Hanya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku ,
tanpa dirimu kuhanya manusia tanpa cinta.
Novel Cinta Kau Dan Aku review novel kedua sentuhan Siti Rosmizah.Novel terbitan Buku Prima keluaran tahun 2009 menjadi pilihan saya. Cerita cukup menarik dan sentuhan yang luar biasa. Membaca novel ini rasa seakan kita yang berada dalam karektor novel tersebut. Novel setebal 679 muka surat. Novel yang santai dan penuh dengan jenaka ringan. Membaca dari helaian pertama hingga helaiaan terakhir menggAmit pelbagai perasaan suka duka kehidupan . Novel yang mengisahkan kehidupan seorang gadis muda seusia 20 tahun menerima jawatan sebagai Driver. Membawa kereta mewah adalah impian Nur Farisya Iman.Sifat sempoi Farisya yang mencuit hati dan mendamaikan membuatkan hati Farish Hakimi selalu berlagu riang. Bibit - bibit itulah membuat Faish Hakimi melamar Nur Farisya Iman sebagai suri dihatinya. Semua laluan tak berlaku dengan mudah. Farisya merasa rendah diri bila ibunya memaksa berkhawin dengan Farish yang dianggap anak angkatnya. Farisya pula membuat rancangan supaya tidak berkahwin dengan Farish. Dalam tak sedar Farish telah bersepakat untuk ibu Farisya untuk majlis perkhawinannya. Ia disedari selepas majlis akad nikah. Cinta dan sayang disemai dan tumbuh menjadi subur tetapi disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari. Farisya dan Farish bercerai akibat fitnah yang ditabur oleh Suraya bekas tunang Farish dan Farah adik kandung Farish. Kerana terlalu kecewa Farish menetap di London dan Farisya terpaksa melalui hidup tanpa Farish dan kehilangan anak yang dikandung akibat keguguran. Farisya mendapat tawaran belajar di universiti dan disitu Farisya berjumpa kembali dengan cikgu Zul sebagai pensyarah. Mama Cikgu Zul ingin memenuhi hasrat hati dan impian anaknya untuk memperisterikan Farisya. Disaat Farisya dan cik zul ingin mengecapi kedunia perkhawinan. cikgu zul pergi buat selamanya kerana sakit yang ditanggungnya "Lukemia". Untuk memastikan Farisya bahagia, cikgu Zul memaksa Farish menikahi Farisya semula diambang pemergiannya.
Sinopsis dari kulit novel
"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?
Petikan-petikan menarik dari novel
Satu pertemuan
"Saya, Farish Hakimi, sorry pasal tadi. Saya nak cepat, sampai tak perasan awak depan pintu lif." Lembut suara Farish Hakimi berkata sambil menghulurkan tangannya pada gadis itu. Farisya hanya mengangguk. Tidak disambutnya salam yang dihulur. Farish Hakimi menarik kembali tangannya bila huluran salamnya tidak berbalas. Berubah sedikit wajahnya.
"Sorrylah, saya tak dapat nak sambut salam tu. Mak saya pesan, lelaki dengan perempuan bukan muhrim tak boleh bersentuhan. Sebelum saya datang KL, berkali-kali mak saya pesan begitu. Saya, Farisya."
Farisya memperkenalkan dirinya pula dengan wajah selamba. Tiba-tiba dia mengerutkan keningnya sambil meletakkan jari telunjuk di tepi bibir.
"Eh, Encik Farish perasan tak?? Nama kita sama, Farish , Farisya," ujar Farisya lalu ketawa, entah apalah yang lucunya. Farish Hakimi hanya tersenyum melihat gelagat keanak-anakkan Farisya itu. Mesteri sungguh gadis ii. siapalah sebenarnya gerangan dia. Mukanya yang bersahaja tidak nampak langsung riak wajah takut atau risau bila duduk di dalam pejabat yang cukup mewah ini. apatah lagi berdua - duaan sahaja dengannya.
Impiannya

"Bukan kerani tapi driver"
Farish Hakimi terus mengangkat kening. Bulat matanya memandang Farisya.
"Driver? Awak mintak driver. kenapa tak mintak kerani?" usul Farish Hakimi, pelik mendengar jawatan yang dipohon. Farisya sudah mula bosan.
"Dahlah saya tahu, saya tak dapat kerja tu, apa yang nak dipanjangkan lagi. Tak habis - habis semua orang suruh sya jadi kerani. Suka hati sayalah, saya nak jadi driver ke Bawak lori ke? Bawak traktor ke suka hati sayalah. Yang penting saya tak kacau orang. Dahlah, sya nak balik," ujar Farisya terus berdiri. Farish Hakimi tersenyum melihat gelagat farisya itu yang namoak kasar tapi sensitif juga orangnya.
"Jadi, sebab tulah awak berpakaian macam ni?" tanya Farish Hakimi pula. Farisya yang sudah berdiri, duduk semula di kerusinya.
"Eh, saya memang pakai macam ni. Apa , ingat saya menyamar ke minta kerja? Tak mainlah menyamar-nyamar ini tapikan dulu..." Farisya berhenti seketika. Dia memandang ke arah pintu. Khuatir kalau ada sesipa yang masuk waktu itu.
Farish Hakimi yang mula menyandar pda kerusi sudah pun mendekatkan badanya pada meja untuk mendengar cerita Farisya bersngguh-sungguh tu.
"Sebanarnya, maa kat kampung dulu, daya pernah mintak kerja driver tapi saya menyamar. Pakai misau, pakai jambang, dah dapat kerja tu tapi saya terbersin, habis misai tercabut. kantoilah!" Farish Hakimi sudah terbahak-bahak ketawa sebaik sahaja Farisya menghabiskan ceritanya. Farisya dengan muka seposen, pelik melihat Farish Hakimi ketawa macma orang dirasuk hantu zombie itu.
"Apa yang lucu sangat ni? Sayacerita jugak kat mak saya. Dia kata itulah balasan orang yang suka menipu. Sejak tu , saya taubat. Saya tak nak tipu lagi tapi bila saya jujur, orang tak nak pulak ambil saya kerja. Biasalakan, itulah namanya lumrah kehidupan."
Farish Hakimi dalam sisa ketawanya terus menekan punat interkom di atas mejanya.
"Lyn , masuk sekejap."
Tak sampai satu minit, setiausahanya yang seksi tu muncul dimuka pintu.
"Lyn, awak prepare surat tawaran untuk Cik Farisya sebagai driver saya."
Sesuatu yang tidak terduga
"Mak, Risya minta maaf pasal rancangan tu."
"Rancangan apa? Mak tak faham," sampuk Mak Timah pantas. Dia sempat mengangkat keningnya pada menantunya memberi isyarat yang dia hanya hendak mengenakan anaknya saja.
"Pasal nak kahwin dengan Zack tulah tapi mak pun salah. Mak dah tahu yang pelan tu tak jadi, kenapa mak tak beritahu Risya perkara yang sebenar? Nasib baik Risya tak diserang sakit jantung petang tadi. Mana taknya, tiba-tiba pengatin lelakinya bertukar. Terkejut beruk dibuatnya!" Farish Hakimi sudah tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Farisya yang perasan pada senyuman Farish Hakimi terus memandang suaminya dengan wajah yang masam.
"Pasal apa pulak senyum? selamba aje kenakan orang, lepas tu baut muka tak bersalah. Sama aje dengan mak. Susah sangat ke nak beritahu perkara yang sebenar sebelum majlis tadi?"
"Amboi, sedapnya mulut tu marahkan suami dia? Mak dengan Farish tak salah dalam hal ni. Sebelum nikah, Ustaz Mat dengan pak long kan masuk dalam bilik dapatkan tandatangan pengantin perempuan, kalau tak setuju kenapa Risya tandatangan?" Farisya bagaikan kehilangan kata-kata dia akui tiada siapa yang memaksa dia untuk menurunkan tandatangan itu. Dia begitu yakin dengan rancangannya hingga tidak langsung terfikir untuk meneliti terlebih dahulu borang nikah itu sebelum ditandatangani. Farisya sudah malas hendak memikirkan lagi perkara itu. semuanya sudah berlalu. Realitinya, dia kini menjadi isteri bosnya sendiri Farish Hakimi. Cerita bagaimana perkahwinan mereka boleh berlaku bukan lagi topik yang menarik hendak diperpanjangkan tetapi sekarang kisah hati dan perasaannya ini.
Saat - saat bahagia bersama
"Apa ni bang? kibas-kibas kat muka pulak. Abang ni nak bergurau tak kena tempatlah. Risya tak ada moodlah bang. Jomlah balik." Farish Hakimi terus meletakkan tiga keping kertas itu diatas paha Farisya sebaik sahaja dia melihat isterinya itu sudah memalingkan muka ke arah luar di bahagian tempat duduknya. Farisya yang merasakan ada sesuat yang diletakakn diatas pahanya terus berpusing untuk melihat. Farisya nampak tiga keping kertas diatas pehanya dengan wajah bosan dia mengambilnya juga. Namun wajahnya berubah. Tiba-tiba Farisya bagaikan tidak percaya yang suaminya sudah membeli tiket penerbangan ke United Kingdom.
"Biar betul bang? Abang saja nak kenakakn Risya kan?"
Farisya masih sukar untuk mempercayai apa yang dilihatnya. Senyuman sudah mekar dibibir suaminya, Farish Hakimi hanya mengangguk apabila Farisya memandang wajahnya bagaikan mencari kepastian. Wajah Farisya sudah berubah ceria jika tidak memikirkan yang mereka berada di tempat letak kereta, mahu saja tubuh suaminya itu dipeluk seeratnya. Farisya tiba-tiba bagai teringatkan sesuatu.
"Tapi kenapa ada tiga keping tiket? Ni mesti abang nak bawa Farah atau Suraya kan?"
Farisya bagaikan hilang mood kerana menyangka suaminya akan membawa salah seorang dari mereka untuk menemani ke United Kingdom. Farish Hakimi menggeleng.
"Siap kata abang nak bawa diaorang? Nanti Risya call mak suruh dia kemas barang. Baju-baju sejuk nanti kita belikan untuk mak kat sini." Bulat mata Farisya memandang Farish Hakimi. Senyuman sudah mekar dibibirnya.
"Maksud abang, abang nak bawa mak sekali?"
Farish Hakimi mencuit dagu isterinya. Farisya sudah tidak perlu jawapan dari suaminya. Dia berasa sungguh gembira sekali. Tidak sabar rasanya hendak memberitahu emaknya mengenai berita gembira ini. Lengan suaminya suadah dipaut erat.
"Sayanglah tu," usik Farish Hakimi.
FArisya hanya tersengih mendengarnya.
"Alah, kalau abang tak bawa pergi UK pun Risya sayang jugak." Pantas menjawabnya sambil mengeratkan lagi pelukan di lengan suaminya. Minggu depan Farisya, Mak Timah serta suaminya akan bercuti di rumah keluarga suaminya di United Kingdom. Seronok Farisya sudah tidak terkata.
Bila fitnah ditabur, akal tak mampu berfikir secara waras
Zamilah terus melangkah keluar dari kereta. Mak yam juga sudah memaut tubuh Farisya yang menjadi lembik tiba-tiba itu. Pantas Zamilah mengambil kertas di tangan Farisya. Terlopong mulutnya membaca ayat yang terkandung di surat itu.
Dengan nama Allah, aku Farish Hakimi Bin Farid dengan
ini menceraikan Nur Farisya Iman Binti Rashid dengan
talak satu. Besaksikan Farah Haleeda Binti Farid dan
Suraya Binti Adnan.
Merembes-rembes air mata Zamilah membacanya terus tubuh sahabatnya itu dipeluk dengan eratnya.
"Sabar, Risy, sabar." Zamilah dapat merasakan tubuh Farisya yang separuh menggigil itu. Pasti terperanjat dengan apa yang dibacanya sebentar tadi. Perlahan - lahan Zamilah mendongak ke arah Zack Kapcai yang sudah berdiri disebelahnya.
"Zack, FArish dah ceraikan Risya. Kita dah terlewat Zack."
Zack Kapcai mengeleng-geleng beberapa kali. Mak Yam yang mendengarnya sudah terduduk sama disebelah Farisya. Tiba-tiba Zack Kapcai terus menarik tangan Farisya.
"Tidak! kau jangan mengalah Risya. Apa pun berlaku rumah tangga kau masih boleh diselamatkan. Yang penting, kita mesti sampai di KLIA sebelum mereka bertolak. Cepat Risya, cepat. Milah jom." Pantas Zamilah menarik tangan Farisya masuk ke dalam kereta kancil. Amran yang duduk dibahagian hadapan hanya menundukkan kepala. Inilah natijah di atas segala perbuatan khianatnya. Kesal sungguh dia tapi apalah jika nasi sudah menjadi bubur.
Mampukah kehadiran Cikgu Zul mengubati luka hatinya
Woi...sudah-sudahlah tu berangan. Tak lari gunung dikejar. Macam mana keadaan Cikgu Zul?" tanya Zamilah yang sudah duduk berhadapan dengan Farisya.
"Alhamdulillah. Milah aku akan berkahwin dengan Cikgu Zul bulan depan." Zamilah tidak begitu terperanjat mendengar berita itu. Lagipun selepas Farisya pergi bersama mama Cikgu Zulhelmi tadi dia sudah dapat menduga berita seperti ini. Zamilah tidak mahu memberi komen mengenai soal itu. Padanya hanya akan menyokong sahaja. Apa yang penting saat ini adalah kebahagiaan sahabatnya. Zamilah menepuk lembut tangan sahabatnya.
"Mak kau dah tahu?" Farisya mengangguk.
"Dah, Cikgu Zul sendiri yang telefon mak aku. Sekali gus dai minta izin untuk buat majlis pernikahan kami kat rumahnyanya. Yalah dalam keadaan dirinya yang tak sihat, susah sikit dengan nak jalan jauh. Mak aku okey aje. ku sempat ckap jugak dengan dia tadi. DIa kata , asalkan aku bahagia, dia ikot saja." Perlahan kedengaran suara Farisya. Zamilah memandang lama wajah sahabatnya.
"Kau macam tak happy aje? Kau jangan paksa diri sebab kesiankan Cikgu Zul. Aku tak nak kau korbankan kebahagiaaan kau demi untuk membahagiakan orang lain," tegas suara Zamilah menasihatkan sahabatnya. Farisya melepaskan nafasnya lega. Kemudian dia membetulakn ikatan rambutnya yang hampir terlerai.
"Bukan sebab tu aku tak happy. Milah tapi aku agak ralat kenapa tidak dari dulu lagi aku menerima Cikgu Zul dalam hidup aku. Sekurang-kurangnya, jika aku ditinggalkan suatu hari nanti, tidaklah sepedih yang terpaka aku lalui bila diceraikan oleh suami sabegini rupa. Aku terlewat untuk menyedari keikhlasan cinta Cikgu Zul pada aku milah. Kalau masa boleh....."
zamilah terus menyampuk tiba-tiba.

Kesal bila rahsia kini terbongkar.
“Pandang aku Farah! Pandang aku!!!” Bergema jeritan
Farish Hakimi. Tubuh Farah sudh menggigil akibat takut yang teramat sangat bila
abangnya sudah naik angina.
“Apa dosa aku kat kau? Cakap! Apa dosa aku kat kau? Aku
abang kau Farah, abang kau. Darah daging kau. Kita dikandung dari Rahim yang
sama Farah.Kita beribu dan berayah dari orang yang sama Farah tapi kau lupa tu.
Mana pergi kepala otak kau? Mana?” Terus kepala Farah ditunjal berkali – kali.
Makin kuat esakan Farah.
“Hidup aku menderita Farah. Hidup aku musnah. Hidup aku
hancur! Sebab manusia yang berperangai binatang macam kau. Setan kau Farah!!!!”
Terus sebiji penampar singgah tepat dipipi kanan Farah. Terpusing Farah
dibuanya. Dia Terus tersungkur ke lantai. Bibirnya pecah, darah mula keluar
dicelah bibirnya. Tan Sri Farid sudah berlari mendapatkanFarish Hakimi yang
ingin menarik tangan adiknya untuk bangun semula.
“Dah tu rish. Kalau kau pukul dia sampai mati sekalipun
tetap takkan dapat merubah apa-apa Rish. Segalanya dah terjadi. Papa pun kesal
dengan apa yang dah terjadi Rish. Kesal sungguh papa dengan perbuatan Farah dan
Suraya yang tidak berperikemanusiaan tu,” ujar Tan Sri Farid cuba menenangkan
anaknya lalu terus dipeluk anak lelaki tunggalnya yang sudah menangis
terak-esak itu.
“Sabar nak, sabar. Ingat Allah banyak-banyak.” Lembut Tan
Sri Farid memujuk anaknya sambil menepuk – nepuk bahunya.
“Farish..”
Farish Hakimi terus merenggangkan pelukan Tan Si Farid
sebaik sahaja mendengar suara Mak Yam memanggilnya. Wajah Mak Yam juga
kelihatan murung.
“Mak Yam tak berniat hendak masuk campur daam urusan
keluarga Rish. Mak Yam minta maaf kalau kata-kata Mak Yam ni mungkin akan
menggores hati sesiapa tapi Mak Yam tak sanggup nak simpan lagi. Mak Yam tak
sanggup melihat penderitaan yang terpaksa dilalui oleh Risya gara-gara
perbuatan jahat orang lain. Farah kau tahu tak perbuatan kau bukan saja
menghancurkan rumah tangga abang kau tapi jugak telah membunuh satu nyawa yang
sepatutnya menjadi penyeri dalam rumah ini. Penyabung zuriat abang kau.”
Teresak-esak Mak Yam menjelaskan dengan suara yang tertahan-tahan. Farih Hakimi
sudah meluru kearah Mak Yam.
“Apa yang Mak Yam cakap ni?”
Tubuh tua itu digoncang. Makin kuat esakan Mak Yam,
lencun wajahnya oleh air mata.
“Rish, sebenarnya Risya mengandung. Dalam perjalanan
balik da KLIA, dia tumpah darah. Tak sedarkan diri. Zack dan Milah yang bawak
dia ke hospital dan doktor sahkan dia keguguran.” Farish Hakimi sudah melorot
jatuh ke lantai. Kakinya menjadi lembik tiba-tiba.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Edisi Drama ( 13 Episod )
Cerita ini akan bermual disiarkan pada 15 /2/2013 jam 10.05 malam di RTM 1 setiap khamis dan jumaat.
Episod 4
Selepas majlis akad nikah Farisya mencari Zack untuk mendapatkan penjelasan kenapa Zack tak hadir diwaktu pernikahannya petang tadi. Dalam diam Milah mengikut Farisya menjejaki Zack. Zack menceritakan hal sebenar Farish yang bayang membantu dan membersihkan nama mak Farisya dikampung. Kononnya mak Farisya teringin nak kahwinkan Farisya dengan orang kaya. Farisya terkejut bila penjelasan dari Zack keluhuran hati Farish. Selepas beberapa hari majlis perkahwinan mereka ,Farisya mengikut Farish pergi mesyuarat di kedah. Farisya terasa Farish mementingkan dirinya sendiri dan membiarkan Farisya sendiri.
Jom tonton link ini : Episod 4 CINTA KAU DAN AKU
Episod 5
Setelah berkahwin Farisya tidak dibenarkan keluar oelah Farish. Farisya merasa bosan dan dia mengambil peluang untuk keluar berjumpa Milah kawan baiknya. Bila balik saja Farish sudah pulang dan memarahi Farisya kerana keluar tanpa kebenarannya. Farisya meluahkan yang terbuku hingga mencetuskan perang dingin. Farisya juga meminta kebenaran untuk sambung belajar. Farish dan Farisya terkejut bila keluarga Farish dari UK datang dan paling mengejutkan bila bekas tunang Farish , Suraya turut serta bersama keluarga Farish.
Jom tonton link ini : -Episod 5 CINTA KAU DAN AKU
Episod 6
Jom tonton link ini : Episod 6 CINTA KAU DAN AKU
Episod 7
Jom tonton link ini :- Episod 7 CINTA KAU DAN AKU
Episod 8
Jom tonton link ini :- Episod 8 CINTA KAU DAN AKU
Episod 9
Jom tonton link ini :- Episod 9 CINTA KAU DAN AKU
Episod 10
Jom tonton link ini - Episod 10 CINTA KAU DAN AKU
Episod 11
Jom tonton link ini :- Episod 11 CINTA KAU DAN AKU
Episod 12
Jom tonton link ini :- Episod 12 CINTA KAU DAN AKU
Episod 13
Jom tonton link ini :- Episod 13 CINTA KAU DAN AKU
Kini drama dah melabuhkan tirainya. 13 episod sudah pun selesai.
Edisi Drama ( 13 Episod )
Cerita ini akan bermual disiarkan pada 15 /2/2013 jam 10.05 malam di RTM 1 setiap khamis dan jumaat.
Gandingan pelakon baru dan lama. |
Episod 1
Farisya Amani memohon kerja sebagai Driver disebuah syarikat kawannya berkerja. Kerana kecewa tidak dipilih tiba-tiba dia dilanggar oleh seorang lelaki yang bernama Farish Hakimi. Farish yang tidak perasan mengundang kemarahan pada Farisya.Disebabkan itu juga Farisya mendapat kerja yang diidamkan sebagai Driver. Hari pertama memulakan kerja farisya telah didenda kerana leka. Dia dihukum untuk membuat filing di bilik Farish. kerana keletihan Farisya tertidor di sofa. Alangkah terkejutnya dia kerana dimarahi oleh Farish lalu Farisya mengambil tindakan untuk berhenti kerja 24 jam.
Jom tonton link ini :- Episod 1 CINTA KAU DAN AKU
Episod 2
Farisya nekad untuk pulang kekampung untuk membantu emaknya dikampung menjaga warung tapi Farisya dipujuk oleh Farish untuk berkerja kembali sebagai driver dan juga Farisya dikehendaki tinggal di banglo mewah milik Farish bagi memudahkan Farisya menjalankan kerjanya yang tidak tentu sama. Farisya diarahkan oleh mengambil Miciko kawan baik Farish dari Jepun. Miciko memberitahu Farish jika dia suka pada Farisya, Farish perlu berusaha keras untuk memenangi hati Farisya. Farisya mengikut Kemana saja Farish pergi hingga lah suatu hari Farish mengajak Farisya pergi ke luar daerah. Farisya terpaksa menunggu Farish bermesyuarat hingga Farisya terpaksa melewatkan makan tengaharinya. Oleh kerana itu Farisya diserang gastriknya yang melampau. Farish risau keadaan Farisya yang menahan kesakitan akibat terlewat makan. Ini semua kerana Farish leka dengan Mesyuaratnya tadi hingga terlupa pada Farisya.
Jom tonton link ini :- Episod 2 CINTA KAU DAN AKU
Episod 3
Farisya mendapat panggilan mengatakan mak masuk ke hospital. Mak Farisya terkena serangan jantung dan perlu dibedah. Kos pembedahan telah ditanggung oleh Farish. Kerana terasa terbutang budi mak Farisya menguruh Farisya berkahwin dengan Farish. Kerana ke engganan untuk berkahwin dengan Farish, Farisya mencari sahabat baiknya Zack untuk menggantikan tempat Farish. Farish tidak mahu mendesak malah membiarkan apa yang Farisya ingin lalukan. Tiba dihari pernikahan Farisya terkejut bila Farish yang datang bukan Zack untuk acara pembatalan air sembahyang.
Jom tonton link ini : Episod 3 CINTA KAU DAN AKU
Selepas majlis akad nikah Farisya mencari Zack untuk mendapatkan penjelasan kenapa Zack tak hadir diwaktu pernikahannya petang tadi. Dalam diam Milah mengikut Farisya menjejaki Zack. Zack menceritakan hal sebenar Farish yang bayang membantu dan membersihkan nama mak Farisya dikampung. Kononnya mak Farisya teringin nak kahwinkan Farisya dengan orang kaya. Farisya terkejut bila penjelasan dari Zack keluhuran hati Farish. Selepas beberapa hari majlis perkahwinan mereka ,Farisya mengikut Farish pergi mesyuarat di kedah. Farisya terasa Farish mementingkan dirinya sendiri dan membiarkan Farisya sendiri.
Jom tonton link ini : Episod 4 CINTA KAU DAN AKU
Episod 5
Setelah berkahwin Farisya tidak dibenarkan keluar oelah Farish. Farisya merasa bosan dan dia mengambil peluang untuk keluar berjumpa Milah kawan baiknya. Bila balik saja Farish sudah pulang dan memarahi Farisya kerana keluar tanpa kebenarannya. Farisya meluahkan yang terbuku hingga mencetuskan perang dingin. Farisya juga meminta kebenaran untuk sambung belajar. Farish dan Farisya terkejut bila keluarga Farish dari UK datang dan paling mengejutkan bila bekas tunang Farish , Suraya turut serta bersama keluarga Farish.
Jom tonton link ini : -Episod 5 CINTA KAU DAN AKU
Jom tonton link ini : Episod 6 CINTA KAU DAN AKU
Jom tonton link ini :- Episod 7 CINTA KAU DAN AKU
Episod 8
Jom tonton link ini :- Episod 8 CINTA KAU DAN AKU
Episod 9
Jom tonton link ini :- Episod 9 CINTA KAU DAN AKU
Episod 10
Jom tonton link ini - Episod 10 CINTA KAU DAN AKU
Episod 11
Jom tonton link ini :- Episod 11 CINTA KAU DAN AKU
Episod 12
Jom tonton link ini :- Episod 12 CINTA KAU DAN AKU
Episod 13
Jom tonton link ini :- Episod 13 CINTA KAU DAN AKU
Kini drama dah melabuhkan tirainya. 13 episod sudah pun selesai.
Kat tv berape??
ReplyDeleteRTM 1 .... kita tunggu 15/2/2013 jam 10.05 malam setiap hari khamis dan jumaat gantikan cerita triologi cinta 2
Deletetak sabar nak tgk..novel kau dan aku nie best sngt2..da banyak kali baca tapi tak jemu2..=)
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah blog akak ni .... sekarang semua saluran TV sebuk menyiarkan drama adaptasi.... mungin dapat sambutan..... apa pun kita tengok sama2 best ke tak.... kalau novel memang tak disangkal bestnya mcm mana pulak dramanya .... huhhhuhuhu
Deletebuat link utk donload.. xsabar nak tgk.. tapi cuti sem dah nak habiss... pleaseeeeee..
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah kat blog akak ... insyaallah akak akan cuba download cerita ni ....
Deletesara ali rupanya..ingatkan adik bradik hanez suraya or sharifah amani tadi tengok. best la jgk versi drama ni.
ReplyDeleteakak pun setuju ... boleh tahan laaa cerita versi drama... tak byk laru dari novel kan ....
Deletemenarik. download tau akk. cuti sem da hbs. kat U takde tv. -,- hehe. terima kasih
ReplyDeleteinsyaallah akak akan masukkan setiap apisod dalam blog akak ni .... tunggu yeee..
Deletejangan la download. saksikan di http://www.rtm.gov.my/myklik/index.php?option=com_content&view=article&id=497:cinta-kau-dan-aku&catid=15:drama
Deletemmg best citer nie..even x minat bace novel but bile tgok first episod then bace blog nie..jd tringin nk bace novel cinta kau dan aku..huhhuu..
ReplyDeletekalau novel memang best.... bukan cerita ini saya boleh dikatakan semua karya siti rosmizah ni memang best.. tak rugi beli novel ni ...
Deleteada link episod 1 x? terlepas tgkla....nk sgt tgk ni
ReplyDeleteakak pun tengah cari linknya ... kalau dapat nanti akak upload yeee ....
Deleteepisod 1 ada tak ? nk tgk sgt. tp siaran tv1 tak dapat. huhu.. nak link..
ReplyDeletekalau ada nanti akak letak link yeee
DeleteBest tapi macam tak kena pulak sara ali jadi farisha. Huhu, sebab dalam novel kata farisha ni model, maksudnya tinggi laa. Tapi sara ali ni comel, macam lain sikit drpd watak novel tu laa. Huhu.
ReplyDeleteAneway, cite ni best :-)
Macma Farish pun kalau novel kita bayangkan seorang lelaki yang tinggi dan hensem kan tapi ok .. ok la pelakon sekarang. Kalau pelakon tu menjiwai watak tak cacat kot cerita ni ....
DeleteHi, masuk la website nie
ReplyDeletehttp://www.malaymovieonline.com
ada cerita Cinta Kau Dan Aku nie.
BTW abg writer ni is my superior.
thank liyana bagi info ... sebab ramai tanya pada yang terlepas tengok cerita ni lepas tu tanya link nak tengok balik kat mana .......tak tahu ...
Deletetonton secara halal dan sah di http://www.rtm.gov.my/myklik/index.php?option=com_content&view=article&id=497:cinta-kau-dan-aku&catid=15:drama
Deleteterima kasih Mizzyn .....
Deletenovel yg pertama saye pernah bace dalam hidup sye ialah Novel Ini CINTA KAU DAN AKU hohohohon best giller .. Rasa rasa tanpan juga farish hakimi.
ReplyDeletemana nak dapat novel ni aa...dah cari tp xjumpa..hadoii
ReplyDeleteHAI SEMUA SELAMAT PAGI, LAGI BERITA BAIK! BAGI PEMINAT-PEMINAT SITI ROSMIZAH, YANG MASIH BELUM MENDAPATKAN NOVEL KEDUA BELIAU IAITU CINTA KAU DAN AKU, BOLEH SEGERA ORDER DGN KAMI. STOK TERHAD YA. JOM FOLLOW STEP BWH NI :
Delete1.EMELKAN KEPADA KAMI DI sales@srpublication.com.my, subject ialah NOVEL CINTA KAU DAN AKU. SILA SERTAKAN DETAIL SEPERTI NAMA, ALAMAT, DAN NUMBER TELEFON.
2. TUNGGU RESPON DR KAMI SAMA ADA STOK AVAILABLE ATAU TIDAK. JIKA YA, KAMI AKAN BALAS EMEL ANDA DAN SERTAKAN NUMBER AKAUN.
3. BUAT BAYARAN DAN ATTACHKAN BUKTI BAYARAN DLM EMEL YANG SAMA.
4. KAMI AKAN POSTKAN NOVEL ANDA (CKDA).
* HANYA UTK NOVEL CINTA KAU DAN AKU( SITI ROSMIZAH). NOVEL LAIN BOLEH ORDER SECARA ONLINE DI LAMAN WEB KAMI. TERIMA KASIH.
mungkin boleh membantu .....( akak copy phase kat FB penulis novel ni )
baru je nak tengok kat utube.. thanks share review novel :)
ReplyDeletesama- sama.... dan terima kasih singgah ke blog akak ...
Deleteassalam kak. sy baru je abeskan tgk citer ni. best sgt! dulu citer ni mase dlm pantang, mmg xtgk la. thanx share akk.
ReplyDeletesama - sama .... satu je akak tak suka drama ni suasana cerita ni tak menarik perhatian akak......
Deleteyeke. sy suka. jln cerita mmg best sgt.
Delete- Salam sejahtera
ReplyDeleteMana nak dapatkan novelnya online...?
Cinta kau dan aku ni...kawan minta tolong carikan.
🙌🏼