Sunday, 11 May 2014

NOVEL OOPS! SUAMI AKU BUKAN DUDA

Aku benci Mr. Windower itu tapi apakan daya kerana 
aku tercipta daripada tulang rusuknya...


Oops! Suami aku bukan duda tajuk baru untuk review kali ini . Dengar tajuk memang best ada kelainan rasanya. Uji Norizqi , mengenali penulis baru bukanlah asing dalam dunia novel ni. Tak sangka bermula dari menulis cerpen hinggalah mampu menulis sebuah novel yang kini telah dicetak. Sebagai penulis baru pastinya banyak halangan perlu ditempuh. Dari keseluruhan novel ini saya  kategerikan novel ini sebagai bacaan ringan. Kasih sayang keluarga diterapkan dalam novel ini. Novel yang setebal 570 muka surat ini membongkar rahsia cinta Luqman Hakimi dan Qistina Airisa.

Qistina Airisa yang lepasan SPM berkerja menjadi guru sementara tadika di Kuala Lumpur sementara dia akan mendaftar masuk ke UITM. Ini berikutan mencari duit poket untuk masuk ke Universiti nanti. Kerana Qistina tidak mahu membebankan Umi yang sekadar membuka warong di kampung. Perkenalan sicilik bernama Danish ditadika memaksa Qistina turut berkenalan dengan papa Danish. Papa Danish , Luqman Hakimi lelaki yang memikili segalanya termasuklah Danish yang menjadi keutamaan yang paling teratas. Danish yang selesa dan mesra dengan cikgu Qistina membuatkan Luqman Hakimi ingin mendekati gadis muda itu. Tambahan pula bila sicilik meminta agar cikgu Qistina menjadi mamanya. Pada Luqman Hakimi, kebahagian Danish adalah kebahagiaan dirinya juga. Qistina Airisa seperti jinak-jinak merpati membuatkan Luqman Hakimi tak senang duduk. Bagi Qistina Airisa lelaki duda atau Mr. Widower bukan pilihan hatinya tambahan pula Luqman Hakimi jauh lebih tua dari umurnya. 

Qistina mengambil keputusan untuk berhenti sebagai guru tadika dan pergi jauh dari Luqman Hakimi. Tetapi Luqman Hakimi terus mencarinya demi kebahagiaan Daniel. Luqman Hakimi menggunakan jasa baik dan memujuk Umi ( ibu Qistina ) untuk meneruskan hasratnya. Keputusan Umi disambut dingin oleh Qistina . Kerana kesihatan umi Qistina bersetuju untuk bertunang , walaupun hatinya memberontak kerana tiada rasa cinta dihati Qistina pada Luqman Hakimi. Semua yang dilakukan kerana Umi dan kasihnya pada sicilik , Danish . Luqman sentiasa bersabar dengan kerenah Qistina yang dingin terhadap dirinya. Pertunangan Qistina dirahsiakan oleh kawan-kaan kolej mahupun Intan teman rapatnya di kolej. 

Di Kolej , Qistina berjumpa seorang lelaki bernama Feroz . Qistina memberi harapan dalam perhubungan mereka dengan harapan dia akan melupakan Luqman Hakimi. Perhubungan mereka berterusan sehingga Qistina menjalani praktikal di syarikat Luqman . Luqman Hakimi menerima Qistina sebagai staff praktikal di syarikatnya. Tetapi Qistina pula memberi syarat agar Luqman tidak memberitahu tentang hubungannya sebagai tunang. Kehadiran Qistina tidak di senangi oleh Rozi. Apa saja yang dilakukan oleh Qistina pasti ada saja yang tidak kena dimata Rozi. Rozi "andartu" seksi yang sentiasa memikat hati Luqman Hakimi di pejabat. Tetapi Luqman tak pernah melayan kerenah Rozi.

Pemergian Umi mengejutkan Qistina . Dalam amanat Umi yang terakhir, Qistina harus berkhawin dengan Luqman pemergiannya dengan segera. Ini membuatkan Qistina bertambah benci dengan Luqman kerana impian Luqman untuk mempercepatkan pernikahannya berjaya. Tetapi Qistina terpaksa berdepan dengan Feroz yang sentiasa mengharap cintanya. Balik dari dari cuti semesta Qistina berterus terang dengan Feroz tentang pernikahannya. Tetapi dinafikan oleh Feroz dan mengatakan Qistina sengaja mereka cerita. Feroz terlalu kecewa dengan sikap Qistina yang ingin memutuskan perhubungannya.  

Luqman berang bila mendapat tahu Qistina ada hubungan dengan lelaki lain di kolej. Qistina menafikan dia dan Feroz tidak ada hubungan istimewa. Luqman tidak menyangka bahawa Qistina tidak tahu Danish adalah anak saudaranya. Anak kakak Luqman yang terlibat dalam satu kemalangan maut. Kini Luqman sedar mengapa Qistina terlalu membenci dirinya kerana Qistina beranggapan Luqman Hakimi tu seorang duda dan digelar Mr. Widower. Dalam hidup Luqman dia hanya mencari mama untuk Danish kerana kebahagiaan Danish adalah kebahagiaan dirinya. Jom baca novel ini dan selusuri bagaimana Luqman Hakimi memenangi hati Qistina Airisa.  




Sinopsis dari kulit novel

Qistina Airisa…..Seorang gadis muda yang tahu berdikari. Dia memiliki rupa paras yang menawan namun dia adalah si jinak merpati. Sepadan dengan usia dia belum matang dalam meniti kehidupan. Kadang-kadang dia mudah emosi, memberontak dan degil. Namun siapa sangka dia akan disukai oleh lelaki yang berbeza usia berbelas tahun dengannya.



Loyanya tekak aku dengan abang dan sayang itu. Gila meroyan gamaknya. Kalau dia depan aku mahu je aku cekik duda gatal ni. Belum apa-apa nak beromantika dengan aku. Apa dia ingat aku akan lentoq dengan ayat romeo dia tu? No way!

Luqman Hakimi…..Tidak pernah terdetik di hatinya untuk mencintai gadis belasan tahun apatah lagi mahu menjadikan gadis itu ibu kepada anaknya Danish. Tetapi rasa yang hadir membuat dia berani mengikat gadis itu dengan ikatan pertunangan.

“Saya tak kisah andai saya jadi pilihan terakhir. Sekurang-kurangnya dengan pilihan terakhir itu kita masih bersama.”

Terketar hati aku dengan kata-kata mr widower itu. Menggunung sekali harapannya meskipun dia pilihan terakhir. Sedalam laut china selatankah cintanya terhadap aku atau lebih dalam daripada itu?

Setinggi Gunung Everest kah kasihnya pada aku atau lebih tinggi dari itu? Apakah sayangnya pada aku sekuat akar tunjang yang mencengkam bumi?

Tidakkah kau sedar Luqman Hakimi yang kau menabur benih di tanah yang gersang? Sekalipun kau tak putus asa membaja, benihnya tetap tidak akan tumbuh jua.

Berjayakah Luqman menempatkan dirinya dalam hati Qistina Airisa? Bagaimana pula dengan Feroz yang salah meletak harapan cinta pada gadis itu? Bahagiakah Qistina Airisa di dalam mahligai Luqman Hakimi sedangkan lelaki itu telah dicop duda olehnya?


Sedikit sedutan dari perikan Novel.
Kehadirannya disenangi

Sejak aku tiba ke taska itu Danish lebih rapat dengan aku. Dia tidak mahu dipujuk oleh pengasuh lain kecuali aku. Mungkin kerana aku sering melayannya bermain. Aku juga gembira kerana Danish gemar belajar dan bermain bersama aku.



Bapa Danish pernah mengucapkan terima kasih pada aku. Katanya aku pandai menjaga anaknya. Anaknya kerap kali memberitahu keseronokannya di bawah jagaan aku.

Bercakap pasal bapa Danish ni boleh buat aku angau satu macam. Orangnya tinggi lampai, berkaca mata dan berkumis nipis. Kulitnya sawo matang dan sedap mata memandang. Setiap kali dia senyum terkesima aku dibuatnya. Namun aku cepat-cepat istighfar. Yalah tak baik macam tu. Hensem-hensem dia pun laki orang, bapak orang.

Bapa Danish tu nampak macam golongan berada. Setahu aku dia tu ahli perniagaan. Datang ambil dan hantar Danish ke taska dengan BMW. Umur dalam 33 tahun lebih kurang. Seorang yang kemas dalam berpakaian. Nampak tegas tapi kalau dengan aku dia murah dengan senyuman. Hai nasib baiklah kau suami orang.

Hesy! Tapi kalau dia bukan laki orang pun tak mungkin aku masuk jarum. Aku yang masih belasan tahun ni tak mungkinlah nak bersuamikan lelaki yang tua tu. Tua pada akulah. Mana aku tak cakap tua beza umur kami lima belas tahun. Bukankah tua itu namanya? Apa-apa sajalah cik Qistina oi.

“Cikgu bacakan Danish buku ni,” pinta Danish seraya menghulurkan sebuah buku. Agaknya dia sudah bosan bermain dengan robot.

Aku menyambut buku berkulit biru itu. “Oh! Bacakan buku Aladdin.”

Danish merapatkan tubuhnya pada aku. Bersedia untuk mendengar pembacaanku.

Aku dengan senang menarik Danish ke dalam ribaan. Aku mula membelek buku itu. Halaman pertama kubaca. “Aladdin seorang budak yang cerdik tetapi pemalas. Pada suatu hari ibunya memarahi dan menyuruhnya pergi ke pasar untuk mendapatkan kerja. Di pasar Aladdin bertemu seorang tukang sihir. Si tukang sihir berjanji akan memberikan wang emas dan permata jika Aladdin menurut perintahnya. Aladdin berasa amat gembira lalu mengikut si tukang sihir.”

Belum pun habis buku nipis itu Danish terlena di dalam ribaan aku. Kanak-kanak memang mudah terlelap apabila dibacakan buku cerita. Bahkan lagi enak berada di dalam ribaan.


Hati Luqman ingin mengenali gadis istimewa dihati Danish
Apabila soalannya tidak aku jawab dia mencapai beg Danish untuk diberi kepada aku. “Cikgu, ni beg Danish.”

Aku menyambutnya. “Ok.”

“Cikgu nak tanya sikit boleh?” Si penyoal meminta izin untuk bertanya. Dah nak tanya, tanya jelah bapak Danish oi.

“Nak tanya apa erk?” Balas aku berbasa-basi sahaja.

“Cikgu ni nama apa?” Kelasnya soalan. Soalan macam budak main pondok-pondok.

“Cikgu Kistina Airisa papa,” si kecilnya tolong menjawab. Jimat air liur aku. Walaupun Danish pelat utuk menyebut ‘Q’tapi tetap bunyi Qistina kan.

“Ooo…...” kendur bunyi suara Luqman Hakimi. Mungkin kerana soalan yang dia tuju pada aku tetapi telah dijawab anaknya sendiri. Tulah macam tak ada soalan lain nak tanya. Setakat hendak tahu nama aku baik kau tanya Danish di rumah. Semestinya dia tahu nama cikgu kesayangannya ini. bukannya Danish tu bayi empat bulan sampai tak reti nak sebut nama aku.

Eh….jap….kenapa pulak bapak Danish ni sibuk hendak tahu nama aku. Penting ke untuk dia tahu nama aku? Penting kut…..penting apa seorang bapa tahu nama pengasuh. Nanti senang dia nak cakap kalau ada yang bertanya. Tapi masalahnya aku pengasuh di nursery bukannya pengasuh di rumah yang jaga anak dia seorang. Alahai apasal dengan aku ni? Soalan yang tidak seberat mana tu habis berat aku fikir.

“Ermm……cikgu umur berapa ya?” Luqman Hakimi teragak-agak untuk bertanya. Mukanya nampak confius seolah-olah berfikir sendiri samada betul atau tidak soalan yang dilontar pada aku.

Apa kes pulak dia ni nak tahu umur aku bagai? Aku mula terasa pelik bila bapa kepada budak jagaan aku pagi ini banyak mulut dan masa untuk menanyakan aku macam-macam soalan. Macam-macam ke Qistina? Bukankah baru dua soalan itu pun soalan pertama telah dijawab oleh anaknya.

“Perlu ke seorang bapa kepada penghuni taska ini tahu umur pekerja nurseryni?” Tanpa menjawab soalan darinya aku tanpa meminta izin menyoalnya begitu.

Air muka Luqman Hakimi kelihatan berubah. Dia mati kata. Diserbu darah panas ke muka buat dia malu sendiri.

“Saja hendak tahu. Maklumlah cikgu kan orang baru. Lagipun sebelum ni memang saya selalu bertanya umur pekerja nursery ni.” Luqman Hakimi berlagakcontrol hensem.

Aku tertawa kecil. Terasa asing kata-katanya itu. Kalau koranglah kan logik ke begitu? Entah apa-apalah bapak Danish ni. Buang tabiat ke apa? Sebelum dia sibuk-sibuk nak tahu umur aku lebih baik dia balik tanya bini dia hendak makan apa pagi ni. Bolehlah breakfast suami isteri.


Permintaan sicilik mengejutkan Luqman Hakimi
“Papa boleh Danish nak……..cikgu Qistina jadi mama Danish?” Si kecil mula membuat permintaan.

Luqman Hakimi terperanjat. Dia bagai tidak percaya dengan kata-kata anaknya. Danish bukannya sudah bersekolah rendah ingin bertutur begitu. Danish pun masih pelat selari dengan usianya.

“Boleh tak papa?” Tanya Danish sekali lagi sambil menggoyang-goyangkan tangan papanya.

“Tak boleh Danish,” hanya itu yang mampu dijawab Luqman Hakimi. Bagaimana dia ingin mengiyakan sedangkan dia dan Qistina belum mempunyai apa-apa hubungan lagi. Sementelah lagi hatiya belum berdetik begitu. Dia sendiri sedang berusaha untuk mengenali gadis itu.

Lagipun sikap dingin yang ditunjukkan Qistina menjelaskan yang dirinya tidak disukai gadis itu. Dia sedar dia sudah berumur. Bahkan lagi mempunyai anak. Tidak mungkin gadis muda seperti Qistina akan memandangnya.

“Kenapa tak boleh?” Jerit Danish. Dia sudah hendak buat perangai kerana dia merasakan yang kehendaknya itu tidak akan dipenuhi papanya.

“Danish sayang. Cikgu Qistina tu cuma mengasuh Danish. Dia bukan nak jadi mama Danish,” Luqman memujuk anaknya dengan lembut.

“Danish nak cikgu Qistina jugak!” Danish membentak.

“A’aa yalah,” Luqman mengalah. “Dah sayang, minum air ni,” kata Luqman seraya mengambil jus oren untuk diberi kepada anaknya.

Mendengarkan papanya berkata begitu Danish minum jus oren itu dengan gembira. Bibirnya sudah menguntum senyum. Budak-budak macam tulah. Bahkan lagi Luqman Hakimi sentiasa memanjakan putera tunggalnya itu.


Luqman terus mendekati gadis itu tetapi disambut dingin

“Qistina, saya belanja awak minum petang. Lepas tu saya hantar awak balik,” cepat sahaja dia menawarkan pelawaannya.


Letihnya aku dengan dia ni. Pagi tadi dia tanya alamat rumah aku. Bila aku tak bagitahu….Nah! Sekarang hendak belanja minum. Siap nak hantar aku balik. See that. Tujuan utamanya adalah hendak tahu di mana aku tinggal. Inilah jenis manusia yang tidak reti untuk berputus asa. Nasiblah badan.

“Maaf. Saya tak mahu,” aku menolak tanpa ragu-ragu.

Dia berjeda seketika. Ada riak hampa di balik kumis nipisnya. “Tempoh hari tu kakak awak ke?”

Tanya pasal kakak aku pulak. Mr widower ni amat merimaskan aku. “Ya, kakak saya. Kenapa?”

“Biar saya telefon dia minta izin untuk belanja awak minum,” bicaranya dengan lembut namun itu sama sekali tidak akan menjadikan aku bersifat alkali. Dia takkan boleh meneutralkan aku yang berasid ni. Ingat sudah redha apabila pelawaannya aku tolak mentah-mentah.

Lemasnya aku. Pelbagai taktik rupanya encik duda ni. Banyak pengalamanmengorat perempuan apa dia ni? Biasalah orang pernah berkahwinlah katakan. “Saya tidak perlu izin dia kerana saya sendiri boleh memutuskan. Saya memang tak sudi dengan pelawaan itu.”

Dia mengerutkan dahi sebagai tanda tidak berpuas hati dengan jawapan aku. “Kenapa Qistina tidak boleh bertolak-ansur dengan saya?”

“Kenapa saya mesti bertolak ansur dengan Encik Luqman? Waktu kerja saya untuk menjaga anak encik sudah pun tamat. Sekarang ini adalah masa peribadi saya. Jadi saya berhak untuk membuat keputusan sendiri mengenai masa peribadi saya itu,” dengan lantang aku memberitahunya. 


Level keberapa tahap kegeraman aku saat ini pun aku tak dapat sukat. Yang penting aku mesti menjelaskan prinsip aku. Dia jangan ingat gadis belasan tahun seperti aku ini mudah digoda. Aku bukan dalam kategori itu.

“Saya tidak faham kenapa Qistina tidak mahu berkawan dengan saya,” lirih suaranya seolah-olah ada sedikit kekesalan di situ.

“Encik Luqman tidak perlu berteka-teki sendiri. Encik Luqman kena ukur baju di badan sendiri. Saya hanya bekerja di sini untuk sementara waktu. Selepas ini saya akan masuk universiti. Selari dengan usia saya yang masih muda bermakna perjalanan hidup saya masih jauh. Saya langsung tidak berminat untuk berkawan dengan mana-mana lelaki especially mr widower macam Encik Luqman,” tegas dan berani aku menuturkannya. Tak kisahlah kalau dia rasa aku sudah menjatuhkan air mukanya. 

Keputusan berhenti kerja kerana tak mahu terus diganggu oleh Mr. Widower.
"Qis rimas dengan seseoranglah kak.”

“Siapa? Mengapa Qis rimas dengan dia?”

Aku menelan liur. Hendak tak hendak aku perlu beritahu Kak Ina. Dia kan kakak aku. Selama ni pun aku selalu berkongsi masalah dengan dia. “Bapa Danish. Sikap dia tu macam nak usha Qis.”

Terbuntang juga mata Kak Ina. Tak sampai lima saat dia bantai gelak pula. Apalah Kak Ina ni…..

Aku mengerutkan kening.

“Ada juga orang nak mengorat adik akak. Ingat singa macam Qis ni payah nak laku,” dalam ketawa yang masih bersisa Kak Ina tergamak berkata begitu.

Uhuk! Uhuk! Singakah aku? Kalau kakak aku sendiri kata aku ni macam singa agaknya mr widower tu kata aku macam naga. Hari-hari dia kena fire dari api buatan yang keluar di mulut aku. Api buatan tu kata-kata pedas bercili lagi panaslah. Cuba letak kertas agak-agaknya terbakar tak?

“Kak Ina. I’m not lion.”

“Hahaha…… memanglah awak bukan singa dalam erti kata sebenar tapi Qis tu garang macam singa. Akak ingat lagi masa kat warung Qis baling selipar pada Fuad yang cuba usha Qis. Tak pasal-pasal dia dapat sebiji telur atas dahi.”

“Siapa suruh gatal. Tak padan dengan tak hensem nak mengorat budak sekolah,” aku mendengus tatkala kenangan semasa di tingkatan empat itu menjelma.

“Ok berbalik pasal bapa Danish tu. Kenapa dia hendak mengorat adik akak……..bukan dia telah beristeri?” Tanya Kak Ina yang belum mengetahui tentang status Luqman Hakimi yang sebenarnya.

“Sebab dia tak ada isterilah Kak Ina yang dia nak usha Qis.”

“Wow! Duda rupanya. Hebat adik akak ni sampai lelaki berumur pun tangkap cintan,” sindir Kak Ina sambil bertepuk tangan. Suka benar dia sampai bertepuk tangan bagai.

“Kak Ina!” Jerit aku. Bukan nak bagi buah fikiran tapi disindirnya aku. Tahulah adik dia nan seorang ini cute.

“Habis tu apa masalah Qis? Dia bukan suami orang pun,” balas Kak Ina. Kak Ina ni kan small matter je pada dia. Apakah dia menganggap dingorat duda itu itu bukan satu masalah?

“Kak Ina. The man is not my choice,” tegas aku menyatakannya.


“Sebab dia dah berumur dan ada anak?” Tanya Kak Ina apabila aku sudah mengatakan yang lelaki seperti Luqman Hakimi itu bukanlah lelaki pilihan aku.



“Yup! Sure sebab tu,” ujar aku dengan yakin. “Meskipun dia pakai BMW sebelah mata pun Qis tidak akan pandang.”

“Orang kaya rupanya,” kata Kak Ina seraya menganggukkan kepalanya. Anggukan kerana baru mengetahui yang Luqman Hakimi itu adalah orang berada. “Ermm… yang akak tengok hari tu?” Kak Ina menyoal untuk memastikan samada Luqman Hakimi adalah lelaki yang bersembang dengan aku tempoh hari. Dia tidak silap kerana lelaki itu memang memiliki BMW.

Kehilangan Qistina memeningkan Luqman bila Danish sentiasa meragam 
“Danish, makanlah. Kalau Danish tak mahu makan nanti saya susah,” pujuk Sari pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Villa milik Datin Rohani.

“Tak mau!” Danish membentak. Nasi putih bersama lauk ayam kegemarannya langsung tidak dipandang.

“Jangan macam tu Danish sayang. Nanti bapak marah sama bibik.”

Danish mencerlung matanya kepada pekerja Indonesia itu. Dengan perasaan geram dia menolak pinggan nasi itu sehingga nasi jatuh bertaburan di atas lantai.

“Astagfirullah, astagfirullahalazim…” Sari mengurut-ngurut dadanya akan tingkah tuan kecil itu. Dia membongkokkan badan untuk mengutip pinggan dan nasi yang sudah bertaburan.

Danish merengus kasar dan berlari ke ruang tamu.



Usaha Luqman mencari Qistina tidak sia-sia , demi sicilik dia sanggup lakukan apa saja.

Luqman Hakimi menghampiri anaknya yang begitu leka mengira bintang kasih sayang. Bintang kasih sayang yang dibuat Qistina menjadi peneman setia Danish kini. “Danish, nak jumpa cikgu Qistina tak?”


“Nak! Nak!” Danish melonjak kegirangan. Gembira benar dia mendengarkan nama Qistina Airisa.

“Nanti kita pergi Pahang jumpa dia,” kata Luqman sambil mendakap Danish.

“Yeay!” Sorak Danish. Balang bintang kesayangannya dicium. Mungkin baginya balang itu umpama cikgu Qistina.

“Suka ye nak jumpa dia?”

Danish mengangguk beberapa kali. Bintang-bintang kesayangannya dikutip lalu dimasukkan semuanya ke dalam balang. Penat agaknya asyik mengira bintang-bintang itu.

“Danish suka……papa lagi suka sayang,” kata-kata itu hanya bergema di dalam hati Luqman sahaja.

“Kalau Danish suka nak jumpa dia, Danish jangan buat perangai lagi. Kena makan dan jangan selalu menangis,” pesan Luqman pada anak kesayangannya.

“Baik papa,” balas Danish sambil mencium pipi Luqman.

Luqman tersenyum lebar. Anaknya memang pandai mencuit hatinya. Meskipun kadang-kadang ragam Danish membuatkan dia hilang sabar namun kasih sayangnya tidak pernah pudar buat Danish. Apalah yang kanak-kanak sekecil Danish tahu. Dia tidak mengerti apa-apa. Bahkan lagi Danish tidak merasa kasih sayang seorang ibu.

Sebab itu dia memberikan Danish dengan kasih sayang yang melimpah-ruah. Dia enggan Danish kehausan kasih sayang. Dia mahu Danish merasa sepenuhnya kasih sayang, biarpun hanya kasih sayang dari dia dan Datin Rohani. Dia mahu Danish berasa lengkap. Permintaan Danish tidak pernah dia tidak tunaikan. Pintalah apa saja kerana dia memang mampu dari segi wang.

Kini Danish meminta Qistina Airisa menjadi mamanya. Danish umpama baru merasa kasih seorang ibu dengan kehadiran Qistina. Hairan kan gadis semuda Qistina mampu menambat hati Danish. Gadis yang langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang anak-anak.

Istimewanya seorang Qistina Airisa pada Danish. Dia bersyukur walaupun seketika sahaja Qistina mencurahkan kasih sayang buat Danish. Kerana itu kasih sayang yang tidak dibuat-buat. Kasih sayang yang ikhlas dari dalam diri gadis itu. Luqman Hakimi amat yakin tentang itu.

2 comments:

  1. Terima kasih kak untuk review yang panjang dan padat ini :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama uji ....
      tahniah juga dari akak terkeluarnya kasut merah ni .... akak harap ini adalah permulaan untuk Uji terus berkarya ....

      Delete