Thursday 3 March 2016

NOVEL SHA & SHAH

Andai jodoh ini tidak berpanjangan..

Izinkan aku terus menjadi sahabatmu...


Ini novel pertama saya miliki dari penulis Sha Ibrahim. Saya jadi tersuka bila menonton drama episod pertama di Astro RIA . Nampak ada kelainan cerita ni dan saya mengambil keputusan untuk membeli novel ini. Walaupun drama ini sudah habis tapi saya tetap menyimpan link drama ini diblogs untuk tontonan dimasa lapang. 

Kisah mereka bermula , Farisha dan Fariz Ameerul Shah adalah bersahabat daik sejak kecil lagi. Kini persahabatan mereka melebihi 20 tahun dan mereka telah faham dengan perangai masing-masing.

Perkahwinan mereka terjadi kerana desakan ibu bapa Shah yang sudah tidak tahan mendengar cerita-cerita mengenai Shah yang tidak pernah putus. Mengenai Shah yang sentiasa berganti teman wanita sepanjang masa. Hmm...daripada memilih perempuan lain, lebih baik dia berkahwin dengan Sha, sahabat baiknya. Sahabat yang amat kenal dengan dirinya yang sebenar. Malah Sha adalah perempuan yang amat disayanginya selepas ibunya.

Sha akhirnya mengalah dengan pujuk rayu Shah dan menerima cadangan perkahwinan tersebut. Maka bermulalah episod baru dalam perhubungan mereka...daripada BFF kepada suami isteri.

Kalau dilihat dari ceritanya...plotnya...memang cerita ini biasa. Tetapi Sha Ibrahim berjaya menjadikannya luar dari biasa dengan garapannya yang tersendiri. Bagi saya, perbezaan itu hadir dalam karekter watak-watak utamanya...Sha dan Shah.

Shah...lelaki yang memiliki segalanya...rupa, harta dan pangkat. Sebab itulah perempuan-perempuan tergila-gilakannya. Namun, masih ada iman di hatinya. Pergaulannya dengan semua teman wanitanya masih lagi dibatasi agama. Sha pula jenis yang cool. Tidak cemburu buta dan masih bersabar apabila cerita-cerita mengenai Shah tetap ada walaupun setelah mereka berkahwin. Malah dia pula yang banyak menyelamatkan Shah.

Seperti yang diduga...mereka punya perasaan lain selain kasih-sayang seorang sahabat. Rupanya...cinta yang dicari dan ditunggu memang dah ada di depan mata selama ni. Cuma sedikit masa diambil untuk mereka menyedarinya.

Yang paling saya suka, Shah tidak memandang enteng perkahwinannya dengan Sha walaupun boleh dikatakan kategori kahwin rela dalam terpaksa. Tiada kontrak di antara mereka.

Kehadiran Atilia cuba mengoda Shah demi kepentingannya. Walaupun Sha ada perasaan cemburu terbit dalam hatinya. Iskandar kawan baik pada Shah dan Atilia suka pada Sha tetapi tidak pada Sha. Pada Sha , kehadiran Iskandar merimaskan .

Atilia bengang bila Shah menolak cintanya. Atilia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan Shah tetapi setiap rancanganya gagal. Atilia juga menggunakan Iskandar untuk memikat Sha . Oleh kerana semua rancangan gagal Atilia nekad untuk membunuh Sha demi mendapatkan Shah. Atilia tersasar dari tujuan utama kerana Atilia tertikam Shah tanpa sengaja.

Jom ikuti drama ini kerana saya dah siapkan link dari astrogempak . Bukan nak promote tapi saya suka cerita ini.


Sinopsis dari kulit novel

Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.


Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…



Episod 1
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 1

Episod 2
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 2

Episod 3
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 3

Episod 4
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 4

Episod 5
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 5

Episod 6
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 6

Episod 7
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 7

Episod 8
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 8

Episod 9
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 9

Episod 10
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 10

Episod 11
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 11

Episod 12
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 11

Episod 13
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 13

Episod 14
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 14

Episod 15
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 15

Episod 16
Jom tonton link ini : Drama Sha & Shah Episod 16



No comments:

Post a Comment