Monday, 2 July 2012

BERSAMA KREW ERA RADIO & SCHA

Birthday party bersama Krew ERA Radio & Scha Al Yahya

Tepat jam 4.30 petang rombongn PHD dan krew ERA Radio dan artis jemputan sampai ditempat kerja aku di Item industrial Engineering ( macam nak cakap rombongan cik kiahlah pulak hehehhe ). Mereka memang buat Surprise pada artis jemputan .Aku teruja sesangat dapat berjumpa mereka. Mungkin orang lain biasa jumpa artis tapi kali ni artis jumpa aku, tu yang tak terkata. Kekawan aku terlalu teruja dengan kehadiran Zahid AF seperti Nurul Haiza atau dikenali dengan panggilan ringkas Haiza penantian dari tahun 2004 dan juga Nurul Hafinaz untuk berjumpa Zahid AF didepan mata umpama bulan jatuh ke riba. Bergambar dengan Zahid AF tak putus - putus sebagai tanda kenangan. Dan tak disangka – sangka ialah Scha Al Yahya datang sebagai artis jemputan. Arrggghht rasa nak menjerit . ini party birthday girl untuk aku. Kemenangan Nurul Hafinaz memang tak diduga- duga menjayakan Rap hari jadi bersama ERA Radio. Sejarah dalam hidup aku birthday aku diraikan sebegini meriah.  Aku rasa macam artis pun ada Video cam dan kamera tak henti mengambil gambar aku. Birthday girls lah katakan….. girls lah sangat … ehhehehe. Rasa macam lupa yang aku ada adik tiga orang kat rumah tu (melampaukan). Detik –detik manis ni akan berada di web ERA radio , web PHD (Pizza Hut Delivery ) dan facebook .
( saat penantian dengan penuh debaran )

( Bersama Krew ERA dan Scha )

 pemenang bersama Zahid AF

 
 Bersama Rizal orang kuat ERA Radio

Artis Jemputan Scha Al Yahya

Penantian berakhir
 
ketibaan artis jemputan dan krew ERA

( Beramah mesra bersama Scha )



( on air bersama ERA )

Bila diimbas kembali detik- detik peyertaan aku tak menyangka nama aku terpilih. Nurul Hafinaz terpanggil untuk menyertai Rap birthdy di Radio ERA sempena  ulang tahun aku lima belas nak ke lima puluh tahun ( emmmm kira sendiri ) . Pada hari khamis 21 jun 2012 satu panggilan dari pihak Radio ERA memberitahu penyertaan beliau terpilih dan beliau telah menyanyikan sebuah lagi RAP birthday untuk aku sekitar pukul 5.00 petang. Masa tu agak kecewa aku tak dengar kerana mungkin line telipon tak berapa baik. Pihak Radio ERA gagal menghubungi aku . Semua kawan – kawan di office turut teruja ingin mendengar lagu Rap birthday dari Nurul hafinaz. Masa tu jugalah talian internet rosak, kami cukup kecewa. Tapi kekecewaan aku tak lama kerana Adi dari Radio ERA menghubungi aku sekali lagi utuk buat confirmation bahawa aku akan mendapat voucher RM100.00 dari PHD ( Pizza Hut Delivery ) aku suka … aku suka .. aku suka ( ala – ala gedik ). Dikesempatan itu aku meminta Adi memutarkan semula lagu Rap yang dinyanyikan oleh sahabatku Nurul Hafinaz. Dan komen dari Adi DJ ERA Nurul Hafinaz orang pertama telah menyanyikan dengan lancar dan baik sepanjang penyertaan ( wow … hebatnya adik comel aku ni ). Dan sekali lagi yang aku tak sangka Nurul Hafinaz sekali lagi terpilih ber birthday party bersama dua orang DJ ERA Radio dan artis jemputan.

Gedik bersama - sama
peminat fanatik
Sesi soal jawab

Sesi makan - makan

makan dan terus makan



 Zahid bersama peminat
Scha bersama peminat

Bersama peminat tegar

Bersama peminat

Aku dan Scha
Peminat tegar scha

 
ini dia cik Nurul Haiza yang mengajar aku menjadi pecinta novel  

Detik –detik manis aku bersama DJ ERA Radio  Rizal , Zahir AF dan Artis jemputan Scha Al Yahya serta kawan-kawan di tempat kerja memang tak dapat dilupakan. Terima kasih pada Finaz , haiza , intan , ana , yani , dilla , ani , aida , Hj, Din , Fadzli , zikri a.k.a AJIS ( aku Jambu Idaman Semua ), nizam. Ada ssesiapa lagi nama yang aku tak sebut ke ??? Oopppss aku minta maaf. Oohh baru teringat, terima kasih yang tak terkata pada Dato Ayob Aziz dan En. Hisham Hanif Khamis  kerana membenarkan Party Birthday in diadakan. Tak lupa juga kak nor dengan jambangan bunga , sha walaupun tak ada masa party tu awak sentiasa ada dihati.  kerana anda semua adalah rakan dan sahabatku Love you all and Muuuuaahhhhh…. ( macam artis buat ucapan menang anugerah  )..
kenangan bersama

detik - detik kepulangan krew ERA 

2 comments:

  1. terharu nyer.....nama sha pun disebut gak ler.... tima kasih... kak pisah pun ada gak dlm hati ni.... ^__*

    ReplyDelete
  2. mesti laaa .... nak cayang sikit .... muuuaahhh

    ReplyDelete