Thursday, 7 August 2014

NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU

Lukaku pasti akan terubat tidak lama lagi.... 

Selepas kemunculan novel yang bertajuk Cik bunga dan Encik Sombong  dan Cik Blur dan Encik Ikhlas kini dengan tajuk Cik cinderalla dan Encik Tengku. Kalau nak cerita santai dan bersahaja belilah novel dari penulis Airisz. Novel yang mempunyai 475 muka surat ini amat menghiburkan . Jom terokai cerita cinta Puteri Nuraisha bersama Tengku Daniel. 

Puteri Nuraisha 25 tahun bertunang kerana amanat arwah ibunya. Puteri akur biarpun Ashraf bukan pilihan hatinya. Selepas kematian Ibunya Ayah Puteri berkahwin lagi dengan seorang janda beranak satu. Hidup Puteri menjadi huru hara bila kakak tirinya Sha cemburu dan mengganggu ketenteraman jiwanya. Segala laku pasti ada saja yang tak kena hingga Puteri merasakan dirinya tersisih. Hubungan Puteri dan Ashraf semakin dingin walau pun sudah bertunang lebih dari setahun. Kehadiran Tengku Daniel lebih dikenali sebagai Daniel mengubah hidup Puteri.

Tengku Daniel adalah peguam syarikat Puteri berkerja. Puteri hanya mengenali Tengku Daniel hanya sebagai Daniel sahaja. Selepas satu pertemuan yang tidak disengajakan, hubungan merekan menjadi rapat. Dengan Daniel lah , Puteri banyak menghabiskan masa dan meluahkan rasa sedih dan kesal terhadap kakak dan mama tirinya yang sentiasa mencari punca perbalahan. Pada suatu hari Puteri , ayah dan mamanya pergi ke Cameron Highland . Sha akak tirinya tidak turut serta. Puteri terkejut bila berjumpa Daniel di ruang rehat perjalan ke sana. Puteri mengambil keputusan untuk tumpang Daniel ke Cameron Highland. Ayah dan mama tirinya pula menukar destinasi untuk terus ke Langkawi.  Bergembira berdua hingga berlaku sesuatu disana kerana kealpaan ,  Daniel menyesali apa yang berlaku. Danial menghilangkan diri selepas kejadian di Cameron Highland. 

Keadaan bertambah teruk bila tarikh pernikahan Puteri dan Ashraf ditetapkan. Hati Puteri menjadi berbelah bagi bila tarikh pernikahan ditetapkan oleh keluarga Ashraf. Daniel kecewa bila kekasih hatinya Puteri , yang dicari selama 5 tahun akan menjadi isteri orang lain.  Daniel menghilangkan diri kerana terlalu kecewa. Puteri mencari Daniel firma guaman Daniel dan terkejut bila mengetahui Daniel adalah Tengku Daniel ( kerabat ) dan mempunyai firma guaman sendiri. 

Puteri di uji saat tarikh perkahwinan mereka hampir tiba. Ashraf dan Sha ditangkap berada di bilik Sha dalam keadaan tidak berpakaian. selama ini Sha mempunyai hubungan dengan Ashraf. Kerana itu juga Sha sering ingin tahu kemana sahaja Puteri pergi bila Puteri memberitahunya dia ingin keluar . Ashraf yang takut untuk berterus terang akan perhubungannya dengan Sha selama ini kerana disangkakan Puteri terlalu garang. Selain itu juga Puteri adalah pilihan keluarga Ashraf pada mulanya. Puteri mencari ketenangan untuk berdepan dengan semua perkara yang berlaku sekelip mata. Puteri terharu bila berjumpa Umie Daniel kerana kehidupan mereka yang penuh dengan kasih sayang berbanding keluarga Puteri. Daniel mengambil keputusan untuk melamar Puteri kerana tidak mahu kecewa lagi. 

Keputusan Puteri mengejutkan semua kerana tetap mahu meneruskan perkahwinan tetapi dengan lelaki pilihannya. Sekali lagi Sha sengaja mempersendakan Puteri kerana kononnya Puteri hanya mengupah lelaki untuk dijadikan pengganti Ashraf. Mama dan kakak tirinya tak pernah cukup untuk menyakitkan hati Puteri walaupun Puteri sudah berkahwin dengan Daniel. Ada saja ayang tak kena di mata mereka. 

Mak Mertua Sha yang pada mulanya gembira menerima Sha tetapi lama kelamaan mereka sedar siapa menantu mereka. Ayah Puteri tak serik dengan perkahwinan. Bila Mama tirinya mendapat tahu suaminya berkahwin lain . Mama tiri menuntut cerai dan sha kembali kepangkuan suami dan menerima takdir hidupnya. 

Sinopsis dari kulit Novel
Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!
Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.
Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh!
Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…
Dan dia hantar SMS…
Babe (Dia panggil aku babe.)
Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)
Lunch sama (Dia ajak.)
Okey (Aku nak.)
Kat mana (Dia tanya.)
Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.)
Okey cantikkk… (Dia setuju.)
Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.
Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?



Dalam slot Lestary di saluran TV3 
Jam 9.00 - 10.00 malam 
setiap Rabu dan Khamis
Episod 1
Puteri seorang gadis pertengahan 20an merasakan sesuatu dengan kehadiran Daniel, seorang peguam kacak dalam hidupnya. Puteri yang sudah bertunang dengan Ashraf menerima Daniel sebagai seorang kawan. Sha kakak tiri Puteri selalu mengintip dan ingin tahu kemana saja Puteri pergi. Ini membuatkan mereka selalu berbalah. En. Megat selalu menyalahkan Puteri ini membuatkan Puteri rasa diri tersisih. Perhubungan Puteri dan Daniel menjadi lebih serius apabila Puteri dihadiahkan sejambak bunga. Puteri sengaja menyakitkan hati Sha untuk kepuasan hatinya. Kadang kala Puteri tertekan dengan sikap Sha yang suka mengambil tahu hal dirinya dan Ashraf. Dalam masa yang sama Puteri mula selesa menceritakan hal kakak tiri pada Daniel untuk meluahkan perasaan tidak puas hatinya . Walaupun Puteri sudah dimiliki, namun dia seolah-olah membiarkan sahaja masa dan takdir yang menentukan tanpa mengira kesan dan akibatnya.



Episod 2


Perhubungan Daniel dan Puteri semakin rapat apabila mereka berdua bersetuju menjadi kawan istimewa. Dipejabat Jee semakin memuja Daniel setiap kali Daniel datang ke pejabat. Puteri merahsiakan perhubungannya dari teman-temannya di pejabat. Namun di rumah, hubungan Puteri bersama mama dan Sha semakin bermasalah apabila Sha terus mencari pasal dengan Puteri. Puteri semakin merasakan dirinya disisihkan dan mengadu kepada Jee dan kemudiannya Daniel. Kata Daniel, sebagai rakan istimewa, dia mahu Puteri berkongsi segala masalah dengannya. Puteri rasa gembira bila bersama Daniel dan Puteri tidak kisah bila Asyraf tidak menghubunginya selama seminggu pun. 



Episod 3

Ashraf mahu meminjam wang daripada Puteri dan Puteri tidak mahu memberikannya. Puteri kecewa dengan Ashraf yang nampak begitu dayus sekali. Puteri dan Sha terus bertekak hinggakan ayah Puteri terus menuduh Puteri adalah puncanya. Semasa majlis makan malam, Daniel menegur Puteri yang berpakaian agak terdedah. Puteri terharu apabila ada kawan seperti Daniel yang menegurnya. Sejak itu, Puteri sering memakai baju kurung hingga disindir oleh mamanya. Ashraf terus senyap dan pergi outstation selama seminggu. Begitu juga dengan Sha yang pergi ke kampung kawannya. Hubungan Puteri dan mama semakin dingin apabila mama Puteri merajuk kerana tidak diberitahu tentang rancangan makan malam. Puteri terus mengajak Daniel makan malam dan Puteri rasa begitu selesa dan bahagia kerana sekali lagi Daniel membantunya. Tetapi apabila pulang, berlaku lagi pertengkaran antara Puteri dan mamanya.



Episod 4 

Ashraf masih dengan masalah yang sama iaitu ingin meminjam duit daripada Puteri. Apabila Puteri tidak layan, Ashraf ugut untuk putuskan tunang dan Puteri terus bersetuju, dan membuatkan Ashraf tenang semula. Daniel pula berada di JB selama seminggu dan ini membuatkan Puteri berasa rindu. Keadaan menjadi bertambah serius apabila Puteri terus bergaduh dengan Sha dan mama. Ayah Puteri mahu melakukan sesuatu dan merancang untuk pergi bercuti sekeluarga ke Cameron Highland. Puteri bersetuju. Puteri terus berasa hairan apabila Sha selalu sibuk bertanyakan tentang dirinya “keluar dengan siapa”. Kemudian berlaku satu lagi pertengkaran yang membuatkan Puteri tidak sabar dan menyatakan dia boleh keluar dari rumah ini, tetapi mengingatkan bahawa ini adalah rumah arwah emaknya dan orang lain patut sedar siapa yang menumpang sebenarnya. 



Episod 5 
Puteri bertanyakan pandangan dari Kak Tim tentang amanat arwah ibunya yang mahu dia berkahwin dengan Ashraf. Kak Tim jelaskan , jika amanat itu memudaratkan maka tak perlu diikut. Sementara itu, Hari yang dirancang ke Cameron Highland sudah sampai. Apabila singgah di R & R, Puteri nampak Daniel yang juga hendak pergi ke Cameron Highland. Puteri terus meminta izin ayahnya untuk ikut kawannya. Namun dalam perjalanan ayah dan mama tukar rancangan ke Langkawi pula dan ini membuatkan Puteri merasakan dirinya disisihkan. Puteri meneruskan rancangan bercuti bersama Daniel. Pada waktu malam, ketika kilat dan guruh kuat kedengaran, Puteri mahu tidur bersama di bilik Daniel kerana ketakutan dan Daniel tidak mampu menghalang apa yang diminta oleh Puteri! 


Episod 6
Rasa bersalah dan berdosa menyelubungi diri Puteri dan juga Daniel. Daniel cuba meyakinkan Puteri supaya cuba melupakan apa yang terjadi dan tidak perlu bimbang sangat kerana mereka masih tidak melakukan zina. Apabila pulang, sekali lagi berlaku pertelingkahan antara Puteri dan Sha yang sentiasa ingin tahu, dengan siapakah Puteri menghabiskan masanya. Ayah yang pulang bersama mama dari langkawi menyesal dengan keputusannya ke pulau tersebut. Dan seperti biasa, mama menyalahkan Puteri kerana “menghasut” ayahnya. Ibu kepada Ashraf, Mak Mahani masuk ke hospital kerana darah tinggi dan Puteri melawatnya tetapi Puteri teruk disindir.Puteri terus mencari Daniel dan berharapkan pada Daniel, tetapi Daniel menolaknya!

Episod 7
Keluarga Ashraf sudah datang berbincang untuk tetapkan hari perkahwinan. Puteri sedih dan berbincang dengan Daniel. Puteri terpaksa menerima hakikat yang Daniel adalah sekadar sahabat dan kemungkinan besar Daniel pun menganggap Puteri tidak lebih dari seorang kawan istimewa. Puteri berbincang tentang soal perkahwinan dengan mama dan mendapati yang Sha begitu sensitif hingga menyebabkan mereka bertengkar lagi. Puteri berjumpa Daniel dan terkejut melihat penampilan Daniel yang tidak terurus. Puteri mengajak Daniel menemaninya mencuba pakaian pengantin dan Puteri menangis apabila bersama dengan Daniel. Kemudian sekali lagi Daniel mendiamkan diri dan Puteri mencari Daniel di pejabat. memang susah untuk mencari Daniel dan kali ini Puteri seperti sudah putus asa.

Episod 8
Setelah seminggu mencari Daniel akhirnya Daniel menjawab telefon. Puteri menyatakan yang dia terpaksa pulang ke kampung. Daniel tawar diri untuk menemaninya. Di kampung, ramai yang sangka Daniel adalah tunang kepada Puteri dan mereka berdua melayan sahaja usikan orang kampung. Puteri ucapkan terima kasih Daniel yang banyak membantunya. Daniel kata, cinta tidak semestinya bersatu dan apa yang dilakukan adalah kerana keikhlasannya. Apabila pulang ke bandar, Puteri terkejut apabila melihat Sha dan Ash tidur di atas katil!!!

Episod 9
Puteri terkejut dengan apa yang dilihatnya dan menjerit kuat nama Ashraf. Puteri terus bergaduh dengan Sha. Ayah Puteri datang dan masih menyalahkan Puteri yang terlalu garang hinggakan Ashraf takut untuk beritahu perkara sebenar. Puteri tidak boleh menerimanya lagi dan terus menelefon Daniel. Daniel datang dan Puteri menangis di pelukan Daniel. Ketika sedang menenangkan Puteri, Puteri bertanyakan kepada Daniel, adakah dia mencintai Puteri. Daniel menjawab ya dan Puteri membalas yang dia kini sudah bebas. Daniel membawa Puteri pulang ke Kuantan untuk bertemu dengan Umminya dan di situ Puteri telah menemui cinta dan ketenangan. Daniel muncul di KL dan memberitahu tentang cintanya kepada Puteri!



Episod 10

Sha meragui siapakah sebenarnya Daniel. Puteri pula membuat hijrah dalam hidupnya apabila mula berhijab. Daniel begitu suka dengan penampilan terbaru Puteri. Sha masih mencari pasal dengan Puteri dan terus salahkan Puteri dengan apa yang baru sahaja berlaku. Puteri pula berjaya menunjukkan sikap Ashraf yang sebenarnya dan ini membuatkan Sha begitu takut dan bimbang. Timbul satu lagi masalah apabila mama dan ayah pun tak ada duit. Bahkan mama dengan selambanya minta Puteri pinjam duit dari Daniel untuk uruskan majlis perkahwinan Sha dan Ashraf. 


Episod 11
Akhirnya Puteri dan Daniel sudah bergelar suami isteri. Majlis di adakan di Kuantan dan secara sederhana sahaja. Ayah, Sha dan mama terpaksa juga datang. Kak Tim dan Jee terkejut apabila melihat Daniel yang bakal menjadi suami kepada Puteri! Majlis berjalan lancar dan Ummi menyatakan impiannya untuk mendapat cucu secepat mungkin dan Puteri mula rasa tertekan. Apabila pulang ke KL, hubungan Puteri dan keluarga masih seperti dahulu juga. Daniel nasihatkan Puteri supaya lebih matang dan jangan mudah sangat melenting apabila ada yang mengusik. 

Episod 12

Puteri dan Daniel balik ke kampung. Puteri teruk diusik oleh saudara mara dan Puteri sempat melawat kubur arwah ibunya. Apabila pulang ke KL, Puteri melawat pula Makcik Mahani yang sakit. Makcik Mahani menceritakan perangai buruk Sha sebagai menantu. Pakcik Razak beritahu yang Sha kini sudah pulang ke rumahnya. Sha tidak ambil berat akan suami dan mertuanya dan memberi alasan yang Ashraf masih sayangkan Puteri dan ini yang menganggu rumahtangganya. Puteri terus menceritakan bagaimana Ashraf tidak pernah sayang akan dirinya dan ini hanya merupakan alasan Sha untuk menyalahkan orang lain dan bukan dirinya.

Episod 13
Ketika shopping bersama Jee, Puteri nampak ayahnya berjalan dengan seorang wanita lain. Apabila Puteri menelefon mama, Puteri yang dituduh cuba huru harakan rumahtannga. Puteri pula disahkan mengandung dan ini merupakan satu berita gembira untuk Puteri dan juga Daniel. Ketika sedang bergembira, Puteri menerima satu lagi berita apabila ayahnya disahkan sudah pun berkahwin lain dan ini membuatkan mama terus keluar dari rumah arwah emak Puteri. Di akhir cerita Ayah dan mama akhirnya bercerai juga dan Sha pula terpaksa menerima apa sahaja dengan keluarga Ashraf. Puteri dan Daniel menerima cahaya mata bernama Tengku Qayyum dan mereka hidup aman bahagia. 

4 comments:

  1. Ok saya nk beli novel ini mmg best jln ceta nya..x sbr nk cari kat POPULAR BOOK STORE..hehe klau ada lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah di blog ini
      Biasanya Popular Book Store akan menyediakan stock novel yg banyak untuk drama adaptasi.... selamat membaca sebelum drama ini ditayangkan..

      Delete
  2. Mana saya boleh dapat novel Cik cinderella dan encik tengku ni ?✌

    ReplyDelete
  3. Bila tau hepi ending be nk tengok drama...nyampah sgt ngan sha. Dah baca sinopsis br rasa nk tengok.Tq ya bloger. Akak ni x boleh stress....hihihi

    ReplyDelete