Monday, 25 August 2014

NOVEL DAN HATI PUN BERKATA

Kalau ada jodoh , pasti tak ke mana



Sebuah lagi novel santai jadi pilihan saya kali ini. Bulan ni semua cari novel yang santai dan menceriakan hati. Dengar ceritanya, novel ini akan diadaptasi. Drama akan ditayangkan disaluran RTM. Novel saya beli kini dicetakan ke 7 . Novel yang mempunyai 413 muka surat ini menyingkap cerita cinta Rashdan dan Adirra. Jom kita jelajah episod cerita cinta mereka melalui review dari saya.



Adirra gadis berusia 21 tahun merajuk dan beranggapan papanya tidak menyanyanginya kerana berkahwin lagi. Papanya menduda berbelas tahun selepas kematian isterinya. En. Malek berharap melalui perkahwinannya dengan Umi janda beranak satu dapat memberi kasih sayang yang terkurang dalam hidup anak kesayangannya. Sejak kematian isteri En. Malek yang menyediakan segala persiapan untuk Adirra. Dengan bantuan Mak cik Ani En. Malek bertemu jodoh dengan sahabatnya. Mak cik ani merupakan jiran sebelah rumah. Zarif adalah orang yang paling rapat dengan Adirra. Zarif juga merupakan anak jiran sebelah . Zarif cuba memujuk Adirra menghadiri perkahwinan papanya juga gagal namun gagal. Mak cik Umi mempunyai anak perempuan bernama Natrah. 



Selepas berkahwin Mak cik Umi dan Natrah berpindah kerumah Adirra dan papanya tinggal. Adirra semakin benci papanya hingga sanggup mengasingkan diri dari papanya. Natrah yang tak suka sikap Adirra yang suka mementingkan diri menambah rasa benci. Kerana semua orang dirumah lebih memberi perhatian pada Adirra. Natrah sengaja rapat dengan anak jiran barunya , Zarif . Natrah juga tahu Adirra yang berkawan rapat dangan Zarif. Dengan cara memburuk-burukkan Adirra menambahkan kebencian pada makcik Ani dan Zarif. Mak cik Ani yang sentiasa memuji-muji sikap Natrah dan sanggup menerima sebagai calon menantu berbanding Adirra. 



Perbualan Makcik Ani didengari oleh Adirra, ini membuatkan Adirra rasa kecil hati. Adirra bersyukur kerana mengetahui sikap mak cik ani sebenar. Adirra mengambil keputusan untuk balik kekampung neneknya tetapi Adirra telah melencong kerumah sepupunya Kak Ina. Seluruh keluarganya risau bila mengetahui Adirra tidak ke rumah neneknya. 



Dirumah kak Ina Adirra membantu kak Ina menjual pisang goreng bagi memenuhi masanya. Adirra berjumpa seorang lelaki ( Rashdan ) yang menjengjelkan. adakalanya Adirra sanggup menyorok bila Rashdan berkunjung di gerai pisang goreng kak Ina. 



Rashdan cuba mendekati Adirra, Pada Rashdan Adirra ada kelainan dari perempuan yang pernah dikenali. Rashdan banyak menegur dan menasihati Adirra agar menjadi anak yang baik. Rashdan tak mahu Adirra menjadi sepertinya walaupun nasib mereka hampir sama. 



Kepulangan Adirra dari rumah kak Ina, En. Malek gembira dengan perubahan yang ditunjukkan selepas balik rumah kak Ina. En. Malek juga restu akan perhubungan Rashdan dan Adirra. Namun bagi Natrah Rashdan tidak sesuai langsung dengan Adirra budak yang mengada-mengada. 


Keadaan menjadi teruk bila Rashdan mengambil Adirra berkerja sebangai PA dan sepejabat dengan Natrah. Natrah mempergunakan Maya yang memang menyimpan perasaan pada Rashdan sejak dulu lagi. Tak cukup dengan mempergunakan Maya , Zarif juga menjadi mangsa keadaan. Zarif tidak mengangka Natrah sanggup mempermainkan perasaannya. Natrah tidak rasa segan silu menyuarakan yang dia juga turut suka pada Rashdan. 

Rashdan mengambil keputusan untuk nikah secara rahsia atas permintaan Adirra. Kerana dendam Natrah mencari Adirra. Natrah tak mungkin melihat kebahagiaan Adirra bersama Rashdan. Natrah berniat untuk membunuh Adirra. Kebencian dan dendam memakan diri. Kaki Natrah terpaksa dipotong akibat terbakar teruk.

Sinopsis dari kulit novel
ADIRRA - Kedegilannya bersebab. Kasih sayangnya sudah dirampas. Jadi jangan salahkan dia kalau dia tidak percaya kepada sesiapa, tetapi dengan Rashdan, kedegilannya mula cair.

"Abang ni, Irra cakap betul-betul, abang main-main pulak."

"Abang pun bukan main-main. Ada Irra nampak abang main-main? Abang cakap benda yang betul. Tiada siapapun yang boleh pisahkan abang daripada Irra kecuali kuasa TUHAN. Dan Irra pun jangan harap dapat lari daripada abang selepas ni."

"Kalau Irra lari jugak?"

"Sampai lubang cacing abang cari Irra!"

"Irra tak nak masuk lubang cacing!"

"Hisy! Dia pulak yang main-mainkan abang,"

RASHDAN - Dia tidak pernah jatuh cinta. Tetapi sekali dia jatuh cinta, dia sudah jadi orang lain.

"Jadi Irra sudi menjadi kekasih abang"

"Sudi, tapi bersyarat."

"Eh, tadi kata dah lama sayangkan abang, kenapa tiba-tiba nak kenakan syarat pulak?"

"Yang lama tu sebab Irra seorang saja yang sayang abang, yang baru ni abang pun sayangkan Irra, jadi Irra kenalah letak syarat sikit."

"Hmm, begitu rupanya. Baik, apa syaratnya?"

"Irra nak abang jadi manusia biasa saja."

"Habis selama ni, abang manusia yang luar biasa?"

Kerana cinta mereka memiliki hati masing-masing...


Sedutan 1:

"Irra, kenapa buat papa macam ni? Sudah, masuk kereta dulu. Kita bincang." Arah Rashdan.

Adirra tarik beg pakaiannya.

"Tinggalkan beg tu. Tak perlu nak pindah-pindah. Sikit punya hal nak kecoh satu rumah. Sudah! Masuk kereta sekarang." Suara Rashdan sudah benar-benar kuat. Rashdan tahu anak manja seorang ini tidak perlu diberi muka selalu. Disebabkan tiada siapa yang berani menegur sikapnya, maka dia makin lupa diri.

Adirra jadi tergamam bila mendengar suara Rashdan begitu. Selama ini belum pernah Rashdan keluarkan suara begitu. Terus saja beg pakaian Adirra lepaskan. Takut juga dia dengan perubahan sikap Rashdan.

"Abang cakap masuk kereta sekarang!" Suara Rashdan makin tegas membuatkan Adirra melangkah dengan perlahan. Lantas menarik pintu kereta Rashdan. Ditutup dengan kuat selepas itu sebagai tanda tidak puas hatinya.
"Hah! Tutup kuat-kuat. Kalau tercabut pintu tu abang minta ganti," jerit Rashdan lagi. Kemudian dia terus mendekati Encik Malek. Cuba mereda kesedihan Encik Malek. Waktu it uterus Rashdan teringat ayahnya. Dia juga pernah lakukan perkara yang sama terhadap ayahnya. Cuma yang berbeza hanya keadaan. Adirra anak yang terlalu disayangi, sedangkan dia sekadar anak yang hampir-hampir disingkirkan. Tetapi tentu ayahnya juga rasa sedih. Bibit-bibit penyesalan mula mendatangi diri Rashdan

Sedutan 2:
"Irra tak nak kerja dengan abang lagi. Irra malu." Kata Adirra sambil tersenyum. Sungguh! Dia betul-betul malu dengan apa yang berlaku. Adirra sudah tidak sanggup untuk berhadapan dengan pekerja lain setelah apa yang berlaku terhadapnya.
"Kalau tak nak kerja dnegan abang, Irra tolong jagakan galeri abang. Jadi pengurus galeri lukisan abang tu!"
"Habis pengurus yang ada tu nak campak mana?"
"Dia pembantu saja. bukannya pengurus. Tapi ada satu lagi jawatan pengurus yang masih kosong," Rashdan jeling manja. Melihatkan dahi Adirra yang berkerut itu. Rashdan yakin, Adirra tak faham apa-apa.
"Pengurus rumah tangga abang…" kata Rashdan selepas itu.
"Abang ni…" satu tamparan kecil sudah hinggap di belakang Rashdan. Tamparan itu membangkit kemesraan yang sangat istimewa buat Rashdan.
"Betullah. Jawatan tu memang kosong!"
"Nantilah Irra fikirkan."
"Nanti? Nanti tu bila?"
"Irra cakap nanti, nantilah. Yang abang tak sabar ni kenapa?" Adirra jegilkan matanya. Rashdan sambut dengan tergelak.



Ini antara pelakon memegang watak utama


Episod 1
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 1

Episod 2
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 2

Episod 3
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 3

Episod 4
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 4

Episod 5
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 5

Episod 6
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 6

Episod 7
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 7

Episod 8
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 8

Episod 9
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 9

Episod 10
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata episod 10

Episod 11
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 11

Episod 12
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 12

Episod 13
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 13 

Episod 14
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 14

Episod 15
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 15

Episod 16
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati pun Berkata Episod 16

Episod 17
Jom tonton link ini : Drama dan Hati Pun Berkata Episod 17

Episod 18
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 18

Episod 19
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 19

Episod 20
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 20

Episod 21
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 21

Episod 22
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 22

Episod 23
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata Episod 23

Episod 24
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata episod 24


Episod 25
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata episod 25

Episod 26
Jom tonton link ini : Drama Dan Hati Pun Berkata episod 26

No comments:

Post a Comment