Tuesday, 7 January 2014

NOVEL TIRAI DOSA KELMARIN

Bukan hukuman , bukan balasan , namun hanya ketentuan.


Memilik novel Tirai Dosa Kelmarin terbitan Lovenovel , keluaran Desember 2013 tertarik pada tajuknya. Selain itu, seorang sahabat dari FB memberitahu cerita ni penuh kesedihan dan ada part-part yang mencuit hati. Sentuhan pertama Arsha Wee setebal 874 muka surat membongkar rahsia hidup Nur Imanina dan Iman Faliq ingin mencari sinar bahagia demi melupakan sejarah hitam yang menyelubungi diri.

Jom sedikit review pertama untuk tahun 2014. Lapan tahun yang lalu Nur Imanina dirogol oleh lelaki durjana. Imanina juga kehilangan ibu dan ayah tercinta pada hari yang sama dia dirogol. Nur imanina juga terpaksa menerima cemuhan dari orang kampung kerana mengandungkan hasil peristiwa hitam itu. Sehingga abang kandungnya malu untuk berjumpanya dikampung. Bermulalah perhubungan antara adik dan abang renggang hingga terputus hubungan. Anak yang dikandung enggan melihat dunia , meninggal dunia ketika Nur Imanina kemalangan dijalan raya. Sejak itu hatinya mati dengan lelaki yang bernama lelaki. 

Lapan tahun berkerja di pusat taska milik Datin Farah, menghiburkan hatinya yang lara. Ditambah pula kehadiran Zarif Aimin cucu Dati Farah. Oleh kerana mereka rapat Zaril memanggil Nur Imanina dengan panggilan mama Iman. Keletah Zarif Aimin yang mencuit hati Nur Imanina membuatkan Nur Imanina dapat melupakan kesedihan hatinya. Kerana Zarif Aimin menemukan papa Imannya kepada Nur Imanina. Papa Iman adalah anak lelaki Datin Farah bernama Iman Faliq. 

Iman Faliq hidupnya diselubungi rasa bersalah kerana lapan tahun dulu dia pernah merogol seorang gadis bersama rakannya Fahmi kerana satu pertaruhan.Selepas kejadian itu hidupnya tidak tenteram lalu Iman bertetus terang pada kedua orang tuannya. Lebih mengejutkan papanya meninggal dunia selepas terkejut mendengar penjelasan sianak yang mengaku bersalah. Lapan tahun Iman mencari gadis itu tetapi nasib masih belum menyebelahinya.  Tanpa sedar Iman Faliq, hatinya mula tertarik dengan Nur Imanina. Keayuan dan kelembutannya, tambahan pula pandai melayan kerenah Zarif Aimin membuatkan Iman Faliq ingin mengenali lebih dekat. 


Pertemuan dirumah Aiman Iqbal, abang yang sudah lama terputus hubungan. Disitu juga rahsia lapan tahun lalu terbongkar. Iman Faliq terkejut dengan pengakuan Aiman Iqbal, abang Nur Imanina gadis yang dicari. Selepas pertemuan itu Nur Imanina melarikan diri. Dia seperti tidak percaya lelaki yang pernah merosakkan masa depannya dulu didepan mata. Iman Faliq mengambil keputusan untuk memperisterikan Nur Imanina. Iman Faliq ingin menebus segala kesalahannya yang lalu. Selain itu Fahmi rakan Iman Fahmi juga melamar Nur Imanina. Kerana tak sabar Fahmi sekali lagi ingin memperkosa  Nur Imanina . Tetapi dapat diselamatkan oleh Iman Faliq . Kerana itu Nur Imanina rasa terhutang budi. Dengan sokongan abang , kakak iparnya yang mahukan Nur Imanina bahagia seperti orang lain. Nur Imanina bersetuju untuk berkahwin dengan Iman Faliq. 

Selepas pernikahan mereka Iman Faliq membenarkan Nur Imanina tinggal bersama dengan abang Aiman Iqbal selama 3 bulan bagi Nur Imanina bersedia menerima Iman Faliq. Keikhlasan Iman Faliq yang ditunjukkan , memujuk hati Nur Imanina untuk menerima lelaki yang kini sudah bergelar suami. Memaafkan kisah lalu agar tidak dibelenggu dengan Dosa Tirai Kelmarin.



Sinopsis dari kulit novel 

Nur Imanina - Lembut pada wajah tetapi bukan pada hatinya. Titik hitam yang tertinggal menyebabkan dia menjadi wanita degil, penuh dengan rasa dendam dan benci. Kehancuran hidup gara-gara perbuatan lelaki yang begitu dipercayai meletakkan Nur Imanina di jalan yang cukup kelam.

Namun perkenalan dengan si kecil Zarif Aimin mengubah langkah kakinya. Terbit rasa kasih, terbina juga rasa sayang yang amat mendalam. Kasih sayang yang bertaut dengan Zarif Aimin akhirnya menemukan dirinya dengan Iman Faliq yang kelihatan serba sempurna.

Iman Faliq – Biarpun mempunyai paras rupa yang sempurna, namun hati menggenggam erat kekesalan akibat dosa yang pernah dia lakukan di masa lampau. Dan kerana dosa kelmarin, ketenangan hidupnya sudah lama terhenti. Demi sebuah kemaafan dan keampunan, kini dia tercari-cari empunya diri yang pernah diragut kebahagiaannya.

Kemunculan Nur Imanina yang lembut dan penuh kasih mula meruntun sanubari. Namun sebuah kenyataan maha hebat menyentak seluruh perasaannya, Nur Imanina adalah wanita yang pernah dianiaya suatu waktu dahulu! Jadi sekarang, layakkah dia melutut dan merayu demi sebuah keampunan? Dia inginkan kedamaian, inginkan masa depan yang lebih indah bersama insan yang pernah dia lukai, namun hati Nur Imanina begitu keras untuk dimiliki.

“Kalau saya tak nak, apa awak boleh buat?” – Nur Imanina

“Saya akan pastikan, takkan ada lelaki lain yang boleh kahwin dengan awak selain saya!” – Iman Faliq

Namun takdir Allah mengatasi setiap percaturan manusia, akhirnya Nur Imanina dan Iman Faliq bersatu sebagai suami isteri yang sah. Tanpa jemu Iman Faliq cuba meraih kemaafan si isteri, dan dia berusaha menjadi suami yang baik demi membahagiakan Nur Imanina yang pernah dilukainya.

Namun cukupkah beribu-ribu kasih sayang yang dicurah oleh Iman Faliq terhadap Nur Imanina? Dan mampukah terhapus dosa kelmarin tatkala ada hati yang masih terluka? 

4 comments:

  1. Novel yang mampu membuatkan kita mengalirkan air mata hiba. TDK memang terkesan di hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uji.... dah bacakan ...ini novel terapi untuk mata ... kisah sedih perjalanan Nur Imanina.

      Delete
    2. akhirnya sempat jugak jengah blog kak pisa ni. thks kak bgtau pasal aritu ye. actuallyni novel kedua Arsha Wee. Sblm ni dgn kaki novel guna nama Arsha- Biar aku jadi penunggumu

      Delete
    3. oooo ye ke ... akak ingat ini novel pertama... sebab tak pernah baca e-novelnya pun .. kalau dulu akak selalu terjah blog penulis kalau best baru beli sekarang dah tak sempat... tu yg tanya ein best ke tak ....
      terima kasih sebab bagitahu akak pasal novel yg best sangat ni .... pasal hari tu sama-sama.

      Delete