksa Iman berkerja dia syarikat papanya sebagai Penyambut telefon dipejabat. Dalam masa yang sama Iman tidak menyangka dia akan bertemu Raees lelaki yang pernah melanggarnya. Disitulah titik permulaan Iman cuba menawan hati Raees. Iman sanggup buat apa sahaja demi merebut hati raees walaupun sekali sekala Raees suka mengusik dan menyakat Iman. Sikap Iman yang agak lurus membuatkan Raees senang dan selesa bersama Iman. Dalam mereka ingin mengerti hati budi masih-masing Dato Asri menyuruh Raees berkahwin dengan Iman secepat mungkin. Ini semua kerana Tengku Badrul yang menginginkan Iman menjadi  pengganti tunangnya yang lari bagi menutup malu kerana majlis perkahwinannya yang tak lama lagi. Leih menyulitkan ianya dicampur tangan neneknya memaksa Iman menerima cadangan buruk sepupunya itu.  Dalam yang sama Bahiyah sering rasa tersingkir dari tunangnya Wafi kerana melebihkan adiknya Iman. Perasaan dendam hingga mengakibatkan persengketaan antara dua beradik . Tak kurang juga Ustazah Humairah yang menaruh hati pada Raees sekian lama hingga sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan kekasih hatinya. Namun pada Raees untuk dijadikan isterinya dia tidak perlu mencari isteri yang terlalu sempurna kerana dia akan melengkapi yang kurang, Keputusan Raees memilih Iman sebagai pasangan hidup amat menggembirakan Iman. Iman nekad untuk berubah untuk orang tersayang. Dari tak kenal bawang dan halia kini dia pakar dalam segala hal rumahtangga. 

Sinopsis dari Kulit novel 
IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga.

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Apa?”

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.”

Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah paling layak menemani hidupnya.

RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya.

“Perempuan macam tu yang hang pilih?”

“Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.”

Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta?


Petikan-petikan menarik dalam Novel :-
Pertemuan itu.
"Manalah tempat ni," rungut Raees. Sudah hampirsetengah jam dia berlegar-legar ditempat yang sama, namun tidak berjumpa sama, namun tidak berjumpa juga bangunan tempat tinggal Jidin. Apa yang ada hanya deretan kedai. Raees mula berasa resah. Betul ke tidk alamat yang Jidin beri ni? Betul ke Jidin tinggal dikawasan sini. Kalau mengikut alamat, memang betul. Raees tertinjau-tinjau lagi. Dia berusaha mencari tempat tinggal Jidin sehinggalah mangkuk tingkat terlepas dari tangannya. Terkejut Raees apabila tidak semena-mena ada seorang gadis terlanggar badannya.
"Maaf, maaf, Iman tak sengaja," Kata gadis bernama Iman itu sambil mempamerkan wajah takut dan serba salah. Mangkuk tingkat sudah bertabur diats lantai bersama isinya sekali, nasi dan sepat ronggeng goreng semata-mata. Sengaja mak Raees sediakan buat bekalan. Lepas untuk makan malam pun jadilah. Bimbang benar kat sin tak ada kedai makan. Setidak-tidaknya buat satu malam, Raees tidak kelaparan.
"Tak apa . Saya pun tak nampak cik." Raees tunduk mengutip mngkuk tingkatnya. Tak ada apap yang boleh dimakan lagi, buang sajalah. Kalau bukan kata rezeki Raees, nak buat macam mana lagi. Tuham sudah tentukan begitu. Tapi putih juga mata Raees melihat rezek yang sudah bukan miliknya.
"Maaf , bang. Iman betul- betul tak nampak. Iman memang tak sengaja nak langgar abang." Kalam kabut Iman makin menjadi-jadi. Kanaplah dia cuia benar sampai tak boleh kenal tiang dengan orang. Bukannya gelap gelita. Kalau sungguh pun tiang, gamak ke saja-saja nak langgar. Kesimpulannya, Iman memang tak sengaja.
"Iman....." Seorang lagi gadis melaung.
"Kejap.." balas iman sambil cuba membantu Raees mengutip mangkuk tingkatnya.
"Tak apa cik, saya boleh buat." Kalut juga Raees mengutip mangkuk tingkatnya. Sambil tu sempat lagi Raees menjeling sekilas ke arah Iman. Dia nak tolong kutip mangkuk tingkat engan kain paras lutut lagu tu? ketat ula, baik tak payah tolong. Satgi aku pandang benda lain pula, kata hati kecil Raees. Jadi wayang percuma saja. Tak seninihnya. Raees mengangkat muka lantas memandang ke arah Iman. Muka lawa. Tapi kenapa pakai tak cukup kain? Perempuan cukup tak manis pakai lagu tu. Anak siapalah ni. 


Pertemuan kedua membuatkan Raees lebih berani menyakat Iman.
"Abang kerja kat sini. Dah masuk dua minggu selepas abang jumpa Iman hari tu."
"Siapa nama abang?"
"Raes Hamzah."
"Abang dah kahwin?"
La, kahwin yang dia tanya. Tanyalah dah sarapanke belum. Budak-budak memang laju sungguh. Tapi Raees sudah biasa diajukan soalan begitu. Anak-anak muridnya yang baru tahun satu juga biasa bertanyakan soalan yang sama. Cikgu dah kahwin? Raees merapatkan badannya ke meja Iman.
"Ni rahsia. Jangan beritahu orang lain.Malu abang nanti. Jangan kata isteri ,buah hati pun abang belum ada. Tapi abang ada berkenan dengan sorang anak dara tu," kata Raees dengan perlahan. Glup, Iman telan air liur. Tak berkelip mata Iman memandang Raees. Apa bila dipandang dari dekat baru perasan lelaki tu ada tahi lalat dibawah bibir kiri. Serius, IIman jadi orang lain sekejap. Dan salah seorang yang Iman jadi, ada di Hospital Bahagia. Raees kembali ke tempat duduknya. Dia menyambung kerja yang ditinggalkan disebabkan mahu menjawab panggilan tadi. Kemudian dia tersenyum. Tak tahu kenapa dia boleh tersenyum tiba-tiba.


Iman lebih bersemangat untuk mencari perhatian Raees. Perubahan Iman disedari oleh ahli keluarganya.
"Iman nak ke ana ni?" soal Wafi. Rasa pelik jug. Selalunya Iman jarang ceria pada waktu pagi. Kalau muka tak serupa cekodok semalam memang tak sah apatah lagi kalau melibatkan soal tempat kerja.
"Nak pergi kerjalah. Takkan nak pergi shopping," Jawab Iman dengan suara mendatar.
"Kerja ?" tanya Dato Asri dan Wafi serentak. Dua kali ganda terkejut. Terus Dato Asri memegang dahi Iman. Tak demam pun. Ingat tadi demam sebab tak semena-mena sebut nak pergi berkerja. Sebelum ni punyalah susah. Suruh pergi berkerja serupa suruh pergi berperang. Hari ii sangat pelik. Mahu pergi berkerja lagaknya disuruh pergi membeli belah.
"Yalah. Iman nak perhi kerja. Nak pergi mama lagi,"jawab Iman. Susah untuk Dato Asri dan Wafi hendak percya. Memang mereka berdua tidak percaya langsung. Tiba-tiba saja Iman boleh tukar cara hidup. 
"Sudah, jangan banyak cakap lagi." Datin Yatie muncul bersama sengakuk nasi goreng. Sarapan mereka pada pagi itu ialah nasi goreng, tapi Iman pilih roti bakar bersama jus oren. Kurang selesa jamah makanan jenis berat pada awal pagi.
"Abang nak tahulah kenapa tiba-tiba Iman macam beremangat saja. Selalu kalau Iman tiba-tiba berubah macam ni, ada benda yang tak kena. ApaIman dah suka dengan pekerja baru kita? Emmmm. siapa ke namanya..." Wafi buat-buat lupa. Sengaja mahu menguji. 
"Raees Hamzah," Cepat Iman bercakap.
Tersembur air yang Dato Asri minum dan terkena kemeja Wafi. Kemudian ketawa mereka berderai serentak.
"Iman sukakan budak marketing tu ?" soal Wafi sambil mengelap kemejanya yang basah. Muka Iman berona merah. Tak sangka dia boleh tersasul sampai begitu sekali. Habislah kalau Wafi tahu. Mahu jadi bahan usikan salalu. Bukan Iman tak kenal siapa abangnya itu. Hantu segala hantu menyakat.


Harapan Seorang Ibu ingin melihat anaknya bahagia.
"siapa budak tu?" soal Datin Yatie.
"Itulah jejaka yang membuatkan anak dara mama jadi sasau," Jawab Wafi sambil ketawa perlahan. Tersentap jug perasaan Tengku Badrul mendengar kata-kata Wafi. Bermakna tidak main-main lagi sekarang ni.
"Oh, inilah lelaki yang Iman tergila-gila sangat tu?" Datin Yatie senyum lebar.
"Emmmm, perkerja marketing kita tu , mama. Orang Sungai Petani, Bekas cikgu sandaran."
"Ya? Alhamdulillah. Sejuk mata mama pandang dia . Memang sesuai sangatlah untuk Iman."
"Betul tu mama. Rasanya kali ni anak dara mama tak salah pilih. Dia perlukan suami yang dapat bimbing dia ke arah kebaikan. Mungkin papa dan Wafi gagal membentuk Iman, harap Raees berjaya." Wafi menjeling Tengku Badrul yang sudah terdiam. Tadi bukan main bercrita. Sekarang sudah sunyi sepi.
"Insya-Allah, itu yang mama harapkan. Ada seorang lelaki yang dapat membimbing Iman dengan baik," ujar Datin Yatie. Sebenarnya Datin Yatie turut memerli Tngku Badrul sama. Bukan Datin Yatie tak tahu perbuatan Tengku Badrul selama ini. Cuma Datin YYatie tidak mahu panjangkan cerita. Buruk-buruk pun anak buah Datin Yatie sendiri.


Iman lebih berani untuk berterus terang berbanding Raees. Namun Raees tidak menyangka Iman seberani itu.
"Iman sukakan abang." Terus saja Iman cakap tidak mahu simpan-simpan lagi. Raees tenang menerima pengakuan Iman. Sekadar memandang wajah Iman. Dia pernah jadi cikgu dan dia biasa berhadapan dengan situasi luahan begitu. Tetapi pada kali ini yang meluahkan rasa itu bukan budak sekolah atau cikgu sekolah. Pada kali ii lain.
"Kenapa Imman nak suka abang pula. Iman tahu bukan, abang ni siapa , Iman pula siapa. Kat situ Iman dah dapat bezakan, kita ni lain. Abang keturunan itik serati. Iman pula burung merak. Mana sama."
"Abang, kita bukanlah spesies burung. Kita manusia." Tak faham bahasa kiasan rupa-rupanya budak ni.
"Maksud abang, taraf kita tak sama. Abang anak orang bendang, orang kampung. Iman pula anak orang kaya, duduk kat bandar . Kita tak sama."
"Iman tak tahu semua tu. Ynag Iman tahu Iman uka abang. Abang lelaki pertama yang berjaya membuat Iman jatuh cinta. Dan Iman benar-benar sayangkan abang." Raees memandang pula beberapa orang pelancong yang sedang lalu lalang. Kemudian dia meraup wajah. Nampaknya Iman tidak main-main. Cinta yang Raees anggap sekadar gurauan sebenarnya bukan lagi setakat usikan teman-teman. Iman serius.
"Iman boleh beri abang sedikit masa lagi?" soal Raees.
"Kenapa ? Iman tak cukup bgaus untuk abang? Iman ak sesuai untuk abang sebab cara Iman macam ni?? Abang nak Iman pakai tudung ke ?" Air mata Iman sudah berjuraian. Iman sudah tidak peduli. Terasa seperti harapannya sudah berkecai. 
"Bukan begitu. Iman cukup sempurna buat abang, bahkan abang rasa terlalu kecil untuk bersama Iman."
"Abang tak boleh terima Iman sebab keluarga Iman kaya dan abang miskin?" 
"Itu salah satu sebabnya . Kita memang tidak sepadan. Abang harus sear diri. Macam abang cakap tadi, taraf kita berbeza."
"Sebab abang keturunan itik serati?" Raees memegang dahinya. Masalahnya sekarang ini Si Iman ini kenal ke tidak dengan itik serati?

Bila segalanya diterima , Raees membawa Iman pulang kekampung. Bagi Iman itu satu pengalaman baru tapi ada mata yang cemburu dengan kehadiran Iman Di kampung.
"Raees bawa bakal isteri?"
bulat mata Humairah ketika mendengar pengkhabaran itu. Terhenti seketika menyapu daun-daun rambutan yang kering berhampiran halaman rumah. Perasaan Humaurah jai kacau. Raees sudah ada calon isteri? Kenapa cepat benar? Sedang Humirah sendiri kena; siapa lelaki bernama Raees Hamzah itu. Pintu hati Raees tidak akan mudah terbuka untuk mana-mana gadis. Alih-alih sudah bawa calon isteri. Bagus benarkah gadis yang dibawa pulang itu? 
"Emmmm, aku cuma nampak dari jauh saja senja semalam. Tengah tangkap ikan kat sawah tepi rumah mak cik Mariana. Cantik orangny. Putih melepak.Padanlah Raees berkenan habis. Tapi sayang, tak pakai tudung." Bersungguh Rosni bercerita.
"Tak pakai tudung?" Makin ulat mata Humairah. Takkanlah clon isteri Raees tk pakai tudung?
"Haah, ak nampakperempuan tu tak pakai tudung. Pelik sugguh. Mau pula Raees perempuan macam tu. Ke memang taste Raees lagu tu. Patutulah perempuan macam kau ni dia tak pandang." Makin galak Rosni bercerita. Saja mahu menambah rasa cemburu Humairah. Tahu benar perasaan Humairah terhadap Raees. 
"Nampaknya hang kena simpan sajalah niat nak berlakikan Raees," hasut Rosni lagi. Kali ini Rosni gelak jahat pula. Suka tengok muka Humaurah begitu.
""Kawan dia saja kut. Takkanlah Raees nak perempuan yang tak jaga aurat. Kita tau siapa Raees dan keluarga dia macam mana." Humairah cuba meredakan gelora yang sedang melanda perasaannya. Mana boleh jejaka idamannya jatuh ke tangan perempuan lain. Lagipun selama yang Humairah kenal, mustahil Raees buat begitu. Raees tu kayu. Mana biasa dengan perempuan , apatah lagi mhu ada perasaan terhadap perempuan. 
"Kawan apa. Mak cik Marianadah pukul canang Raees dah ada calon isteri. Macam suka pula dapat calon menantu tak pakai tudung." Rosni semakin berusaha mahu memncalarkan perasaan Humairah.

Kehadiran Raees Hamzah membuatkan Tengku Badrul tak senang duduk. Raees takkan membiarkan orang lain memusnahkan apa yang telah diamanahkan kepadanya.
"Kamu Raees." soal Tengku Badrul sebaik sahaja berdiri dihadapan Raees dengan nada keras dan tegas. Raees mengangkat muka lalu memandang wajah Tengku Badrul dengan perasaan ingin tahu. Tengku Badrul duduk tanpa menunggu lebih lama. Dia benar-benar tidak sabar untuk bercakap dengan Raees. lelaki yang berjaya merubh sikap Iman sekaligus lelaki yang bakal dijodhkan dengan Iman tidak lama lagi.
"Saya Tenggu Badrul."
"Ya, saya tahu, Apa yang Tengku Badrul mahu berbincang dengn saya?" soal Raes tenang. DIa menghirup air kopi dengan perlahan, Sebanranya aees jelas maksud sebenar Tengku Badrul bertemu dengannya. Pasti saja tentng Iman. Apapun Raees sudah cukup bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang ada. Dia lebih yakin kini.
"Tolong batalkan perkahwinan antara wak dngan Iman. Dan tolong tinggalkan Iman dengan segera!" kata Tengku Badrul. Raees menrik nafas panjang. Apa yang Rees sangkakan memang betul. Pasti saja Tengku Badrul minta Raees tingalkan Iman. Kali ini nampaknya Tengku Badrul memank benar-benar terdesak.
"Sangat pelik saya rasa. Tengku Badrul memilik kekayaan yang melimpah ruah. Sekali saja tengku Badrul petik jari, berduyun-duyun gadis datang menyerah diri.Tapi kenapa Nampak seperti tersedak benar sampaikanterpaksa memilih Iman." Raees menerut dahi. memang dia tak faham sebenarnya, tapi kenapa masih terhegeh-hegeh mahukan Iman. 
"Sebab perkahwinan saya hanya untuk mangaburi mata sesetengah pihak saja. Selepas berkahwinsaya akanceraikan Iman. dan saya akan dapat mana-mana perempuan yang saya inginkan."Dengan angkuh Tengku Badrul berkata- kata. Raees faham kini kenapa Dato Asri meminta pertolongan Raees. kan perkara kecil rupa-rupaya. Mujur Dato Asri cepat menyedari dakan rancangan jahat Tengku Badrul. Kalau tidak, memang Dato Asri menjahanamkan masa depan anak senrdiri.
"Saya tidak sama sekali akan meninggalkan Iman. Saya akan berkahwin dengan Iman seperti yang saya rancangkan dan saya benar-benar cintakan Iman." Raees bergegas dengan keputusannya.




6 comments:

  1. tak sabar nak beli buku ni... thanx 4 d review. u dah baca buku2 hanina abdullah (projek memikat suami & kisah naz & khalish)? dua2 tu novel wajib ada dlm simpanan pembaca novel tegar mcm kita.. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah ..... saya belum pernah baca lagi project memikat suami * kisah naz & khalish. Insyaallah saya akan masukkan dalam list pembelian novel utk akan datang . seronoak dapat kawan yang boleh berkongsi info. jgn serik singgah ke blogs saya ni ....

      Delete
  2. wah boleh tahan jugak citer ni kak :) sweet je si iman n rees ni... cm nak kene beli jer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mira.. novel ni simple je ... kalau nak kata sweet memang sweet ... sebab akak suka pada raes tu yg suka memaksa iman..orang kata kalau dah suka sanggup apa saja ... tak suka pun jadid suka ...

      Delete
  3. lebih kurang macam novel projek memikat suami.. :) kena beli niehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasih .... ramai org cakap project memikat suami tu best .. tapi akak belum baca lagi ... org kata best sangat ...

      Delete