Sunday, 15 July 2012

NOVEL KAU DITAKDIRKAN UNTUKKU

Akan ku sulam kasih hingga ke dasarnya, Kerna ku percaya kita ditakdirkan bersama.

Novel Kau Ditakdirkan Untukku adalah koleksi peribadi milik aku. Karya Gee Muszisya setebal 528 muka surat ini terbitan Karya seni. Baby pertama sudah cukup buat si penulis tersenyum dengan jalan cerita cukup menarik. Cerita mengisahkan Akmal Ikram dan Nuranis Fatihah mengecapi hidup berumahtangga dan dihantui kenangan silam. Akmal Ikram ada sejarahnya bertunang dan ditinggalkan.Tidak kurang juga Nuranis Fatihah dengan kehidupannya dan dibesarkan dirumah anak - anak yatim. Kehadiran Nuranis merubah segalanya. Perasaan suka pada mulanya disangkal dan Ikmal sengaja mendera dengan pelbagai bebanan kerja untuk melihat Nuranis sentiasa bertemu dengannya. Memang sweet sangat hubungan Ikmal dan Nuranis. Ikmal tak pernah putus asa untuk menawan hati Nuranis hingga mamanya suka pada Nuranis dan ingin dijadikan menantu. Ikmal mengambil peluang yang ada bagi mempermudahkan usahanya memikat hati Nuranis. Kehadiran bekas tunang Ikmal mengoyangkan perhubungan Ikmal dan Nuranis. Ikmal nekad walau apa pun terjadi hanya Nuranis yang bertahta dihatinya sekarang.

Sinopsis dari kulit novel
Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya. 
Akmal teruja kala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Anis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia. 
"Kenapa awak tak berterus terang aje. Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal tersengih nakal. 
"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" bidas Anis geram. 
Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Anis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah disaat ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadis idamannya disaat dia bergelut dengan perasaannya sendiri?
"Saya tahu dia masih sayangkan awak. Kalau tidak masakan dia merayu untuk kembali pada awak. Tak mustahil juga kan kalau rasa sayang awak masih ada pada dia? Tetapi awak sengaja kunci dengan rasa marah dan dendam yang tidak pernah padam." – Anis
"Seandainya satu hari nanti ditakdirkan kita tak dapat mencari persefahaman. Saya redha. Dan saya tidak memaksa awak untuk menerima diri saya." - Akmal
"Awak tak pernah terfikir ke Anis. Mungkin kita memang dah dijodohkan bersama. Walaupun saya tak sempurna dimata awak tetapi awak telah ditakdirkan untuk membetulkan ketidaksempurnaan saya itu. Kalau kita tak beri peluang pada hati kita, hubungan kita tak akan kemana Anis. Saya memerlukan awak untuk mengemudi bahtera kita supaya tidak goyah. Saya tak mampu untuk mengemudinya seorang diri." Ujar Akmal meluahkan rasa dari lubuk hatinya yang lama terpendam.

lagu pilihan Akmal untuk anis diawal pertemuan

Petikan - petikan yang menarik dalam Novel

“Bos” panggil Nuranis Fatihah.
Tersedar Akmal Ikram dari lamunan. Dia menggangkat muka melemparkan pandangan kosong pada Nuranis Fatihah yang memerhatinya.
“Bos tak nak makan ke?”
“Saya tak ada selera.”
Pulak! Tadi beria ajak makan kat sini. Dah duduk sini tak ada selera pulak.
“Jangan macam tu bos… makan sikit , dah sejuk tak sedap.Nanti membazir aje nasi goreng tu kalau bos tak makan,” pujuk Nuranis Fatihah.
“ Saya betul-betul tak ada selera Anis.”
“Tak baik membazir bos. Cuba tengok orang susah. Mereka nak dapat sesuap nasi pun kena berkerja keras. Kita yang mudah nak dapat makanan, senang-senang pulak nak buang. Amalan membazir dilarang oleh Allah. Itu tandanya kita tidak bersyukur kepada-nya. Bos pernah tak tonton iklan beras jasmine? Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani. Haaaa.. bos kena hargai setiap titik peluh petani tu.” Dengan penuh semangat Nuranis Fatihah memberi nasihat kepada bosnya. Tersenyum Akmal mendengarnya. Tercuit dengan tingkah Nuranis Fatihah yang bersahaja. Mamang ada kebenaran dari kata-kata Nuranis Ftihah itu. Bukan niatnya untuk menbazir tetapi seleranya sudah putus dek tamparan kejadian tadi. Dia mengeluh panjang. Bungkusan diatas meja dibuka. Aroma nasi goring mula membangkitkan selera. Perlahan dia membaca doa. Nuranis Fatihah tersenyum nipis. Lega hatinya melihat Akmal menerima kata-katanya tadi. Mereka menkmati makan malam dengan suasana yang nyaman diiringi alunan muzik piano yang sayup-sayup kedengaran dihalwa telinga.
“Awak memang selalu aktif dalam kerja-kerja amal ke?” tiba-tiba Akmal Ikram menyoal memecahkan keheningan antara mereka. Sekadar mengajak Nuranis Fatihah berbual untuk menghilangkan kerunsingan dihati. Tu saja yang terlintas difikirannya kala ini.
“Haah, memang saya selalu libatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh rumah Ar Raudhah. Itu saja yang saya boleh buat,walaupun saya tahu tak terbalas budi rumah Ar Raudhah kepada saya,” jawab Nuranis Fatihah.
“Maksud Anis?” Tanya Akmal Ikram tidak mengerti dengan kata-kata Nuranis Fatihah tadi.
“Sebenarnya saya dibesarkan disitu.” Sayu nada Nuranis Fatihah menjawab pertanyaan Nuranis Fatihah. Akmal Ikram terkedu. Terhenti suapannya.Tidak menyangka gadis dihadapannya dibesarkan dirumah anak yatim. Seorang gadis ceria, berani bersuara melontarkan pendapat dan pandai menjaga pergaulan diri walaupun dibesarkan tanpa kasih sayang ibu dan bapa. Papanya sering memuji Nuranis Fatihah. Kata papa, Nuranis Fatihah seorang yang tekun berkerja. Setiap tugasan yang diberikan pesti akan dilaksanakan dengan penuh dedikasi.Sebab itu dia sering memberi kerja yang banyak kepada Nuranis Fatihah untuk melihat sejauh mana kebenaran kata papanya terhadap gadis ini. Setakat ini, Nuranis Fatihah memenuhi kriteria untuk dinaikkan pangkat tetapi belum diusulkan kepada papanya lagi.
“Kenapa? tak percaya?” soal Nuranis Fatihah beriak ceria.uba megusir rasa kedukaan yang mula melingkar dijiwa.
“Tak percaya dan tak sangka. Papa hanya cakap awak orang kuat Ar Raudhah.Patut papa tak berkira nak hulur sponsor pada awak…. Orang kuat kat situ rupanya.” Mencerlung mata Nuranis Fatihah memandng Akmal Ikram. Wajah selamba Akmal Ikram seolah-olah menyindirnya. ‘ini aku nak hangin satu badan! ingat aku kaki bodek ke!’
“Bos perli saya ke apa ni?” Tanya Nuranis Fatihah mula geram.
“Mana ada saya perli, Cuma hairan sebab sponsor yang papa bagi diluar jangkaan saya dan Syaikat Puncak Holding juga menjadi pengajur tetap program di rumah anak yatim Ar Rudhah. Sekarang baru saya tahu sebabnya,” terang Akmal Ikrm menjawab segala kemusyikilan di benaknya selama ini.


Kami ada hal nak beritahu papa dengan mama,” ujar Akmal Ikram. Wajah orang tuanya ditatap tenang. Akmal Ikram kemudian memandang Nuranis Fahihah yang hanya kaku disebelah mamanya. Berat terasa untuk meluahkan kata-kata. Dato Mansor dan Datin Kamariah masih menanti butir bicara Akmal Ikram. Datin Kamirah mula rasa tidak senang hati bila Akmal Ikram hanya diam membisu. Nuranis Fatihah yang juga menanti semakin gelisah jadinya. Berdegupkuat jantungnya. Tidak pernah dia merasa takut seperti ini. Boelh pengsan aku kalau macam ni. Sesak nafas dah aku rasa. Ynag bos aku ni kenapa tiba-tiba seyap aje.Tadi bukan baik mukadimahnya. Tiba-tiba pulka diam. Hishh..! macam mana ni.
“Ada apa sebenarnya. Kenapa senyap aje ni?” soal Datin Kamariah tidak sabar. Lembut tangan Datin Kamariah menyentuh tangan Nuranis Fatihah. Sentuhan tangan Nuranis Fatihah. Sentuhan Datin Kamariah mengeutkan Nuranis Fatihah . Seakan meresap satu perasaan yang sukar ditafsirkan. Kelembutan sentuhan darpada seorang ibu menusuk ke kalbunya.
“Hmmm..Anis, ada apa?” soal Datin Kamariah lagi.
‘erk! Apa aku nak jawab ni?’ Nuranis Fatihah menoleh kearah Akmal Ikram. Namun Akmal Ikram hanya memandang kosong kepadanya. Datuk Mansor juaga senyap dari tadi tidak berani mencelah.
“Anis tak setuju rancangan kami nak masuk meminang Anis ke?” duga Datin Kamariah. Sayu nadanya menusuk ke hati Nuranis Fatihah. Raut wajah kehampaan Datin Kamariah meresahkan Nuranis Fatihah. Tidak sampai hati untuk mengecewakan harapan orang yang begitu baik terhadapnya selama ini.’Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Bagaimana sanggup aku menghampakan perasaan wanita ini yang begitu ikhlas menerimaku walaupun aku serba kekurangan. Kau tunjukkanlah jalannya Ya Allah.'
“Anis.” Lembut sapaan Datin Kamariah menyentakkan Nuranis Fatihah.
“Bukan begitu Datin,” ucap Nuranis Fatihah spontan.’Glup! Aku ke yang cakap tadi.’ Nuranis Fatihah perasan semua mata terarah kepadanya. Tersedar ia kini sudah terlajak kata. Tercengang Akmal Ikram.Tidak berkedip matanya memandang Nurnis Fatihah. ‘Silap dngar ke aku tadi? Boleh review balik tak?’ Senyuman dibibir Datin Kamariah menyakinkan Akmal Ikram bahawa dia tidak tersilap dengar. Kemudian perlahan senyuman turut terukir dibibirnya. Berbunga rasa dihati sukar digambarkan.
“Jadi Anis menerima risikan tu. Leganya hati aunty. Hari tu ibu Anis cakap, Anis nak fikir dulu. Bila Anis sendiri yang beritahu aunty memang lega sangat aunty rasa,” luah Datin Kamariah ceria.
“Tapi Datin , saya tak layak untuk Encik Akmal. Sepatutnya encik Akmal dapat yang lebih bak. Saya ni banyak kekurangannya Datin.” Nuranis Faihah masih berdolak dalik.
“Anis adakah yang terbaik untuk anak aunty. Dan mulai hari ini jangan panggil aunty Datin lagi. Dari dulu lagi aunty ckap janagn panggil datin. Sekarang panggil aje mama. Tak lama lagi pun Anis dah nak jadi ahli keluarga kami. Bukan begitu papa,” ujar Datin kamariah teruja dengan berita gembira itu.
“Mama rasa tak payahlah tunggu lama-lama. Kita buat majlis sekali. Tk payah nak tunang lama-lama. Buat serentak bertunang dengan nikah. Along macam mana setuju tak dengan cadangan mama?” sambung Datin Kamariah memberi cadangan.
“Along ikut aje mama.”
“Dah tak sabar mama along ni nak dapat menantu,” sampuk Datuk Mansor tersengih mengusik.
“Lagi cepat lagi bagus mama.” Celah Akmal Ikram bersama sengihan tidak sudahnya. Tergelak Datuk mansor dan Datin Kamariah dengan seloroh Akmal Ikram. Nuranis Fatihah pantas menoleh ke arah Akmal Ikram melemparkan pandangan yan tidak senang dengan usikan itu. Tetpi Akmal Ikram hanyat tersenyum bersama kenyitan nakal. Membutang mata Nuranis Ftihah dengan tingkah Akmal Ikram. Gatal!... Aduh.. lain yang dirancang lain pula yang jadinya.


“saya tahu perkahwinan kita bukan seperti yang awak impikan. Saya bukanlah pilihan hati awak yang sebenarnya.Apatah lagi bila awak dengar cerita buruk mengenai diri saya. Mesti awak bertambah benci pada saya kan.” Akmal Ikram menarik nafas panjang sebelum meneruskan bicara. Nuranis Fatihah hanya tunduk membisu.
"Awak pernah nasihat pada saya dulu. Kita mesti reda dengan apa yang ditakdirkan untuk kita. Setiap ujian dan dugaan yang kita hadapi pasti ada hikmahnya. Setiap ujian dan dugaan yang kita hadapi pasti ada hikmahnya. Saya sentisa inga kata-kata awak Anis. Dan saya pegang ia sebagai azimat dalam diri saya.” Terkaku Nuranis Fatihah. Memang senang untuk mengungkapkan kata –kata tapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan jika diasuh hati untuk menerimanya.
“Saya tak akan memaksa awak untuk menerima saya. Saya tahu hati awak terluka .Tapi saya harap jangan ada perasaan ragu dalam diri awak pada saya.”
“Tapi awak tak pernah menafikan perkara tu.” Pintas Nuranis Fatihah tiba-tiba. Sejak kejadian itu perasaan curiga sentiasa mengahantui dirinya. Setiap saat dia memnantikan Akmal Ikram menerangkan kedudukan sebenar. Namun penantiannya bagai tiada penghujung bila Akmal Ikram lebih suka bersikap berdiam diri. Bercakap bila perlu sahaja.
“Awak rasa, awak akan percaya kata saya dalam keadaan awak macam tu," soal Akmal Ikram melawan pandangan Nuranis Fatihah. Terdiam Nuranis Fatihah. Tidak dinafikan , jika mereka berterusan membincangkan masalah itu tempoh hari pasti akan berlaku pertelingkahan di antara mereka.
“Saya tak paksa awak untuk mempercayai saya Anis. Tapi percayalah, Walau tidak setebal mana iman dalam diri saya tetapi saya masih mampu mengawal diri saya dengan godaan nafsu. Tapi saya tahu, saya tak boleh terlalu singkat untuk mengenal hati budi antara kita. Sebab itu saya mahu hubungan kita diberi ruang dan masa. Saya mahu awak menerima saya seikhlas hati tanpa ada paksaan dalam diri awak,” ujar Akmal Ikram meluahkan perasaan yang terbuku didada. Nurnis Fatihah membisu seribu bahasa. Terharu bila akmal Ikram bagai dapat menyelami gelodak hatinya.
“Anis….” Panggil Akmal Ikram . Namun Nurinis Fatihah hanya tunduk membisu sedari tadi.
“Anis pandang saya.” Lembut nada Akmal Ikram berkata. Perlahan Nurnis Fatihah mengangkt muka.
Tenang air muka Akmal Ikram memandangnya.
“Kalau satu hari nanti ditakdirkan kita tak dapat mencari persefahaman . Saya reda. Dan saya tak memaksa awak menerima untuk saya," Kata akmal Ikram sambil merenung kedalam mata Nuanis Fatihah. Walaupun tenang kata-kata dilontarkan namun pedih terasa menyerap ke lubuk hatinya. Tersentuh Nuranis Fatihah dengan kata-kata Akmal Ikram. Entah mengapa ada kepedihan yang menyelinap diruang hatinya bila Akmal IIkram berkata begitu. Dia tak mahukan perpisahan walaupun perkahwinan ini bukan pilihannya. Keliru dengan perasaannya tika ini. Apa yang aku mahukan sebenarnya? Nuranis Fatihah melepaskan keluhan berat sebelum menyuarakan pendapat yang dia sendiri tidak pasti.
“Seperti kata awak, kita beri peluang untuk diri kita dulu. Tak salah kalau kita mencuba ,kan. Saya akan belajar memahami diri awak dn awak juga akan belajar memahami saya,” ucap Nuranis Fatihah tenang.
“Cuma .. “ Teragak-agak Nuranis Fatihah ingin bersuara.
“Cuma apa?” pintas Akmal Ikram tidak sabar.
“Saya harap awak boleh beri masa pada saya. Bukan mudah untuk meyakinkan diri saya sendiri selepas apa yang telah berlaku. Saya harap awak faham,” kata Nuranis Faihah perlahan. Akmal Ikram menarik senyum. Faham akan maksud kata-kata Nuranis Fatihah.
“Ambillah berapa banyak masa yang awak nak. Saya akan tunggu.” Balas Akmal Ikram dengan segaris senyuman dibibir. Nuranis hanya tersenyum nipi membalas.



Nurnis Fatihah menampar perlahan beberapa kali pipinya. Tanpa disangka tingkah-lakunyaitu desedari oleh Akmal Ikram.
“Kenapa?” Tanya Akmal Ikram memandang sekilas kea rah Nuranis Fatihh dengan riak kehiranan.
“Huh!” Terpinga-pinga Nuranis Fatihah. Benaknya ligat berfikir jawapan apa yang sesuai diberikan.
“Nyamuk,” jawab Nuranis Fatihah sepatah. Akmal Ikram sudah mengerutkan dahi. “Hah! Nyamuk? Ada nyamuk ke ?”
“Nyamuk sesat kut.” Serba slah Nuranis Fatihah dibuatnya. Dia tersenyum sumbing.’Apa kena dengan aku ni? Tenanglah wahai hati.’ Sebaik tiba dihadapan rumah , mereka masih membisu seribu bahasa. Nuranis Fatihah terus naik ke bilik, Begitu juga Akmal Ikram. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan yang bergelora dihati mereka dikala ini.
“Abang nak minum apa-apa?” Tanya Nuranis Fatihah sebaik tiba dihadapan pintu bilik.
“Tak apalah, Anis pun dah letih.” Nuranis Fatihah tersenyum nipis. Sempat mereka berbalas pandangan sebelum Nuranis Fatihah melarikan beboa matanya ke arah lain. Pintu terkuak luas. Akmal Ikram memberi laluan kepada Nuranis Fatihah. Sebelum melangkah masuk Nuranis Fatihah menghdiahkan sebuah senyuman kepada Akma Ikram. Dia terus menepak ke arah almari hias lalu meletakkan tas tangan di atas almari itu. Dadanya semakin berdebar tatkala melihat Akmal Ikram melangkah ke arahnya menerusi cermin hias itu. Dia cuba berlagak selamba, tangan mua menanggalkan kerongsang ditudung. Ketika dia menanggalkan selendang di kepala, tiba-tiba tangannya disentuh lembut.Serta merta pandangan tertancap pada cermin hias dihadapan. Akmal Ikram sedang berdiri begitu hampir dibelakangnya. Gementar dan resah semakin menghimpit diri. Dibiarkan saja selendangnya melurut jatuh ke lantai. Rambutnya beralun lembut tatkala Akmal Ikram melepaskan ikatannya.
Pandangan Nuranis Fatihah terus melekap pada setiap tingkah dan sentuhan Akmal Ikram diatasnya.
“Abang suka tengok rambut sayang lepas macam ni,” bisik Akamal Ikram ditelinganya ambil mengeus rambutnya lembut. Nuranis Fatihah mematungkan diri. Tidak berkedip matanya memandang Akaml Ikram itu.
“Abang ada sesuatu untuk sayang,” beritahu Akmal Ikram sambl menarik seutas rantai dari kocek tuxedonya. Kemudian dia memakaikan rantai itu ke leher Nuranis Fatihah.Nuranis Fatihah mengamati rantai emas putih yang tersarung dilehernya. Di menyentuh loket kecil berbentuk hati dan bentuk ‘a’ yang berkembar dua tergantung di tengah-tengah bentuk hati itu. Tampak lebih menarik dengan kilauan permata-permata keci ditasnya. Cantik dan unik sekali rekaannya.
“Double ‘a’?” sebut Nuranis Fatihahperlahan. Matanya tidak lepas dari loket yang tersarung dilehernya itu."Akaml Ikmal dn Nuranis Fatihah. Pautan dua jiwa satu hati dalam ikatan cinta suci abadi.” Senyuman mekar terukir dibibir Nuranis Fatihah merdengar ungkapan indah itu.
“terima kasih abang,” ucap Nuranis Fatihah perlahan.  
“Sayang..” seru Akmal Ikram lembut. Kedua bahu Nuranis Fatihah dipegang lembut dan dipaling menghadapnya. Nuranis Fatihah tunduk memandang lantai.Malu untuk bertentangan mata dengan Akmal Ikram. Rona merah dipipinya mula kelihatan. Dagu Nuranis Fatihah disenuh lembut. “Pandang abang..”
Pandangan mereka bertaut. Senyuman nipis terukir dibibir Akmal Ikram. Sepasang matanya meneroka segenap rau wajah Nuranis Fatihah.
“Sayang cantik sangat malam ni,” bisik Akmal Ikram perlahan.  Akmal IIkram meraih kedua tanga Nuranis Faihah dan digenggam erat. “ Sejuknya tangan sayang.” Nuranis Fatihah terkedu. Bibir diketap menahan rasa malu yang semakin menebal.
“Abang tahu sayag gementar.”
“Mana ada,” nafi Nuranis Fatihah menyembunyikan gelodak hati yang tidak keruan.
“Habis tu, kenapa sejuk sangat tangan ni?” Nuranis Fatihah terdiam . Tidak tahu alasan apa yang patut diberi. Sudahnya da hanya tertunduk malu. Memang tubuhnya seram sejuk tika ini. Tingkah Akmal Ikram mengubah suhu badannya jadi tidak menentu. Akmal Ikram menarik sedalam – dalamnya. Genggaman semakin dieratkan.
“Sayang.. menyusun kata pujangga indah bukan kepakaran abang. Untuk meluahkan kata hati bukan perkara mudah untuk diungkapkan dengan kata-kata. Tiada lagi kata data menggambarkan perasaan yang terpendam dihati abang. Sudah lama abang menunggu saat ini, melamar bidadari untuk terus bersemadi selamanya dihati abang.”
Nuranis Fatihah terpanar.lentok bahasa Akmal Ikram seolah-olah ingin memberitahunya sesuatu. Akmal Ikram membawa kedua tangannya ke dada. Pegangan dieratkan. Tidak berkedip mata Nuranis Fatihah memandang Akmal Ikram. Bermimpikah aku? Benarkah aku berpijak dibumi yang nyata sekarang? Nuranis Fatihah Menatap wajah Akmal Ikram.

No comments:

Post a Comment