Bos memang macam tukan?
Apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, "Yes , boss!"
Novel ni dah baca sebenarnya , masa tu pinjam novel orang. Nak buat review pun tak sempat. Sekarang beli sendiri baru puas hati. Sebab beli , sekali lagi novel menjadi perhatian untuk diadaptasi. Novel dari penulis Areila Sahimi semua orang tahu novel yang simple dan santai. Novel ditangan saya ini, kini sudah pun dicetak sebanyak 12 kali. Naskah ini yang setebal 457 muka surat menyingkap rahsia cinta Aryana dan Ilham atau pun setiausaha dan En.Boss.
Sedikit review dari saya, Mengisahkan Aryana mendapat kerja sebagai setiausaha atas pertolongan mak ngah Samsiah. Jawatan setiausaha bukanlah jawatan pilihan. Demi kerana ingin membantu adiknya yang masih berlajar di universiti Aryana nekad untuk menerima perkerjaan sebagai setiausaha. Kerenah bos yang berlagak tahap agung memeningkan kepala Aryana. Ayat YES BOSS harus meniti dibibir Aryana setiap kali menerima tugasan. Kehadiran Abang Harun selaku driver banyak membantu Aryna melayan kerenah bossnya. Walau pada Awal agak kekok , lama kelamaan Boss , Driver dan setiausaha menjadi sahabat.
Semuanya bermula bila Bosnya ditumbuk di kelab malam kerana bersama isteri orang. Ilham yang pantang nampak perempuan cantik semuanya akan menjadi teman wanitanya.Selain tugas setiausaha Aryana juga yang menyusun temu janji teman wanita Ilham. Perkara ini dihidu oleh Datin Rokiah, Datin Rokiah dan Aryna berkomplot untuk mencari calon isteri yang sesuai untuk Ilham. Tetapi ditolak mentah-mentah oleh Ilham. Ilham berjanji dengan Aryana jika dlam masa 2 tahun Ilham dan Aryana masih belum bertemu jodoh mereka bersetuju untuk berkahwin bagi mengelakkan gelaran ANDARTU ( anak dara tua @ anak teruna tua )
Selepas 2 tahun mereka menjadi teman rapat . Tetapi selepas pertemuan Mellina mengubah segalanya. Lebih menyedihkan Ilham mengambil keputusan untuk bertunang dengan Mellina yang baru kenal beberapa bulan. Hati Aryana hancur walaupun dia menafikan pada semua orang yang dia sudah lama menaruh hati dengan Ilham "Bossnya sendiri". Mellina sebenarnya kekasih hati Jeffry . Semuanya adalah rancangan Jeffry untuk menjauhkan syarikat Ilham. Mempergunakan Mellina untuk mendapatkan maklumat berkaitan tender besar. Aryana pernah terserempak perangai buruk Mellina dan cuba memberitahu Ilham siapa sebenarnya Mellina. Tetapi apa yang Aryana dapat hanyalah maki hamun dari Ilham. Ilham menganggap Aryana sengaja mereka cerita. Ayrana pulang kekampung setelah berhenti menjadi setiausaha Ilham.
Ilham merasa tak karuan bila Aryana hilang. Dengan pertolongan Abang Harun, Ilham mencari Aryana dikampung. Aryana yang membantu Udin tauke kolam ikan keli dan bengkel. Perasaan cemburu hadir bila Aryana bermesra dengan Udin di kolam ikan. Ego Ilham yang dihatap gunung kinabalu , tak mahu mengaku yang dia juga suka pada Aryana. Marah dan cemburu bila melihat Aryana bersama tauke ikan keli Ilham kembali di perangai lama. Datin Rokiah menyalahkan Aryana bila Ilham kembali di perangai lama. Saat Aryana cuba memujuk Ilham agar tidak balik di perangai lama tiba-tiba Jeffry datang menyerang Ilham dan Aryana. Dalam pergelutan Ilham dan Jeffry , Aryana dilanggar semasa menyelamatkan diri. Sejak kejadian itu , Ilham menghilangkan diri. Atas permintaan Ilham yang tak mahu berjumpa Aryana. Ilham sedar dia perlukan Aryana lebih dari setiausaha. Ilham melamar Aryana agar menjadi suri dihatinya agar Aryana tidak akan pergi jauh dari Ilham.
Sinopsis dari kulit novel
Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.
Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.
Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.
Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.
Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?
Episod 1
Aryana yang kalang kabut membuatkan dia sukar mendapat kerja. Pada kerja itu penting bagi membantu adiknya yang masih belajar. Aryana tak mahu mengharapkan Makngah dan opah membiyayai kehidupannya selepas kedua orang tuanya meninggal dunia. Dengan bantuan Makngah , Aryana mendapat kerja. Aryana memikirkan bagaimana kerja baru dan boss barunya. Sampai di pejabat Aryana diperkenalkan dengan boss barunya Ilham. Kehidupan Ilham yang playboy sering betukar-tukar perempuan. Kadang kala mereka datang hingga ke pejabat.
Jom tonton link ini : Yes boss episod 1
Episod 2
Ilham tak suka dengan setiausaha pilihan kak Midah ( setiausaha Dato ). Ilham perlukan setiausaha yang bergaya dan seksi bukan seperti Aryana gadis kampung. Makngah Aryana sering mendahulukan anak buahnya hingga dia lupa dengan masa depannya sendiri. Ilham menulis semua tugasan yang perlu dibuat untuk Aryana agar Aryana akan berhenti dengan bebanan tugas yang banyak. Atas nasihat kak midah agar Aryana lebih cekal untuk menghadapi tugas yang diberikan oleh Ilham.
Jom tonton link ini : Yes boss episod 2
Episod 3
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 3
Episod 4
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 4
Episod 5
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 5
Episod 6
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 6
Episod 7
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 7
Episod 8
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 8
Episod 9
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 9
Episod 10
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 10
Episod 11
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 11
Episod 12
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 12
Episod 13
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 13
Episod 14
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 14
Episod 15
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 15
Episod 16
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 16
Episid 17
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 17
Episod 18
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 18
Episod 19
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 19
Episod 20
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 20
Episod 21
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 21
Episod 22
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 22
Episod 23
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 23
Episod 24
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 24
Mohon share sinopsis review di blog edtv .. Tq
ReplyDeletesharing is carring... welcome ...
Delete