Thursday 22 October 2015

NOVEL CINTA MAMAT SENYUM SENGET



Cinta mamat senyum senget ini kombo dengan novel mini Mini novel 30 hari sahaja . Terbitan dari Otober awal tahun yang lalu. saya rasa tak puas baca kerana ceritanya pendek sangat.Yang pastinya penulis tidak akan mengecewakan peminatnya. sedikit review dari saya. 

Rahiil Adzra seorang wartawan ditugaskan menulis artikal untuk majalah bertajuk Cinta mamat senyum senget. Tetapi, ketuanya, Fuaz Harraz, memilih Fuad Hawwaz, abangnya sendiri sebagai subjek untuk cerita Rahiil Adzra. Malangnya, CINTA ialah perkataan yang menyakitkan bagi Fuad Hawwaz. Dia tidak mahu ditemu bual. Akibatnya, Rahiil Adzra diugut untuk dipindahkan ke jabatan iklan yang tidak disukainya. 

Namun nasib seperti menyebelahinya , Perkenalan Izzat Faris membuatkan perjalanannya semakin mudah kerana Fuad Hawwaz adalah kawan baiknya. Izzat Faris adalah seorang lelaki yang diperkenalkan oleh Mum merupakan anak kawan baik mum , Datin Farah. Datin Farah ingin menjodohkan Izzat Faris dan Rahiil. Izzat yang bersetuju membantu Rahiil menyiapkan artikal itu tetapi mengenakan syarat. Syaratnya adalah menjadi kekasih didepan mum dan Datin Farah .Bukan setakat mum dan Datin Farah malah semua orang. Walaupun syarat itu agak berat Rahill terpaksa bersetuju jika tidak Izzat tidak mahu membantunya.

Bila Rahill diperkenalkan oleh Izzat pada Fuad Hawwaz sebagai kekasihnya. Rahill memulakan tugas tetapi Fuad Hawwaz cuba mengelak dari menceritakan hal cintanya. Izzat yang mula jatuh hati pada Rahill dan banyak membantu mencari cinta Fuad Hawwaz. 

Fuad Hawwaz sebenarnya bercinta dengan Arissa Soraya di London dulu. Fuad seorang perahsia . Hubungannya Arissa terbongkar bila Fuad Hawwaz dipaksa untuk dikahwinkan dengan sepupunya Tengku Hazrin kekasih hati Fuaz Hawwaz ( Boss Rahiil ). Fuad terpaksa pulang ke Malaysia kerana ibu ( Tengu Hannan ) sakit . Sebelum balik ke Malaysia Fuad Hawwaz dan Arissa Soraya nikah tanpa pengetahuan sesiapa sebagai janji Fuad Hawwas akan pulang ke London kembali. Fuad Hawwas mendapat berita Arissa meninggal kemalangan dan ibu Fuad Hawwaz juga meninggal dunia. Fuad Hawwaz kecewa sejak itu dia tidak membenarkan perempuan menyemai cinta dalam dirinya. 

Rahiil semakin seronok mencari cinta Fuad Hawwaz . Rahiil dan Izzat ke Kuala kangsar untuk menjejaki Arissa Soraya. Menurut Fuad Hawwaz , Arissa Soraya belum meninggal dunia kerana dia pernah menerima surat cerai selepas tarikh kematian. Semuanya terbukti apabila Rahiil Fuad Hawwaz ke Sydney menjejaki ayah Arissa Soraya. Alangkah terkejut bila Kakak Rahiil merupakan kawan baik Arissa. Fuad Hawwaz juga dikejutkan dengan kehadiran Adris. Ruhiil menjaga Adris selepas Arissa meninggal dunia. 

Fuad Hawwaz bersyukur dia dapat menjejaki cerita cintanya yang hampir putus asa. Walaupun Arissa Soraya telah tiada Fuad berterima kasih dengan Rahiil dan Izzat Faris. Fuad memberitahu Izzat Faris mempunyai ciri 10 keteria yang Rahill mahukan. Rahill terkejut bila Fuad Hawwaz memberitahu yang Izzat juga sebenarnya mempunyai senyum senget sepertinya. 

Kerana terlalu lama jual mahal Rahiil memberi artikal dan menulis satu nota yang agar Izzat memahami hatinya. Fuaz Hawwaz berpuas hati dengan kerja Rahiil dan menyiapkan pada masa yang ditetapkan. Rahiil juga dapat membuktikan cinta Fuad Hawwaz.


Sinopsis dari Kulit novel
Rahiil Adzra mempunyai 10 kriteria pemilihan jodoh. Bagi Rahiil, senyuman senget merupakan kriteria utama. Tak kisahlah kalau tidak penuhi 9 kriteria yang lain. Asalkan senyum senget!

Oleh sebab itu, Rahiil Adzra memilih tajuk, CINTA MAMAT SENYUM SENGET sebagai tajuk artikel untuk majalah Kosmo terbitan hujang bulan tersebut. Rahiil ingat, mahu menjadikan Anuar Zain sebagai subjek untuk bahan artikelnya. Tetapi, ketuanya, Fuaz Harraz, memilih Fuad Hawwaz, abangnya sendiri sebagai subjek untuk cerita Rahiil Adzra.

Malangnya, CINTA ialah perkataan yang menyakitkan bagi Fuad Hawwaz. Dia tidak mahu ditemu bual. Akibatnya, Rahiil Adzra diugut untuk dipindahkan ke jabatan iklan yang tidak disukainya.

“Maafkan saya Cik Rahiil, saya tak berminat untuk dijadikan subjek dalam majalah ini. Apa lagi, topiknya tak bersesuaian dengan saya. Cinta? Saya tak ada masa untuk itu. Terima kasih.”- Fuad Hawwaz

Nasib seperti menyebelahinya, Izzat Faris yang diperkenalkan oleh mumnya, merupakan kawan baik kepada Fuad Hawwaz. Namun, ada bayaran yang terpaksa Rahiil Adzra korbankan. Kalau tidak, Izzat Faris tidak mahu membantu.

“Kenapa tak kunci pintu? Kalau orang culik cinta hati Abang Izzat macam mana?”- Izzat Faris

Bayarannya ialah menjadi cinta hati palsu Izzat Faris. Bukan saja palsu di mata mum Rahiil dan Datin Farah, tetapi di depan semua orang. Apakah maksud Izzat Faris? Adakah dia benar-benar jatuh cinta pada Rahiil?

Gara-gara amaran dan ugutan Fuaz Hawwaz, Rahiil Adzra mula jatuh cinta. Tetapi, benarkah Rahiil Adzra jatuh cinta kerana senyuman senget itu atau kerana takutkan ugutan Fuaz Harraz?

“Kalau untuk mendapatkan berita, memaksa awak untuk bercinta dengan dia, buatlah dia sampai jatuh cinta dengan awak. Kalau tidak, awak jatuh ke advertising.”- Fuaz Harraz

Kerana The Devil, Rahiil berdepan dengan dua pilihan. Antara The Dashing dan The Devoted. Siapalah agaknya yang layak memiliki sijil hati The Diva dan memenuhi kriterianya? Hakikatnya, Tuhan hanya memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Tuhan Yang Maha Adil.

4 comments:

  1. novel ni best..dah baca dah..tapi dah lupa jalan cerita..kena baca balik..hihi..karya syamnuriezmil mmg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihiihi
      sebenarnya karya syamnuriezmil memang best .. santai ada kalanya mencuit hati gak... tapi novel mcm tak puas baca sebab pendek sangat .
      Dan terima kasih singgah kat blog ni ..

      Delete
  2. Macam ner nak dpt novel ni??...stressnyer nak cari hati dh b'kobar2 xsabar nak baca...sinopsis dh ler best apatah lagi kalo baca novel mau gler

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kunjungi di
      Layari www.october.my atau
      Pm FB October / October Novel atau
      Emel order@october.my atau
      Whatsapp +6010-792 4664 atau
      Fax 03-8741 3217 untuk pembelian secara online dari penerbit.

      Delete