Thursday, 3 May 2018

NOVEL CIK ISTERI DAN ENCIK SUAMI

Dah Lama kejar Bayang Kini Abang datang , sayang

Dah lama tak buat review novel. Novel yang saya pilih untuk review adalah Cik Isteri dan Encik Suami dari penulis Airisz. Pilihan tajuk Cik dan Encik masih dikekalkan. Dari novel Cik bunga dan Cik Sombong terus menambat hari saya untuk terus memiliki karya penulis ini. Novel santai dan bersahaja yang mempunyai ketebalan 470 muka surat. Novel ini saya beli di pesta buku PWTC. 
 
Jom Ikuti review dari saya. Kisah Cantek Safia dan Hud Khusairi empat tahun lalu mereka disatukan kerana pilihan nenek mereka ingin mengeratkan talian persahabatan. Namun Safia tidak puas hati dengan sikap Hud seperti sejuk beku. Perkahwinan yang mampu bertahan dua tahun diakhiri bila Safia memohon penceraian. Akibat penceraian itu semua orang menyalahkan Safia kerana terlalu pentingkan diri sendiri. 
 
Selepas 2 tahun penceraian Safia dan Hud diketemukan semua. Alangkah terkejutnya bila Safia terpaksa berdepan dengan Hud sebagai ketua bahagian ditempat kerja. Hari pertama sahaja Safia ingin berhenti kerana sikap Hud. Atas nasihat mama Safia untuk berhenti dihalang dan menasihatkan agar Safia terus berkerja. 
 
Pada Hud ini peluang untuk dia menebus segala kesilapannya melepaskan Safia 2 tahun dulu. Sikap Hud membuatkan Safia kurang selesa dan ada kalanya Hud suka menggunakan kuasa vitornya sebagai boss mendesak Safia. 

Status janda dirahsiakan dari rakan sekerja Safia dan tiada orang tahu safia sebenarnya adalah bekas isteri Hud. Ditambah pula Cik Aida menyimpan perasaan pada Hud sekian lama. Cik Aida pula sengaja membuat cerita memfitnah bekas isteri Hud yang bukan bukan. Ini membuat Safia sakit hati. Hinggalah satu hari nenak Safia sakit dan ingin berjumpa dengan Hud. 
 
Hud dan Safia pulang kekampung sekali membuatkan semua orang terkejut. Nenek yang sakit terlalu sayang pada Hud hingga mereka terpaksa berlakon depan nenek yang mereka tidak pernah ada masalah. Kepulangan Hud menceriakan keluarga Safia.
 
Dalam diam Hud dan ibunya datang untuk melamar Safia. Dalam perbincangan keluarga Safia dan Hud nikahkan semula demi nenek yang sakit. Hud mengambil peluang untuk menebuskan kesalahan dan ingin menjadi suami yang baik bukan suami sejuk beku. Keluarga Safia menasihatkan agar Safia tidak mengikut perasaan dan mudah mohon cerai dan sebagainya. 

Pernikahan Hud dengan bekas isterinya membuat tanda tanya pada semua staff Hud. Atas permintaan Safia pernikahan semula perlu dirahsiakan dari semua staff. Safia ingin tahu apa tindakan Cik Aida yang tak taidak pernah puas hati. Melayari rumah tangga dengan pelbagai dugaan. Oleh kerana Hud menolak cinta Cik Aida , Cik Aida sekali lagi menabur fitnah hingga Hud digantung kerja. 
 
Setiap perbuatan buruk pasti ada musibahnya. kegiatan Cik Aida dapat ditangkap oleh pegawai baru. Cik Aida yang ingin menyandang jawatan Hud kecewa bila dirinya tidak dipilih. Cik Aida berhenti kerja akibat malu. 
 
Safia disahkan mengandung , dia terpaksa berhenti kerja kerana telah berjanji dengan Hud akan berhenti apa bila disahkan mengandung. Kawan baik Safia terus mengesyaki yang Safia ada hubungan dengan Hud tapi dinafikan hingga Safia berhenti kerja. 
 
Bagi tidak mahu berburuk sangka akhirnya Safia mengumumkan sebenarnya dia adalah isteri kepada Hud dan dia juga pernah menjadi bekas isteri Hud. Cik Aida malu dengan Safia melihat hidupnya tidak pernah bahagia menjadi isteri. Sebelum ini dia sering memburukan bekas isteri Hud yang curang dan sebagainya. Segalanya terjawab , kebahagiaan Safia dan Hud lebih berseri dengan kehadiran sicomel. 
 

Sinopsis dari kulit Novel

Dah lama kejar bayang, kini abang datang, sayang.

AKU? Nama aku Cantek Safia. Muda lagi, tapi dah jadi janda. Siapa kata perkahwinan pilihan orang tua akan kekal hingga akhir hayat? Tipu semua tu.

Semua marahkan aku kerana alasan aku bercerai dengan menantu pilihan nenek sangat tidak boleh diterima akal. Hanya kerana dia lelaki sejuk beku dan aku rasa dia suami tanpa perasaan, aku tarik diri dari hidupnya. Hidup seorang Hud Khusairi.

Dua tahun pegang status janda, tiba-tiba bertemu dengan dia semula. Di tempat kerja yang sama dan lebih menyakitkan hati, dia ialah ketua aku sekarang. Entah apa mimpi dia, dia macam cuba berbaik semula dengan aku.

“Esok abang jemput Fia.”

“Tak payah. Fia pergi dengan Kak Nor. Kak Nor sebulan kena kerja kat Shah Alam.”

“Jangan menyusahkan orang, Fia.Abang kan ada.”

“Abang siapa buat Fia?”

“Bukan sesiapa, tapi abang sentiasa ada untuk Fia.”

“Abang dah hilang akal ke?”
Dan akhirnya aku tahu Hud bukan cuba berbaik dengan aku, sebaliknya lain ceritanya. Kak Mona, teman sekerja aku kata, Hud selalu akhir-akhir ini menghimpit makan sekali dengan geng kami waktu tengah hari. Dia dengan yakinnya berkata, Hud nak mengurat Annisa yang cun itu.

Huh! Buat penat aje aku perasan. Dahlah Cik Aida pun duk target lama dah Hud tu. Memang Hud Khusairi digilai di sini dan dianggap duda yang seksi dan hot. Kalau ikut menyampah, aku dah nak letak jawatan, tapi mak paksa aku bertahan pula.

Macam mana aku nak jalani hari-hari dengan menghadap bekas duda aku di tempat kerja? Lagi satu, aku kena rahsiakan hal aku ini janda Hud sebab semua orang ingat bekas isteri Hud tu jahat orangnya. Sakit hati betul!
 
 

No comments:

Post a Comment