Thursday, 28 August 2014

NOVEL TEMAN LELAKI UPAHAN

Bisakah cinta upahan ... menjadi cinta realiti ..

Novel Teman lelaki upahan yang kini menjadi bualan katanya novel ini akan menjadi sebuah lagi drama adaptasi. siapa pelakonnya kita tunggu saja walaupun ada yang tidak berpuas hati dengan calon yang diberikan. Buat pertama kalinya saya membaca novel sentuhan Azura Rasiddin memang best. Tak menyesal beli .... Ada sentuhan hati bila membacanya dan cerita ini kasih sayang keluarga , dendam dan akhirnya menginsafi kesilapan diri. Pada yang suka membaca e-novel, boleh baca di blogs penulis Teman Lelaki Upahan. Apa pun jom baca review ringkas dari saya.



Kayra Lydia @ Lydia yang sombong, ego dan hati batu ditinggalkan kekasihnya, Haidar yg jatuh cinta dgn wanita pilihan keluarganya Najwa. Dia berdendam dengan ayahnya yang baginya menjadi punca dia ditinggalkan ibunya. Akibatnya dia memberi layanan dingin kepada ayah, ibu tiri dan adik tirinya Lisha. Semua bermula ayahnya berjanji akan memberi syarikat kepada Lydia dengan syarat Lydia berkahwin pada bulan Jun. EL (Ezwan Lutfi) kecewa kerana Zarra, gadis yg dicintai dalam diam memilih abang longnya sebagai teman hidup. Kayra Lydia menjadikan EL sebagai teman lelaki upahan. Lydia mengenali EL sebagai lelaki pemilik restoran , EL bersetuju menjadi teman lelaki upahan Lydia dgn syarat Lydia menyerahkan banglo yg diidamkannya di Cherating. Kontrak dipersetujui. Setelah bertemu dengan ayah Lydia, EL berasa dia perlu membantu untuk memperbaiki hubungan keluarga dan mengubah Lydia. EL juga tahu ayah Lydia kini sedang bertarung dengan penyakitnya. Pelbagai perkara yg berlaku yang akhirnya menyebabkan mereka menjadi rapat dan dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan terhadap sesama sendiri.



Saat EL ingin meluahkan perasaan cinta di satu makan malam , Kemalangan menimpa keluarga EL di Sarawak. El terpaksa membatalkan pertemuan dengan Lydia dan terpaksa pulang ke Sarawak. Ayah & abg Longnya meninggal dan Sofea, adiknya lumpuh. Ketika EL berjanji untuk menjaga Zarra yang sedang mengandung, Lydia terdengar perbualan EL dan Zarra dan berasa dia harus undur diri kerana dia tahu Zarra adalah cinta pertama EL. Pada masa yg sama Lydia mengetahui EL merupakan anak jutawan hotel terkenal Sarawak.



Rahsia tentang ibu kandungnya yang curang kepada ayahnya terbongkar dan begitu juga rahsia penyakit ayahnya. Lydia membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan dengan EL. Hubungan Lydia dan ayahnya derta keluarga tiri bertambah baik . Lydia menjadi lebih tabah dan menerima ketentuan Ilahi. Tetapi sebaliknya berlaku kepada EL. EL menjadi kemarahan ibunya yang mengetahui hal perkahwinan EL yang disembunyikan. Rahsia ini terbongkar bila Zaara terjumpa Kad perkahwinan EL dan Lydia di beg Arwah suaminya. Kemarahan ibu EL hingga tidak dapat dimaafkan Kesannya, EL menjadi pendendam.



EL bertemu Lydia dengan misi dendam. El cemburu melihat kebahagian keluarga Lydia. Perkenalan Lydia dengan keluarga EL menyedarkan Lydia akan akibat daripada perbuatannya. Lydia memohon maaf dan Lydia menerangkan segalanya kepada Ibu EL. Segala yang berlaku adalah rancangan bodoh Lydia sendiri bukan dari EL . Lydia juga memohon agar Ibu EL dapat memaafkan EL. Dengan restu Ibu EL , EL memulakan misi memikat Lydia. Dengan bantuan keluarga EL dan keluarga Lydia misi memikat Lydia berjaya . 





Sinopsis dari kulit novel 


“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA

“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL

“Syarat? Syarat apa?”

Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.

Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia. 

Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia. 

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you… Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!” 

Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya? 


Akan di dramakan dalam slot akasia Februari ini 


Keluarga sempurna antara barisan pelakon untuk drama ini 

Episod 1
Kyra Lydia dan Haydar pasangan kekasih pulang ke Malaysia setelah habis belajar. Gelagat mereka di perhatikan oleh EL ( Ezwan Lutfi ) . El yang meluat melihat pasangan kekasih yang bermadu asmara. Pasangan yang dianggap kurang ajar, EL sengaja cuba melanggar mereka. El yang tak sabar untuk berjumpa Zara dan membawa niat untuk melamar gadis itu. Kyra menerima panggilan dari daddy ( Datuk Azham ) untuk menghadiri mesyuarat lembaga pengarah. Kyra terkejut bila mummy baru tersenarai dalam saham syarikat. Kyra risau kerana Hydar menghilangkan diri selepas perpisahan mereka di Airport. Kehadiran Hydar membuatkan Kyra rasa lega. Haydar menceritakan apa yang berlaku selama dia menghilang selama 2 minggu. Diantaranya Haydar menceritakan ibu handar menyuruh Haydar berkahwin dengan anak kepada kawan ibunya. EL mengadiri majlis harijadi Zaara. Kepulangan EL mengejutkan seluruh keluarga EL. Zaara merajuk bila EL tidak membawa hadiah hari jadi dari EL. Di saat EL ingin melamar Zaara , EL juga dikejutkan dengan pengumuman dari Zaara tentang pertunangannya dengan Abang Long EL . Kyra menerima jemputan makan malam dirumah daddynya. Dato Azham bangga dengan Kyra dengan kejayaan selepas memegang jawatan yang diberikan. 


Episod 2
Dato Azham memberitahu ini masa terbaik untuk Kyra berkahwin. Kyra tak mahu berkahwin tetapi Ayahnya mengugut jika Kyra tidak berkahwin segala harta akan diberi kepada ibu tirinya. Kyra bersetuju untuk membawa bakal suaminya dalam masa terdekat. EL kecewa kerana Zaara tidak memilihnya. EL pergi bercuti dicherating . Semasa EL berjalan - jalan terpikat dengan sebuah banglo tak jauh dari tempat percutiannya. EL menyuruh Adam mencari siapa pemilik banglo tepi pantai itu. Kyra menerima panggilan dari Haydar untuk berjumpa. Haydar berjumpa Kyra untuk memutuskan perhubungannya dan akan berkahwin dengan pilihan ibu Haydar. Kyra sedih kerana Haydar lebih mementingkan pilihan ibunya dari dia. Kyra bingung siapa kah lelaki yang akan menjadi calon suaminya bila disaat akhir Haydar memutuskan perhubunganya setelah 2 tahun terjalin. Dalam hati yang sedih di sebuah restoran , Kyra yang leka melihat sandirawa Hydar dan tunangnya bermesra di restoran yang sama. Tiba - tiba EL terlanggar Kyra lalu menampar EL dalam keadaan yang marah . Kyra juga meminta EL ganti rugi . Kyra merayu pada Hydar agar menjadi suaminya untuk mendapatkan syarikat yang dijanjikan oleh daddynya. Tetapi malangnya Haydar enggan membantu Kyra.

Episod 3
EL menceritakan pada Adam rakan kongsi merangkap sahabat baiknya. Adam juga memberi no. telefon empunya banglo yang diidami oleh EL sebelum ini. Kyra menghubungi EL dan ingin berjumpa. Kyra menawarkan kepada EL menjadi sebagai Teman Lelaki Upahan . Tetapi ditolak mentah-mentah oleh EL. Kyra yakin EL akan bersetuju dengan tawarannya. Kyra tidak putus asa untuk mendapatkan persetujuan EL. Dalam masa yang sama Kyra menyuruh setiausahanya mencari dimana mummy menghilangkan diri. Mummynya ( Azlina ) hidup menderita bersama suaminya yang baru. Walaupun suami barunya selalu menyuruh pergi untuk mencari anaknya untuk mencari kesenangan hidup yang mudah. Dato Azham cuba merapatkan dirinya dengan anaknya Kyra tetapi disambut dingin ini kerana Kyra merasakan daddynya kejam memisahkan anak dan mamanya. Kerana tiada pilihan Kyara berjumpa dengan Najwa tunang Haydar. Kyra menyuruh Najwa tinggal kan Haydar. Tetapi Najwa menganggap pertemuan mereka adalah jodoh dari tuhan.

Episod 4
Kyra terus mendesak agar EL menerima tawaran menjadi teman lelaki upahan . Kyra yang menjanjikan akan memberi apa saja pada EL agar bersetuju menjadi teman lelaki untuk makan malam bersama Dato Azham dan keluarga. Atas desakan pertemuan pertama , makan malam bersama Dato Azham telah diaturkan . Dato Azham dan isteri puas hati dengan pilihan Kyra. Dato Azham juga menyuruh Kyra berkahwin dalam masa terdekat. Selepas keluar makan malam EL membincangkan tawaran yang EL mahukan sebuah banglo milik Kyra di Cherating. Kyra tidak menyangka banglo kesayangan milik Kyra menjadi taruhan. EL terus mendesak tetapi Kyra perlukan masa untuk berfikir. Setelah menanti tiada jawapan , EL memberanikan diri untuk datang ke pejabat Kyra menuntut janji. Kyra akan menyerahkan banglo itu kepada EL bila EL sanggup menjadi suami upahan untuk mendapatkan syrikat seperti yang dijanjikan oleh daddynya.

Episod 5
Kyra dan Adele keluar ke shopping mall tiba-tiba terserempak dengan Hydar dan Najwa . Kyra tak dapat menyembunyikan rasa sedih bila melihat Hydar mesra bersama tunangnya . EL datang ke pejabat Kyra dan bersetuju menerima tawaran menjadi teman lelaki upahan tetapi bersyarat. Setelah mempersetujui bersama EL memberi bekalan yang di bawanya. Nasi goreng udang. Kyra memaksa diri untuk makan walaupun Kyra tahu dia mempunyai alahan udang. Kerana ego , Kyra dimasukkan ke hospital kerana alahan udang. Dato Azham terkejut dan risau melihat keadaan Kyra. EL rasa bersalah kerana memasakkan nasi goreng tersebut. EL memasakkan bubur nasi untuk Kyra sebagai meminta maaf . EL gembira melihat Kyra makan dengan selera . Kehidupan Azlina semakin susah. setiap hari suaminya mendesak agar Azlina menghubungi Kyra untuk hidup lebih senang. Puan Azlina tidak mahu menghubungi anaknya kerana malu. Suami Azlina sering berjudi dan tidak pernah menghulur duit untuk keperluan hidupnya.

Episod 6
Kyra berjumpa EL untuk menghatar surat perjanjian yang telah dipersetujui tetapi El mempertikaikan kenapa syaratnya tidak dalam surat perjajian itu. Dalam rancak berbual EL terkejut bila Zarra datang mengejut di restoren. EL menghubungi Puan Sri ( umie ) kenapa menghantar Zarra untuk perbincangan project di Cherating. Umie menasihatkan agar EL lebih sifat terbuka dan menerima Zarra bakal memenjadi kakak iparnya. Jangan lari dari keluarga. Di Cherating Zarra memohon maaf kenapa dia tiadak boleh menerima EL lebih dari seorang abang. Zarra yakin EL akan berjumpa dengan perempuan yang lebih baik. Kyra menerima kad undangan perkahwinan Hydar. Kyra sedih dan mengimbau kenangan lalu bersama Hydar. Dato Azham mengajak Kyra ke Kuantan untuk satu majlis perasmian. Kyra tidak menyangka dia berjumpa dengan EL dan Zarra.

Episod 7
Di Kuantan Zarra hanya menjadi pemerhati EL dan Kyra. Zarra berpendapat Kyra adalah kekasih baru EL tetapi disangkal oleh EL. Selepas menghantar Zarra ke airport EL terus ke pejabat Kyra seperti yang dijanjikan. Kyra memberi profile diri agar EL tahu tentang dirinya. Tiba tiba Haydar datang merempuh masuk ke pejabat Kyra menuduh Kyra sengaja memberi SCRAP BOOK pada Najwa. Kononnya Kyra inginkan rumahtangga Haydar hancur. Kehadiran Najwa meredakan keadaan kerana Scrap book bukan dari Kyra tetapi dijumpai didalam stor rumah Haydar. Kyra kecewa dengan tindakan Haydar yang menuduh dirinya. Kyra terus menyuruh EL pulang dan perbincangan mereka tertangguh. Kyra ke restoran EL . Keadaan Kyra yang membimbangkan , Adam menghubungi EL agar dapat datang ke restoran. Sampai di restoran Adam menunjukkan permpuan dihujung penjuru restoran. EL datang dan cuba nenegur Kyra tetapi tiada tindak balas dari Kyra.

Episod 8
EL pergi ke pejabat Kyra untuk melihat keadaan Kyra yang murung semalam. Kyra terkejut bila EL sudah berada dipejabatnya. Dato Azham mengajak EL dan Kyra minum di sebuah cafe. Dato Azham gembira bila dapat berjumpa dengan EL . Kyra mahukan EL berlagak menjadi seorang akitek tetapi EL tidak mahu menipu Dato Azham. EL berterus terang dia adalah pemilik restoran. Kyra marah bila EL berbaik - baik dengan Dato Azham. Bagi Kyra EL tak layak untuk mendekati keluarganya kerana EL tidak setaraf. EL marah pada Kyra kerana tidak menghormati Dato Azham sebagai orang tuanya. EL cuba mencari sebab mengapa Kyra bersikap dingin pada daddynya. Azlina ( mummy Kyra ) dimasukkan ke hospital kerana suaminya (Malik) memukul hingga pengsan. Azlina ditahan oleh pihak hospital . Ini membuatkan Malik takut. Ini semua berpunca Azlina tidak mahu berkerjasama untuk mendapatkan harta yang dimiliki oleh Kyra ( anak tirinya ). Dato Azham menjemput Kyra di satu majlis ulangtahun Dato Azham. Kyra terkejut bila EL turut serta majlis itu .

Episod 9
Kyra marah bila EL ada dimajlis Dato Azham. Kyra juga marah bila EL cuba mengubah rancangan yang telah dirancangnya. Dato Azham gembira bila Kyra sudi datang ke majlisnya dan memberikan hadiah. Haydar datang memohon maaf dengan apa yang terjadi . Kyra tidak mahu Haydar datang mengganggunya lagi. Malik cuba mengambil hati dan berbaik-baik dengan isterinya untuk tujuan mendapatkan segala harta isterinya. Kini EL merasakan dirinya sudah terikat dengan kontrak Kyra. Pada Adam EL sudah mula suka pada Kyra tetapi EL menafikan kenyataan Adam. Pada EL dia bertanggungjawab untuk mengubah sikap angkuh Kyra pada keluarganya. Kyra mendapat jemputan dalam satu majlis . Kyra mahu EL pergi dengan memakai baju yang sesuai. Kyra jumpa EL di pusat sukan dimana EL sedang bermain tenis. Kyra dicabar untuk bermain tenis dengan Kyra yang tak mahu kalah. Zarra datang tiba-tiba dan ingin berjalan-jalan bersama EL. Hati EL dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena. 

Episod 10
Dengan berat hati Zarra menceritakan apa yang berlaku. Yazid minta perkahwinannya ditangguhkan atas beberapa sebab. Yang lebih menyedihkan Yazid ditangkap khalwat dengan perempuan lain. EL cuba memujuk Zarra agar tidak bersedih lagi dan EL berjanji akan menyelesaikan masalah ini. Dalam sibuk menyelesaikan masalah keluarganya, EL terlupa berjumpa Kyra seperti yang dijanjikan membeli baju untuk majlis makan malam . EL memohon maaf dia tak dapat hadir untuk majlis itu kerana terpaksa balik ke Khucing Sarawak ada masalah keluarga yang perlu diselesaikan. Yazid ( Abang long ) menceritakan apa yang berlalu . Yazid mengharapkan kepercayaan dari EL. Dengan tenang EL menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Yazid . Ini semua adalah rancangan musuh syarikat yang ingin menjatuhkan Yazid. Umie dan Zara gembira kerana majlis perkahwinan tidak perlu ditangguhkan . Kyra susah untuk melelapkan mata lalu menghubungi EL bertanya adakah EL sudah menyelesaikan masalah keluarganya . Sekali lagi Kyra mengajak EL agar dapat pergi majlis makan malam. EL bersetuju dan perbualan mereka diperhatikan oleh Umie. Umie cuba mengorek rahsia siapa perempuan yang dimaksudkan oleh EL.

Episod 11
EL menunggu Kyra di lapangan terbang. EL geram sikap Kyra yang lambat sampai. Kyra membeli baju untuk majlis makan malam tetapi ada percanggahan pendapat. Kyra menurut saja keinginan EL untuk memilih baju untuknya. Kyra memperlekehkan EL dengan kereta mewah yang dibawanya. Bagi menutup mulut Kyra , EL memberitahu dia meminjam kereta tersebut. Semasa Majlis makan malam EL marah bila Kyra biadap bila bercakap dengan Dato Azham. Dato Azham berkunjung di restoran EL , Dato Azham berharap EL dapat membahagiakan Kyra . Kyra perlukan orang macam EL yang boleh membimbingnya. Dato Azham juga menceritakan pada EL mengapa Kyra bersikap dingin dengannya. Semuanya berpunca Dato Azham menceraikan mummynya dulu. Dato Azham juga mahu EL berkahwin dengan puterinya secepat mungkin sebab Dato Azham mahu keluar negara untuk membuat pembedahan jantung. Dato Azham ingin melihat Kyra berkahwin sebelum dia menutup mata. Kyra marah bila penyiasat upahan untuk mencari mummynya masih belum menemui jawapan. Dato Azham pengsan , Datin Izati cemas bila melihat keadaan Dato Azham. Lishah menghubungi EL kerana Kyra tidak mahu menjemputnya. 

Episod 12
EL ke pejabat Kyra untuk mencari Dato Azham tetapi gagal. Malah eorang staff memberitahu Dato Azham dimasukkan ke hospital. Bila melihat keadaan Dato Azham terlantar di hospital dan dengan sikap sombong Kyra pada Dato Azham , EL mengambil keputusan untuk merapatkan dan memperbaiki hubungan Kyra dan Dato Azham . EL meminta pendapat Adam sahabatnya cadangan untuk berkahwin dengan Kyra. Adam melarang EL membuat keputusan untuk berkahwin dengan Kyra semata-mata untuk memenuhi impian Dato Azham. EL tetap berkeras akan berkahwin dengan Kyra sebelum Dato Azham pergi membuat pembedahan jantung yang ingin melihat Kyra berkahwin. EL juga meletakkan beberapa syarat agar Kyra dapat memenuhi dan Kyra akan dapat memiliki Syarikat Dato Azham dengan cepat , salah satu EL pada Kyra ialah berpakaian sopan . Berita gembira persetujuan untuk berkahwin Kyra dan EL disambut baik oleh Dato Azham dan isteri. Datin Izati menyuruh EL membawa keluarga untuk datang merisik dan bertunang. Malik dan anak saudaranya datang ke Kuala Lumpur untuk menculik Kyra . Rancangan mereka gagal bila mereka tersalah orang bukan Kyra .

Episod 13
EL meminta tolong pada mak Adam untuk merisik Kyra. Tetapi cadangan EL tidak di persetujui oleh Adam. Mak Adam datang merisik dan membincangkan majlis pertunangan. EL dan Kyra sibuk membeli keperluan hingga terserempak dengan Haydar dan Najwa. EL mengajak Kyra pergi menunggang kuda. disana mereka lebih ceria menceritakan hal peribadi masing-masih dan menceritakan kisah silam dengan damai. EL cuba merapatkan hubungan kekeluargaan Dato Azham dan Kyra dengan mengajak mereka makan malam bersama. EL tahu Kyra marah tapi demi kebaikan bersama EL terpaksa lakukan. Adam memberi cadangan agar EL mengunakan Lisha untuk melembutkan hati Kyra untuk berbaik dengan Dato Azham. EL menunggu kayra di pejabat , kehadiran EL mengejutkan Kyra . EL mengajak Kyra keluar tetapi Kyra tak mahu keluar kerana takut ditipu oleh EL lagi dengan membawa orang lain semasa mereka bersama . 

Episod 14
EL ingin mengajak Kyra pergi bercuti tetapi Kyra tidak memberi kata putus. EL menanti jawapan dari Kyra untuk bercuti bersama. Selepas Kyra bersetuju EL orang yang paling gembira. Kyra terkejut bila EL membawa Khalisha bersama dalam percutian mereka. EL tahu Kyra marah cadangan untuk bercuti berberdua adalah meleset. Kehadiran Lisha nampak lebih ceria percutian mereka. EL gembira penerimaan Kyra terhadap Lisha. Setelah selesai percutian mereka Kyra mengucapkan terima kasih pada EL kerana membawa mereka di percutian pendek yang menggembirakan. Sebelum EL pulang ke Sarawak , EL pergi ke pejabat Kyra. EL gembira dapat memasak makanan kegemaran Kyra. Tetapi disambut dingin oleh Kyra . EL terus meninggalkan pejabat Kyra dengan hati yang terluka. Sampai di Airport Sofea dan Zara menjemput EL . EL nampak resah bila Kyra terus tidak menghubungi EL.

Episod 15
EL bermanja dengan umie ( Puan Sri Sanisah ) . Umie bertanya pada EL adakah EL sudah mempunyai pengganti Zarra. EL mendiamkan diri tanpa jawapan. Sofea juga sibuk dengan persiapan perkahwinan Zara dan Yazeed. EL masih menanti panggilan dari Kyra tapi sepi. Sejak percutian Kyra dan Lisha tempoh hari , Kyra mula rapat dengan Lisha. Kini mereka boleh keluar bersama-sama. Dato Azham gembira dengan perubahan itu. Sekurang-kurangnya Kyra sudah menerima kehadiran adiknya. Kyra pergi ke restoran EL untuk mencari EL. Menurut Adam EL balik ke Sarawak untuk majlis perkahwinan abang longnya. Balik dari Sarawak EL terus berjumpa dengan Kyra dan seperti biasa EL masak asam pedas untuk Kyra. Kyra mengajak EL bermain tenis . Kyra nekad untuk mengalahkan EL dalam perlawanan kali ini. Dato Azham mengajak EL pergi makan malam dirumahnya.

Episod 16
Dirumah Dato Azham , Dato Azham bertanya tentang persiapan majlis perkahwinan EL dan Kyra. EL dan Kyra keluar shopping untuk membeli barang-barang hantaran disana EL mangajak Kyra menunaikan solat. Sayu hati Kyra bila berdoa agar dia dapat bertemu dengan insan yang terlalu lama dirindui. Kyra mendapat panggilan dari Khairi tentang penemuan mummynya. Kyra bergeras ke tempat dimana mummynya tinggal. Alangkah terkejut bila polis berada di rumah mummynya. Puan Azlina dituduh membunuh tidak sengaja suaminya. Kyra tidak dapat menahan kesedihan lalu menghubungi Haydar. Kyra menghubungi Haydar kerana Hanya Haydar yang tahu kisah silam dirinya. EL risau keadaan Kyra yang tidak dapat menghubungi Kyra. EL ternampak Haydar bersama Kyra tetapi Kyra tidak mahu menjelaskan apa-apa pada EL. Dengan pertolongan Haydar juga Kyra sekali lagi berjumpa mummynya tetapi Puan Azlina enggan berjumpa Kyra. 

Episod 17
Najwa terkejut bila nampak Kyra dan suaminya berpelukan. Haydar ingin menyelamatkan Kyra dari terlanggar. Kyra masih bersedih bila pertama kali dia memandang wajah yang dirindui selama ini digari oleh polis kerana membunuh suaminya. Selepas kejadian itu Kyra tak boleh mengawal dirinya dari terus bersedih. Perasaan benci pada Dato Azham lebih menebal bila Kyra terpaksa melihat mummynya dalam keadaan susah. EL datang ke pejabat memohon maaf kerana salah faham pada Kyra. EL cuba mengorek rahsia dari Kyra tetapi gagal. Kyra tak mahu berkongsi cerita dengan EL. Kyra lebih selesa bercerita dangan Haydar tentang Puan Azlina. Kegiatan mereka diperhatian oleh Najwa. Sibuk aktiviti memcari mummynya Kyra hampir terlupa dengan temujanjinya dengan syarikat Helen group dimana abang EL Yazeed. Selesai temujanji Kyra terus ke Melaka yang ingin berjumpa mummynya. EL resah bila Kyra tidak menghiraukan panggilan darinya. Yazeed dan Zarra memujuk EL agar EL bersetuju untuk berkerja di syarikat Helen group. Tetapi ada saja alasan yang diberi bagi mengelak ditanya soalan yang sering diperkatakan. 

Episod 18
Kyra memujuk Puan Azlina , Kyra tidak berputus asa dari siang hingga ke malam. Akhirnya mummy berpindah ke rumah yang disediakan oleh Kyra untuk Mummynya. Kyra mahukan mummynya berada dalam keadaan selesa. Kyra banyak menceritakan kisah -kisah lama tentang mummynya. Puan Azlina hanya sekadar memerhati apa yang berlaku. EL membawa diri ke Kuching , Dia keliru dengan perasaannya. Puan Sri Sanisah mendengar keluhan hati anak lelakinya. Puan Sri Sanisah percaya anaknya sedang dilamun cinta tetapi dinafikan oleh EL sendiri. Najwa berjumpa dengan EL , Najwa memohon agar EL dapat menjaga Kyra dan jangan ganggu suaminya lagi. dalam masa yang sama Najwa berjumpa Kyra , bertanyakan apa hubungan Kyra dan suaminya Haydar. Kyra mengatakan dia dan Haydar tidak mempunyai hubungan apa-apa. Najwa merasa lega dengan penjelasan Kyra. EL menjemput Kyra ke butik pengantin. EL banyak mendiamkan diri. Kyra terus bertanya tentang perubahan EL yang lebih banyak mendiamkan diri. Tiba-tiba kesabaran EL hilang dan memarahi Kyra . Kyra terkejut , EL tidak pernah bersikap begitu. EL marah dan tidak berpuas hati bila Kyra cuba mengelak setiap kali ditanya kemana Kyra pergi dan Kyra sanggup keluar dengan Haydar suami orang sedangkan EL ada dan sedia membantu dalam segala masalah. 

Episod 19
Kyra memberitahu dia dan Haidar pergi berjumpa dengan mummynya. Kyra sedih kerana EL sanggup menuduhnya yang bukan-bukan. Kerana tertekan Kyra lalu jatuh sakit dan dimasukkan di Hospital. EL kesal dengan sikapnya . EL juga menyalahkan dirinya hingga Kyra jatuh sakit. EL juga meminta kebenaran dengan Dato Azham untuk menjaga Kyra di Hospital. Di Hospital EL mendapat pangilan dari Yazeed ( Abang Long ) tentang project di Cherating. Yazeed mahu EL masuk pejabat membincangkan project tersebut. Dato Azham datang ke Hospital ketika Kyra sedang tidur. Banyak luahan hati Dato Azham pada Kyra . Dato Azham kerana Kyra telah berjumpa lelaki yang akan menyayanginya bila Dato Azham tiada nanti. Sayu hati Kyra tetapi dibuang jauh-jauh. El memohon maaf pada Kyra dengan apa yang telah berlaku. Kyra bersedia menceritakan semuanya apa yang terjadi pada EL. Hati Kyra menjadi sakit bila mummynya keluar dari rumah tambah lagi selepas bercerai Daddynya berkahwin dengan Izzati. Dia mengganggap Izzati sebaagai perampas. Kyra sanggup tinggal di asrama dari duduk bersama daddy dan mama tirinya. Baru EL faham kenapa Kyra begitu. Kyra menceritakan dengan seikhlas hati pada EL. Haydar membawa Najwa kerumah Puan Azlina. Haydar datang sekadar bertanya khabar. Selepas keluar dari Hospital hubungan Kyra dan EL semakin baik. 

Episod 20
Kyra membawa mummynya ke banglo Cherating . Kyra mahu mummynya mengingati memori lama bersama. Tetapi Puan Azlina meratapi salah langkah meninggalkan keluarganya dulu. Pulang dari Cherating nampak perubahan positif dari mummy Kyra. Kyra gembira melihat Puan Azlina dapat menerima kehadirannya. EL pergi jamuan hari jadi Lisha. Dato Azham dan Datin Izati melihat Lisha gembira dengan kehadiran Kyra dan EL. EL kini lebih sibuk dipejabat Helen Group. EL bercadang untuk memberi restorannya kepada Adam. Tetapi Adam tidak bersetuju. Hati EL mengakui dia sudah jatuh cinta pada Kyra. EL terkejut bila Kyra didatangi oleh seorang lelaki yang bernama Fareez . Fareez sahabat baik Kyra semasa berlajar dulu. Kyra minta agar EL dapat masak makanan kekegemarannya tetapi EL dan Yazeed ada meeting. EL tak berani menolak permintaan cinta hatinya. Dengan rasa tidak bersalah EL berjumpa dengan Yazeed agar dia tidak mengikut untuk kali ini. EL gembira bila Yazeed bersetuju. EL dengan gembira membawa bekalan untuk tunangnya. Tetapi sesuatu yang tidak dijangka , Yazeed terkejut bila ternampak EL dibilik Kyra. 

Episod 21
EL memberi isyarat agar Yazeed tidak membongkarkan rahsia mereka. Kyra memperkenalkan EL sebangai tunangnya. selepas perbincangan Kyra memnberi kad khawin kepada Yazzed. Pulang dari pejabat Kyra Yazzed meminta penjelasan dari EL . EL menjelaskan apa yang berlaku pada EL dan Kyra sebenarnya. Setelah mendengar penjelasan dari EL , Yazzed menyuruh EL batalkan semua apa dah EL lakukan. Yazeed tak mahu EL membelakangkan keluarganya terutama Umie dan babah. EL tak setuju dan EL tetap untuk meneruskan rancangannya. EL mengambil keputusan untuk berterus terang dengan Kyra. Kyra begitu teruja bila menerima hadiah dari EL dan akan dipakai pada makan malam yang penuh bersejarah dimana EL akan meluahkan segalanya. Pulang dari semenanjung Yazeed memunjukkan kad yang diterima dari Kyra. Zarra terkejut bila nama EL dalam kad itu. Yazeed ada majlis makan malam dari kenalan rapat di Sarawak. Zarra tak dapat ikut Yazzed kerana tak sihat . Dalam perjalan EL ingin menjemput Kyra , EL mendapat satu panggilan dari Zarra. Zarra memberitahu Tan sri Omar Wang , Yazeed dan Sophia kemalangan. EL terus menghubungi Kyra makan malamnya terpaksa dibatalkan. Ini kerana EL terpaska pulang ke Kuching ada kecemasan yang perlu diselesaikan. 

Episod 22

Yazeed berada dalam keadaan kritikal. Zarra sedih melihat keadaan suaminya. Dalam masa yang sama Zarra teringat kenangan dan kata semangat suaminya. Zarra dilayan bagaikan puteri bila bersama Yazeed. Walaupun Zarra sedar dia hanya anak angkat yang di ambil oleh keluarga Tan Sri Omar dan kini dia adalah sebahagian dari keluarga. Kyra kecewa tak dapat keluar dengan EL. EL bergegas untuk pulang ke Kuching . Bila sampai disana EL melihat tangisan Zarra dan Umie. Doktor mengesahkan Yazzed dan Tan Sri Omar Wang menginggal dan Sophia lumpuh. Kesedihan Zarra tak dapat di selindung lagi. Kyra Ke Kuching atas arahan kerja dari Dato Azham. Kyra mengambil peluang untuk melawat client dari syarikatnya yang baru kemalangannya. Dengan bantuan Rayyan sepupu Haydar Kyra dapat menolong Kyra bagi dipermudahkan untuk berjumpa keluarga Yazzed. Alangkah terkejut bila Kyra ternampak EL berada disitu bersama Zarra. EL yang cuba memujuk Zarra yang baru kehilangan suami. Kyra terkejut bila Kyra terdengar perbualan yang EL akan menjaga Zarra. Kyra rasa dirinya tertipu oleh EL. Kyra tidak menyangka selama ini EL adalah anak jutawan terkenal di Sarawak. Kyra meluahkan pada sahabat baiknya Fareez . Dia telah ditipu oleh EL. Kyra pergi kerumah Puan Azlina . Tanpa di sedari Kyra , Dato Azham memerhati Kyra . Dato Azham terkejut bila rumah yang kyra pergi, di diami oleh Puan Azlina ( bekas isterinya dahulu ).

Episod 23
Dato Azham tidak menyangka akan berjumpa bekas isterinya lagi. Perempuan yang membuat Dato Azham kehilangan kasih dari anaknya. Puan Azlina tak sangka hubungan Dato Azham dengan Kyra tak baik selepas dia nekad untuk bersama lelaki yang dicinta. Puan Azlina sangka dia akan bahagia bersama lelaki pilihanya ternyata dia lebih menderita. Dato Azham dimasukkan ke hospital disebabkan serangan jantung. Lisha menghubungi Kyra mengatakan Dato Azham dimasukkan ke Hospital tetapi tidak dipedulikan. Puan Azlina menasihati Kyra agar melawat daddynya sebelum menyesal sepertinya. Segala rahsia terbongkar oleh Puan Azlina. Kyra tidak menyangka selama ini dia mengganggap daddynya curang tetapi sebaliknya. Kyra tak dapat menerima kenyataan dan dia rasa terlalu bersalah pada daddynya. Kyra melawat daddynya di Hospital dan memohon maaf kesilapan yang telah dilakukannya. Dato Azham bersyukur dia telah dapat kembali anak yang sulungnya yg bersikap dingin , sombong dan bongkak. EL sibuk menjaga Sophia , memberi kekuatan pada keluarganya terutama Umie dan Zarra. Kyra membuat keputusan untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan EL. Keputusan disambut baik walaupun Dato Azham sedikit kecewa dengan keputusan Kyra. Kyra menangis selepas membuat keputusan itu. Dato Azham faham keadaan anaknya. 

Episod 24
Selepas kematian Tan sri Omar Wang dan Yazeed semua tugas Syarikat diambil alih oleh EL. Keadaan EL lebih sibuk dari biasa. EL cuba menghubungi Kyra tetapi jawapannya hampa. EL nekad untuk berjumpa dengan kekasih hatinya. Melepaskan rasa rindunya. Kyra terkejut dengan kemunculan EL secara tiba-tiba. Kyra minta EL masak , dengan berselera Kyra menikmati makanan yang EL masak. Kyra dengan gembira memberitahu Dato Azham sudah menyerahkan Syarikat kepadanya tanpa melangsungkan perkahwinan. Kyra juga memberitahu perkahwinan mereka batal kerana apa yang di impikan selama ini sudah tercapai. EL terkejut dengan tindakan Kyra. EL tidak menyangka Kyra sudah berubah. Sebelum ini Kyra tidak bersikap dingin terhadapnya. EL kecewa dan terus terbang ke Kuching. Sampai dirumah umie marah dan mencampakkan kad kahwin pada EL . EL menceritakan pada Sophia dari awal pertemuan hingga dia terjebak dalam lakunan Teman Lelaki Upahan. Puan Sri Sanisah terlalu marah pada EL. Zarra dan Sophia memujuk agar EL bersabar dan beri ruang untuk umie. Kyra mengajak Mummynya tinggal bersama dirumahnya. Dato Azham dan Datin Izati menerima kehadiran Puan Azlina. Dato Azham gembira dapat makan malam bersama sekeluraga. EL tak percaya bila sahabatnya  ( Adam ) menceritakan Kyra sudah berbaik dengan keluarganya hingga lah Adam menghantar gambar keluarga Kyra pada EL. Bagai tidak percaya apa yang EL lihat. 

Episod 25
Selepas 3 bulan Kyra kini berhijab , EL datang ke semenanjung untuk menghadiri mesyuarat di Helan Group. Kyra tidak menyangka akan bertemu EL di sesi pembentangan kertas kerjanya. EL memperkenalkan diri sebagai CEO Helan Group. Kyra terpaksa berpura-pura tidak terkejut dengan kehadiran EL. Hati Kyra sakit bila menerima kata-kata bisa yang keluar dari mulut EL . Kata - kata EL lebih bersifat dendam pada Kyra. Kyra rasa cemburu bila EL menerima panggilan dari Zarra. Cara EL melayan Zarra di talifon membuat Kyra lebih sakit hati. EL menolak sepenuhnya kertas kerja Kyra dan menyuruh Kyra buat semula dengan hasil yang tersendiri. Kelukaan Kyra tak dapat diselindung pada mummynya. Puan Azlina hanya mampu mendengar keluhan anak tentang kedukaan hati . Dia juga memberi kekuatan untuk Kyra. Kyra mengaku dia terlalu mencintai EL tetapi dia terpaksa lakukan ini semua kerana terpaksa. Fareez mengajak Kyra keluar bagi menghilangkan stress Kyra. Dalam masa yang sama EL ternampak Kyra bersama Fareez sedang bergembira. Seolah- olah Kyra tidak sakit hati dengan apa yang dilakukan oleh EL semasa pembentangan kertas kerja di Helan Group . EL datang ke pejabat Kyra menawarkan kontrak untuk menjadi teman wanita upahan. Kyra marah dan menganggap kerja gila tetapi EL menawarkan imbuhan lumayan dengan membantu CASA Furniture yang mempunyai masa 6 bulan sebelum disita. 

Episod 26
Kyra menjemput Lisha dari sekolah tetapi ditemani oleh EL kerana Kyra tidak sihat. Lisha terkejut dengan kehadiran EL. EL mengajak Lisha ke restoran dan EL masak untuk Kyra dan Lisha. EL terkejut bila Lisha memberitahu Kyra tidak lagi makan pasta berwarna putih dan hanya makan pasta merah. Dalam keadaan tidak sihat Kyra menziarah kubur daddynya. Kyra sedih dan Kyra teringat detik kematian daddynya. Saat Kyra masih memerlukan kasih sayang daddynya , Dato Azham meninggal dunia disamping keluarga. Kyra bertungkus lumus menyiapkan rekaan yang diperlukan mengikut kehendak citarasa EL. Balik dari semenanjung EL menceritakan keadaan Kyra pada Sophia. EL menceritakan kesempurnaan Kyra yang lebih cantik berhijab . Sophia ingin berjumpa Kyra perempuan yang dicintai oleh EL. Hubungan EL dan umie masih sama . Puan Sri Hanisah tidak mahu bercakap dan marah pada EL lagi. EL menghubungi Kyra bertanyakan pembentangan kertas kerja . EL mahukan Kyra bersetuju untuk menerima tawaran teman wanita upahan seperti yang ditawarkan oleh EL sebelum ini. Kyra yang tiada jawapan hanya berdiam diri. 

Episod 27
Pagi - pagi Kyra sudah bersedia dengan kertas kerjanya. Kertas kerja yang menentukan arah tuju Casa Furniture. EL masih lagi menawarkan teman wanita upahan pada Kyra tetapi dipandang sepi. EL masih tidak berpuas hati dengan lakaran dan tema. EL mengajak Kyra ke Cherating untuk melihat sendiri rekaan Helen Group yang diperlukan sebenar. Pada awalnya Kyra teragak-agak menerima pelawaan EL tetapi ini peluang untuk Kyra membuktikan kebolehannya. Apabila mereka bersiap untuk pergi ke Cherating Puan Sri Sanisah , Zarra dan Sophia datang . EL mengajak ahli keluarganya pergi sekali ke Cherating bercuti dan dalam masa yang sama melihat projek di Cherating. Kyra terkejut bila Sophia tahu siapa dirinya. Kata-kata sinis dari Sophia membuat rasa sedih pada Kyra. Sampai di banglo lama keluarga Kyra. Kyra rasa tidak selesa . Kyra cuba pergi tetapi dilarang oleh EL dan ingin mengugut Kyra tentang projek mereka. Puan Azlina menghubungi Kyra , mengatakan mama Izzati datang meminta pertolongan kerana banglo Dato Azham akan dilelong jika tidak dapat menjelaskan hutang yang tertunggak. Tiada pilihan Kyra menandatangi kontrak teman wanita upahan agar memudahkan Kyra mendapat projek di Helen Group. Kyra terdengar perbualan Puan Sri Sanisah dan EL. Puan Sri Sanisah memaksa EL berkahwin dengan Zarra jika mahu kemaafan darinya. EL tak dapat menerima kerana EL telah melepaskan Zarra untuk Yazeed. Kyra sedih dan diperhatikan oleh Zarra. Kyra cuba mencungkil rahsia tentang EL dan umie. Kenapa Puan Sri Sanisah bersikap dingin terhadap anaknya EL. Zarra menceritakan hal sebenar. Kyra terkejut bila semua yang berlaku kerana kebodohan dirinya yang lalu. 

Episod 28
Dalam Zarra menceritakan mengapa EL dan Puan Sri Sanisah tidak mesra , EL datang mengantikan tempat Zarra. EL marah dan benci pada Kyra dengan apa yang terjadi . EL juga menyesal kerana membantu Kyra dulu. Kyra sedih bila EL menyatakan EL akan menghancurkan keluarga Kyra seperti mana Kyra menghancurkan keluarganya. Kyra sedih yang tidak terhingga. Kyra menghubungi mummynya. Puan Azlina menyuruh Kyra menceritakan keadaan sebenar pada Umie EL. Kyra perlu berbuat begitu seperti mana EL pernah dulu bagi memulihkan hubungan Kyra dan Dato Azham. Keesokan hari dengan kekuatan yang baru Kyra berjumpa Puan Sri Sanisah dan mencerita hal yang sebenar. Kyra mengharapkan agar Puan Sri Sanisah dapat memaafkan EL kerana EL anak yang baik. Puan Sri Sanisah ada bertanya apa perasaan Kyra pada EL tetapi Kyra hanya menjawab biarlah rahsia. EL terkejut bila Umie memohon maaf membiarkan EL hanya Puan Sri Sanisah kesal EL tidak berterus terang. Kyra pulang ke Kuala Lumpur yang dijemput oleh Fareez. Hati Kyra sakit dan sedih. Zarra menyuruh EL mengejar cintanya jangan biarkan Kyra pergi. EL datang memujuk Kyra . Kyra meluahkan yang terbuku dihati. Kyra tahu dirinya tak layak untuk EL tetapi EL mohon diberi peluang terakhir untuk mencintai diri Kyra. Dengan restu keluarga mereka disatukan dalam satu majlis gilang gemilang. Kini tiada lagi teman lelaki upahanku dan semoga Allah akan memberkati cinta mereka . 



Nota : 
Wah penuh perasaan drama ini. Tahniah buat team Teman lekai upahan kerana mereka berjaya menambat hati peminat drama. Apa pun terima kasih yang sudi singgah ke blog review ini. Saya memohon maaf apa yang terkurang di blogs ini. kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.

5 comments:

  1. Replies
    1. Sorry lambat sikit.... dan terima kasih sebab sudi singgah di blogs ini ...

      Delete
  2. best giler citer ni! tp novel nye saya x bace, saye tgk drama kat tv3 jer~ hihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Shakira ... terima kasih singgah ...
      Baca novel dan tengok drama ada perbezaan pandangan... pada saya suka baca novel tapi drama saya suka watak EL yang agak nakal...hihihih

      Delete