Thursday, 2 January 2014

AKU DAN BLOGS 2013




Menaip bukanlah hobi saya , tetapi kini sudah menjadi sebahagian dari hidup saya . Selepas kewujudan blogs ini . Sungguh tak pernah dijangkau oleh akal saya blog ini dikenali lebih cepat dari apa yang dijangka. Tak pernah terfikir sebenarnya. Sasaran awal untuk tahun 2013 pengunjung hanyalah 120,000 sahaja kini blog ini sudah ada lebih 1 juta pengunjung sekitar tahun 2013. Bukan niat untuk riak atau pun berbangga diri. 

Untuk berada ditahap sekarang ni banyak yang perlu dilalui. Dengan setiap komen yang ditinggalkan pasti ada yang menyentuh hati. Dari yang memuji tak kurang juga yang mengkritik. Ada kala kritikan itu mampu membina menjadi lebih baik dan ada kalanya tidak mampu untuk diterima. Kita tak mampu buat semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. 

Review didalam blogs ini kebanyakan dari terbitan karya seni dan penulisan2u. Tahun 2013 novel terbitan Karyaseni banyak terlibat dengan drama adaptasi. Sehingga kini drama adaptasi menjadi siulan masyarakat kini.

Sasaran Januari hingga Dis 2013
120 orang rakan pengikut (follower site )
120,000 kunjungan rakan

Untuk tahun 2014 saya tak mahu meletakkan apa-apa sasaran. Bagi saya berkongsi cerita dengan kawan-kawan sudah mencukupi. Kepada yang pernah singgah dan lepak-lepak di blogs ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian kalian. Saya juga memohon maaf Jika ada salah dan silap sepanjang review saya pada tahun 2013. Yang buruk datangnya dari saya dan yang baik itu datangnya dari Allah SWT.

4 comments:

  1. Tahniah untuk kejayaan akak berblog. Uji suka baca akak buat review novel. Semoga suatu masa nanti novel Uji juga bakal ter'view' di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamdullillah Uji.... terim kasih sebab selalu singgah di blog akak ni .... Insyaallah suatu hari nanti pasti novel Uji ada di blogs review ini...

      Delete
  2. Salam kenal dari saya :))
    Selamat berblogging!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Airina... sudi-sudikanlah singgah di blog yang tak seberapa ni .... lakar sedikit komen agar menjadi lebik baik ...

      Delete