Thursday 26 May 2016

NOVEL TAK PERNAH SESAL

Kasihmu ibarat air lautan.
Tak luak dek angin , ribut atau taufan yang melanda ....



Umie Nadzimah tidak mengecewakan peminatnya. Begitu juga karya terbaru Tidak Pernah Sesal. Kata beliau menu skrip yang lama dibiarkan sepi diolah berdasarkan kisah benar yang telah diubahsuai. 


Novel yang mempunyai 621 muka surat ini menyuntik kisah cinta Syed Azeem dan Syarifah Zania ( Lia Hana ). Tidak pernah sesal mengisahkan Syed Azeem yang putus tunang gara-gara bekas tunangnya pergi kahwin di Siam dengan lelaki pilihannya. Sye Azeem sedih bila Zalia ( bekas tunang) bertindak melarikan diri bersama kekasihnya. Pada Zalia, walaupun Syed melayannyanya dengan baik , tetapi Syed Azeem tidak dapat menggetarkan perasaan Zalia bila bersama. Selepas kejadian itu Syed Azeem merawat hati yang lara. Syed Azeem menguruskan kilang perabot ayahnya di Taiping.

Di Taiping , Syed Azeem berjumpa dengan seorang gadis yang bernama Lia Hana yang wajahnya tak tumpah seperti Zalia. Pada waktu itu Syed Azeem yakin gadis itu adalah Zalia. lebih menguatkan lagi bila Syed Azeem menyapa dengan pangilan  'Lia' dan Lia Hana turut menoleh. Walau bagaimana pun Lia Hana menafikan Syed Azeem tersalah orang. Syed Azeem pula tak puas hati terus mengekori Lia Hana. 

Beberapa kali terserempak dan menilik wajah Lia Hana, barulah Syed Azeem yakin itu bukan Zalia, bekas tunangnya. Zalia ada 1 lesung pipit manakala Lia Hana ada 2 lesung pipit. Manis dan cantik. Membuatkan Syed Azeem jatuh cinta sekali lagi. Bermacam cara dia lakukan untuk mendekati Lia Hana. Oleh kerana kilang tempat kerja Lia Hana dan Syed Azeem bertentangan. Syed Azeem mengambil kesempatan memerhatikan Lia Hana dari tingkap pejabatnya, agar dia boleh perhatikan Lia Hana dari jauh. 

Layanan yang baik dan perhatian yang Syed Azeem berikan akhirnya berjaya memikat hati Lia Hana. Syed Azeem sanggup merendahkan egonya dan membiasakan diri dengan kehidupan hari-hari Lia Hana.

Namun kisah cinta mereka yang semudah yang disangka. Ayah Syed Azeem tidak mahu menerima menantu yang tidak sama taraf. Ayah Syed Azeem bercita - cita untuk menyatukan semula Zalia dengan Syed Azeem. Zalia yang tidak alasan bila dipujuk dan mendapat lampu hijau dari Ayah Syed Azeem untuk memikat kembali Syed Azeem.

Konflik mereka bermula bila Syed Azeem diperkenal dengan Mak Lia Hana . Mak Lia Hana menetang keras bila mendapat tahu Syed Azeem adalah kerutunan Syed. Demi Ibu Lia Hana menjauhkan diri daripada Syed Azeem walaupun hati memberontak. Ditambah Ibu disahkan mengidap kanser.Tetapi Syed Azeem ni bukan jenis lelaki yang cepat mengalah. Sehingga ke London Syed Azeem mencari Lia Hana dan terus melamar Lia Hana di sana. Lia Hana, sebab dah sayang dan cintakan Syed Azeem, terus bersetuju dan meminta Naim datang untuk menjadi wali buatnya.

Pada saat inilah segala rahsia yang tersimpan terbongkar. Naim bukanlah abang kandung seperti pada sangkaannya. Lia Hana terus balik ke Malaysia untuk mengetahui rahsia yang yang disembunyikan selama ini. Lia Hana adalah anak angkat Jamalia dan mak tiri pada Naim. Sebelum itu Jamlia pernah berkahwin dengan Syed Hanafi ( ayah kandung Lia Hana ). Lia Hana dilahirkan kembar. Oleh kerana ibu kandung Lia Hana terlalu benci pada Lia Hana ( adik ) , Syed Hanafi menyerahkan adik pada Jamalia ( bekas isteri ). Ini berlaku kerana perkahwinan Syed Hanafi dan Jamalia tidak direstui keluarga.

Setelah Lia Hana diserahkan pada Jamalia , Jamalia menukar nama Sharifah Zania kepada Lia Hana agar kehidupan Lia Hana lebih selamat. Ibu kandung Lia Hana sengaja membenci anak itu kena ingin membalas dendam dan menyakiti hati suaminya.

Kerana Itulah Mak Lia Hana sangat menentang kerat bila Lia Hana ingin berkahwin dengan keturunan Syed. Mak cik Jamalia tidak mahu nasib Lia Hana jadi sepertinya. Berkahwin tanpa restu keluarga. Pada mata mak cik Jamalia Naim lah lelaki yang boleh menjaganya ketika mak cik Jamalia tiada didunia kelak.

Zalia tidak menyangka dia akan bertemu dengan kembarnya Lia Hana. Zalia baru sedar mengapa Syed Azeem mencintai Lia Hana kerana wajah mereka iras sama. Dengan bantuan Naim Syed Hanafi mengetahui keadaan Lia Hana. Penyatuan keluarga yang lama terpisah amat dihargai Lia Hana walaupun pada mula Lia Hana sukar untuk mempercayai apa yang berlaku.

Cinta banyak laut kata Syed Azeem pada Lia Hana disatukan bila keluarga merestui perhubungan mereka. Dendam yang bertahun dileraikan dengan kemaafan.


Sinopsis dari kulit novel 
Syed Azeem lelaki yang dilukai pada hari perkahwinan. Lalu berhijrah membawa diri untuk mengubat hati. Bertahun berlalu, tiba-tiba terserempak bekas tunang, rindu bercambah kembali. Sayang sekali gadis itu bukan Sharifah Zalia. Gadis unik itu Lia Hana namanya. Mereka seiras! Mengenali Lia Hana, baru dia tahu yang watak mereka berbeza, bagai langit dengan bumi. Syed Azeem jatuh cinta sekali lagi. Kali ini sungguh-sungguh cinta! Dan sayangnya berbalas! Namun, impian untuk membina mahligai bahagia tidak mendapat restu dari emak Lia Hana dan walid Syed Azeem.


“Hanya Naim yang boleh jaga dan lindungi Lia, emak tak percaya orang lain!” Tegas kata emak Lia Hana. Tetapi bukankah Abang Naim abang Lia Hana? Pening dengan sikap emak! Apakah rahsia yang emak pendamkan?

Tujuan mereka suci. Ingin cepat menghalalkan hubungan, mengelakkan dosa serta perlakuan maksiat, bukan sekadar cinta budak-budak hingusan, namun restu orang tua tidak boleh diabaikan.

“Nikah dengan saya? Dalam masa terdekat? ” - Syed Azeem.

“Sini (London)? Jalan kita tak mudah selepas itu, Azeem...” - Lia Hana

“Katakan ‘yes'. Kita perlu harungi berjuta-juta langkah di hadapan. Saya hanya nak Hana buat satu langkah saja, yang lain saya akan selesaikan…”

Adakah rancangan mereka untuk nikah jauh itu berjaya? Sedangkan kedua-duanya adalah anak yang baik dan sangat taat kepada orang tua masing-masing. Dalam masa yang sama, Sharifah Zalia muncul kembali untuk menagih kasih.

Bagaimanakah kesudahannya ‘cinta banyak laut Syed Azeem terhadap Lia Hana?'

Ikuti kisah mereka dalam TIDAK PERNAH SESAL..

3 comments:

  1. Berapa star novel ni akak..hehhe mcm berminat plak

    ReplyDelete
  2. saya day baca novel ni... best..Jalan cerita yg menarik..

    ReplyDelete