Selamanya disisiku pilihan saya untuk review kali ini . Novel diberi oleh pihak penerbit Bes Q kerana saya memenangi review novel salah satu dari novel terbitannya. Dhila Asyfa seorang penulis baru yang baru berjinak-jinak ke dunia penulis. Novel ini mempunyai 405 muka surat ( nipis je ). Pada saya yang biasa membaca novel ini ada yang tak sampai matlamat. Jalan cerita menarik dan satu bahan bacaan ringan .. saya suka .
Jom ikuti review dari saya untuk novel ini . Dafina Eryna menerima Ilman Akhil sebagai suami tanpa sebarang bantahan. Penyatuan itu dari pilihan keluarga , Eryna redha ketentuan dariNya. Eryna juga pernah ditinggalkan oleh kekasihnya.
Perkahwinan mereka bermula dari mengenali hati budi masing-masing walaupun agak kaku diantara mereka berdua. Ilman yang sangat peramah , membuatkan Eryna selesa. Ilman yang dikenal dengan suka mengusik dan didak lokek memperkenalkan Eryna pada saudara-maranya. Ilman yang mempunyai keluarga besar mempunya pelbagai ragam yang perlu dilalui oleh Eryna hingga tidak kering gusi.
Eryna tidak mengambil cuti yang lama untuk perkahwinannya. Bila di hari pertama Hazri datang merayu agar Eryna menerima dirinya kembali. pertengkaran Eryna dan Hazri disaksikan oleh Ilman hingga Ilman turut cedera tanpa sengaja.
Ini membuatkan Ilman terasa hati. Oleh kerana mereka baru mengenali antara satu sama lain Ilman berpesan agar Eryna tidak menyembunyikan perkara ini lagi darinya.
Bila cinta mula mekar , mereka diduga dengan kehilangan Ilman di ladang. Hati Eryna mula tidak senang dan nekad untuk mencari suaminya sendiri diladang. Walaupun kelaurga mentuanya tidak membenarkan Eryna tetap pergi degan bantuan sahabatnya sarah.
Kehadiran Hazri saat Eryna kehilangan Ilman menguji hati seorang perempuan. Namun Hazri perlu ditolak tepi demi cintanya pada Ilman.
Eryna merasa lega bila Ilman ditemui dalam keadaan selamat tetapi malangnya Ilman tidak mengenali Eryna. Eryna seperti orang asing buat Ilman. Walaupun pelbagai cara Eryna lakukan Eryna perlu tabah untuk mendapatkan Ilmannya kembali.
Ilman sedar Eryna tidak pernah putus asa untuk memulihkan ingatannya kembali. Ilman juga berusaha untuk menjadi Ilman seperti dulu. Menerima Eryna dan melayari kehidupan rumahtangga yang baru dibina.
Sinopsis dari kulit novel
Penyatuan mereka di atas pilihan keluarga. Dafina Eryna yang ditinggalkan kekasihnya menerima Elman Akhil tanpa sebarang bantahan.
Alam perkahwinan mereka cukup bahagia umpama mimpi jadi nyata. Elman seorang penyabar, Eryna kadang kala menyimpan seribu satu rahsia. Perbezaan tidak menghalang mereka menyemai rasa cinta bersama.
“Abang tak pasti apa yang menganggu fikiran Eryna. Cuma satu yang abang minta, Eryna jangan cuba sembunyikan apa-apa daripada pengetahuan abang. Setiap apa yang Eryna pendam selama ini, abang perlu tahu. Sebab, abang suami Eryna.” – Elman Akhil
Bahagia yang diharap akan sentiasa mekar dan berbunga diduga dengan takdir Illahi. Elman hilang di kawasan ladangnya. Hati Eryna resah gelisah.
Dalam tidak sedar, Hazri Iskandar datang kembali di dalam hidup Eryna. Menguji hati seorang wanita yang sedang kehilangan suaminya.
“Hanya satu sahaja yang saya harap awak lakukan sekarang ni. Doakan semoga Abang El selamat. Dan, Hazri mungkin awak tak faham apa maksud ayat saya selama ni. Saya tak nak jumpa dan lihat muka awak lagi. Cukuplah kehadiran awak kusutkan fikiran saya. Hati dan perasaan saya sekarang ni hanya untuk Elman seorang.” – Dafina Eryna
Pengharapan kembali bersinar apabila Elman ditemui selamat. Namun, sinarnya seakan pudar dengan keadaan Elman yang cukup menguji hati dan perasaan Eryna.
“Abang pernah tanya saya satu soalan dahulu. Kalau lelaki yang ada di hadapan saya ni bukan lelaki yang sama selepas ni, saya akan tinggalkan abang ke?”Berkerut dahi Elman mendengar apa yang aku katakan.
“Saya akan tetap setia dengan abang.”
Dugaan demi dugaan melanda. Setiakah Elman Akhil? Dapatkah Dafina Eryna bersama hingga ke akhir dengan lelaki yang cukup asing baginya?
Alhamdulillah, terima kasih kak sudi review.. Maaf mana-mana kekurangan yang ada. Saya akan perbaiki untuk karya yang akan datang. Terima kasih sekali lagi. ;)
ReplyDeleteSebenarnya cerita ini menarik kalau diperkembangkan. Tahniah kerana berjaya diterbitkan. Saya percaya setiap yang pertama pasti ada yang kedua .. Teruskan usaha untuk mewarnai dunia penulisan.
Delete😊
DeleteInsyaAllah jika ada rezeki untuk yang kedua, saya update di fb nanti. Terima kasih sekali lagi.