Friday, 24 May 2013

NOVEL CIK BLUR DAN ENCIK IKHLAS

Kita ditakdirkan untuk  sama-sama suka 

Novel santai Cik Blur dan Encik Ikhlas menjadi pilihan kali ni. Saya beli di perta buku 1 malaysia baru - baru ini. Hasil kedua Airisz yang memang tidak mengecewakan peminatnya malah menghiburkan. Cerita yang santai membuatkan saya memilih novel ini. Novel pertamanya Cik bunga dan Encik sombong juga santai. Diselit lawak jenaka dan tak kering gusi bila membacanya. 

Sedikit review dari saya tentang novel ini. mengisahkan Kasih Khalisha hidupnya menjadi huru hara apabila mendapat bos barunya, En. Ikhlas. Dalam tempoh enam bulan ini ada saja yang tak kena hingga dia membuat keputusan untuk berhenti kerja. Kasih mengambil keputusan untuk berkerja sebagai pembantu rumah dua bulan mengantukan makcik Pijot yang pergi mengerjakan Haji. Kasih nekad untuk mencari kerja lain selepas makcik Pijot pulang nanti. Tanpa disedari Kasih telah tersalah langkah. Dia berhenti kerana kasih tak mahu melihat lelaki bernama Ikhlas tapi kini di berkerja dirumah Ikhlas tanpa disedarinya. Ikhlas memujuk Kasih untuk berkerja dengan semula. Tetapi Kasih enggan kerana dia tak mahu dirinya menjadi sasaran amarah dan cacian En. Ikhlas. Segala maki hamun dari En. Ikhlas sebenarnya hanyalah ingin mencuri perhatian Kasih. Kecewa dengan sikap sahabatnya , Munirah sanggup merampas Naim dari kekasih hati Kasih yang terjalin dua tahun lamanya. Kasih terkejut bila dia dipinang oleh sahabat baik ibunya dikampung. Dia redha menerima pilihan orang tuanya. Sehari ke sehari perasaan sayang mula hadir pada Ikhlas tapi apakan daya dirinya telah dilamar . Tetapi dia tidak menyangka Orang yang melamarnya itu adalah Ikhlas sendiri. Sebenarnya Ikhlas sendiri tidak menduga bila umie melamar gadis pilihan umie adalah gadis idamannya. Ikhlas yang lebih dikenali dengan hati batu pada perempuan. Ramai yang mencuba nasib seperti Mira dan Munirah rakan baik Kasih menembusi tembok yang dibina oleh Ikhlas tapi tidak berjaya. Tanpa melengahkan waktu Kasih dan Ikhlas bersetuju nikah dahulu. Pernikahannya dirahsiakan dulu dari pengetahuan rakan pejabat. Dan di situlah pelbagai fitnah dan tomahan yang terpaksa mereka tempoh. Rahsia mereka terbongkar bila majlis resepsi  diadakan.

Sinopsis dari kulit Novel 

AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.


“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas
“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha
Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.
“Apa encik buat kat sini?”
“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
“Rumah encik? Ini rumah encik?”
“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?
“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”
“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”
Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

Petikn-petikan yang menarik dari novel.
Kerana cacian dan makian itu .
"Semuanya salah! Semua tak betul! Saya bekum pernah jumoa pekerja sebebal awak ni. Awak ni pernah pergi kerja sekolah ke tidak?" marah Encik Ikhlas lagi. Aku menunduk. Malas hendak menentang wajah lelaki bajet bagus itu. Tiba- tiba saja terasa pedih. Besar benarkah kesalahanku sampai aku diperlakukan sebegini sekali? bukan sekali dua, bahkan sudah kerap kali. Setiap kali aku tersalah, tidak tergak-agak langsung En. Ikhlas memarahiku. Sedangkan rakan lain pernah juga membuat silap tapi tidaklah diherdik dan dimaki hamun seperti yang dilakukannya terhadapku. Benci benarkah Encik Ikhlas terhadapku? Tapi Nani lagi tak cantik, kenapa langsung tak marah? Memang dasar tidak adil. Pilih kasih!
"Selagi benda ni tak siap, awak jangan balik. Saya mahu semua laporan ni siap dan mesti ada dimeja saya pagi esok,"" arah Encik Ikhlas tanpa berbelas kasihan langsung terhadapku. Sekarang saja sudah hampir pukul lima petang. Pukul berapa pula aku hendak balik kalau terpaksa menyiapkan semua laporan? Pakai dan tidur di dalam ofislah jawabnya. Perlahan aku mengambil semua fail berwarna biru dan Encik Ikhlas terus beredar ke bilik pejabatnya. Diam-diam aku memeriksa semula semua data untuk mencari kesalahan yang dikatakan olh Encik Ikhlas sebentar tadi. Menari apa lagi yang tidak kena. Ya ampun, memang banyak yang salah. Padanlah lelaki tanpa perasaan itu menurun perangai jurulatih bola sepak yang kalah dalam perlawanan tadi. Tak menang, dia mnengking aku pula. Aduhai... sah-sah salah aku.
"Kau ni tahu buat kerja ke tidak Kasih? Takkan kerja macam ini pun kau tak boleh buat. Memalukan bahagian jualan sahaja." Munirah bercakap dari tempat duduknya. Pedih juga telinga mendengarnya tetapi aku sabarkan hati dan perasaan. Aku tidak mahu bergaduh, Karang elok-elok oleh balik, terus tak boleh balik. Ikutkn, Kalau nak ajak aku bergaduh, aku boleh aje. Jangan dipelawa.

Sejak kejadian itu , Kasih nekad untuk berhenti kerja .
"Hello, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat ? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke ?" Encik Ikhlas bertempik. Rasa nak tercabit gegendang telingaku mendengar suara lelaki itu.
"Syarikat tu pun bukan tok nenek encik punya!"  Aku menjawab. Apa yang aku nak takutkan lagi. Aku bukan lagi perkerja disyarikat itu.
"Apa? Saya tak dengar!"
"Encik pekak ke? Kalau encik pekak, saya cakap lagi sekali. Syarikat tu pun bukan syarikat tok nenek encik punya!" Aku menjerit sekuat hati. Puas hati aku, Beberapa saat, aku tak mendengar suara Encik Ikhlas lagi. Dah pecah agknyagegendang telinganya.
"Saya nak awak masuk pejabat sekarang juga!" jerit Encik Ikhlas pula. Kami berbals jerit rupa-rupanya.
"Okey. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini. Surat peletakan jawatan saya ada di meja HR. Apa-apa hal encik rujuk ke pejabat HR." Aku terus menutup telefon bimbitku. Aku terus mematikannya sebab aku percaya, Encik Ikhlas akan menghubungiku lagi. Selepas ini kalau timbul apa-apa masalah, aku akan menggunakan nombor telefon yang lain. Puas hatiku.

Berhenti kerja kerana ingin lari berjumpa lelaki yang tanpa perasaan. Rupa terjumpa dirumah tuannya.
"Encik?" Terkejut aku sebaik sahaja melihat Encik Ikhlas. Rasa menggeletat seluruh badanku. Mustahil aku bermimpi pada siang hari. JJelas-jelas lelaki yang duduk itu adalah Encik Ikhlas.
"Kasih?" soalnya. Sah, belum ada acara bermimpi. Orang di hadapanku ini memang Encik Ikhlas. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Kenapa aku harus bertemu dengan lelaki ini dalam keadaan begini? Ujian apa lagi yang harus aku hadapi? 
"Encik buat apa kat sini?" Dengan suara yang terketar-ketar aku bertanya.
"Eh! saya ang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa kasih ada dirumah saya ni?" Dia bangun dan menghampiriku. Aku berundur beberapa langkah. Dia juga seperti terperanjat.
"Rumah encik? Ini rumah encik?" Aku sudah berasa semacam. Rasa seperti ada batu besar yang sedang menghempap kepalaku. Takkanlah ini rumah dia! Banyak-banyak rumah di Malaysia ini, kenapa dia memilih rumah ini? karut!
"Yalah . Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!" Aduh! Aduh! AKu rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebalah. Rumah dia?? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Arghhhh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ini kecil sangat?
"Hah, yang Kasih ni muka macam babun tertelan Panadol apa hal pula?" soal Encik Ikhlas sambil melonggarkan iktan tali lehernya. Kemudian dia membuka butang lengan baju kemeja yang dipakainya yang dipakainya dan dilipat sampai ke siku. Aku berundur lagi beberapa tapak. 
"Saya kerja kat sini!" jawabku perlahan. Malu pun ada. Mana tak malunya, aku berkerja sebagai tukang membersihkan rumah dia.
"Kerja kat sini? Kasih yang berihkan rumah saya?"soal Encik Ikhlas lagi. Dia duduk semula. Kali ini dia menyilang pula kakinya ke atas meja sofa. Lagak pelakon samseng dari Venezuela yang kalah bertumbuk.
"Kasih berhenti kerja semata-mata nak kerja sebangai tukang bersih rumah saya?" Encik Ikhlas bertanya tapi aku tak memandang mukanya. Sakit hati. Tadi sikit saja rasa sakit hatinya, tapi sekarang sudah mebuak-buak. Dia seperti memerli aku saja. Aku langsung tak dapat berfikir. Sebabnya , cakaplah lagu mana pun, aku juga yang terkena nanti.
"Ke memang dah bersedia untuk jadi suri rumah tangga. Sebab itu kerja pun ada berkaitan rumah tangga?" Dia menyoal tanpa ada rasa bersalah langsung.

Masalah terus mengundang bila kekasih hati curang dengan sahabat sendiri.
"kau nak telefon dia?" soal pijot. Dia nampaknya terlebih marah . Aku mengeluarkan isyarat agar Pijot diam. 
"Assalammualaikum." Aku memberi salam dengan suara biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan. 
"Walaikumsalam." Naim menjawab.
"Awak, kita jumpa nak?"
"Maaflah, orang sibuk ni. Ada kerja sikit tak siap lagi. Lain kali ya?" Dia terus menutup telefon bimbitnya. Aku mengintai sedikit. Nampak kedua-duanya sudah memasuki barisan untik membeli tiket. Cepat-cepat aku menarik tangan Pijot untuk beratur dibelakang mereka. Ada kerja konon. Kerja tahi kucing dia. Geramnya. Rasa nak pijak-pijak saja.
"Kan saya dah cakap, beritahu dia tentang hubungan kita. Kenapa awak degil sangat? Awak masih sayangkan dia?" Aku nampak Munirah lengan Naim. Berdesup perasaanku. Tegang segala urat sarafku. Bermakna perkara ini bukan belaku pada hari ni. Mungkin sudah lama berlaku diluar pengetahuanku? Jadinya , aku sudah ditipu hidup-hidup? Menang tak guna.
"Awak, saya tak sampai hati nak beritahu dia. Dah dua tahun kita orang couple. Tiba-tiba nak putus. mesti dia sedih. Saya tak tergamak nak tengok dia sedih." Si romeo menjawab dengan suara yang paling meluat untuk aku dengar.
"Habis , sampai bila awak nak rahsiakan hubungan kita?? kalau awak tak sampai hati biar saya yang beritahu dia." Si Juliet pula merengek manja. Aku sudah rasa hendak termuntah melihat gelagatnya.
"Tak payah!" sengaja aku menguatkan suaraku. kemudian aku mengayun penumbuk tepat ke hidung Naim sebaik sahaja dia memusingkan badan. Kemudian penumbuk bongsu aku ayun tepat ke hidung Munirah. Adil begitu. Dua-dua dapat. 
"Kit putus sekarang!" Menggelupur kedua-dua disitu. Masing-masing terkejut sambil memandang aku.
"Oh, ini kerja yang awak sibukkan selama ini?" soalku. Muka Naim nampak pucat tapi hidungnya sudah berdarah, begitu juga dengan Munirah. Dia memegang hidung ambil menunjuk wajah yang sama. Sangat pucat.
"Kalau ya pun nak cari perempuan lain, carilah yang patut-patut." Sebelum beredar, aku menghayunkan kepala Naim pada kepala Munirah. Baru puas hati aku. Ambil kau!


Persetujuan dibuat sebulat suara mereka dinikahkan segera.
"Saya ingat saya tak nak bertunang," kata Encik Ikhlas, menjawab soalan ayah. Hanpir terhempas gelas ditangan. Baru tadi aku memasang angan-angan. Baru tadi aku mengampunkan kesalahan dia. Baru aky tadi berfikir macam-macam . Kenapa kini mudah benar dia membuat keputusan?? Sebab aku tak cakap bersetuju, maka dia mengambil keutusan begitu Sampainya hati dia. Aku tak cakap pun yang aku tak setuju. Aku tak cakap pun tak nak berkahwin dengan dia.
"Ikhlas?" Membult mata Mak Cik Bie.
Aku duduk selepas meletakkan gelas dan pinggan berisi hirisan buah tembikai ke atas meja sofa. Perasaan aku memang sudah tidak memang tidak boleh duduk diam. Memang tak tentu arah jadinya. EncikIkhlas memandang aku selepas tu. Wajahnya kembali serius.
"Saya ingat tak payahlah bertunang, baik nikah terus. Majlis kenduri tu bila-bila pun boleh , yang penting kena nikah dulu." Aku sudah terkejut.
"Nikah gantung?" serentak itu, Mak cik Bie dan emak bertanya.
"Haah," jawab encik Ikhlas 
"Betul tu. Memang elok nikah terus. Abah memang setuju," kta Pak cik Alias. Masing -masing terangguk - angguk seprti mengiakan saja cadangan Encik Ikhlas yang diluar dugaanku. Sangkaku Encik Ikhlas hendak menyebut tk jadi. Memang aku berasa tk keruan. tapi sekarang peasaan itu berlebih - lebih lagi. Rasa serba salah pun ada.
"Alhamdulillah. Senang macam tu." Ayah menokok. Tapi kenapa sorang pun tidak bertayakan pendapatku? Sebanarnya Encik Ikhlas hendak bernikah dengan siapa?
"Kasih setuju tak?" Pak cik Alias akhirnya bertanya.Mujur dia bertanya. Kalau tidak aku memang merajuk. Yalah aku tak ditanya apa-apa sedangkan yang mahu dikenenkan dengan Encik Ikhlas tu bukan orang lain. Aku tunduk memandang lantai, Selepas tu perlahan aku mengangkat muka. Mula - mula aku menandang muka mak. Mak seperti menaruh harapan yang tinggi. Selepas tu aku memandang muaka ayah danterakhir muka Encik ikhlas. Dia merenung wajahku, seakan-akan menanti jawapan. Jaapan yang kurang pasti tapi aku rasa dia sedang berkira-kira hendak menempah kumpulan kompang yang mana. Tentang itu aku benar-benar pasti.
"Saya ikut mana yang bik." Sudahnya aku membberi juga pendapatku. Aku tidak mahu bertangguh lama. Buak saja aku yang berasa sesak nafas, malah rasa-rasanya orang lian juga sama.

Sunday, 12 May 2013

NOVEL YANG MANIS



Satu lagi novel santai yang patut dibaca pada yang pengemar tegar novel masa kini. Novel yang manis semanis ceritanya. Ini adalah novel ketiga untuk terbitan Karyaseni. Novel pertama Bila hati berkata sayang menarik tapi banyak bermonolog sendiri. Novel kedua telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran Papa Ehan dalam Teduhan kasih . Dalam cerita kali ini Marrisa menerapkan sentuhan kasih sayang kekeluargaan, hasad dengki dan dendam menjadi peneman dalam kehidupan manusia. novel yang setebal 453 muka surat merungkai cerita cinta Raees Hamzah dan Imaniah Sofea. sedikit ringkasan cerita dari saya .

Ia menceritakan Raees Hamzah datang ke Kuala Lumpur mencari kerja yang sesuai dengan kelulusannya.  Dalam kesibukan Raees mencari rumah teman sekampungnya Jidin , Raees terlanggar dengan seorang gadis manja yang bernama Imaniah Sofea. Imaniah Sofea atau lebih mesra dengan panggilan Iman dikalangan keluarga dan rakan, anak kesayangan Dato Asri dan Datin Yatie. Bagi mengubah cara hidupnya, Dato Asri memaksa Iman berkerja dia syarikat papanya sebagai Penyambut telefon dipejabat. Dalam masa yang sama Iman tidak menyangka dia akan bertemu Raees lelaki yang pernah melanggarnya. Disitulah titik permulaan Iman cuba menawan hati Raees. Iman sanggup buat apa sahaja demi merebut hati raees walaupun sekali sekala Raees suka mengusik dan menyakat Iman. Sikap Iman yang agak lurus membuatkan Raees senang dan selesa bersama Iman. Dalam mereka ingin mengerti hati budi masih-masing Dato Asri menyuruh Raees berkahwin dengan Iman secepat mungkin. Ini semua kerana Tengku Badrul yang menginginkan Iman menjadi  pengganti tunangnya yang lari bagi menutup malu kerana majlis perkahwinannya yang tak lama lagi. Leih menyulitkan ianya dicampur tangan neneknya memaksa Iman menerima cadangan buruk sepupunya itu.  Dalam yang sama Bahiyah sering rasa tersingkir dari tunangnya Wafi kerana melebihkan adiknya Iman. Perasaan dendam hingga mengakibatkan persengketaan antara dua beradik . Tak kurang juga Ustazah Humairah yang menaruh hati pada Raees sekian lama hingga sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan kekasih hatinya. Namun pada Raees untuk dijadikan isterinya dia tidak perlu mencari isteri yang terlalu sempurna kerana dia akan melengkapi yang kurang, Keputusan Raees memilih Iman sebagai pasangan hidup amat menggembirakan Iman. Iman nekad untuk berubah untuk orang tersayang. Dari tak kenal bawang dan halia kini dia pakar dalam segala hal rumahtangga. 

Sinopsis dari Kulit novel 
IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga.

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Apa?”

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.”

Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah paling layak menemani hidupnya.

RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya.

“Perempuan macam tu yang hang pilih?”

“Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.”

Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta?


Petikan-petikan menarik dalam Novel :-
Pertemuan itu.
"Manalah tempat ni," rungut Raees. Sudah hampirsetengah jam dia berlegar-legar ditempat yang sama, namun tidak berjumpa sama, namun tidak berjumpa juga bangunan tempat tinggal Jidin. Apa yang ada hanya deretan kedai. Raees mula berasa resah. Betul ke tidk alamat yang Jidin beri ni? Betul ke Jidin tinggal dikawasan sini. Kalau mengikut alamat, memang betul. Raees tertinjau-tinjau lagi. Dia berusaha mencari tempat tinggal Jidin sehinggalah mangkuk tingkat terlepas dari tangannya. Terkejut Raees apabila tidak semena-mena ada seorang gadis terlanggar badannya.
"Maaf, maaf, Iman tak sengaja," Kata gadis bernama Iman itu sambil mempamerkan wajah takut dan serba salah. Mangkuk tingkat sudah bertabur diats lantai bersama isinya sekali, nasi dan sepat ronggeng goreng semata-mata. Sengaja mak Raees sediakan buat bekalan. Lepas untuk makan malam pun jadilah. Bimbang benar kat sin tak ada kedai makan. Setidak-tidaknya buat satu malam, Raees tidak kelaparan.
"Tak apa . Saya pun tak nampak cik." Raees tunduk mengutip mngkuk tingkatnya. Tak ada apap yang boleh dimakan lagi, buang sajalah. Kalau bukan kata rezeki Raees, nak buat macam mana lagi. Tuham sudah tentukan begitu. Tapi putih juga mata Raees melihat rezek yang sudah bukan miliknya.
"Maaf , bang. Iman betul- betul tak nampak. Iman memang tak sengaja nak langgar abang." Kalam kabut Iman makin menjadi-jadi. Kanaplah dia cuia benar sampai tak boleh kenal tiang dengan orang. Bukannya gelap gelita. Kalau sungguh pun tiang, gamak ke saja-saja nak langgar. Kesimpulannya, Iman memang tak sengaja.
"Iman....." Seorang lagi gadis melaung.
"Kejap.." balas iman sambil cuba membantu Raees mengutip mangkuk tingkatnya.
"Tak apa cik, saya boleh buat." Kalut juga Raees mengutip mangkuk tingkatnya. Sambil tu sempat lagi Raees menjeling sekilas ke arah Iman. Dia nak tolong kutip mangkuk tingkat engan kain paras lutut lagu tu? ketat ula, baik tak payah tolong. Satgi aku pandang benda lain pula, kata hati kecil Raees. Jadi wayang percuma saja. Tak seninihnya. Raees mengangkat muka lantas memandang ke arah Iman. Muka lawa. Tapi kenapa pakai tak cukup kain? Perempuan cukup tak manis pakai lagu tu. Anak siapalah ni. 


Pertemuan kedua membuatkan Raees lebih berani menyakat Iman.
"Abang kerja kat sini. Dah masuk dua minggu selepas abang jumpa Iman hari tu."
"Siapa nama abang?"
"Raes Hamzah."
"Abang dah kahwin?"
La, kahwin yang dia tanya. Tanyalah dah sarapanke belum. Budak-budak memang laju sungguh. Tapi Raees sudah biasa diajukan soalan begitu. Anak-anak muridnya yang baru tahun satu juga biasa bertanyakan soalan yang sama. Cikgu dah kahwin? Raees merapatkan badannya ke meja Iman.
"Ni rahsia. Jangan beritahu orang lain.Malu abang nanti. Jangan kata isteri ,buah hati pun abang belum ada. Tapi abang ada berkenan dengan sorang anak dara tu," kata Raees dengan perlahan. Glup, Iman telan air liur. Tak berkelip mata Iman memandang Raees. Apa bila dipandang dari dekat baru perasan lelaki tu ada tahi lalat dibawah bibir kiri. Serius, IIman jadi orang lain sekejap. Dan salah seorang yang Iman jadi, ada di Hospital Bahagia. Raees kembali ke tempat duduknya. Dia menyambung kerja yang ditinggalkan disebabkan mahu menjawab panggilan tadi. Kemudian dia tersenyum. Tak tahu kenapa dia boleh tersenyum tiba-tiba.


Iman lebih bersemangat untuk mencari perhatian Raees. Perubahan Iman disedari oleh ahli keluarganya.
"Iman nak ke ana ni?" soal Wafi. Rasa pelik jug. Selalunya Iman jarang ceria pada waktu pagi. Kalau muka tak serupa cekodok semalam memang tak sah apatah lagi kalau melibatkan soal tempat kerja.
"Nak pergi kerjalah. Takkan nak pergi shopping," Jawab Iman dengan suara mendatar.
"Kerja ?" tanya Dato Asri dan Wafi serentak. Dua kali ganda terkejut. Terus Dato Asri memegang dahi Iman. Tak demam pun. Ingat tadi demam sebab tak semena-mena sebut nak pergi berkerja. Sebelum ni punyalah susah. Suruh pergi berkerja serupa suruh pergi berperang. Hari ii sangat pelik. Mahu pergi berkerja lagaknya disuruh pergi membeli belah.
"Yalah. Iman nak perhi kerja. Nak pergi mama lagi,"jawab Iman. Susah untuk Dato Asri dan Wafi hendak percya. Memang mereka berdua tidak percaya langsung. Tiba-tiba saja Iman boleh tukar cara hidup. 
"Sudah, jangan banyak cakap lagi." Datin Yatie muncul bersama sengakuk nasi goreng. Sarapan mereka pada pagi itu ialah nasi goreng, tapi Iman pilih roti bakar bersama jus oren. Kurang selesa jamah makanan jenis berat pada awal pagi.
"Abang nak tahulah kenapa tiba-tiba Iman macam beremangat saja. Selalu kalau Iman tiba-tiba berubah macam ni, ada benda yang tak kena. ApaIman dah suka dengan pekerja baru kita? Emmmm. siapa ke namanya..." Wafi buat-buat lupa. Sengaja mahu menguji. 
"Raees Hamzah," Cepat Iman bercakap.
Tersembur air yang Dato Asri minum dan terkena kemeja Wafi. Kemudian ketawa mereka berderai serentak.
"Iman sukakan budak marketing tu ?" soal Wafi sambil mengelap kemejanya yang basah. Muka Iman berona merah. Tak sangka dia boleh tersasul sampai begitu sekali. Habislah kalau Wafi tahu. Mahu jadi bahan usikan salalu. Bukan Iman tak kenal siapa abangnya itu. Hantu segala hantu menyakat.


Harapan Seorang Ibu ingin melihat anaknya bahagia.
"siapa budak tu?" soal Datin Yatie.
"Itulah jejaka yang membuatkan anak dara mama jadi sasau," Jawab Wafi sambil ketawa perlahan. Tersentap jug perasaan Tengku Badrul mendengar kata-kata Wafi. Bermakna tidak main-main lagi sekarang ni.
"Oh, inilah lelaki yang Iman tergila-gila sangat tu?" Datin Yatie senyum lebar.
"Emmmm, perkerja marketing kita tu , mama. Orang Sungai Petani, Bekas cikgu sandaran."
"Ya? Alhamdulillah. Sejuk mata mama pandang dia . Memang sesuai sangatlah untuk Iman."
"Betul tu mama. Rasanya kali ni anak dara mama tak salah pilih. Dia perlukan suami yang dapat bimbing dia ke arah kebaikan. Mungkin papa dan Wafi gagal membentuk Iman, harap Raees berjaya." Wafi menjeling Tengku Badrul yang sudah terdiam. Tadi bukan main bercrita. Sekarang sudah sunyi sepi.
"Insya-Allah, itu yang mama harapkan. Ada seorang lelaki yang dapat membimbing Iman dengan baik," ujar Datin Yatie. Sebenarnya Datin Yatie turut memerli Tngku Badrul sama. Bukan Datin Yatie tak tahu perbuatan Tengku Badrul selama ini. Cuma Datin YYatie tidak mahu panjangkan cerita. Buruk-buruk pun anak buah Datin Yatie sendiri.


Iman lebih berani untuk berterus terang berbanding Raees. Namun Raees tidak menyangka Iman seberani itu.
"Iman sukakan abang." Terus saja Iman cakap tidak mahu simpan-simpan lagi. Raees tenang menerima pengakuan Iman. Sekadar memandang wajah Iman. Dia pernah jadi cikgu dan dia biasa berhadapan dengan situasi luahan begitu. Tetapi pada kali ini yang meluahkan rasa itu bukan budak sekolah atau cikgu sekolah. Pada kali ii lain.
"Kenapa Imman nak suka abang pula. Iman tahu bukan, abang ni siapa , Iman pula siapa. Kat situ Iman dah dapat bezakan, kita ni lain. Abang keturunan itik serati. Iman pula burung merak. Mana sama."
"Abang, kita bukanlah spesies burung. Kita manusia." Tak faham bahasa kiasan rupa-rupanya budak ni.
"Maksud abang, taraf kita tak sama. Abang anak orang bendang, orang kampung. Iman pula anak orang kaya, duduk kat bandar . Kita tak sama."
"Iman tak tahu semua tu. Ynag Iman tahu Iman uka abang. Abang lelaki pertama yang berjaya membuat Iman jatuh cinta. Dan Iman benar-benar sayangkan abang." Raees memandang pula beberapa orang pelancong yang sedang lalu lalang. Kemudian dia meraup wajah. Nampaknya Iman tidak main-main. Cinta yang Raees anggap sekadar gurauan sebenarnya bukan lagi setakat usikan teman-teman. Iman serius.
"Iman boleh beri abang sedikit masa lagi?" soal Raees.
"Kenapa ? Iman tak cukup bgaus untuk abang? Iman ak sesuai untuk abang sebab cara Iman macam ni?? Abang nak Iman pakai tudung ke ?" Air mata Iman sudah berjuraian. Iman sudah tidak peduli. Terasa seperti harapannya sudah berkecai. 
"Bukan begitu. Iman cukup sempurna buat abang, bahkan abang rasa terlalu kecil untuk bersama Iman."
"Abang tak boleh terima Iman sebab keluarga Iman kaya dan abang miskin?" 
"Itu salah satu sebabnya . Kita memang tidak sepadan. Abang harus sear diri. Macam abang cakap tadi, taraf kita berbeza."
"Sebab abang keturunan itik serati?" Raees memegang dahinya. Masalahnya sekarang ini Si Iman ini kenal ke tidak dengan itik serati?

Bila segalanya diterima , Raees membawa Iman pulang kekampung. Bagi Iman itu satu pengalaman baru tapi ada mata yang cemburu dengan kehadiran Iman Di kampung.
"Raees bawa bakal isteri?"
bulat mata Humairah ketika mendengar pengkhabaran itu. Terhenti seketika menyapu daun-daun rambutan yang kering berhampiran halaman rumah. Perasaan Humaurah jai kacau. Raees sudah ada calon isteri? Kenapa cepat benar? Sedang Humirah sendiri kena; siapa lelaki bernama Raees Hamzah itu. Pintu hati Raees tidak akan mudah terbuka untuk mana-mana gadis. Alih-alih sudah bawa calon isteri. Bagus benarkah gadis yang dibawa pulang itu? 
"Emmmm, aku cuma nampak dari jauh saja senja semalam. Tengah tangkap ikan kat sawah tepi rumah mak cik Mariana. Cantik orangny. Putih melepak.Padanlah Raees berkenan habis. Tapi sayang, tak pakai tudung." Bersungguh Rosni bercerita.
"Tak pakai tudung?" Makin ulat mata Humairah. Takkanlah clon isteri Raees tk pakai tudung?
"Haah, ak nampakperempuan tu tak pakai tudung. Pelik sugguh. Mau pula Raees perempuan macam tu. Ke memang taste Raees lagu tu. Patutulah perempuan macam kau ni dia tak pandang." Makin galak Rosni bercerita. Saja mahu menambah rasa cemburu Humairah. Tahu benar perasaan Humairah terhadap Raees. 
"Nampaknya hang kena simpan sajalah niat nak berlakikan Raees," hasut Rosni lagi. Kali ini Rosni gelak jahat pula. Suka tengok muka Humaurah begitu.
""Kawan dia saja kut. Takkanlah Raees nak perempuan yang tak jaga aurat. Kita tau siapa Raees dan keluarga dia macam mana." Humairah cuba meredakan gelora yang sedang melanda perasaannya. Mana boleh jejaka idamannya jatuh ke tangan perempuan lain. Lagipun selama yang Humairah kenal, mustahil Raees buat begitu. Raees tu kayu. Mana biasa dengan perempuan , apatah lagi mhu ada perasaan terhadap perempuan. 
"Kawan apa. Mak cik Marianadah pukul canang Raees dah ada calon isteri. Macam suka pula dapat calon menantu tak pakai tudung." Rosni semakin berusaha mahu memncalarkan perasaan Humairah.

Kehadiran Raees Hamzah membuatkan Tengku Badrul tak senang duduk. Raees takkan membiarkan orang lain memusnahkan apa yang telah diamanahkan kepadanya.
"Kamu Raees." soal Tengku Badrul sebaik sahaja berdiri dihadapan Raees dengan nada keras dan tegas. Raees mengangkat muka lalu memandang wajah Tengku Badrul dengan perasaan ingin tahu. Tengku Badrul duduk tanpa menunggu lebih lama. Dia benar-benar tidak sabar untuk bercakap dengan Raees. lelaki yang berjaya merubh sikap Iman sekaligus lelaki yang bakal dijodhkan dengan Iman tidak lama lagi.
"Saya Tenggu Badrul."
"Ya, saya tahu, Apa yang Tengku Badrul mahu berbincang dengn saya?" soal Raes tenang. DIa menghirup air kopi dengan perlahan, Sebanranya aees jelas maksud sebenar Tengku Badrul bertemu dengannya. Pasti saja tentng Iman. Apapun Raees sudah cukup bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang ada. Dia lebih yakin kini.
"Tolong batalkan perkahwinan antara wak dngan Iman. Dan tolong tinggalkan Iman dengan segera!" kata Tengku Badrul. Raees menrik nafas panjang. Apa yang Rees sangkakan memang betul. Pasti saja Tengku Badrul minta Raees tingalkan Iman. Kali ini nampaknya Tengku Badrul memank benar-benar terdesak.
"Sangat pelik saya rasa. Tengku Badrul memilik kekayaan yang melimpah ruah. Sekali saja tengku Badrul petik jari, berduyun-duyun gadis datang menyerah diri.Tapi kenapa Nampak seperti tersedak benar sampaikanterpaksa memilih Iman." Raees menerut dahi. memang dia tak faham sebenarnya, tapi kenapa masih terhegeh-hegeh mahukan Iman. 
"Sebab perkahwinan saya hanya untuk mangaburi mata sesetengah pihak saja. Selepas berkahwinsaya akanceraikan Iman. dan saya akan dapat mana-mana perempuan yang saya inginkan."Dengan angkuh Tengku Badrul berkata- kata. Raees faham kini kenapa Dato Asri meminta pertolongan Raees. kan perkara kecil rupa-rupaya. Mujur Dato Asri cepat menyedari dakan rancangan jahat Tengku Badrul. Kalau tidak, memang Dato Asri menjahanamkan masa depan anak senrdiri.
"Saya tidak sama sekali akan meninggalkan Iman. Saya akan berkahwin dengan Iman seperti yang saya rancangkan dan saya benar-benar cintakan Iman." Raees bergegas dengan keputusannya.




Saturday, 4 May 2013

NOVEL CALON ISTERI JUTAWAN


Hanya seorang calon yang layak. Sapakah dia ????


Wah.... memang best gila apa yang termampu nak katakan novel saya tunggu hampir setahun lebih ini kini dah dicetak. Sebenarnya novel ni santai je . Jalan ceritanya yang menarik perhatian. Bermula membaca di penulisan2u lepas tu bertukar ke laman blogs. Sentiasa menungu treaser setiap minggu dan kini menjadi sebuah novel yang lengkap. Penulis ni juga banyak memperbaiki penulisan dan olahan dari novel pertamanya bertajuk Jodoh Kau Dan Aku . Ada yang kata novel pertamanya terlalu nak cepat endingnya tapi untuk novel ini penulis lebih berhati-hati dalam menyempurnakan kesudahan cerita. Syabas buat Afifah .. Novel yang tebalnya 656 cukup puas hati . 

Jom kita menerokai cerita ini.  Izzad Daniel Jutawan muda yang dikejar oleh ribuan gadis diluar sana. Namun dia ingin mencari Isteri yang mampu mewarisi perniagaannya. Hatinya terpaut bila berjumpa dengan Nurul Izyanie kerana tersalah masuk sesi temu duga. Hidup Yanie menjadi huru hara bila dirinya terpilih dalam percalonan itu. Yanie memerlukan kerja untuk mambantu kakaknya Ifti. Kehadiran Yanie juga tidak disenangi oleh  calon - calon lain seperti Tengku Fathiah dan Sally. Dalam masa yang sama pembantu Izzad  , Adam....  menaruh perasaan pada Yanie. Dalam terpaksa Yanie menerima cadangan gila Izzad setelah menerima syarat yang diberi. Dalam tempoh itu Yanie berdoa agar dirinya akan tersingkir tapi malangnya dirinya selalu mendapat perhatian nenek Izzad yang datang semasa ujian itu berlangsung. Yanie terkejut bila dirinya terpilih menjadi isteri Izzad tetapi pemilihan itu tidak disenangi oleh calon lain. Kerana terlalu terkejut Yanie bingung. Menerima Izzad sebagai suami dan membantu membimbing Izzad yang terpesong ke jalan yang benar adalah tanggungjawabnya. Perkahwinan yang dilatar belakangkan tanpa secalit perasaan sayang di pupuk hingga membuahkan satu perasaan yang luar biasa. Tapi amatlah terkejut bila Yanie terjumpa surat laporan kesihatan Izzad. Dengan semangat dan sokongan isteri , Izzad membuat rawatan. Bagi Izzad matinya sudah pasti kerana ibunya dulu juga mengidapi penyakit yang sama. Dalam tempoh rawatan Izzad bersama tidak dibenarkan pergi ke pejabat. Yanie yang banyak menghabiskan masa dipejabat bersama Adam pembantu Izzad. Tengku Fathiah mengambil peluang merancang sesuatu untuk merampas Izzad dengan harapan dia akan dapat menguasai harta yang dimiliki oleh Izzad kerana perniagaannya kian merundum. Impian Tengku Fathiah hampir berjaya tapi malangnya cinta Izzad dan Yanie kuat dan sukar dirobohkan. 

Sinopsis dari kulit novel

Hanya seorang calon yang layak. Siapakah dia?

Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan.

Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.

Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan.

“Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.”

“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.”

“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.”

Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.

Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya...

“Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.”

“Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”

“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.”

Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.



Petikan-petikan menarik dari novel.
Dirinya selalu menjadi bualan.
"Apa yang Yanie bebel tu? Pot..pet..pot... pet ... Macam mak nenek." Kak Ifti sudah menghampiri si adik.
"Dalam majalah ni aa kisah jutawan muda . Popular sebab skandal merata-rata. Memang dasar palyboylah." Bebelan dari Yanie kembali berambung. kak Ifti membaca majalah yang ditunjuk.
"Tapi, dia bukan popular sebab skandal aje, kan? Tengoklah kejayaan dia mendapatkan projek berjuta-juta.Kalau tidak takkanlah dia jadi jutawan? Di sebalik perangainya yang macam tu, mungkin ada personalitinya yang baik," Kak Ifti memandang Yanie dengan senyuman kecil.
"Seronok betul jadi orang kaya,kan? Nak buat apa pun boleh." Yanie membuka peti televisyn. Malas mahu berbicara tentang jutawan muda yang tidak ada kaitan dengan mereka.
'kalau nak kaya juga, kahwinlah dengan Si Izzad Daniel ni," seloroh Kak Ifti. Yanie mengerut kening.
"Siapa Izzad Daniel?" soal Yanie sambil merenung Kak Ifti yang tersengih.
"Tadi dia sedap-sedap mengutuk orang tu. Takkan tak tahu nama?" Kak Ifti mengetuk lengan Yanie dngan majalah.
"Oh... Si jutawan playboy. Nama dia Izzad Daniel ke ? Hmmm... not bad. Perangai aje yang tak sedap. Nak buat suami, berkali ganda tak sedap." Yanie ketaw sendiri dengan bicaranya.
"Ada-ada aje Yanie ni. Sedap betul mulut tu mengata orang. Mahu tersedak si jutawan ni dekat KL tu." Ketawa Yanie makin kuat mendengar bicara Kak Ifti. Kalau tersedak padan muka.


Izzad Daniel mencari siapa yang sesuai yang untuk meneruskan perniagaanya. Adam mencadangkan rancangan gilanya.
"Kalau macam tu, senang-senang kau kahwin aje. Lepas tu buat anak. Kau wariskanlah pada anak kau sendiri. Itu lebih afdal," Cadang Adam lagi. kemudia, dua-dua terdiam. Macam bernas.
"Tapi, aku tak nak kahwin lagi. Nak cari calon isteri pun, bukan macam cari baju dekat pasar raya." Izad sudah tidak mengendahkan dokumennya. Halnya kini lebih penting. Adam berfikir sejenak.
"Kau nakbuat kerja gila tak?" soal Adam sambil mengangkat kening.
" Why not...." Izzad juga mengangkat kening. Menanti cadangan dari Adam. Bab-bab begini Adam lebih pakar. Sifulah katakan!
"Kita buat temu duga." Adam bersuara sambil nenepuk tangan.
"Temu duga. Temu duga apa? Izzad menyoal bingung.
"Temu duga mencari calon isteri. Kita akan cri perempuan yang memenuhi ciri-ciri isteri pilihan kau." Adam menyiku lengan Izzad. Dah tak ingat yang orang tu tengah demam. Yang demam pun macm tak demam aje.
"Kau memang gila!" Izzad tersenyum lebar sambil membuat high five dengan Adam. Tanda persetujuaan.
"Kita sama-sama gila," balas Adam sambil ketawa. Izzad tersenyum senang. Dia benar-benar perlu mencari pewaris yang sesuai.


Pertemuan yang tidak dijangka
Pintu dibuka perlahan. Aku membaca basmallah di dalam hati. Ada seorang lelaki sedang duduk di meja sambil membelek fail. Dia mengangkat muka bila memandangku. Lelaki itu tersenyum.
“Err…boleh saya duduk?” soalku berani bila beberapa minit aku dibiarkan berdiri. Begini ke keadaan temuduga? Tapi, setahuku selalunya akan ada dua tiga orang penemuduga. Tapi, ini seorang sahaja. Lelaki itu tersenyum manis.
“Silakan.” Lelaki itu membetulkan duduk. Aku menghulurkan segala dokumenku kepada lelaki itu. Teragak-agak lelaki itu menyambut.
“Awak tahu siapa saya?” soal lelaki itu. Aku mengerut dahi. Dah mula ke? Tapi, soalan apa ni?
“Tak,” jawabku gugup. Takut tidak lulus.
“Hmm…cik Nurul Izyanie binti Mohd Ibrahim. Ijazah Perakaunan. Dah ada boyfriend?” soal lelaki itu sambil berjalan dan berdiri di sebelahku. Aku sekali lagi bingung.
“Tak. Boleh saya tanya sesuatu? Temuduga kita ni dah bermula ke belum?” soalku sambil memandang lelaki itu yang sedang tersenyum lebar. Dia kembali duduk. Ditangannya kini memegang borang yang aku isi diluar tadi.
“Lemah lembut. No. Manja. No. Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus. Saya nak sekurang-kurangnya 5 dari ini ditanda. Awak hanya tanda 3. Maafkan saya.” Lelaki itu memandang mukaku. Aku sudah tersentak. Tak lulus! Takkan sebab borang tu aku tak lulus. Mana soalan yang kena mengena dengan akaun? Mana?
“Encik tak boleh buat macam ni? Encik belum tanya soalan akaun pada saya. Dari jauh saya datang untuk temuduga ni. Encik belum tanya soalan yang penting-penting pada saya? Takkan sebab borang tu saya tak lulus? Ini tidak adil. Takkan semudah itu saya digagalkan.” Aku sudah menguatkan sedikit suaraku. Ini mendatangkan marah! Kalau aku gagal biarlah gagal dengan maruah. Bukan gagal sebab borang ni! Aku terus bangun.
“Saya perlukan sangat kerja ni. Kalau saya tak layak jadi akauntan untuk syarikat ni, beritahulah apa masalahnya? Kalau bukan akauntan pun tak apalah. Janji saya ada kerja. Saya datang ni penuh dengan harapan. Encik tak boleh gagalkan saya macam ni.” Aku mengelap air mata yang tiba-tiba mengalir. Marah bercampur sedih. Aku sudah berjanji mahu membantu Kak Ifti. Sebab itulah aku bersusah payah hari ini.
Lelaki itu kulihat hanya membisu. Mungkin kaget melihat aku marah ataupun sebab aku menangis. Lelaki itu berdehem sambil menyuruhku duduk kembali.
“Saya rasa awak dah salah tempat.” Hanya itu yang dicakap lelaki itu. Aku mengelap air mata kasar.
“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni,” marahku. Aku mengambil semula segala dokumenku. Bila aku nak beredar lelaki itu menahan.
“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temuduga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temuduga untuk mencari akauntan. Temuduga yang awak sepatutnya pergi tu, berada di tingkat 2.” Penerangan lelaki itu membuatkan langkahku kaku. Aku kembali memandang lelaki itu.
“Encik jangan nak menipu. Mana ada temuduga mencari calon isteri. Encik jangan nak memperbodohkan saya." Lelaki itu hanya tersenyum sinis.
“Lain kali kalau datang, check betul-betul. Jangan salah masuk temuduga lepas tu nak marah tak tentu pasal. Baik awak pergi ke tingkat 2 sekarang, sebelum sesi temuduga tamat.” Lelaki itu bersuara sinis sambil melihat jam. Sudah empat lebih.
Aku merasakan mukaku sudah merah. Betul ke salah temuduga? Aku terus melangkah keluar tanpa berpaling lagi. Aku berhenti di depan wanita yang memberi borang tadi.
“Cik, ini temuduga apa sebenarnya?” soalku gugup. Wanita itu kelihatan bingung.
“Temuduga untuk mencari calon isteri Encik Izzad,” beritahunya. Aku rasa macam ada batu besar yang menghempap kepalaku. Gila! Ini memang gila!
“Terima kasih,” ucapku dan terus berlari ke lif. Aku harap masih sempat untuk ke tingkat 2 dan ditemu duga. Air mata yang mengalir ku seka laju. Ya Allah, besarnya dugaanMu hari ini.

Kerana pertemuan itu Izyanie terpilih dalam 10 calon isteri Izzad, Izyanie bersetuju dengan bersyarat. 
“Tak nak tahu kenapa awak tiba-tiba dapat kerja ni?” soalnya lagi. Aku masih sama. Diam tidak menjawab. Biarlah… pastinya nanti Izzad yang akan jawab sendiri. Jahatkan aku ni!
“Tak apalah kalau tak nak tahu.” Lain yang aku harapkan, lain yang dia jawab.
“Kenapa?” kali ini barulah aku pula yang menyoal. Malulah juga. Tadi jual mahal. Izzad melipat surat khabarnya. Aku nampak dia tengah senyum. Senyum mengejek ke apa? Mulalah aku nak naik hangin ni. Sabar Yanie… sabar…
“Banyak sebab. First, saya kesian pada awak pasal temuduga dulu. Saya tahu awak nak sangat kerja. Second, nanti Lily akan cuti bersalin jadi saya memang perlukan sangat setiausaha. Jadi, saya suruh Lily latih awak.” Izzad diam sebentar. Ooh… Lily mengandung rupanya. Tapi, kenapa perut dia tak nampak pun?
“Third, saya bagi kerja ni bukan dengan percuma. Saya takkan suka-suka ambil awak kalau tak ada sebab.” Izzad bercakap dengan suara yang biasa-biasa tapi aku yang mendengar ni rasa berasaplah juga. Tak sah kalau tak ada agenda! Senang kata, tak ikhlas!
“Kalau awak setuju dengan apa yang saya cakap ni, this job is your. Saya tahu, pak cik awak pun bekerja di bawah syarikat inikan. Kalau awak nak pak cik awak tu bekerja lama, setuju ajelah.” Masih tersenyum. Lelaki ini memang pandai menipu. Buat aku sakit hati aje! Aku mengetap bibir.
“Syaratnya simple. Saya rasa awak pun dah dapat agakkan. Saya nak awak sertai dalam ujian mencari calon isteri saya tu. Sebab awak saya tangguhkan dulu ujian tu.”
Subhana-Allah. Apa punya manusia Izzad ni? Tak faham bahasa ke? Kenapa perlu paksa aku? Tak jalan ke kalau aku tak join benda mengarut tu? Penting sangat ke aku ni? Izzad ni memang sengaja nak mainkan aku. Mentang-mentang aku tak se’hot’ teman-teman wanitanya yang lain, dia boleh buat macam ni. Izzad memang kejam! Melampau!
“Tolonglah Encik Izzad. Saya dah penat macam ni. Kenapa perlu paksa-paksa saya buat benda yang saya tak rela? Tak cukup ke dengan sembilan calon yang lain tu? Kenapa perlu babitkan saya dalam hal ni?” lemah sahaja suaraku. Aku benar-benar penat dengan perangai Izzad. I’m tired!
“Saya lagi penat menunggu kata putus dari awak. Apa, awak ingat senang-senang saya nak bagi awak kerja ni? Apa awak ingat saya boleh suka-suka hati aje dapatkan awak kerja semudah ini? Mana ada benda dalam dunia ni yang free. Nak masuk tandas pun bayar tiga puluh sen tau.” Ada aje jawapan Izzad ni. Nak aje aku lepuk kepala dia ni!
"Susah cakap dengan orang terlebih pandai ni,” gumamku perlahan. Lantak dialah kalau dia dengar!
“Senang aje. Saya cuma nak awak hadirkan diri dan ikut ujian tu. Saya mesti cukupkan sepuluh calon sebab itu saya perlukan sangat awak. Awak jangan ingat saya buat semua ni sebab saya syok dekat awak. Sorry ya. Pihak media semua dah tahu yang sepuluh calon akan mengikuti ujian ni. Tak kisahlah kalau awak nak buat apapun sepanjang ujian tu, janji awak hadir dan libatkan diri. That’s all.”
Aku memandang Izzad. Lelaki ini benar-benar tidak faham bahasa! Nak memaksa aje kerjanya. Baik! Nak sangat paksa aku kan.
“Okey! Saya setuju untuk ikut ujian merepek Encik Izzad ni. Encik sendiri kata saya boleh buat apa yang saya suka sepanjang ujian tukan. Kalau saya buat main-main pun rasanya bukan satu masalahkan. Saya akan pastikan yang semua ujian yang encik buat tu, saya tak lulus. Saya ikut ni sebab encik suka sangat memaksa. Tapi, saya pegang janji encik. Sebaik saya tamat ujian ni, kerja sebagai pembantu setiausaha ni memang menjadi jawatan saya. Encik tak boleh tarik balik.” Aku bersuara yakin. Sebab aku perlukan sangat kerja, jadi aku setuju. Lagipun, bukannya susah mana pun. Aku buat ajelah apa-apa supaya aku tak lulus ujian. Lepas tu, selesai. Aku tidak berhutang apa-apa dengan lelaki ini.
“Baiklah kalau macam tu. Deal!” Izzad tersenyum lebar. Aku belajar sesuatu hari ini. Kepala orang berniaga ni memang penuh dengan agenda!


Kehadiran Izyanie tidak disenangi oleh calon - calon lain. 
“Orang kampung, pilihan pun mestilah kekampungan,” sindir Tengku Fathiah. Aku hanya menjeling. Ewah, mulut! Minah ni memang cari gaduh betullah.
“Ada menyusahkan awak ke?” soalku geram.
“I sakit mata betullah setiap kali tengok you ni. You tak sepatutnya ada dalam ujian ni. You tak layak langsung untuk jadi isteri Izzad,” sinis bicara wanita tinggi lampai berketurunan tengku itu.
“Dah Izzad pilih dia untuk turut serta dalam ujian ni, you nak sibuk kenapa?” Rania mula bersuara. Tengku Fathiah makin berasap.
“You just shut up, Rania! I tak cakap dengan you. Yang you all nak back up sangat perempuan kampung ni kenapa? You all tak ingat ke yang kita semua ni tengah bersaing. I takkan sesekali gagal untuk jadi isteri Izzad. Walauapapun, I akan jadi isteri Izzad sebab I setaraf dengan dia,” Tengku Fathiah masih menjual diri. Bangga tak tentu pasal.
“Kalau you all bergaduh macam ni, belum tentu you all yang Izzad akan pilih. Kami yakin yang Izzad akan pilih antara kami berempat ni,” Farra pula datang menyampuk. Di tepinya ada Sally, Wawa dan Muna yang sedang memeluk tubuh. Macam nak berperang pula lagaknya.
“I yang Izzad akan pilih,” bangkang Tengku Fathiah lantang.
“I sangat-sangat kenal dengan Izzad. I yang paling sesuai jadi wife seorang jutawan,” kali ini Sally pula bersuara lantang. Aku mengurut dada. Malu aku tengok perempuan-perempuan ni. Bergaduh sesama sendiri sebab rebutkan lelaki.
“Ikut suka Izzadlah dia nak pilih siapa!” Aku bersuara ‘ter’kuat sedikit. Semua yang tengah berperang mulut itu terdiam. Wani aku lihat sudah tersenyum.
“Argh…” rengus Tengku Fathiah sebelum berlalu naik. Kemudian, Sally and the geng turut berlalu.
“Padan muka. Bergaduh macam budak-budak,” Bi bersuara. Lily hanya diam dari tadi. Seperti pemerhati pula. Sekejap senyum sorang-sorang. Aku mengangkat kening pada Lily. Wanita itu hanya menggeleng.
"Jadi isteri Izzad ataupun tak, itu lain cerita. Kalau ada jodoh, adalah,” komen Rania. Aku lihat mereka bertiga ni tidaklah seghairah mana nak jadi isteri Izzad.
“Kalau bukan sebab my dad, I takkan join benda ni. Memang I suka dengan Izzad, tapi kalau dia tak pilih I, nak buat macam mana,” Wani membuka cerita. Bi kulihat mengangguk. Nampaknya mereka ni berfikir dengan bijak dan matang. Tidak macam Tengku Fathiah dan Sally and the geng tu.




Segala ujian telah dilalui, Izyanie terpilih menjadi isteri Izzad. Ada calon yang tidak berpuas hati.
“Kehadiran nenek I selama hampir dua minggu ini adalah atas dasar untuk mengajar dan mendidik you all semua. Kehadiran nenek I supaya dia dapat korek identiti you all semua. I rasa I tak silap buat pilihan. Apapun, you all semua tetap kawan-kawan I,” sambung Izzad.
“Apa ni Izzad? You jangan nak cakap berputar belit macam ni. Siapa yang you pilih?” Sally turut bangun. Masing-masing sudah merah mukanya.
“Nurul Izyanie. You’re the one that I choose to be my wife,” Izzad berjalan dan berdiri di depan Yanie. Yanie hanya tergamam.
“Izzad! You tak boleh buat macam ni. You must wrong,” Tengku Fathiah terus memeluk lengan Izzad. Sally turut mendekati Izzad.
“You berguraukan?” soal Sally.
“Keputusan I muktamad. I pilih Nurul Izyanie untuk jadi isteri I,” ulang Izzad. Matanya memandang semua.
“Izzad! How could you do this to me? I yang paling rapat dengan you. I yang selalu ada waktu you perlukan seseorang,” Tengku Fathiah menggoncang lengan Izzad.
“I’m sorry Fath. I’m sorry girls. I akui you semua memang baik. Sentiasa ada waktu I perlukan you all semua. Tapi, I hanya mahu mencari seorang isteri. I harap you semua faham dan dapat terima keputusan I ni,”
“Kalau you pilih orang lain, I dapat terima. Tapi, you pilih dia. Perempuan yang tidak sama taraf dengan you. I tak akan mengaku kalah hanya kerana perempuan ni. I rasa otak you tak berapa betul sekarang ni Izzad sebab tu you buat keputusan salah macam ni,” Tengku Fathiah bangun dan terus melangkah ke atas. Beberapa minit kemudian dia turun bersama beg-beg pakaian.
“You fikir balik pasal keputusan you. I tunggu berita gembira dari mulut you,” Tengku Fathiah memegang kedua belah pipi Izzad sebelum berlalu. Bunyi kereta Tengku Fathiah menderum keluar dari perkarangan banglo. Masing-masing memandang sesama sendiri.
“I rasa you perlukan rehat. Mungkin sebab you banyak kerja sebab itu kepala you pening. Sebab tu you salah pilih. I tunggu keputusan you ya,” kali ini Sally pula berbicara. Dia memegang tangan Izzad dan digenggam.
“Sally…” Izzad mahu membalas tapi Sally sudah menggeleng. Dia tersenyum lebar.
“I tahu you akan pilih I. Maybe you sengaja mahu menduga I sekarang. I know you Izzad. You takkan pilih perempuan macam ni,” Sally menjeling tajam Yanie yang masih termangu. Duduk menekur lantai.
“Farra, Muna, I nak ambil beg. Kita balik sekarang,” arah Sally.
“Kenapa you tak pilih I?” soal Farra sambil memegang tangan Izzad yang baru dilepaskan Sally.
“I’m sorry Farra,” Izzad tersenyum tawar.
“Kenapa you mesti pilih perempuan ni?” Muna pula menyoal.
“I ada sebab I sendiri. I harap you all faham. Mungkin bukan jodoh antara kita,”
Farra dan Muna menggeleng kesal sebelum mengikut Sally naik ke atas. Mereka bertiga pula pergi meninggalkan rumah banglo ini. Yanie memandang Wani dan Rania yang hanya diam.
“Tahniah,” ujar Rania sambil memeluk bahu Yanie.
“Saya… saya…” Yanie seperti tidak tahu mahu membalas apa. Wajah Izzad dipandang geram.
“Apa semua ni encik?” soalnya lirih. Adam bangun dan meninggalkan ruang tamu.
“Saya pilih awak untuk menjadi isteri saya,” jawab Izzad selamba.
“Tapi, kenapa? Kenapa encik pilih saya? Bukankah kita dah buat perjanjian pasal perkara ni?”
“Itu saya tahu. Tapi, dalam perjanjian tak ada pula menyatakan yang saya tak boleh pilih awak. Awak jangan risau, lepas kahwin awak tetap dapat jawatan pembantu setiausaha tu seperti yang telah dirancang,”
“Encik memang dah lebih! Encik tak boleh buat saya macam ni,” Yanie bangun dan terus berlari ke biliknya. Pintu bilik ditutup kasar. Izzad menarik nafas. Mek Yah berjalan perlahan menghampiri cucunya. Bahu Izzad dipegang.


Saat mereka ingin melakar kemanisan , Rahsia tersimpan terbongkar .....Izzad  meluahkan .. Izyanie perlu kuat demi menyokong suami yang baru dicintainya.
"Kita main Truth or Dare..." Izzad ketawa kecil. Kalau permainan itu dia tahu benar. Muncung botol menunjuk ke arah siapa, orang itu kena menjawab soalan permainan lain.
" Main kena jujur tau," pesan Yanie.
Izzat mengangguk sahaja dengan sengihan. Yanie bangun ke dapur. Dia kembali semula dengan membawa botol plastik yang diisis air. Mereka berdua duduk bersila di atas karpet tebal. Botol diletakkan diatas meja.
"Siapa nak jalan dulu?" soal Izzad bersedia. Yanie mengangkat tangan suka. Dia mahu jalan dahulu. Macam-macam soalan yang berlegar di dalam fikirannya. Dengan semangat, Yanie memusingkan botol. Penuh debaran menantikan muncung botol menghala ke arah siapa. Yanie bersorak bila Izzad yang terkena.
"Nak tanya apa?" Izzad tersenyum. COmel melihat telatah isterinya yang seakan kanak-kanak.
"Sebelum kenal Yanie, abang ada teman wanita tak? Kalau ada, siapa namanya?" Yanie memberikan soalan.
"Teman wanita? tak ada... kalau kawan perempuan ramailah," jawab Izzad tenang. Yanie mengangguk sahaja. Tapi sumpah dia tak percaya!
"Yelah tu... Yanie tak percayalah!" Saja aje Yanie menguji suaminya. Izzad terenyum sendiri mendengar ketidakpuasan isterinya.
"SUmpah! Abang memang ramai kawan perempuan. Dia orang yang minat abang , tapi abang tak pun." Sengaja Izzad mengangkat kening, kononnya handsome le tu. Yanie angkat kening tanda memang tak percaya. Alah, masakan suaminya tak pernah bercinta? mungkin dalam diam?
"Kenapa ? Yanie tak percaya abang ke?" Izzad cuba menyoal pula. Geram pula rasanya bila Yanie seakan-akan tidak percaya padanya.
"Ala abang, kalau kucing nampak ikan depan mata tak akanlah tak terliur kut? Nak-nak lagi ikn yang segar bugar." Bernada cemburu saja membuatkan Izzad ketawa senang. Izzad terus mencapai tangan Yanie kemudian digenggam erat sebelum diletakkan didadanya. Yanie sudah tidak mahu bersuara, wajah Izzad menunjukkan yang dia bercakap benar.
"Maybe ada , maybe tak. Tapi apa yang abang pasti Yanielah satu - satunya wanita yang ababng cinta, sampai mati," ucap Izzad perlahan membuatkan Yanie tersenyum. Air mata teras mahu gugur mendengar kata-kat ikhlas suaminya itu.
"Abang pula jalan." Yanie memberitahu, cuba mewujudkan suasana ceria kembali. Kali ini Izad pula yang memusing. Bucu botol menunjukkan kearah dirinya sendiri. Izzad memusing sekali lagi. Yanie pula yang terkena.
"siapa cinta pertama Yanie!" Soalan Izzad membuatkan wajah Yanie memerah. Malu. Balas dendam nampaknya!
"Hmmm... Seseorang yang bernama Izad Daniel. Dialah cinta pertama Yanie." Selepas menjawab Yanie terus menutup muka dengan bantal kecil. Mendengar ketawa Izzad lagilah membuat dia malu. Mereka teruskan bermain. Sekejap Izzad terkena sekejap Yaie. Mereka bergiir-gilir menyoal soalan. Dalam masa yang sama, mereka cuba mengenali antara satu sama lain. Pada pusingan terakhir, Yanie mendapat giliran untuk menyoal Izzad. Yaniemenarik nafas dalam. Inilah masa yang ditunggu-tunggunya.
"Soalan terakhirini Yanie harap abang dapapt jawab dengan jujur." Yanie memulakan. Kali ini dia sedikit gelisah.
"Apa rahsia terbesar yang abang sorokkan dari pengetahuan Yanie?" perlahan tapi tajam maksudnya. Izzad menarik nafas. Sejak dua tuiga hari ni dia sering diajukan dengan soalan sebegini oleh isterinya. Izzad memandang Yanie lama.
"Yanie tahu sesuatu ke?" Izzad menyoal kembali. Yanie sekadar mengeleng. Sebenarnya, dia seperti mahu menangis. Bagaimanalah Izzad menanggung kesakitannya seorang diri? Tidak pergi membuat rawatankah? Perlahan Izzad menghampiri Yanie dan memeluk erat isterinya. Rambut Yanie dibelai sayang.
"Abang tak bermaksud nak rahriakan daripada Yanie. Abang cuma tak nak Yanie risau. Abang tahu Yanie dah tahu tentang penyakit abang. Yanie tak perlulah lagi menahan air mata tu. Kalau nak menangislah." Lembut suara Izzad. Yanie sudah mula tersedu-sedan. Esakan kecil mula kedengaran.
"Yanie takut sebaik saja tahu abang ada leukemia ni. Yanie takut sangat."
"Abang anggap penyakit ni sebagai satu rahmat yang besar. Kerana penyakit inilah abang terfikir untuk mencari calon isteri. Untuk abang wariskan segala harta abang pada isteri abang. Kerana itulah kita berjumpa. Kerana penyakit ini juga membuat aban sedar yang selama ini abang banyak berdosa. Tak solat. Buat abang terfikir kalau abang mati, mayat abang diteima tak. Abang tertanya-tanya sempat tak abang nak bertaubat sebelum abang mati...." Izzad tersenyum tapi Yanie tahu lelaki itu menangis kerna matanya basah.



Janji yang pernah dibuat memakan diri ..... Adam menuntut janji , Tengku Fathiah merancang sesuatu kerana dendam.
"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" Adam sesekali lagi memulakan bicara.
"Aku call kau ni sebab aku nak berbincang sebagai seorang sahabat. Sebab kalau aku nak bincang sebagai seorang lelaki, terutama sekali sebagai seorang suami, dah lama aku tumbuk kau," ucap Izzad masih dengan wajah tenang. Dia datang bukan untuk bergaduh , cuma nak mengetahui kebenaran yang tersembunyi. Adm tersenyum sendiri. Dia faham maksud kata-kata Izzad itu. Suami mana tak akan naik berang bila ada lelaki lain cuba merampas isterinya, dia sedar akan itu. Tapi disebabkan ego, dia tidak mahu mengalah dengan lelaki bernama Izzad!
"Apa yang kau dan Fath dah rancang? Kau orang cuba nak pisahkan aku dan Yanie?" Izzad berterus terang. Dia harap jawapan yang jujur dari mulut Adam. Andai benar apa yang difikir, dia tak akan membenci Adam Kerana Adam ialah keluarganya.
"Izzad, Fath mencintai kau macam aku mencintai Yanie. Salah ke kalau kami cuba dapatkan cinta kami?" Adam membalas tenang.
"Dengan cara kau hancurkan rumah tanggasahabat sendiri?" Izzad kecewa. Adam terdiam.
"Adam tak boleh nak tipu perasaan aku . Aku ah cuba untuk lupakan perasaan aku ni pada Yanie. Tapi, disebabkan janji yang kau pernah buat dulu aku simpan harapan. Aku tak jadi buang perasaan yang memang dah sedia ada ni." Adam memeluk tubuh.
"Aku betul-betul minta maaf sebab pernah bagi kau harapan. Aku memang tak ada hak untuk suruh kau padam dan buang jauh-jauh perasaan suka kau pada Yanie. Tapi aku mnta tolong, jangan hancurkan rumah tangga aku. Jangan kau cuba nak rampas Yanie dari hidup aku." Berbaur amaran suara Izzad.


I