Bukan ini kisah yang aku mahu
Review kali ini pilihan novel bakal diadaptasi Seadanya Aku. Novel setebal 475 muka surat. Cerita santai tentang 3 sahabat membibitkan rasa cemburu bila melihat kelebihan seorang kawan. Perasaan cemburu mengundang kemusnahan pada orang lain dan diri sendiri. Jom ikuti review tentang novel ini.
Kali ni kisah pengkhianatan kawan baik sendiri. Aufiya, Wina dan Zureen ni duduk serumah dan kenal dari sekolah lagi. Tapi, dua - dua dengki dengan Aufiya ni. Ada saja tak puas hati itu dan ini. Macam Wina sebab Zarul tak ada plan pun nak kahwin dengan dia walaupun lama bertunang, Zureen pula sebab single. So dua - dua ni bermuka - muka depan Aufiya.
Aufiya dan Taufik sedang menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Namun, pada hari tersebut, Taufik menghilangkan diri. Keliru dan ragu menjadi teman Taufik ketika itu. Walaupun Taufik tahu kisah silam Aufiya. Taufik juga yang bersetuju untuk meneruskan pernikahan mereka setelah menerima seadaanya Aufiya. Tetapi semuanya berubah bila Taufik tidak muncul dihari pernikahan mereka. Dalam kekalutan ketika majlis pengantin Lelaki tidak ada muncul Zarul, kawan baik Taufik merangkap tunang Wina, kawan baik Aufiya sendiri datang menawarkan diri.
Terpaksa.. Itulah alasan Aufiya menerima Zarul demi menutup malu keluarga. Keluarga Aufiya menganggap kehadiran Zarul sebangai penyelamat. Ketika majlis Wani dan Zureen tidak hadir ke majlis Aufiya kerana sebab sebab tertentu. Aufiya nekad untuk sembunyikan siapa suaminya demi persahabatan Aufiya dan Wani. Namun, tak henti rasa bersalah terhadap Wina kerana telah merampas Zarul. Perasaan bersalah itu juga hingga ada ketika dia tidak berani untuk berlebihan dengan suaminya di khalayak ramai. Adakalanya tindakkan dia juga memberangkan dan mengecewakan Zarul dan Ini membuatkan Zureen tertanya tanya dan mencari siapa suami Aufiya.
Ketika bahagia mula tercipta, Taufik muncul semula menuntut hak. Dan, kejadian hitam yang menimpa Aufiya ketika di kolej dulu kembali menghantui dengan kemunculan Hadi. Aufiya dirogol Ikmal ketika pulang dari kelas ke rumah sewanya dan dalangnya adalah Farah, kawan baik Aufiya sendiri. Taufik lari pada hari perkahwinan mereka pun berpunca kejadian tersebut.
Ketika bahagia mula tercipta, Taufik muncul semula menuntut hak. Dan, kejadian hitam yang menimpa Aufiya ketika di kolej dulu kembali menghantui dengan kemunculan Hadi. Aufiya dirogol Ikmal ketika pulang dari kelas ke rumah sewanya dan dalangnya adalah Farah, kawan baik Aufiya sendiri. Taufik lari pada hari perkahwinan mereka pun berpunca kejadian tersebut.
Banyak konflik lain sebenarnya, antaranya mak mertua Aufiya pun tak boleh terima sebab memang sukakan Wina ni. Tapi mungkin sedikit je, dan tetap memberi impak tersendiri. Farah juga menghebahkan aib Aufiya pada mentuanya. Kejadian demi kejadian berlaku , hinggalah kebenaran memihak pada Aufiya juga akhirnya.
Sinopsis dari kulit novel
Cerita itu. Ya, cerita yang ingin dilupakannya. Bertahun dia menyimpannya sendiri, berharap yang cerita itu akan terkubur sendiri. Siapa tahu, cerita itu muncul semula ketika bahagia di depan mata. Kesuciannya dipersoalkan, kejujurannya diragui.
“Fik dah fikirkan dalam-dalam. Ikhlas Fik sayangkan Fiya. Fik tak kesah dengan cerita silam Fiya. Kita kahwin!” - TAUFIK
Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Kenduri sedang berlangsung. Tetamu sudah berpusu datang. Jurunikah sudah lelah menunggu, tetapi pengantin lelakinya langsung tidak muncul. Aufiya rasa lebih baik dia mati sahaja daripada menanggung malu.
Dan, lelaki itu muncul tiba-tiba menyelamatkan maruahnya dari terus ditelanjangkan Taufik. Dia menerima huluran bantuan Zarul walaupun rasa bersalah menggunung tinggi. Zarul yang tegas, Zarul yang dingin dan Zarul juga tunangan Wina. Zarul itulah yang dihantar Tuhan sebagai penyelamatnya.
“Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiya. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya.”- ZARUL
Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.
“Abang bukan hak Faye dari mula. Abang hak Wina. Faye tak mahu rampas abang daripada kawan baik Faye sendiri.”- AUFIYA
Zarul. Dia menawarkan diri bukan kerana terpaksa. Tapi demi rasa yang sudah sekian lama ada. Tapi, sabarnya seakan-akan diuji. Sayang Aufiya terhadap Wina seolah-olah tidak bertepi.
“Kalau sayang sangat dengan Wina tu, apa kata, Faye bermadu aje dengan dia? Senang, kan?”- ZARUL
Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.
Tegarkah Aufiya terus melukakan hati Wina yang sudah dianggap seperti darah dagingnya itu? Atau Aufiya rela menghancurkan hatinya sendiri demi melihat Wina bahagia? Antara kehendak sendiri dan persahabatan, yang manakah akan menang?
Cerita la apa jadi dengan wina nanti
ReplyDelete