"Semakin jauh kau pergi, semakin tegar aku mendekatimu." - Zaim Khaalish
"Mulut menidakkan, tapi mengapa hatiku mula berbunga sayang..." - Nazrahani Idora
Dah lama tak up-date blogs dengan review yang baru ... sibuk tengok cerita adaptasi novel membuatkan leka membaca kritikan yang membina dan ada juga cemuhan Selain itu juga tak kurangnya yang memuji melambung tinggi.... Novel pilihan kali ini Kisah Naz dan Khaalish. Cetakan pertama di bulan Febuari 2013 terbitan karyaseni menjadi pilihan saya kali ini. Saya dapat komen rakan yang mengunjungi di blogs saya, dia mengakatakan novel ini best sesangat. Bila baca memang betul best .... Cerita yang santai dan tak berat ni memang pilihan saya sejak dari dulu. Saya nak berkongsi cerita dan review dari saya.
Nazrahani Idora lebih dikenali sebagai Dora dikalangan ahli keluarga dan Naz rakan kolej. Pertunangan yang dirancang oleh bapa Naz dan mummy Klaalish memberi impak yang besar dalam kehidupan Naz. Masing-masing mempunyai kepentingannya tersendiri. Mummy Klaalish meminang untuk mengaburi mata Ilsa, kekasih Khaalish. Mummy Puan Sri Fieda mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dato Nazari tak mahu melepaskan peluang dan berangan-angan ingin berbesankan seorang jutawan. Sejak pertunangan itu mereka tidak pernah bertemu antara satu sama lain. Tetapi selepas pertemuan di Bali , Khaalish jatuh cinta pada perempuan misteri yang dikenali sebagai Naz. Khaalish tidak menyangka Naz adalah tunang 'teknikal'nya empat tahun dulu Nazrahani Idora. Sejak itu Khaalish terus mengejarnya walau dimana Naz berada. Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak Naz. Kerana pertunangan itu , Naz membawa diri merantau serata dunia untuk melupakan rasa kecewa. Klaalish tidak pernah putus asa walaupun lamarannya ditolak beberapa kali. Dengan bantuan Reham sahabat baik Naz sikit sebanyak Khaalish berubah dan mencari perhatian Naz. Hingga Naz sendiri tak mampu menolak kerana kehadiran Khaalish juga pengubat rasa sunyi dan rindu.
Naz terpaksa berdepan dengan mummy Klaalish yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Sikap tegas Puan Sri Fieda membuatkan Naz hanya mengikut kehendak mummynya. Dengan bantuan Mummynya juga, Naz mampu menangkis kehadiran Ilsa yang masih menaruh harapan pada Klaalish.
Sinopsis dari kulit novel
Naz terpaksa berdepan dengan mummy Klaalish yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Sikap tegas Puan Sri Fieda membuatkan Naz hanya mengikut kehendak mummynya. Dengan bantuan Mummynya juga, Naz mampu menangkis kehadiran Ilsa yang masih menaruh harapan pada Klaalish.
Sinopsis dari kulit novel
PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.
Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?
Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.
"Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil
pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”
"Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”
“Technically? Technically?!”
Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…
Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”
Petikan - petikan menarik dalam novel
Disatu pertemuan
“Hai!” sapa Khaalish lembut.
Perempuan bertudung yang asyik memandang sungai di bawah gaung itu berpaling ke belakang apabila dia ditegur. Buat sesaat, matanya terbuntang sedikit.
“Awak datang balik!” tersembul di mulut perempuan muda itu.
“Oh, dia sedar aku keluar tadi. She's been watching me,” fikir Khaalish, semakin ingin tahu identiti perempuan di hadapannya.
“Excuse me, but have we met before?” tanya Khaalish perlahan.
Segera melebar senyuman perempuan itu, “Kenapa dia asyik tersenyum bagai bertemu kawan lama?” fikir Khaalish.
“Briefly,” pendek dan kriptik.
“Bila? Di mana?” Laju saja soal Khaalish.
Sambil tertawa kecil, perempuan itu menjawab, “Kalau awak tak ingat, maknanya tak penting. Kalau tak penting, tak payahlah ingat.”
Nampaknya dia tidak mahu beritahu. Ajak bersembanglah dulu, mana tahu boleh triggeringatan aku.
“Boleh saya duduk?” tanya Khaalish, berlagak oh-so-gentleman.
“Silalah,” jawab si gadis, senyuman lebar masih dibibir. Khaalish melabuhkan punggungnya di bangku panjang yang sama.
“Cuti?” Siasatan sudah bermula, tapi jangan nampak obvious sangat, Khaalish mengingatkan dirinya.
“Lebih kurang,” masih tersenyum manis.
“Lebih kurang?” soalan memancing.
“Kami datang ke Ubud Writers Festival.”
“Oh, ya. Itu yang Ubud jadi sesak semacam. Awak penulis?
“Lebih kurang.”
Malas hendak menjadi burung tiung, Khaalish hanya menjungkitkan keningnya.
“Penulis picisan,” jawapan merendah diri. Jawapan Melayu tipikal!
“Tulis apa?”
“Novel cinta,” jawapannya diiringi tawa kecil. Comel!
“Interesting,” komen Khaalish.
“I agree!” sambut si gadis comel tersenyum manis.
“Apa yang interesting?”
“Novel cinta,” sudah terkekek-kekek ketawa, infectious.
“Awak tak nak tanya saya apa yang interesting?” Khaalish memancing lagi.
“Apa yang interesting?” giliran si gadis pula menjadi burung tiung.
Jeda ..........senyum seksi …........nada suara rendah bergetar, “You...”
Terbahak-bahak ketawa gadis itu! Hingga terdongak kepalanya ke belakang.
Perempuan bertudung yang asyik memandang sungai di bawah gaung itu berpaling ke belakang apabila dia ditegur. Buat sesaat, matanya terbuntang sedikit.
“Awak datang balik!” tersembul di mulut perempuan muda itu.
“Oh, dia sedar aku keluar tadi. She's been watching me,” fikir Khaalish, semakin ingin tahu identiti perempuan di hadapannya.
“Excuse me, but have we met before?” tanya Khaalish perlahan.
Segera melebar senyuman perempuan itu, “Kenapa dia asyik tersenyum bagai bertemu kawan lama?” fikir Khaalish.
“Briefly,” pendek dan kriptik.
“Bila? Di mana?” Laju saja soal Khaalish.
Sambil tertawa kecil, perempuan itu menjawab, “Kalau awak tak ingat, maknanya tak penting. Kalau tak penting, tak payahlah ingat.”
Nampaknya dia tidak mahu beritahu. Ajak bersembanglah dulu, mana tahu boleh triggeringatan aku.
“Boleh saya duduk?” tanya Khaalish, berlagak oh-so-gentleman.
“Silalah,” jawab si gadis, senyuman lebar masih dibibir. Khaalish melabuhkan punggungnya di bangku panjang yang sama.
“Cuti?” Siasatan sudah bermula, tapi jangan nampak obvious sangat, Khaalish mengingatkan dirinya.
“Lebih kurang,” masih tersenyum manis.
“Lebih kurang?” soalan memancing.
“Kami datang ke Ubud Writers Festival.”
“Oh, ya. Itu yang Ubud jadi sesak semacam. Awak penulis?
“Lebih kurang.”
Malas hendak menjadi burung tiung, Khaalish hanya menjungkitkan keningnya.
“Penulis picisan,” jawapan merendah diri. Jawapan Melayu tipikal!
“Tulis apa?”
“Novel cinta,” jawapannya diiringi tawa kecil. Comel!
“Interesting,” komen Khaalish.
“I agree!” sambut si gadis comel tersenyum manis.
“Apa yang interesting?”
“Novel cinta,” sudah terkekek-kekek ketawa, infectious.
“Awak tak nak tanya saya apa yang interesting?” Khaalish memancing lagi.
“Apa yang interesting?” giliran si gadis pula menjadi burung tiung.
Jeda ..........senyum seksi …........nada suara rendah bergetar, “You...”
Terbahak-bahak ketawa gadis itu! Hingga terdongak kepalanya ke belakang.
Hati meronta untuk terus mengenalinya.
Di lapangan terbang Ngurah Rai, selepas mereka mendaftar masuk, Khaalish mendekati Naz. Ini peluang terakhir, fikirnya.
“Saya nak minta nombor telefon awak, boleh?” sengaja dia bertanya dalam Bahasa Melayu supaya tidak difahami Reham dan Hamza.
Buat beberapa ketika, Naz merenung wajahnya kehairanan, “Nak buat apa?”
“Nak buat apa? Takkan tak clear lagi nak buat apa?!” getus Khaalish dalam hati.
“Nanti bila awak sampai ke Melbourne, saya nak telefon awak, nak pastikan awak okey.”
“Aik, sekarang baru nak check aku okey ke tak? Dulu masa aku betul-betul tak okey, ada dia kisah?” cemuh Naz dalam hati.
“Tak apalah, Encik Khaalish, saya ni dah biasa travelling. I will be okay. Mak bapa saya pun tak kisah saya nak ke mana-mana.”
Khaalish perasan suara Naz macam sedih bila dia sebut tentang mak bapanya.
“Saya takkan kacau awak. Saya cuma nak pastikan awak okey saja.”
Memang dia ni tak reti nak give up. Well, aku pun boleh jadi degil juga.
“Reham jaga saya, saya jaga dia. So, don't worry.”
Tak biasa dengan orang yang menolak permintaannya, lengan Naz dipegang kuat.
“Naz....... please!”
Tajam renungan mata Khaalsih, hati Naz pula yang berdenyut-denyut. Wah, kalau dia merayu macam ini empat tahun dulu, dia suruh terjun gunung, aku terjun, dia suruh terjun laut, aku terjun.
Masa tu jugalah Reham dan Hamza memberi tahu yang mereka hendak masuk dahulu. Sempat Reham menjungkit-jungitkan keningnya nakal. Naz menjuling mata ke atas. Mereka berdua memandang pasangan Arab itu melalui pintu pelepasan.
“Saya rasa sudah sampai masanya saya bagi balik benda ni kepada awak,” kata Naz perlahan, tangan kanannya dihulurkan.
Khaalish yang terpinga-pinga, menadah tangan kanannya. Bagi apa? Sebentuk cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian besar berbentuk empat segi diletakkan di atas tapak tangan Khaalish. Tangannya dirapatkan ke muka dan cincin mahal itu dibelek. Cincin bereka bentuk eksklusif, tentu mahal!
“Selamat tinggal, Zaim Khaalish Kamaruzzaman.”
Kepala didongakkan. Terkejut dia mendengar Naz menyebut nama penuhnya. Macam-macam soalan menerpa di kepala tetapi Naz sudah melangkah ke pintu pelepasan. Khaalish hanya mampu memandang. Gadis misterinya itu langsung tidak menoleh ke belakang.
Lenyap gadis itu dari pandangannya, baru dia bertanya kepada dirinya sendiri, 'Dia tahu nama penuh aku? Ini cincin apa? Kenapa dia bagi kat aku?'
Sepanjang penerbangannya pulang ke Kuala Lumpur, Zaim Khaalish tidak putus-putus merenung cincin berlian yang bersinar-sinar menggoda. Makin ditenung, makin dia teringat koleksi cincin-cincin Mummynya.
'Memang taste Mummy ni. Batu besar, design mewah. Nampak macam cincin kahwin atau cincin tunang,' fikirnya.
“cincin tunang? …...cincin tunang? No!! No!! It can't be!Takkanlah Naz....... can't be, can't be!”
“Ada orang kirimkan benda ini ke pejabat I sebelum I ke Bali,” dengan tenang Khaalish membuka mulut dan meletakkan cincin berlian Naz di atas meja.
Bercahaya mata Puan Sri Freida! “My, my, my, what a surprise! What a wonderful surprise!” Cincin itu diambilnya dan dibelek-belek,
“Hanya yang terbaik untuk tunang anak kesayangan, walaupun tunang olok-olok!”
Berubah air muka Khaalish! Berdegup-degup jantungnya. Jadi, betullah tekaannya di atas kapal terbang tadi! Naz, gadis misterinya, pernah menjadi tunangnya empat tahun dulu. Tunang olok-olok!
Nasib baik gelodak jiwa Khaalish tidak disedari oleh ibunya yang ralit membelek-belek cincin yang cantik itu sambil tertawa-tawa kecil. Cepat-cepat Khaalish mengawal riak mukanya, yang paling selamat buat muka selamba, namun kepala Khaalish masih ligat memikirkan tentang si empunya cincin.
“Senanglah, nanti bila Khaal sudah ada calon, tak perlu pergi cari cincin lagi,” memang senang sungguh cakap Puan Sri Freida. Khaalish diam sahaja.
“Siapa yang hantar cincin ni ke pejabat you?” oh-oh hati-hati, Mummy sudah mulakan penyiasatan.
“Tak pasti, Mummy. Tahu-tahu sudah sampai di tangan setiausaha I. Wrapped well in a box. Kata Dila yang hantar tu perempuan, tapi dia tak kenal.”
“Dah periksa daftar nama delivery companies ke pejabat you?”
“Yang selalu-selalu tu saja.”
“Hmm, agaknya keluarganya yang pulangkan. Tapi kenapa? Cincin ni mahal harganya.”
“Dia dah kahwin agaknya,” Khaalish memancing.
“Hmm, could be....could be.... Mummy boleh call kawan baik Mummy untuk tanya. Tapi perluke? Hmm.....”
Khaalish hanya membiarkan ibunya berdialog sendiri.
“You know what, Khaal? Mummy nak call Datin Su,” akhirnya Puan Sri Freida membuat keputusan.
“Ida, pergi ambil fon saya. Atas meja makan,” arahnya kepada pembantu rumah.
Bila telefon sudah ada dalam tangan, segera dia mendial nombor telefon Datin Su, salah seorang kawan baiknya.
“Hello, Su. Dear, ingat tak anak Nazari yang pernah bertunang dengan my Khaal? ...... I am just wondering... budak tu buat apa sekarang? Dah kahwin ke? ….. tak.... tak.... saja teringin nak tahu......”
“Anak Nazari,” Khaalish mengumpul maklumat, “Naz Nazari?”
“Oh, dia pergi Amerika.....study..... oh..... dah habis belajar? …..tak balik ke Malaysia? ….mmhmm …....mmhmm .....interesting! Well, thank you for the info, dear! Taklah.... tak..... Ish, kalau Khaal nak bertunang, tentulah I bagi tau you! Bye-bye, dear.”
“Budak tu tak ada di Malaysia. Dia pergi sambung belajar di Amerika. Dalam empat tahun ni, sekali saja dia balik ke KL. Sekarang bekerja di luar negara, belum berkahwin,” Puan Sri Freida memberitahu anaknya.
“Oh, ya?” balas Khaalish. Tiada maklumat baru! Kecuali maklumat yang Naz hanya sekali balik ke Malaysia. Merajuk? Ini sudah ada dekat dengan Malaysia, takkan dia tak singgah?
“Habis, siapa yang hantar cincin ini ke pejabat you? Agaknya, dia kirimkan dengan kawannya tak? Anyway, Mummy rasa kita tak perlu fikir tentang budak tu atau bapanya. Dia dah kaya-raya after your Daddy kasi kontrak besar kat dia dulu.”
Kehadiran Khaalish membuatkan Naz terus nekad untuk terus lari kerana terasa diri dipersendakan, Khaalish terus mengejar dengan bantuan Reham mempermudahkan pencariannya.
“Twenty Questions......? Dia ajak aku main Twenty Questions?!! Dia ingat aku ni budak kecilkah? Dua puluh soalan untuk mendapatkan Naz!” tergeleng-geleng kepala Khaalish memikirkan dirinya yang dipermainkan Reham.
“Twenty Questions......? Dia ajak aku main Twenty Questions?!! Dia ingat aku ni budak kecilkah? Dua puluh soalan untuk mendapatkan Naz!” tergeleng-geleng kepala Khaalish memikirkan dirinya yang dipermainkan Reham.
“Whatever! I'll do whatever it takes to get her!” Khaalish memasang azam.
Setiap hari, Khaalish hanya dibenarkan untuk menanyakan satu soalan, jawapannya hanya ya atau tidak. Jika jawapan yang diterima adalah ya, dia boleh menanyakan satu lagi soalan. Dia hanya boleh menanyakan dua puluh soalan sahaja. Jika dia tidak dapat meneka di mana Naz berada dengan dua puluh soalan, habislah!
Maka pagi selepas pertemuannya dengan Reham di terminal KLIA, dengan dada yang berkobar-kobar, dia menghantar emel kepada Reham: “Thailand?”
Jenuh dia menahan sabar sepanjang mesyuarat dengan bapa dan kakitangan yang lain. Tamat sahaja mesyuarat, telefon pintarnya dicapai untuk melihat samada Reham sudah membalas emelnya.
“Yes! Ada emel dari Reham!”
Peti emel dibuka dan ini balasan dari Reham: :(
Kecewa bukan main bos muda KZ Industries. Lalu nafasnya ditarik dalam-dalam.
“Are you okay, Khaal?” tanya si bapa, yang sedar sepanjang mesyuarat anaknya gelisah bagai kucing mahu beranak.
“Oh, fine, Daddy, I'm fine,” mukanya diriakkan tenang.
Hari kedua: “Phillipines?”
Reham: :(
Hari ketiga, “Vietnam?”
Reham: :(
“Dang! Sudah rugi tiga hari!! Si Reham ni memang seronok mainkan aku!” menyumpah-nyumpah Khaalish dibuatnya.
Jarinya laju menaip emel kepada Reham, “Clues, please?”
Selepas setengah jam, Reham membalas, “Ini soalan keempat, Encik Khaalish. Awak tinggal enam belas soalan sahaja lagi.”
Gedegang! Bunyi meja ditumbuk. Terpinga-pinga kakitangan KZ Industries yang berada di bilik mesyuarat, hairan kenapa bos marah. Kemudian semuanya menikus, mata melekap ke dokumen di atas meja. Minggu ini mood bos bagai puting beliung.
“Naz dan kawannya sama sahaja! Cekap mendera perasaan orang!” gerutu Khaalish dalam hati.
Hari keempat: “Indonesia?”
Reham: :(
Kali ini jawapan dari Reham sebenarnya melegakan hati Khaalish. Lega kerana dengan Indonesia yang sebegitu besar, dia tidak pasti samada dia mampu meneka di bandar mana Reham berada dengan lima belas soalan.
“Harap-haraplah dia berada di negara yang kecil,” doa Khaalish.
“Kecil? Hmmm...”
Hari kelima, “Singapore?”
Reham: :(
“Tak patut aku teka Singapura,” sesal Khaalish, “Naz rasanya akan pergi ke tempat yang eksotik, bukan moden dan maju.”
“Mana tempat yang eksotik di Asia Tenggara ini?” dia bertanya kepada diri sendiri.
Peta Asia Tenggara dibuka di komputer ribanya.
“Eksotik...hmmm..... Myanmar, Kambodia, Laos. Takkan Myanmar? Ada pergolakan politik di sana, takkan Naz hendak ke sana.”
Untuk memastikan hal ini, diselidik juga keadaan pergolakan politik di Myanmar dan samada warga luar dibenarkan untuk memasuki Myanmar.
“Rasanya bukan Myanmar, .... okey kita teka …... Kambodia.”
Sejam dua kemudian, jawapan Reham: :(
Kecewa tidak terkata Khaalish jadinya. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dirinya dipujuk, dia ada hanya dua belas soalan lagi, negara pun belum dapat diteka lagi, apatah lagi nama bandarnya!
“Tak boleh gagal. I. Must. Find. Her.”
Maka pada hari ketujuh, dengan ucapan kalimah “BismillahiRahmanirRahim” Khaalish membuat tekaan ke lapan:
“Laos.”
Jawapan Reham, yang tiba lima belas minit selepas itu: :)
Melihat balasan Reham, Khaalsih menarik nafas tajam,
“Yes! Yes! Finally! I am going to find her!” Jawapan yang betul, maka dia boleh menanyakan satu lagi soalan. Khusyuk Khaalish menelaah peta negara Laos, negara termiskin di Asia Tenggara.
Kehadiran Khaalish mengejutkan Naz, Mampukan Naz menepis cinta Khaalish
“Awak tak terfikir untuk beritahu saya ke mana awak akan pergi.”
“Awak tak terfikir untuk beritahu saya ke mana awak akan pergi.”
“Tak ada sebab saya perlu beritahu awak,” cepat sahaja Naz menyanggah.
“Iya? Awak dah lupakah, awak tu tunang saya,” Khaalish membuat kenyataan dengan wajah yang selamba.
Tersembur keluar salad dari mulut Naz, tersedak-sedak dia jadinya. Cepat-cepat dia minum air untuk menghilangkan perit tekaknya.
Reda perit tekaknya, dia terus menyerang, “You are unbelievable! Kita ni bertunangkah?”
“Cik Nazrahani Idora, keluarga saya meminang awak, keluarga awak terima. Sehingga kini, tiada pihak yang meminta pertunangan ini diputuskan,” selamba sahaja jawapan Khaalish.
“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang kebenda? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare say that we are still engaged?” Haaa...kan dah habis bertabur strategi Naz untuk buat-buat tidak endah dengan tunang olok-oloknya!
“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”
“Technically? Technically?!!” suara Naz sudah naik berganda-ganda oktafnya.
Matanya buntang, keningnya terangkat dan tangannya sudah ringan hendak mencekik jejaka yang masih cool di depannya.
“Banyak punya hensem muka dia! Bertunang 'secara teknikal' konon! Apa dia ingat seronok sangat ke bertunang 'secara teknikal' ni?!” Membebel-bebel Naz dalam hati, membara!
“Awak ni terbang beribu-ribu batu, hanya untuk menyakitkan hati saya? Tak buang tenaga, masa dan duitkah?” Naz menyerang!
“Saya datang untuk menjenguk tunang saya, nak pastikan dia selamat. Apa pula buang tenaga, masa dan duit?” nada suara Khaalish masih tenang dan terkawal.
“Zaim Khaalish, cut the crap,” dengan kesabaran yang sudah nipis, Naz menggunakan bahasa kasar, “kita ni bukan tunang. Semasa mak awak meminang, dia bukan ikhlas nak ambil saya sebagai menantunya. Saya ni hanya decoy untuk jauhkan entah perempuan mana dari awak. Awak pula bukannya sedar pun kewujudan saya! It was not a bona fide engagement.”
“Bona fide, tak bona fide. Kita orang Melayu, ikut adat kita, kita ni memang bertunang!”
Cewah main sebut-sebut adatlah pulak mamat ini! Macamlah selama ni dia hidup menjunjung adat sangat, cemuh Naz dalam hati.
“Okey, nanti saya telefon bapa saya untuk putuskan,” balas Naz sombong.
“Awak fikir bapa awak akan setuju?” kilas si jejaka.
Astaghafirullahil azim, mimpi buruk empat tahun lalu berulang semula? Naz sedar bapanya takkan melepaskan peluang untuk berbesan dengan Tan Sri Kamaruzzaman, jutawan tu!
“Encik Zaim Khaalish, awak ni kacak, kaya, etcetra, etcetra. Saya pasti berlambak-lambak perempuan lain yang mahukan awak. Kenapa awak nak jadi tunang kepada perempuan yang tak mahu jadi tunang awak? Tak logik, tahu?” balas Naz, tidak mahu mengalah.
“Cik Nazrahani Idora, sejak bila cinta itu logik? Kalau cinta itu logik, tak adalah Reham terbang ke Melbourne dan saya terbang ke Luang Prabang,” jawab si Encik Zaim Khaalish dengan tenang.
kehadiran Ozgur mengundang rasa cemburu Khaalish.
“Betulkah ada lelaki dan perempuan yang BFF? Habis Thabo itu pun BFF awak jugakah?” suara Khaalish sedikit keras.
“Thabo?” buntang mata Naz jadinya, “Thabo Mokwena? Eh! Macam mana awak kenal dia?”
Wajah Khaalish direnung dalam-dalam, menunggukan jawapan tapi mulut Khaalish terkunci rapat. Si jejaka pula agak menyesal kerana terlanjur kata.
“Ini mesti mulut si Ozzie ni! Eeeeee…..annoying gila mamat tu!” Naz terjerit kecil dek kerana geram. Kalau Ozgur ada di hadapannya, mesti sudah kena cekik!
Kali ini mulut Khaalish tidak dapat dikunci lagi, “Kalau annoying, buat apa kawan dengan dia, travel dengan dia?”
Terlopong mulut Naz mendengar ‘soalan’ Khaalish. “Wah! Sekarang ada dua lelaki yang annoying yang harus aku hadap!” getus Naz dalam hati.
"Because he’s there! He’s always been there! Waktu susah, waktu senang, Ozgur ada. Sentiasa bantu saya. Dengan dissertation saya. Dengan kerja di Qatar tu. Kalau dia tak tolong carikan kerja, apa saya nak makan?” balas Naz dengan suara yang perlahan, menahan sabar. Hatinya semakin membara bila Khaalish mempertikaikan kawan-kawannya.
Giliran si jejaka pula hangat hati. Bagai disayat sembilu bila mendengar jawapan Naz. Dia sedar yang selama empat tahun yang lalu, dia memang tidak pernah ambil peduli tentang Naz. Apa kata Naz? Susah, senang, Ozgur tu ada konon!
“Awak nak sekolahkan saya tentang kawan-kawan saya, apa selama ni hubungan awak dengan perempuan-perempuan di KL tu suci sangatkah?” tak tertahan geram Naz dengan tuduhan Khaalish.
“Naz, sejak kita berjumpa di Bali, saya tak pernah keluar dengan sesiapa pun lagi,” dengan suara yang tegang Khaalish mempertahankan diri.
"Habis, awak nak saya putuskan persahabatan saya dengan Ozgur, dengan Sky, Thabo, Jayden? Walhal persahabatan kami memang platonik!” bentak Naz. Sah! Bicara hati ke hati memang sudah ke laut.
“Saya tak kata, jangan berkawan. Cuma yang saya kata tak elok awak ke sana sini dengan mereka. Mereka bukan mahram awak kan?” Khaalish tetap dengan pendiriannya.
“Okey, saya akan ikut nasihat awak, jangan keluar dengan lelaki yang bukan mahram. Dan saya akan mulakan dengan awak. Selepas ini saya tidak akan berjumpa dengan awak lagi sebab awak bukan mahram saya!” panjang Naz berhujah, sama panjang dengan langkah kaki yang menghala ke arah rumah sewanya.
“Naz….,” keluh Khaalish, menyesal dengan diri sendiri sebenarnya. Jenuh diingatkan diri supaya berbincang baik-baik dengan Naz tapi hilang juga kesabarannya. Cemburu di hati 'yang membuak-buak, sudah tidak boleh dikawal.
Perubahan itu disedari oleh mummy Khaalish.
“Khaal,” Puan Sri Freida membuka mulut.
Khaalish memanggung kepala, memandang ibunya.
“Mummy minta maaf pasal Idora,” walau pun susah, diucapkan juga.
“Bukan salah Mummy,” santai balasan Khaalish.
“Mummy terlalu keras dengan dia…”
“Mummy, dia pergi bukan kerana Mummy, tapi kerana Khaal,” anaknya berterus terang, kasihan ibunya yang berasa bersalah.
“Mummy dah takutkan dia…”
“Mummy, seriously, she has problems with me, not you,” balas Khaalish sambil menggenggam jari jemari ibunya.
“Susah Mummy nak percaya, anak Mummy ni perfect package, apa lagi yang Idora nak?” timbul semula rasa tak puas hati Puan Sri Freida terhadap Naz.
“Tak memenuhi spesifikasi, Mummy,” cubaan Khaalish untuk berjenaka namun hanya senyum tawar yang muncul di bibirnya.
Kepala Tan Sri Kamaruzzaman terteleng ke sebelah, isterinya pula menjungkitkan kening.
Sedar ibu bapanya mahukan penjelasan, Khaalish menyambung, “Dia nak suami yang tak tinggal solat, suami yang tak ada girlfriends.”
Laju ibunya membalas, “You have not been out with anybody in ages. Dan sekarang Mummy tengok Khaal tak tinggal sembahyang.”
“I’m trying my best, Mummy,” pendek saja jawapan Khaalish.
“But does she know this?”
“Allah tahu, Mummy. And Allah knows best,” tenang Khaalish menjawab sambil menyuap makanan.
“Tak macam Ilsa dulu,” bisik hati si ibu.
Mummy Khalish mahukan yang terbaik untuk anaknya. Walaupun Khaalish sudah mendirikan rumahtangga. Ketegasan Mummy Khaalish membuatkan Naz selalu kecut perut.
“Mana kunci kamu, Tuti?” tanya Naz, menguap lagi.
“Astaghafirullahilaziiiiiiim! Idora!! Macam nikah rupa awak di rumah?!!”
Tuti ni memang kaki menjeritlah, fikir Naz. Apalah yang dibebelnya pagi-pagi buta ni.
“Sh! Sh! Awak ni bisinglah Tuti! Bikin bingit telinga saja,” marah Naz sambil menenyeh-nenyeh mata.
“Siapa Tuti? Idora, ini mak mertua kamulah!” sergah Puan Sri Freida.
Naz masih blurr, cuba mencerna apa yang berlaku. Bukan Tutikah yang tekan loceng pintu depan? Mana pula datang Nyonya Mansoor ni?
“Nyonya buat apa di sini?” ahhh!! soalan paling bodoh dari mulut menantu.
Naz masih terkebil-kebil. Puan Sri Freida sudah hilang sabar. Menantu yang masih kebingungan ditolak ke tepi, dia melangkah masuk ke dalam pent house anaknya
“Idoraaaa!! Nyonya mana pula ni? Ini Mummy, Mummylah!” suara Puan Sri Freida sudah nyaring.a.
“Khaalish! Zaim Khaalish! Where are you?!” jerit Puan Sri Freida.
Terjengul Khaalish dari dapur, tangan kiri memegang pinggan berisi wafel panas, tangan kanan memegang pisau mentega. Di badan pula hanya tersarung sehelai boxer shorts!
“Zaim Khaalish!!! Astaghafirullah!” cepat-cepat Puan Sri Freida menutup matanya, “Put on some decent clothes! Your wife too!!”
Terkocoh-kocoh Khaalish meletakkan pinggan dan pisau di atas kaunter kabinet. Digawang-gawangnya tangan ke arah Naz, mengajak masuk ke dalam bilik. Naz yang mula tersedar, menghayun langkah besar-besar ke arah pintu bilik. Di dalam bilik, selepas pintu ditutup, Khaalish menolak Naz ke bilik air.
“Mummy awak buat apa datang ke rumah kita pagi-pagi buta ni?” Naz berbisik.
“Sayang, pagi buta apa? Sudah pukul sembilan lebih,” balas Khaalish.
Sembilan lebih tu pagi butalah bagi orang yang tidur pukul empat pagi. Khaalish menarik kemeja T Naz ke atas, si isteri hanya menurut, kedua belah tangannya diangkatkan ke atas. Pancuran air dibuka, suhu air diperiksa, tubuh isteri ditolak ke bawah pancuran air. Sabun mandian dituang ke atas span badan dan dihulurkan kepada isteri.
“Awak tak mandi?” tanya isteri yang kalut menyabun badan.
“Saya dah mandi di gim.”
“Kalau dah mandi di gim, kenapa pakai boxer saja?” hairan!
“Untuk selamatkan awaklah,” jawab Khaalish kriptik.
“Ha?!” semakin hairan Naz.
Pancuran air ditutup, berus gigi yang sudah ditaruh ubat gigi dihulurkan kepada isteri.
“Cepat sayang. Nah! Berus gigi.”
Gigi diberus, mulut bercakap, “Makha khokha chaya? Chaya khuak ghee cho phukha!”
“Apa Sayang?” tanya si suami prihatin.
Mulut dikumur bersih, “Saya tanya….mana tuala saya? Buat free show pula!”
Ketawa besar Khaalish. Tuala diambil, dibalut ke badan isteri yang kemudiannya dirangkul, “Isn’t it a bit too late for that?”
Cup! Ciuman hinggap di hidung isteri yang comel.
Selepas berpakaian, Naz dan Khaalish ke dapur. Puan Sri Freida sudah menunggu di meja makan. Wajahnya masam mencuka.
“Duduklah. Mummy dah buatkan kopi,” bibirnya dimuncungkan ke tengah meja.
Ada sebuah teko berisi kopi panas, tiga biji koleh, sepinggan wafel, mentega, dan jem.
Mak mertua sudah buatkan kopi, si menantu yang baru sedarkan diri cepat-cepat menuangkannya ke dalam koleh.
“Jemput minum, Puan Sri,” dengan keadaan malu besar begitu, tak sanggup Naz hendak memanggil wanita anggun bergaya itu Mummy.
Khaalish dengan selamba badak menghirup sedikit kopi panas. Kemudian dicapainya sekeping wafel, disapukan dengan mentega dan jem, disuapkan ke mulut. Lambat-lambat dia mengunyah wafel.
Ya Rabbi! Boleh dia buat selamba badak laki aku ni, dengus Naz dalam hati. Dia tak rasa malu langsungkah?
“Itu!” kata Puan Sri Freida, kali ini bibirnya dimuncungkan ke arah baju dan seluar Khaalish yang bertaburan di atas lantai dapur. Tak sanggup dia hendak mengutip baju dan seluar anaknya yang bertaburan di lantai. Kenapa sampai bertaburan di lantai dapur? Let’s not even go there!
Kelam kabut Naz mengutip baju dan seluar suami, dimasukkan ke dalam bakul kain basuhan di bilik dobi di sebelah dapur. Astaghafirullahilazim! Apalah yang mak mertua aku fikirkan sekarang! Muka Naz merah berbahang. Malu! Malu besar!
“Mummy tak tahu nak kata apa,” akhirnya Puan Sri Freida membuka mulut.
“Tak perlu kata apa-apa, Mummy. We are still in our honeymoon phase,” selamba Khaalish menjawab, mukanya kering sahaja.
Naz pula malu tak tahu mana hendak diletakkan muka. Kalaulah ada mesin pemadam ingatan macam dalam filem “Men in Black” tu, mahu dia gunakan ke atas mak mertuanya.
“Kok ye pun honeymoon phase…..!” setakat itu sahaja yang mampu Puan Sri Frieda komen, kepalanya digeleng-gelengkan.
“Mummy, kami ni dah sah. Dah nikah,” balas Khaalish dengan suara mendatar.
Dengan anak tidak berkesan, Puan Sri Freida mengalihkan tumpuannya kepada si menantu pula.
“Kamu pula, Idora. Tak adakah baju yang elok yang boleh dipakai?”
“Mummy, during the honeymoon phase, less is best,” boleh Khaalish jawab begitu!
Naz rasa macam nak ketuk-ketuk kepala sang suami. Ish, tak boleh jadi ni, lagi banyak cakap, lagi malu dia jadinya. Tukar topik! Tukar topik!
macam best je novel ni..
ReplyDeletecerita ni best.... santai dan ringan jeeee .... boleh dijadikan koleksi ...
Deleteziarah blog akak dan baca review novel ini...
ReplyDeleteTerima kasih singgah blog akak ni .... sebenarnya akak dah lama tak buat review disebabkan kengkangan masa.... Insyaallah ada satu review sebelum tahun baru ni penutup 2013.....
Delete