Thursday, 9 January 2020

NOVEL I PROMISE

Jaga kamu I Promise sampai mati 


Dah lama tak baut review novel , kali ini novel I promise jadi pilihan. Siapa yang tak kkenal pemulis berbakat besar sentiasa melahirkan karya yang sangat best. Novel setebal 706 muka surat mampu membuat anda tersenyum sendiri. Jom kita review novel ini. 

Kisah bermula Hayla terpaksa berkahwin dengan anak orang kaya Haji Nordin , Zafran. Walau Hayla enggan pada mulanya tetapi hasrat nenek yang sudah tua Hayla turutkan menerima Zafran sebagai suami. Niat Haji Nordin mengahwinkan Zafran dengan gadis kampung yang polos mampu mengubah kehidupan anaknya tetapi gagal. 

5 tahun kehidupan hayla berubah , Berpakaian seluar dan Tshit adalah larangan pada Zafran. Zafran mahukan isterinya kelihatan cantik dan berfesyen. Segala keperluan dan kemewahan dimiliki sejak menjadi isteri Zafran cuba 1 .. cinta dari Zafran. Kerana cinta Zafran dimiliki oleh Julia. Kekasih gelap Zafran yang disimpan sekian lama. Hayla telah diberi amaran agar tidak memberitahu Hj Nordin perhubungan Julia dan Zafran jika tidak badan Hayla menjadi mangsa. Sepak , penampar , terajak sudah lali ditubuhnya. Jika ada silap sikit pastinya tubuhnya menjadi mangsa amarah si suami.

Zafran terpaksa menyimpan Hayla kerana harta Haji Nordin. Haji Nordin pernah memberi amaran jika Hayla diceraikan Zafran tidak akan mendapat apa apa dari papanya. Kerana itu juga Zafran tidak boleh berkahwin dengan Julia. 

Suatu hari Hayla nekad untuk melarikan diri bila dirinya tidak tahan dengan sikap Zafran. Dengan bantuan orang gaji Hayla berjaya melarikan diri.  Beberapa kali pertemuan Hayla tidak sedar yang selama ini dia tinggal dirumah agam Tuan Anaqi. Dengan pertolongan Cik Dan pembantu rumah Tuan Anaqi. Hayla diteima menjadi tukang kebun dirumah Tuan Anaqi. 

Tuan Anaqi lelaki luar biasa m Dia diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat. Semua bermula Anaqi menjadi anak angkat kepada jutawan. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Setiap malam pill tidor sahaja yang boleh melelapkan matanya. Kehadiran Hayla juga menjadi penawar pada Tuan Anaqi. 

Zafran dapat menghidu dimana Hayla tinggal ini membuatkan Zafran naik minyak hingga Zafran hilang kawalan kemarahannya. Sekali lagi Hayla menjadi mangsa . Kini dia terus nekad untuk untuk memberitahu bapa mertuanya Haji Nordin. Teramat terkejut bila melihat keadaan Hayla yang yang lebam lebam kesan dipukul. Pada mulanya Haji Nordin gembira kerana Zafran memberitahu yang Hayla sudah kembali kerumahnya. Tetapi melihat keadaan Hayla Haji Nordin membuat keputusan agar Hayla bercerai. Haji Nordin rasa bersalah mengahwinkan Hayla dengan Zafran. 

Selesai proses perceraian Hayla menerima sekeping chq dari bekas mertuanya untuk kegunaan kehidupan baru. Hayla bersyukur kerana Cik Dan dan Tuan Anaqi menerima dirinya. Hayla terus berkerja sebagai tukang kebun dirumah agam. Kehidupan Hayla semakin lega kerana bebas dari cengkaman Zafran. 

Dirumah Tuan anaqi , Hayla semakin selesa. Tuan anaqi tidak seperti dulu yang lebih mendiamkan diri. Perasaan yang tidak pernah mengenal erti cinta disuntik mengenal erti sayang. Biarpun rasa diri tak layak memiliki cinta tetapi jiwa tenang Hayla memberanikan diri untuk menjadikan Hayla pemaisuri hati. Mereka menikah dalam senyap. Demi keselamatan diri Hayla pernikahan perlu dirahsiakan. Tuan Anaqi risau musuhnya akan mengambil kesempatan.

Dalam menyulam kasih , satu tragedi yang dijangka telah berlaku. Demi keselamat diri Hayla, nyawa Anaqi menjadi teruhan. Kehilangan Anaqi menjadi tanda tanya. Hidupkah Anaqi , Jika mati mana mayatnya itu yang menjadi persoalan pada diri Hayla.

Dendam Zafran tak pernah pudar bila hidupnya semakin susah. Zafran sentiasa mengganggu hidup Hayla dengan meminta wang yang Haji Nordin hadiahkan. Sejak Zafran bercerai dengan Hayla Zafran tidak lagi mendapat wang dari Haji Nordin malah rumah banglo yang didiami Hayla dan Zafran juga ditarik balik. Zafran semakin tertekan dengan kemahuan isterinya yang bermewah tak bertempat. Dulu semasa hidup bersama Hayla segalanya ditanggung oleh Hj Nordin. Kini semuanya sendiri.

Siapa sangka Anaqi kembali , rasa bersyukur dipertemukan kembali. Allah kabulkan doanya untuk menikmati cintanya yang hilang beberapa bulan. Anaqi membuat keputusan untuk mengumumkan pernikahannya demi kebaikan semua. Anaqi berjanji akan menjaga Hayla selagi dia ada. Melayari cinta bersama Anaqi terlalu indah hingga Hayla mampu untuk melupakan kisah hitam hidup bersama Zafran. I promise jaga you sampai mati. 


Sinopsis dari kulit novel 
Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z.

Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda 'tak berperasaan', perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka 'tuan' yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah!

Dan Anaqi pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba.

Tapi bagi Anaqi pula, cinta Hayla tak layak disambut. Bagaimana tangan yang kotor ini mahu membelai gadis sesempurna itu? Dia bukan lelaki yang baik. Dia seorang pembunuh! Dan hubungan mereka pasti akan menjadi satu 'tiket' untuk musuh-musuhnya memusnahkan segala bahagia yang mereka cipta bersama.

"Kalau ini yang terbaik untuk kau dan aku, then let's love each other. Tapi sekali kau datang pada aku dengan cinta, selama-lamanya kau tersekat bersama aku. I will never let you go, I promise." ~Anaqi

Tapi, mudahkah perjalanan mereka semudah melafaz satu janji?

No comments:

Post a Comment