Thursday, 11 August 2016

NOVEL KLIK ! PENGANTIN MUSIM SALJU

Layakkah gadis brutal seperti aku jadi
pengantin untuk lelaki itu?


Kemunculan sebuah novel baru tahun ini ditunggu oleh peminatnya. Novel klik! Pengantin Muslim salju telah dilancarkan pada pesta pesta buku yang lepas. Saya tidak dapat membelinya kerana tersesat di MAEPS namun semuanya terubat bila novel ini saya beli di kedsi buku popular selayang mall ramadhan yang lalu.

Novel yang mempunyai 741 muka surat ini mengundang pelbagai rasa dan unsur kekeluargaan tetap menjadi keutamaan. Jom ikuti review dari saya untuk novel Klik! Pengantin Musim Salju. Kaseh Lateefa atau lebih dikenali sebagai Kay. Diusia yang muda memiliki syarikat dan studio fotografer sendiri dinamakan Klik. Minatnya yang mendalam tentang fotografer membuatkan Kay juga meyimpan kamera lama sebagai koleksinya. Penampilan yang brutal dan kasar membimbangkan ayah dan umie. Oleh kerana itu Umie ingin menjodohkan dirinya dengan anak kenalan rapatnya dulu. 

Satu insiden yang berlaku dirumah Adam putra sangat menjengkelkan. Ini semua gara-gara Karlisha Zandra , tunang Adam Putra yang mencuri baju milik arwah ibu Kaseh. Baju itu dihantar ke butik kerana untuk di kecilkan. Menurut Khalisha baju itu unik dan cantik . Khalisah tidak menyangka tindakan dirinya untuk mengambil baju itu akan memalukan diri sendiri. 


Pertemuan kedua di sebuah parti jualan kamera antik disebuah hotel. Di majlis itu dirinya bertambah serabut bila Khalisah Zandra turut ada bersama Adam. Kaseh yang menganggap Khalisha itu sebagai perempuan gedik sentiasa menyakitkan hatinya. Impian untuk memiliki kamera antik itu gagal dan hampa kerana ada orang lain telah memilikinya terlebih dahulu.

Pening kepala bila memikirkan bila umie dan walid sibuk menjodohkan dirinya dengan anak sahabatnya Izham. Walaupun Kaseh sering menolak , Umie bertindak untuk merahsiakan pertunangan Kaseh dan Izham. Kerana tertekan dengan  tindakan umie dan walid Kaseh nekad untuk melarikan diri. Dalam Kaseh melarikan diri Adam Putra datang sebagai penyelamat. Bukan penyelamat tetapi bala. Adam Putra meminta agar Kaseh membantunya untuk menjadi isteri olok-oloknya. Dihari yang sama Adam Putra terpaksa membatalkan majlisnya kerana pengantin perempuan tidak hadir di majlis perkahwinan dengan alasan tidak bersedia. 

Dengan ganjaran yang menarik Kaseh menerima tawaran itu. Adam Putra tak sanggup untuk memberitahu yang perkahwinannya dibatalkan. Adam Putra juga tidak mahu nenek sakit kerana menerima berita perkahwinannya terpaksa dibatalkan oleh kerana pengantin perempuan tidak hadir. Bermula dengan perbualan ditalian talifon nenek ( Ku Maryam ) rasa selesa dengan Kaseh. Ku maryam meminta Adam Putra membawa Kaseh ke Jepun untuk bertemu dan mengenali Kaseh lebih mesra. Ini membuatkan Adam Putra lebih pening. 

Dengan restu umie dan walid , Kaseh tiada pilihan untuk menerima tawaran Adam dan lebih- lebih lagi ini memberi keuntungan pada Klik. Dalam masa yang sama Kak putri menerima Klik sebagai photografernya untuk busana muslimah milik kak putri. Episod di jepun bukan satu tugasan yang mudah. Kaseh perlu berdepan dengan sepupu Adam Putra yang bernama Hud Mekail . Perasaan suka dan sayang mula hadir tetapi selalu dinafikan oleh Kaseh. Renungan mata Adam Putra seperti renungan yang dicari selama ini. Semuanya terbongkar bila Adam Putra meluahkan rasa cinta pada Kaseh dan ingin memperisterikan Kaseh. Bagi Adam Putra , dia akan lemah bila bersama Kaseh. 

Kaseh menceritakan apa yang terjadi 10 tahun dulu ketika diusia 15 tahun. Satu peristiwa yang merubah dirinya menjadi dirinya lebih kasar. Sebenarnya , Adam Putra sudah menjadi penyelamat dari dulu lagi. Adam putra juga yang membawa Kaseh ke hospital dan menderma darah untuk Kaseh. 

Kalisha zandra datang membongkar siapa Kaseh didepan nenek. Kalisha berpakat dengan Hud untuk memisahkan Kaseh dan Adam putra. Nenek yang terkejut yang Kaseh bukan isteri Adam lalu jatuh sakit. Ini membuat Kaseh rasa bersalah. Keputusan Kaseh nekad untuk meninggalkan Adam tetapi dihalang oleh nenek. Keikhlasan Kaseh patut diberi peluang kedua. Pernikahan yang berlangsung di kota jepun dipenuhi salji yang lebat seakan merestui majlis pernikahan yang mereka yang serba ringkas. 

Puas bermadu kasih di Jepun Kaseh dan Adam Putra balik ke Malaysia. Kaseh dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang hampir meragut kesucian dulu. Zubir nama yang tak pernah padam dalam ingatan Kaseh. Zubir adalah bapa saudara Adam Putra. Adam Putra cuba memujuk Kaseh dan memberi tahu yang Zubir juga telah menerima balasan atas kesalahannya yang lampau. 

Dalam mereka menyelami erti cinta Hud dan kalisha tidak pernah berhenti usaha untuk memisahkan Adam dan Kaseh. Kerana sifat cemburu Adam satu salah faham berlaku. Hud yang sengaja dan tahu kelemahan sepupunya mengundang satu curiga pada Kaseh. Adam menghilangkan diri tanpa berita. Dengan pertolongan Zubir , Adam Putra kembali pada kaseh . Adam Putra mengaku kesilapan meninggalkan Kaseh adalah satu kesilapan besar kerana terlalu mengikutkan perasaan sendiri. 



Sinopsis dari novel

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.



Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?



Sedikit sedutan dari keratan dalam novel 
AKU menjeling sekilas ke arah Nana yang sedang menanti di dalam kereta. Dalam kegelapan malam, aku mundar-mandir di hadapan banglo dua tingkat ini. Siap dengan tudung di kepala. Yelah, kalau aku tak pakai tudung mesti dia tak cam pulak sebab siang tadi aku bertudung. Lagipun dia bukan perasankan aku semasa di studio pagi tadi. Dengan penampilanku yang ala-ala lelaki tu... confirm dia tak cam! Aku tak mahu merumitkan keadaan.
Tangan kiri dan tangan kanan memegang besi pada pintu pagar manakala wajah kulekapkan pada pintu pagar yang dicat dengan warna coklat gelap ini. Lagakku seperti penjenayah dalam penjara. Kay, betul ke kau nak teruskan dengan plan C? Plan yang berisiko tinggi ni?
Nafas kutarik dalam-dalam. Apa lagi cara yang aku ada? Jangan cakap aku tak tekan loceng. Dah berpuluh kali kut aku tekan, namun tak ada langsung respons minah salih celup tu. Nak kata dia tidak ada di rumah, kereta BMW putih tu elok sahaja terparkir di dalam garaj. Selain itu ada beberapa lagi kereta mewah di dalam kawasan rumah.
Huh! Aku nekad. Aku harus laksanakan juga plan C ini.
Kepala berpusing ke kiri, ke kanan dan ke bahagian belakang. Line clear! Lagipun kawasan ni memang sunyi. Berbekalkan lampu jalan yang suram menyinar, aku terus memanjat pintu pagar dengan hati yang berdebar-debar. Ah, kerja panjat-memanjat ni memang my forte! Kacang aje. 
Baru sahaja kaki hendak mencecah lantai, ada suara lelaki yang bertempik kuat membuatkan aku gelabah.
“Hoi!”
Terus sahaja aku hilang imbangan dan terjelepok di atas lantai kawasan rumah ini.
Inilah lelaki yang datang bersama si bimbo itu ke studio aku. Saat mata aku dan dia bersatu, jantungku sudah tidak mampu lagi untuk berdegup seperti selalu. Rasa sakit akibat terjatuh tidak kuhiraukan. Terus sahaja aku bangun. Perasaan gerun apabila sepasang mata itu mencerlung tajam ke arahku kutolak ke tepi. Apa? Ingat dia sorang aje ada mata? Lu silaplah bhai! Bulat mataku menjegil ke arahnya kembali.
Terus sahaja dia menerpa ke arahku seperti helang yang menerkam mangsanya. Terkejut punya pasal dengan gerak-geri agresifnya itu, aku kelam-kabut berundur ke belakang sehingga tidak ada ruang lagi untuk aku berbuat demikian. Akhirnya aku tersandar rapat pada pintu pagar. Memang aku boleh bantai dia ni kalau aku nak tapi, aku tidak mahu mengusutkan situasi.
Kedua-dua belah tangan kuangkat tinggi. Bau wangian yang sangat maskulin menerpa masuk ke ruangan hidung.
“En... en... encik... sa... saya....”
Tergagap-gagap aku bersuara apabila si dia berada kurang dua tapak dariku. Wajah berangnya diraup kasar dan anak matanya kembali mencerlung tajam ke arahku. Kenapa seperti ada sesuatu dengan anak matanya itu?
“What a joke!” sindirnya dengan sinis. Kepala digelengkan. “Gadis bertudung litup pun dah pandai merompak zaman sekarang ya.” 
Aku segera menggawangkan kedua-dua belah tangan di hadapan wajahnya. “No... no! Saya bukan nak....”
Aku tergamam apabila dia menarik kasar lengan kiriku. Sebelah tangannya mengeluarkan kunci kereta dan aku diheretnya ke arah salah sebuah kenderaan mewah. Rasa gelisah dan marah bercampur baur saat ini. Bukan aku tak mahu lawan tetapi, aku tidak mahu keadaan menjadi sukar. Pedih terasa lengan gara-gara dicengkam kuat oleh lelaki berkemeja biru ini. Bibir kuketapkan dengan serapat-rapatnya.
“Encik... nak bawa saya ke mana?”
Kelam-kabut aku bersuara sebaik sahaja dia membukakan pintu kereta untukku. Tercengang aku apabila dia memaksa aku untuk masuk ke dalam kereta. Aku datang nak ambil baju arwah ibu, bukan nak naik kereta mewah ni! Hah, sudah! Ke mana pula hendak dibawanya aku?
“Biar saya jelaskan semuanya. Let me go!” jeritku sambil memandang tepat wajah ketat lelaki ini.
“Masuk! Jelaskan kat balai aje nanti,” katanya dengan garang.
Huk aloh! Bakal isteri kau yang curi baju aku tapi aku, mangsa sebenar dalam kes ini pula yang hendak dibawa ke balai polis. Cantik betul muka kau!
“Encik... saya datang ke sini bukan nak merompak. Saya nak ambil baju saya dari Karlisha Zandra aje,” ujarku dengan bersungguh-sungguh.
Perlahan-lahan aku mengumpul kekuatan. Relaks Kay... bukan salah kau pun. Jangan takut!
“Alasan! Orang macam ni memang banyak kat luar sana tu. I won’t let you go this time. Takut nanti entah rumah siapa-siapa pula kena rompak. Prepare yourself to sleep in the jail tonight!”
Dasar lelaki poyo! Mentang-mentang badan sado, mentang-mentang ini rumah dia, ingat aku takut? Tadi, memang betul aku sedikit resah tapi sekarang tidak lagi. Sakit pulak hati aku dengan si poyo ni. So annoying!
“Saya bukan perompaklah! Cik Karlisha Zandra tu yang sebenarnya penyamun tarbus! Awak tahu tak yang dia dah curi baju saya dari Lola Boutique siang tadi?! Banyak kali saya call dia tapi, dia langsung tak jawab. Saya ada tinggalkan komen di ruangan Instagram milik dia tapi, dia delete komen-komen saya tu!” luahku dengan berang.
Tersentak sedikit kulihat muka lelaki berkulit cerah ini. Mungkin tidak sangka yang aku berani melawan kata-katanya dengan tegas. Tidak lagi dia mencengkam lenganku. Dengan pantas aku mengusap kawasan lengan yang sudah pun lebam.
“Bila saya datang ke sini, saya tekan loceng berjuta kali tapi... takde siapa bukakan pintu,” jelasku lagi bersama wajah yang berkerut menahan sakit.
“So, tell me what should I do?” soalku sambil menjegilkan mata ke arahnya. Terus sahaja aku masuk ke dalam kereta. “Baik! Awak nak sangat ke balai polis, kan? Jom! Tapi, kalau kebenaran tersingkap nanti... bila satu Malaysia dah tahu, awak dan family awak, jangan lupa serkup baldi di kepala bila keluar rumah ye. Kaya tapi mencuri hak orang! What a shame!”

No comments:

Post a Comment